Anda di halaman 1dari 20

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1

Latar Belakang Kajian Perkahwinan amat dituntut dalam Islam. Ia dapat mengembangkan institusi

sosial, selain merupakan saluran yang betul untuk meluahkan rasa kasih sayang seorang individu kepada individu lain yang berlainan jantina pada jalan yang dibenarkan Syarak. Firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Rum, ayat 21: Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa iamenciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah arRum: 21) Setiap pasangan yang berkahwin bercita-cita memiliki sebuah keluarga yang bahagia tetapi untuk mencapainya bukan lah perkara mudah. Banyak cabaran yang perlu dihadapi bagi memastikan keluarga yang dibina mampu mencapai kebahagiaan yang diidamkan. Ini kerana, perkahwinan melibatkan pasangan yang berlainan jantina, akal, perasaan, dan emosi yang biasanya merumitkan perhubungan antara manusia khususnya suami dan isteri serta ahli keluarga. Bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga, pasangan harus mempersiapkan diri dari segi fizikal, mental, dan emosi supaya masalah ini boleh diatasi. Tidak dinafikan, perkahwinan menuntut kasih sayang, hubungan seksual,

tempat perlindungan, harta benda dan sebagainya. Namun, tuntutan ini perlu mempunyai asas ketaqwaan bersandarkan ajaran agama. Asas ini amat penting untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia bukan hanya di dunia malah di akhirat.

1.2

Pernyataan Masalah Kes-kes perceraian, perbuatan curang suami dan isteri dengan orang lain,

penderaan anak, permasalahan juvana, wabak AIDS yang semakin menular, masalah warga tua yang kesepian hidup dan lain-lain gejala sosial yang negatif menampakkan tanda-tanda yang semakin meningkat (Dr. Mohd Nor Manuty, 2003). Oleh itu, kesedaran untuk membentuk keluarga yang bahagia dalam masyarakat moden pada masa kini mulai mendapat perhatian yang semakin serius dari pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira agama. Selain itu, keretakan rumah tangga yang banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kini juga semakin membimbangkan. Ada kalanya keretakan ini berpunca daripada perkara remeh dan paling menyedihkan lagi pasangan yang telah bertahuntahun lamanya berumah tangga turut mengalami masalah ini sehingga menyebabkan keluarga yang dibina tidak mampu bertahan ke akhir hayat. Jika permasalahan ini berterusan, maka sukarlah untuk membentuk keluarga bahagia kini dalam kalangan generasi pada masa akan datang. tangga? Persoalannya, Apakah yang mengapakah perkara ini boleh berlaku?. Adakah institusi keluarga yang ada pada masa tidak mampu mengekalkan keharmonian rumah menyebabkan keluarga bahagia yang diidamkan pada mulanya berakhir dengan perpisahan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan melihat pembentukan keluarga bahagia dalam kalangan masyarakat dan meninjau sejauh mana masalah keretakan rumah tangga berlaku di kalangan masyarakat kita. Kita sebagai umat yang hidup pada zaman yang serba mencabar ini sedia maklum bahawa masalah sosial seperti sumbang mahram, keruntuhan akhlak, keganasan rumahtangga, perceraian dan lain-lain lagi sememangnya telah lama berlaku dalam masyarakat kita. Masalah sosial yang membimbangkan ini seringkali dikaitkan dengan kerapuhan institusi keluarga. Keadaan ini dikatakan berpunca daripada kejahilan sebahagian besar pasangan suami isteri mengenai tingkahlaku dan ilmu keibubapaan Norhazian (2003). Ini disebabkan sebahagian ibu bapa pada hari ini
2

kurang mempunyai kemahiran dalam mengurus hal ehwal keluarga atau pun rumahtangga, terutamanya yang berkaitan dengan soal pendidikan.

Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan melalui peranan yang diharapkan daripada ahli-ahli keluarga. Keharmonian berkeluarga dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Hubungan ini merangkumi perhubungan spiritual (agama), emosi seperti kasih sayang, sifat hormat-menghormati, bertanggungjawab, berpendidikan serta sifat-sifat kebendaan (pakaian, makanan, rumah dan sebagainya). Oleh itu, institusi keluarga adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat rohani dan jasmaninya, lagi berilmu dan bermoral. Keluarga adalah sebuah institusi sosial asas yang memainkan peranan penting di dalam membentuk sahsiah dan perilaku seseorang individu. Perkembangan pemikiran, emosi dan juga tingkahlaku seseorang bermula di dalam suasana kekeluargaan sejak peringkat bayi lagi. Pembentukan moral anak-anak diperolehi melalui peniruan dan boleh juga dipelajari secara formal atau tidak formal. Brown,J.H Christensen (1999) dalam kajiannya menyatakan anak yang terdedah dengan keganasan akan meniru dan menerima si pendera sebagai model peranan kerana kajian juga menunjukkan bahawa anak lebih senang meniru tingkahlaku yang agresif.

Kepincangan

akhlak

dikalangan

anak-anak,

contohnya

kurangnya

sifat

menghormati ibu bapa, guru-guru, orang tua dan pemimpin. Punca timbulnya masalah kekeluargaan ini ialah kurangnya kefahaman ketua keluarga dan ibu bapa terhadap peranan mereka. Hubungan keluarga yang longgar amat menyumbang kepada berlakunya masalah sosial masa kini. Kajian oleh Norhayati (1994) mendapati remaja daripada keluarga yang berantakan atau ibu tunggal lebih mudah terbabit dalam masalah sosial berbanding dengan remaja yang datang daripada keluarga yang normal. Dalam arus pembangunan masa kini, bentuk dan fungsi institusi keluarga telah banyak berubah. Peranan institusi keluarga pula dipindahkan kepada agen-agen
3

sosialisasi lain seperti sekolah, polis, pejabat agama, pusat-pusat pemulihan, dan orang gaji. Agen-agen ini, bagaimanapun tidak dapat memenuhi peranan institusi keluarga. Perhubungan spiritual contohnya tidak mungkin dapat disempurnakan oleh institusi bukan kekeluargaan. Kekosongan jiwa boleh menimbulkan berbagai masalah sosial serius. Akibat kejahilan ibu bapa terhadap ilmu keibubapaan merupakan sesuatu elemen yang merugikan dan membawa kepada keruntuhan rumahtangga. Ini berdasarkan rekod daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai pasangan umat Islam yang telah berkahwin seramai hampir 112,000 pasangan bagi seluruh negara pada tahun 2004. Daripada jumlah tersebut hampir 17,000 pasangan adalah daripada negeri Selangor, yang mencatatkan rekod kedua tertinggi dari negerinegeri lain. Namun apa yang menyedihkan kita adalah perselisihan rumahtangga yang sering berlaku hingga menyebabkan perceraian hampir 3,200 pasangan pada tahun yang sama, bahkan ianya melibatkan keganasan rumahtangga yang terjadi kepada hampir 90 pasangan di tahun tersebut. Perkara sebegini tidak akan berlaku sekiranya ibu bapa dan masyarakat berusaha menangani fenomena yang tidak sihat ini dari bebas berleluasa dalam masyarakat kita.

Sebanyak 75,299 kes penceraian dilaporkan dan direkodkan seluruh n egara sepanjang 2007 dan 2008 Utusan Malaysia 3 Mac (2009). Angka yang begitu besar itu meningkat dari semasa ke semasa lantaran terdapat banyak lagi kes penceraian yang dilaporkan oleh akhbar tempatan selepas tarikh tersebut sehinggalah sekarang samada yang sudah selesai ataupun yang masih dalam proses. (JAKIM dan Jabatan pendaftaran Negara: 2 November 2009). Berdasarkan statistik daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bilangan penceraian bagi orang Islam dan orang bukan Islam pada tahun 2000 hingga 2007 adalah seperti berikut:
4

Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007

Orang Islam 13,536 13,187 13,841 15,543 16,509 17,708 21,419 20,529

Orang Bukan Islam 1,613 3,238 3,793 3,318 3,291 3,804 5,747 4,335

Statistik daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bilangan penceraian bagi orang Islam dan orang bukan Islam pada tahun 2000 hingga 2007. Islam telah mengajar kita agar setiap keluarga dalam masyarakat, berusaha mewujudkan sebuah institusi yang aman, bahagia dan kukuh, kerana ia merupakan lingkungan atau unit masyarakat yang terkecil dan berperanan sebagai satu komuniti yang akan menentukan corak serta bentuk masyarakat Madani yang kita idamidamkan. Menurut Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz punca berleluasanya masalah sosial di Malaysia terutamanya di kalangan remaja Islam, beliau berkata segalanya terletak pada ajaran dan didikan ibu bapa di rumah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapanyalah yang akan membentuk anak-anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau pun Majusi". (Riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan kepada hakikat tersebut, setiap ibu bapa atau pun pasangan yang bakal menjadi suami isteri wajiblah mengambil inisiatif untuk mempelajari dan menghayati konsep serta matlamat perkahwinan yang telah disyariatkan oleh Islam. Pengetahuan ini amat penting kerana selain daripada memenuhi keperluan fizikal dan mengelakkan dari berlakunya kemaksiatan, ikatan perkahwinan juga bertujuan agar manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia didunia dan diakhirat. Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk kita menunaikan amanah
5

Allah SWT, maka samada suami mahu pun isteri, niat yang utama dan perlu ada dalam diri adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah SWT. Kefahaman terhadap perkara ini boleh mendorong setiap pasangan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan teknik dan ilmu keibubapaan disamping mempersiapkan diri dari segi meterial, jasmani dan rohani dalam melayari bahtera keluarga menempuh gelora alam rumahtangga. 1.3 Objektif Kajian Secara umumnya, perbincangan ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana masalah Broken Home ini dikalangan masyarakat kita terutamanya mereka yang beragama Islam dan faktor-faktor penyebab atau punca kepada permasalahan ini Objektif dikenal pasti iaitu: 1.3.1 Mengenal pasti punca-punca keretakan rumah tangga 1.3.2 Mengenal pasti hubungan antara faktor-faktor suami isteri, keilmuan, hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak serta faktor luaran termasuk ekonomi, persekitaran dan sebagainya 1.3.3 Mengenal pasti faktor penyumbang kepada keretakan rumah tangga. 1.4 Kepentingan kajian Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan terutama kepada pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Kami berharap hasil daripada perbincangan ini dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa, anak-anak serta masyarakat. Antara kepentingan kajian adalah seperti berikut: 1.4.1 Dapat mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia dalam masyarakat 1.4.2 Memberi kesedaran tentang peranan suami isteri dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam pembentukan keluarga bahagia. 1.4.3 Menambah ilmu pengetahuan dalam pengurusan rumah tangga agar terbitnya sebuah keluarga yang bahagia.
6

1.4.4 Mengharapkan agar keluarga yang terbina mampu melahirkan sebuah generasi yang bermanfaat kepada negara, agama dan bangsa. 1.5 Istilah dan definisi

1.5.1 Broken Home Broken home is a term used to describe a household, usually in reference to parenting, in which the family unit does not properly function according to accepted socieal norms. This house hold might suffer from domestic violence, a dissolved marriage, drug abuse, or anything else that interferes with the upbringing of children . (Wikipedia)

1.5.2 Keluarga Daripada perspektif Islam, keluarga adalah satu unit sosial yang majmuk sifatnya (extended). Keluarga majmuk ini terangkum dalamnya, bukan sahaja ibu bapa dan anak-anak tetapi juga datuk, cucu cicit, adik beradik dan saudara mara. Di bawah konsep keluarga tersebut mungkin terdapat lebih daripada sesebuah rumahtangga (poligami). Dari semasa ke semasa, kelompok-kelompok rumahtangga ini boleh terpisah daripada rumahtangga yang lain, tetapi dalam masa yang sama ia terangkum dalam suatu ikatan keluarga. Dalam banyak hal ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan berbagai hala. 1.6 Reka Bentuk Kajian Kajian ini berbentuk deskriptif, iaitu satu tinjauan secara soal selidik di mana ianya bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang sesuatu yang sedang berlaku. Dalam konteks kajian ini, kaedah deskriptif ini merupakan kaedah sosial yang paling sesuai digunakan. Ini adalah kerana kajian ini bermatlamatkan untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji bagi menjelaskan sesuatu keadaan atau fenomena yang sedang berlaku (Moktar,1999). Menurut Wierma (1991), kajian berbentuk deskriptif akan dapat memberikan gambaran atau maklumat mengenai
7

sesuatu keadaan pada suatu masa tertentu, disamping membantu untuk membuat perancangan pada masa akan datang.

