Anda di halaman 1dari 6

TOPIK 3 : PEMBIAKAN

Kepentingan Mitosis
Salah satu ciri kebanyakan sel-sel hidup adalah
keupayaan mereka untuk sentiasa tumbuh,
membahagi dan mati. Ini bermakna mereka
dapat membahagi(divide) untuk menghasilkan
sel-sel baru yang serupa dengan diri mereka
sendiri (self-replicate). Sel yang mati perlu
diganti dengan sel baharu.

Setiap sel hidup terbentuk daripada sel yang
sedia ada melalui prosespembahagian sel (cell
division).

Pembahagian sel
melibatkan mitosis dan sitokinesis (cytokinesis).

Pembahagian sel terbahagi kepada dua
peringkat:
1. Pembahagian nukleus.
2. Pembahagian sitoplasma atau
sitokinesis.

Pembahagian nukleus berlaku melalui
proses meiosis dan mitosis.

Meiosis ialah proses pembahagian untuk
menghasilkan gamet yag terlibat dalam
pembiakan seks.

Mitosis adalah proses pembahagian nukleus sel
induk menjadi dua sel anak dengan setiap
nukleus anak mengandungi bilangan kromosom
dan kandungan genetik yang seiras dengan
bilangan kromosom dan kandungan genetik
nukleus sel induk.

Mitosis juga adalah proses yang membolehkan
sel baharu dibentuk bagi menggantikan sel yang
telah mati.

Sitokinesis adalah proses pembahagian
sitoplasma menjadi dua.

Selepas proses mitosis dan sitokinesis, dua sel
anak (two daughter cell) yang serupa dengan sel
induk akan terbentuk.


Kepentingan mitosis

Mitosis menggantikan sel-sel mati. Contohnya,
sel kulit dapat hidup selama dua miggu, selepas
itu sel baharu dibentuk melalui mitosis.

Mitosis menggantikan dan memperbaiki sel-sel
yang rosak. Contohnya, sel hati yang cedera
mengalami penjanaan semula melalui proses
mitosis bagi menggantikan bahagian yang rosak
atau hilang.

Mitosis merupakan asas pembiakan
aseks dalam organisma seperti Amoeba sp. Sel
anak yang dihasilkan adalah seiras secara
genetik dengan sel induk. Jenis pembahagian
sel yang melibatkan pembentukan dua
organisma baharu disebut belahan dedua
(binary fission).

Sel menjalani pembahagian
untuk menambahkan bilangan sel dalam badan
sesuatu organisma dan seterusnya
membolehkan petumbuhan (growth) berlaku
dalam organisma multisel.
Organisma multisel seperti manusia
bermula sebagai satu sel tunggal yang
dipanggil zigot.
Zigot keudiannya membahagi untuk
membentuk dua sel, kemudia empat sel, lapan
sel dan seterusnya sehingga berjuta-juta sel
dalam organisma multisel.
Semua sel yang terbentuk adalah dari
segi genetik. Ini bermakna semua sel, sama ada
sel hati, sel kulit atau sel otak, mempunyai
kandungan genetik yang sama.

Mitosis menyebabkan pembentukan
dua nukleus anak yang seiras dari segi genetik
antara satu sama lain dan juga dengan nukleus
sel induk. Setiap nukleus mengandungi bilangan
kromososm dan kandugan genetik yang sama
dengan sel induk.


Jenis sel yang menjalani mitosis

Pada tumbuh-tumbuhan
Mitosis berlaku secara aktif di tisu
meristem apeks (apical meristem tissue) di
hujung akar dan hujung pucuk.
Sel meristem juga terdapat di hujug
mata tunas, kambium vaskulardan kambium
gabus.
Pembahagian sel yang aktif dalam sel
meristem membolehkan tumbuhan membesar
dan memanjang dengan cepat.

Pada haiwan
Pertumbuhan berlaku di seluruh badan
dan tidak terhad di kawasan tertentu seperti
pada tumbuhan.
Kulit manusia mempunyai lapisan
Malphigi yang menjalani mitosis untuk
menghasilkan sel kulit baharu bagi
menggantiakan sel yang cedera dan mati.
Lapisan Malphigi juga menambahkan luas
permukaan kulit semasa proses pertumbuhan.

Kitar Haid
Peringkat akil baligh (puberty) merupakan
peringkat permulaan kematangan seseorang
lelaki dan wanita. Pada masa tersebut, banyak
perubahan berlaku dari segi fizikal, emosi dan
fisiologi disamping perkembangan sistem
pembiakan (reproductive system) mereka.

Bagi perempuan (female), haid merupakan
tanda permulaan peringkat akil baligh.

Kedatangan haid (menstruation) dan
pengovulan (ovulation) dalam kitar haid
merupakan tanda kematangan dan kesuburan
(maturity and fertility) wanita.

