Anda di halaman 1dari 8

Nota

BAB 8: DASAR LUAR MALAYSIA


Subtopik : Malaysia dan Hubungan Serantau (ASEAN) Keanggotaan dan matlamat Bentuk kerjasama Cabaran

Pengenalan
Dasar luar Malaysia bertujuan menjamin kemakmuran dan kestabilan negara serta keselamatan negara. Kerjasama antarabangsa dan hubungan luar melibatkan unsure politik, social, ekonomi dan budaya. Dasar luar Malaysia juga melibatkan usaha mencari cara-cara baharu untuk mencapai dan menjaga kepentingan negara dalam persekitaran antarabangsa yang sentiasa berubah. Perkembangan dasar luar negara dipengaruhi fahaman atau konsep kepimpinan setiap Perdana Menteri. Jika sebelumnya dasar luar negara lebih menekankan hubungan serantau, kini penekanan lebih diberikan pada hubungan dengan negara lain pada peringkat antarabangsa demi memelihara kepentingan ekonomi dan politik selaras dengan era globalisasi.

Malaysia dan Hubungan Serantau (ASEAN)

Keanggotaan dan Matlamat Keanggotaan ASEAN

1. Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan di Bangkok, Thailand pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok.
2. ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Brunei

Darussalam menyertai ASEAN pada 7 Januari 1984, Vietnam pada tahun 1995, Laos dan Myanmar pada tahun 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pula menyertai ASEAN pada tahun 1999.

Matlamat ASEAN

1. Antara matlamat penubuhan ASEAN adalah seperti berikut:


a. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social dan pembangunan

kebudayaan di rantau Asia Tenggara.


b. Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan

mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu


c. Menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain dalam pelbagai

bidang termasuk latihan dan penyelidikan d. Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sektor pertanian dan perdagangan.
e. Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain.

Bentuk Kerjasama

Kerjasama Politik

1. Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep ZOPFAN

telah diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971. 2. Matlamat penubuhannya ialah: a. Memelihara keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mengelak campur tangan daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia, Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal di rantau ini.
b. Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia

Tenggara secara aman dan bukan menggunakan kekerasan. c. Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar. d. Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib sendiri.
3. Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk

memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear. 4. ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pencerobohan Vietnam di Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang untuk menentukan nasib negara mereka sendiri.

Kerjasama Ekonomi
1. Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembab kerana

tiada aktiviti dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah

beberapa perjanjian seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama. 2. Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:
a) Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:

i. ii. iii. iv. v.

Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand

b) Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN. c) Mengadakan Skim Pelengkapan Perindutrian ASEAN, misalnya dalam

bidang automotif.
d) Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk meningkatkan

perdagangan antara negara anggota. Keistimewaan yang diberikan termasuk kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan perluasan tarif istimewa.
e) Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan i.

Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) ditubuhkan untuk menyelaras kegiatan bank-bank perdagangan di rantau ASEAN

ii.

Syarikat

Kewangan

ASEAN

ditubuhkan

untuk

memberikan

kemudahan kewangan kepada negara-negara yang terlibat dalam projek-projek uasaha sama ASEAN.
f) Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi

i.

Pemasangan kabel laut ASEAN menghubungkan negara anggota

ii. iii.

Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen Mengiktiraf lessen pemandu di rantau ASEAN

g) Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian

i.

Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank data mengenai masalah pertanian

ii. iii.

Penubuhan Plant Quarantine Traning Centre and Institute di Serdang Penubuhan ASEAN Centre for Development of Agricultural Cooperation di Indonesia.

h) Mengadakan dialog dengan negara-negara maju i) Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan pembangunan dalam bidang perdagangan, perlancongan, pengangkutan dan perhubungan seperti:
i. ii. iii.

IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand) IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura) BIMP-EAGA (Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur BruneiIndonesia-Malaysia-Filipina)

Kerjasama Sosial dan Kebudayaan

1. Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara negara

ASEAN melalui aktiviti kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN dll.


2. Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Tujuan

penubuhan adalah seperti berikut: a) Mengembangkan Bahasa Melayu supaya setaraf dengan bahasa moden b) Meningkatkan semangat persaudaraan di antara negara anggota c) Meningkatkan peranan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan yang lebih luas

3. Pembentukan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)

a) Menggalakkan kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan b) Menganjurkan projek berikut; i. ii. iii. Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC) Pusat Pembaharuan dan Teknologi di Filipina (INNOTECH) Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.

Cabaran ASEAN Ekonomi

1. Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti bijih timah

dan getah asli negara-negara ASEAN telah membantutkan pertumbuhan ekonomi dirantau ini
2. Negara-negara ASEAN terpaksa member perhatian kepada sektor perkilangan dan

perkhidmatan.
3. Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama menyebabkan persaingan yang sengit

dikalangan negara ASEAN.


4. Pergantungan kepada negara maju dari segi ekonomi masih berlanjutan. Indonesia dan

Thailand dibebani hutang luar negara.

Sosial

1. Negara ASEAN menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan taraf hidup rakyatnya.
2. Proses pembandaran yang pesat dan kadar pengangguran yang meningkat

menjejaskan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk di negara ASEAN.

Politik 1. Perubahan kepimpinan di sesetengah negara ASEAN 2. Percubaan rampasan kuasa atau keganasan di Filipina dan Indonesia 3. Negara ASEAN terpaksa mengenakan sekatan terhadap kebebasan berpolitik di negara masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai