Anda di halaman 1dari 2

Kisah Pemburu dan Ibu Rusa Pada zaman dahulu ada seorang pesuruh raja.

Pesuruh raja ini sangat suka memburu. Dia mempunyai seekor kuda. Dia selalu menunggang kuda ini semasa memburu. Pada suatu hari pemburu itu pergi ke sebuah hutan. Dia melihat ke kanan dan ke kiri. Dia sedang mencari binatang untuk diburu. Tiba-tiba dia ternampak seekor anak rusa. "Comel sungguh anak rusa itu," kata pemburu. "Tentu anak-anakku suka padanya." Perlahan-lahan dia menghampiri anak rusa itu. Dengan pantas dia menangkap anak rusa itu untuk dibawa pulang. Anak rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Tetapi pemburu itu memegangnya dengan kuat. Dia mengikat anak rusa itu di belakang kudanya. Setelah itu dia terus menungggang kudanya untuk pulang. Ibu rusa mencari anaknya ke sana dan ke mari. Ia sangat sedih kerana anaknya telah hilang. Tiba-tiba ia ternampak anaknya di belakang kuda si pemburu. Ia pun mengejar pemburu itu tanpa rasa takut. Ibu rusa menghampiri pemburu itu. Ia merenung anaknya dengan sedih. Ibu rusa inginkan anaknya kembali. Anak rusa menangis teresak-esak diatas belakang kuda tanpa dapat bergerak kerana keempatempat kakinya telah diikat. Pemburu sangat sedih melihat ibu rusa dan anaknya. Akhirnya Si Pemburu melepaskan ikatan pada anak rusa. Anak rusa melompat dan terus berlari mendapatkan ibunya. Ibu rusa menjilat anaknya dengan penuh kasih sayang. Ibu dan anak rusa sangat gembira kerana dapat bersama kembali.

Katak Yang Suka Berlagak Basil ialah seekor katak yang besar. Ia tinggal di sebuah kolam bersama-sama dengan katak-katak yang lain. Namun katak-katak lain lebih kecil daripadanya. Ini menyebabkan Basil suka berlagak. Ia menganggap dirinya paling hebat. Lihat, akulah haiwan yang paling besar di dalam kolam ini! kata Basil dengan sombongnya. Basil menganggap dirinya ketua. Katak-katak lain dikerah mencari makanan untuknya. Pada suatu hari, katak-katak itu tidak membawa makanan untuk Basil. Tuan, terdapat anjing yang besar di tepi kolam. Kami takut untuk keluar mencari makanan, kata salah seekor katak. Apa, ada haiwan yang lebih besar daripada aku? jerit Basil dengan marah. Betul, haiwan itu lebih besar daripada tuan! jawab katak itu. Basil berasa sungguh marah. Ia melompat ke atas batu yang besar di tepi kolam. Kemudian dia menghirup udara dengan banyaknya. Perutnya mula kelihatan menggelembung. Lihat! Adakah haiwan itu lebih besar daripada aku? Tanya Basil. Ya, haiwan itu lagi besar! kata katak-katak itu. Basil semakin tidak puas hati. Basil terus menghirup udara. Perutnya menjadi semakin besar, seperti sebiji belon. Namun Basil masih tidak puas hati. Ia masih mahu kelihatan lebih besar daripada anjing itu. Ia terus menghirup udara. Tiba-tiba Bang!! Bunyi yang kuat itu mengejutkan katak-katak yang lain. Mereka melihat perut Basil pecah. Akhirnya Basil mati.

Anda mungkin juga menyukai