Anda di halaman 1dari 4

1 Februari 2013

SOALAN LATIHAN ULANGKAJI PJM 3112


NURSAKINAH BINTI MOHD HAMSANI (PISMP SAINS JANUARI 2011)


1. Sebagai ketua pentadbiran dan pemimpin di sekolah, peranan yang dimainkan
olehnya dapat memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan
dengan jayanya. Senaraikan lima peranan utama yang boleh dijalankan oleh
ketua panitia Pendidikan Jasmani di sekolah.

a) Pengerusi mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani
b) Memastikan rancangan tahunan panitia disediakan
c) Merancang pembelian alatan panitia
d) Mendokumentasi program & aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan
Jasmani
e) Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan panitia Pendidikan Jasmani
f) Menyediakan bilik operasi Pendidikan Jasmani seperti stor alatan PJ
g) Menyelia penyelenggaraan stor PJ


2. Nyatakan lima (5) tugas guru Pendidikan Jasmani daripada aspek pengelolaan
atau pengurusan di sekolah

a) Mengajar mengikut spesifikasi waktu yang telah ditetapkan
b) Membantu pihak pentadbiran melaksanakan aktiviti-aktiviti PJ
c) Menguruskan peminjaman alatan di stor PJ
d) Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan
Pengajaran Tahunan (RPT)
e) Merangka dan melaksanakan ujian amali PJ

3. Jelaskan lima (5) kriteria pentadbir sukan yang berkesan. (Pengurus / guru /
jurulatih sukan di sekolah)
a)

4. Nyatakan bagaimana guru Pendidikan Jasmani dapat melaksanakan
perbelanjaan berhemah di sekolah.

a) Mendapatkan penajaan daripada pelbagai pihak dalam melaksanakan aktiviti
PJ di sekolah
b) Tidak membuang begitu sahaja peralatn PJ yang rosak, sebaliknya membaik
pulih dan memodifikasinya
c) Mengamalkan langkah-langkah penjagaan alatan PJ dengan baik supaya
dapat mengurangkan kos penyelenggaraan
d) Merancang perbelanjaan mengikut peruntukan PJ
e) Membeli peralatan PJ mengikut keperluan murid di sekolah (tidak berlebihan
& tidak terlalu sedikit hingga tidak mencukupi)

1 Februari 2013
5. Berikan lima (5) faktor yang menghalang konsep permainan bersih dalam
pertandingan
a) Rasuah contohnya, pemain sengaja tidak mempersembahkan permainan
yang terbaik kerana menerima rasuah daripada pengurusan pihak lawan
b) Mutu pengadilan yang rendah
c) Luntur semangat kesukanan pemain tidak menjiwai peranannya dalam
sesuatu perlawanan, dan tidak menyedari kepentingan kemenangannya
dalam permainan tersebut, menyebabkannya bermain dengan sambil lewa
d) Masalah peribadi misalnya, seseorang pemain sengaja menyebabkan
kekalahan pasukannya kerana berselisih faham dengan jurulatihnya, dan
berniat memberi pengajaran kepada jurulatih tersebut.


6. Berikan lima (5) kesan negatif penggunaan dadah dalam sukan kepada atlet.

a) Kesihatan : kerosakan buah pinggang, hati, ginjal, dan alat kelamin hingga
sukar melahhirkan zuriat
b) Pengambilan dadah berlebihan oleh atlet boleh menyebabkan maut
c) Kesihatan : otot mudah koyak
d) Psikologi : lebih agresif daripada biasa, yang mana atlet boleh menjadi panas
baran, ingkar perintah dan tidak mampu melakukan pertimbangan secara
normal sehingga boleh bergaduh dengan rakan mahupun jurulatih
e) Moral : lahir atlet yang tidak jujur dan tidak ikhlas dalam melaksanakan
kegiatan kesukanan
f) Moral : lunturnya semangat kesukanan dalam diri atlet
g) Reputasi : menjatuhkan reputasi atlet dan bidang sukan negara kerana tidak
telus dalam bersukan


1 Februari 2013
ESEI
1. Teknologi memainkan peranan yang amat besar dalam arena sukan abad ini
selaras dengan era globalisasi yang sedang pesat membangun. Huraikan lima
(5) fungsi Pusat Sains Sukan yang berteraskan teknologi di negara ini. (cth :
gym)

Pusat Sains Sukan yang berteraskan teknologi di negara ini berperanan
melahirkan atlet bertaraf dunia, meningkatkan prestasi atlet ke tahap optimum,
membentuk jurulatih yang kreatif dan inovatif, memanfaatkan aplikasi saintifik dalam
pembangunan dan pengembangan atlet, dan merapatkan jurang teknologi antara
negara maju dengan negara ini.

Dengan adanya Pusat Sains berteraskan teknologi, Malaysia mampu
melahirkan atlet-atlet bertaraf dunia. Hal ini kerana teknologi-teknologi terkini
digunakan oleh jurulatih dan atlet dalam menjalani latihan kesukanan secara
konsisten. Misalnya, atlet bagi acara balapan tidak menghadapi kekangan cuaca
untuk menjalani latihan dan mengekalkan stamina. Ini kerana latihannya boleh
dijalankan di dalam gimnasium menggunakan trademill yang boleh mengukur jarak
dan kelajuannya seperti dia berlari di atas trek.

