Anda di halaman 1dari 126

susunan

Shuib Sulaiman

Penerbitan Minda Ikhwan ( 001283198-v )


Sayangi Keluarga Anda

Susunan
Shuib Sulaiman

O Penerbitan Minda Ikhwan (001283198-V)

Semua hak cipta artikel dalam buku ini adalah terpelihara. Sebarang
bahagian daripada artikel dalam buku ini tidak boleh diterbitkan sen~ula,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan,
dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara
elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan
sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada
Penerbitan Minda Ikhwan (001283198-v).

Kali pertama diterbitkan


Disember 2005

ISBN 983 2492 42-2

Teks diset dalam


Palatino 11 poin

Teubitan:
Penerbitan Minda Ikhwan ( 0017.83198-v
51-2, Jalan Desa 916, Bandar Country Homes,
48000 Rawang. Selangor Darul Ehsan.

Dicetak oleh:
~WIJ
iUlp '&JI+Jd &I
+kiJ
Jf&j.F$I Jpjl&
."bi '**II fy. 3
1 *" ir.9

alam buku panduan kecil ini


saya tidak memperkatakan ten-
tang syarat rukun rumahtang-
ga, sah batal rumahtangga, meminang,
perkahwinan, mas kahwin. Juga tidak
dimasukkan persoalan tentang nusyuz,
talak, zihar, rujuk, nafkah, giliran bagi
yang berpoligami. Perbincangan, per-
bicaraan dan pendedahan seumpama
itu sudah banyak dan sering diper-
katakan. Tambahan pula kursus dan
pengajian tentang perkahwinan dan
rumahtangga juga sudah amat banyak.
Buku-buku dalam topik yang sama
juga h u t membanjiri pasaran.
MUQADDIMAH

Modul kecil ini lebih menitikberatkan tentang motivasi


rumahtangga. Lebih memberi penekanan kepada aspek me-
nyuburkan jiwa, memberi kekuatan, dorongan dan rang-
sangan dalam membina keluarga. Dan turut juga memberi
kefahaman tentang falsafah dan tujuan rumahtangga. Me-
mahamkan betapa pentingnya rumahtangga sebagai tapak
pembinaan masyarakat dan negara, bahkah umat seluruhnya.
Sekaligus membawa melihat bahawa persoalan rumahtangga
bukan perkara kecil dan remeh. Kerana rumahtangga ada
hubung kait dengan keselamatan dan kesejahteraan masya-
rakat. Ada kaitan dengan nasib masa depan umat Islam, sama
ada secara sedar atau tidak, sama ada secara langsung atau
tidak secara langsung.

Penyusun
Shuib Sulaiman
ntara sebabnya adalah seperti

Menurut ajaran Islam, dalam urus-


an dan persoalan apa pun faktor
manusialah yang paling utama.
Manusia adalah asset, manusia ada-
lah pembuat dasar, manusia adalah
penentu, manusia adalah pelak-
sana, manusia adalah pentadbir,
manusia adalah pengurus dan lain-
lain.
Sesuatu sistem dan pelaksanaan
sangat bergantung kepada faktor
manusia. Baik buruknya, maju
mundur, positif negatif, kuat lemah,
sempurna kurang sesuatu sistem
dan pelaksanaan dalam mana-mana
institutsi, manusialah yang menjadi
faktor utama.
Apabila disebut manusia, di mana
SAYANGI KELUARGA ANDA

sifat positif yang diidamkankan oleh manusia semuanya


terbit dari hati yang takut dan cintakan Tuhan. Buku ini
memandu agar:
1. Membawa hati kenal Tuhan, merasai kehambaan dan
merasai bertuhan.
2. Benar-benar mengubah dan mencorak hati, nafsu dan
akal.
3. Terbinalah peribadi-peribadi yang memiliki segala sifat-
sifat dan sikap-sikap positif yang sangat diperlukan oleh
manusia.
4. Dari sifat-sifat dan sikap positif itu terhasil pula ber-
bagai-bagai faedah, manfaat, keuntungan dan kejayaan
kepada mana-mana institutsi, seperti institusi keluarga.
5. Tuhan datangkan bantuan, pertolongan dan rahmat-Nya
kepada mereka yang bertaqwa.
6. Mengetahui matlamat hidup yang jelas dan kaedah
mencapai matlamat itu.
7. Terjalin hubungan, atau ikatan hati, kasih sayang, lemah-
lembut, bertolak ansur, bersatu-padu, bertolong-bantu
sesama manusia, yang mana iemua ini sangat diperlu-
kan oleh semua manusia.
Kesimpulannya umat Islam perlu faham dan yakin bahawa
andainya Tuhan mahu manusia ini membangunkan tamadun
material semata-mata, nescaya cukup Tuhan utus ahli fikir dan
para intelektual. Tetapi oleh kerana Tuhan mahu manusia ini
membangunkan rohaniah, bahkan itu lebih utama maka Tuhan
utus para Rasul dan pemimpin yang berwatak Rasul. Apabila
roh manusia terpimpin barulah semua aspek lain dalam ke-
hidupan manusia menjadi baik dan bermanfaat.
pabila kita melihat dua pihak se-

berbunuhan. Yang sebenarnya kita se-


dang melihat mazmumah yang bersa-
rang di hati kedua-dua pihak itu, yang
dizahirkan melalui senjata.
Apabila kita dipaparkan berita ten-
tang perogolan, kita sebenarnya sedang
membaca berita mengenai manusia

Apabila kita melihat atau menge-


tahui mengenai manusia yang rakus
dan tamak haloba hingga sanggup me-
rompak, mencuri, menyamun, menipu,
rasuah, menyeleweng, salah guna kua-
sa, kita sebenarnya menyaksikan ma-
nusia yaag hatinya rakus dan tamak
SAYANGI KELUARGA ANDA

haloba, dikuasai nafsu dan sentiasa terdorong untuk membuat


maksiat dan kemungkaran.
Apabila kita mendengar dua orang atau dua pihak yang
sedang berkrisis, bermusuhan, bertelagah, bertengkar, saling
membenci, tuduh menuduh, caci maki, kata nista, sumpah
seranah, mengumpat, mengadu domba, mengutuk, kita
sebenarnya sedang melihat kedua-dua orang atau pihak itu
saling memuntahkan mazmumah dari hati masing-masing
melalui lidahnya.
Bolehlah dikiaskan kepada apa jua bentuk gejala negatif,
sikap buruk dan perbuatan keji dan mungkar lain yang se-
muanya berpunca dari hati.
Begitulah sebaliknya, segala sifat positif, mencintai ke-
baikan, banyak berbuat kebajikan dan berbakti, inginkan
kemajuan dan kemakmuran, idamkan kesejahteraan d a i ~ ke-
harmonian, semuanya datang dari hati yang subur sifat-sifat
mahmudah atau sifat-sifat terpuji dalam hati.
Tuhan perintahkan manusia supaya takut kepada-Nya.
Kerana apabila manusia takut kepada Tuhan, manusia menjadi
baik. Apabila manusia menjadi baik, bukan Tuhan yang un-
tung. Faedah dan manfaat dari kebaikan manusia itu kembali
kepada manusia sendiri. Kehidupan manusia menjadi aman
damai, tenteram dan harmoni.
Tuhan perintahkan manusia supaya cinta kepada-Nya. Ke-
rana apabila manusia mencintai Tuhan, manusia akan berkasih
sayang sesama sendiri. Apabila manusia berkasih sayang,
bukan Tuhan yang untung. Faedah dan manfaat dari manusia
yang berkasih sayang itu kembali kepada manusia sendiri.
Manusia akan bersatu-padu, bertolong-bantu, bela-membela
dan saling mengenang budi dan jasa antara satu sama lain.
Dunia hari ini bingung dalam menghadapi berbagai ma-
salal~dan krisis kemanusiaan. Golongan yang bermasalah
tidak tahu mengatasi dan menyelesaikan masalah dan tidak
MUQADDIMAH

tahu di mana tempat mengadu. Pihak yang berusaha meng-


atasi dan menyelesaikan masalah juga bingung kerana setelah
dicuba ternyata gagal. Masalah bukan saja tidak berkurangan
bahkan semakin merebak dan berkembang. Lebih meng-
hairankan berbagai gejala baru pula timbul.
Bukan sedikit tenaga, masa, biaya dan idea yang dicurah-
kan. Berbagai kajian turut dibuat, berbagai cara juga sudah
silih berganti dilaksanakan, namun tidak menampakkan hasil
yang diharapkan.
Mari kita mengambil iktibar dan pengajaran mengapa
Rasulullah SAW mengambil masa 13tahun memperjuangkan
Tuhan yang satu berbanding hanya 10 tahun memperjuangkan
syariat yang beribu. Sebabnya ialah agar manusia kenal Tuhan,
mengagungkan Tuhan, membesarkan dan mengutamakan
Tuhan. Merasai takut dan cinta kepada Tuhan. Agar menjadi-
kan Tuhan segala-galanya dan sekaligus sebagai matlamat.
Apabila ini dimiliki oleh manusia maka manusia akan menjadi
beriman dan bertaqwa yang natijahnya Tuhan tolong, Tuhan
bantu untuk kecemerlangan, kemenangan dan kejayaan dalam
apa jua aspek. Inilah ubat dan jawapan kepada segala per-
soalan manusia. Bahkan inilah faktor yang membawa kepada
kegemilangan umat terdahulu yang telah dipaparkan dalam
sejarah.
Di sini barulah disedari bahawa amat penting manusia cip-
taan Tuhan ini kembali kepada mengenal Tuhan, memahami
kerja Tuhan, memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan.
Kerana dengan cara ini sahaja sesuatu masalah dan krisis itu
dapat diatasi secara tuntas. Bukan setakat itu sahaja, bahkan
manusia akan lebih berjaya, cemerlang, bahagia, selamat dan
harmoni dalam segala aspek kehidupan. Lebih-lebih lagi
sejahtera di akhirat yang kekal abadi.
erkesanan fungsi rumah-
tangga dapat dilihat dan diukur
pada situasi masyarakat, kerana
rumah<angga adalah penentu dan pe-
nyumbang utamanya. Kalau ahli ru-
mahtangga itu bertaqwa, takut dan cin-
takan Tuhan, hidup aman damai, har-
moni dan bahagia, maka masyarakat
pun akan turut memiliki ciri-ciri terse-
but. Runtuhnya institusi keluarga, ber-
krisis, bergaduh, hilang kasih sayang,
roboh perpaduan, maka masyarakat
pun turut dilanda dengan berbagai
gejala sosial. Apabila rumahtangga
gagal berfungsi sebagai pusat pen-
didikan, sebagai pusat kasih sayang,
sebagai pusat pembinaan akhlak, gagal
sebagai tempat menyuburkan iman
dan taqwa, maka faktor-faktor lain
SAYANGJ K b l UARGA A N O A

hanyalah sebagai membantu menambahkan parahnya ma-


salah sosial.
Apabila disebut tentang keluarga atau rumahtangga, di
sana terdapat duafiXure paling utama iaitu suami dan isteri
atau bapa dan ibu. Manakala antara kedua-dua itu sudah
tentulah bapa atau suami yang menjadi faktor nombor satu.
Di tangan suami isteri atau bapa dan ibu itulah bagaimana
anak-anak itu bakal membesar dan menjadi anggota masya-
rakat. Ibarat pepatah Melayu, "bapa borek anak r i n t i k dan
"kalau guru (bapa)kencing berdiri, murid (anak-anak)kencing
berlari." Manakala Rasulullah SAW, manusia paling benar lagi
dibenarkan bersabda:
Maksudnya: "Anak-anak itu dilahirkan suci, ibu bapa-
lah yang menjadikan mcrcka itu Yahudi, Nasrani atau
~ a i u s i''.
Maksud direct dari kata-kata Rasulullah itu mudah di-
fahami. Iaitu anak-anak itu secara otomatik menjadi Yahudi,
Majusi dan Nasrani mengikut agama ibu bapa mereka. Namun
maksud yang indirect atau tersirat ialah buah didikan atau
kesan didikan oleh ibu bapa. Iaitu anak-anak tidaklah hingga
menganut agama lain seperti Yahudi, Majusi atau Nasrani,
namun sikap, perangai, tingkah laku, tabiat dan cara hidup
sudah mengikut jejak langkah Yahudi, Majusi atau Nasrani.
Bermula dari ibu bapa, sekiranya tersalah pilih calon suami
atau isteri, di situ bermulalah meletakkan tapak atau batu asas
atau benih yang bakal berkembang biaknya cabang-cabang
masalah. Apabila suami tidak menepati syarat-syarat serta ciri-
ciri suami yang sebenar, ianya amat memberi kesan kepada
orang yang terdekat, yang sudah tentulah isterinya sendiri.
Contohnya, cuba bayangkan bagaimana kalau suami yang pe-
marah, tidak bertanggungjawab, kasar, tiada kasih sayang, ego,
sombong, zalim, suka berfoya-foya, kaki judi, ketagih arak.
Tentulah implikasi yang paling berat akan ditanggung oleh
isteri. Apabila beranak pinak, akan melimpah pula kepada
anak-anak.
ASAS KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

Demikian juga sebaliknya kalau isteri yang ego, sombong,


meragam, abaikan rumahtangga, tidak memuliakan dan tidak
menghormati suami. Suami akan menanggung risiko teruta-
manya risiko perasaan. Apabila perasaan suami terganggu,
akan terjejas pula segala urusan kehidupan lainnya. "Tangan
yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia." Positif-
nya kalau isteri itu baik, maka bergoncang dunia dengan serba
serbi kebaikan. Bergoncang pula dunia dengan berbagai ke-
musnahan sekiranya isteri bertabiat buruk.
Di sinilah munasabahnya Islam menggariskan panduan
bagaimana memilih calon isteri atau suami. Bukan boleh
sebarangan pilih asalkan berkenan atau terasa syok atau
terselit berbagai kepentingan. Realitinya inilah yang berlaku
kepada umat Islam. Garis panduan itu tidak diambil kira. Garis
panduan itu tidak dilihat penting dan bernilai. Apabila ini
berlaku, maka nafsu dan syaitan yang berperanan. Tidak
hairanlah berlaku di mana rumahtangga baru setahun jagung,
belum'beranak, sudah ke pejabat kadhi untuk berbagai ma-
salah dan tuntutan. Perkahwinan berbelanja besar hingga
puluhan ribu, tersebar ke serata dunia, baru dua tahun sudah
bercerai. Ada yang bercinta hingga sanggup buang emak
buang saudara, baru memiliki dua orang anak, sudah tidak
boleh duduk bersama dan masing-masing kembali duduk
bersama keluarga sendiri, sudah tidak boleh bertemu macam
kucing dan anjing.
Bagi yang sudah mendirikan rumahtangga, tiada istilah
terlewat dalam kembali membetulkan keadaan. Masing-
masing kenalah insaf dan sedar tentang peranan masing-
masing. Kena berusaha gigih menambah ilmu yang berkaitan
rumahtangga serta kekeluargaan. Berusaha pula memenuhi
syarat-syarat serta ciri-ciri sebagai suami isteri menurut Islam.
Ingatlah bahawa kehidupan kita tidak berakhir dengan ke-
matian, kehidupan kits akan bersambung di alam barzakh d a i ~
seterusnya di ~ a h s ~ aMembina
r. rumahtangga bukan hanya
untuk satu dua hari, bahkan bukan hingga akhir hayat sahaja.
SAYANGI KELUARGA ANDA

Semua episod rumahtangga itu akan bersambung hingga


Mahsyar dan di hadapan Tuhan kelak.
Sebelum saya menghurai tajuk ini, saya mulakan tulisan
ini dengan beberapa pertanyaan terlebih dahulu. Dari per-
tanyaan-pertanyaan itulah setiap orang yang membaca tulisan
saya ini akan dapat memberi jawapan masing-masing dan dari
jawapan masing-masing itulah bertitik tolak rahsia yang
sebenarnya kebahagiaan suami isteri atau berlaku sebaliknya,
sama ada yang sudah berkeluarga mahupun yang belum atau
bakal berkeluarga insya-Allah. Di antara pertanyaan-perta-
nyaan yang saya ajukan adalah seperti berikut:
1. Mengapa saudara / saudari berkahwin atau ingin berkah-
win atau apa tujuan saudaralsaudari berkahwin?
2. Suami atau isteri, lelaki atau perempuan yang macam
mana yang telah dipilih atau akan dipilih?
a. Kerana kecantikannya atau rupanya? Kalau lelaki ke-
rana tampan atau segaknya?
b. Kerana kekayaannya?
c. Kerana keturunannya?
d. Kerana agama dan akhlaknya?

MENGAPA BERKAHWIN? MENGAPA I N G I N ISTERI


ATAU I N G I N K A N S U A M I ?
Ramai di kalangan umat Islam di akhir zaman, di zaman mo-
den dan sains teknologi canggih ini memberi jawapan kerana
ingin berseronok-seronok dan memuaskan nafsu. Kalau tidak
kahwin kita akan terasa sepi. Baiklah, kalau kerana itulah
setiap lelaki dan perempuan itu berkahwin, ertinya kita akan
atau telah menempuh jalan yang salah. Jalan yang menjatuh-
kan taraf kita sebagai manusia, jalan yang mana di awal niat
berkahwin lagi kita telah membuka pintu kehancuran rumah-
tangga sama ada kita sedar atau tidak. Kenapa dan mengapa?
Pertama: Kita ielah setarafkan diri kita sebagai haiwan ke-
rana haiwan berkelamin tidak ada tujuan lain selain kerana
ASAS KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

melepaskan nafsunya semata-mata, tidak ada tujuan-tujuan


selain seks itu.
Kedua: Kalau berkahwin dengan tujuan nafsu semata-
mata, ini amat merbahaya kerana sekiranya kemahuan kita
sudah tidak ada lagi dengan isteri kita atau suami kita di-
sebabkan kita sakit, atau isteri kita sakit, atau setelah isteri
sudah tua, atau setelah kecantikannya sudah pudar, di waktu
itu tarikannya sudah tidak ada lagi untuk perhubungan ke-
lamin, mungkin kita ceraikan dia atau isteri minta cerai atau
kalaupun tidak bercerai kerana memandangkan anak-anak
sudah ada, tidak mahu berpisah dengan anak-anak, di waktu
itu kemesraan sudah tidak ada lagi. Perhubungan suami isteri
sudah tentu renggang. Masing-masing mudah buat kerenah,
mudah tersinggung, mudah benci, mudah marah-marah,
maka berlakulah krisis rumahtangga tidak berkesudahan.
Kemudian ia akan memberi kesan kepada saikologi anak-anak.
Oleh itu berkahwin dengan tujuan hiburan seks semata-mata
tidak .akan dapat membangunkan keluarga yang bahagia
lebih-lebih lagi masyarakat yang bahagia.

