Anda di halaman 1dari 14

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu

predikat sahaja. 1 subjek Saya Rumah Ali Ahmad 1 predikat sakit cantik tidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung. Ayat majmuk Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup. Kata hubung dan(a) Ayat tunggal Suhaili suka makan nasi lemak.

Rumah yang besar itu rumah Fazli. Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dia akan balik ke kampung apabila ada masa lapang.

Suhaili suka makan mi sup. (a) Rumah itu besar. Yang (b) (a) bahawa (b) Rumah itu rumah Fazli. Dia memberitahu.

(b)

Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Apabila (a) Dia akan balik ke kampung. (b) Dia ada masa lapang.

Latihan Pisahkan setiap ayat di bawah menjadi dua ayat tunggal. 1. Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa. - Pembinaan lebuh raya memendekkan jarak perjalanan - Pembinaan lebuh raya menjimatkan masa 2. Golongan remaja mahupun golongan tua hendaklah berusaha sedaya upaya untuk memajukan lagi negara ini. - Golongan remaja hendaklah. - Golongan tua hendaklah..++++ 3. Barangan buatan Malaysia bukan sahaja bermutu, malah dapat bersaing dengan barang luar negara. - Barangan buatan Malaysia ___________________ - Barangan buatan Malaysia ______________________ 4. Peperangan menyebabkan kehidupan huru-hara dan banyak harta benda akan musnah. - Peperangan menyebabkan _______________ - Peperangan menyebabkan _______________

5. Membaca buku dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memudahkan seseorang menyelesaikan masalah. - Membaca buku ________________ - Membaca buku ________________ 6. Pendatang asing di negara ini banyak memberikan kebaikan dan keburukan. - Pendatang asing di negara ini. - Pendatang asing di negara ini ..

AYAT MAJMUK 8.2 Ayat Majmuk Gabungan

i) Ia menjerit lalu menangis. ii) Melukis dan menulis menjadi kegemarannya. iii) Pegawai itu sombong tetapi pemurah. iv) Tiada siapa yang dapat masuk melainkan ibu bapanya. v) Dia sudah mandi dan berpakaian. vi) Sudahkah awak berjumpa dengan ibu dan meminta nasihatnya? vii) Izah, Mariam, Adi dan Kalsom berjalan ke pejabat tiap-tiap hari. i. Dia berdiri tegak, bercekak pinggang dan merenung lawannya. ii. Adik ke sekolah manakala (penggabungan ayat) kakak ke pejabat ayah. viii) Ibu membeli ikan dan sayur (penggabungan objek) di pasar.

8.3 Ayat Majmuk Pancangan - Budak yang menangis itu sudah diberi makan. Budak itu sudah diberi makan. (Ayat induk) Budak itu menangis. (Ayat kecil) - Bahawa saya bersalah memanglah saya akui. - Dia sudah mengetahui bahawa anaknya mendapat tempat di UIA. - Kami tahu bahawa anak-anak kami perlu bersekolah - Dia lambat tiba kerana keretanya rosak. (Keterangan sebab) - Jika dia pergi, saya akan tinggal di rumah sahaja. (Keterangan syarat) - Walaupun hujan lebat, ia tetap hendak ke sekolah. (Keterangan pertentangan)Kakak - Kakak berdoa semoga suaminya selamat. (Keterangan harapan)

8.4

Ayat Majmuk Campuran

Kalau ingin mendapat kelulusan yang baik dalam peperiksaan, kita hendaklah selalu membaca dan mengulang kaji pelajaran kita dari awal tahun lagi.

8.5 i. ii. iii.

Ayat Majmuk Pasif Kami ditegur oleh pensyarah itu kerana bergurau keterlaluan dalam bilik kuliah. Kajian yang rumit itu dijalankan di makmal UTM, Skudai. Pegawai tersebut akan bertindak jika diarahkan oleh pihak pentadbiran jabatannya.

iv.

Komputer ini sering digunakan oleh pihak pengurusan dan unit latihan ketika membuat tunjuk cara.

D. CONTOH LATIHAN MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA MAJMUK : Contoh 1 : (Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk) (1) Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual berharga murah. (2) Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam itu sungguh meriah./3) Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakan-rakan./

Jawapan :

1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari Jumaat itu menjual pelbagai barang dengan harga yang murah. 2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam itu untuk menikmati suasana pasar malam yang meriah tersebut.
3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar

malam itu bersama ibu bapa dan rakan-rakan.