Perubahan kitar bulanan yang berlaku dalam
badan perempuan beserta dengan pengovulan
dan pendarahan (discharge of blood) dikenali
sebagai kitar haid(menstrual cycle). Setiap kitar
mengambil masa selama kira-kira 28 hari.

Haid (menstruation) adalah pendarahan yang
disebabkan oleh penguraian tisu dinding
endometrium pada uterus dan berlaku selama 4
hingga 5 hari dalam kitar haid.

Kitar haid menyebabkan perubahan struktur
dan fisiologi pada sistem pembiakan
perempuan bagi setiap 28 hari, iatu:
perubahan pada ovari yang berkaitan
dengan perkembangan folikel dan pengovulan.
perubahan pada ketebalan dinding
uterus (endometrium).
perubahan pada aras hormon yang
terlibat dalam kitar haid.


Kepentingan Kitar Haid
1. Menyediakan uterus untuk
penempelan zigot (implantation of a
zygote).
Semasa kitar haid, dinding uterus
menjadi semakin tebal dan kaya dengan
bekalan salur darah. Keadaan ini
membolehkan penempelan
(implantation) telur yang tersenyawa
(zigot / zygote) pada dinding uterus.
2. Menyebabkan pengovulan.
Folikel dalam ovari berkembang
sehingga folikel Graaf yang matang
terbentuk. Oosit sekunder dalam folikel
Graaf dibebaskan daripada ovari kira-
kira hari ke-14, iaitu pada pertengahan
kitar haid. Oosit sekunder ini akan
disenyawakan oleh sperma (jika hadir)
di tiub Fallopio.
3. Menyingkirkan haid.
Oosit sekunder yang tidak
disenyawakan akan merosot dang
disingkirkan. Akibat kegagalan
persenyawaan ovum, tisu lembut pada
dinding uterus akan terurai beserta
dengan pendarahan. Semua bahan
buangan ini dikenali sebagai haid dan
akan disingkirkan melalui faraj (vagina).
4. Merangsangkan perembesan
pelbagai jenis hormon.
Empat jenis hormon terlibat dalam kitar
haid iaitu hormon perangsang folikel
(follicle stimulating hormones / FSH)
dan hormon peluteinan (luteinising
hormone / LH) yang dirembeskan oleh
kelenjar pituitari (pituitary) serta
hormon estrogen dan progesteron
(progesterone) yang dirembeskan oleh
ovari.


PEMBIAKAN ASEKS

Ciri-ciri
1. melibatkan 1 induk
2. tiada penghasilan gamet
dan proses persenyawaan
3. anak serupa induknya
4. berlaku pada organisma
peringkat rendah
5. penghasilan individu baru
yang banyak tanpa bantuan individu
lain
Jenis pembiakan Aseks
Belahan dedua
berlaku pada
Ameba,paramesium,dan bakteria.
induk yang matang membahagi
dua membentuk organisma baru.
Pembentukan Spora
berlaku pada tumbuhan seperti
kulat,lumut,dan paku pakis
spora terbentuk melalui
pembahagian sel secara berulang
spora berada dalam sporagium dan
dibebaskan bila matang.
Pertunasan
Yis dan hidra membiak secara ini.
pertunasan berlaku apabila induk
mengeluarkan unjuran atau mata tunas
yang akan berkembang dan tertanggal untuk
menjadi organisma baru.
Pembiakan Vegetatif
Pembiakan ini dilakukan oleh ubi
kentang,halia,dan pokok setawar.
Organisma baru akan terbentuk
daripada bahagian vegetatif tertentu
pada induknya.
Penjanaan Semula
Organisma yang membiak dengan
cara ini ialah cacing pipih
Organisma baru boleh berkembang
daripada sebahagian keratan badan
induknya.

TOPIK 6 PEWARISAN DAN GENETIK
Konsep Pewarisan Berdasarkan Eksperimen
Mendel
Semua organisma boleh menurunkan ciri-
cirinya kepada zuriat masing-masing.

Pemindahan ciri-ciri induk kepada anaknya dari
satu generasi ke satu generasi yang lain dikenali
sebagai pewarisan (inheritance).

Kajian tentang pewarisan secara saintifik
dipanggil sebagai genetik (genetic).

Swsuatu ciri (characteristics) adalah sifat
tersendiri bagi sesuatu organisma. Ciri ini boleh
diwarisi dari satu generasi ke satu generasi
berikutnya. Contohnya, ketinggian dan warna
kulit.

Sesuatu trait pula adalah varian bagi ciri
tertentu.

Setiap ciri yang diwarisi terdiri daripada trait
tertentu. Misalnya, ketinggian adalah suatu ciri
manakala tinggi atau rendah adalah traitnya.