PEREMPUAN ATAU LELAKI M A C A M M A N A PlLlHAN


KlTA?
Dalam memilih jodoh sama ada lelaki atau perempuan, ber-
lakulah pemilihan itu dari berbagai-bagai sudut dan aspek.
1. Ada orang memilih kerana kecantikan, itu kalau lelaki.
Kalau perempuan kerana kesegakan dan tampannya se-
orang lelaki. Kalau itulah menjadi target, ia amat merba-
haya. Kalau tidak berlaku jangka pendek mungkin akan
berlaku jangka panjang. Kerana kalau seseorang perem-
puan itu sudah tidak cantik lagi dan suami sudah tidak
kacak, mungkin disebabkan selalu sakit, atau kerana kerja
teruk atau berat, sudah menghilangkan kecantikan atau
kekacakannya, afau setelah berumur sudah tentu hilang
kecantikan, di waktu itu tarikan sudah tidak ada lagi untuk
SAYANGI KELUARGA ANDA

hubunan kelamin sebab berahi berkelamin sudah lemah,


lebih-lebih lagi pula di luar di tempat kerja pergaulan kita
bebas pula, rangsangan kepada perempuan atau lelaki di
luar lebih daripada isteri atau suami kita, di waktu itu
mudah sahaja bergaduh atau bercerai atau kalau tidak
bercerai pun oleh kerana anak sudah banyak kerana tidak
mahu berpisah dengan anak-anak, perhubungan sudah
tidak indah lagi, kerenggangan berlaku. Marah-marah pun
mudah berlaku. Singgung-menyinggung pun terjadi.
Mudah sahaja benci-membenci. Kalau begitu di manalah
indahnya berkeluarga di waktu itu dan ini juga sangat
memberi tekanan saikologi kepada anak-anak. Anak-anak
akan menjadi mangsa, mungkin mereka menjadi liar,
renggang dengan ibu bapa, benci duduk di rumah, suka
mencari hiburan di luar rumah, maka mudahlah terjebak
dan terlibat dengan dadah, rokok, arak, bohsia, bohjan,
melepak, mungkin terlibat dengan zina dan berbagai-bagai
jenayah kerana berpunca daripada rumahtangga yang
tidak bahagia dan tidak harmoni.
2. Ada orang memilih jodoh sama ada lelaki atau perempuan
kerana kekayaannya. Kaya kerana gaji besar, atau ketu-
runan orang kaya, tidak kiralah cara mana, ini juga amat
merbahaya.
Pertama: Kerana mana tahu dengan takdir Allah Taala,
si isteri itu dibuang kerja, atau kekayaan yang ada itu habis.
Begitu juga suami jatuh miskin dengan berbagai-bagai
sebab boleh berlaku, di waktu itu sudah tentu akan berlaku
kerenggangan di antara suami isteri. Mulalah tidak senang
antara satu sama lain, benci-membenci pun boleh berlaku,
masam-masam muka pun terjadi, pergaduhan dan krisis
rumahtangga pun terjadi, pintu terbuka untuk bercerai pun
berlaku atau kalau tidak bercerai pun kerana tidak mahu
berpisah dengan anak-anak atau kerana hendak menjaga
status diri. Tapi apalah ertinya lagi rumahtangga yang
sentiasa bergoiak dan bergelora macam air laut yang sen-
tiasa bergelombang. Yang akan lemas adalah anak-anak
ASAS KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

yang tidak berdosa, anak-anak juga akan terjadi seperti


yang kita ceritakan di atas.
Kedua: Biasanya seorang lelaki berkahwin dengan pe-
rempuan kerana kekayaannya, begitu jugalah sebaliknya
perempuan menerima seorang lelaki sebagai suami; kalau
perempuan, selalunya dia tidak begitu hormat dengan
suaminya, kerana dia merasakan bahawa suaminya dialah
yang menanggung. Atau kalau dia tidak menanggung pun,
dia merasakan boleh berdikari tanpa pemberian suami.
Ada suami atau tiada suamikah, dia boleh hidup sendiri
kerana ada memiliki kekayaan. Dengan sebab itu lama-
kelamaan taat dan setianya kepada suami akan berku-
rangan. Bahkan kalau suami itu bersandar hidup dengan
isteri, isteri biasanya memperhambakan suaminya sesuka
hati. Dia arah ke sana, arah ke sini, suruh itu, suruh ini,
dia akan kontrol suami sesuka hati (queen control).Akhir-
nya wibawa suami tercabar, kuasa suami sudah tiada lagi,
bahkan takut kepada bini atau pak mentua atau mak men-
tua. Biasa orang kaya, selalunya isteri itu selalu dibacking
oleh ibu dan ayahnya. Ada kalanya isteri berani meneng-
king dan mengherdik suaminya. Apakah hidup begini
suami boleh tahan selama-lamanya. Apakah suami sang-
gup dayus sepanjang masa? Apakah hidup begini suami
boleh merasa bahagia? Kalaupun tidak bercerai, saya rasa
hidup berkeluarga begini sudah tentu tidak ada makna
apa-apa, tidak ada kemerdekaan, sedangkan rasa ke-
merdekaan itu satu nikmat dan menjadi cita-cita hidup
setiap orang.
3. Ada orang berkahwin kerana keturunan seperti keturunan
orang-orang yang bangsawan, umpamanya keturunan
raja, keturunan Datuk-Datuk atau keturunan orang-orang
besar. Kalaulah perkahwinan itu atas dasar itu sahaja yang
tidak ada bersangkutan dengan agamanya, ini amat
merbahaya lebih-lebih lagi kalau keturunan bangsawan
itu adalah isteri. D; waktu-waktu berselisih faham dia akan
menyebut-nyebut keturunannya dan dia akan menghina
SAYANGI KELUARGA ANDA

keturunan suami. Atau biasa orang berketurunan bang-


sawan itu kalau tidak ada agama, dia sombong dengan
suami, atau keluarganya memandang rendah terhadap
suami hingga suami akan terasa terhina atau inferiority
complex. Di sini boleh mencacatkan kebahagiaan dan
keharmonian suami di dalam rumahtangga.
4. Berkahwin kerana agamanya. Seorang berkahwin sama
ada lelaki atau perempuan kerana agamanya, itulah yang
tepat. Itulah yang dituntut oleh syariat.
Ia adalah dipuji oleh Allah dan Rasul kerana berkahwin
di atas dasar agama itu, sama ada dia cantik atau tidak,
kaya atau miskin, bangsawan atau orang biasa, masing-
masing tetap merendah diri, berakhlak mulia, suami kasih
dengan isteri, isteri menghormati suami, suami memberi
tanggungjawab terhadap isteri, isteri juga memberi tang-
gungjawab kepada suami. Akan berlaku tolak ansur, isteri
mengutamakan suami, suami bertimbang rasa dengan
isteri, ada kerjasama, masing-masing berlumba-lumba
hendak khidmat-mengkhidmati satu sama lain, maaf-
bermaafan, isteri memandang hormat dengan suaminya,
suami sentiasa belas kasihan dengan isteri, kedua-dua
keluarga dihormati, Allah Taala sentiasa dibesarkan mela-
lui ibadah yang berbagai jenisnya. Perjalanan hidup Rasul
dijadikan tradisi kehidupan mereka. Allah, Rasul, Syurga,
Neraka, dosa, pahala, menjadi bualan. Walaupun berusaha
mencari kekayaan dunia namun ia dipandang kecil, bukan
menjadi matlamat, bukan menjadi perbualan. Akhirnya
dunia selamat, Akhirat selamat. Wujudlah kebahagiaan
dan keharmonian di dalam rumahtangga.
Oleh sebab itulah daripada empat pilihan itu, iaitu kecan-
tikan, harta, keturunan dan agama, pilihlah kerana agamanya.
Ia sangat menyelamatkan dunia dan Akhirat kita. Tapi kalau
boleh dapat keernpat-empat sekali maka bertambah cantik dan
indahnya k e h i d ~ i ~ berumahtangga
an itu. Ia bertambah ceria
dan berseri tapi payah hendak dicari.
bila manusia berpaling daripa-
da peringatan Tuhan, melupai
Tuhan, mengabaikan dan meminggir-
kan Tuhan, tidak memperdulikan
ajaran Tuhan, maka Tuhan timpakan
berbagai kesulitan, kesusahan dan
kesengsaraan. Sama ada penderitaan
yang bersifat lahiriah, mahupun lebih-
lebih lagi yang bersifat maknawiyah
atau yang mencengkam perasaan. Bah-
kan penyeksaan dalaman ini lebih dah-
syat, boleh sampai kepada kemuncak
kekecewaan dan putus asa hingga
sanggup membunuh diri.
Dan telah terbukti juga apabila ma-
nusia kembali kepada Tuhan, kembali
merasai ljertuhan dan memiliki rasa
SAYANGI KELUARGA ANDA

kehambaan, kembali mengambil berat terhadap peringatan


dan ancaman Tuhan, maka respons dari Tuhan amat cepat.
Tuhan turunkan rahmat-Nya, lantas dalam tempoh yang sing-
kat, perasaan menjadi tenang, tenteram, mencintai kebaikan,
berkasih sayang dan berbagai sifat serta sikap positif.
Inilah yang dimaksudkan oleh Tuhan dalam firman-Nya:
Maksudnya: "Barangsiapa berpaling daripada per-
ingatan-Ku, nescaya mendapati kehidupannya sempit. "
Sempit dalam berbagai bentuk dan pengertian. Sempit
dadanya dengan resah gelisah, kecewa dan putus asa. Hilang
sabar dan mudah marah. Buntu akal, kusut fikiran, tidak dapat
melihat jalan penyelesaian. Tertutup jalan keluar kepada apa
juga masalah yang timbul, termasuk tidak dapat mengatasi
krisis dalam rumahtangga dan masalah gejala sosial.
Di sinilah betapa penting dan perlunya memahami dengan
secara meluas dan mendalam apa yang disabdakan oleh Ra-
sulullal~SAW dalam sebuah Hadis Qudsi:
Maksudnya: "Apabila hamba itu datang kepada-Ku
secara merangkak (perlahan), Aku akan mendekatinya
secara berjalan. Apabila hamba itu datang kepada-Ku
secara berjalan, Aku akan mendatanginya secara berlari.
Apabila hamba itu mendatangi-Ku sejengkal (sedikit),
Aku akan mendatanginya sehasta. Apabila hamba itu
mendatangi-Ku sehasta, Aku mendatanginya sedepa."
Biarpun amat banyak kes-kes gejala sosial lain yang telah
ditemui dan dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat,
di sini hanya disenaraikan beberapa contoh kes sahaja. Banyak
lagi kes-kes gejala sosial lain yang dapat diatasi, namun dalam
buku ini dipaparkan kes-kes contoh yang difokuskan kepada
rumahtangga sahaja.
SAYANGI KELUARGA ANDA

a. Percakapan seperti marah-marah. tuduh menuduh, bahasa


kasar dan kesat, sindir menyindir, tengking menengking,
semuanya adalah manifestasi dari sifat-sifat dalaman (hati)
yang tidak kelihatan.Jelmaandari hati yang jahat (mazmu-
mah) itu yang dilihat dalam bentuk yang dapat dilihat itu.
Hakikatnya kita sedang melihat dua keping hati yang
sama-sama jahat dan berpenyakit (mazmumah), yang
hanya dapat diatasi dengan pembersihan hati dengan takut
dan cintakan Tuhan.
b. Selepas bercerai, apa yang mereka berdua bakal lakukan?
Mungkin suami akan kahwin lain dan mungkin isteri juga
akan berkahwin lain. Apa jaminan pasangan yang bakal
dikahwini akan lebih baik? Bagaimana andainya berulang
keadaan yang sama? Apakah akan mengambil jalan keluar
yang serupa? Dan selepas itu bercerai lagi?
Kita mesti bawa Tuhan bersama dalam hidup ini. Kena
rasakan bahawa Tuhan yang telah tentukan jodoh. Terima-
lah hakikat bahawa sama ada suami atau isteri, tetap ada
kebaikan dan kelebihan serta memiliki keburukan dan
kekurangan. Terimalah itu semua untuk dikongsi menga-
tasinya.
c. Mesti kenal Tuhan dengan hati. Punca kejahatan manusia
ialah kerana tidak takut kepada Tuhan. Takutkan Tuhan
menjadikan manusia (suami dan isteri) sabar dan bertang-
gungjawab. Sabar dan bertanggungjawab hanya berlaku
apabila takutkan Tuhan. Tanpa rasa bertuhan dan rasa
kehambaan, sifat-sifat baik dan positif itu tiada tempat san-
daran atau tunjang tempat bertaut.
d. Mesti faham kerja Tuhan. Setiap apa yang Tuhan cipta atau
apa sahaja peristiwa dan kejadian semuanya tidak sia-sia,
ada hikmah, iktibar, pengajaran dan didikan dari Tuhan.
Oleh itu apabila perangai, tabiat, sikap, tingkah laku suami
atau isteri atau kedua-duanya berubah, ianya merupakan
isyarat dari Tuhan bahawa mereka cuai dengan Tuhan,
KES CONTOH

mengabaikan Tuhan, meminggirkan Tuhan, lantas Tuhan


datangkan 'isyarat panggilan' agar berpalinglah kepada
Tuhan. Masing-masing kena bertaubat dan bersungguh-
sungguh membaiki diri. Apabila sama-sama sudah ber-
paling menyahut 'panggilan' Tuhan, maka Tuhan turunkan
rahmat-Nya. Tanda rahmat Tuhan ke atas manusia ialah
tenang, damai, berkasih sayang, lemah lembut dan ber-
toleransi.
Kini rumahtangga mereka kembali bahagia seperti yang
diidam-idamkan.
Cubd Membunuh Diri

bergaji besar dan serba berada


ini bergocang rumahtangga me-
reka selepas memperolehi anak kedua.
Kemuncaknya isteri telah menelan pi1
tidur dengan niat membunuh diri.
Menurut pendapat doktor, jumlah pi1
tidur yang diambil memang boleh
membawa maut. Kekecewaan isteri itu
hingga mempertikaikan apakah Tuhan
ada atau tidak. Kalau Tuhan ada, me-
ngapa Tuhan biarkan rumahtangganya
hancur berkecai. Kalau Tuhan ada, me-
ngapa tidak selamatkan rumahtangga-
nya yang amat disayanginya.
Kes ini selesai dalam masa tiga jam.
Isi penyelesaiannya seperti berikut:
a. Bukti adanya Tuhan ialah siisteri
sendiri tidak mati seperti yang di-
KES CONTOH

harapkan. Tuhan menzahirkan kuasa-Nya dengan tidak


mematikan diri siisteri itu, dan secara tidak langsung
memahamkannya bahawa Tuhan yang menentukan
segala-galanya.
b. Mengajak berfikir dan merasakan bertuhan:
i. Tuhan menjadikan manusia dengan penuh keajaiban,
Maha Baiknya Tuhan dan terima kasih kepada-Nya.
ii. Tuhan jadikan seluruh alam semesta, Maha Suci Tuhan,
tiada suatu pun yang Tuhan ambil manfaat atau Tuhan
pakai sendiri, melainkan semuanya untuk dimanfaatkan
dan dinikmati oleh manusia sendiri.
iii. Selain kehidupan sementara yang sangat singkat ini,
terdapat kehidupan yang kekal abadi. Di sana hanya
ada dua tempat berakhir. Tidak berbaloi dengan kehi-
dupan yang singkat ini sanggup derhaka dengan Tuhan
hingga terhumban ke Neraka. Tidak berbaloi juga hanya
inginkan nikmat yang singkat hingga terlepas nikmat
yang tiada bandingan yang kekal (Syurga).
iv. Sepatutnya sama-sama mencari dan mengumpulkan
kebaikan melalui rumahtangga. Tiada ertinya rumah-
tangga yang dibina yang sangat disayangi itu kalau
hanya berakhir di dunia ini. Sepatutnya mesti dibina
hingga bersambung di Akhirat kelak.
c. Dalam menyelami hidup ini, kita kena terima hakikat ba-
hawa Tuhan Maha Mentadbir, mengatur, menyusun, me-
mimpin, memerintah yang semuanya penuh hikmah,
iktibar, pengajaran dan pendidikan.
i. Banyak perkara yang kita mahu, kita usaha lalu mem-
perolehinya, berjaya. Tuhan yang beri - bersyukurlah.
ii. Banyak perkara yagn kita mahu, kita berusaha menda-
patkannya, tapi gagal. Tuhan yang mentakdirkannya.
Bersabarlah, ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya
untuk merasakan kehambaan dan ingatkan dosa.
SAYANGI KELUARGA ANDA

iii. Banyak perkara yang kita mahu, kita berusaha memi-


likinya atau mencapainya, tapi dapat benda lain. Tuhan
yang menentukannya, redhalah.
iv. Banyak perkara yang kita tidak mahu, kita berusaha
untuk menolak atau menghindarinya, dan kita berjaya.
Tuhan yang anugerahkannya.
v. Banyak perkara yang kita benci atau tidak mahu, kita
berusaha menolaknya, tapi terjadi juga. Tuhan yang tak-
dirkan. Sekurang-kurangnya kita dapat melihat betapa
Tuhan memiliki kuasa mutlak.
vi. Banyak perkara, peristiwa dan kejadian yang tidak ter-
fikir atau tidak terlintas. Itu yang berlaku. Rasakan
betapa kerdilnya diri kita di sisi Tuhan.
Setelah dapat menerima semua perkara di atas, kehidupan
menjadi amat tenang. Jiwa menjadi tenteram. Hubungan sua-
mi i.steri bertambah erat. Cinta antara kedua-duanya menjadi
cinta suci kerana Tuhan. Suami amat bertanggungjawab
manakala isteri memberi ketaatan.
Berkrisis ~fTdhun

w uami, En. Alwi, berusia 54 ta-


hun manakala isteri Puan Zawiyah,
51 tahun. &ma-sama berjawatan
pengarah. Hanya berlaku krisis yang
ringan-ringan. Tidak sepakat dalam ke-
putusan. Tidak pula sampai berbantah-
an secara kasar, namun amat meresah-
kan jiwa, mengkusutkan fikian dan
merusuhkan perasaan. Sesekali meng-
ganggu tugas atau kerja pejabat. Sua-
sana rumahtangga muram atau tidak
ceria. Keadaan begitu sudah lama ber-
laku. Semakin berusia bukan semakin
surut, tetapi hati semakin amat sensitif
dan mudah tersentuh atau mudah tera-
sa, terutama di pihak isteri.
Kes ini selesai dalam tempoh hanya
20 minit sahaja. Isi penyelesaian adalah
s e ~ e r tbefikut:
i
SAYANGI KELUARGA ANDA

a. Manusia dengan masalah sama seperti manusia dengan


anggota zahir. Tiada siapa yang meminta kejadian rupa
kita ini seperti yang kita ada. Ertinya bukan kita yang
mahu. Tapi kita boleh terima seadanya.
Tidak ada manusia yang meminta masalah, namun tiada
pula manusia yang dapat lepas dari masalah. Manusia
hanya perlu menghindari dan jangan mencetuskan ma-
salah. Bukan semua masalah perlu diselesaikan, oleh itu
manusia dengan masalah sangat ditentukan oleh saiz
jiwanya. Seseorang yang berjiwa lemah atau berjiwa kerdil,
maka satu masalah dirasai seperti seratus masalah. Maka
hidupnya keluh kesah, menderita, kecewa, rusuh, kusut,
hilang bahagia, murung, muram dan tidak ceria.
Orang yang berjiwa besar, kuat jiwanya, seratus masalah
dirasakannya bagaikan tiada apa-apa masalah dalam hi-
dupnya. Bahkan semua cabaran itu dirasakannya sebagai
suatu keuntungan, maka hidupnya tenang, bahagia, sejah-
tera, ceria dan sentiasa gembira.
b. Lemah dan kuatnya jiwa seseorang itu sangat bergantung
kepada faktor lemah dan kuat hubungan hatinya dengan
Tuhan. Bahkan yang paling kuat jiwanya apabila cita-cita
hidupnya ialah untuk memperjuangkan Tuhan. Orang
yang hidupnya untuk Tuhan, setiap masalah itu dilihat
kepada keuntungannya, antaranya:
i. Apabila berdosa, Tuhan datangkan masalah. Masalah
itu mungkin sahaja datang dari berbagai sumber yang
tidak disangka, antaranya dari isteri, dari suami, dari
anak, dari kawan dan sebagainya.
ii. Sekaligus melalui masalah itu, Tuhan hapuskan dosa.
iii. Untuk mendatangkan rasa kehambaan, bahawa diri
serba lemah dan dhaif.
iv Untuk mendatangkan rasa bertuhan, betapa hebat,
agung, berkuasa dan Tuhan adalah segala-galanya.
KES CONTOH

v. Untuk sentiasa muhasabah diri, membaiki diri, merintih


kepada Tuhan, maka hati semakin jinak dan semakin
dekat dengan Tuhan.
vi. Dalam menghadapi hidup ini, perlukan akal yang
sentiasa berfikir dan hidup. Dengan masalah, akal tidak
berhenti mencari jalan penyelesaian dan mengatasi
masalah. Maka akal sentiasa terasuh dan terdidik untuk
berfikir.
vii. Dalam konteks rumahtangga, suami isteri semakin
akrab kerana senasib, berkongsi masalah dan berkongsi
mencari jalan penyelesaian - perkongsian maknawiyah.
viii. Mana yang kita pilih, antara kita menjadi manusia ber-
iman dan bertaqwa yang ditimpa masalah, yang mana
dari masalah itu terkandung seribu satu nikmat dan
rahmat; atau kita pilih menjadi manusia kufur yang juga
tidak dapat lepas dari ditimpa masalah dan musibah,
yang mana di atas kekufuran itu terkandung seribu satu
laknat dan kemurkaan Tuhan. Sudah tentulah kita pilih
menjadi manusia beriman dan bertaqwa. Kalau begitu
mengapa kita memperbesarkan sedikit ujian dari Tuhan
yang datang sekali sekala berbanding nikmat dan rah-
mat-Nya yang tidak sedetik pun terputus dari kita. Ma-
ka penuhilah ciri-ciri orang beriman dan bertaqwa,
nescaya Tuhan beri jalan keluar dari sebarang masalah.
KembdIi ke Rumdh

an Othman dan Hawa 13 orang


anak. Kehidupan keluarga seder-
hana ini mula dilanda keresahan kerana
dua orang anak mereka melarikan diri
dari rumah. Mokhtar, 13tahun, dan Ali,
11tahun, tidak pulang ke rumah sudah
lebih setahun.
Harus juga diakui bahawa hidup di
bandar besar seperti Seremban me-
mang mencabar. Serba serbi memer-
lukan duit, seperti ungkapan yang biasa
diluahkan oleh penduduk bandar,
"Nak buang air kecil pun kena bayar
30 sen. Kalau silap buang sampah pula
bole11 melayang RM500 untuk bayar
denda." Cabaran kehidupan di bandar
membuatkan isteri Othman terpaksa
turutbekerja. Ini membuatkan sebaha-
KES CONTOH

gian masa untuk anak-anak perlu dikorbankan. Peluang dan


ruang untuk bersama anak-anak semakin terbatas.
Apa yang menghairankan, Mokhtar dan Ali meninggalkan
rumah tanpa sebarang pesanan dan tanpa adanya tanda atau
isyarat awal, umpamanya krisis atau kurang duit atau kena
marah. Sudah berbagai usaha dilakukan untuk mengesan di
mana mereka berada. Semua keluarga dan kenalan sudah
dimaklumkan termasuk menggunakan khidmat bomoh.
Mengapa tidak menggunakan khidmat akhbar atau la-
porkan kepada pihak polis? Bukankah rugi dan mensia-siakan
umur kerana dua beradik itu meninggalkan bangku sekolah?
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Pasangan Othman dan Hawa lebih-lebih lagi menanggung de-
rita di atas kehilangan dua anak mereka. Namun tetap mem-
pertahankan keputusan tidak mahu melaporkan kepada polis
dan tidak mahu menggunakan khidmat media. Alasannya
ialah untuk menjaga maruah Othman selaku pemimpin ma-
syarakat setempat, imam dan sekali sekala memberi syarahan
agama. Dengan status sosial yang dimilikinya itu walaupun
tidak tinggi, sudah cukup merasa aib andainya masyarakat
tahu bahawa anaknya lari. Masyarakat pula lazimnya akan
menokok tambah dengan cerita rekaan yang dicampur dengan
berbagai prasangka negatif.
Panduan yang disarankan kepada suami isteri itu antara-
nya dinyatakan di bawah ini. Panduan-panduan ini adalah
memang diperlukan bagi setiap hamba untuk meningkatkan
rasa bertuhan dan rasa kehambaan. Panduan-panduan ini
perlu diamalkan bukan kerana hendak mencari anak lari, atau
juga bukan kerana lain-lain habuan duniawi, atau bukan ketika
menghadapi musibah dan kesusahan. Ianya untuk mende-
katkan diri kepada Allah SWT.
Menjadi orang bertaqwa itulah yang lebih utama dalam
apa keadaan sekalipun. Kalau pun tiada sebarang masalah,
sifat-sifat taqwa itu tetap menjadi tuntutan utama dalam
SAYANGI KELUARGA ANDA

