Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN E-DAGANG

Mendefinisikan perdagangan elektronik adalah lebih sukar berbanding


menerangkan tentang perdagangan. Ia adalah kerana perdagangan elektronik ini
bergantung kepada teknologi yang menjadikan ia subset kepada dunia perdagangan
yang luas.
Nota ini mengandungi model komprehensif dan kepelbagaian peranan teknologi
yang berunsurkan perdagangan. Model komprehensif ini menyediakan strukutur untuk
analisis sistematik perlaksanaan perdagangan elektronik. Model ini boleh menyediakan
penerangan yang berkesan dan lengkap mengenai perlaksanaan perdagangan
elektronik. Untuk lebih jelas lagi, contoh dan aplikasi model tersebut adalah seperti
berikut :
1. Portal internet mengambil peranan ke atas database query, click-trough, dan
information breaker, dan juga perlu menyediakan sebuah audit trail untuk
mengiklan penghantaran.
2. Sebuah lelongan online wujud atas perkhidmatan discovery kepada potensi
pelanggan ke atas sesuatu produk yang dipamerkan, dan kombinasi antara
social interaction dan commodity order entry untuk menutup jualan. Tambahan
alatan dalaman free search atau directed search juga mungkin ditawarkan untuk
membantu pembida.
3. Perkongsian pasaran memerlukan standards, yang menyamai keahlian cartel,
memandangkan perkhidmatan kewangan adalah dikawal. On-line brokerage
memerlukan perkhidmatan pengurusan akaun, dan mungkin juga berfungsi
sebagai information broker dalam usaha untuk membantu membuat pilihan
dalam pelaburan.
4. value-added network (VAN) menyediakan sekurang-kurangnya pengurusan
akaun dan kualiti perkhidmatan: sebagai tambahan, ia mungkin menyediakan
pengurusan dokumen dan pengawalan versi yang melaksanakan visibility
terkawal.
Perkembangan servis adalah input kepada aktiviti yang menggambarkan kerumitan
mengkategorikan produk dan penglibatan perniagaan dengan perdangangan elektronik.
Ia juga menyokong kenyataan bahawa perniagaan berkaitan infrastruktur telah
berkembang pesat ke dalam aktiviti-aktiviti lain. Keperluan untuk mengenalpasti kaedah
untuk nilai tambah, dan untuk mengasingkan ia dari mekanik perlaksanaan adalah
jelas.

organik

struktur

fungsi
Free search

Discovery
Directed search

Market

Evaluation
Realisation
Order entry

komersial
Database query
Click-trough
Imformation breaker
Agent
Social interaction
Display
Commodity
Custom

Peranan yang dapat dikenalpasti di dalam model ini sudah dikenalpasti dalam
dunia perdagangan yang meluas, yang berfungsi untuk memperjelaskan had praktikal
aplikasi teknologi kepada perdangangan. Asas ini akan membantu perkembangan
pelan perniangaan dan metrik untuk penilaian.

DEFINISI PERDAGANGAN ELEKTRONIK


Berdasarkan kepada sumber yang berlainan, perdagangan elektronik mempunyai
definisi yang berlainan.

Dari perspektif ahli ekonomi, perdagangan elektronik adalah alat yang


menyampaikan keinginan pembeli dan perniaga untuk mengurangkan kos
sambil menambah kualiti barangan dan meningkatkan kepantasan servis
penghantaran.
Dari perspektif pegurusan, perdagangan elektronik adalah aplikasi teknologi ke
arah penggunaan jentera dan aliran kerja sesuatu perniagaan.
Dari perspektif pemasaran, perdagangan elektronik adalah pengangkutan yang
baru bagi menyediakan maklumat kepada sesuatu target pasaran melalui
pengiklanan, promosi dan publisiti.
Dari perspektif teknologi, perdagangan elektronik bermakna penghantaran
maklumat, produk, perkhidmatan dan bayaran melalui rangkaian komputer.

Setiap satu perspektif adalah berguna bagi memahami dan melaksanakan pelan
perniagaan perdagangan elektronik. Di dalam pelan perniagaan tersebut, perspektifperspektif tersebut digabungkan untuk membentuk satu kenyataan tentang bagaimana
perdagangan elektronik akan digunakan bagi mendapatkan keuntungan kepada
syarikat.

Dengan menggabungkan perspektif ekonomi dengan pengurusan, kita boleh


mentafsirkan tugas yang perlu dibuat untuk memastikan perdagangan elektronik
berhasil. Melihat perdagangan sebagai sistem di mana transaksi adalah interaksi
antara pembeli dan perniaga yang menyediakan rangka kerja untuk mengenalpasti
peranan yang dimainkan oleh watak-watak dalam sistem tersebut.
Setiap transaksi memerlukan kebenaran dan pembayaran apabila barangan atau
perkhidmatan diterima. Penggunaan teknologi untuk meningkatkan tahap efisyen dalam
sistem dan mengubah perdagangan kepada perdagangan elektronik.
Penggabungan perspektif ekonomi dengan pemasaran, memasukkan transaksi
sebagai sebahagian dari komunikasi. Masyarakat, di pihak mereka atau syarikat
mereka, membuat keputusan tentang produk dan perkhidmatan yang menyediakan
nilai yang terbaik bagi wang mereka. Komunikasi pasaran adalah berfungsi untuk
memaklumkan, mengingatkan dan memujuk pelanggan mengenai nilai wang sebelum
dan selepas pembelian. Teknologi menyediakan produk baru untuk dimaklumkan
kepada pelanggan dan cara terbaru untuk memaklumkannya kepada pengguna.
Gabungan antara pengurusan dengan pemasaran akan menghasilkan projek.
Peranan pengurus adalah untuk merancang, melaksana, menilai dan mengawal;
manakala peranan pemasar adalah menaksir, menilai dan menambahbaik. Melalui
kerjasama, mereka boleh manafsirkan kos dan faedah projek yang dijalankan,
menangani projek dengan baik dan memulihkan hubungan kewangan kedua-dua pihak
dalam transaksi. Dalam perniagaan moden,peranan teknologi maklumat dalam
pengurusan projek adalah kritikal, berlanjutan dari pemprosesan perkataan yang
digunakan untuk mencetak kertas kerja projek, database digunakan untuk mengumpul
data pencapaian, sebagai alat untuk menganalisis data dan mentafsir kedudukan
semasa projek.
Penggabungan perspektif teknologi dengan mana-mana perspektif lain bermakna
meletakkan rangkaian komputer untuk digunakan. Rangkaian ini mestilah mencapai
melepasi sempadan organisasi tunggal, dan termasuk alat untuk mengumpul data,
analisis dan penyebaran maklumat. Dalam prinsip teknologi, penggunaan perdagangan
elektronik secara terus adalah; pelanggan atau perkhidmatan komputer, telekomunikasi
yang canggih, multimedia dan hypermedia, sistem pemerolehan semula maklumat,
pengurusan pesanan, pengurusan aliran kerja dan tulisan rahsia. Setiap satu
memainkan peranan dalam menjadikan perdagangan lebih mudah dan efisyen dengan
mengurangkan kos dan menyediakan maklumat yang lebih baik.

