Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN IPPM TARIKH : 13 FEBRUARI 2008 TEMPAT : DEWAN BESAR IPPM BIL CUE

Apanila TP tiba di pintu utama Dewan Besar Apabila VIP bersedia Protokol majlis ANN Mengumumkan ketibaan Pn. Hjh Noor Hayatee Binti Md. Noor Pengarah IPPM. Hiasan baldu tampak terserlah, Disulam permata ganding berseri Hadirnya tamu, sambut meriah, Salam bertaut majlis dirai. Selamat datang ke Majlis Perhimpunan Bulanan Ippm, April 2008. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berbahagia,Pn Hjh Noor Hayatee Binti Md. Noor, Pengarah, Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka, Yang Berusaha, Pn. Hjh Saadiah Binti Bani, Timbalan Pengarah, Institut Perguruan Perempuan Melayu, Melaka Yang Berusaha, Tn. Hj Omar Bin Abdul, Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPPM Ketua- ketua Jabatan Ketua- ketua unit, Para Mentor, Barisan pensyarah, Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan AJK JPP, Para guru pelatih, Hadirin/ hadirat sekalian Awal bismillah pembuka bicara, tangan diangkat memohon keberkatan, semoga kebaikan datang jua, doa tulus mpinta dilafazkan. Untuk maksud itu, dengan segala hormatnya di persilakan ____________________________________ dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPPM untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan. (pause) Majlis merakamkan ucapan terima kasih

1.

Bacaan doa

2.

Bacaan ikrar

Yang kukuh dipererat, yang setia dilafazkan Seterusnya, ialah upacara melafazkan ikrar Perkhidmatan Awam Malaysia dan Lafaz Ikrar Integriti. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan __________________________________________ Dari Jabatan______________________________________ Untuk mengetuai lafaz ikrar. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas lafaz ikrar sebentar tadi. Sidang hadirin yang dihormati, seterusnya marilah kita samasama menyanyikan lagu rasmi IPPM dan Lagu Perkhidmatan Awam Malaysia. Hadirin dipersilakan berdiri. Hadirin sekalian, perhimpunan bulanan pada pagi (Rabu, 13 November 2008) merupakan acara perhimpunan bulanan yang pertama diadakan bagi sesi 2008. Selain itu, diucapkan selamat datang, kepada para guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah; KPLI SR dan KPLI LPBS jQAF ambilan Januari dan Februari 2008 yang julung- julung kali menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan IPPM. Diharapkan kehadiran para guru pelatih KPLI ini dapat terus bersama- sama memacu kecemerlangan IPPM dan dapat berganding bahu, mencerna idea dengan seluruh warganya terutama pihak Jawatankuasa Pewakilan Pelajar(JPP) IPPM.

3.

Nyanyian

3.

Ucapan alu- aluan emcee

4.

Ucapan YDP IPPM

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, bagi meneruskan agenda majlis pada pagi ini, dipersilakan ____________________________________________________ Dari Jabatan_____________________________________________Untuk membacakan tazkirah yang bertajuk ____________________________________________________ Dengan dukacitanya dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ____________________________________________________ Atas bacaan tazkirah itu tadi.

5.

Ucapan YDP JPP

Seterusnya diperselakan Saudari_____________________________________________ Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPPM untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Majlis seterusnya mempersilakan Tuan Hj. Omar Bin Abdul, Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPPM untuk menyampaikan ucapan.

6.

Ucapan KJ HEP

Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Terima kasih diucapkan atas ucapan daripada Ketua Jabatan HEP sebentar tadi. 7. Ucapan Pengarah IPPM Ikrar setia dilafazkan sudah, ucapan alu- aluan demikian juga. Kini tiba saat yang dinanti, ucapan utama bersempena majlis Perhimpunan Bulanan pada hari ini. Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia Pn. Hjh Noor Hayatee Binti Md. Noor, Pengarah IPPM, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan atas ucapan daripada Tuan Pengarah IPPM itu tadi. Meneruskan agenda pada pagi yang upacara Sambutan Hari Lahir kepada staf- staf IPPM yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Januari sehingga 13 Februari 2008. Oleh yang demikian Majlis akan diserahkan kepada Tuan Hj. Omar Bin Abdul, ketua Jabatan, Jabatan hal Ehwal Pelajar, IPPM. Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj. Omar Bin Abdul atas upacara sambutan hari lahir sebentar tadi. Bagi pihak guru pelatih IPPM, kami mengucapkan semoga para staff yang menyambut ulang tahun kelahiran ini dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, semoga sentiasa di bawah lindungan Ilahi hendaknya dan seterusnya dapat terus menjana padu khidmat bakti untuk kegemilangan IPPM yang dicintai ini. Tuan- tuan dan puan sekalian, majlis pada pagi ini telah sampai ke penghujungnya. songket biru tampak berseri, Tenunan indah buat arjuna, tersilap bicara harap maafi, ketemu lagi, di lain acara. Perhimpunan pada pagi ini akan diakhiri dengan nyanyian lagu Melaka Maju Jaya dan Lagu Negaraku. Hadirin dipersilakan berdiri. Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci wabila............
Su_JPP_2008

8.

Sambutan hari lahir staff IPPM (1 Jan- 13 Februari 2008)

9.

Nyanyian lagulagu rasmi

Anda mungkin juga menyukai