kehidupan manusia. Ini juga adalah sebagai iktibar, didikan


dan hikmah di sebalik kehilangan anak Encik Othman dan
Puan Hawa ini. Bertitik tolak dari kesedaran agar Tuhan
kembalikan anak-anak, mereka memperoleh sebahagian pan-
duan untuk menjadi orang bertaqwa.
Panduan-panduan yang diberikan ini melengkapi usaha-
usaha lahir yang masih diteruskan.
1. Hendaklah sentiasa berbaik sangka terhadap Tuhan serta
menyakini bahawa di sebalik peristiwa yang menimpa itu
pasti terdapat didikan, pengajaran, iktibar dan hikmah.
Ada maksud baik dari Tuhan biar pun tidak difahami.
2. Perbanyakan taubat terutamanya menghitung-hitung dosa
yang lepas, terutamanya dosa dan kezaliman terhadap ma-
nusia lain. Mana tahu mungkin ada kezaliman terhadap
manusia lain walau pun kecil, Tuhan pandang besar, maka
Tuhan datangkan kifarahnya. Kezaliman terhadap manu-
sia lain itu terutama terhadap kedua-dua ibu bapa dan
guru. Oleh itu perlu sangat kedua suami isteri ini memo-
hon maaf kepada sesiapa jua yang pernah dizaliminya.
3. Setiap dosa memang dituntut untuk segera bertaubat dan
diiringi dengan perbuatan atau amalan menebus dosa.
Amalan menebus dosa ini di antaranya berkhidmat kepada
ibu bapa untuk tempoh tertentu. Zikir, selawat dan mem-
baca Al-Quran dengan ditentukan jumlahnya serta ditetap-
kan jangka masa. Yang paling baik ialah membanyakkan
sedekah. Di samping dapat menghiburkan manusia, sede-
kah juga lebih tajam (mustajab) berbanding dengan doa.
Maka setiap kali bersedekah, niatkan agar Tuhan kembali-
kan anak mereka yang hilang itu ke pangkuan keluarga.
4. Istiqamah bangun malam untuk solat tahajjud, solat hajat,
merintih, merayu, bermunajat kepada Tuhan. Memohon
agar Tuhan ampunkan dosa serta bersihkan hati dari sifat-
sifat mazmumah.
Encik Othman dan Puan Hawa berbuat menurut panduan-
KES CONTOH

panduan yang disarankan. Usaha menjejaki anak-anak yang


lari itu tetap diteruskan. Hanya satu sahaja dari panduan-pan-
duan tersebut yang mereka belum lakukan iaitu memohon
maaf daripada guru. Mereka merasa sukar untuk melakukan-
nya atas dua alasan iaitu tidak tahu apa kesalahan dan kalau
tahu pun tentulah sukar pula untuk menyatakan kesalahan.
Dalam soal kesalahan kepada manusia lain, Encik Othman
dan Puan Hawa sama saja dengan kefahaman dan tanggapan
umumnya manusia. Kefahaman dan tanggapan yang salah
iaitu apabila hanya melihat kesalahan di sudut lahiriah sahaja.
Sedangkan kesalahan batiniah iaitu sifat-sifat mazmumah jauh
lebih banyak dan lebih besar implikasinya. Dosa-dosa lahir
mudah dihitung kerana sifatnya yang nyata dan dapat dilihat.
Manakala dosa-dosa mazmumah sifatnya tersembunyi, tidak
dapat dihitung satu persatu. Kalau dosa mazmumah itu
dihimpunkan semenjak baligh, mungkin sudah tidak terkira
lagi banyaknya.
Akhirnya Encik Othman dan Puan Hawa akur tentang dosa
mazmumah ini. Mungkin sifat buruk sangka, mungkin mem-
pertikaikan keputusan guru, mungkin meragui akan kebe-
naran dan ilmu yang diberikan, mungkin iri hati terhadap
murid yang kelihatan lebih disayangi oleh gurunya. Mereka
akhirnya mengakui memang terdapat dosa mazmumah ter-
hadap guru mereka.
Atas dorongan takutkan Tuhan kerana memiliki mazmu-
mah sekaligus untuk membersihkannya,juga dengan harapan
agar Tuhan gerakkan hati anak-anak mereka supaya pulang,
mereka tekad untuk menghadap guru mereka untuk me-
mohon maaf.
Di sinilah terbukti betapa perlu kenal Tuhan serta faham
kerja Tuhan. Betapa perlunya dalam setiap aspek kehidupan
bersandar kepada Tuhan, tidak meminggir dan mengabaikan
Tuhan. Kerja Tuhan sentiasa aneh, ajaib dan di luar lojik, sen-
tiasa berlaku tidak seperti yang aka1 manusia fikirkan.
SAYANGI KELUARGA ANDA

Selang dua hari sahaja selepas suami isteri ini memohon


maaf kepada gurunya, mereka dikejutkan oleh panggilan te-
lefon dari sebuah hospital di Kuala Lumpur. Pihak berkenaan
di hospital tersebut memaklumkan bahawa dua orang anak
mereka ingin menemui mereka. Hari itu juga mereka bergegas
ke Kuala Lumpur. Alangkah gembira bercampur sedih apabila
mereka menemui anak-anak mereka di wad hospital. Gembira
kerana Tuhan kembalikan anak-anak ke pangkuan keluarga.
Sedih kerana anak-anak mereka dalam keadaan kurang sihat.
Lebih-lebih lagi sedih kerana anak-anak mereka lari lantaran
selama ini mereka terlalu lalai dengan Tuhan, bahkan dalam
kebanyakan masa sudah tidak lagi ada hubung kait dengan
Tuhan. Dunia hanya semata-mata duniawi yang tidak lagi
menjadi ibadah, jauh sekali daripada menambah sifat taqwa.
Selama ini 'lari'nya hati mereka dari Tuhan dan juga dari guru
mereka, Tuhan jadikan anak mereka benar-benar lari dari
rumah. Tuhan kembalikan anak-anak mereka setelah hati
mereka 'jinak' dengan Tuhan dan membaiki hubungan hati
dengan guru mereka.
ncik Salam dan Puan Rokiah me-
miliki empat orang anak berusia
antara 9 dan 17 tahun. Kes ini
hampir sama dengan kes ke-4. Bezanya
ialah anak-anak pasangan Encik Salam
dan Puan Rokiah ini tidak lari me-
ninggalkan rumah. Anak-anak mereka
sebaliknya semakin liar. Dewasa ini soal
anak liar sudah kurang menjadi isu
bukan kerana gejala sosial ini sudah
susut. Tetapi tidak menjadi isu itu ke-
rana sudah muak dengan isu yang
sama tanpa penyelesaian yang konkrit.
Encik Salam dan Puan Rokiah tetap
memandang serius terhadap masalah
anak-anak mereka. Antara sebabnya
ialah mereka sangat prihatin terhadap
gejala sosial. Mereka juga faham ten-
tang tanggungjawab di sisi Tuhan
SAYANGI KELUARGA ANDA

terhadap anak-anak. Selain itu, mereka adalah keluarga


berada, intelek serta sangat menaruh harapan agar anak-anak
mereka berjaya di dunia dan akhirat. Encik Salam yang
berjawatan tinggi di sebuah kementerian sangat merasa malu
dengan sikap anak-anak. Sekurang-kurangnya rasa malu
Encik Salam itu membuatkan dia sering bersikap tegas dan
keras. Lantaran rasa malu Encik Salam itu, biarpun hanyalah
rasa malu fitrah dan bukan benar-benar rasa malu dari cabang
keimanan, dia sanggup berbuat apa saja demi untuk men-
jadikan anak-anaknya kembali jinak.
Antara usaha yang dibuat oleh Encik Salam dan Puan
Rokiah ialah menghantar anak-anak mengikuti berbagai
program motivasi. Cara ini adalah tambahan kepada program
yang sedia ada iaitu menyediakan guru mengajar membaca
Al-Quran di rumah. Apa yang amat menghairankan mereka
suami isteri ialah anak-anak mereka semakin degil, tidak taat,
tidak mahu mendengar nasihat, suka menipu, melepak dan
berhibur keterlaluan. Pelajaran mereka semakin merosot
terutamanya yang berusia belasan tahun.
Didikan agama yang diberikan termasuk juga kursus-
kursus motivasi yang disertai oleh anak-anak mereka seolah-
olah tidak berkesan membentuk akhlak mulia. Lazimnya anak-
anak pegawai tinggi tidak bersikap demikian. Keadaan yang
sudah di tahap kronik itu menjadi semakin buntu bila mana
hubungan antara mereka dengan anak-anak semakin merosot.
Encik Salam sendiri mengakui bahawa dia sering marah-
marah terhadap sikap anak-anak mereka itu. Dia sendiri tahu
bahawa kesabaran dan kasih sayang amat penting dalam
rumahtangga terutamanya dalam mendidik anak-anak. Na-
mun Encik Salam mengakui bahawa memang dia gaga1untuk
bersabar dan berlemah lembut. Puan Rokiah sering meng-
ingatkan Encik Salam tentang kesabaran dan berlemah lembut
namun ingatan l%an Rokiah itu tidak menjadi ubat untuk
menyejukkan hati Encik Salam.
KES CONTOH

P A N D U A N Y A N G DlBERlKAN KEPADA ENClK SALAM


D A N PUAN ROKIAH

PERTAMA: Mereka berdua selaku ibu bapa mesti benar-benar


rasa bertanggungjawab terhadap amanah yang Tuhan serah-
kan kepada mereka iaitu diri sendiri dan anak-anak. Mereka
sebagai faktor penentu kepada nasib masa depan anak-anak
terutamanya di Akhirat kelak, maka merekalah yang terlebil~
dahulu perlu mengubah sikap. Peribahasa Melayu mengata-
kan 'bapa borek anak rintik' menggambarkan betapa anak-
anak sangat dicorakkan oleh ibu bapa mereka.

KEDUA: Langkah pertama dan utama bahkan yang paling


penting ialah bersangka baiklah terhadap Tuhan. Kena faham
dan yakin sungguh bahawa Tuhan Maha Baik, yang amat luas
anugerah dan rahmat-Nya. Siapa pun yang menghadapi
masalah dan tidak kira apa bentuk masalah serta tidak kira
sama ada masalah itu ringan atau berat, mudah atau rumit,
yakinlah bahawa Tuhan ada maksud yang amat baik terhadap
hamba-hamba-Nya. Terlalu banyak hikmah, iktibar dan
pengajaran di sebalik setiap masalah. Sebahagian daripada
hikmah-hikmahnya tidak dapat dicapai oleh aka1 dan tidak
berupaya dijangkau oleh hati.
Namun hikmah yang amat besar ertinya bagi seorang
hamba yang ditimpa masalah ialah Tuhan seolah-olah men-
jentik atau mencubit atau mengetuk hatinya supaya berpaling
kepada Tuhan. Melalui Tuhan hantarkan masalah kepada
seseorang itu, seolah-olah Tuhan menggoncang hatinya yang
sedang tidur atau lalai supaya membuka dan mencelikkan
mata hatinya supaya kembali melihat Tuhan dengan segala
kebesaran dan kekuasaan-Nya. Apakah yang lebih menum-
buhkan rasa indah, nikmat dan seronok selain kepada kekasih
yang dengan tindakannya itu dia akan menerima tindak balas.
Begitulah seolah-olahnya masalah itu Tuhan memberi satu
cubitan supaya hati hamba-hamba-Nya kembali memberi
SAYANGI KELUARGA ANDA

perhatian kepada Tuhan. Melalui cara itulah nanti manusia


akan sedar, insaf dan kembali memiliki rasa kehambaan. Rasa
lemah, dhaif, lalai, leka, berdosa, bersalah, durhaka dan
sebagainya. Sekaligus akan bertambah rasa berttthan. Merasai
Tuhan Maha Besar, Maha Sempurna, Maha Pencipta, Maha
Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.
Adanya ilmu, kefahaman, kesedaran dan keyakinan begini,
kalau pun masalah belum boleh di atasi, hati menjadi tenang.
Insya-Allah akan diiringi pula dengan tindakan-tindakan yang
juga tenang serta tidak gopoh. Kesabaran akan meningkat,
kasih sayang pula lebih mudah dicetuskan.

KETIGA: Adakalanya masalah anak-anak seumpama yang


berlaku kepada Encik Salam dan Puan Rokiah ini adalah
kifarah dari Tuhan. Ertinya di atas dosa-dosa dan kesalahan
ibu bapa, maka Tuhan turunkan isyarat melalui anak-anak.
Dengan kata lain Tuhan turunkan isyarat bahawa masalah
anak-anak itu sebenarnya berpunca dari ibu bapa mereka.
Andainya ibu bapa dapat merasakan yang demikian itu, ianya
satu petanda awal Tuhan akan lakukan perubahan terhadap
anak-anak mereka.
Sebagai langkah susulan kepada kesedaran tersebut, ibu
bapa hendaklah membaiki diri, seperti:
a. Bertaubat terhadap segala dosa-dosa, sama ada dosa besar,
dosa kecil, dosa dahulu, dosa yang akan datang, dosa yang
diketahui, dosa yang tidak diketahui, dosa yang disengaja-
kan, dosa yang tidak disengajakan, dosa yang disedari atau
dosa yang tidak disedari. Lebih-lebih lagi dosa batin yang
jauh berganda-ganda lebih banyak.
b. Menebus dosa dengan memperbanyakkan sedekah. Se-
dekah pula disertai dengan niat agar Tuhan merahmati
seluruh keluarga terutama anak-anak yang liar itu. Buatlah
sedekah ini secara istiqamah biarpun dalam jumlah yang
sedikit.
KES CONTOH

c. Memohon maaf dengan sesiapa yang dirasai pernah ber-


buat dosa atau kezaliman terutama terhadap guru-guru
dan ibu bapa. Sekiranya orang-orang tersebut telah me-
ninggal dunia, maka hadiahkan Surah al-Fatihah sebanyak
mungkin dan mohon keampunan dari Tuhan terhadap
dosa-dosa mereka. Termasuk mohon ampun dari Tuhan
terhadap dosa-dosa kita kepada mereka itu.
d. Kasih sayang adalah fitrah manusia. Pengganas sekalipun
tetap menyukai andainya orang lain menyayangi dirinya.
Kasih sayang juga adalah salah satu faktor kebahagiaan
hidup manusia. Siapa sahaja yang kehilangan kasih sayang
pasti menanggung perasaan resah, derita dan tertekan.
Tidak hairanlah mengapa manusia kini mudah bersikap
keras, kasar, pemarah, bengis, kurang sabar, nafsi-nafsi ser-
ta mudah bertindak liar. Tidak lain dan tidak bukan kerana
seluruh dunia sudah ketandusan kasih sayang. Anak-anak
liar, selain.tiada didikan mencintai Tuhan, tiada didikan
iman dan taqwa, mereka juga sudah tidak mengecapi
nikrnat kasih sayang dari keluarga dan masyarakat, teruta-
manya dari ibu bapa dan guru-guru. Sedangkan kasih sa-
yang adalah senjata yang amat berkesan untuk menjinak-
kan hati manusia.
Sikap ibu bapa yang paling ketara yang mesti ditunjuk-
kan ialah kasih sayang. Untuk tempoh tertentu, buat
sementara waktu, lebih baik kurangkan bercakap yang
berbentuk teguran, jauh sekali kata-kata kesat atau marah.
Untuk merapatkan kembali hubungan, adaka11 program
bersama di rumah atau di luar rumah. Program di rumah
umpamanya, pada hujung minggu adakan kenduri dengan
menjemput jiran-jiran dan saudara mara. Libatkan anak-
anak. Di luar rumah umpamanya, menziarahi saudara
mara yang tinggal jauh, melancong atau makan angin.
Elakkan sebarang topik yang berat atau serius, atau dalam
suasana yang tegang. Bercakap perkara-perkara yang tiada
kaitan dengan hal-ha1 peribadi anak-anak yang liar itu.
SAYANGI KELUARGA ANDA

e. Encik Salam dan Puan Rokiah sudah banyak kali menga-


lirkan air mata dalam menzahirkan harapan yang begitu
tinggi terhadap anak-anak mereka agar berubah. Mereka
ingin anak-anak turut dapat merasai betapa prihatinnya
ibu bapa terl~adapmasa depan anak-anak. Namun dengan
cara yang demikian rupa, disambut amat dingin oleh anak-
anak mereka.
Kali ini, Encik Salam dan Puan Rokiah diminta supaya
tidak mengulangi lagi cara yang demikian itu. Yang lebih
utama bukan merintih menangis di hadapan anak-anak.
Biar pun anak-anak tidak tahu, adalah lebih baik mereka
merintih banyak-banyak dengan sepenuh hati kepada
Tuhan. Gantungkan sepenuh harapan kepada Tuhan, ke-
rana Tuhan itu segala-galanya. Tuhan tidak pernah meng-
hampakan harapan para hamba. Andainya harapan tidak
juga ditunaikan kerana itu adalah hak mutlak Tuhan,
namun hamba-hamba yang bersandar kepada Tuhan tidak-
lah sampai kehilangan Tuhan dalam kegagalan. Tidak
kecewa dan tidak putus asa dalam kegagalan. Dengan lain
perkataan, inilah ciri-ciri orang yang bahagia dalam semua
situasi.

KEEMPAT: Kebanyakan remaja memang suka berkongsi


perasaan, saling meluahkan perasaan, berkongsi masalah
dengan rakan sebaya mereka. Tidak hairanlah mengapa me-
reka lebih intim dengan kawan-kawan berbanding ibu bapa
sendiri. Selain berkongsi perasaan dan masalah antara satu
sama lain, meraka juga amat mudah saling mempengaruhi
kerana keterikatan sebagai kawan karib. Sering terjadi remaja
yang asalnya berakhlak baik berubah menjadi liar natijah dari
pengaruh kawan yang liar. Yang anehnya, jarang berlaku
remaja yang liar itu dipengaruhi oleh kawannya yang baik.
Sebagai memenuhi kehendak remaja yang suka berkongsi
perasaan dan masalah, maka ibu bapa mesti mengubah sikap
KES COKTOH

dengan meletakkan diri mereka sendiri sebagai kawan dan


rakan kepada anak-anak sendiri. Cara ini juga berkesan dalam
menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak yang berusia
belasan tahun. Memang diakui agak sukar bagi ibu bapa
mengubah sikap untuk menjadikan anak-anak seperti kawan.
Rata-rata ibu bapa tetap dengan pendirian bahawa anak ada-
lah anak. Tentulah sukar untuk mengikis ego seorang bapa
lalu merasakan bahawa dirinya adalah kawan kepada anak-
anak sendiri. Ditambah pula dengan kebimbangan akan hi-
langnya wibawa seorang ayah, ditakuti anak-anak tidak meng-
hormati ibu bapa.
Sebenarnya itu adalah tanggapan yang salah. Fitrah atau
rasa hati anak-anak terhadap ibu bapa tidak akan berubah.
Ibu bapa tetap dengan status mereka manakala anak-anak pun
demikian juga. Apa yang perlu ibu bapa ubah hanyalah sikap,
iaitu anak-anak dijadikan sebagai kawan. Iaitu anak-anak
belasan tahun itu dibuat pendekatan sebagaimana seorang
kawan setia terhadap kawannya yang akrab. Caranya ialah:
a. Mendengar pengaduan, rintihan dan masalah mereka.
b. Memahami perasaan remaja dan sedia berkongsi susah dan
senang.
c. Mengajak berunding bersama dalam setiap apa persoalan
dan masalah yang timbul.
d. Memberi mereka peluang mengeluarkan pendapat, atau
ibu bapa meminta pandangan, cadangan atau buah fikiran
mereka.
e. Meminta mereka sendiri yang membuat keputusan, malah
tidak salah andainya ibu bapa berbuat demikian. Sekiranya
keputusan mereka kurang tepat, jangan dibantah, sebalik-
nya beri pendapat yang berbeza dengan hujah yang lebih
jitu.
f . Mendorong anak-anak berfikir sendiri terhadap baik bu-
ruknya sesuatu perkara.
SAYANGI KELUARGA ANDA

g. Menjadikan anak-anak sebagai kawan akan memperce-


patkan proses kematangkan anak-anak itu, dan sekaligus
ibu bapa dapat menyuntik cara berfikir yang betul. Selain
itu, tanpa adanya sebarang jurang, ibu bapa dapat memberi
bimbingan, pimpinan, asuhan, didikan dan tunjuk ajar
yang berkesan.