Cabarannya adalah untuk mengakses produktiviti baru yang dibina dengan


kepakaran teknikal dan automasi. Aset digital tidak digunakan dalam satu bentuk
sahaja, di mana maklumat boleh digunakan semula dalam pelbagai bentuk pada kadar
kos yang rendah. Skala ekonomi baru membenarkan syarikat kecil untuk meliputi
kawasan geografi yang luas dan menandingi syarikat yang besar secara berkesan.
Skop ekonomi baru membolehkan kedai yang tunggal menawarkan pilihan produk yang
akan meliputi 95 peratus daripada produk.

Perdagangan elektronik adalah mengenai perniagaan secara


elektronik. Ianya berasaskan kepada pemprosesan elektronik dan
penghantaran data, termasuk teks, bunyi dan video. Ia
encompasses banyak perbezaan aktiviti termasuk perdagangan
barangan dan dan perkhimatan elektronik, penghantaran online
kandungan digital, permindahan biaya elektonik, perdagangan
perkongsian elektronik, pengurusan bil-bil elektronik, lelongan
komersial, pemasaran terus kepada pengguna, dan perlhidmatan
selepas jualan. Ia melibatkan produk (barangan pengguna,
kelengkapan perubatan khas) dan perkhidmatan (maklumat,
perkhidmatan, kewangan dan perkhidmatan perundangan); aktiviti
tradsional (penjagaan kesihatan, pendidikan) dan aktiviti baru
(virtual malls).

Perdagangan elektronik hampir merangkumi sebarang jenis transaksi komersial.


Perdagangan elektronik tradisional melibatkan perniagaan perniagaan-kepadaperniagaan atau perniagaan-kepada-transaksi kerajaan, dijalankan ke atas sistem
hakmilik tertutup berbanding ke atas akses terbuka internet. Perubahan maklumat
distruksturkan, berorientasikan kesan audit dan rutin. Unsur-unsur tersebut berkait
dengan kebolehan pemprosesan data dan rangkaian sistem yang dibangunkan.
Internet dan perkhidmatan yang dipanggil World-Wide-Web (WWW atau Web)
telah menjadi sempadan komunikasi kepada pertumbuhan pesat rangkaian komputer.
Internet adalah seni bina baru, sebuah struktur kemudahan maklumat yang besar,
perkhidmatan komunikasi dan media. Ianya dapat menawarkan akses yang mudah bagi
pembeli dan juga peniaga dalam skala global. Penggunaan internet dalam platform
komersial merupakan suatu kemajuan.

Terdapat kesepakatan universal kepada transaksi komersial bagi semua jenis


gabungan perniagaan, individu dan kerajaan yang akan membentuk tahap
perkembangan yang seterusnya dalam perdagangan elektronik. Akan tetapi, dalam hal
ini, perdagangan tidak akan terhad kepada penjualan barangan dan perkhidmatan
sahaja. Syarikat perkongsian akan menggunakan Web secara dalaman untuk mencipta
sebuah smart enterprise. Kerajaan menggunakannya untuk mengurangkan kos dan
menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Masyarakat telah mengakses secara
meluas sumber maklumat yang berkembang pesat dan juga kepelbagaian
perkhidmatan.
Penggunaan internet, melalui Web, merupakan sebuah perluasan kepada keperluan
asas manusia untuk berkomunikasi dan menyatakan idea. Kabarangkalian yang
terdapat dalam hal ini adalah sangat meluas ;

Dari segi kepentingan perkhidmatan perubatan, doktor terpaksa berjumpa dan


merawat pesakit dalam masa yang singkat atau terhad. Perkongsian
penggunaan laman web oleh ahli fizik dan pesakit mereka akan membantu
meningkatkan keperluan pesakit untuk terlibat lebih proaktif dalam penjagaan
kesihatan mereka.
Pengeluar yang besar mewujudkan spesifikasi mereka secara online,
mengurangkan penangguhan pengedaran, dan meningkatkan skop pengedaran.
Dengan terdapatnya maklumat pada spesifikasi, rekaan, firma tersebut dapat
menjalankan operasi ke atas peluang yang benar-benar mengikut kemampuan
mereka, mengurangkan risiko dan kos bertaruh atas peluang yang bernilai
tambah.
Bilangan kedai yang boleh dilawati secara online jauh melebihi perniagaan yang
boleh didapati secara terus atau runcit. Pelanggan tidak lagi hanya bergantung
kepada kedai-kedai yang terpaksa dicari mahupun bergantung kepada katalog
yang diterima melalui pos. secara online, pelanggan boleh membeli barangan
dari kedai-kedai yang terdapat di negeri atau Negara lain dan juga boleh
mendapatkan produk yang tidak wujud dalam format tradisional.

Secara analogi, terdapat sepuluh ribu buah buku yang diterbitkan setiap tahun, dan
hampir menyamai bilangan majalah yang diterbitkan. Setiap satu dari penerbitan ini
disasarkan mengikut spesifikasi pengguna, dan pengguna bagi kebanyakannya adalah
sedikit. Penerimaan oleh perdagangan elektronik adalah bergantung kepada
kecenderungan pelanggan dan pemborong untuk menyesuaikan cara perniagaan
mereka dengan persekitaran tersebut.

