Anda di halaman 1dari 2

• Tujuan dimainkan :

Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada suatu

ketika dahulu. Kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki menyebabkan orang

Melayu dahulu mencari alternatif untuk bergembira tanpa mengeluarkan belanja yang

besar dan menggunakan bahan terbuang. Selain dijadikan sebagai hiburan dan juga

memanfaatkan bahan terbuang, permainan gasing juga dapat mengembangkan idea-idea

masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan kemunculan pelbagai bentuk gasing serta

teknik permainan. Permainan gasing juga dapat menyerikan lagi rumah tradisional

Melayu kerana gelanggang permainan gasing kebiasaannya dibina di halaman rumah dan

di bawah pohon yang rendang yang meredupkan gelanggang. Permainan gasing juga

dapat menonjolkan kemahiran masyarakat Melayu dalam merancang strategi dengan

bijak..

Permainan gasing juga dimainkan untuk tujuan mempromosikan permainan

tradisional dari aspek kebudayaan dan pelancongan . Gelanggang Seni di Kota Bahru

telah menjadi pusat perkembangan negeri Kelantan. Di situ terdapat pertunjukan wau,

gasing dan lain – lain lagi. Pertunjukan tersebut diadakan secara percuma kepada para

pengunjung setiap hari isnin , rabu dan sabtu. Ia telah ditubuhkan sejak tahun 1978.
Selain itu, permainan ini juga turut dimainkan untuk tujuan pertandingan.Banyak

pertandingan diadakan di peringkat kampung , mukim , daerah dan negeri. Cara

permainannya juga berbeza mengikut peringkat pertandingan.

Di peringkat kampung , bentuk permainan gasing banyak dinamakan dan

dipengaruhi oleh ketua kampung di sesebuah kampung. Para pemain akan mengikut

bentuk dan peraturan yang akan ditetapkan oleh ketua-ketua mereka. Jadi apabila

menghadapi sesuatu pertandingan yang besar atau agak rasmi, banyaklah gasing yang

diperlukan dan terpaksa diubahsuai untuk memenuhi kehendak pertandingan. Para

pemain juga perlu menyediakan peralatan sendiri seperti mencari kulit terap sebagai tali,

memintal dan mencari kayu di sekeliling kampung. Pemain menggunakan kayu jenis

yang terbaik untuk membuat gasing. Bukan sekadar kayu serpih atau tunggul balak

sahaja.

Anda mungkin juga menyukai