KELIMA: Sifat sabar dengan kejayaan mendidik adalah


lazim melazimi. Memiliki sifat sabar biasanya membawa
kejayaan dalam mendidik manusia. Dan kalau mahu berjaya
mendidik manusia kena memiliki sifat sabar. Rasul-rasul yang
dipilih oleh Tuhan untuk darjat Ulul Azmi adalah kerana
kelebihan mereka pada memiliki sifat sabar.
Sifat sabar hanya akan subur pada seseorang sekiranya dia
memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan yang tinggi.
Dengan menyedari diri adalah hamba yang dhaif serta serba
serbi kekurangan dan dalam waktu yang sama merasakan
benar-benar Tuhan itulah segala-galanya, barulah sifat sabar
itu menjadi kuat. Merasakan bahawa diri hanya ada usaha
ikhtiar dan tidak dapat dipaksakan sesuatu itu berlaku me-
nurut kehendak kita. Hanya Tuhan yang berkuasa, yang setiap
sesuatu itu dalam genggaman Tuhan. Tuhan yang menentukan
setiap sesuatu, tidak bergerak dan diamnya sesuatu itu me-
lainkan dengan kehendak dan keizinan Tuhan. Kalau rasa
bertuhan begini benar-benar dihayati, nescaya menjadi orang
yang sabar dan akan berjaya dalam mendidik.
Mengapa sifat sabar itu amat perlu dalam pendidikan?
Kerana mendidik ibarat mengasah belakang parang atau ibarat
menitiskan air ke atas batu. Tidak sabar dalam mendidik pula
ibarat mencurah air ke atas daun keladi.
Kesabaran itu diperlukan bukan sahaja untuk membentuk
peribadi dan akhlak anak-anak. Kesabaran itu sama perlunya
dalam membaiki'diri para pendidik. Ertinya dalam konteks
anak-anak, maka ibu bapa juga sangat-sangat dituntut ber-
KES CONTOH

mujahadah dalam membaiki diri. Ibu bapa dituntut agar


menjadi role model kepada anak-anak.
Tanpa perlu bersyarah, berleter panjang atau bercakap
banyak, anak-anak hanya perlu melihat contohnya pada diri
ibu bapa. Anak-anak akan mudah meniru bagaimana sikap,
tabiat, tingkah laku dan akhlak yang ada pada ibu bapa. Per-
cakapan ibu bapa itu hanyalah menterjemahkan sahaja sikap
dan peribadi ibu bapa. Inilah yang diistilahkah sebagai lisanul
hal. Apabila tiada kesabaran, ibu bapa akan mudah menjadi
pemarah, mudah putus asa dan merajuk, gopoh dan tidak
tenang. Apabila situasi ini berlaku dalam proses mendidik
maka pendidikan itu pasti-gagal.
SAYANGI KELUARGA ANDA

keluarga kena ada cita-cita Tuhan dan Akhirat. Mesti bertitik


tolak dari rasa bertuhan, iaitu rasa takut dan cintakan Tuhan.
Barulah akan mendorong untuk menghayati panduan-pan-
duan yang diberikan seperti di bawah ini.
1. Berbincang tentang Tuhan agar berrtambah rasa takut dan
cinta, sama-sama mahu meningkatkan iman dan taqwa,
dan menjadikan kehidupan Akhirat lebih utama.
2. Berbincang serta berusaha agar ajaran Islam itu dapat
diamalkan dan dihayati.
3. Mencari jalan supaya dapat mendidik anak-anak secara
Islam dengan lebih berkesan. Terutamanya dalam mem-
bawa anak-anak turut sama hidup bertuhan.
4. Bertolong bantu dalam memajukan pelajaran anak-anak.
5. Bagi anak-anak, selepas Allah dan Rasul, maka amat perlu
mereka menghayati ketaatan kepada kedua ibu bapa.
6. Akhlak anak-anak perlu lagi dibimbing agar lebih halus.
Ini perlukan tunjuk ajar, bimbingan, asuhan dengan sabar,
bersungguh-sungguh dan berterusan.
7. Perpaduan dan kasih sayang sekeluarga amat perlu. Me-
nyuburkan dan mengukuhkannya perlu dibincangkan
selalu, seperti melalui sembahyang berjemaah, makan
bersama, saling faham memahami, bertolak ansur, sekali
sekala bermusafir atau makan angin bersama.
8. Menasihati, menunjuk ajar dan mendisiplinkan anak-anak
agar tidak terjebak dengan gejala sosial. Ia mesti bermula
dalam rumahtangga. Iaitu dalam keluarga itu sendiri mesti
bersih dari gejala sosial. Terutama ibu bapa mesti menjadi
contoh. Menurut kajian, anak-anak yang ketagihan rokok
kerana ayahnya dari kalangan orang yang merokok.
9. Perlu diperbincangkan bersama dan mencari jalan bagai-
mana hendak menangani anak-anak yang nakal. Umpa-
manya perlu melihat punca kenakalan itu, adakah kerana
kurang didikan atau terlalu kuat pengaruh persekitaran,
atau juga sudah dipengaruhi oleh kawan sebaya.
KES CONTOH

10. Pergaulan adalah penting bagi perkembangan peribadi


dan minda anak-anak. Namun mereka perlu diberi pedo-
man yang lengkap tentang pergaulan berserta adab-adab-
nya. Ada perbezaan adab bergaul antara kawan-kawan
sebaya, jiran, orang dewasa dan terhadap yang lebih muda
usianya.
11. Amat besar ertinya dalam kehidupan ibu bapa sekiranya
anak-anak mereka dapat n~emberikhidmat sebaik mung-
kin. Aspek ini perlu diberi faham kepada anak-anak. Ini
termasuk tunjuk ajar agar mereka suka berkhidmat atau
menghiburkan orang ramai.
12. Salah satu jalan keluar untuk menghilangkan tension ialah
melalui hiburan. Ini tidak bererti bebas memilih apa sahaja
jenis hiburan. Ibu bapa perlu mengenal dan mendisiplin-
kan mereka dalam memilih hiburan. Bila disebut hiburan,
ianya bukan tertentu kepada nyanyian, konsert atau filem
sahaja. Kalau ini yang menjadi pilihan maka pilihlah yang
bermoral, tetapi zaman ini amat sukar, tetapi bukan tiada.
Oleh itu berilah hiburan berbentuk lain seperti makan
angin, rekreasi, berpiknik, ziarah kawan atau keluarga, me-
lawat tempat bersejarah. Boleh apa sahaja asalkan halal.
13. Akhlak perlu didisiplinkan dan dibiasakan yang akhirnya
melekat menjadi kebiasaan atau budaya hidup. Begitu juga
dalam melakukan kerja-kerja rutin. Oleh itu ibu bapa perlu
jadualkan atau disiplinkan asuhan menguruskan keper-
luan masing-masing seperti urusan dalam rumah, kerja
sekolah, memasak, menjahit, mengemas rumah, halaman
rumah dan seumpamanya.
14. Berbagai cara membuka minda, maka suami isteri perlu
juga berbual, berbincang dan saling berkongsi idea dalam
isu-isu semasa. Terutama sekali yang ada hubung kait
dengan umat Islam sendiri dalam segala aspek. Umpama-
nya soal gejala sosial, kemungkaran, perpecahan, krisis,
perpaduan, kemajuan dan agama umat Islam.
KES CONTOH

tentulah sedikit sebanyak akan membantu membina rumah-


tangga bahagia.
Penjelasan kepada Encik Kamarul adalah seperti berikut:
Zaman ini kalau ditanya kepada 100 orang, apakah matla-
mat perkahwinan, kita akan memperolehi seratus jawapan
yang tentunya tidak seragam. Dalam ajaran Islam, oleh kerana
perkahwinan itu adalah perintah Tuhan, sudah tentulah ada
matlamat yang baik. Tentulah tidak sewenang-wenangnya dan
boleh buat apa saja matlamat menurut selera dan kepentingan
masing-masing. Oleh kerana Tuhan mahukan hamba-hamba-
Nya mendapat bahagia dan sejahtera dunia dan Akhirat, maka
Tuhan tetapkan matlamat. Dengan matlamat itu diharapkan
menjadi modal untuk manusia mengabdikan diri kepada
Tuhan dengan penuh takut dan bimbang. Takut dan bimbang
kalau-kalau terseleweng dari matlamat yang diredhai-Nya.

MATLAMAT PERTAMA: Tuhan telah menciptakan manusia


lelaki dan wanita yang sama-sama ada keinginan, iaitu lelaki
inginkan perempuan dan perempuan juga ada nafsu kepada
lelaki. Tiada siapa yang boleh menolak fitrah semula jadi ini.
Bahkan ketika Nabi Adam bersendirian di dalam Syurga yang
penuh nikmat itu, Nabi Adam sudah merasakan ada sesuatu
kekurangan dalam hidupnya di tengah-tengah nikmat Syurga.
Biarpun begitu, Nabi Adam tidak tahu mentafsirkan rasa itu,
sehinggalah apabila Nabi Adam Tuhan pertemukan dengan
Hawa. Ketika itulah Nabi Adam mendapat jawapannya. Be-
gitulah sifat fitrah semula jadi manusia. Lantaran itulah maka
Tuhan syariatkan agar berkahwin. Melalui perkahwinan itu
maka tersalurlah keinginan itu secara halal dan sekaligus ter-
hindar daripada zina. Tanpa syariat perkahwinan, keinginan
semula jadi itu mustahil dapat dibendung. Maka akan ber-
leluasalah perbuatan zina yang terkutuk itu.

MATLAMAT KEDUA: Perkahwinan akan menjadi sebab untuk


mendapat zuriat. Zuriat yang lahir dari suami isteri beriman
SAYANGI KELUARGA ANDA

dan bertaqwa itu diasuh, dididik, dipimpin dan dibimbing


pula secara Islam. Mereka diberi ilmu, iman dan dididik supa-
ya bertaqwa. Diasuh supaya menjadi hamba Allah yang cinta-
kan Tuhan dan Islam. Maka melalui zuriat itulah nanti pejuang
Islam akan bersambung dari satu generasi ke satu generasi.

MATLAMAT KETIGA: Apabila matlamat kedua tercapai, se-


kaligus akan tercapailah matlamat yang ketiga iaitu tujuan
perkahwinan agar lahirlah satu generasi yang benar-benar
menjadi aset kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan
negara. Yang mana mereka itu benar-benar memberikan man-
faat kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Bukan menjadi beban yang mendatangkan masalah.

MATLAMAT KEEMPAT: Menjadi aset itu ertinya berjasa kepada


agama, bangsa dan negara. Mereka mentaati Tuhan dan ber-
bakti kepada masyarakat. Mereka akan mewariskan pula
kepada anak, cucu, cicit dan seterusnya sambung-bersambung.
Ertinya mereka juga menjadi aset simpanan pahala di Akhirat
kelak. Iaitu jasa dan manfaat mereka itu dunia dan Akhirat.

MATLAMAT KELIMA: Melalui perkahwinan yang benar-benar


berjalan atas kehendak Tuhan dan Rasul-Nya, anggota keluar-
ga akan memiliki ciri-ciri hamba Allah yang beriman dan
bertaqwa yang sangat memelihara hubungan dengan Tuhan
serta syariat-Nya. Di situ nanti akan terbinanya sebuah negara
Islam kecil yang menjadi asas kepada negara Islam sebenar.

MATLAMAT KEENAM: Seorang muslim bukan sahaja diperin-


tahkan untuk mencari keredhaan Allah SWT sahaja, tetapi juga
dianjurkan untuk berbuat apa yang disukai oleh kekasih Allah
iaitu Rasulullah SAW. Baginda berbangga dan menyukai ra-
mainya pengikut atau umat Baginda di Akhirat kelak. Apa
kesukaan Rasulullah SAW itu juga yang sewajarnya menjadi
kesukaan umat ~ a ~ i n dOleh
a . itu melalui perkahwinan, dapat
mencapai tujuan tersebut iaitu meramaikan umat Baginda.
KES CONTOH

MATLAMAT KETUJUH: Perkahwinan dalam Islam ada mak-


sud besar disebaliknya iaitu meramaikan umat Islam. Me-
ramaikan umat itu bukan sekadar angka atau kuantitinya
besar, tetapi lebih dari itu iaitu umat yang sangat berkualiti.
Dengan umat yang berkualiti iaitu beriman dan bertaqwa,
maka akan lebih mudahlah terbangunnya cita-cita dan per-
juangan Islam di muka bumi ini. Asas pembinaan umat ber-
kualiti itu mesti berlaku dan dimulakan dari keluarga.

MATLAMAT KELAPAN: Perkahwinan juga dapat menjaga


keturunan atau zuriat yang benar-benar cintakan Tuhan dan
agama. Melalui keturunan itulah orang kenal asal usul kita
dan generasi penyambung.

MATLAMAT KESEMBILAN: Dalam ajaran Islam, menghibur-


kan orang lain itu sangat disukai oleh Tuhan dan mendapat
pahala. Kesan dari sikap atau perbuatan atau perlakuan yang
menghiburkan orang lain itu, kehidupan akan menjadi baha-
gia dan harmoni. Akan terjalin hubungan kasih sayang antara
satu dengan yang lain. Maka dalam Islam, pasangan suami
isteri yang berniat, berazam dan berusaha saling memberi
hiburan maka pahala yang tidak putus-putus dari Tuhan,
sekaligus kehidupan keluarga turut bahagia dan harmoni. Ru-
mahtangga bahagia dan harmoni melahirkan anak-anak yang
berakhlak dan seterusnya masyarakat yang harmoni.

Demikianlah di antara matlamat perkahwinan dan beru-


mahtangga dalam Islam. Matlamat yang murni dan mulia.
Matlamat yang menjamin kesejahteraan rumahtangga. Mat-
lamat yang bukan sahaja menjamin rumahtangga bahagia di
dunia, bahkan melalui rumahtangga itu dapat mengumpul
bekal untuk Akhirat kelak. Kalau pun mungkin tidak kaya
dari sudut material, namun kehidupan penuh rahmat dan
berkat. Tuhan jadikan kehidupan keluarga itu penuh kasih
sayang, aman damai, tenang dan bahagia.
budmi lsteri

ncik Hanafiah melahirkan ke-


musykilan terhadap banyaknya
berlaku keruntuhan rumahtang-
ga, khasnya dalam soal tidak bertang-
gungjawab. Apa yang menghairankan
Encik Hanafiah ialah setiap pasangan
yang hendak bernikah terlebih dahulu
disyaratkan mengikuti kursus pra per-
kahwinan. Sebagai bukti menghadiri
kursus, pehak penganjur mengeluar-
kan sijil. Sijil itu pula mesti disertakan
apabila membuat permohonan untuk
berkahwin. Tanpa sijil sebagai bukti
menyertai kursus, permohonan akan
ditolak oleh kadhi atau juru nikah.
Dalam kursus pra perkahwinan ter-
sebut, topik utama yang disampaikan
ialah mengenai tanggungjawab suami
isteri. Suami isteri sudah memiliki
KES CONTOH

senarai tanggungjawab masing-masing. Namun apa yang


berlaku, panduan yang diberikan ketika kursus seolah-olah
tidak dipraktikkan dalam berumahtangga. Mengabaikan tang-
gungjawab menjadi punca kehancuran rumahtangga. Sama
ada suami mahu pun isteri sama saja tidak bertanggungjawab.
Sebaliknya saling menunding antara suami dan isteri. Kadang-
kadang terjadi tidak bertanggungjawab itu hanya tidak sampai
setahun mendirikan rumahtangga. Atau ketika baru mem-
perolehi seorang anak.
Penjelasan yang diberikan kepada Encik Hanafiah lebih
kurang seperti berikut:
Kemusykilan Encik Hanafiah ialah tentang faktor utama
yang mencorakkan sebuah keluarga atau rumahtangga Islam
iaitu suami dan isteri. Faktor-foktor lain itu hanya mengiringi
atau mengikut sahaja. Yang utama ialah ciri-ciri suami dan
isteri yang ingin diketahui, atau boleh juga disebut sebagai
peranan, sikap dan ciri-ciri suami isteri menurut ajaran Islam.
Perlu difahami bahawa apa saja ha1 dan urusan, apa jua
aspek dan apa situasi sekalipun, apabila disebut ajaran Islam,
ianya mesti dikaitkan dengan Tuhan. Sesuatu yang tidak ada
hubung kait dengan Tuhan, otomatik menjadi ideologi biarpun
dalam melakukan amalan ibadah khusus seperti sembahyang,
wirid zikir, doa dan sebagainya. Umpamanya, seseorang itu
bersembahyang dengan tertib, sopan dan kelihatan bagus ke-
rana hendak mencari pengaruh atau niat-niat lain yang bukan
lagi murni kerana Tuhan, maka otomatik sembahyang itu men-
jadi ideologi. Itu adalah ibadah khusus seperti sembahyang
yang memang pada permulaan niat awal itu disertakan
dengan kerana Allah, masih lagi bercampur dengan kerana-
kerana yang lain. Betapalah dalam pekerjaan umum yang
hendak dijadikan ibadah, tentu lebih sukar untuk menjaga
niatnya.
Oleh itu rumahtangga terutamanya suami isteri mesti
dibina atas taqwa yang kukuh. Menjadikan Tuhan sebagai cita-
SAYANGI KELUARGA ANDA

cita dan matlamat, rasa bertuhan iaitu rasa takut dan cinta
mesti mendalam dan tidak lekang. Apabila menjadikan Tuhan
sebagai cita-cita dan matlamat, maka jiwa pun menjadi besar
dan kuat. Suami isteri yang berjiwa besar, kalau ada masalah
bukan sahaja tidak dirasai masalah itu, bahkan dengan masa-
lah itu mereka merasa amat beruntung, kerana mereka me-
rasakan dapat perhatian dari Tuhan. Hidup menjadi tenang
dan bahagia, mendapat sakinah serta qalbun salim. Rumah-
tangga atas taqwa ini barulah suami isteri akan bersikap, ber-
peranan dan bertanggungjawab sesuai dengan kehendak
Tuhan. Di atas taqwa itulah Tuhan datangkan rahmat, berkat,
pertolongan, bantuan, rezeki, jalan keluar dan kemenangan.
Inilah rahsia kebahagiaan perkahwinan dan keluarga.

CIRI-CIRI, SIKAP, PERANAN D A N TANGGUNGJAWAB


SUAMl
1..Sangat bertanggungjawab ke atas isteri, anak-anak serta
orang-orang yang di bawal~jagaannya termasuk ibu bapa
yang sudah tua dan orang gaji sekiranya ada. Tanggung-
jawab dengan takutkan Tuhan adalah lazim melazimi.
Orang yang takutkan Tuhan sangat bertanggungjawab.
Orang yang benar-benar bertanggungjawab adalah kerana
takutkan Tuhan.
2. Memberi ilmu dan didikan agama kepada isteri dan anak-
anak.
3. Menyediakan nafkah lahir seperti makan minum, pakaian,
tempat tinggal dan kesihatan kepada isteri dan anak-anak.
Pemberian nafkah lahiriah ini tidak termasuk barang
mewah (luxury)yang tidak boleh dituntut atau dipaksakan
kepada suami terutamanya dalam keadaan tidak mampu.
Namun dalam nafkah yang asasi itu sekiranya suami cuai
boleh dituntut. Begitupun kalau ada tolak ansur adalah
lebih baik dan lebih utama.
4. Suami tidak berkasar terhadap isteri dan anak-anak. Selaku
KES CONTOH

ketua keluarga, suami lebih utama menonjolkam sikap


kasih sayang dan prihatin. Kalau dalam sebuah institusi
kecil rumahtangga, ketua keluarga tidak memberi kasih
sayang, di mana pula anggota keluarga itu hendak menga-
du dan bersandar. Lebih-lebih lagi suami selaku pendidik,
pendidikan hanya berjaya dengan kasih sayang dan sabar.
5. Sekiranya isteri atau anak-anak membuat salah, hendaklah
diberi tunjuk ajar. Secara fitrahnya anak isteri tentulah tidak
suka berbuat salah. Kalau terjadi juga kenalah ayah atau
suami memberi tunjuk ajar kerana kemungkinan mereka
membuat salah itu kerana kecetekan ilmu, kurang bim-
bingan, terleka, terlupa, dorongan perasaan dan nafsu.
6. Suami hendaklah bertimbang rasa kepada isteri. Amat
jarang tetapi bukan tiada langsung di kalangan wanita
yang kuat jiwa dan akal, melainkan mereka lebih didorong
oleh perasaan. Sebab itu wanita amat mudah marah,
merungut, mendongkol, merajuk, membebel. Ini semua
adalah bentuk-bentuk luahan perasaan mereka. Lebih-
lebih lagi bagi isteri sepenuh masa yang menjalani rutin
kehidupan yang sama setiap hari. Situasi mereka itulah
yang memerlukan suami bertimbang rasa.
7. Ketika isteri kesedihan, suami hendaklah menghiburkan-
nya. Tumpang simpati memang disuruh, tetapi jangan tu-
rut terbawa-bawa dengan kesedihan isteri.Akibatnya akan
bertambah menjadi-jadi dan berpanjangan kesedihan isteri.
Kesedihan yang berpanjangan sedikit sebanyakboleh men-
jejaskan urusan rumahtangga. Suami perlu menghiburkan
isteri dengan berbagai cara, umpamanya bawa berjalan-
jalan, makan angin, ziarah kawan dan lain-lain.
8. Suami sentiasa memberi kerjasama terhadap isteri. Ertinya
dalam urusan rumahtangga, karier kerja, anak-anak, perlu
mendapat kerjasama yang baik dari suami. Jangan di-
bebankan sepenuhnya kepada isteri. Secara otomatik ber-
lakulah perkongsian dalam kehidupan berumahtangga.
SAYANGI KELUARGA ANDA