Contoh 2 : (Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)

(1) Walaupun kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan persendirian untuk Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga, ramai pemilik kenderaan masih engkar./ (2) Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas dengan Kerajaan menguatkuasakan undang-undang iaitu pesalah akan ditangkap. Mereka akan dan didenda RM300./(3) Pemilik kenderaan dan tersebut akan disaman. penumpang ketiga itu akan disaman juga. Saman ini dapat untuk dijadikan pengajaran./

Jawapan : 1. Walaupun kerajaan telah memberi amaran tegas kepada pemilik kenderaan persendirian supaya memasang tali pinggang keselamatan ketiga tetapi ramai pemilik tersebut masih engkar.

2. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas untuk menguatkuasakan undang-undang dengan menangkap pesalah dan didenda RM300.

3. Baik pemilik kenderaan tersebut mahupun penumpang ketiga itu akan disaman supaya dapat dijadikan pengajaran.

E. LATIHAN : Tukarkan ayat-ayat mudah di bawah supaya menjadi 3 ayat majmuk. Soalan 1 :

1) Mereka dijemput hadir. Mereka hadir untuk menjamu selera. Jamuan itu ialah di jamuan hari jadi. Jamuan itu sempena hari jadi anak Tok Mudim. (2) Ramai tetamu yang hadir. Mereka datang dari seluruh kampung itu. Mereka untuk meraikan hari jadi anak Tok Mudim. Hari jadi itu ialah hari jadi yang ke lima. (3) Banyak makanan disediakan. Makanan itu untuk para tetamu. Mereka menjamu selera. Mereka sungguh dengan gembira.

Soalan 2 :

(1) Tanaman getah telah diperkenalkan di Malaysia. Tanaman itu ditanam pada tahun 1930-an. Tanaman itu oleh penjajah Inggeris. 2) Kini tanaman itu sangat penting. Tanaman itu______ menjadi tanaman kedua utama. Tanaman itu telah____ dieksport. Tanaman itu dieksport ke seluruh dunia. (3) Tanaman itu semakin berkurangan. Banyak _______ tanah telah ditebus guna. Tanah itu __________ dijadikan kawasan industri. Tanah itu dijadikan _____ kawasan tanaman kelapa sawit.

Soalan 3 : (1) Rakyat Malaysia diseru supaya bersabar dan berjimat cermat kerana harga minyak sedang melambung tinggi menyebabkan harga barangan meningkat. (2)Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah untuk membantu meringankan beban rakyat dan memulihkan harga minyak. (3) Kenaikan harga minyak mendadak sehingga US 45 setong adalah fenomena luar biasa

Soalan 4 : Tiga buah Negara telah menjajah negara kita. Negara tersebut ialah England, Portugal dan Jepun. Mereka mula menjajah sejak tahun 1511. Mereka menjajah selama lebih 400 tahun. Semasa penjajahan rakyat hidup menderita. Ramai mangsa telah dibunuh. Mereka dibunuh dengan kejam. Ramai pejuang tanah air telah sedar. Mereka menubuhkan pelbagai persatuan. Mereka menentang penjajah. Mereka ingin mendapatkan kemerdekaan tanah air.

F. LATIHAN DAN JAWAPAN Panduan kepada pelajar : 1. PADAMKAN PERKATAAN BERHURUF TEBAL ATAU BERWARNA MERAH UNTUK MENDAPAT JAWAPAN YANG BETUL!!!!!!!!!!!!!!!! 2. PERKATAAN CONDONG IALAH PERKATAAN PERLU DITAMBAH. LATIHAN spm 1

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

1) Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu 2) Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia seperti manusia berburu sesuka hati mereka dan Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. 3) Antara langkah untuk membendung hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

LATIHAN SPM 2

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhirakhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adeganadegan yang dipaparkan.

1) Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek 2) Malangnya, Akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan dan

hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat 3) Malangnya, Para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut dan mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan

LATIHAN SPM 3

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancanganrancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

1) Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen yang rancanganrancangan tersebut disiarkan oleh RTM dan rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. 2) Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat dan hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. 3) Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik dan mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

LATIHAN SPM 4

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan.

Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga.

1) Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. 2) Langkah Kementerian Pelajaran dialu-alukan oleh ibu bapa demi hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan yang kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar. 3) Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer serta langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang ini komputer juga.

LATIHAN SPM 5 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel kanakkanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

1) Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. buku ini tergolong dalam jenis novel kanakkanak. buku ini yang dikarang oleh Darulsalam. 2) Buku itu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya ketika mereka bercuti ke Pulau Sayak 3) Tanpa disedari mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tetapi tanpa disedari. nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

LATIHAN SPM 6 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .

1) Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat . kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu serta kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan 2) Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. 3) Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan walaupun keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .

LATIHAN SPM 7

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

1) Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia. 2) Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia yang manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan.

3) Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomenafenomena tersebut termasuklah seperti peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon. LATIHAN SPM 8 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. Usaha ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara. Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan. Pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama. Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan tempatan. Usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara. Usaha ini bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.

1) Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. usaha ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara. 2) Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan dan pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama. 3) Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan tempatan untuk usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara serta usaha ini bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.

LATIHAN SPM 9 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat. Mereka terdiri daripada pelbagai keturunan. Peringkat umur mereka pun pelbagai. Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan kita. Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara. Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan. Usaha tersebut adalah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Usaha tersebut dapat menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan. negara.

1) Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat dan mereka terdiri daripada pelbagai keturunan serta peringkat umur mereka pun pelbagai.

2) Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan kita serta Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara. 3) Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan usaha tersebut adalah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia dan usaha tersebut dapat menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan negara.

LATIHAN SPM 10

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. Hal ini berikutan rumusan yang dicapai daripada sidang Puncak Bumi. Sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan Jun 1992. Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal. Langkah berhati-hati perlu diambil. Tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah alam sekitar. Antara masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan pencemaran udara. Selain itu pencemaran berlaku daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang.

1) Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. hal ini berikutan rumusan yang dicapai daripada sidang Puncak Bumi yang sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan Jun 1992. 2) Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal dan langkah berhatihati perlu diambil. tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah alam sekitar. 3) Antara masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan pencemaran udara dan selain itu pencemaran yang berlaku daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang.

LATIHAN SPM 11 Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. Perubahan itu bertujuan mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah. Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem pendidikan sebagai punca bertambahnya penganggur dalam kalangan siswazah. Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman. Sistem tersebut

hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi keperluan semalam. Yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk keperluan esok.

1) Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. perubahan itu bertujuan untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah. 2) Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem pelajaran sebagai punca bertambahnya penganggur dalam kalangan siswazah. 3) Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman kerana sistem tersebut hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi keperluan semalam sedangkan yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk keperluan esok.

LATIHAN SPM 12

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah. Masalah tersebut terpaksa dipikul oleh anggota keluarga. Masalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota masyarakat juga. Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial. Masalah tersebut begitu rumit. Masalah tersebut kian bertambah. Pertambahan masalah kenakalan remaja ini berlaku mengikut peredaran masa. Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat. Perlakuan tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat. Perlakuan tersebut mewujudkan konflik.

1) Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah yang masalah tersebut terpaksa dipikul oleh anggota keluarga dan masalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota masyarakat juga. 2) Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial yang masalah tersebut begitu rumit dan masalah tersebut kian bertambah pertambahan masalah kenakalan remaja ini berlaku mengikut peredaran masa. 3) Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat dan perlakuan tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat serta perlakuan tersebut mewujudkan konflik.

LATIHAN SPM 13

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri. Perasmian sukan itu dilakukan di Stadium Negara. Suasana ketika perasmian sukan itu sungguh meriah. Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta. Rekod penyertaan yang terbanyak dicatat dalam kejohanan ini. Sambutan hebat diberikan oleh syarikat korporat dari luar negara. Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita. Hal ini membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut.

1) Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri perasmian sukan itu dilakukan di Stadium Negara dan Suasana ketika perasmian sukan itu sungguh meriah. 2) Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta kerana rekod penyertaan yang terbanyak dicatat dalam kejohanan ini serta sambutan hebat diberikan oleh syarikat korporat dari luar negara. 3) Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita dan hal ini membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut

LATIHAN SPM 14

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal. Penggubalan itu berlangsung pada Ogos 1971. Penggubalan itu ialah hasil daripada persidangan di kalangan para cendekiawan Melayu. Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu. Resolusi itu berasaskan tiga prinsip utama. Prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Prinsip yang kedua ialah unsur-unsur kebudayaan kebangsaan. Prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.. Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum. Rusuhan itu berlaku pada 13 Mei 1969. Rusuhan itu mencatat sejarah hitam negara.

1) Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan penggubalan itu berlangsung pada Ogos 1971. penggubalan itu ialah hasil daripada persidangan di kalangan para cendekiawan Melayu.

2) Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu yang resolusi itu berasaskan tiga prinsip utama prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini , prinsip yang kedua ialah unsur-unsur kebudayaan kebangsaan dan prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu. 3) Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum. rusuhan itu berlaku pada 13 Mei 1969 dan rusuhan itu mencatat sejarah hitam negara.

Anda mungkin juga menyukai