Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PROGRAM SOLAT HAJAT UPSR 1429 H /2008 JK BIMBINGAN & KAUNSELING DAN PANITIA AGAMA ISLAM

SEKOLAH KEBANGSAAN SAYED OTHMAN, MIRI

.
1. Pengenalan Firman Allah s.w.t dalam Surah At Taubah ayat 18 yang bermaksud ; Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orangorang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. Dalam usaha kita mencapai kejayaan yang diimpikan, kita tidak dapat lari dari mengharap hanya kepada Allah s.w.t. Setelah berbagai usaha yang telah dan sedang dilakukan bagi mencapai matlamat yang diimpikan, sudah sampai waktunya kita menadah tangan, bersujud kepada Nya mengharapkan agar diperkenankan doa, terutama kepada kecemerlangan pelajar Islam di bahagian Miri. Dengan tema "USAHA, DOA & TAWAKKAL", mudahmudahan, usaha yang dilakukan ini akan dapat menjadi pemangkin kepada kejayaan yang berterusan. 2. Nama Program SOLAT HAJAT UPSR 1429 H / 2008 3. Tarikh, Hari, Masa Dan Tempat Perlaksanaan Tarikh Pertama Tarikh Kedua Tarikh Ketiga Hari Masa Tempat : 26 Jun 2008 : 30 Julai 2008 : 28 Ogos 2008

: Khamis : 6.30 9.00 Malam : Dewan Serba Indah 1

SK Sayed Othman, Miri 4. Anjuran JK Bimbingan & Kaunseling & Panitia Pendidikan Agama Islam 5. Tema "USAHA, DOA & TAWAKKAL" 6. Objektif 1. 2. 3. Membentuk kesedaran mendalam tentang kepentingan mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t selepas berusaha untuk mencapai matlamat. Membentuk Modal Insan pelajar berteraskan unsur spiritual yang telah terbukti kejayaannya. Menanam sikap tawakkal dan semangat penghayatan dan pengamalan Fardu Ain dan Fardu Kifayah dalam kehidupan seharian.

7. Kumpulan Sasaran 1. Pelajar Tahun 4, 5 & 6

8. Jemputan Kehormat 1. 2. 3. Yang Dipertua PIBG Para Penyumbang Ibubapa Pelajar

9. Penceramah Cadangan Sesi Pertama : "USAHA, DOA & TAWAKKAL" Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif SK Sayed Othman "ANAK SOLEH" Ustaz Nik Syazmizi Nik Sin Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri "HIDUP LEBIH HIDUP DENGAN KEJAYAAN" En. Muhtar Suhaili Jurutera, Sarawak Shell Berhad

Sesi Kedua :

Sesi Ketiga :

10. AJK Pelaksana

PENGERUSI Wan Dahili NAIB PENGERUSI JK PENGACARA MAJLIS JK PERSIAPAN TEMPAT

Puan Hajjah Wan Aminah Binti Haji Guru Besar SK Sayed Othman

Puan Mirisia Nawi : Mohd Nassru Abdul Latif

: Ustaz Azmi Mohd Zain Mohd. Zul-fiqar Bin Mat Yunus Bujang Bin Madot Ustazah Rafidah Arfah Binti Isa : Shahrizan Bin Mohd. Yunus Mohd Nassru Abdul Latif : Dayang Rosnah D. A. Indih Sy. Norsiah Wan Nong Sufia Bt. Bujang Mastia Bt. Hazmi Nurmila Abdullah Sarimah Bt. Omar : Wan Norhayati Jijah Binti Tamin Ipah Binti Amin : Wan Murni Wati : Muhammad Izzat Reduan Talip : Norlia Bt. Seran Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif

JK PA SISTEM JK MAKANAN

JK KEBERSIHAN

JK DOKUMENTASI JURU GAMBAR JK TUGAS KHAS 11. Tentatif Program 6.00 :

Ketibaan para pelajar Ketibaan para tetamu Majlis bermula Solat Maghrib Berjemaah Bacaan yasin Ceramah Motivasi Kecemerlangan Pelajar 3

8.00 :

Solat Isyak berjamaah Solat Hajat Jamuan

9.00 :

Bersurai

12. Anggaran Kos PERKARA Makan Malam PESERTA Pelajar dan Ibu Bapa Guru dan jemputan KUANTIT I 100 orang 20 orang KOS RM 3.50 x 100 x 3 kali RM 5.00 x 20 x 3 kali JUMLAH

Saguhati 3 Orang 3 kali Penceramah Kelengkapa n Urusetia JUMLAH KESELURUHAN

RM 1050.00 RM 300.00 RM RM 50.00 x 3 kali 150.00 RM RM 100.00 x 3 kali 300.00 RM 1800.00

13. Penutup Sabda Rasulullah S.AW " Didiklah anak-anak kamu dengan ilmu pengetahuan, latihlah mereka dengan akhlak yang mulia. " Manakala Imam al-Ghazali berkata, "Anak-anak merupakan nikmat kurniaan Allah kepada orang tuanya. Hati mereka suci ibarat sebutir permata yang boleh dicanai sesuka hati pengurusnya. Justeru itu, anak-anak merupakan amanah Allah kepada orang tuanya dan mereka wajib mendidiknya dengan sempurna. Jawatankuasa Pelaksana amat berharap semua pihak dapat memberi kerjasama agar objektif program mencapai matlamat seperti yang dirancang. Semoga usaha yang dirancang ini mendapat manfaat yang berguna untuk semua pihak demi Agama, bangsa dan Negara. "WE'LL BE AMONGST THE BEST"

Disediakan Oleh ; . .. [MOHD NASSRU ABDUL LATIF] WAN DAHILI]

Disahkan Oleh ; .. [HJH. WAN AMINAH

Pengurus Program Solat Hajat UPSR 1429 H / 2008

Guru Besar SK Sayed Othman, Miri

Anda mungkin juga menyukai