9. Suami tidak memandang kepada wanita lain. Memandang


di sini ada dua maksud iaitu memandang dengan mata
kasar secara lahiriah dan memandang dalam erti kata
memberi perhatian atau memberi perasaan terhadap
wanita lain. Di antara hikmah larangan ini ialah supaya
hati suami tertumpah kepada isterinya sahaja. Sekaligus
suami tidak membanding-bandingkan wajah isteri dan
perangai isteri sendiri dengan wanita lain. Isteri itu adalah
anugerah Tuhan yang sudah menjadi ketetapan semenjak
azali lagi, terimalah seadanya.
10. Berbincang bersama. Sama ada dalam soal masalah atau
perancangan keluarga, elok dibincangkan bersama supaya
terjamin memperolehi penyelesaian yang tepat dan me-
muaskan. Setiap aspek difahami bersama supaya sama-
sama dapat menerimanya.
11. Kejahatan, kelemahan dan kesilapan isteri tidak didedah-
kan kepada orang lain. Dalam kes hendak membuat
pengaduan sekalipun kena juga dibatasi, sekadar mema-
hamkan hakim atau orang tengah. Tidak sampai men-
cemarkan maruah isteri.
12. Sentiasa merendah diri kepada isteri, atau dengan istilah
lain sebagai tawadhuk. Merendah diri bukan bererti
meletakkan diri hingga boleh dihina oleh isteri. Tawadhuk
ertinya tidak ego, sombong dan merasa diri segala-galanya.
Perlu diingat, tiada manusia yang benar-benar sempurna
dalam segala hal. Sebab itu perlu tawadhuk kepada isteri
kerana dalam banyak aspek, seorang suami memerlukan
isteri dan banyak perkara suami tidak upaya berbuat dan
bersabar seperti yang dilakukan oleh isteri. Tawadhuk juga
bermaksud berlapang dada serta boleh bahkan bersedia
menerima teguran, nasihat dan ingatan dari isteri.
13. Suami perlu bertolak ansur dengan isteri. Suatu ketika
seorang rakyat Sayidina Umar hendak mengadu sesuatu
masalah tentang isterinya kepada Sayidina Umar. Ketika
KES CONTOH

berdiri di halaman rumah, dia terdengar kata-kata rungut-


an dari isteri Sayidina Umar sedang Sayidina Umar sendiri
hanya senyap berdiam diri. Lantas rakyat itu pulang saja
dan berkata seorang diri, "Sedangkan Sayidina Umar se-
bagai khalifah pun isterinya merungut." Keesokan hari,
dia bertanya kepada Sayidina Umar mengapa mendiam-
kan diri sahaja. Sayidina Umar menjawab, "Aku sangat
bertimbang rasa kepada isteriku kerana dia berkhidmat
untuk aku, menjaga rumahtangga aku, menjaga makan
minum dan pakaian aku, dan dia menjaga anak-anak aku."
14. Suami sentiasa kasih kepada isteri. Fitrah semula jadi
manusia lebih mudah mengasihi orang yang ada pertalian
dan orang yang berjasa. Contohnya ibu bapa mengasihi
anak-anak dan sebaliknya.Antara keduanya ada pertalian.
Pengikut lebih mudah mengasihi ketua atau pemimpin-
nya kerana pemimpin banyak berjasa, begitulah seba-
liknya. Suami dituntut supaya sentiasa mengasihi isteri
atas dua sebab tersebut sekaligus. Iaitu ada pertalian yang
Tuhan lakukan melalui pernikahan yang sah, serta atas
sebab jasa. Dalam hidup seorang suami, isteri adalah orang
yang amat berjasa. Jasa isteri itu mewajarkan seorang sua-
mi mengasihi isteri. Inilah satu bentuk mengenang jasa
seorang isteri.
15. Suami sentiasa belas kasihan terhadap isteri. Dalam ke-
hidupan wanita moden, mereka mendakwa ada segala-
galanya yang mereka perlukan. Bahkan apa sahaja yang
mereka mahu, mereka mampu memikirkannya. Namun
sebenarnya mereka tidak boleh menafikan fitrah semula
jadi iaitu mereka perlukan suami tempat berlindung, me-
ngadu, berkongsi perasaan, tampat merintih dan tempat
memperolehi dan menumpahkan kasih sayang. Ketiadaan
suami dalam hidup seorang wanita, kekosongan tetap
dirasainya terutama perasaan. Ini adalah fitrah semula jadi.
Menyedari dan memahami hakikat inilah maka suami
perlu sentiasa belas kasihan kepada isteri. Mereka adalah
SAYANGI KELUARGA ANDA

golongan yang perlukan perlindungan, maka lindungilah


mereka dengan penuh belas kasihan.
16. Sebagai menyempurnakan wibawa sebagai suami maka
suami hendaklah mampu menjadi imam sembahyang
jemaah dalam keluarga. Dan perlu berkumpul bersama
dan sembahyang berjemaah bersama.
17. Biarpun peranan ini diletakkan sebagai yang terakhir,
namun inilah yang paling penting. Iaitu suami perlu
memperlihatkan dirinya orang yang sangat membesarkan
Tuhan, mengutamakan Tuhan, bercita-cita dan bermat-
lamatkan Tuhan. Ini mestilah diperlihatkan di dalam setiap
aspek kehidupan. Jelas memperlihatkan dirinya hidup
bersama Tuhan.

CIRI-CIRI, SIKAP, PERANAN D A N T A N G G U N G J A W A B


ISTERI

1. Bertanggungjawab dalam urusan dan bidang sebagai


seorang isteri terutamanya terhadap suami.
2. Keutamaan seorang isteri ialah melayan suami dengan
ikhlas atau murni kerana Allah semata-mata.
3. Mentaati suami selagi dalam perkara yang dibolehkan.
Hanya boleh ingkar dalam perkara-perkara maksiat dan
dosa.
4. Sentiasa merendah diri atau tawadhuk kepada suami.
Melalui bersikap tawadhuk, bimbingan, teguran dan tun-
juk ajar dapat berjalan lancar. Merendah diri juga agar tidak
berlaku satu kapal dua nakhoda. Maka akan harmonilah
kehidupan keluarga.
5. Isteri mesti sentiasa berusaha menghiburkan suami dalam
layanan, sikap, percakapan dan ketaatan.
6. Sebaik-baiknya isteri menyambut kepulangan suami.
Dengan cara ini akan menyejukkan hati, menyenangkan
hati, menenangkan perasaai~dan menambahkan kemes-
raan.
7. Isteri tidak menuntut sesuatu yang tidak termampu oleh
suami kecuali dalam hak yang asasi. Tuntutan yang mem-
bebankan suami boleh menganggu perasaan suami, boleh
mengeruhkan htlbungan. Kalau keterlaluan mendesak,
suami boleh terjebak kepada perbuatan dosa.
8. Isteri sentiasa memberi kerjasama kepada suami dalam apa
aspek rumahtangga. Sikap suka membantah, ingkar dan
kurang memberi kerjasama mudah meretakkan hubungan,
boleh berlaku krisis dan membantutkan banyak peran-
cangan keluarga.
9. Mesti berusaha agar dapat bersembahyang jemaah ber-
sama suami. Dari situ nanti akan banyak memperoleh
rahmat dan berkat dari Tuhan dan mengeratkan lagi hu-
bungan hati.
10. Isteri mesti menjaga maruah diri sama ada sewaktu di
rumah lebih-lebih lagi di luar rumah.
11. Keperluan suami dalam lingkungan rumahtangga hendak-
lah disediakan oleh isteri. Dalam beberapa ha1 dan aspek,
tidak pula dituntut sebagai wajib, namuil di situlah ruang
dan peluang bagi seorang isteri mengumpul sebanyak-
banyak darjat taqwa di sisi Tuhan. Seorang hamba itu ha-
nya dapat mendekatkan diri dengan Tuhai~melalui saluran
yang bukan perkara fardhu atau wajib, melainkan dalam
perkara-perkara lain yang dibuat sebagai usaha mencari
bekalan taqwa.
12. Sedangkan lidah lagi tergigit, maka apabila timbul seba-
rang masalah, cuba dibawa kepada perbincangan bersama.
Elakkan dari retak dahulu baru hendak dibincangkan.
Kalau retak dahulu, bincang kemudian, keadaan begini
kurang berkesan untuk mengatasi masalah.
SAYANGI KELUARGA ANDA

13. Berpuas hatilah di atas apa sahaja pemberian suami. Perlu


berkorban perasaan sekiranya kurang berpuas hati. Jangan
korbankan kepentingan kebahagiaan rumahtangga hanya
semata-mata mahu memenuhi perasaan sendiri.
14. Kesalahan suami hendaklah dilupakan. Anggaplah jasa
dan khidmat suami itu jauh lebih besar berbanding ke-
silapan yang dilakukan oleh suami. Lebih-lebih lagi lazim-
nya kesalahan suami itu berlaku sekali sekala. Kadang-
kadang bukan disengajakan atau hanya salah faham, atau
kerana menghadapi tekanan. Bila gagal melupakan ke-
salahan suami akan subur dendam kesumat yang boleh
mencetuskan huru hara dalam rumahtangga. Ini umpama
sumbu mercun yang gagal dipadamkan. Sumbu mercun
itu hanyalah sekadar keluar percikan bunga api. Bila tidak
dipadamkan, letupan mercun amat kuat bunyinya.
15. Memberi semangat kepada suami. Sesekali berlaku juga
.lemah semangat kepada suami, bukan lemah jiwa. Dalam
situasi demikian, maka isteri hendaklah bersikap seperti
Sayidatina Khadijah ketika Rasulullah SAW mula mene-
rima wahyu. Sayidatina Khadijah menyelimutkan Rasu-
lullah SAW dan memberi semangat serta perangsang
dengan tugas besar yang baru diterima oleh Rasulullah
SAW.
16. Ketika suami bercakap, tidak kira dalam apa topik dan
aspek, maka isteri perlu mendengar dengan teliti dan se-
penuh hati. Ini juga sebagai tanda hormat, memuliakan
suami serta tanda merendah diri kepada suami.
17. Cacat cela, kelemahan, aib, kejahatan suami tidak didedah-
kan kepada sesiapa pun, hatta kepada ibu bapa dan kawan
sendiri.
18. Isteri juga hendaklah berusaha membesar dan menguta-
makan Tuhan. Hendaklah sama-sama menjadi hamba yang
hidup bertuhan dalam apa jua aspek kehidupan.
uan Maryati musykil tentang
'Rumahku Syurgaku'. Ianya sering
disebut dan dicanangkan. Namun
bukan sahaja belum menemui hasilnya
atau hakikat rumahku syurgaku itu,
ciri-ciri dan pemahamannya pun belum
ditemui lagi. Puan Maryati amat risau
bahawa satu aspek yang penting dalam
kehidupan manusia iaitu rumahku
syurgaku itu hanya tinggal menjadi slo-
gan kosong semata-mata.
Penjelasan yang diberikan: Untuk
pengetahuan Puan Maryati dan orang
lain yang turut serius tentang rumah-
tangga syurga, bahawa dalam banyak
ha1 manusia sanggup menggadai nya-
wa untuk mencapainya. Contohnya su-
dah ramai yang mati terjatuh ketika
mendaki Gunung Everest dan gunung-
gunung yang lain. Dalam waktu yang
SAYANGI KELUARCA ANDA

sama, masih ramai yang menunggu giliran untuk mendaki.


Mereka yang sudah berjaya ke puncak Everest tidak membawa
pulang apa-apa untuk dikongsi oleh orang lain.
Banyak lagi pemburuan manusia yang berakhir dengan
penderitaan. Sebab itu penjara, pusat serenti dan pusat sakit
jiwa sesak dengan penghuni. Cukup sekadar contoh, ertinya
manusia gigih, bersungguh-sungguh, cekal dan tabah dalam
memburu cita-cita yang tidak dipastikan sama ada positif atau
negatif. Ertinya dalam konteks membina run~ahtanggasyurga
perlukan kegigihan, bersungguh-sungguh, cekal dan tabah
dalam mencapainya. Kalau dalam aspek lain yang tidak di-
pastikan hasilnya positif atau negatif, itu pun manusia sang-
gup sampai tergadai nyawa, maka dalam membina rumah-
tangga syurga perlukan komitmen sepenuhnya juga. Bukan
sambil lewa atau acuh tak acuh. Segala resipi mesti diikuti
sepenuhnya. Kerana antara satu dengan yang lain saling
lengkap melengkapi. Gabungan seluruh resepi itulah akan
terjamin hasil yang memuaskan. Perlu juga difahami bahawa
sesuatu yang bernilai tinggi lebih sukar diperolehi. Syurga
tentulah amat bernilai biarpun sekadar syurga dalam kehi-
dupan berumahtangga. Sudah menjadi pengalaman manusia,
untuk memperolehi sesuatu yang bernilai, umpamanya gaji
RM10,OOO sebulan, atau untuk menjadi profesor atau doktor,
memerlukan kerja keras dan berhempas pulas. Begitulah juga
untuk menjadikan rumahtangga syurga.
Suasana rumahtangga syurga itu penuh dengan kebaha-
giaan, rasa tenang dan tenteram, aman damai dan harmoni.
Penuh keceriaan dan kegembiraan. Di dalam rumahtangga
syurga mestilah ada hal-ha1 seperti berikut:
1. Rumahtangga itu dibina atas nama Tuhan, cita-cita dan
matlamat Tuhan, atas tujuan agama Islam, mengamalkan
syariat Tuhan. Atau dengan lain perkataan, ada iman dan
taqwa yang mana kalau susah pun mendapat keuntungan
dan dalam keadaan senang pun mendapat keuntungan.
2. Subur kasih sayang iaitu lemah lembut, lunak, bertolong
KES CONTOH

bantu, pemaaf, rasa bersama, bekerjasama, berkongsi susah


dan senang, sepakat dan muafakat, seia sekata, berlapang
dada, bertoleransi, tidak menyinggung dan tidak pula ter-
singgung, tidak mengguris hati dan tidak pula terguris hati.
3. Akhlak mulia sangat ketara dan menonjol di kalangan
anggota keluarga.
4. Suami sentiasa tenang bersama isteri yang setia.
5. Isteri pula merasa bahagia bersama suami yang sangat
bertanggungjawab.
6. Anak-anak merasa tenang dan jiwa terisi melihat ibu bapa
yang bertanggungjawab dan berkasih sayang.
7. Antara sesama anggota keluarga, ketiadaan salah seorang
antara mereka dirasai kehilangan dan kekosongan, rindu
merindui, bertemu tidak jemu, berpisah diserang gelisah.
Kehadiran bersama terasa selesai masalah.
8. Ibu ayah melihat anak-anak sejuk hati kerana berakl~lak,
mendengar kata dan hormat ibu bapa.
9. Dalam rumahtai~ggasyurga tidak ada elemen negatif iaitu:
a. kata nista
b. perkataan atau perbuatan yang menyakitkan hati
c. berdebat, bertengkar, dan bertegang urat
d. sindir menyindir dan menghina
e. tuduh menuduh dan menfitnah
f. maki hamun dan adu domba
g. cerca mencerca dan menghasut
h. perkataan atau cakap kotor dan lucah
i. pukul memukul, bertumbuk, bersepak terajang, tendang
menendang.
10. Anggota keluarga membesarkan Allah melalui:
a. sembahyang berjemaah
b. qiamullail
c. mengajar, belajar dan membaca Al-Quran
d. wirid zikir seperti takbir, tasbih, tahmid, tahlil, istighfar
dan doa
e. kuliah-kuliah pengajian, motivasi dan fardhu ain
f. nasihat menasihati.
ncik Jamaluddin melahirkan rasa
terkilan melihat banyaknya ber-
laku keretakan, pecah belah, krisis
bahkan perceraian. Banyak akibat bu-
ruk hasil dari rumahtangga yang haru
biru dan kacau bilau, terutama yang
menjadi mangsa ialah anak-anak. Bu-
kan itu sahaja, kesan buruk jangka pan-
jang ialah banyaknya berlaku gejala so-
sial, kerana asas masyarakat ialah ru-
mahtangga. Apa yang menghairankan
Encik Jamaluddin ialah setiap umat
Islam yang hendak mendirikan rumah-
tangga sentiasa mengidamkan terbina-
nya mahligai bahagia hingga ke anak
cucu. Idaman hanya tinggal idaman.
Harapan hancur di tengah jalan. Ka-
dang-kadang bercinta macam Remeo
dan Juliet, majlis perkahwinan berbe-
KES CONTOH

lanja besar, ribuan orang turut meraikannya. Kadang-kadang


terpampang di media massa. Anehnya barn satu atau dua anak
dah mula timbul krisis hingga hendak atau hampir bercerai.
Sebelum berkahwin, panduan sudah diberikan, mengapa
masih banyak rumahtangga yang terbarai.
Jawapan kepada persoalan yang diajukan oleh Encik
Jamaluddin adalah seperti berikut.
Sebagai perbandingan, bolehlah diumpamakan seperti
orang yang hendak menjadi askar. Ada syarat asas atau syarat
minima, seperti kelulusan, berat badan, ketinggian, sihat tubuh
badan, penglihatan dan pendengaran. Memiliki syarat minima
itu bukan bererti otomatik dia sudah boleh diiktiraf sebagai
seorang askar. Proses melayakkan diri sebagai askar masih
panjang dan banyak peringkat yang perlu ditempuhi. Sudah
dilalui dengan penuh gigih pun masih ada yang kecundang,
betapalah dalam keadaan acuh tak acuh.
Berbalik kepada rumahtangga, kalau sudah ada calon,
kemudian sudah bersedia untuk berumahtangga, maka
diikutilah kursus atau bimbingan rumahtangga itu untuk dua
atau tiga hari. Di akhir kursus, setiap peserta menerima sijil
pengesahan menghadiri kursus. Dan dengan sijil itu pula
adalah sebagai syarat tambahan untuk layak berkahwin.
Semua yang diperoleh itu hanyalah sebagai syarat minima,
termasuk isi sukatan kursus itu juga adalah minima. Itu be-
lumlah menjadi faktor penentu bakal wujudnya rumahtangga
idaman. Belum tentu dalam berkursus dua atau tiga hari itu
peserta dapat memahami sepenuhnya panduan yang di-
berikan. Kalau pun faham belum tentu dapat mempraktik-
kan panduan tersebut. Lebih-lebih lagi selok-belok dan liku-
liku rumahtangga amat jauh berbeza daripada apa yang
diperoleh dalam dewan kuliah, lebih-lebih lagi kalau pene-
kanan kuliah itu banyak kepada aspek hukum hakam, hak
dan enakrnen.
Apabila benar-benar berumahtangga, pasangan sedang
SAYANGI KELUARGA ANDA

berhadapan dengan manusia yang memiliki jasad, akal, nafsu


dan roh. Yang kalau tidak mengenal setiap unsur itu ertinya
sudah nerupakan satu kegagalan dalam rumahtangga. Begitu
juga pada manusia itu Tuhan sudah bekalkan dengan benih
malaikat untuk disuburkan, benih haiwan untuk dididik dan
didisiplinkan dan benih syaitan untuk dicantas dan ditum-
paskan sepenuhnya. Awal-awal lagi kalau ilmu tentang aspek
ini tidak dimiliki, tentulah amat sukar untuk mengemudikan
rumahtangga. Umpama askar yang tidak cukup ilmu pepe-
rangan, tiba-tiba dihantar operasi ke hutan, tentulah dia me-
rasa amat sukar kerana dia sendiri tidak pernah mengenal
hutan.
Fahamlah kita bahawa untuk tercapainya rumahtangga im-
pian, tidak memadai atau tidak terhenti setakat anggota dalam
rumahtangga itu beragama Islam, tetapi mestilah ada cita-cita
Tuhan, berjiwa Islam, hidup mati untuk Tuhan dan Islam serta
menghayati syariat Tuhan. Oleh itu perkara-perkara berikut
perlu diambil perhatian serta perlu dipraktikkan:
1. Suami isteri mestilah faham segala aspek tentang ajaran
Islam. Memahami ajaran Islam amat penting kerana yang
hendak dibangunkan itu adalah rumahtangga Islam. Bah-
kan ajaran Islam itu juga memang perlu direalisasikan
dalam kehidupan harian yang bermula dari rumahtangga.
Dalam kehidupan sebagai seorang Islam kenalah faham
hablumminallah dan segala yang terangkum di dalamnya,
dan juga hablumminannas dan segala yang terangkum di
dalamnya. Dengan itu barulah ajaran Islam yang dipraktik-
kan itu syumul atau menyeluruh.
2. Suami atau ayah selaku pemimpin atau ketua keluarga,
yang bertanggungjawab dunia dan Akhirat, perlu ada ilmu
pendidikan isteri dan anak-anak, serta faham bagaimana
mendidik isteri dan anak-anak. Terutama sekali dalam
mendidik isteri dan anak-anak untuk takut dan cintakan
Tuhan. Juga mendidik mereka hidup berkasih sayang.
KES CONTOH

3. Suami kena serba sedikit memahami saikologi isteri dan


anak-anak. Sekurang-kurangnya mengenali isteri dan
anak-anak dalam aspek berikut:
a. Tahap IQ.
b. Peringkat nafsu.
c. Jenis kekuatan mereka sama ada jenis kuat akal, pera-
saan atau jiwa, atau sebahagian atau semua sekali.
d. Kesukaan dan kebencian mereka.
e. Bakat, minat, hobi dan bidang kecenderungan mereka.
f. Perubahan pada perasaan mereka yang terzahir pada
wajah, perangai atau tingkah laku.
g. Perkembangan mereka mengikut perubahan usia.
4. Isteri juga perlu serba sedikit memahami saikologi suami
dan anak-anak. Memahami saikologi ini amat diperlukan
dalam konteks mendidik serta menjaga hubungan. Iaitu
suami terhadap isteri dan anak-anak, juga isteri terhadap
suami dan anak-anak perlu n~engadakanpendekatan yang
sesuai dengan keadaan (saikologi) mereka.
5. Suami isteri perlu bersungguh-sungguh mempraktikkan
sikap dan akhlak Islam serta syariat Islam. Terhadap anak-
anak pula kenalah berupaya memberi ilmu untuk mereka
memahami, tidaklah mereka menurut secara membuta tuli
tanpa ilmu dan kefahaman.
6. Kena bersabar dalam menghayati ajaran Islam termasuklah
kena bersabar dalam mendidik dengan lemah lembut dan
penuh kasih sayang.
ncik Azhar Abu melihat anak-
anaknya yang sepuluh orang
membesar di depan matanya sen-
diri. Sebagai seorang bapa yang ber-
tanggungjawab, dia rasa musykil ke-
rana sepuluh orang anak-anaknya tidak
semuanya berperangai baik. Encik
Azhar memang mengharapkan anak-
anaknya berjaya dalam kehidupan du-
nia dan Akhirat. Dia juga sedar andai-
nya tidak cemerlang dalam duniawi,
biarlah anak-anaknya menjadi manusia
yang baik. Ini kerana dia juga insaf
bahawa kehidupan Akhirat yang kekal
abadi itu tiada bandingannya, iaitu jauh
lebih utama berbanding kehidupan
sementara ini.
Encik Azhar tahu bahawa untuk
mencapai tujuan tersebut mestilah
KES CONTOH

melalui didikan yang tepat. Diakui oleh Encik Azliar baliawa


dia kurang masak dalam mendidik anak-anak. Lantaran itu
anak-anaknya membesar seperti orang lain iaitu mengikut saja
arus perdana yang lebih cenderung kepada kejayaan duniawi
dan mengabaikan sama sekali kehidupan kekal abadi. Kalau
ada yang memperkatakan aspek ukhrawi, itu tidak lebih se-
kadar pelengkap percakapan dan bahan untuk penghayatan.
Penjelasan dan jawapan kepada kemusykilan Encik Azhar:
Pendidikan adalah aspek yang amat luas. Tentulah tidak
dapat diperkatakan melalui ruang yang terbatas ini. Kalau pun
jauh dari sempurna, penjelasan yang lengkap mungkin me-
merlukan sebuah buku. Melalui ruangan ini cukup sekadar
dinyatakan asas-asasnya. Namun pengetahuan asas pendi-
dikan itu seandainya dipraktikkan, boleh juga dilihat hasilnya
yang positif.
Selama ini kita memahami pendidikan itu ialah memasuki
alam persekolahan. Ini adalah tanggapan yang tersasar atau
kurang tepat. Apabila kita memperkatakan tentang pendi-
dikan, ertinya kita mestilah fokuskan kepada manusia itu sen-
diri. Dalam mendidik manusia, kita kena mengenali manusia
itu. Siapa sahaja yang terlibat dalam mendidik manusia, sama
ada ibu bapa, guru-guru, para ulama, pendakwah atau pemim-
pin, mereka mesti memiliki ilmu yang berkaitan dengan
manusia. Barulah pendidikan itu tepat kepada sasaran yang
sebenar.
Bersama penciptaan manusia, Tuhan sudah bekalkan
dengan tiga benih:
1. Benih malaikat, iaitu benih kepada sifat-sifat baik, positif,
terpuji atau juga disebut dengan istilah mahmudah. Benih
malaikat ini hendaklah disuburkan. Hendaklah dididik,
diasuh, dipimpin, dipupuk hingga menjadi tabiat, tingkah
laku atau akhlak.
2. Benih haiwan, iaitu segala sifat-sifat tamak, rakus, memen-
SAYANGI KELUARGA ANDA

tingkan diri, berkrisis, hidup dikuasai nafsu semata-mata,


melanggar peraturan, tiada disiplin, tiada berperasaan. Ke-
hidupan haiwan hanyalah makan, minum dan hubungan
kelamin. Tidak bertamadun dan hanya menunggu mati.
Benih haiwan ini perlu dikawal, dikekang dan didisiplin-
kan dengan syariat, undang-undang dan peraturan.
3. Benih syaitan, iaitu segala sifat-sifatjahat, negatif, sifat keji,
sifat buruk atau disebut mazmumah. Benih syaitan ini se-
perti ego, sombong, menghasut, hasad dengki, iri hati,
mengadu domba, menzalimi, pemarah, buruk sangka,
bakhil, cinta dunia dan lain-lain.Benih syaitan ini hendak-
lah dibakar dan dimusnahkan sepenuhnya, dikikis dan
disingkirkan hingga tidak berbaki.