INTEGRASI ENTERPRISE
Proses perniagaan dianggotai secara tidak tetap dan juga dalam kumpulan yang
berselerak. Menyedari potensi persekitaran yang memerlukan sumbangan projek
infrasturktur yang membantu masyarakat untuk berkomunikasi, bekerjasama dan
menguruskan perkongsian tugasan dengan cara yang bersepadu. Tanpa perancangan
yang teliti, dimensi pengurusan proses boleh menggunakan lebih banyak sumber
berbanding projek itu sendiri. Dari segi rangkaian, persekitaran ini mempunyai model
rangkaian yang kurang baik dan memberikan tekanan yang sangat besar ke atas
keperluan perhubungan dan pengurusan rangkaian.
Sistem yang menyelaraskan syarikat pengeluar
Fungsi
Kunci aktiviti
Pembuatan
Computer-aided design (CAD) melibatkan penggunaan
komputer untuk membantu merekabentuk produk yang
akan dikeluarkan.
Computer-aided
manufacturing
(CAM)
melibatkan
penggunaan komputer bagi mengawal mesin dan proses
pembuatan.
Computer-integrated
manufacturing
(CIM)
menggabungkan sisitem CAD dan CAM.
Materials resource planning (MRP) menentukan bahagian
dan bahan yang diperlukan semasa proses pembuatan
dan bila ia diperlukan.
Penjadualan jadual penerbitan kemudahan pengeluaran
dengan cara untuk menghasilkan produk dengan efisyen.
Manufacturing resource planning (MRP ll) menggabungkan
MRP dengan penjadualan penerbitan.
Logistik
Pembelian menentukan pembekal yang lebih baik dan
mewujudkan tempahan pembelian.
Pengurusan tempahan mengawasi tempahan pembelian
dan penghantaran yang akan dijalankan.
Pengawalan pengedaran dan penghantaran barangan
yang sudah siap kepada pelanggan.
Inventori bahan mentah selapeas ianya dihantar, work in
process (WIP), dan produk siap yang dihasilkan mereka.
Kewangan
Lejar umum yang mengndungi pembayaran, penerimaan,
perbelanjaan dan maklumat-maklumat perakaunan yang
lain.
Bil invois yang dihantar dan pembayaran yang telah
langsai.
Pengawasan belanjawan perbezaan jangka pendek antara
ramalan dan pencapaian.
Ramalan kewangan adalah untuk ramalan jualan jangka

Pemasaran

Sumber manusia

masa yang lebih panjang, perbelanjaan dan pembayaran


gaji pekerja.
Pengiklanan menyediakan iklan, surat menyurat dan juga
publisiti lain.
Analisis jualan menentukan item yang dijual dengan baik
ataupun kurang dijual,jualan terbaik dan paling teruk, dan
maklumat penting yang lain mengenai jualan.
Jualan meramal projek jualan pada masa akan datang.
Penggunaan jentera jualan menyediakan pelanggan,
perkhidmatan dan menyokong maklumat.
Maklumat kajian analisis pasaran mengenai pengguna dan
pruduk dikumpulkan untuk mengenalpasti trend dan
pendapat mengenai produk dan perkhidmatan semasa.
Analisis penilaian pencapaian pekerja terhadap tugas.
Sistem inventory kemahiran mengekalkan kemahiran
pekerja dan menyesuaikan pekerja dengan pekerjaan
yang betul.
Kelebihan pengurusan membolehkan pekerja mendapat
program faedah tambahanseperti insurans dan penjagaan
anak-anak.
Rekrut mempertimbangkan permohonan calon pekerja.

Perisian digunakan oleh individu atau kumpulan untuk mencipta,menganalisis


atau mengubah data yang berhubung dengan langkah kerja yang spesifik dan disiplin.
Perisian yang menguruskan maklumat (contoh: memastikan kesepaduan, ketepatan,
lengkap, meluas dan relevan) adalah pada masa dahulunya spesifik kepada suatu
jabatan.
Untuk menguruskannya secara lebih berkesan, suatu kelas baru perisian integrasi
enterprise telah dibina. Kebiasaannya, sistem ini digubah dalam tiga bahagian :

Pengkalan data teknologi : perkongsian gedung yang mengandungi perincian


dan spesifikasi semua bahan, produk dan peralatan.
Sistem perancangan : aturan pengeluaran untuk suatu tempoh masa termasuk
penjadualan personel dan keperluan bahan mentah.
Pengukuran pencapaian : membandingkan pencapaian sebenar dengan
perancangan.

Sistem tersebut melepasi sempadan organisasi tunggal untuk mengitegrasi


kontraktor, pembekal dan juga pelanggan. Ia memastikan standard dan mengurangkan
kepelbagaian (ketidakseragaman),dan menjurus ke arah kebolehramalan dan
kebolehpercayaan yang diperlukan untuk ramalan yang tepat. Kehadiran maklumat dan
komunikasi yang kerap mewujudkan kolaborasi yang berkesan. Rangkaian bertumbuh
sebagai rakan kongsi perniagaan sebagaimana pepatah dont work harder, work
smarter!.

PERUNCITAN
Bolehkah imej nyata menggantikan kepuasan memilih produk, merasa material
dan tekstur atau keteguhannya, mencubanya (jika pakaian) atau duduk di atasnya (jika
ianya sofa) sebelum membuat keputusan untuk membelinya? Peruncit menghadapi
pelbagai cabaran dalam usaha untuk menjalankannya melalui internet. Transaksi
sebegini dilindungi oleh rangka kerja undang-undang, cukai dan perkara yang
melibatkan kepercayaan. Salah satu cabaran ialah untuk malaksanakan prinsip asas
yang wujud dalam dunia fizikal kepada rangka kerja tidak berstruktur kepada dunia
sebenar untuk mewujudkan proses yang selari.
Sebagai tambahan kepada isu seperti meningkatkan keyakinan pengguna
terhadap imej digital dan meringkaskan proses pemulangan kerosakan atau barangan
yang tidak dikehendaki, arkitek kepada persekitaran peruncitan sebenar perlu
mempertimbangkan keselamatan data dan hak peribadi pengguna.
Masalah keselamatan, terutamanya melibatkan internet wujud dalam pelbagai
bentuk. Virus dalam fail, email ugutan, kecuaian sistem pentadbiran, dan pelbagai
kelemahan yang perlu dihadapi. Menggunakan perisian anti-virus, menghalang email
dari sumber yang tidak diketahui dibuka, dan menggunakan pertimbangan yang baik
mengenai pembayaran dengan kad kredit di web merupakan penyelesaian.
Penyelesaian lain adalah lebih sistematik ; sebagai contoh, sistem penghantaran
digital. Pelanggan bermula dengan memuat turun ejen penghantar syarikat. Ejen
tersebut menyegerakan penggunaan kad kredit dan maklumat peribadi, mengesahkan
caj, memuat turun fail dan memasukkan perisian yang dibeli. Keseluruhan transaksi
adalah dibuat dengan selamat kerana ejen penghantaran melaksanakan komunikasi
selamat mereka sendiri dengan pelayar internet. Oleh itu, penghantaran elektronik
perisian yang dibeli adalah dijamin, tanpa pengguna perlu melakukan proses muat
turun dan memasukkan perisian.

