Anda di halaman 1dari 5

Pendahuluan Antara ibadah yang menjadi kelaziman di bulan Ramadhan ialah tadarus Al-Quran.

Ini bertepatan dengan bulan Ramadhan yang dianggap sebagai 'Bulan Al-Quran', yang diturunkan padanya Al-Quran. Insya Allah saya cuba mengupas secara ringkas berkenaan ibadah ini. Makna Tadarus Asasnya, tadarus bermaksud memperdengarkan bacaan Al-Quran di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan. Diriwayatkan, Rasulullah bertadarus Al-Quran dengan Jibril sendiri. : ( )

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan, dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan.Jibril a.s. menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan Rasulullah membacakan Al-Quran kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang. (Riwayat:Al-Bukhari dan Muslim).

Kelebihan Tadarus Tadarus Al-Quran mempunyai banyak kelebihan. Selain kelebihan-kelebihan yang dijanjikan bagi sesiapa yang membaca Al-Quran, Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda : : .

Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Quran, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat.

Tadarus Di Kalangan Orang-Orang Soleh Amalan tadarus Al-Quran Rasulullah itu, telah menjadi ikutan dan dihayati oleh para sahabat dan orang-orang soleh dari dahulu hingga kini. Mereka bertadarus Al-Quran sehingga tamat beberapa kali sepanjang bulan Ramadhan. Ada yang mengkhataminya seminggu sekali, tiga hari sekali, sekali setiap malam atau lain lain tempoh mengikut kesungguhan serta keupayaan masing-masing. Imam Asy-Syaafi umpamanya dilaporkan dua kali tamat dalam sehari di bulan Ramadhan. Seorang ulama' lain bernama Mujahid, khatam Quran antara Maghrib dan Isyak pada setiap malam di bulan Ramadhan. Qatadah pula mengkhataminya setiap tiga malam sebelum sepuluh terakhir Ramadhan. Manakala dalam tempoh sepuluh terakhir beliau mengkhataminya setiap malam. Selain itu, ulama terdahulu telah menangguhkan majlis majlis ilmu mereka di bulan Ramadhan bagi memberi lebih tumpuan terhadap Al-Quran. Imam Az-Zuhri misalnya apabila tiba bulan yang berkat ini, beliau menangguhkan sebarang majlis ilmu, bagi menghayati tilawah dan mendalami Al-Quran. Beliau membacanya pada mashaf. Demikian juga Imam Malik r.a. beliau meninggalkan buat sementara waktu sebarang aktiviti pengajian hadis dan fekah bagi mentadabbur Al-Quran. Sehubungan ini beliau pernah menyatakan: . Ertinya, ini ialah bulan Al-Quran. Perhatian: Mengikut Imam Nawawi, sebahagian Ulama' menghukum makruh mengkhatamkan Al-Quran dalam sehari semalam. Mereka berdalilkan hadis sahih dari Abdullah bin Amru bi Al-A'ss katanya: :

Maksudnya: Tidak dianggap faqih seseorang yang mengkhatamkan Quran kurang dari 3 hari.

Cara Tadarus Tiada cara yang seragam atau tertentu dalam aktiviti tadarus Al-Quran. Bagaimanapun antara langkah-langkah yang boleh diikuti ialah: 1. Membaca Al-Quran secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil. 2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf 3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya. 4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam. 5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga. Kelebihan Membaca Al-Quran Pada Malam Hari Digalakkan memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada waktu malam dan ketika solat malam. Firman Allah Taala:

Berkata Imam Nawawi (kesimpulannya): Digalakkan solat dan membaca Al-Quran pada malam hari kerana ialah lebih menumpukan hati, jauh dari kesibukan dan perkara-perkara yang melalaikan, lebih terjaga dari riya' dan lain-lain yang menggugurkan amalan. Apa Sebenarnya Tujuan Tadarus? Kembali kita kepada persoalan asal. Pandangan saya, khatam bukanlah tujuan asal tadarus yang dilakukan oleh Nabi. Berikut sebab-sebab saya berpendapat demikian.

1- Perkataan tadarus yang berasal dari 'darasa' yang bermakna mempelajari.Jika khatam dijadikan tujuan utama, maksud mempelajari ini biasanya tidak tercapai. 2- Tujuan Rasulullah bertadarus dengan Jibril ialah untuk memperdengarkan dan menyemak bacaan. Jika khatam itu tujuan yang utama, tentulah tidak berlaku tadarus melainkan selepas Quran itu sempurna diturunkan. 3- Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Saidatina Fatimah radhiallahuanha berkata: Sesungguhnya Jibril datang kepada Rasulullah untuk memperdengarkan bacaannya kepada Rasulullah setiap tahun sekali. Dan Jibril telah melaksanakan yang demikian pada tahun Nabi wafat, dua kali.

Jika khatam merupakan tujuan utama, nescaya Nabi mengkhatamkan Al-Quran dalam tadarusnya bersama Jibril paling kurang 2 kali dalam setahun sebagaimana yang dilakukan pada akhir hayatnya. Kesimpulannya: Tujuan asal tadarus ialah untuk memperelokkan dan menyemak kembali bacaan. Dan sebaiknya bacaan itu difahami. Kerana itu,lebih elok jika tadarus itu diadakan secara berkumpulan untuk sama-sama mendapat manfaat. Dan elok juga dilakukan perbincangan ringkas selepas tadarus berkenaan ayat-ayat yang di baca. Walaubagaimanapun,jika mampu, sewajarnya seorang Muslim berusaha mengkhatamkan AlQuran paling kurang sekali dalam bulan Ramadhan dengan menjaga adab-adab dan hak-hak Al-Quran itu sendiri. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :"Ramai orang membaca Al-Quran, sedangkan Al-Quran itu melaknatnya" Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan itu. Wallahua'lam. Rujukan: 1. Oleh Imam Nawawi

2. Risalah Berkenaan Tadarus Yayasan Terengganu

Anda mungkin juga menyukai