Anda di halaman 1dari 5

Generasi berkorban untuk Tauke ladang dan Negara, kini mereka dihalau dari tanah lahir mereka, dilabel

setinggan dan dihalau ke flat!

Kisah perjalanan dan perjuangan 80 tahun hidup di ladang..


Latarbelakang:
Sejarah ladang bukit jalil dapat dikesan sejak 1940-an lagi. Semasa negara kita merdeka, ladang bukit jalil sudah pun wujud. Tuan ladang adalah Kinrara Estate Group Sdn Bhd yang juga membangunkan Ladang Kinrara yang bersebelahan dengan Ladang Bukit Jalil. Pada tahun 1974, Tun Abdul Razak memperkenalkan skim perumahan sendiri pekerja ladang dan pekerja Bukit Jalil sudahpun meminta skim perumahan ini sejak 1976 . Tuntutan untuk membina rumah teres di tanah sedia ada telah dibuat banyak kali. Tetapi pada tahun 1980, Kerajaan (Kementerian Wilayah Persekutuan) telah guna akta pengambilan tanah 1960 dan ambil alih ladang daripada Kinrara Estate Group. Malangnya Kerajaan sebagai Tuan baru ladang tidak membina rumah malah terus memeras saki baki buruh pekerja ini dimana mereka dijadikan pekerja kontrak dibawah kontrakter Kerajaan untuk 15 tahun tanpa dibayar EPF dan Socso. Pada tahun 1988, Menteri Wilayah berjanji bahawa bekas pekerja ladang boleh tinggal dirumah ladang sehingga perumahan kos rendah dibina di

kawasan ini. Malah Ladang bersebelahan, Ladang Kinrara yang berhenti operasi pada tahun 1983, telah dibina rumah teres pada tahun 1992.

Mengapa Ladang Bukit Jalil yang diambilalih oleh kerajaan tidak mahu bina rumah teres untuk pekerja ini di tanah mereka?
Lebih menghina adalah pada tahun 2007, bekas pekerja Ladang ini dilabel sebagai setinggan dan Ordinan Darurat Pembersihan Setinggan yang zalim diberikan kepada penduduk. Penduduk dipaksa mengosongkan tanah dan pindah ke flats PPR (Projek Perumahan Rakyat) yang berdekatan dimana kecil dan tidak selesa.

Kami bukan setinggan! Kami adalah PEKERJA

LADANG!!

Dalam media, Menteri Wilayah persekutuan, Menteri Sumber Manusia dan Datuk Bandar mengatakan bahawa tawaran yang diberikan kepada bekas pekerja Ladang ini adalah yang terbaik. Mereka mengatakan Pekerja Ladang degil. Ini semua adalah tipu belaka!!!

Dalam sejarah pengusiran paksa pekerja ladang dinegara kita, ini mungkin kali pertama pekerja ladang diusir dengan menggunakan ordinan yang dikhaskan untuk setinggan
Hujah Pekerja Ladang Dengan pampasan ini mana boleh dapat rumah percuma? Malah ramai pekerja di ladang lain seperti Ladang Braemar, Ladang Klebang, Ladang Bukit Tinggi, Ladang Sg,. Rasah telah mendapat tawaran jauh lebih baik dimana pekerja ladang mendapat rumah teres atau tanah percuma. Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan sendiri mengakui bahawa dari 71 orang pindah ke flat hanya 10 orang adalah bekas pekerja ladang, yang lain adalah setinggan.Manakala 39 yang masih menetap di ladang adalah bekas pekerja ladang. Maka majoriti masih tinggal di ladang! Asal keluasan Ladang Bukit Jalil adalah 1,800 ekar tetapi hari ini hanya tinggal 26 ekar setelah dibina Kompleks Stadium Bukit Jalil, padang golf, rumah mewah, Stesen LRT dan tempat tahanan reman. Sekarang penduduk hanya menuntut 4 ekar dari 26 ekar yang ada untuk membina rumah. Mengapa mereka yang paling lama tinggal di sini tiada hak untuk dapat 4 ekar tanah tersebut? Tetapi Menteri Sumber Manusia sendiri mengakui ini adalah wang pampasan kerana kegagalan kontraktor kerajaan bayar EPF, SOSCO dan

Hujah Kerajaan Pampasan yang diberikan adalah terbaik iaitu umpama memberi rumah percuma. Apa yang ditawarkan adalah RM22852 kepada mereka yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan RM11986 kepada mereka yang telah berkhidmat selama 7.5 tahun.