Secara nyatanya, lebih ramai orang yang mungkin ingin mengetahui keutamaan
pembelian seseorang daripada kandungan email mereka. Secara umumnya, ianya
dapat mengenalpasti individu-indivudu yang memerlukan keyakinan yang tinggi dalam
kesepaduan dan keselamatan sistem yang digunakan sebelum mereka memberikan
data peribadi yang tepat kepada laman web tersebut. Kerahsiaan sesuatu maklumat
peribadi, sama ada melalui internet mahupun kedai di sesuatu pusat dikawal melalui
encryption.

MASYARAKAT DAN TEKNOLOGI


Dari sudut pandangan sosial, laman web menambahkan lagi tekanan akibat
maklumat yang berlebihan. Banyak interaksi bersemuka boleh dilakukan secara
elektronik dan dalam jarak yang jauh pada masa sekarang. Komunikasi sebegini bukan
sahaja mungkin tetapi sangat terkenal terutamanya di antara mereka yang tidak pernah
atau sukar untuk bertemu. Disebabkan oleh perbezaan yang terlalu jauh, penciptaan
teknologi adalah bergantung kepada undang-undang dan standard moral. Sebarang
persekitaran komersial dibina berasaskan interaksi personal. Perkembangan
perdagangan elektronik yang sangat pantas bergantung kepada aplikasi berkesan
teknologi dan juga amalan komersial yang baik.
Terdapat lima cara untuk menambah nilai maklumat : mengumpul maklumat,
mengorganisasi, memilih, mengsintesis dan mengedarkannya. Memandangkan
teknologi merupakan kos transaksi yang terendah, syarikat boleh mendapatkan
maklumat yang tidak dapat diperolehi pada masa yang lepas. Maklumat peribadi boleh
didapati secara autuomatik di laman web, memandangkan peniaga akan membuat
profil pelanggan yang dirasakan boelh membantu mereka mencapai target dengan lebih
berkesan. Pelawat akan ditawarkan dengan tawaran dan insentif seperti perkhidmatan
percuma, tawaran diri untuk maklumat peribadi apabila mereka mendaftar sebagai ahli.
Pelayar laman web secara automatiknya akan mengikuti paten lawatan dan didedahkan
dengan iklan, di suatu peringkat perincian yang tidak digambarkan dalam media
tradisional.
Data peribadi yang dikumpul kebiasaannya dijual. Memandangkan
pengasasannya, internet mempunyai pertukaran maklumat tradisi di mana maklumat
tersebut ( contohnya: direka, penyelesaian, dokumentasi) telah menjadi komoditi yang
didagangkan dan suatu medium pertukaran. Dari aspek kebimbangan kepada
pengguna ialah setelah maklumat peribadi dimasukkan dalam aliran perdagangan ini,
tidak ada jalan untuk mengawal ketepatannya, kesepaduan atau perlaksanaannya.

Adalah sangat penting bahawa ekonomi digital berasaskan pengetahuan dan


pandangan terhadap kekayaan harus diubah. Kesan laman web dirasai secara nyata
pada setiap sektor dalam masyarakat kita. Sesetengah pihak menafikan selain
kebaikan teknologi dan automasi, peningkatan produktiviti, ianya akan mejurus kepada
penurunan peluang pekerjaan yang tidak dapat dielakkan. Tidak dapat disangkal
kebenaran bahawa teknologi dan automasi mencipta peluang baru bagi menggantikan
sistem yang lama. Adalah diharapkan bahawa apabila kerajaan sedar akan di mana
dan bagaimana mencipta keuntungan,mereka akan lebih memandang jauh mengenai
cukai dan pengedaran semula keuntungan yang dicipta oleh rangkaian digital global.

Aplikasi perdagangan elektronik


Pemasaran dan pengiklanan online
Perusahaan
Membeli belah dari rumah
Pengurusan rantaian pembekal
Perkhidmatan kewangan
Pengurusan projek
Perkhidmatan perniagaan biasa
Direktori
Authentication
Encryption
Sistem pembayaran
Polisi
umum, Kandungan
Permesejan
dan Standard teknikal
undang-undang
untuk
dokumen,
multimedia
dan pengedaran
dan
hak penerbitan
keselamatan, dan
maklumat
persendirian
protokol
World Wide Web
EDI
rangkaian.
Persidangan
Ejen
Java
CORBA
Penyedia pekhidmatan
ISPs
Telekom
TV kabel
Wireless
Infrastruktur rangkaian

Objektif

Memahami bagaimana perspektif yang berbeza mendefinisikan perdagangan


elektronik.

Boleh menerangkan peranan yang dimainkan oleh pemasaran dan teknologi.

Boleh menamakan secara terus prinsip teknologi dalam perdagangan elektronik.

Faham bagaimana teknologi dan automasi baru merubah dunia koperat.

Faham bahawa internet bukan suatu medium elektronik tetapi medium peer-topeer.

Faham mengapa maklumat, terutamanya paten pembelian, sangat bernilai.

Boleh menerangkan lima cara untuk mencipta nilai maklumat.

Boleh menerangkan beberapa masalah yang timbul disebabkan oleh teknologi.

