Anda di halaman 1dari 1

Nasihat

(Pantun Dua Kerat)


(Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari)

Maksud
Rangkap 1
Seseorang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan lebih baik berdiam diri daripada
berkata-kata.
Rangkap 2
Orang yang perasa akan mudah terusik perasaannya oleh sesuatu perkara.
Rangkap 3
Orang yang tidak insaf akan dirinya akan mendapat balasan akibat perbuatannya.
Rangkap 4
Jika kita terlalu mendengar cakap orang kita juga yang akan menerima musibah.
Rangkap 5
Sekiranya kita hendak selamat kita perlu sentiasa ingat akan nasihat orang.
Rangkap 6
Sudah menjadi lumrah hidup manusia sesuatu perkara yang besar bermula daripada
perkara yang kecil.

Tema
Nasihat kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat mengharungi segala
cabaran dalam kehidupan.

Persoalan
1. Persoalan suka mendengar cakap orang tanpa memikirkan akibatnya.
2. Persoalan perasaan yang mudah tersentuh.
3. Persoalan melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.

Anda mungkin juga menyukai