Anda di halaman 1dari 3

UJIAN LISAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

FAEDAH-FAEDAH DAN LANGKAH-LANGKAH


MEMUPUK AMALAN KUNJUNG
MENGUNJUNGI
Siti Nurarfa Dania Binti Mohd Salleh
Kavita A/P Parathitasan
Kavita : Selamat pagi Arfa. Adakah sambutan Hari Raya di kampung kamu
pada tahun ini semeriah tahun-tahun yang lalu?
Arfa

: Sudah semestinya. Malah, lebaran tahun ini lebih menarik kerana


saya dan seluruh sanak saudara dapat berkumpul pada pagi raya.

Kavita : Adakah keluarga kamu masih mengamalkan amalan kunjung


mengunjungi?
Arfa

: Ya, keluarga saya masih mengamalkan amalan tersebut. Amalan


ini telah menjadi kewajiban kepada kami sekeluarga kerana
keakraban sesame ahli keluarga adalah sangat diutamakan dalam
keluarga saya.

Kavita : Wah, saya tidak sangka keluarga kamu masih mengamalkannya!


Apakah kamu tahu tentang amalan kunjung mengunjungi yang
diamalkan oleh rakyat negara kita?
Arfa

: Amalan kunjung mengunjungi merujuk kepada perbuatan saling


menziarahi antara satu sama lain. Setahu saya, amalan ini dilakukan
sejak zaman dahulu lagi. Masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum
selalu bertandang ke rumah jiran untuk berbual-bual dan
bertanyakan khabar.

Kavita: Malangnya, amalan ini kini semakin dilupai oleh rakyat Malaysia
terutamanya penduduk di bandar kerana kesibukan mereka dengan
perkara duniawi.
Arfa : Ya, betul itu. Desakan hidup untuk mencari rezeki dan kesenangan
meyebabkan masyarakat kini hidup ibarat enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Mereka tidak mempedulikan
jiran tetangga lagi, malah tidak mengamalkan amalan kunjung
mengunjungi.

Kavita: Pada pendapat saya, masyarakat perlu diberikan kesedaran


tentang kepentingan amalan kunjung mengunjungi ini.
Arfa

: Apakah kebaikan amalan ini?

Kavita : Antara kebaikan amalan ini ialah dapat mengeratkan hubungan


silaturahim sesame jiran tetangga dan adik-beradik. Apabila
seseorang itu ditimpa sakit secara tiba-tiba, jiranlah orang pertama
yang akan datang memberikan pertolongan sebelum adik-beradik
yang lain.
Arfa

: Selain itu, perasaan kasih sayang akan wujud sesama mereka dan
segala pahit manis akan ditanggung bersama-sama.

Kavita: Bukan itu sahaja, masalah jenayah dan gejala sosial yang berlaku
dalam kalangan masyarakat juga dapat ditangani apabila setiap
orang memainkan peranan dan mengambil berat tentang satu sama
lain.
Arfa : Terdapat pelbagai kebaikan dalam pengamalan amalan ini. Namun,
tidak ramai orangnya yang mengamalkan amalan ini. Apakah cara
untuk melaksanakan amalan ini?
Kavita: Pelbagai langkah perlu dilakukan agar nilai mulia ini dapat
dihidupkan semula. Misalnya, dengan mengadakan upacara rumah
terbuka. Pada setiap tahun, rakyat Malaysia meyambut pelbagai
perayaan. Setiap kaum mempunyai sambutan yang unik dan
tersendiri.
Arfa : Di samping itu, rumah terbuka ini juga dianggap sebagai
pelengkap kepada perayaan yang diraikan.
Kavita: Ya. Semasa mengadakan majlis rumah terbuka, sahabat handai
dan jiran tetangga akan dijemput. Bermula dengan menghadiri
rumah terbuka, maka tersemailah amalan kunjung mengunjungi.
Keramahan dan kemesraan yang terjalin semasa majlis rumah
terbuka meyebabkan jiran tetangga tidak keberatan untuk
bertandang pada masa yang lain.
Arfa : Baguslah. Semua orang perlu mengamalkan nilai ini kerana
sejarah telah membuktikan bahawa walaupun masyarakat zaman
dahulu hidup dalam serba kekurangan, namun kehidupan mereka
bahagia kerana mereka kaya dengan budi bahasa dan sentiasa
memiliki persefahaman antara mereka.

Kavita: Walaupun begitu, terdapat juga tanggapan sesetengah pihak yang


mengatakan bahawa amalan kunjung mengunjungi ini hanya
membuang masa dan menyusahkan orang.
Arfa : Perkara itu tidak benar sama sekali, sebaliknya dalam realiti ia
mendatangkan manfaat dalam menjalin hubungan kemasyarakatan.
Kavita: Justeru, setiap insan yang inginkan kehidupan bahagia perlulah
mengunjungi jiran ataupun saudara mara mereka sekali-kala. Makin
banyak pengamalan ini dilaksanakan, makin kukuhlah kekuatan
perkauman di negara kita.
Arfa

: Betul tu. Alamak, masa rehat sudah habis! Mari kita balik ke kelas.

Anda mungkin juga menyukai