Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM 3 MEI 2007, BILIK SPICES, HOTEL MAHKOTA MELAKA Bil. 1. 2.

KIU Ketika VIP masuk ke Dewan (AK) Mula (MHM) TEKS Pihak penganjur mengucapkan selamat datang kepada para tetamu ke Majlis Jamuan Makan Malam sempena Majlis Konvokesyen. Assalamualaikum Salam sejahtera kepada sekalian yang berada di dalam Bilik Spices, Hotel Mahkota Melaka. Taman terbentang lihat tak jemu, Aneka bungaan menjadi hiasan; Selamat datang kepada tetamu, Ke majlis jamuan merai lulusan. 3. Doa (AK) Awal Bismillah pembuka bicara, Kata disusun untuk keberkatan, Semoga kebaikan datang jua, Doa tulus pinta dilafazkan. Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan dilafazkan oleh Ustaz Mat Nawi bin Mat Jusoh dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPPM. Majlis mengucapkan terima kasih. 4. Sapaan kepada Tetamu (AK) Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd. Adenan Deraman, TP,BPG, mewakili Pengarah Pendidikan Guru Yang Berusaha Puan Hjh. Siti Aidah Abdullah, YDP Kebangsaan Persatuan Lepasan MWTC/MPPM dan AJK Yang Berusaha Puan Soriah Abdullah, Pengarah IPPM Puan Hjh. Saadiah Bani, Timbalan Pengarah IPPM Ketua-Ketua Jabatan Akademik, dan Wakil-wakil Staf Sokongan IPPM AJK Seminar, Majlis Jamuan Makan Malam dan Majlis Konvokesyen Yang diraikan para lulusan IPPM yang dikasihi sekalian. Yang datang dari jauh, kita sambut dengan perasaan mesra; Yang datang dari dekat, kita layani sama rata, penuh hormat; Yang tua dihargai, yang muda dikasihi, yang sebaya disayangi; Yang berada di dalam dewan, baik lelaki mahupun perempuan; Sebelum hidangan dijamah, sudi kiranya hadirin hadirat memberi tumpuan untuk mendengar ucapan daripada pimpinan IPPM, supaya mana-mana mutiara kata, dapat kita gabung jalinkan dengan idea, saran, gagasan dan nilai yang kita peroleh daripada seminar semalam. Untuk itu, majlis dengan takzimnya mempersilakan Puan Soriah Abdullah, Pengarah IPPM untuk menyampaikan ucapan. Majlis mengucapkan terima kasih.

5.

Ucapan Pengarah (MHM)

TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM 3 MEI 2007, BILIK SPICES, HOTEL MAHKOTA MELAKA Bil. 6. KIU Jamuan Makan Malam (MHM) Persembahan (AK) TEKS Pelbagai juadah sudah dihidang, Silalah nikmati lupakan pantang, Usahlah kalian pandang belakang, Bimbang pula makan tak kenyang. Tuan-tuan dan puan-puan, Malam ini kita berpeluang menyaksikan persembahan yang berupa selingan majlis, buat menghibur para tetamu, agar sedikit kenangan dapat dibawa pulang. Dipersilakan: 1. 2. 3. 4. 5. Tidak dilupakan, majlis kita turut memberi ruang dan peluang kepada wakil graduan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan Cikgu Azlina RahmatMajlis mengucapkan terima kasih. Tuan-tuan dan puan-puan Sebelum bersurai, saya ingin menyorot perhatian sekalian yang hadir ...Pada malam ini, seperti pada malam-malam yang lain, saat-saat yang lain, selamalamanya kita tidak melupai dua insan yang tersayang, iaitu ibu dan bapa kita. Marilah kita renungi lirik yang ingin saya utarakan ini; Ayah dan ibu (2 x) Itulah permulaan kami Dapat melihat bulan dan matahari... Kerana adanya ayah dan ibu, kita berada di sini, juga kita hadir untuk majlis esokKita bertuah dan bersyukur menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Sebagai peringatan bersama, bersama-samalah kita menjayakan Majlis Konvokesyen, esok, 4 Mei 2007 (Jumaat). Sekian, salam hormat dan wabillahaitaufiq

7.

8.

Ucapan Wakil Graduan (AK) Sambungan Persembahan (MHM)

9.

Anda mungkin juga menyukai