Anda di halaman 1dari 1

MASJID IPOH

Nama Masjid : Masjid Panglima Kinta Alamat : Masjid Panglima Kinta, Jalan Masjid, Kampung Kuchai, 31350 Ipoh, Perak

LatarBelakang Sejarah

Masjid Dato Panglima Kinta merupakan masjid yang pertama didirikan di bandar Ipoh ini. Menurut catatan yang tertulis di papan maklumat masjid tersebut, masjid ini dibina oleh Dato Panglima Kinta Mohamed Yusof pada tahun 1898, di tepi tebing Sungai Kinta yang mengalir melalui kawasan tengah bandar Ipoh. Sebagaimana yang kita sedia maklumi, pada masa dahulu, kebiasaannya kebanyakan penduduk menggunakan sungai dan telaga sebagai tempat untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk. Masjid ini didirikan di Jalan Masjid di Pekan Baru, Ipoh. Sungai Kinta menjadi sempadan antara Pekan Baru dan Pekan Lama, Ipoh. Mengikut ceritanya, masjid ini dahulunya merupakan Masjid Negeri untuk negeri Perak Darul Ridzuan, sebelum Masjid Sultan Idris Shah II didirikan berhampiran Dewan Bandaraya yang lama.

Anda mungkin juga menyukai