Anda di halaman 1dari 2

Lampiran A

LAPORAN KHAS JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA) KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

Negeri: SABAH Parlimen: 191 KALABAKAN DUN: N.58 MEROTAI Tarikh: 23/04/2010

Penyerahan memorandum oleh penduduk Kg Iban Merotai berkaitan isu tanah di Ulu Landau Merotai

Hutan Simpan Ulu Landau terletak kira-kira satu jam perjalanan daari Kg Iban dan beresempadanan dengan kawasan Sabah Softwood dalam mukim Brumas, Hutan Simpan ini telah diterokai oleh penduduk Kg Iban sejak tahun 1978 sehingga kini. Menurut penduduk iaitu JKKK Kg Iban En Kalling Jarau kawasan Ulu ini telah memiliki sebanyak 5 cawangan UMNO, 2 orang JKKK, dua buah rumah panjang kaum Iban, memiliki mesin pengering koko yang disumbangan oleh Lembaga Koko Malaysia. Penduduk di sini telah mengusahakan pelbagai tanaman komoditi sejak tahun 1978 lagi sehingga kini yang dianggarkan beratus-ratus ekar dan ada tanaman yang hampir membuahkan hasil dan ada sebilangan penduduk yang menternak haiwan tenusu seperti kambing. Namun menurut keluhan mereka semua usaha ini menjadi sia-sia kerana telah dimusnahkan oleh pihak Jabatan Perhutanan tanpa sebarang notis pemberitahuan dan pembelaan daripada mana-mana pihak. Penduduk menganggap bahawa pihak Jabtan Perhutanan kejam kerana memusnhakan tanama mereka tanpa belas kasihan dan tidak membenarkan penduduk mengambil semula ternakan mereka untuk dipindahkan ke kawasan lain, sedangkan haiwan ternakan tersebut adalah milik mereka sendiri. Penduduk kampung mendakwa mereka telah mendapat kebenaran bertulis dari pihak Mahkamah suatu masa dahulu semasa pemrintahan Parti Berjaya. Namun setelah penduduk ingin memohon kepastian dari mahkamah mengenai tanah tersebut, pihak mahkamah memberitahu dokumen atau salinan mengenai kes tersebut telah musnah dalam kejadian kebakaran tetapi penduduk kampung masih sangsi dengan kebenaran fakta yang diberikan. Selain daripada itu penduduk kampung merasa terkilan kerana semua wang yang dipinjam sebanyak RM 50,000.00 dari bank tempatan dilabur ke kebun mereka dengan harapan jika tanaman mereka membuahkan hasil semua pinjaman dapat dilangsaikan namun semua hanya tinggal kenangan kerana sumber pendapatan mereka hanya tinggal padang jarak padang tekukur. Penduuk yang ditemui hanya

menginginkan hak mereka diberikan semula seperti haiwan ternakan, dibayar ganti rugi, sekurang-kurangnya mendapat bantuan kebajikan seperti bantuan bibit kelapa sawit dan lain-lain, bagi memulakan semula usaha mereka disatu kawasan yang baru atau kawasan yang sama di Ulu Landau demi untuk mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan masing-masing kerana punca pendapatan penduduk adalah hanya dari hasil bertani dan menternak sahaja.. Penduduk di Kg Iban memberitahu bahawa isu atau masalah ini telah disuarakan kepada pihak ADUN dan Ahli Parlimen, namun masih belum ada sebarang tindakan yang dibuat dan menyebabkan seramai 10 penduduk kampung dari Kg Iban mengambil inisiatif sendiri untuk terus ke Parlimen dan menyerahkan memorandum kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Datuk Seri Nazri Abd Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan badan NGO seperti Tan Sri Simon Sipaun iaitu Pengerusi SUHAKAM, Presiden Parti PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut penduduk kampung yang ditemui, segala urusan rasmi di Parlimen, penginapan dan perjalanan sepanjang berada di sana banyak dibantu oleh Ahli Parlimen Tawau iaitu Datuk Chua Soon Vui dari parti Bebas, Parti PAS, dan Parti PKR. 1. Ulasan Pegawai Masalah ini berpunca daripada ketidakpuasan hati penduduk kampung berikutan punca pendapatan mereka yang telah diusahakan secara turun temurun dari tahun 1978 sehingga tahun 2010 telah dimusnahkan begitu sahaja tanpa sebarang notis pemberitahuan dan penduduk melabel pihak Jabatan Perhutanan tidak berperikemanusiaan. Menurut pndangan saya, pihak pembangkang seperti PAS, PKR, dan Parti Bebas berusaha untuk menyelesaikan masalah penduduk dan secara tidak langsung bertujuan untuk berkempen dan meraih undi bagi tujuan persiapan Pilihan Raya Umum ke 13. Jika masalah ini dibiarkan berlarutan dan tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya dari kerajaan Barisan Nasional.

_____________________
Tandatangan Laporan disediakan oleh : Nurul Hanie Kadil

Anda mungkin juga menyukai