PERSEKITARAN EKONOMI DAN ORGANISASI


Kitaran penghasilan melibatkan penyerapan bahan mentah atau komponen dan
membentuk produk yang boleh diterima pengguna. Setiap langkah dalam kitaran
pengeluaran manambah nilai kepada bahan mentah yang asli. Menerangkan pilihan
firma untuk membeli komponen atau perkhidmatan di pasaran terbuka, atau untuk
menghasilkan ia di rumah telah menjadi persoalan tradisional untuk ekonomi dan
sosiologi berorganisasi.
Satu senarai unsur-unsur yang perlu disertakan untuk membuat dan menjual
sebagai contoh sebuah majalah berita, adalah : laporan, penulisan, penyuntingan,
penggambaran, aturan, kertas, percetakan, perkhidmatan langganan, label dan
pengedaran fizikal. Sebuah firma perlu memutuskan untuk menghasilkan setiap
barangan atau perkhidmatan secara sendiri atau membelinya dari beberapa pembekal.
Kebanyakan majalah berita tidak dihasilkan menggunakan kertas dan percetakan
sendiri, tetapi mereka mengupah editor dan menggaji pekerja. Mereka mungkin
mengarahkan pasukan wartawan mereka untuk menulis cerita atau mencetak semula
cerita dari sumber elektronik. Penggambaran mungkin datang dari juru gambar mereka
sendiri ataupun dibeli dari mana-mana stok.
Dua faktor yang paling penting untuk menerangkan keputusan buat atau beli
adalah (a) pengaruh sikap mengambil peluang firma lain (b) kos transaksi
Perniaga mungkin bersifat merebut peluang ( contohnya : mengekstrak harga
yang lebih tinggi dari yang diperlukan ) apabila mereka sedar bahawa pembeli
bergantung pada mereka dan tidak mudah untuk memastikan apa yang benar-benar
mereka perlukan.
Sebuah firma boleh bersifat mengambil peluang atas beberapa syarat :

Pengkhususan tempat : produk atau bahan mentah hanya terdapat di kawasan


tertentu.
Pengkhususan aset fizikal : produk tidak boleh digunakan untuk perkara lain,
dan hanya berguna untuk seseorang pelanggan.
Pengkhususan asset kemanusiaan : kemahiran tertentu diperlukan dalam
usaha untuk menghasilkan atau menggunakan produk.
Pengkhususan masa : produk hanya berguna untuk masa-masa tertentu.
Produk yang kompleks : maklumat mengenai produk adalah kompleks.
Pelanggan menghadapi kesukaran menyatakan secara spesifik apa yang
mereka mahukan dan mencari melalui alternatif untuk mencari pembekal yang
terbaik.

Bagi pembeli, masa dan sumber terlibat dalam mengesan pembekal yang
berpotensi dan menilai tawaran produk dengan kos yang berpatutan. Penjual perlu
mengiklankan produk mereka dan menyediakan maklumat mengenai harga
penghantaran. Menentukan dan menilai maklumat adalah sukar (kos yang banyak) di
mana terdapat sejumlah besar pembekal yang berpotensi, pembekal diasingkan secara
geografi, apabila terdapat banyak perbandingan produk dalam industri, dan apabila
harga atau produk mengalami perubahan yang pantas.
Dalam kos mencari produk dan pembekal yang terbaik, sesebuah firma harus
mempunyai kos transaksi tambahan apabila mereka mengenalpasti kontrak,
manguatkuasakan kontrak tersebut dan menangani kewangan. Setelah transaksi
dipersetujui, pelanggan perlu memastikan bahawa pembekal menjalankan terma dalam
kontrak (jadual penghantaran, kawalan kualiti). Setelah barangan sudah dihantar,
pelanggan perlu menerima invois dan pembekal tersebut perlu dibayar. Bil dan
pembayaran jumlah pelanggan atau pembekal yang ramai mungkin agak mahal.

PASARAN DAN HIERARKI


Pasaran perlu dilengkapi dengan transaksi antara pembeli dan pembekal.
Hierarki merupakan hubungan pembekal-pelanggan untuk jangka masa panjang,
dikoordinasikan oleh pengurusan berbanding kuasa pasaran.
Apabila mekanisma pasaran dijalankan, pembeli membeli dari mana-mana
pembekal yang boleh menawarkan kombinasi terbaik terhadap perkara seperti harga,
kuantiti, standard kualiti, jadual penghantaran dan sebagainya. Perhubungan di
kalangan pembeli dan penjual mungkin singkat, memandangkan pembelian dilakukan
atas transaksi oleh dasar transaksi.
Di bawah mekanisma berhierarki, seorang pembeli tidak memilih daripada
kalangan penjual yang berpotensi tetapi mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari
pembekal yang mula-mula dikenalpasti. Ini adalah kerana firma tersebut memilih
pembekal untuk sejumlah transaksi dan hubungan mereka terikat dengan perjanjian.
Dalam persekitaran pasaran, pelanggan boleh membeli di sekitar mereka untuk
mendapatkan kombinasi harga, kualiti atau lain-lain keperluan yang terbaik.
Mamandangkan persaingan di kalangan pembekal mewujudkan pilihan, pembeli tidak
akan bersikap mengambil peluang. Kebanyakan ahli ekonomi percaya bahawa adalah
secara umumnya mekanisma pasaran adalah lebih efisyen untuk membeli berbanding
dengan hierarki.

Hierarki terbentuk apabila kos transaksi adalah tinggi, bekalan mestilah dijamin
dan/atau pembekal tidak cukup bersaing untuk menghadkan sikap mengambil peluang.
Untuk mengekalkan kestabilan, hubungan jangka panjang antara pembeli dan penjual,
sertab kos transaksi dikurangkan. Perbincangan kontrak meliputi keseimbangan
transaksi berganda kos yang dicari.
Kata kunci
Sifat
Skop
Komunikasi
Darjah fleksibel
Kekuatan hubungan