Jadual di bawah menunjukkan ciri dan trait
pokok kacang pea yang dikaji olehGregor
Mendel.


Ciri dan trait pokok kacang pea.

Beliau adalah ahli sains yang pertama
menyarankan teori bahawa ciri yang terdapat
pada induk (parent) diturunkan kepada zuriat
melalui gamet jantan dan gamet betina (male
and female gametes).

Ini menunjukkan bahawa nukleus (nucleus)
gamet jantan dan gamet betina membawa
maklumat genetik pewarisan ciri tersebut.

Faktor pewarisan (hereditary factor) yang
menentukan sesuatu ciri (characteristics) itu
dipanggil gen (gene).
Variasi Dalam Kehidupan

Variasi (variation) adalah perbezaan
ciri (differences in characteristics) antara
individu daripada spesies yang sama (same
species).

Variasi pada sesuatu organisma membolehkan
kita membezakan individu dalam spesies yang
sama.

Ia juga meningkatkan kebolehan sesuatu
spesies bermandiri (survive) dalam persekitaran
yang sentiasa berubah.

Jika terdapat keperluan dan peluang yang
wujud, variasi membolehkan sesetengah
individu mengeksploitasi (exploit) sumber yang
ada di habitat baru.

Variasi juga adalah termasuk perbezaan dari
segi morfologi, fisiologi, genetik dan mental
(morphology, physiology, genetic and
intellectual).

Contoh variasi pada manusia adalah seperti
berikut:

1) Variasi morfologi
Ketinggian.
Corak cap ibu jari (fingerprint).
Kebolehan menggulung lidah (roll
tongue).
Bentuk cuping telinga (ear lobes).
Berat badan.
Kehadiran lesung pipit (dimples).
Warna kulit.
Jenis rambut.
Warna rambut.

2) Variasi fisiologi
Tekanan darah.
Kumpulan darah.
Kebolehan merasa PTC.

3) Variasi genetik
Albinisme (albinism).
Buta warna (colour blindness).

4) Variasi mental
Kepintaran IQ (intelligence).


Contoh variasi corak cap ibu jari pada manusia.
Alel Dominan dan Alel Resesif

Alel (alleles) boleh wujud dalam bentuk
dominan (dominant) dan resesif (recessive).

Alel dominan diwakili oleh huruf besar (capital
letter) manakala alel resesif diwakili oleh huruf
kecil (lower case letter).

Alel dominan akan menunjukkan trait dominan
bagi ciri yang dikawal samada kedua-dua alel
yang dominan atau hanya satu alel yang
dominan hadir.

Sebagai contoh, ketinggian pokok kacang pea
dikawal oleh sepasang alel iaitu alel dominan
diwakili oleh T dan alel resesif diwakili oleh t.
Trait dominan (tinggi) akan dipamerkan apabila
kedua-dua alel dominan (TT) hadir atau salah
satu alel dominan (Tt) sahaja.

Alel resesif hanya akan menunjukkan ciri yang
dikawal apabila alel yang dominan tidak hadir.

Oleh itu, trait resesif hanya akan dipamerkan
apabila kedua-dua alel adalah resesif.

Sebagai contoh, trait resesif untuk tumbuhan
kerdil akan dipamerkan apabila kedua-dua alel
adalah resesif (tt).




Gen dan Alel

Gen (gene) merupakan unit asas
pewarisan (basic unit of inheritance) yang
membentuk ciri sesuatu organisma.

Gen terletak pada kromosom (chromosome).
Setiap kromosom terdiri daripada beribu-ribu
gen.

Kromosom terdiri daripada segmen DNA (asid
deoksiribonukleik / deoxyribonucleic acid) pada
sepanjang kedudukan tertentu (lokus / locus) di
sepanjang kromosom. DNA mengkodkan
sintesis protein berfungsi seperti enzim dan
protein struktur yang menentukan sesuatu ciri.

Oleh itu, gen mengawal ciri-ciri yang diwarisi
(inherited).

Gen yang mengawal ciri tertentu wujud secara
berpasangan digelar alel (allele).

Alel adalah bentuk alternatif sesuatu gen yang
terletak di lokus (kedudukan)yang
setara pada kromosom homolog (homologous
chromosomes).

Lokasi gen dan alel pada sepasang kromosom
homolog.

Dalam sel diploid, setiap gen biasanya terdiri
daripada dua alel. Satu daripada pasangan alel
ini berasal dari ibu dan satu lagi berasal dari
bapa.

Alel yang menentukan ciri (trait) tertentu akan
diwarisi dan dimanifestasikan. Sebagai contoh,
trait tinggi dan kerdil adalah untuk ciri
ketinggian.

Setiap trait dikawal oleh sepasang alel.

Anda mungkin juga menyukai