BAB II 2.1 a. PERBAHASAN Punca-punca keretakan rumahtanga Kos kehidupan yang meningkat sehingga memaksa kedua-dua ibu dan bapa bekerja untuk menampung keperluan hidup. Kajian Noraziah (2003) mendapati dalam banyak kes ahli keluarga juga perlu bekerja lebih masa bagi menampung perbelanjaan keluarga sehingga mengabaikan pemeliharaan dan pendidikan anak-anak. Semua ibu dan bapa pada hakikatnya mengasihani anak-anak mereka dan menaruh cita-cita yang
8

tinggi untuk menikmati kehidupan berkeluarga secara harmoni dan bahagia. (Werner & Smith, Brook, 1993). Senario mengejar perbelanjaan harian ini bagaimanapun telah menimbulkan tekanan emosi dikalangan ibu-bapa. Penceraian, penderaan dan kes juvana boleh berlaku akibat tekanan emosi yang tinggi di samping sikap tidak sabar dikalangan ibu-bapa. Punca kedua ialah rancangan pembangunan di peringkat negara mahupun di peringkat negeri mengharapkan kemajuan ekonomi dan sosial yang positif. Bagaimanapun perlaksanaan rancangan pembangunan telah mengubah peranan institusi keluarga. Pada mulanya rancangan pembangunan telah membuka peluang pekerjaan kepada ahli keluarga. Ramai wanita dan rakyat di luar bandar mendapat pekerjaan dalam sektor perkilangan dan sektor awam. Penambahan pekerjaan di kalangan wanita memerlukan tugas-tugas ibu-bapa dipindahkan kepada atau dibantu oleh agen-agen sosialisasi seperti jiran, orang gaji dan ibu-bapa. Akhirnya banyak masalah sosial timbul akibat pemindahan peranan keluarga ini. Punca ketiga dikaitkan dengan program yang dilaksanakan melalui media massa dan elektronik. Pada awalnya program ini bermatlamat untuk menyebar maklumatmaklumat dan pengetahuan kepada masyarakat. Bagaimanapun terdapat juga rancangan atau halaman yang meninggalkan kesan negatif. Rancangan berunsur keganasan contohnya, telah memberi kesan negatif kepada anak-anak. Dikatakan juga faktor tiada persefahaman dan tidak mahu bertolak ansur pabila tercetusnya perselisihan faham juga menjadi penyumbang kepada keretakan rumah tangga. Ini terjadi apabila masing-masing tidak mengerti dan sekaligus mengabaikan tanggungjawab mereka. Kajian JAKIM menunjukkan bahawa 44.9 peratus perceraian berpunca daripada pasangan gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing. Dinyatakan juga bahawa berkahwin secara terpaksa tanpa kerelaan kedua-dua belah pihak atau berkahwin semata-mata kerana nafsu tanpa menilai kepentingannya juga menjadikan perkahwinan mereka tidak kekal lama. Lain-lain faktor yang menyumbang kepada keretakan rumah tangga ialah berkahwin dengan pasangan yang tidak sekufu, suami atau ayah yang berkahwin melebihi daripada seorang serta campur
9