Majoriti penduduk sudah berpindah ke flat . Yang tinggal sekarang adalah minoriti dan degil.

Kami tawarkan rumah flat. Mereka mahu rumah teres mana ada tanah ?

Kerajaan cukup prihatin. Memberikan wang ehsan dan selain itu memberi wang berpindah RM 1,000

tunggakkan gaji semasa mengurus ladang.

Tuntutan bekas pekerja ladang!!!

4 ekar tanah SAHAJA untuk


membina rumah mereka disamping tuntutan mereka untuk mengekalkan kuil, sekolah dan kubur yang sedia ada.

1. Skim
Perumahan Tun Abdul Razak

Skim Perumahan Pekerja Ladang untuk menyelesaikan masalah perumahan pekerja ladang yang miskin. Sekiranya, polisi ini dilaksanakan dengan berkesan sejak 1973, hari ini kebanyakan masalah perumahan pekerja ladang dapat diselesaikan dan pekerja ladang dapat menikmati kehidupan yang senang seperti yang dinikmati oleh mereka yang berasal dari Kampung tradisional Melayu melalui Skim FELDA dan orang Cina melalui program kampung baru.

2. Ladang Bukit

Jalil kemungkinan besar dalam keadaan elok jika Kerajaan tidak mengambil tanah tersebut

Ladang Kinrara yang diambil oleh Kinrara Groups telah memberikan tanah kepada pekerja dan membina rumah teres kos rendah. Sekiranya ladang Bukit Jalil tidak diambil alih oleh kerajaan, kini mereka mungkin sedang menikmati segala kemudahan dan faedah yang dimiliki oleh pekerja ladang Kinrara

3. 4 ekar tanah

daripada 1800 ekarApa masalahnya?

Penduduk terpaksa pergi ke mahkamah setelah pihak kerajaan kerajaan telah menjual sebahagian tanah kepada pemaju-pemaju swasta seperti Berjaya Group , Talam and Ho Hup. enggan berunding. Sekarang pun Kini hanya tinggal 26 ekar tanah sahaja dan tanah tersebut telahpun diberikan kepada Jabatan masih belum lambat, jika Perdana Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk dibina kubur Menteri ada keinginan beliau boleh menyelesaikan masalah ini dan memenuhi tuntutan 4 ekar tanah dan penduduk tanpa agak-agak akan menarik balik kes ini!
Keluasan asal tanah ladang adalah 1800 ekar.

PM Najib
dahulukan rakyat atau sebaliknya
Selepas menduduki ladang tersebut lebih 80 tahun, bukankah tuntutan mereka 4 ekar tanah adalah patut dan adil? Apa yang anda boleh buat sebagai rakyat yang prihatin ?
1. Hantar surat bantahan atau email anda kepada mereka dibawah dan menuntut supaya

hentikan pengusiran ini dan memberi tanah kepada bekas pekerja Ladang Bukit Jalil. No Hantar Kepada: 1 2 3 Perdana Menteri Menteri Wilayah Persekutuan Menteri Sumber Manusia Email ppm@pmo.gov.my/ @NajibRazak (twitter) rnc@kwp.gov.my /@RajaNongChik s.subra@mohr.gov.my/@kvssubra Fax 603-8888 3444 603-8889 1411 603 8889 2381

Dikeluarkan oleh : Jawatankuasa Betindak Bekas Pekerja Ladang Bukit Jalil. Ladang Bukit Jalil, Batu 16 Jalan Puchong, 58200, Kuala Lumpur Hubungi: 016 3674304 atau 012 3766433@019 2166205@019 3758912 Maklumat lanjut sila layari: www.jerit.org atau twitter: @JERIT02

Anda mungkin juga menyukai