Ada lagi unsur-unsur manusia yang dibahaskan dalam


konteks yang berbeza iaitu mengenai akal, nafsu dan roh.
Penulis sengaja tidak memasukkannya dalam ruangan ini
kerana hendak terus menjelaskan tentang pendidikan.
Apa yang perlu dilakukan agar subur benih malaikat, ter-
kawal benih haiwan dan tuntasnya benih syaitan?Jawapannya
mudah sahaja iaitu kenalkan manusia kepada Tuhan. Rasu-
lullah SAW mengambil masa 13 tahun memperjuangkan
Tuhan yang satu (Esa) berbanding sepuluh tahun memper-
juangkan syariat Tuhan yang beribu-ribu. Tempoh yang
panjang itu agar manusia kenal Tuhan iaitu memiliki rasa ber-
Tuhan terutamanya takut dan cinta kepada Tuhan.
Takut dan cinta kepada Tuhan itu menjadikan manusia kuat
dalam menyuburkan benih malaikat. Hasil dari takut dan cinta
kepada Tuhan itu manusia sangat menjunjung syariat dan
perintah Tuhan. Hidup menurut syariat dan peraturan Tuhan
itu otomatik bermaksud terdisiplin segala benih haiwan. Syai-
tan pula tidak takut kepada manusia bahkan menentang Tu-
han. Namun Tuhan yang memberi jaminan kepada sesiapa
yang bertaqwa, iaitu orang yang takut dan cinta kepada Tuhan,
KES CONTOH

bahawa makar syaitan gaga1 menggoda mereka. Sekaligus


musnah semua benih syaitan yang ada dalam diri manusia.
Bagi ibu bapa, memperkenalkan Tuhan kepada anak-anak
bermula sejak dari pertemuan benih. Takut dan cintanya ibu
bapa kepada Tuhan itu ada kesan atau ada contact dengan
roh benih yang bakal Tuhan pilih untuk dijadikan janin.
Begitulah seterusnya ketika janin dalam kandungan, sangat
dipengaruhi oleh ibu bapa yang takut dan cinta kepada Tuhan.
Ianya ada kesan kepada roh janin atau bayi dalam kandungan.
Ketika dalam kandungan itu, ibu bapa perlu tubi bayi itu
dengan ketaqwaan mereka. Ditubi melalui berbagai amalan
taqwa kepada Allah SWT. Perlu ditubi dengan segala akhlak-
akhlak yang mulia.
Selepas lahir, bayi itu perlu ditubi lagi dengan memper-
dengarkan kalimah Allah. Dalam tempoh anak itu membesar,
hendaklah dikaitkan dengan Tuhan dalam apa aspek pun. Me-
lalui cara ini anak-anak tersebut akan dapat melihat dan
merasai kebesaran Tuhan. Jadilah mereka sebagai orang yang
hidup bersama Tuhan. Inilah namanya proses didikan yang
berlaku umpama menitiskan air di atas batu.
Kalau sudah dewasa, lebih-lebih lagi sudah tua, baru hen-
dak bermula, atau baru berpeluang mendengar tentang Tuhan,
ketika itu baru hendak mengenal Tuhan, maka memang sukar
untuk memulihkan rasa takut dan cinta kepada Tuhan itu.
Keadaan ini seperti mencurang air sebaldi ke atas batu. Tidak
berkesan apa-apa kepada batu tersebut.
Setelah usia remaja atau dewasa, ketika itu perlu kepada
guru yang boleh mendidik hati supaya takut dan cintakan
Tuhan, maka perlu mendapatkan guru, ulama atau pendidik
yang takut dan cinta kepada Tuhan. Barulah ada keberkatan
dan akan berkesan kepada hati. Kalau pendidik tidak ber-
taqwa, bukan sahaja tidak berkesan bahkan boleh menjadi
hijab atau terdinding dari memperoleh rasa takut dan cinta
SAYANGI KELUARGA ANDA

kepada Tuhan. Inilah anak kunci kejayaan dalam mendidik


manusia.
Kejayaan mendidik manusia menjadi bertaqwa, buahnya
ialah manusia itu akan menjadi selamat dan menyelamatkan,
banyak memberi manfaat kepada manusia lain, menjadi
penyelamat, penghibur dan pembela kepada manusia lain.
Tidak kira bidang atau profesion apa, bagi orang bertaqwa,
semuanya dibuat atas nama Tuhan, bermatlamatkan Tuhan.
Lenyap segala cinta dunia dan kepentingan diri. Semuanya
terarah kepada mentaati Tuhan dan berbakti kepada manusia.
Inilah yang dimaksudkan dengan manusia yang berjaya di
dunia dan di Akhirat.
rang bertaqwa ertinya orang yang
hidupnya sentiasa bersama Tuhan.
Orang yang hatinya kuat rasa ke-
hambaan dan rasa bertuhan. Cita-cita
dan matlamat mereka adalah Tuhan.
Kerisauannya adalah bimbang terputus
dari Tuhan. Cemasnya adalah kerana
tidak tahu bagaimana kedudukan diri-
nya di sisi Tuhan. Lebih menggerunkan
ialah dia tidak tahu apakah di Akhirat
nanti Tuhan terima atau tidak. Sedang-
kan Akhirat nanti kekal abadi dan tiada
siapa yang bersimpati serta tiada siapa
yang dapat menolong. Masing-masing
sibuk dengan diri sendiri.

orang bertaqwa ini senang, tenang dan


SAYANGI KELUARGA ANDA

bahagia kerana susah dan senang sama sahaja baginya. Kedua-


duanya tetap mendatangkan keuntungan. Kalau susah dia sa-
bar kerana kesusahan itu datang dari Tul~an,serta yakin kesu-
sahan itu hanya sementara dan akan Tuhan iringi pula dengan
anugerah nikmat. Kalau senang pula dia bersyukur kerana
itu adalah anugerah Tuhan. Kalau kita gembira dengan kese-
nangan, mengapa dukacita di atas kesusahan sedangkan ke-
dua-duanya datang dari Tuhan. Alangkah bahagianya orang
yang setiap situasi hidupnya sentiasa mendapat Tuhan yang
ertinya mendapat keuntungan. Inilah maksudnya mendapat
segala-galanya. Untung di dunia hidup dalam ketenangan.
Untung Akhirat pula Tuhan tidak sia-siakan dengan menganu-
gerah ganjaran berlipat ganda tanpa diduga di Akhirat kelak.
Siapa yang tidak inginkan kebahagiaan kerana kebahagiaan
adalah fitrah manusia. Setiap manusia berbuat apa sahaja yang
semuanya ingin mencapai tujuan akhir iaitu kebahagiaan, biar-
pun sedikit sahaja yang berjaya memperolehi kebahagiaan
hakiki. Berbagai cara yang manusia laksanakan dengan tidak
jemu-jemu memburu dan mencubanya. Itu semua bertujuan
untuk merasa bahagia. Majoriti manusia tidak memperolehi-
nya kecuali hanya sekadar eskapisma yang bersifat sementara.
Hanya sekadar melupakan sekejap penderitaan batin yang
tidak kunjung padam. Manusia hanya mencapai utopia yang
di awang-awangan, tidak berpijak di bumi nyata, tidak lebih
menjadi eskapism, kepura-puraan dan menipu diri sendiri.
Untuk mengecapi kebahagiaan yang sebenar, terimalah
hakikat kehidupan ini sangat tertakluk kepada sukatan dan
ketentuan Tuhan yang Maha Berkuasa. Hati yang benar-benar
dapat merasai kehendak Tuhan itulah yang berlaku dan me-
rasa beruntung dalam apa situasi sekalipun, akan menikmati
keindahan hidup yang disebut sebagai Al-jannatul 'ajilah,
syurga yang disegerakan sebelum Syurga yang hakiki.
1. Banyak perkara yang kita mahu, yang kita inginkan, yang
kita idam dan menjadi cita-cita kita. Kita berusaha untuk
HIDUP BERSAMA TUHAN

mendapatkannya, memperolehinya atau mencapainya.


Kita pun berjaya atau usaha kita itu berhasil. Bersyukur
dan berterimakasihlah kepada Tuhan yang menganugerah-
kan kejayaan itu. Iringilah pula dengan rasa bimbang ke-
rana dengan kejayaan itu sekaligus merupakan amanah,
tanggungjawab dan ujian. Tuhan mahu melihat bagaimana
hamba-hamba-Nya melaksanakan tuntutan syukur itu.
Paling utama ialah tidak merasai kejayaan itu adalah hasil
usaha dan kepandaian diri. Bahkan kekal dengan rasa hina,
dhaif, tidak upaya dan tidak layak memikul amanah.
2. Setiap perkara yang diingini, yang diidamkan, setiap ke-
mahuan, impian dan cita-cita, diusahakan untuk menca-
painya, tidak semuanya akan berhasil atau berjaya mem-
perolehinya. Banyak yang menemui kegagalan. Bersabar
dan terima dengan penuh redha dan rela. Kerana Tuhan
yang lebih mengetahui ke atas tiap sesuatu. Semuanya ter-
takluk kepada sukatan dan ketentuan Tuhan. Suatu kega-
galan mungkin dilihat negatif oleh manusia namun di
sebalik itu tersimpan berbagai hikmah yang hanya Tuhan
sahaja yang mengetahuinya. Terlalu banyak hikmah,
iktibar, didikan dan pengajaran Tuhan di sebalik kegagalan
itu. Bersyukurlah kerana Tuhan menyimpan berbagai
kebaikan di sisi-Nya. Mudah-mudahan dengan kegagalan
itu akan kekal rasa dan sifat kehambaan, menjadi pengha-
pusan dosa kalau pun tidak sampai meningkatkan darjat.
3. Sering juga terjadi perkara yang kita cita-cita, yang kita
idamkan dan diusahakan untuk mendapatkannya, namun
tersasar dari keinginan asal. Dalam situasi begini, perasaan
yang wajar ialah terimalah hakikat bahawa kita manusia
ciptaan Tuhan ini tidak memiliki kuasa mutlak. Yang me-
miliki kuasa mutlak ialah Tuhan. Lantaran itulah tidak
semua dicapai menurut kehendak dan usaha kita. Segala
usaha itu tidak lebih dari menghadirkan sebab yang di-
syariatkan oleh Tuhan. Itu pun dengan maksud supaya
manusia mendapat pahala dari usaha tersebut. Yakinlah
SAYAliGI KELUARGA ANDA

tiada yang sia-sia dari setiap yang Tuhan anugerahkan


serta yalunlah bahawa itulah yang terbaik untuk kita, cuma
kita tidak mengetahui dan memahaminya. Setiap sesuatu
adalah di bawah takluk dan pentadbiran Tuhan. Di situ
kita mendapat pengajaran bahawa kalau kita ada kuasa,
tentulah kita akan memperolehi apa yang kita mahukan.
Manusia paling berkuasa tetap tidak terlepas dari mengan-
tuk, sakit, bencana alam, dikutuk dan dihina orang, tua,
uzur dan mati. Apabila mati, manusia lain yang mengurus-
kannya untuk disemadikan di dalam tanah. Selepas itu
tidak upaya pula untuk menempuh Padang Mahsyar, Hari
Hisab dan akhirnya ke Syurga atau ke Neraka.
4. Kita juga perlu menerima hakikat bahawa kita juga ber-
usaha mengl~indaribanyak perkara seperti sakit, kema-
langan, kegagalan, ada yang berjaya dan ada yang gagal.
Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang gagal. Di sini juga
kita dapat merasakan bahawa Tuhai~mengawal dan men-
tadbir tiap-tiap sesuatu. Tuhan Maha adil yang melakukan
sesuatu ke atas hamba-hamba-Nya penuh berhikmah. Se-
dikit sahaja hikmah yang dapat diselami, sekadar yang
dapat difikirkan oleh aka1 yang amat terbatas.
Kepelbagaian keadaan yang Tuhan lakukan kepada
manusia itu yang paling utama Tuhan mahu manusia sen-
tiasa merasa bert~than,tidak putus hubungan dan pergan-
tungan kepada yang Maha Berkuasa. Ketika susah dapat
dirasakan didikan Tuhan kepadanya, maka bertambah
iman. Ketika senang terasa luasnya ral~matTuhan, bertam-
bah pula azam untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.
Ketika susah, gagal, sakit, musibah, bencana, terasa pula
cubitan kasih sayang dari Tuhan dan sekaligus sebagai suis
otomatik dari Tuhan untuk hamba-Nya berpaling kepada
Tuhan. Andainya memahami hakikat ini, alangkah berun-
tungnya kerana setiap situasi tidak putus dari rasa ke-
hambaan dan rasa bertuhan.
5. Satu aspek yang mungkin amat jarang disedari oleh ma-
HIDUP BERSAMA TUHAN

nusia iaitu telalu banyak perkara dan peristiwa yang telah,


sedang dan akan berlaku adalah sesuatu yang tidak pernah
terlintas atau terfikir. Sama ada sesuatu perkara, kejadian
dan peristiwa itu berkait secara langsung dengan kita atau
tidak ada kena mengena dengan kita. Keadaan ini yang
paling banyak berlaku. Kalau ada yang mahu memikir-
kannya sering terhenti setakat kajian sebab dan akibat.
Sekadar berfikir tentang punca sesuatu perkara atau peris-
tiwa itu berlaku. Amat jarang bahkan hampir tiada yang
mahu mengaitkan dengan Tuhan. Jarang atau hampir tiada
yang mahu melihat dan merasakan bahawa Tuhan yang
menjadikan tiap-tiap sesuatu.
Sebab akibat memang merupakan ketentuan atau sun-
natullah. Namun apakah sebab itu bukan dari Tuhan? Se-
suatu akibat yang bermula dari sebab, sedangkan sebab
itu Tuhan juga yang datangkan untuk menghasilkan
akibat. Tuhan hendak menghasilkan kesembuhan dari
sebab ubat, ubat itu juga datangnya dari Tuhan. Tuhan
hendak kenyangkan manusia dengan sebab makan, ma-
kanan itu juga dari Tuhan dan Tuhan yang ciptakan ma-
kanan. Tuhan yang tadbir dengan menentukan jenis benda
yang hendak dimakan. Ertinya tidak pula boleh makan
sebarang benda seperti batu, kayu, plastik atau besi.
Peristiwa atau kejadian yang tidak pernah diduga, yang
berlaku di luar diri atau tiada kaitan dengan diri bertujuan
untuk menjadi iktibar teladan dan pengajaran. Menjadi
peringatan bahawa bila-bila masa sahaja kejadian yang
sama boleh menimpa diri. Bila-bila masa tanpa disangka,
giliran kita akan menerima nasib yang sama. Oleh itu
bersedia dan waspadalah. Hari ini kita mendengar puluh-
an orang mati mendadak kerana letupan bom. Esok tanpa
diduga mungkin giliran kita pula tetapi dengan punca
yang berbeza. Hari ini kita dikejutkan dengan peristiwa
mati beramai-ramai kerana kapal terbang terhempas, atau
banjir lumpur, atau tsunami atau tanah runtuh. Esok lusa
SAYANGl KELUARGA ANDA

orang lain pula terkejut mendengar berita kematian kita


kerana tercekik ikan puyu, atau jatuh katil, atau dilanggar
lori, atau kita langgar lori dan sebagaii~ya.
Tuhan berbuat tidak mengira siapa. Di sisi Tuhan seluruh
makhluk itu sama sahaja. Hidup di dunia ini sementara
sahaja bahkan amat sekejap. Akhirat yang kekal abadi.
Bandingan Akhirat dengan dunia dari segi masa ialah se-
hari di Akhirat sama dengan seribu tahun di dunia. Ertinya
dinisbahkan Akhirat, kehidupan kita ini hanyalah sekitar
satu jam sahaja.
Apa sahaja yang Tuhan lakukan ke atas makhluk-Nya
kita tidak berhak mempersoalkannya lebih-lebil~lagi tiada
hak untuk memprotesnya. Tuhan punya kuasa mutlak,
terpulang kepada Tuhan untuk berbuat apa sahaja. Hamba
hendaklah merasai diri itu adalah hamba dengan serba-
serbi kekurangan, kedhaifan, lalai, leka dan banyak men-
derhakai Tuhan. Sekaligus hendaklah merasai bertuhan,
iaitu rasa-rasa yang selayaknya bagi Tuhan. Jangan sekali-
kali menyalahkan Tuhan atau buruk sangka terhadap
Tuhan. Dan jangan mengistimewakan diri sendiri. Ketika
gagal dikatakan takdir Tuhan, ketika berjaya dianggap diri
pandai, istimewa, luar biasa. Ini sangat tidak beradab
dengan Tuhan. Hakikatnya kedua-dua keadaan itu dari
Tuhan. Namun sebagai hamba yang wajib beradab dengan
Tuhan, maka ketika gagal dirasakan kesalahan dan dosa
diri, ketika berjaya anggaplah sebagai anugerah Tuhan.