tangan daripada kedua ibu bapa dan juga keluarga. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dalam Utusan Malaysia bertarikh 3 Mac 2010, juga turut mengakui bahawa punca bagi setiap penceraian yang berlaku ialah suami atau isteri terbabit dengan hubungan orang ke tiga dan poligami. Katannya lagi, wujudnya campur tangan keluarga secara berlebihan turut menyumbang kepada pertambahan kes. b. Kesan Terdapat pelbagai ragam manusia yang timbul dalam menyelesaikan masalah penceraian sehingga di bawa ke mahkamah seperti perebutan hak penjagaan anak, masalah pembahagian harta sepencarian, tuntutan mutah dan nafkah anak-anak, kes saman menyaman dan sebagainya sehingga membawa kepada pergaduhan antara dua pihak dan meletakkan kesalahan di antara satu sama lain. Fenomena ini memberikan gambaran yang kurang enak terhadap institusi kekeluargaan di Malaysia yang semakin hari semakin meruncing. Sekirannya institusi keluarga berpecah belah maka kesan sosial dan kesan ekonominya akan dirasai oleh masyarakat dan generasi berikutnya. Oleh itu, maju atau mundurnya sesebuah negara adalah berpunca daripada institusi keluarga.

2.2.1 Kesan emosi Setiap pasangan yang menghidapi pergolakan rumahtangga pasti akan merasakan tekanan-tekanan perasaan seperti jiwa terganggu, marah, sedih, tidak bermaya, terpencil, rendah diri, runsing, putus asa, kecewa dan kesunyian. Tekanan perasaan ini bukan hanya mengganggu emosi dan jiwa individu tersebut, tetapi ia juga akan mewujudkan implikasi dan kesan yang negatif terhadap keluarga yang terdekat. 2.2.2 Kesan terhadap anak Anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka. Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa mereka. Antara kesan10

kesan penceraian terhadap anak-anak ialah anak-anak akan merasa kehilangan kasih sayang dari ibu bapa dan terkadang mereka terpaksa berpisah dari salah seorang daripada ibu atau bapa dan juga terpisah dari adik beradik. Mereka akan mengalami tekanan perasaan dan suka memberontak, sentiasa rasa bersalah, malu, sentiasa ketakutan dan hilang keyakinan diri. Mereka juga mengalami hilang tumpuan semasa di dalam kelas dan pelajaran merosot. 2.2.3 Masalah Remaja dan Juvana Azizi Yahya (2005) membincangkan masalah remaja yang menimbulkan konflik kepada keluarga, antaranya ialah percanggahan pendapat dengan remaja, remaja dilayan seperti anak kecil, remaja selalu dikritik oleh ibubapa, keluarga menentang rancangan remaja, ibu bapa tidak memahami remaja. Masalah-masalah di atas berpunca daripada kurangnya perhubungan dua hala antara ibu bapa dan anak-anak. Ibubapa yang mengabaikan anak-anak dan tidak konsisten dalam menjaga disiplin anak menjadi punca kepada keganasan dan perlakuan remaja. Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) telah menyenaraikan masalah-masalah sosial dan masalah-masalah disiplin di sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia. Bagi masalah disiplin di sekolah rendah dan menengah pula disenaraikan seperti memiliki dadah, mencuri, berjudi, memeras ugut, mempunyai senjata merbahaya, ahli kongsi gelap, isu sensitif, minum minuman keras. E.Eliot (1989) turut melaporkan bahawa masalah keruntuhan akhlak remaja berlaku kepada remaja yang mengalami keruntuhan keluarga dan tidak tinggal bersama ibu bapa kandung. 2.2.4 Sosial Jika berlaku perpisahan, kehidupan sosial seseorang itu juga mengalami kepincangan. Berbagai permasalahan yang berhubung dengan pergaulan dan interaksi sesama manusia akan mengakibatkan kesan-kesan negatif dalam kehidupan mereka. Contohnya seperti keluarga akan dipandang sinis oleh masyarakat dengan gelaran yang mereka miliki (janda/duda), berbagai soalan dan pertanyaan yang perlu dihadapi dari kaum kerabatnya, akan kehilangan keluarga, saudara mara dan kawan dari
11

pasangan masing-masing, jiwa tertekan jika selama ini pasangan hanya bergantung di antara satu sama lain dalam hal-hal seharian, terpaksa mendapatkan bantuan kebajikan dari badan-badan tertentu.