Pasaran
tidak bergantung
Transaksi tunggal
Perbincangan
Tinggi
Rendah

Hierarki
Bergantung
Transaksi bersiri
Rutin
Rendah
Sederhana kepada tinggi

PASARAN ELEKTRONIK
Di dalam pasaran, pembeli mencari penjual. Menggunakan rangkaian elektronik
untuk mengurangkan kos mencari barangan dan perkhidmatan yang terbaik dipanggil
the electronic brokerage effect. Di dalam pasaran elektronik, sesetengah
perkhidmatan yang wujud menghubungkan pembeli dan penjual yang berlainan melalui
perkongsian sumber maklumat (pengekalan pengkalan data berpusat dan World Wide
Web yang tidak dipusatkan) dan menyediakan alat untuk mencari data. Mereka
membantu pembeli menilai tawaran dengan cepat, selesa dan murah dari pelbagai
pembekal.
Kemudahan rangkaian seperti perkhidmatan panduan menjadikan penempatan
pembekal berpotensi dalam bilangan yang besar dapat dilakukan dengan mudah.
Program perbandingan bijak boleh meningkatkan bilangan alternatif seiring dengan
kualiti alternatif yang dipilih sambil mengurangkan kos proses pemilihan. Teknologi
maklumat juga boleh diaplikasikan dengan cara mengurangkan kerumitan produk.
Sebagai contoh nombor 10 digit ISBN, untuk sesetengah penggunaan, menerangkan
secara lengkap sebuah buku. Kepelbagaian teknik pemerolehan semula maklumat
adalah digunakan apabila mencari buku-buku kerana aplikasi teknologi maklumat ini.
Selain itu, standard produk dan teknik carian untuk gambar, muzik dan video adalah
terbukti sangat sukar untuk dibina.
Firma mungkin cenderung untuk membina perhubungan pasaran dengan rakan
kongsi perniagaan mereka apabila mereka menggunakan rangkaian untuk menurunkan
kos carian. Memendangkan teknologi memudahkan firma mencari melalui pelbagai
kemungkinan, mereka boleh menggunakan rangkaian-rangkaian ini untuk membina
hubungan dengan ramai pembekal dan menunjukkan kesetiaan mereka kepada
pembekal tertentu melalui satu siri transaksi.

HIERARKI ELEKTRONIK
Firma yang menggunakan rangkaian-rangkaian untuk mengurangkan kos
integrasi memerlukan masa yang panjang dan perhubungan berhierarki dengan rakan
perdagangan mereka.
Sebagai contoh, sistem electronic data interchange (EDI) yang menghubungkan
terminal mata jualan peruncit kepada sistem penghantaran pembekal mereka,
mengurangkan kecenderungan peruncit kehabisan stok barangan yang polular. EDI
ialah standard kepada menghimpunkan dan menghantar maklumat antara komputer,
dan kepada rangkaian komunikasi persendirian (dipanggil value-added networks atau
VANs). Mengautomasikan procurement rutin, juga bermaksud staf procurement
mempunyai lebih banyak masa untuk berfokus kepada merundingkan harga yang lebih
baik dan membina perhubungan dengan pembekal.
Mengintegrasikan rantaian bekalan membantu untuk meminimumkan inventori
dan mengurangkan working capital dengan meningkatkan aras stok. Mengukuhkan
perhubungan elektronik dengan pembekal dan pelanggan yang besar membolehkan
syarikat mengumpul dan menerima tempahan pembelian, invois dan pemberitahuan
penghantaran dalam masa yang jauh lebih singkat. Mod operasi ini juga dipanggil Justin-time inventory management (JIT), mengenakan sekatan yang ketat ke atas
koordinasi berorganisasi. Rakan kongsi diintegrasi kepada tawaran penting melalui
penggunaan sistem maklumat dan rangkaian telekomunikasi.

Pada 1980-an, kitaran masa terendah disedari oleh syarikat Jepun mengumukakan
syarikat Amerika dengan cabaran persaingan yang serius. Mereka bertindak balas
pada mulanya dengan memecahkan sekatan organisasi dalaman yang meningkat
antara rekaan, pngilangan dan pembahagian jualan. Langkah kedua mereka adalah
untuk meperbaiki komunikasi mereka dengan pembekal.
Di bawah sistem yang lama di Ford, apabila jabatab pembelian menulis pesanan
pembelian, ia menghantar salinan dokumen yang diterima ke akaun pembayaran dan
kepada dok penerimaan. Kerani penerimaan akan menghantar salinan ke akaun
pembayaran apabila barangan diterima dan penjual menghantar invois. Jabatan
perakaunan mengasingkan pesanan dengan memasukkannya ke dalam pengkalan
data dalam talian. Apabila barangan sampai di dok penerimaan, seorang kerani akan
memeriksa pengkalan data berkenaan untuk memastikan barangan tersebut menepati
pesanan. Jika ianya tepat, barangan akan diterima, dan kerani berkenaan akan
memasukkan penerimaan berkenaan ke dalam pengkalan data (jika tidak, ianya akan
ditolak). Pendekatan ini memerlukan kesepadanan tiga item part number, unit
pengukuran, dan kod pembekal- antara pesanan pembelian dan rekod resit.
Kesepaanan ini dilakukan secara automatik, dan komputer disediakan untuk
memeriksa akaun pembayaran yang dihantar kepada penjual. Tidak perlu risau
mengenai invois, kerana Ford telah berpesan kapada penjual untuk tidak
menghantarnya.
Perubahan dalan proses pembelian bermaksud suatu pembahagian semula
tanggungjawab yang radikal. Kerani di dok penerimaan perlu relajar untuk
menggunakan Terminal komputer untuk memeriksa perkapalan dan mereka perlu
membuat keputusan untuk menerima sesuatu barangan. Agen pembelian perlu
mengagak tanggungjawab untuk memeastikan data pembekal (contohnya; bila perlu
menghantar pemeriksaan) adalah betul. Penjual perlu menerima dalam sesetengah
kes, invois membentuk asas bagi sistem perakaunan mereka (sekurang-kurangnya
satu pembekal Ford diterima dengan terus mencetak invois)
Di Chrysler, implementasi secara serentak JIT dan EDI adalah sebab kritikal untuk
faedah mengagumkan. Pada 1998, Chrysler mengeluarkan 2.2 milion kenderaan dan
mempunyai 17 milion transaksi EDI dengan pelanggan mereka. Simpanan daripada
penyediaan dokumen elektronik dan penghantaran adalah dianggarkan sebanyak
$38.63 per kenderaan. Simpanan dalam kos proses (penyimpanan, kitaran tempoh
pengeluaran) dalah dianggarkan pada $62.26 per kenderaan. Sebagai tambahan
kepada simpanan ini, daripada $100 per unit, faedah seperti kualiti produk adalah
sebahagian daripada bukti.

Contoh lain adalah integrasi sistem CAD/CAM antara cip komputer firma
rekabentuk dan logam silikon yang membolehkan para pereka cip itu memantau proses
pengilangan dan mempunyai lebih fleksibiliti dalam mengubah rekaan mereka.

