Anda di halaman 1dari 2

Peperangan merupakan suatu peristiwa yang memberikan kesan negatif kepada sesebu ah negara.

Bincangkan kesan-kesan yang dialami oleh negara yang terlibat dalam p eperangan tersebut. Setiap peperangan yang berlaku pasti mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada sesebuah negara. Hal ini membangkitkan kebimbangan yang berterusan dalam kalanga n masyarakat dunia. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak yang bertanggun gjawab untuk memastikan agar peristiwa peperangan ini tidak berlanjutan sehingga meragut ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa. Namun demikian, usaha yang dil akukan ini ibarat mencurah air ke daun keladi kerana perkara ini tidak mendatang kan apa-apa faedah sekalipun. Terdapat pelbagai kesan yang dialami oleh negara y ang terlibat dalam peperangan tersebut. Apabila berlakunya sesuatu peperangan, antara kesan utama yang dapat diperhatika n ialah kemusnahan harta benda masyarakat setempat ekoran daripada kekejaman ten tera penceroboh. Antara harta benda awam yang musnah ialah bangunan, sekolah, ja lan raya, landasan kereta api, lapangan terbang, pelabuhan, dan sebagainya. Bagi mereka yang bekerja sebagai petani, hasil tanaman, alat pengangkutan dan ternak an juga lenyap akibat daripada tindakan tentera penceroboh yang tidak berperikem anusiaan ini. Matlamat mereka hanyalah untuk melihat masyarakat setempat menderi ta dan hidup dalam kedaifan tanpa sebarang kemudahan asas. Justeru itu, peperang an merupakan suatu perkara yang amat menyeksakan bagi mereka yang pernah mengala minya sendiri. Peperangan yang berlaku ini banyak mengorbankan nyawa manusia yang tidak berdosa di serata tempat. Orang awam yang tidak bersalah seperti kanak-kanak, wanita da n orang tua terkena tempiasnya apabila mereka juga dibunuh tanpa rasa belas kasi han dan berperikemanusiaan oleh tentera penceroboh. Akibat daripada keganasan da n kezaliman yang dilakukan, mangsa perang mengalami penderitaan akibat kehilanga n orang yang tersayang. Bagi mereka yang tidak dibunuh, mereka telah diseksa den gan teruk sehingga mengalami kecacatan yang kekal. Kekejaman tentera penceroboh ini dapat dilihat apabila mereka melakukan serangan tanpa mengira tempat dan kea daan. Mereka sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan komuniti masyarakat di sesuatu kawasan itu. Tegaslah di sini bahawa, peperangan yang berlaku akan memb awa kepada kehancuran keharmonian sejagat manusia. Selain itu, penggunaan senjata kimia dan biologi dalam peperangan mengakibatkan kesan buruk berterusan kepada kesihatan penduduk. Proses pengayaan uranium bagi menjana reaktor nuklear terutama untuk menghasilkan senjata, akan menghasilkan k ira-kira 70 peratus gas uranium oksida yang mampu dibawa angin sekali gus mengak ibatkan seluruh negara tersebut diancam pelbagai penyakit. Bagi mereka yang terh idu gas uranium oksida ini atau mengambil makanan yang terdedah kepadanya akan m enimbulkan kesan negatif kepada sistem perkembangan tubuh badan. Gas-gas yang te rbebas melalui udara itu akan mengundang pelbagai penyakit seperti asma, barah, kerosakan otak, diabetis, parkinson dan seumpamanya. Mereka yang berpotensi untu k menghidap penyakit tersebut adalah kanak-kanak dan orang tua. Natijahnya, pepe rangan ini akan menyebabkan kesihatan penduduk dunia semakin merudum dan pembang unan negara tidak dapat berkembang dengan baik. Sehubungan itu juga, sistem ekonomi bagi negara yang terlibat dalam peperangan t urut mengalami gangguan yang teruk sehingga menjejaskan pembangunan negara. Masy arakat setempat terpaksa melepaskan pekerjaan yang menjadi punca pendapatan mere ka semata-mata untuk berperang demi keamanan dan keselamatan mereka semua. Kesan nya, aktiviti-aktiviti ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pelancongan dan l ain-lain tidak dapat berjalan dengan lancar. Hal ini menyebabkan pelabur asing t idak berani untuk melabur di negara tersebut dan mereka akan menarik semula moda l yang telah disuntik itu. Kebanyakan firma yang tidak dapat menanggung kos oper asinya, akan memberhentikan operasi firma tersebut dan mereka akan kembali pulan g ke negara asal mereka. Ini akan menyebabkan negara tersebut mengalami kerugian yang sangat besar. Jelaslah di sini bahawa, sekiranya masalah ini tidak dapat d iselesaikan dengan segera, kadar penggangguran dalam kalangan penduduk semakin t inggi dan pembangunan negara tidak dapat berkembang dengan baik. Seperti yang kita maklum, peperangan yang berterusan akan mengundang kepada gang guan emosi yang teruk dalam kalangan orang awam terutamanya kepada kanak-kanak y

ang sedang meningkat remaja. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam keadaan yang huru -hara akan mengalami gangguan emosi yang teruk sekiranya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya. Hal ini kerana, sejak dari kecil lagi mereka telah melihat keke jaman yang dilakukan oleh tentera penceroboh terhadap ahli keluarga mereka seper ti diperkosa, dibedil dengan peluru berpandu, ditembak dengan bom dan sebagainya . Kebanyakan kanak-kanak yang masih hidup ini bukanlah seperti kanak-kanak norma l yang lain kerana ada di antara mereka yang mengalami kecacatan dari segi fizik al dan mental Peristiwa ini memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan merek a dan kekal dalam ingatan untuk selamanya. Kesimpulannya, peperangan yang berlaku ini memberi impak yang negatif terutamany a dari segi pembangunan negara dan keharmonian sosial masyarakat sejagat. Untuk mengelak daripada berlakunya peperangan secara berterusan, semua pihak perlulah bekerjasama dan berganding bahu tanpa mengira pangkat, darjat atau bangsa untuk menjaga keharmonian sesebuah negara itu. Setiap peperangan yang berlaku, bukan s ahaja mengorbankan ribuan nyawa yang tidak berdosa, malah pembangunan negara dar i segi ekonomi dan politik juga terganggu. Oleh itu, sebagai sebuah masyarakat y ang prihatin kita seharusnya bersatu hati dan bermuafakat untuk menjaga keamanan negara daripada diganggu gugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, bak kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. (Karangan sumbangan, Norhafizah, Sem.3, PBMP, UPM)

Anda mungkin juga menyukai