BAB III 3.1.1 Cadangan Masalah sosial akhirnya menjadi fenomena yang timbul akibat proses pembangunan yang ditumpukan kepada pembangunan fizikal. Pembangunan sosial yang dilaksanakan pula, kurang memberi kesan positif kepada masyarakat. Oleh kerana fahaman agama penting dalam proses pembentukan keluarga, di Malaysia contohnya negeri Johor, beberapa enakmen diluluskan bagi mengawal pembentukan institusi keluarga. Kajian Jamilah Ariffin (1992) telahmenjelaskan dan menilai hal-hal pentadbiran Enakmen Keluarga yang digunapakai diSemenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Secara ringkasnya kajian itu menyebut bahawa pembentukan keluarga
12

Islam adalah bidang-kuasa dan tanggungjawab kerajaannegeri dan ditadbir di bawah The Family Law Enactment . Pembentukan keluarga bukan Islam pula menggunapakai The Law Reform (Marriage and Divorce)(Amendmend) Act, 1980 ( Act A498). Dalam rangka dan usaha untuk memperkasa atau memperteguhkan institusi keluarga Islam,terdapat beberapa perkara asas yang diutarakan oleh kitab suci alQuran yang sewajarnya dititikberatkan dan diambil perhatian sepenuhnya oleh masyarakat kita hari ini. Antara perkara-perkara tersebut termasuklah: 3.1.2 Pertama Memastikan bakal suami dan isteri itu mempunyai akidah yang kukuh. Sesebuah keluarga tidak mungkin merasai kebahagiaan jika ia dibina tanpa asas akidah yang kukuh. Justeru, keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT akan memperkuatkan lagi keazaman dan kesungguhan untuk membina keluarga yang bahagia, harmoni dan diredhai Allah SWT.

3.1.3 Kedua Setiap pasangan suami isteri atau ibu bapa harus mengetahui dan sedar tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing. Diantara tanggungjawab seorang suami adalah memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Manakala kewajipan seorang isteri pula adalah menguruskan rumahtangga yang mencakupi hal-hal seperti menjaga makan minum suami dan anak-anak. Peranan dan tanggungjawab ini digariskan oleh Allah SWT melalui firmanNya yang bermaksud: Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orangyang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makandan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya...." 3.1.4 Ketiga (Al-Baqarah ayat : 233)

13

Sewajarnya kita ukur kepada ketentuan Allah SWT, bahawa lelaki selaku suami dan bapa adalah ketua keluarga. Ketentuan ini ditegaskan Allah melalui firmannya dalam surah an-Nisa ayat 34: Maksudnya : Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberap akeistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka, maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah orang yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suaminya tiada bersamanya,dengan pemeliharaan Allah dan pertolongannya....". 3.1.5 Keempat Anak-anak hendaklah taat dan sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa. Berbuat baik kepada ibu bapa bererti patuh kepada segala suruhan serta tunjuk ajar mereka yang makruf dan sentiasa berusaha menggembirakan kedua ibu bapa dengan menghormati dan memelihara hubungan baik yang berlandaskan kasih sayang. Dengan erti kata yang lain, adalah menjadi suatu kesalahan jika seseorang anak menderhaka terhadap ibu bapanya. Derhaka kepada ibu bapa juga bererti derhaka kepada Allah SWT, kerana perintah berbuat baik kepada ibu bapa beriringan dengan perintah supaya beribadat kepada Allah SWT, sepertimana firman Allah SWT. : (An-Nisa': ayat 34)

Maksudnya: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik "....kepada kedua ibu bapa (An-Nisa' ayat: 36 ) 3.1.6 Kelima Sentiasa berusaha mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga. Dalam hubungan ini, setiap anggota keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak14

anak harus memastikan suasana yang harmoni dan bahagia wujud dalam institusi keluarga. Keadaan seumpama ini akan memberi ruang kepada ahli keluarga berdampingan mesra dan saling hormat menghormati diantara satu sama lain hatta menjadikan suasana sesebuah keluarga lebih ceria dan menarik. Bahkan, Islam sangat melarang umatnya merenggangkan atau memutuskan hubungan silaturrahim atau hubungan kekeluargaan. 3.2 Kaunseling Selaku kaunselor, apa yg seharusnnya dilakukan adalah membantu pasangan atau klien menyedari kelemahan diri, berani melakukan koreksi diri serta mendapat keredhaan Allah dalam melayari bahtera berumahtangga. Dengan memberi pendedahan kepada klien atau pasangan mempunyai pilihan samada memperbaiki kelemahan yang wujud dengan menggunakan potensi diri yang atau pasangan dan klien harus bijaksana memilih jalan yang terbaik dan bertanggungjawab di atas pilihan dan tindakan yang dilakukannya. Kaunseling ini adalah satu proses kerana ia memerlukan elemen komitmen, pengorbanan, keikhlasan dan faktor masa. Proses ini menuntut kesabaran yang tinggi untuk melihat transformasi yang dihajati.