Lantaran itu, prestasi atlet dapat ditingkatkan ke tahap optimum, yang mana
atlet dapat mengekalkan kecergasan walaupun telah bermain bagi tempoh masa
yang lama, dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Pusat Sains Sukan berteraskan teknologi juga berfungsi dalam melahirkan
jurulatih yang kreatif dan inovatif. Hal ini kerana, jurulatih perlu menyesuaikan teknik
latihan yang dijalankan ke atas atlet dengan teknologi yang telah disediakan. Secara
tidak langsung, jurulatih dan atlet akan mengikuti perkembangan teknologi semasa,
dan cuba mengaplikasikannya dalam latihan rutin mereka.

Pembangunan dan perkembangan atlet dengan memanfaatkan aplikasi
saintifik dapat terlaksana di Pusat Sains Sukan berteraskan teknologi ini. Hal ini jelas
dilihat apabila atlet bukan sahaja tahu apa yang mereka lakukan, tetapi juga faham
mengapa mereka melakukan sesuatu latihan. Mereka juga cekap dalam
mengekalkan stamina dan kecergasan tubuh mereka.

Antara fungsi terpenting Pusat Sains berteraskan teknologi di negara kita juga
adalah merapatkan jurang teknologi antara negara maju dengan negara kita.Dengan
mencontohi negara-negara maju dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi ini,
penggiat sukan negara kita akan dapat memperbaiki reputasi dan prestasi hingga
dapat bersaing di peringkat dunia.

Justeru, kewujudan Pusat Sains berteraskan teknologi ini tidak dapat dinafikan
lagi kepentingannya dalam memartabatkan lagi sukan di mata masyarakat Malaysia
dan masyarakat dunia.


1 Februari 2013
2. Sebagai setiausaha sukan, anda diminta membantu jawatankuasa Program 3K
merangka keselamatan berkaitan kemudahan sukan di sekolah terutama
semasa menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani, kegiatan kokurikulum atau
sukan. Jelaskan dengan contoh langkah-langkah keselamatan dalam sukan
yang boleh diaplikasikan dalam program tersebut.

Langkah-langkah keselamatan dalam sukan yang boleh diaplikasikan dalam
Program 3K ialah meletakkan papan tanda keselamatan, mengemaskini buku
peraturan, menyelenggara kemudahan PJ, memberi taklimat keselamatan &
menjalankan latihan kebakaran.

Peraturan sukan di sekolah seperti peraturan penggunaan padang, peraturan
penggunaan alatan dan bilik-bilik khas sukan perlu dikemaskini dan dimasukkan
dalam buku peraturan sekolah untuk diedarkan kepada murid, guru-guru dan warga
sekolah. Peraturan ini juga boleh ditampal pada dinding stor alatan PJ, berhampiran
padang, dan di kawasan-kawasan tertentu di mana aktiviti PJ dijalankan. Sebaran
tentang peraturan sukan ini bertujuan agar semua warga sekolah cakna tentang
langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil. Oleh itu, risiko kemalangan dalam
PJ dan sukan dapat diminimakan.

Taklimat keselamatan yang menjurus kepada bidang PJ dan sukan juga perlu
disampaikan secara kepada murid dan warga sekolah sempena Program 3K ini.
Taklimat ini bertujuan memaklumkan langkah-langkah keselamatan yang boleh
diambil oleh warga sekolah sekiranya berlaku sesuatu musibah seperti kebakaran,
gempa bumi dan sebagainya. Taklimat boleh dijalankan dalam bentuk ceramah umu,
pengisian dalam P&P dan demonstrasi.

Di samping itu, latihan dan simulasi kebakaran yang melibatkan aktiviti PJ dan
sukan juga harus dijalankan. Kebiasaannya, sekiranya berlaku kebakaran di kawasan
sekolah, warga sekolah perlu berkumpul di padang. Tetapi sekiranya kebakaran
tersebut berlaku di padang atau mana-mana kawasan ketika berlangsungnya aktiviti
PJ dan sukan, murid juga perlu mengetahui langkah yang perlu diambil, dan tempat
untuk berkumpul

Jawatankuasa Program 3K juga boleh mengadakan sesi perkongsian antara
atlet sekolah dengan murid-murid tentang pengalaman mereka mewakili sekolah, zon,
daerah dan negeri dalam bidang sukan. Contohnya, mengadakan forum yang
melibatkan atlet bola sepak negeri sebagai panelisnya. Lazimnya, wakil-wakil ini lebih
berpengalaman dalam menjalani aktiviti sukan termasuklah kemalangan dan risiko
dalam sukan. Pendedahan seperti ini penting bagi murid-murid lain yang tidak
berpeluang merasai pengalaman tersebut. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai
maklumat dan ilmu tentang pengurusan risiko dan kemalangan dalam sukan.

Anda mungkin juga menyukai