Anda di halaman 1dari 1

TOPIK 10 : PENGARUH LUAR DALAM MASYARAKAT MELAYU

PENGARUH LUAR DALAM MASYARAKAT








HINDU DAN PRNGARUH ISLAM
Dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin
dikatakan raja sehari dan diadakan upacara bersanding
sebagai kemuncak bagi upacara tersebut.
Adat melenggang perut diamalkan dikalangan keluarga diraja
dan juga rakyat jelata apabila kandungan ibu genap tujuh
bulan.
Berinai dalam perkahwinan Melayu seakan menjadi
kewajipan.
Istiadat berinai adalah antara tradisi dalam perkahwinan
Melayu yang boleh dikategorikan kepada tiga acara, iaitu
berinai curi, berinai kecil dan berinai besar.
Bagi upacara mencecah garam ke mulut kanak-kanak, ia
bersamaan dengan adat Hindu yang mencecah madu dan
minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh Brahmin
supaya bayi itu panjang umur dan mendapat kebahagiaan di
dalam hidupnya. Tapi bagi Islam adat ini diganti dengan
mencecapkan air zam-zam atau kurma. Pembacaan mantera
yang biasa dilakukan sebelum adat itu dimulakan juga
digantikan dengan pembacaan surah al-Fatihah dan surah al-
Ikhlas kemudian dibacakan doa.
Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat
Melayu suatu ketika dahulu juga merupakan cerminan
kepada pengaruh Hindu Dan Buddha dalam masyarakat
Melayu bahkan perkataan Raja itu sendiri pun sudah
memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal.
Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana
Melayu, terlihat lagi kekuatan unsur Hindu dan Buddha
dalam mencorakkan adat Melayu itu.
Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan
ditabur bunga di atas kubur tersebut.
Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan, orang
Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke
atas mayatnya.
Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas
kubur, bahkan mayat itu sudah ditabur bunga di rumah lagi
sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

BARAT
EKONOMI
Pengaruh barat dalam kebudayaan Melayu sememangnya
sangat jelas. Pengaruhnya boleh dilihat dari aspek ekonomi,
sosial, kesenian, politik dan lain-lain.
Mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis yang
menjadikan faedah (riba) sebagai asasnya.
Barat juga memperkenalkan sistem ekonomi sosialis iaitu
produk dan pendapatan akan menjadi milik kerajaan.
Sistem ini adalah gabungan sistem ekonomi sosialis dan
kapitalis.
Ekonomi masyarakat Malaysia juga dibahagikan mengikut
bangsa semasa pemerintahan barat yang mengamalkan
dasar pecah dan perintah.
PENGARUH DARI SEGI BARAT
Barat telah memperkenalkan sistem demokrasi.
PENGARUH SOSIAL
Pengaruh lebih kepada cara berfikir yang dianggap moden
iaitu berfikiran terbuka.
Pemikiran yang terbuka contohnya masyarakat sudah kurang
mempercayai tentang perkara-perkara yang digelar pantang
larang, petua dan lain-lain dan sesetangah orang
menganggapnya sebagai karut.

PENGARUH KESENIAN

Dunia mula diperkenalkan dengan aliran-aliran muzik barat
yang pelbagai antaranya kumpulan-kumpulan artis yang
beraliran rock, balada, pop, jazz, dan lain-lain

Anda mungkin juga menyukai