3.3 3.3.1

Teori Realiti Pengenalan Teori Terapi realiti adalah satu bentuk terapi yang agak baru dalam kaunseling.Terapi

ini diasaskan oleh William Glasser.Beliau ialah seorang psikologis di California dalam tahun 1965. Terapi realiti adalah merujuk kepada dunia fenomena klien dan menekankan kepada cara yang subjektif iaitu klien akan melihat dan bertindak balas dengan dunia persekitaran mereka melalui kawalan penilaian dalaman Internal Locus
15

of Evaluation, Glasser (1985) telah menekankan bahawa manusia melihat dunia melalui lima keperluan asas genetik dan bukannya dunia seperti ianya yang sebenar. Seperti mana terapi lain yang di atas, terapi realiti telah menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Manusia boleh mengawal secara berkesan kehidupan ini jika mereka bersedia untuk berusaha menentukan matlamat. Oleh itu dengan meletakkan prinsip-prinsip teori kawalan dalam, manusia boleh mencegah banyak masalah yang menjurus yang menjurus kapada terapi.Terapi realiti berorientasikan tingkah laku secara menyeluruh yang melibatkan komponen doing, thinking, feeling dan physiology. Hal ini bermakna klien bertanggungjawab untuk memilih bukan sahaja apa yang mereka lakukan tetapi apa jua yang mereka fikirkan, rasai dan mengalaminya secara fizikal. Dalam ertikata yang lain terapi ini menekankan kepada tingkah laku dan pemikiran. 3.3.2 Peranan Kaunselor Tugas kaunselor ialah bertindak secara aktif, mengarah, didaktif dan kognitif, kaunselor juga akan mengikat kontrak dengan klien dalam usaha klien untuk mengubah tingkah lakunya. Sebagai suatu bentuk terapi mengarah, kaunselor berperanan sebagai guru dan juga sebagai teladan. Walau bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk mencabar klien berhadapan dengan realiti semasa jika perlu. Terapi ini juga menekankan secara langsung kepada peristiwa-peristiwa masa lampau. Ia juga menolak sakit jiwa yang dipelopori oleh teori psikoanalisis. Secara umumnya matlamat terapi realiti ialah untuk menyediakan suatu suasana yang boleh membantu klien bagi membina kekuatan psikologi ( psychology strength) untuk menilai atau menghargai tingkah laku semasa.I anya boleh digunakan dalam terapi atau kaunseling individu, kerja-kerja sosial, pendidikan, terapi kelompok, kaunseling keluarga, kaunseling pemulihan, pengurusan institusi dan perkembangan serta kemajuan masyarakat.
16

3.3.3 Peranan Klien Klien digalakkan menumpukan perhatian kepada tingkah laku dan tidak pada perasaan dan sikapnya. Mereka digalakkan memikirkan dan merancang strategistrategi yang khusus untuk mengubah tingkah laku yang gagal dan menggantikannya dengan tingkah laku yang baik. Klien haruslah berusaha bersikap realistik. 3.3 Kesimpulan Walaubagaimanapun, teori sahaja tidak memadai dalam usaha untuk