TRANSAKSI KOMERSIAL
Generalisasi pandangan ahli ekonomi mengenai pasaran-pasaran dan hierarki
membawa kepada pandangan generalisasi mengenai transaksi, dan dari situ terdapat
idea jangkaan nyata dan tidak nyata kepada perdagangan elektronik. Bagi yang
nyata, mensasarkan pasaran pengguna yang luas, manakala jangkaan tidak nyata pula
membawa secara peribadinya antara syarikat-syarikat dan berfokus atas pemprosesan
transaksi antara rakan-rakan niaga.
Sama ada secara nyata atau tidak nyata, model ini bermula dari pandangan ahli
ekonomi mengenai pasaran. Ahli ekonomi mendefinisikan pasaran sebagai sempurna,
setiap pembeli yang berpotensi mempunyai maklumat yang sempurna: tiada pemain
yang mempunyai maklumat yang tidak diperolehi oleh yang lain. Di samping itu, tiada
sekatan kepada pergerakan wujud terdapat aliran bebas barangan dan perkhidmatan.
Konsep idealistik ini bertujuan untuk memeberi kemudahan peragaan dengan
mengetepikan sekatan realiti.
Dalam dunia sebenar, infrastruktur menjadi masalah. Aliran maklumat
memerlukan infrastruktur untuk mengumpul, menganalisis dan menilai maklumat. Kos
pengangkutan barangan, termasuk maklumat, bergantung kepada keadaan sebenar
rangkaian pengangkutan. Membina infrastruktur ini memerlukan pelaburan; dan
pelaburan tidak dibuat tanpa mengharapkan sebarang faedah sebagai balasan. Jurang
antara pasaran sempurna ahli ekonomi dengan dunia sebenar dapat dilihat dengan
nyata; akses kepada infrastruktur dan pulangan pelaburan tidak akan diagihkan secara
rata dan seterusnya boleh mendatangkan kesan ke atas kos transaksi.
Empat frasa mudah boleh menjelaskan kos transaksi, peluang dan gangguan yang
disebabkan hierarki kepada idea ahli ekonomi tentang pasaran sempurna:
1. Penemuan prapembelian: definisi tuntutan dan mencari ruang maklumat yang
lebih besar untuk satu set produk yang berupaya menemukan tuntuan
berkenaan.
2. Pemilihan dan komitmen: pemilihan produk dan pembekal daripada set yang
ditemui, berdasarkan kepada perbandingan sifat. Termasuk perundingan dengan
pedagang untuk terma yang sesuai seperti harga, ketersediaan dan tarikh-tarikh
penghantaran.

3. Penyempurnaan pembelian: penghantaran produk, mekanisma pembayaran


dan aliran maklumat dan dokumen yang terlibat dengan pembelian.
4. Interaksi pospembelian: perkhidmatan pelanggan dan sokongan untuk
menghalakan komen pelanggan, pemulangan produk, dan kecacatan produk.

Penemuan prapembelian adalah penting dalam pasaran dan hierarki. Keperluan


pelanggan dijelaskan dalam konteks produk, masa dan keinginan; pembekal yang
memenuhi keperluan adalah dicari. Maklumat mengenai produk dan transaksi adalah
perlu dalam hal ini, tetapi tiada komitmen yang diminta atau diberi. Pada tahap ini,
pengumpulan maklumat dan penilaian menjadi kunci. Pelanggan tidak akan bergantung
kepada perniaga semata-mata, tetapi juga akan mencari pendapat orang yang membeli
produk yang sama atau hampir serupa, dan mereka yang mempunyai pandangan yang
bernas. Proses membuat keputusan mungkin agak panjang bagi kes produk yang
kompleks, atau apabila maklumat tentang produk adalah sukar untuk ditafsir.
Pemilihan pembekal dan komitmen untuk membeli mungkin memerlukan rundingan
terma yang berbeza daripada hal yang tidak terlindung dalam proses penemuan.
Pembekal mungkin bimbang untuk memberikan komitmen kepada satu siri transaksi,
atau akses jelas inventori pada harga yang tidak melebihi kos pengimbangan
pengangkutan. Pembeli mungkin meletakkan keutamaan kepada terma penghantaran
atau kualiti, yang mungkin merangsang mereka untuk membayar suatu ansuran di luar
cabutan tersebut oleh penjual yang suka mengambil peluang. Dalam kes yang sama, ini
adalah di mana ahli ekonomi menemui pasaran yang diasingkan daripada hierarki:
sebuah transaksi tunggal mungkin diaturkan, tanpa komitmen lain (hubungan pasaran);
atau suatu siri transaksi mungkin dirundingkan, yang mana akan dilanggan dalam suatu
tempoh (perhubungan hierarki).
Walaupun langganan pembelian dapat dilihat seperti terma yang ringkas, ia
sebenarnya melibatkan sejumlah parti yang berlainan berbanding hanya daripada
penjual kepada pembeli, yang kerap melibatkan keistimewaan parti ketiga dalam
pengangkutan. Pembeli juga perlu membayar produk. Walaupun membayar dalam
tunai, terdapat rangkaian parti ketiga yang terlibat menguruskan pembayaran dan
mengesahkan kesahan alatan pembayaran.
Akhir sekali, penjual dan pembeli perlu setuju bahawa terma kepada transaksi akan
dikenakan. Kuantiti, kualiti, dan masa penghantaran perlu diaturkan atau ganti rugi akan
diminta. Sebagai tambahan, penjual mungkin mahu menggalakkan pembeli untuk
kembali membeli produk tersebut lagi, yang memerlukan komunikasi perniagaan untuk
meningkatkan kesetiaan dengan jenama. Oleh itu, interaksi pospembelian adalah
bahagian yang penting dalam transaksi.

ALIRAN KERJA
Mengaplikasi teknologi ke atas perdagangan memerlukan beberapa struktur
tertentu untuk implimentasi dengan persekitaran abstrak yang teah diterangkan
sebelum ini. Komputer dan rangkaian mestilah disusun dan tugas dibahagikan antara
pembeli, penjual dan sokongan-sokongan lain di mana perspektif ekonomi dan pasaran
kemungkinan abstrak, pengurusan dan terutamanya perspektif teknologi adalah konkrit.
Pada peringkat yang paling rendah, teori database management system (DBMS)
menyediakan definisi yang eksplisit mengenai transaksi. Ini merupakan definisi yang
menjadikan automatic teller machine (ATMs) berkesan, dan membolehkan ia bekerja
dengan system bank yang lain. Definisi ini menyatakan bahawa transaksi :

Mempunyai permulaan dan pengakhiran yang jelas.

Mengikut proses yang betul (satu siri langkah atau keadaan pertengahan).

