Anda di halaman 1dari 13

Adakah anda tahu apa itu alkohol?

Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk mempertingkatkan "mood" Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu diminum Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk bir, wain, brandi dan wiski

Arak atau minuman keras ialah minuman beralkohol (biasanya etanol) yang menyebabkan seseorang menjadi mabuk, tidak sedarkan diri, terlena, dan sebagainya. Biasanya minuman keras mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif bagi si peminumnya. Contohnya ialah wain, bir, wiski dan lain-lain. Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya dikawal oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya kepada kanak-kanak. Jenis-jenis arak Rum Wine Scotch Wiskey Khamar Samsu

Adakah anda tahu kesannya terhadap badan? Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang Apakah faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum berlebihan? Faktor persekitaran contohnya : o Mudah didapati o Tidak mahal o Pengiklanan yang menarik di media Faktor Sosial : o Pengaruh rakan sebaya o Latarbelakang keluarga o Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal o Budaya Faktor Biologi : o Keturunan o Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)

Apakah kesan-kesan pengambilan alkohol ? Kesan pengambilan alkohol merangkumi berbagai aspek kehidupan seseorang. Implikasi sosial termasuk : Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik Kelakuan Delinkuen/salah laku Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol

Kesan fizikal alkohol adalah: Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak betul atau jelas, bingung dan bercelaru). Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian). Gangguan kesihatan termasuk: Kerosakan otak yang kekal Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser) Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok) Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik) Kanser usus Penurunan naluri seks dan mati pucuk Keguguran spontan Bayi yang tidak normal Anaemia (kandungan darah rendah)

Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya : Perubahan personaliti Kemurungan Bunuh diri Kelakuan agresif

Bagaimana anda boleh menghindari dari alkohol? Anda sepatutnya : Mengamalkan gaya hidup sihat Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti PROSTAR dan Rakan Muda Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab malam, disko dan sebagainya. Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang tertera di atas

Adakah terdapat sebarang risiko tidak langsung terhadap kesihatan? Ya, seseorang yang ketagihan alkohol lebih cenderung untuk : Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi mendapat HIV/AIDS). Menunjukkan perilaku yang ganas. Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan jalanraya. Apakah itu ketagihan alkohol? Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu bergantung kepadanya sepanjang masa. Bilakah seseorang itu disyaki mengalami ketagihan alkohol? Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol Gagal untuk berhenti dari terus minum Gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya) Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum Meneruskan tabiat minum walaupun mengalami banyak masalah yang diakibatkan oleh alkohol

Apakah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai masalah alkohol? Dapatkan pertolongan secepat mungkin
Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor, kaunselor sekolah dan sebagainya) atau seseorang yang boleh memberi sokongan

Anda mungkin juga menyukai