memperkasa institusi kekeluargaan. Pengetahuan mengenai ilmu keibubapaan dan pelaksanaannya merupakan pra-syarat utama dalam membina sesebuah keluarga yang bahagia. Semuanya bertitik-tolak daripada niat dan kesedaran kita sendiri dalam memenuhi tuntutan perkahwinan dan sesebuah keluarga yang harmoni pembangunan keluarga dalam konteks bahagia bergantung banyak kepada kepentinganya terhadap agama, bangsa dan negara. Ini bermakna, tertegaknya dan penghayatan pasangan suami isteri terhadap alam perkahwinan dan cara bagaimana mereka mencorakkan kehidupan rumahtangga mereka. Oleh itu, penting untuk kita meletakkan matlamat utama perkahwinan adalah mencari reda Allah. Suami perlu bijak mengurus rumah tangga agar berupaya memimpin isteri dan anak-anak mendapat ketenangan dan kegembiraan. Sesuai dengan ayat Allah yang suami itu pemimpin, mereka perlulah membuktikan 'kepemimpinan' dalam rumah tangga. Institusi keluarga penting dalam usaha melahirkan masyarakat Madani dan insan Rabbani. Justeru, ibu bapa pada hari ini diharapkan agar lebih komited memberikan pendidikan, kasih sayang dan keperluankeperluan asas yang lain kepada anak-anak. Disamping itu setiap pasangan suami isteri hendaklah memastikan hubungan mereka sesama sendiri dan hubungan dengan anak-anak sentiasa baik dan mesra kearah membentuk keluarga Sakinah (yang tenteram) dan berasaskan konsep Baiti Jannati (rumahku syurgaku). Institusi keluarga adalah unit paling asas dan terpenting dalam proses pembentukan masyarakat. Jika baik, sejahtera dan bahagia sesebuah keluarga maka
17

akan baik, sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam sesebuah masyarakat.

Rujukan Hassan Ali (1994). Senarai Semak Keluarga Bahagia. Kuala Lumpur: Sabha, DPT ServiceSdn.Bhd. Asmah Bee (1992). Penderaan Emosi Kanak-kanak: Trauma Terselindung .

UniversitiKebangsaan Malaysia. Azizi Yahya dan Jaafar Sidek Latif (2005). Membentuk Identiti Remaja: IdentitiAdalah Cermin Diri Remaja. Pahang: PTS Publications & Distributers Sdn. Bhd.
18

Azizi Yahya, Jamaludin Ramli dan Wei May Lin. 2002. Hubungan Antara TingkahlakuKeibubapaan dan Penghargaan Kendiri di Kalangan Remaja . Berita Harian, 1 Julai 2000 . Punca Masalah Disiplin Pelajar.Utusan Malaysia , 17 Oktober 2000 Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz .Masyarakat melayu dan gejala sosial.Kuala Lumpur:Institut Perkembangan Minda. Dewan Bahasa dan Pustaka (1994). Kamus Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Noraziah (2003).Ibu Bapa Baik.Anak Bagaimana? Shah Alam: Karisma . Publications Sdn Bhd. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia

(2000).Perkahwinan & Kestabilan. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Malaysia. Perkahwinan. Kuala Lumpur. Norhayati Suaidi. (1994). Persekitaran fizikal, penglibatan ibubapa dan pencapaian akademik kanak-kanak di rumah pangsa . Kertas projek yang tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia. Norlaila Hamima Jamaluddin (2007). Penagihan bermula pada zaman remaja.Metro Ahad.Muka Surat 28. 9 Disember 2007. Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004). Psikologi Pendidikan

PendekatanKontemporari. Edisi Revisi. Malaysia: Mc Graw Hill Sdn. Bhd. The Sun.(5 ogas 2007).Statistic jenayah rumah tangga yang melibatkan keganasan rumahtangga.Ibu Pejabat polis Diraja Malaysia. Utusan Malaysia, 18 May, 2010. Keruntuhan akhlak.
19

Utusan Malaysia, 3 Mac 2009. Kes penceraian. www.scribd.com (keruntuhan akhlak,masalah sosial remaja islam danmasalah remaja). http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/gejala-sosial-di-kalangan-remaja-pada-hariini. http://mazlan66.wordpress.com/2008/03/25/masalah-remaja-lari-dari-rumah-semakinberleluasa. http://mazlan66.wordpress.com/2009/04/01/gejala-remaja-lari-dari-rumah. http://mazlan66.wordpress.com/2008/03/25/jenayah-di-kalangan-pelajar-dan-remaja-2. http://mazlan66.wordpress.com/2008/07/19/remaja-kini-semakin-rosak-moral-mereka.

20

Anda mungkin juga menyukai