Berakhir dengan kejayaan atau kegagalan (keadaan akhir).

Boleh gagal dalam beberapa cara, tetapi berjaya hanya dengan satu cara.

Data dalam pengkalan data berubah sekiranya transaksi berjaya, dan tidak
berubah sekiranya gagal.

Cara yang ringkas dan mudah untuk mengingati ciri-ciri transaksi dalam akronim
adalah ACID: atanomic,consisten, isolated dan durable.

Sebuah transaksi adalah satu set aktiviti yang dianggap sebagai perkara
beratom atau tunggal oleh sistem.

Sesuatu transaksi kepada jenis yang ditetapkan akan selalu mengalami


perubahan yang sama terhadap pengkalan data, yang membawa makna
transaksi adalah konsisten.

Setiap transaksi adalah satu set prubahan yang lengkap dan ianya terasing
daripada sebarang transaksi lain yang dilaksanakan pada masa yang sama.

Apabila transaksi lengkap, perubahan tersebut akan berkekalan.

Melalui transaksi, lebih banyak interaksi kompleks dapat dilihat. Aliran kerja
merupakan suatu cara item melalui satu atau beberapa proses di mana setiap peringkat
mempunyai kesan tersendiri ke atas item, dan kesan peringkat-peringkat berkenaan,
adalah ditakrifkan sepenuhnya. Satu proses ialah satu set aktiviti yang mempunyai
hubungan dalaman, yang mempengaruhi hasil atau perkhidmatan. Suatu aktiviti ialah
satu set tindakan yang terbatas yang mempunyai inisiasi dah konklusi yang boleh
ditakrifkan, dan kebiasaanya ia boleh ditetapkan tempohnya.
Suatu tugasan ialah beberapa aktiviti yang boleh dikenal pasti, biasanya
sesetengah dilakukan secara manual dah sesetengah dengan sokongan komputer,
yang dijalankan untuk mendapatkan hasil tertentu. Tugasan tersebut biasanya
dicetuskan oleh suatu acara perniagaan dan mungkin mengandungi beberapa
subtugas, setiap satunya mungkin melibatkan interaksi dengan pengguna lain ataupun
proses. Kata kunci bagi spesifikasi tugas ialah pengguna boleh memaklumkan bila
tugasan itu sudah disiapkan. Iaitu, setiap tugasan mempunyai permulaan yang jelas
dan juga pengakhiran yang juga jelas. Walau bagaimanapun, ia mungkin menyebabkan
gangguan ataupun penangguhan. Transaksi adalah hampir sama dengan aktiviti yang
dikenali sebagai aliran kerja. Walaubagaimanapun, transaksi adalah secara umumnya
agak mekanikal, manakala aliran kerja melibatkan lebih banyak interaksi yang lebih
kompleks. Transaksi sama ada berjaya mahupun gagal, sementara aliran kerja masih
boleh dijadikan iteratif, jika transaksi gagal, transaksi baru dilakukan untuk
memudahkan kerja.
Menggabungkan perspektif aliran kerja ini dengan empat fasa proses pembelian
membawa kepada definisi satu set peranan yang spesifik untuk perdagangan
elektronik. Sebuah transaksi komersial, dalam terma aliran kerja, ialah di mana proses
pelanggan berhubung dengan proses pembekal. Setiap empat fasa yang diterangkan di
atas melibatkan komunikasi dan perhubungan di antara dua aktiviti threads yang jelas.
Setiap satu dengan fungsi dan motif tersendiri di sebalik proses tersebut. Parti lain
terlibat untuk membantu mencapai fungsi; bank menyediakan perkhidmatan untuk
pengurusan tunai, syarikat penerbangan menyediakan pengangkutan, hotel
menyediakan kemudahan untuk dua orang ahli perniagaan yang ingin berunding
mengenai kontrak syarikat mereka.
Peranan perdagangan elektronik yang spesifik adalah sebahagiannya lebih terhad
berbanding dalam persekitaran perniagaan yang tradisional kerana kehadiran teknologi.
Terdapat had kepada nilai yang boleh ditambah oleh teknolgi, walapun dalam terma
sebenarnya nilai boleh menjadi cukup besar. Perniagaan akan terus berorientasikan
manusia, berpegang kepada keperluan dan keinginan manusia. Perdagangan
elektronik boleh menjadikan aliran kerja lebih efisyen, transaksi lebih jelas dan
menyediakan peluang untuk perniagaan baru.

Mana-mana atau semua bahagian proses transaksi mungkin dibawa secara on-line
melalui penggunaan teknologi dan juga rangkaian. Sebagai contoh, mencampurkan
transaksi elektronik ke dalam dunia sebenar pembelian. Contohnya, jika anda
mahukan tiket penerbangan dari london ke Singapura, anda mungkin :

Mencari penerbangan yang anda mahukan melalui internet, dan juga


mengesan agen perlancongan yang boleh dibeli secara tunai.

Bertanyakan senarai penerbangan kepada agensi perlancongan, pilih satu,


dan pergi ke ATM untuk mengeluarkan wang simpanan, dan kembali semula
untuk membuat pembelian.

Telefon beberapa syarikat penerbangan dan membeli tiket di lapangan


terbang dengan kad kerdit.

Diberi satu tiket oleh syarikat, yang mana di bilkan secara bulanan untuk
belanja perjalanan, dan dibayar oleh EFT.

Contoh ini mengilustrasikan gabungan sistem-sistem dalam kehidupan sebenar.


Perkhidmatan yang wujud menghubungkan pembeli dengan penjual melalui
perkongsian sumber maklumat, dan menyediakan alat untuk mencari dan
menganalisis data. Ianya membantu pembeli menilai tawaran dari pelbagai
pembekal. Sistem tidak nyata bekerja secara persendirian antara syarikat-syarikat
dan berfokus ke atas pemprosesan transaksi di antara rakan-rakan perniagaan.

Objektif

Boleh mendefinisikan dan memberi contoh tingkah laku opportunistic.

Faham akan perbezaan antara pasaran tradisional dengan hierarki.

Faham bagaimana model pasaran dan hierarki


membincangkan tentang perdagangan elektronik.

Boleh mendefinisikan dan memberi contoh setiap fasa dalam model transaksi
ekonomi.

Memahami hubung kait antara transaksi dan juga aliran kerja.

dilaksanakan

apabila

Anda mungkin juga menyukai