Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN RASMI KEM KIA 2M 11 SEPTEMBER 2008, PUSAT LATIHAN JHEOA, KLUANG, JOHOR. Bil.

1. KIU Ketika VIP masuk ke Dewan Mula TEKS Pihak penganjur mengucapkan selamat datang kepada tetamu kehormat, diiringi Pengarah dan Timbalan Pengarah IPPM serta tetamu undangan. Hadirin dipersilakan berdiri...terima kasih. Assalamualaikum salam perpaduan kepada sekalian yang berada di dalam dewan yang permai ini. Itik angsa memakan nangka, Makan sekali di tempat redup; Hari Selasa majlis dibuka, Hari ini majlis ditutup. 3. Doa (Baca teks ini jika ada pembaca doa rasmi) Awal Bismillah permulaan bicara, Kata nan murni penyusun acara, Mendoakan hadirin sihat sejahtera, Silakan tampil pendoa yang mulia. Semoga kebaikan datang jua, Doa tulus pinta dilafazkan. Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPPM. Majlis mengucapkan terima kasih. 3a. Doa (Baca teks ini jika tanpa pembaca doa rasmi) Sapaan kepada Tetamu (Sesuaikan ikut kehadiran sebenar) Hidup dikandung adat, Adat berpaksi agama, Majlis biarlah berkat, Umul kitab lalu kita baca. Al-Fatihah... 4. Yang Berbahagia Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Pengarah Pelajaran Negeri Johor yang mewakili Yang Berbahagia Datin Asariah binti Meor Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia; Yang Berusaha Puan Hjh. Noor Hayatee binti Md. Noor, Pengarah IPPM; Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Wahid Akmal bin Omar, Pengarah JHEOA Pahang; Yang Berusaha Encik Mohamad Hamizon bin Mohamad,

2.

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN RASMI KEM KIA 2M 11 SEPTEMBER 2008, PUSAT LATIHAN JHEOA, KLUANG, JOHOR. Bil. KIU TEKS Timbalan Pengarah JHEOA Johor, Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah binti Madarsa, Timbalan Pengarah IPPM Pegawai-Pegawai JHEOA Rompin dan Segamat, Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah Rompin dan Segamat; Ketua-Ketua Jabatan, Guru-Guru Besar dan Guru-Guru Penyelaras KIA 2M Rompin-Segamat/Pensiangan Salinantan Negeri Melaka; AJK Pengelola Kem KIA 2M, ibu-ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi. 5. Ucapan Pengarah Apa tanda hari nak malam, suasana menjadi kelam; Apa tanda hari nak hujan, awan di langit bertukar hitam; Apa tanda hari nak siang, ayam berkokok sahut-sahutan; Apa tanda majlis nak mula, ucapan alu-aluan mula diberikan.

Untuk itu, majlis dengan takzimnya mempersilakan Puan Hjh. Noor Hayatee binti Md. Noor, Pengarah IPPM untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian puan mengalu-alukan tetamu kehormat dan para hadirin. 6. Ucapan Perasmian Tetamu Kehormat

Jika makan tanpa minum, takut tercekik, susah nanti; Jika membaca tanpa faham, ketika ditanya, lantas diam; Jika bernyanyi tanpa suara, penat mendengar, buang masa; Jika duduk tidak berlunjur, ketika berdiri, hendak tersungkur. Jika majlis tidak ditutup, amalan yang baik macam tak cukup.

Oleh hal yang demikian, untuk mencukupkan pengisian acara, tiba masanya pihak majlis mengalu-alukan tetamu kehormat, Yang Berbahagia Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Pengarah Pelajaran Negeri Johor yang mewakili Yang Berbahagia Datin Asariah binti Meor Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.. untuk menyampaikan ucapan, seterusnya menutup rasmi Kem KIA 2M 2008. Dipersilakan Tuan. 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN RASMI KEM KIA 2M 11 SEPTEMBER 2008, PUSAT LATIHAN JHEOA, KLUANG, JOHOR. Bil. KIU TEKS Ucapan Tuan penuh makna, majlis mengucapkan terima kasih jua. 7. Cenderamata (Sesuaikan dengan keadaan sebenar) Lazimnya: Apabila ke sungai, yang dibawa pulang ialah ikan; Apabila ke laut, yang dibawa selain ikan ialah siput; Apabila ke hutan, yang dibawa ialah hasil perburuan; Apabila ke majlis, yang elok dibawa pulang tentulah oleholeh barang secebis buat kenangan manis. Dengan ini, majlis mempersilakan Pengarah IPPM tampil untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan kepada: 1. Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor 2. Wakil JHEOA Rompin 3. Wakil JHEOA Segamat 4. Wakil PPD Rompin 5. Wakil PPD Segamat

Terima kasih kepada Puan. 8. Bersurai Tiada ucapan seindah kemaafan; Tiada kemaafan semurni keikhlasan; Tiada keikhlasan setulus kesyahduan; Justeru, marilah kita melabuhkan tirai pertemuan; mencampakkan sauh pelayaran; dan merehatkan lelah kepenatan; Lalu, sampai di sini sahaja berhujungnya majlis penutupan yang indah permai ini, dan dengan penuh insaf kita menyusun kalimat harapan agar: - penganjuran mengundang kesan; - perbelanjaan tidak dipersiakan; - pengetahuan sudi dikongsikan; - kesamarataan dalam pendidikan sama-sama kita perjuangkan. Wabillahittaufiq... Kesempurnaan itu milik ALLAH, kepincangan itu milik hamba. Sekian, salam hormat daripada saya: MOHAMAD BIN MUSIP, IPPM. Ketemu lagi nanti...

* Kandungan teks tertakluk kepada perubahan dan pengubahsuaian, ikut cita rasa penyampai dan keadaan sebenar dalam majlis.

Anda mungkin juga menyukai