Anda di halaman 1dari 2

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA BENCANA ALAM

Bencana alam berlaku tidak dapat dielakkan oleh manusia kerana kejadian itu berlaku di luar kawalan manusia. Bencana alam boleh berlaku tanpa mengira masa dan tempat. Contohnya, bencana alam yang sering berlaku ialah banjir ribut taufan,gempa bumi,tanah runtuh dan sebagainya. Di Malaysia bencana alam jarang berlaku. Bencana alam yang direkodkan di negara ini ialah banjir lumpur ,banjir kilat dan tanah runtuh.Sepanjang sepuluh tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas seperti Tragedi Highland Tower pada tahun 1993, Tragedi Ribut Greg di Sabah pada tahun 1996, kejadian tanah runtuh di Gombak pada tahun 2004 dan banyak lagi. Namun, tragedi hempasan ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004, taufan Nargis di Myanmar pada 2 Mei 2008 dan gempa bumi di Sichuan pada 12 Mei 2008 merupakan kejadiankejadian yang berlaku dan sukar untuk dilupakan. Perubahan cuaca yang dialami oleh kebanyakan negara di dunia ini merupakan salah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh. Misalnya, peningkatan suhu panas, peningkatan suhu sejuk, banjir kilat, ribut taufan dan sebagainya.Pengeluaran gas rumah hijau merupakan punca utama kepada terjadinya perubahan cuaca. Gas yang dihasilkan seperti karbon monoksida daripada aktiviti manusia telah memudaratkan lapisan ozon yang semakin menipis yang menyebabkan suhu panas meningkat dari setahun ke setahun. Banjir kilat yang melanda negara-negara bertanah rendah merupakan impak akibat daripada isu perubahan cuaca. Suhu panas yang semakin meningkat termasuk meningkatnya suhu di bahagian kutub utara yang menyebabkan pencairan ais. Pencairan ais ini telah menyebabkan paras air laut naik dan menyebabkan terjadinya banjir kilat yang telah banyak meragut nyawa dan tempat tinggal. Seterusnya, fenomena penipisan ozon yang berlaku akibat tindakan manusia seperti aktiviti perindustrian yang membebaskan gas kloroflorokarbon (CFCs) dan halon dan membentuk klorin monosida yang akan menyebabkan lapisan ozon terhakis dan menipis. Penipisan lapisan ozon juga akan menyebabkan suhu meningkat. Industri yang menyebabkan fenomena penipisan ozon ialah industri pendingin udara dan industri pencuci atau pelarut. Industri pendingin udara yang menggunakan CFCs melibatkan pendinginan kenderaan, bangunan, perumahan dan juga penggunaan peti sejuk dan alat pendingin beku. Industri pencuci menggunakan CFCs dalam bentuk cecair sebagai bahan pencuci minyak dalam peralatan elektronik dan CFCs dalam bentuk gas pula digunakan sebagai pencuci peralatan perubatan. Aktiviti penyahutanan dan pembalakan secara tidak terancang akan menyebabkan lebihan karbon dioksida dalam udara di sampiang kehilangan kawasan tadahan air dan senang berlakunya banjir . Selain itu, aktiviti pembakaran terbuka di kawasan pelupusan sampah dan pembakaran hutan juga menyumbang kepada peningkatan karbon dioksida.Sedikit masa lalu, negara perindustrian barat mengencam hebat tindakan negara Asia dan negara sedang membangun kerana menjalankan kegiatan pembalakan secara besar-besaran. Pembukaan bandar baru seperti Bandar Muadzam Shah dan bandar-bandar baru yang lain menyaksikan pembersihan hutan dan pemotongan bukit. Perancangan ini memberi kesan kepada hakisan tanah bertambah kerana air larian di permukaan bumi tidak dapat di halang dan sejumlah

besar tanah yang berstuktur lemah dibawah bersama masuk ke dalam sungai. Penambahan kelodak akan mencetekkan dasar sungai dan aliran akan tersekat serta menyebabkan kejadian banjir kilat terutama di kawasan rendah. Contonhnya, pertambahan beban sungai Gombak telah dikesan sejak tahun 1968 lagi disebabkan pembinaan Leburaya Kuala Lumpur di Karak. Projek pembinaan jalan raya yang melibatkan pemotongan bukit juga akan menyebabkan tanah runtuh. Di samping itu, projek pembinaan empangan yang tidak dirancang dengan sempurna, pembinaannya dijalankan secara tergesa-gesa dan membancuh simen dalam cuaca hujan akan mengakibatkan benteng atau dinding empangan yang dibina itu tidak kukuh. Empangan yang dibina senang pecah da mengakibatkan berlakunya banjir. Selain itu, sistem perparitan yang tidak dibina dengan sempurna juga akan menyebabkan banjir. Perancangan dan pemilihan kawasan pembinaan perumahan juga tidak harus berdekatan dengan kilang. Rumah yang dibina di bukit atau kawasan tinggi juga menyebabkan tanah runtuh. Highland Tower runtuh berlaku pada tahun 1993. Jurutera Perunding Geoteknikal telah mengenal pasti bahawa faktor utama kejadian Highland Tower runtuh disebabkan sistem perparitan di lereng bukit yang tidak dikendalikan dengan sistematik. Bencana alam merupakan petanda semula jadi ekoran dariapda perubahan ekoloji atau ekosistem alam. Pelbagai faktor telah mencetus perubahan ekoloji secara mendadak sehingga meranap bangunan pencakar langit dan meragut nyawa tidak berdosa.Walaupun kejadian ini berlaku secara semula jadi tetapi langkah-langkah bersedia menghadapi bencana alam perlu disuntik kesedaran berjaga-jaga semasa menghadapi bencana alam. Amalan sediakan payung sebelum hujan perlu diamalkan untuk mengelakkan nyawa manusia terkorban.Semua pihak perlu bersedia memberi bantuan kecemasan kepada pihak yang memerlukan.Usaha murni ini berupaya meringankan kesengsaran mangsa.

Anda mungkin juga menyukai