Lima situasi kehidupan inilah di antara maksud hidup


bersama Tuhan. Penjelasan ringkas ini sudah memadai untuk
memahamkan kita bagaimana untuk meletakkan diri sebagai
hamba kepada yang Maha Pencipta. Di situlah nanti bakal
menemui rahsia kebahagiaan yang sebenar. Menjadikan hidup
penuh ceria, optimis, tenang dan senang. Tidak ada rasa keluh
kesah, gelisah, putus asa dan kecewa.
SAYANGI KELUARGA ANDA

Tiada siapa mempedulikan kesusahan dan penderitaan


orang lain, sama ada penderitaan lahiriah mahu pun penderi-
taan perasaan. Yang miskin papa kedana terbiar sendiri berge-
lut dengan serba serbi kesusahan. Golongan yang berkuasa
dan berada pula asyik memikirkan bagaimana untuk kekal
berkuasa dan menambah harta. Manusia yang bermasalah ti-
dak tahu di mana tempat hendak mengadu untuk mengatasi
masalah. Andainya terdapat pihak atau golongan yang serba
sedikit ada kesedaran untuk menyelesaikan masalah, tidak
tahu pula memberi jalan penyelesaian.Apa yang berlaku ialah
sama ada masalah tidak selesai atau dapat menyelesaikan satu
masalah, timbul pula side-effect yang banyak. Akhirnya ma-
salah semakin kronik dan berlapis-lapis. Contohnya pemberi-
an jarum dan kondom percuma kepada penagih dadah. Kesan
yang amat buruk padahnya untuk jangka panjang, tanpa
disedari ialah anak-anak seawal usia lapan tahun sudah ber-
tanyakan apa itu kondom. Puncanya ialah kerana isu itu di-
perkatakan secara terbuka oleh beberapa pihak.
Ada pula masalah yang cuba di atasi oleh pencetus masalah
itu sendiri. Contohnya masalah pelajar-pelajar yang terlibat
dengan gejala negatif di sekolah. Guru yang menjadi pencetus
masalah pelajar hasil didikan yang salah terutamanya ketia-
daan kasih sayang, guru-guru itu pula yang berusaha untuk
mengatasi masalah yang mereka sendiri mencetuskannya.
Kalau guru-guru itu berupaya mengatasi masalah atau mereka
tahu bagaimana masalah itu berlaku, tentulah masalah itu
tidak berlaku kerana mereka berupaya mencegah lebih awal.
Tidak mencegah sama sahaja dengan tidak tahu mengatasi
masalah yang berlaku. Sama juga dengan ibu bapa yang dari
merekalah anak-anak dilanda berbagai masalah, sikap buruk,
tiada akhlak dan ganas. Kerana berpunca dari ibu bapa yang
tidak pandai memberikan kasih sayang, atau salah cara dalam
memberi kasih sayang.
Tuhan jadikan fitrah semula jadi manusia sama sahaja.Apa
sahaja yang fitrah kita sukai, itu juga yang fitrah orang lain
SEMUA MANUSIA PERLUKAN KASIH SAYANG

sukai.Apa sahaja yang fitrah kita membencinya, begitu jugalah


yang dibenci oleh fitrah orang lain. Fitrah kita sukakan kejaya-
an, kebahagiaan, kebaikan, kebersihan, kasih sayang, dihor-
mati, maka fitrah orang lain pun sama sahaja. Fitrah kita mem-
benci kejahatan, kekotoran, kekacauan, ego, sombong, dengki,
kegagalan, mundur, jahil dan seumpamanya. Maka fitrah
orang lain membenci perkara yang serupa juga. Sifat fitrah
manusia juga tidak berubah mengikut zaman dan tempat.
Namun apabila fitrah itu tidak dijaga, dikawal, dididik, di-
suburkan, ianya akan rosak. Apabila fitrah itu sangat terdedah
kepada proses didikan dan suasana sekeliling yang rosak,
maka fitrah itu turut rosak. Dalam konteks topik yang diper-
katakan ini, semua manusia amat mendambakan kasih sayang.
Dan sangat benci kepada krisis dan permusuhan. Kita akan
rasa amat menderita dan terseksa andainya kita dibenci atau
tidak dihormati oleh orang lain. Kita amat kesal andainya kita
tahu orang lain iri hati, dengki atau meluat kepada kita, be-
gitulah sifat fitrah itu. Sama juga dengan orang lain, akan ber-
perasaan yang sama sekiranya mereka mengalami atau mene-
rima nasib yang sama.
Begitulah pentingnya kasih sayang sesama manusia. Kasih
sayang mesti berlaku dua hala atau berlaku antara dua pihak.
Saling memberi kasih sayang dan saling menerima dan mera-
sainya.Barulah erti kasih sayang itu benar-benar berkesan dan
bermakna. Sehingga akan terzahirlah natijahnya iaitu perpa-
duan yang utuh. Tanpa kasih sayang, laungan perpaduan ha-
nya akan tinggal menjadi slogan kosong yang tidak akan men-
jadi realiti.
Mula-mula mari kita lihat dahulu orang yang yang me-
miliki ciri-ciri kasih sayang:
1. Lemah lembut
Biarpun dalam keadaan yang tercabar atau keadaan yang
boleh menimbulkan kemarahan, dia tetap mampu menge-
kalkan sikap lemah lembut. Kalau pun hendak menyam-
paikai~teguran, tetap dengan lemah lembut. Mengekalkan
SAYANGI KELUARGA ANDA

sifat atau sikap lemah len~butertinya mengekalkan hu-


bungan baik dengan orang atau pihak lain. Terutamanya
dalam mendidik, memimpin dan memberi tunjuk ajar akan
berakhir dengan kegagalan sekiranya berlaku retak hu-
bungan. Selain itu bukankah fitrah semula jadi manusia
menyukai lemah lembut. Kalau marah sekali pun orang
lain tidak dapat mengesannya kerana marah dalam kelem-
butan.
Lawan kepada lemah lembut ialah kasar, keras, bengis,
baran, mudah naik berang, menengking, herdik, marah-
marah. Kadang-kadang manusia menolak nasihat dan
tunjuk ajar itu berpunca dari sikap keras dan kasar. Tuhan
memerintahkan kepada Nabi Musa a.s. supaya berlemah
lembut terhadap Firaun dengan harapan hati Firaun men-
jadi lembut dan dapat menerima kebenaran. Berdasarkan
perintah Tuhan kepada Nabi Musa a.s. itu ada dinyatakan
bahawa kebenaran dihubungkan dengan sikap lemah
'lembut. Ertinya kebenaran yang juga diingini oleh fitrah
semula jadi manusia itu mestilah juga melalui jalan yang
disukai oleh fitrah iaitu sifat lemah lembut.
2. Lunak dalam berkata-kata
Kata-kata yang lunak dengan bahasa yang indah, ayat yang
tersusun, isi yang padat dan bernas dapat memukau dan
menjinakkan hati manusia. Sayidina Umar r.a. terbuka hati
untuk masuk Islam bermula dari mendengar keindahan
wahyu Tuhan. Begitu juga sabda Rasulullah, sangat padat
dan bernas, disampaikan pula dengan nada yang lunak.
Lawan kepada perkataan lunak ialah caci maki, sumpah
seranah, menengking, herdik, meninggi suara, perkataan
kesat, lantang dan memperlekehkan. Dalam keadaan be-
gini orang akan menjauhkan diri. Biarpun mungkin tidak
berani atau tidak berpeluang menjawab kembali, namun
orang lain akan mendiamkan diri dan memendam rasa.
Mungkin secara lahirnya masih dekat namun sudah jauh
dari sudut hati dan perasaan.
SEMUA MANUSIA PERLUKAN KASIH SAYANG

3. Pemaaf
Tuhan amat luas rahmat-Nya berbanding kemurkaan-Nya.
Salah satu rahmat Tuhan ke atas hamba-Nya ialah melalui
sifat Pengampun dan Pemaaf-Nya. Kita sendiri dapat rasa-
kan betapa seksanya perasaan andainya ada orang yang
tidak mahu memaafkan kesalahan kita. Sebab itulah ajaran
Islam sangat menganjurkan saling meminta maaf bagi
yang bersalah dan memberi maaf kepada yang bersalah.
Biarpun Tuhan menetapkan sebagai syariat-Nya iaitu bu-
nuh dibalas bunuh namun memberi maaf adalah lebih
baik. Sekiranya ahli waris yang dibunuh itu memberi maaf
ke atas pembunuh, maka berhaklah hakim menggugur-
kan hukuman bunuh tersebut. Tuhan sebut dengan istilah
'lebih baik' itu menurut baik di sisi Tuhan, yang tiada
bandingan dan tidak dapat difikirkan oleh aka1 manusia.
Tentulah Tuhan memberi ganjaran yang amat besar kerana
ahli waris terpaksa mengorbankan perasaan untuk me-
maafkan si pembunuh. Pembunuh boleh hidup bebas
sedangkan mereka kehilangan ahli keluarga yang disa-
yangi dan mungkin juga kehilangan tempat bergantung.
Kesan positifnya kepada keharmonian masyarakat juga
amat besar, sekurang-kurangnya boleh mengingatkan
pembunuh tersebut. Kalau selama ini kerjanya membunuh
orang, mungkin dengan sebab dimaafkan maka dia insaf,
bertaubat dan berhenti membunuh. Tenteramlah kehi-
dupan masyarakat. Begitulah indahnya ajaran Tuhan yang
menganjurkan sifat pemaaf, hingga sanggup ke tahap
memaafkan orang yang membunuh, iaitu berbuat baik
kepada orang yang berbuat jahat kepada kita. Ganjaran
besar dari Tuhan yang menanti di Akhirat kelak ialah 'bi-
ghairi-hisab', iaitu masuk Syurga tanpa hisab.
4. Mengasihi orang lain seperti mengasihi diri sendiri
Sikap begini amat mudah disebut tetapi amat sukar untuk
dipraktikkan. Ini kerana kita berada di zaman manusia su-
dah amat mencintai duniawi. Mencintai duniawi menjadi-
kan manusia mementingkan diri sendiri. Manusia yang
SAYANGI KELUARGA ANDA

mencintai Tuhan dan mengutamakan Akhirat sahaja yang


lenyap kepentingan diri dan mengasihi orang lain seolah-
olah orang lain itu adalah sebahagian daripada dirinya.
Bahkan Rasulullah SAW dan para sahabat bersikap lebih
istimewa daripada itu iaitu lebih mencintai, mengasihi,
mementingkan dan mengutamakan orang lain berbanding
diri sendiri.
Sikap ini akan dapat dilihat bila mana seseorang itu apa
yang dia inginkan kepada dirinya begitulah dia inginkan
kepada orang lain. Kegembiraan orang lain adalah kegem-
biraan dirinya. Apa yang mendukacitakan orang lain itu
juga perasaannya. Kalau dia mahu berjaya dan hidup baha-
gia, maka itu juga yang diharapkan berlaku kepada orang
lain. Kalau dia mahukan iman dan taqwa, dia juga meng-
usahakan orang lain untuk turut beriman dan bertaqwa.
Kalau dia mahukan keselamatan dunia dan Akhirat maka
,dia juga turut berjuang untuk keselamatan orang lain.
5. Bela membela
Apabila adanya perasaan kasih kepada orang lain itu sama
seperti mengasihi diri sendiri, maka buahnya ialah sangat
bela membela. Bela membela ini bukan terhenti kepada
aspek-aspek lahir sahaja bahkan menjangkau hal-ha1mak-
nawiyah seperti saling memberi nasihat dan peringatan,
saling berkongsi perasaan dan saling doa mendoa. Salah
satu doa yang sangat makbul ialah apabila doa yang kita
pohon untuk diri itu dipanjatkan kepada Tuhan untuk
orang lain. Sehingga ada keterangan dalam Hadis Qudsi
yang bermaksud kira-kira: "Seseorang yang berdoa untuk
orang lain, Tuhan makbulkan untuk dirinya sebelum dia
mengangkat tangan untuk berdoa."
Pembelaan dalam aspek lahiriah, apa yang berlaku da-
lam sejarah, para sahabat sanggup bergalang ganti nyawa
sesama mereka. Mereka merasakan orang lain lebih berhak
untuk hidup berbanding diri sendiri.
SEMUA MANUSIA PERLUKAN KASIH SAYANG

6. Saling prihatin
Dalam masyarakat yang berkasih sayang, mereka sangat
peka dengan keadaan orang lain. Sering bertanya khabar,
jenguk menjenguk, saling mengambil tahu situasi dan na-
sib kehidupan orang lain. Makanan yang dimakan setiap
hari, pakaian yang membalut tubuh, rumah yang selesa,
kereta yang dinaiki, semuanya menjadikan akalnya berfikir
terhadap nasib mereka yang terlibat menyediakannya. Hati
dan perasaan sering diusik oleh rasa terhutang budi dan
jasa. Kalau pun tidak berpeluang membalasnya, paling ku-
rang didoakan ke atas mereka semua.
7. Mengenang budi dan jasa
Orang yang memiliki sifat kaslh sayang sanggup membalas
kejahatan dengan kebaikan. Orang yang memusuhinya
didoakan agar diberi petunjuk dan pimpinan Tuhan.
Betapalah terhadap orang yang berbudi dan berjasa, tentu
lebih-lebih lagi dikenangnya hingga akhir hayat. Siapa se-
benarnya yang berbudi dan berjasa kepada kita? Terdapat
dua kelompok iaitu yang secara langsung, diketahui dan
disedari dan dapat dirasai yang mereka itu berbudi dan
berjasa kepada diri kita. Antaranya ialah ibu dan ayah,
guru-guru, pemimpin, pemandu, tukang rumah, pem-
bantu rumah, tukang kebun. Satu kelompok lagi yang tidak
terkira ramainya dan berlaku tanpa disedari, tidak secara
langsung dan kadang-kadang tidak dapat dirasai jasa me-
reka. Jasa mereka tidak ketara. Antaranya ialah petani,
nelayan, buruh pengangkat sampah, elektrik dan air yang
tersalur ke rumah, pakaian, kenderaan, kemudahan infra-
struktur dan sebagainya. Lantaran itulah maka amat wajar
memberi kasih sayang kepada semua orang kerana
mungkin mereka semua terlibat berjasa kepada kita secara
tidak langsung.

Buah daripada sifat kasih sayang ini maka lahirlah masya-


rakat yang sangat memiliki rasa bersama dan bekerjasama,
bertolong bantu, berlapang dada dan bertolak ansur antara
SAYANGI KELUARGA ANDA

satu sama lain, tidak menyinggung perasaan orang lain atau


tidak mengguris hati. Tidak mudah 'merempuh' sebarangan
terhadap perbezaan pendapat. Tawadhuk, tidak ego, tidak
sombong dan tidak mementingkan diri, kerana merasakan
bahawa tiada siapa dapat hidup sendirian melainkan sandar
menyandar, saling memerlukan, saling berbudi dan berjasa.
Untuk dapat memiliki ciri-ciri kasih sayang, setiap anggota
masyarakat perlulah berusaha bersungguh-sungguh melaku-
kan sekurang-kurangnya tiga perkara:
1. Mencintai Tuhan
Apabila mencintai Tuhan, otomatik kasih sayang akan
terjadi. Orang yang mencintai Tuhan termasuk mencintai
setiap ciptaan Tuhan terutamanya manusia. Sedangkan
haiwan, tumbuhan dan benda-benda lain seperti rumah,
kereta, harta benda pun manusia sayangi, betapalah ma-
nusia yang memang memiliki perasaan. Selain itu, apabila
mencintai Tuhan, sebagai respon daripada-Nya atau seba-
gai balasan daripada-Nya, maka Tuhan pertautkan hati-
hati dengan perasaan saling berkasih sayang.
2. Korbankan Perasaan
Maksud mengorbankan perasaan ialah apa sahaja sifat-
sifat keji atau mazmumah atau sikap negatif hendaklah
ditahan, dipendam atau ditelan. Biarpun sedikit menderita,
sakit dan terseksa perasaan kerana membendung perasaan,
namun terpaksa dipendam untuk mengelak daripada
terkena kepada orang lain. Sifat-sifat mazmumah itu ibarat
racun yang merosakkan masyarakat. Sekiranya semua ang-
gota masyarakat mampu menelan kepahitan ini, harmoni-
lah kehidupan keluarga dan masyarakat.
Manakala semua sifat-sifat mahmudah, sifat-sifat terpuji
atau positif hendaklah dilepaskan. Ertinya yang terzahir
atau yang terlihat pada peribadi ialah tabiat, sikap, akhlak
yang baik-baik sahaja. Andainya sanggup korbankan pera-
saan sendiri, nescaya akan berlakulah saling berkasih sa-
yang sesama anggota masyarakat.
SEMUA MANUSIA PERLUKAN KASIH SAYANG

3. Role Model Pemimpin Kasih Sayang


Mesti ada role model terutamanya pemimpin. Siapakah itu .
pemimpin? Iaitu sesiapa yang status sosialnya paling atas.
Umpamanya ayah dalam keluarga, guru-guru di sekolah,
penghulu di peringkat mukim, wakil rakyat di peringkat
kawasan pilihan raya, menteri besar di peringkat negeri
dan seterusnya. Sama jugalah pemimpin dalam jemaah,
persatuan, syarikat dan sebagainya.
Pemimpin mesti menjadi role model dalam kasih sayang.
Antara pemimpin dengan pengikut umpama kayu dengan
bayangannya. Apabila bayang kayu itu bengkok, sudah
pasti kayunya bengkok. Oleh itu untuk melahirkan masya-
rakat berkasih sayang, mesti ada dalam masyarakat itu
pemimpin yang memiliki ciri-ciri kasih sayang dan sekali-
gus mendidik, mengajar, membimbing para pengikutnya
dengan kasih sayang. Perbandingannya, kalau pemimpin
hendak memberi duit, dia kenalah ada duit. Mustahil
pemimpin yang tiada ciri-ciri kasih sayang hendak mem-
beri sesuatu yang tiada pada dirinya, sebaliknya meng-
harapkan wujudnya pengikut yang berkasih sayang.

Persoalan kasih sayang adalah faktor yang amat penting


untuk mewujudkan masyarakat harmoni, termasuklah dalam
kehidupan keluarga dan rumah tangga. Dalam bab ini per-
soalan kasih sayang dihurai secara umum, tidak difokuskan
secara khusus kepada keluarga. Sebenarnya rumahtangga atau
keluarga itu merupakan institusi masyarakat yang paling kecil.
Mengambil panduan ini dan dipraktikkan dalam masyarakat
yang kecil, maka akan lebih mudah pula apabila hendak di-
bawa ke dalam masyarakat yang lebih besar. Kalau ciri-ciri
rumah tangga kasih sayang tidak ada, maka akan lebih sukar
untuk dipraktikkan dalam masyarakat yang lebih besar. Dan
panduan yang sama juga boleh dibawa ke peringkat negara
dan seterusnya ke peringkat ummah.
asulullah SAW bersabda:
Maksudnya: "Sejahat-jahat
hamba adalah seorany hamba
yang sombong dan melupai Tuhan
yang Maha Tinyyi."
Rasulullah SAW bersabda lagi:
Maksudnya: "Sejahat-jahat ham-
ba ialah hamba yany menyikut ha-
wa nafsunya. "

Dari dua hadis ini, dapat kita lihat


ada tiga perkara penting iaitu:
1. sombong
2. lupa dengan Tuhan yang Maha
Tinggi
3. ikut hawa nafsunya.
Inilah penyakit-penyakit masyara-
kat, penyakit dunia, penyakit individu,
EGO ME\GHANCURKAN KEHARMO\IA\

penyakit rumahtangga, penyakit keluarga, penyakit bangsa,


penyakit etnik dan penyakit semua manusia. Yang menjadikan
dunia huru hara, menjadikan manusia pecah belah, hilang
kasih sayang, jatuh menjatuhkan, menjadikan manusia selalu
bergaduh berkelahi, fitnah menfitnah dan kemuncaknya
berlaku peperai~gandemi peperangan. Maka jadilah dunia ini
neraka sebelum Neraka di Akhirat. Manusia tidak mahu ini
semua sebab ia menyusahkan, mengharu-birukan, menghi-
langkan bal~agiadan ketenangan, menjadikan manusia takut
dan bimbang, tetapi manusialah yang mencetuskan pepe-
rangan itu. Rupanya apa yang manusia tidak mahu, manusia
juga yang melakukannya. Apa yang manusia takut, itulah
yang dibuat oleh manusia. Apa yang manusia tidak hendak,
itulah yang dilakukan mereka setiap hari. Manusia tidak tahu
macam mana hendak menyekat keadaan ini. Benda yang ter-
jadi pada kita, kita tidak tahu bagaimana hendak menghenti-
kannya. Perbuatan manusia telah menjerat manusia sendiri.
Rupanya semua itu berlaku kerana tiga penyakit tadi iaitu
ego, lupakan Tuhan dan ikutkan nafsu. Bila ada ego dan lupa-
kan Tuhan, maka nafsulah yang menjadi Tuhan. Penyakit ego
ini adalah pokok, bukannya buah. Sebab itu Rasulullah SAW
kata sejal~at-jahathamba adalah yang sombong. Dari pokok
sombong ini, lahirlah buah pemarah, hasad, lahir fitnah men-
fitnah dan sifat payah hendak menerima kebenaran. Lahirlah
sifat tidak mampu memberi maaf, tidak suka meminta maaf
dan prejudis dengan orang lain. Ini adalah buah-buahnya.
Apabila seseorang itu pada dirinya ada ego yakni pokok
mazmumah atau sifat-sifat keji, maka bila ada pokok, ia akan
membuahkan berbagai jenis buah mazmumah. Sama ada besar
atau kecil. Sama ada dia sedar atau tidak. Ego ini adalah
penyakit pertama yang lahir di dunia. Ia dari iblis. Siapa yang
ada pokok sombong, ertinya dia bukan ikut kepada Tuhan
tetapi ikut iblis. Dahsyatnya pokok sombong yang boleh me-
lahirkan bermacam-macam mazmumah, yang sangat menyu-
sahkan hidup manusia. Bila sudah ikut iblis kerana ada sifat
SAYANGI KELUARGA ANDA

sombong maka iblislah Tuhannya. Maka apa yang hadis


nyatakan, yang lupa Tuhan yang Maha Tinggi, itu sifat iblis.
Bila iblis jadi Tuhan, walaupun hatinya tidak katakan iblis itu
Tuhannya, hakikatnya dia sudah bertuhankan iblis maka
dengan sendirinya dia lupakan Tuhan yang sebenar. Dia besar-
kan iblis, dia agungkan iblis dan lupa mengagungkan Allah
SWT. Begitulah bila pokoknya sudah wujud, lahirlah macam-
macam buah mazmumah.
Kalau tidak ada pokok, mungkin hanya ada satu-satu
bentuk mazmumah sahaja, tetapi kalau pokok yang tumbuh,
ia melahirkan buah yang banyak iaitu buah yang merosakkan
kehidupan manusia, merosakkan sesama kawan dan mero-
sakkan negara. Bila ada pokok ini maka sempurnalah maz-
mumahnya. Maka iblis jadi Tuhannya. Kalau iblis yang dia
ingat, tentulah dia lupakan Tuhan. Jadi bila iblis sudah ada,
dia lupakan Tuhan maka nafsu pulalah menjadi tuhannya.
Apa kata Allah SWT tentang nafsu di dalam Al-Quran:

Maksudnya: "Sesungguhnya nafsu i t u sangat menga-


jak orang berbuat jahat." ( Y u s u j 53)
Nafsu itu bukan sahaja ia jahat bahkan ia sangat mengajak
orang buat kejahatan. Sudahlah nafsu itu sendiri jahat, ia juga
sangat mengajak orang buat kejahatan. Jadi bila orang sudah
bertuhankan nafsu, di samping bertuhankan iblis tadi maka
lahirlah faham individualisma. Orang yang faham individu
ini, dia fikir, "Aku nak senang, orang tidak senang dia punya
pasal. Aku fikir aku, jiran mati, itu dia punya pasal." Dahsyat-
nya bila ada ego, lupa Tuhan maka nafsu memainkan peranan.
Nafsu bukan sahaja jahat bahkan sangat mengajak orang buat
kejahatan. Nafsu itu sifatnya berkehendak dan merangsang
sama ada yang halal atau haram. Apa yang dia hendak itu
dibawa pada diri; hanya untuk dirinya, tidak dibawa pada
keluarga, apatah lagi jiran dan masyarakat. Padahal kalau dia
EGO MENGHANCURKAN KEHARMONIAN

berfikir, bila bangsa rosak, dia salah seorang yang akan rosak
sama. Tetapi kerana penyakit individualisma, dia tidak fikir-
kan itu semua. Sebab itu Tuhan berfirman:
Maksudnya: "Tidakkah engkau lihat orang yang men-
jadikan nafsu itu tuhannya. "
Tetapi kalau kita cakap, "Awak ni bertuhankan nafsu," dia
marah, dia tidak terima.
Bala bencana yang berlaku dalam diri hingga orang marah
dan benci adalah kerana nafsu sudah kita jadikan tuhan.
Begitulah bala yang berlaku antara suami isteri kerana sifat
individualisma itu. Isteri fikir isteri dan suami fikir suami. Sifat
individu ini menyebabkan dia tidak fikirkan keluarga sekali-
pun anaknya. Kadang-kadang anak-anak diperalatkan untuk
kepentingan diri. Mak ayah diperalatkan, suami atau isteri
diperalatkan untuk kepentingan diri sendiri. Jemaah diper-
alatkan untuk kepentingan diri. Begitu juga gurunya, etniknya
dan bangsanya, diperalatkan untuk kepentingan dirinya.
Kemudian bila dapat susah, dia kata, "Macamana ni?"
Kalau sudah ada sombong, otomatik lupakan Tuhan. Maka
nafsu jadi tuhan. Nafsu lebih dahsyat dari iblis sebab nafsu
dari dalam. Iblis ambil peluang bila nafsu tamak, rakus, maka
ia subur-suburkan lagi. Iblis tidak dapat masuk bila nafsu
sudah baik. Ia hanya dapat berbisik dari jauh. Macam orang
pakai baju besi. Boleh tembak tetapi tidak masuk ke dalam.
Tidak lut. Tapi bila nafsu sudah diutamakan, iblis hanya meniti
saja. Nafsu itu highway kepada iblis dan syaitan.
Tiga perkara inilah punca hancurnya diri, hancurnya ru-
mahtangga, masyarakat, negara dan dunia. Disebabkan oleh
tiga perkara yang disebutkan tadi, inilah yang memainkan
peranan dalam kehidupan individu. Kalau dia duduk dalam
jemaah, dia ambil peluang. Lebih-lebih lagi kalau suaminya
jadi ketua dalam jemaah, maka dia alatkan suami untuk ke-
pentingan dirinya sama ada secara langsung atau tidak. Sebab
itu bagi orang yang bermadu, walaupun dia kata poligami
SAYANGI KELUARGA ANDA

itu untuk kepentingan perjuangan, tetapi untuk praktikkaru~ya


payah. Setengah orang kata, "Saya tak ada ilmu tentang ma-
du." Betul kah? Banyak orang yang ada ilmu dan tukang
syarah tetapi dia sendiri tidak boleh amalkan ilmu itu.
Sebab itu kerana sombong, tidak takutkan Tuhan, kerana
perturutkan nafsu, bukan sahaja kalau berpoligami tidak sele-
sai. Bahkan kalau isteri seorang pun tidak selesai. Contohnya,
kalau dia fikir tentang makan. Kalau tidak ada atau kurang
makanan, dia aka11 kata, "Abang ni tak bertanggungjawab."
Kalau ada makanan, dia persoalkan, "Asyik ikan kembung je.
Kembung perut saya. Belilah tenggiri sekali sekala." Makan
pun jadi masalah. Dia tidak bermadu tetapi dia bermadu
dengan kereta, dengan ayam ikan, dengan kawan suaminya.
Kalau hari cuti, suami dia keluar dengan kawan, dia kata,
"Abang ni asyik dengan kawan aje. Tak fikir saya." Madu itu
bukan dengan isteri sahaja. Kadang-kadang dengan masa.
Suami balik lambat, "Abang ini masa untuk pejabat saja. Tak
ada masa untuk saya." Kalau ada madu, bolehlah tampar
untuk lepaskan geram. Kalau bermadu dengan masa, tang-
gung sendiri perasaan. Berapa banyak masalah kerana sifat
individualistik. Suami baru beli kereta, patutnya hujung ming-
gu, duduk-duduk dengan isteri, tetapi suami asyik basuh
kereta. Dia kata, "Abang ni asyik dengan kereta aje."
Kalau seorang itu tidak ada sombong, tidak lupakan Tuhan,
nafsu tidak jadi tuhannya maka poligami tidak jadi masalah.
Jangan kata masalah itu kerana bermadu. Ada isteri yang
pecahkan cermin kereta suami kerana suami asyik dengan ke-
reta. Kerana tiga sifat tadi, kalau ada suami, ia bergaduh
dengan suami, dengan anak-anak dan dengan anggota jemaah.
Sebab itu tiga penyakit ini kena dirawat. Lebih-lebih lagi kalau
hendak jadi pejuang kebenaran. Bukan senang. Siapa yang
bertaqwa, besarlah bantuan Tuhan. Bila ada penyakit indivi-
dualisma, ia akan menyusahkan keluarga dan maysarakat.
SAYANGI KELUARGA ANDA

tahu kewajipan masing-masing sehingga tiada yang menuntut


lebih daripada haknya. Mereka tahu kewajipan sehingga tiada
seorang pun yang merasa perlu menguranginya. Mereka
menyintai saudaranya yang lain seperti menyintai dirinya.
Kalau salah seorang tidak hadir, mereka mencarinya. Kalau
ada yang sakit mereka menziarahinya. Kalau ada yang tidak
mampu, mereka membantunya. Kalau ada yang memerlukan
pertolongan, mereka segera menolongnya. Kalau ada yang
kena musibah mereka menyampaikan rasa dukacita. Agama
mereka adalah nasihat. Akhlak mereka adalah amar makruf
dan nahi mungkar. Kerana itulah tidak ada alasan bagi mereka
untuk bermusuhan."
Syariat Islam sahaja yang hendak didaulatkan tanpa ter-
lebih dahulu manusia mengenal Allah SWT, takut dan cinta,
membesar dan mengagungkan Allah SWT maka syariat Tuhan
itu sangat tidak dihormati. Selama ini pun realitinya, di mana
saja terdapat manusia yang mengabaikan syariat Tuhan punca-
nya ialah kerana manusia tidak takut kepada Allah SWT.
Berapa ramai yang melakukan pelanggaran syariat, tidak lain
puncanya ialah kerana hatinya tidak merasa kehambaan dan
tipisnya rasa bertuhan.
Tanpa bertunjangkan iman dan tauhid yang mendalam, wa-
laupun berjaya menegakkan hukuman sahaja, namun orang
ramai tidak bertuhan juga. Dan bila-bila masa saja sangat ter-
dedah kepada pelanggaran hukum dan syariat. Tidak berbeza
dengan pemerintahan kerajaan ideologi. Malah dalam kera-
jaan ideologi yang jauh lebih banyak undang-undang dan
hukuman serta lengkap dengan mekanisma perlaksanaan
undang-undang dan hukuman, itupun ramai yang berjaya me-
lepaskan diri dari berbagai hukuman. Ada seribu satu macam
cara orang boleh melepasi hukuman terutamanya pihak yang
berkuasa atau punya harta kekayaan.
Golongan yang jarang terlepas ialah rakyat jelata atau
sering diistilahkan sebagai ikan bilis. Undang-undang Islam
SELESAIKAN MASALAH DENGAN TAQWA

jika berjalan atau dilaksanakan bukan atas dasar iman, mereka


yang sabit kesalahan dan menerima hukuman ertinya mereka
dua kali kena hukum. Di dunia sudah terhukum dan di Akhi-
rat sekali lagi dihukum dengan bakaran api Neraka.
Mengapa pula mereka tidak terlepas dari hukuman Akhi-
rat? Sebabnya ialah tanpa iman, hukuman dunia tidak meng-
insafkan mereka dan tidak membawa kepada bertaubat. Ini
amat berbeza sama sekali andainya manusia ini beriman. Di
dunia mereka tidak melakukan pelanggaran undang-undang
kerana mereka hidup berpegang kuat kepada syariat Tuhan.
Kalaupun terlanggar juga yang bukan dari kehendak hatinya
maka orang beriman akan segera bertaubat. Andainya ter-
hukum di dunia, di Akhirat pula mungkin mendapat keam-
punan dan kasih sayang Allah SWT.
Kita tentu membaca sejarah bagaimana adanya orang yang
menyerah diri kepada Rasulullah SAW, mengaku berzina dan
meminta dihukum. Apa yang mendorong orang itu dengan
penuh rela mengaku dan sekaligus minta dihukum? Pendo-
rongnya ialah iman, tauhid, takut kepada Allah SWT.
Satu perkara lagi ialah bukankah lebih baik manusia itu
tidak melakukan pelanggaran syariat yang mana benteng
paling utuh ialah iman. Berbanding dengan membiarkan
masyarakat melanggar syariat yang kemudiannya dihukum.
Dengan kata-kata lain orang yang benar-benar beriman itu
tidak berzina, mencuri atau minum arak dan lain-lain kemung-
karan. Inilah pencegahan paling berkesan dan sempurna. Iaitu
mencegah daripada melakukan maksiat dengan kekuatan
iman berbanding dengan hukuman yang berjalan setelah
orang melakukan kejahatan. Kesimpulannya, hukuman dalam
Islam hanyalah jalan keluar terakhir setelah dilakukan berba-
gai cara, kaedah, agenda dan program pencegahan terutama-
nya keimanan dan ketaqwaan.
AKIBAT TlDAK BERTAQWA

Ekonomi pun seakan-akan sudah pulih, walaupun masih ba-


nyak gerai-gerai Melayu di tepi-tepi jalan menempah sejarah
pendek umur, walaupun ikan-ikan tangkapan Melayu banyak
yang masih menjadi sumber kekayaan kapitalis yang terus-
menerus menghisap darah para nelayan. Dari segi ilmu pun,
boleh dibanggakan memandangkan para lulusan universiti
yang kian bertambah dan orang berdegri bertambah ramai.
Namun ilmu-ilmuan tadi tetap tidak boleh hidup kalau tidak
diberi gaji. Yang tidak diberi kerja jadi bebanan pula pada
negara. Mereka tetap tidak berdikari untuk membina pem-
bangunan dan perindustrian sendiri. Di samping itu akhlak
lulusan tinggi tetap tidak jauh beza dengan akhlak yang ada
lulusan rendah. Mungkin juga sama bahkan ada yang lebih
teruk lagi. Soalnya hingga di tahap ini, adakah kita sudah men-
dapat masyarakat bahagia yang hidup penuh aman damai?
Memandang pada masalah sosial yang bertimpa-timpa dan
kian kronik dengan masalah tidak habis-habis, tentu kita be-
lum boleh mengatakan masyarakat kita sudah bahagia. Me-
mang mungkin ada individu-individu atau keluarga-keluar-
ga yang merasainya, tetapi ini bukan majoriti. Ini tidak boleh
mencorakkan masyarakat.
Secara umum penguasa-penguasa atau orang-orang yang
ada kuasa tidak bahagia disebabkan oleh penyakit gila kuasa.
Orang kaya tidak bahagia kerana sering rindu pada harta.
Ulama-ulama tidak bahagia kerana takut periuk nasi terancam.
Ibu bapa hilang bahagia kerana anak-anak derhaka. Guru tidak
bahagia dengan perangai anak muridnya. Pemudi-pemudi
tidak bahagia kerana takut diganggu dan takut jadi andartu.
Pemuda hilang bahagia kerana susah hendak kahwin. Dan
macam-macam lagi penyakit yang sedang meragut kebaha-
giaan hidup dalam masyarakat kita.
Dalam keadaan ini apakah peranan pembangunan, ke-
modenan, ekonomi, jawatan dan ilmu tinggi tadi? Mampukah
ia menyelesaikan masalah ini? Lihat di Barat! Kemodenan
SAYANGI KELUARGA ANDA

hidup menghantar manusia ke kancah kehidupan yang berge-


lora. Sebagai contoh, sudah ramai orang Barat yang hidup
berdua dengan anjing atau bertemankan kucing atau itik atau
ayam. Kebahagiaan dengan sesama manusia sudah tiada. Apa
erti dengan segala pembangunan tadi?
Kebahagiaan sebenarnya bukan terletak pada mata, tangan,
kaki atau benda-benda lahiriah. Rasa bahagia itu tempatnya
di hati manusia. Kalau hati senang, dalam miskin pun boleh
rasa bahagia. Sebaliknya kalau hati rosak binasa maka ilmu
setinggi mana pun, kaya-raya macam mana pun dan sebesar
mana pun pangkat tetap tidak akan bahagia hidupnya. Itu
bukti yang cukup jelas yang memang jadi pengalaman semua
orang. Kerana itu untuk mencapai kebahagiaan hidup sese-
orang individu mahupun seluruh masyarakat amnya, apa
yang mesti diutamakan ialah mendidik individu-individu ma-
nusia dengan iman dan taqwa. Bukan dengan duit, pangkat,
ilmu tinggi, kemewahan dan kemodenan.
Iman dan taqwa boleh membuatkan orang miskin terhibur
dengan kerniskinan. Iman dan taqwa boleh membuatkan
orang kaya pemurah dengan hartanya, terhibur kalau dapat
menderma. Iman dan taqwa boleh membuatkan penguasa
rendah hati dengan rakyatnya serta terhibur kalau dapat ber-
khidmat pada rakyat. Iman dan taqwa boleh membuatkan
anak-anak terhibur untuk mentaati ibu bapa, isteri suka dan
terhibur untuk taat pada suami, pengikut terhibur untuk
mentaati pemimpin, anak-anak murid terhibur dan hormat
serta kasih pada guru, si gadis jadi malu serta terhibur tinggal
di rumah dan pemuda jadi sungguh-sungguh bertanggung-
jawab.
Bila manusia hidup dalam keadaan itu, barulah duit yang
banyak membawa bahagia. Barulah pangkat tinggi berguna
dan segala kemodenan dan pembangunan akan menjadi sum-
ber keselesaan hidup yang bermakna.
Hari ini semua itu belum berlaku. Kerana hanya memikir-
AKIBAT TIDAK BERTAQWA

kan negara maju, maka yang terus maju ialah negaranya, bu-
kan orangnya. Yang membangun ialah negara bukan orang-
nya. Masyarakat manusia dibiarkan bermain dengan nafsu,
tidak dihiasi dengan iman dan taqwa. Nafsulah yang menga-
tur kehidupan. Sebab itu masyarakat jadi huru-hara.
Saya suka menyenaraikan nafsu yang bersarang dan men-
jadi 'khan' dalam diri manusia itu.

1. UZarna tanpa taqwa


Bila taqwa tidak ada, maka para ulama akan dikuasai nafsu-
nafsu:
a. Sombong atau ego
b. Ujub dan riyak
c. Hasad dengki
d. Susah untuk menerima kebenaran orang lain
e. Ingin berlawan terutama sesama ulama
f. Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia,
pangkat dan wang ringgit
g. Pemarah
h. Ingin dihormati (gila puji)
i. Kalau mampu, akan hidup bermewah-mewah
Kalau hati tidak bertaqwa, maka mustahil kita temui mufti-
mufti, tuan-tuan kadhi, ustaz-ustaz, tuan-tuan imam yang
merendah diri, yang merasai dirinya kurang, menyayangi
orang lain sebagaimana mengasihi diri sendiri, bersedia untuk
ditegur walaupun oleh kanak-kanak, tidak suka menunjuk-
nunjuk pandai dan hebat, menggunakan ilmu untuk kepen-
tingan Allah dan kehidupan di Akhirat, mudah melupakan
dan memaafkan kesilapan orang lain, tidak suka dihormati
dan dipuji kerana yang layak dipuji hanyalah Allah, serta
bersifat zuhud dan warak.
Bila tidak ada ulama sebegini, maka umat seolah-olah ke-
SAYANGI KELUARGA ANDA

tiadaan lampu. Tinggallah umat dalam gelap-gelita, tidak tahu


halal haram, tidak kenal Quran dan Hadis, tidak kenal Allah
dan alam Akhirat, tidak faham apa yang boleh dan apa yang
tidak boleh, juga yang baik dan yang tidak baik. Maka hidup
mereka tidak menentu. Kadang-kadang ke Barat, kadang-
kadang ke Timur, terlanggar ke sana, terlanggar ke sini, ter-
junam ke lembah-lembah, tersungkur di jalan-jalan dan ma-
cam-macam kacau-bilau lagi. Jarang dan mungkin tidak ada
langsung yang selamat.
Maka terjadilah apa yang terjadi hari ini. Umat Islam tidak
bertaqwa dan tidak ikut Islam sepenuhnya, kadang-kadang
jadi macam Yahudi, macam Kristian, macam hippies dan ma-
cam-macam lagi. Budaya dan tamadun Islam tidak ada dan
tidak dapat dibangunkan dan diperjuangkan. Yang ada ialah
budaya campur-aduk dan kacau-bilau.

2. Bila pemimpin tidak bertaqwa


Akibat ulama tidak bertaqwa maka mereka tidak dapat men-
didik pemimpin atau penguasa agar menjadi pemimpin yang
bertaqwa. Bila pemimpin tidak bertaqwa, maka hatinya akan
dikerumuni oleh nafsu-nafsu jahat. Antaranya ego, sombong,
takabur, riyak, ujub, menzalimi (diskriminasi),pilih kasih, gila
kuasa, tidak adil, berburuk sangka, berhasad dengki terutama
sesama pemimpin, menggunakan kuasa dan kedudukan
untuk kepentingan dunia semata-mata, menghukum sesuka
hati, takut dengan rakyat sendiri, bersifat pemarah dan ber-
mewah-mewah.
Kalau penguasa tidak bertaqwa, sukar sekali untuk kita
cari seorang menteri atau wakil rakyat atau presiden yang suka
merendah diri dan merasakan dirinya setaraf dengan orang
lain, tidak berbangga dengan kuasa, tidak rasa dirinya isti-
mewa, berlaku adil dan lemah lembut, berbaik sangka, ber-
kasih sayang sesama pemimpin, menggunakan kuasa untuk
kepentingan Islam dan kehidupan di Akhirat, berhati-hati
AKIBAT TIDAK BERTAQWA

ketika menghukum, suka memaafkan dan hidup ala kadar,


iaitu sekadar keperluan.
Bila hati pemimpin dan sikapnya telah rosak, kotor dan
jahat sekali, maka tentu pimpinannya berjalan dengan bentuk
dan arah yang sama, sama ada mereka sedar atau tidak, mahu
atau tidak mahu. Memimpin bukan untuk menyelamatkan
umat tapi kerana mempertahankan kuasa. Buat kebaikan bu-
kan secara rela tapi terpaksa, sebab takut dihukum dan dikata
nista oleh rakyat. Berlaku zalim, kejam, bermewah-mewah,
berfoya-foya dengan maksiat dan mungkar. Kalau ada pun
pemimpin yang baik, yakni tidaklah berbuat semua itu, tapi
kalau bukan atas dasar taqwa, nescaya dia akan mencari
kepentingan diri dan tidak tahan diuji. Dan ini akan membawa
kepada 1001 masalah kepada dirinya dan rakyatnya. Sebagai
contoh, lihatlah apa yang berlaku di hadapan mata kita hari
ini. Pemimpin yang tidak bertaqwa telah menjadikan rakyat
berpecah-pecah, bergaduh, bersengit hati sesama sendiri. Bah-
kan di kalangan mereka pun sama, berdendam dan berdengki.
Apa alasan dan penyelesaian pada semua itu? Sebab eko-
nomi kurang, sebab kebodohan rakyat, sebab kemajuan tidak
seberapa? Sebab ilmu tidak ada? Sebenarnya semua itu dise-
babkan manusia-manusia tidak bertaqwa. Yang mana kalaulah
masyarakat kita bertaqwa, nescaya Allah lepaskan kita dari
sebarang kesulitan dan masalah, dan menjadikan negara kita
negara yang aman, makmur dan mendapat keampunan Allah
SWT.

3. Kalau orang kaya tidak bertaqwa


Kalau orang kaya tidak bertaqwa, maka jadilah hatinya penuh
dengan sombong, ego, suka membazir, riyak yakni suka me-
nunjuk-nunjuk. Menyalahgunakan harta seperti untuk meng-
umpan perempuan cantik, rasuah, suka berlumba-lumba ter-
utama dengan sesama golongan kaya, dalam pesta itu masing-
masing saling mengata.
SAYANGI KELUARGA ANDA

Lihatlah hari ini, mereka berbangga dengan rumah besar,


dengan perabot dan barang kemas yang mahal lagi mewah.
Mereka bercuti ke sana bercuti ke sini. Beli barang bukan
buatan tempatan tetapi diimport dari London atau Itali. Duit
orang kaya lebih banyak dari duit negara. Walhal mereka tahu
bahawa masyarakat mereka miskin. Tabung perjuangan Islam
sentiasa kosong malah terhutang-hutang, negara tidak cukup
duit untuk membiayai rakyat disebabkan orang kayanya
berhati kejam dan sangat membazir.
Dalam keadaan seperti ini, sampai bila pun manusia tetap
akan berada di dalam keadaan tidak puas hati. Kecualilah
orang-orang kaya sanggup menjadi bank Akhirat, yang mem-
beri pinjaman tanpa riba dan tidak minta dibayar di dunia.
Sebab mereka faham bahawa kekayaan itu adalah pinjaman
Allah, sekaligus sebagai ujian untuk melihat siapa yang sedar
diri tentang asal-usulnya.

4. Orang miskin tanpa taqwa


Orang miskin kalau tidak bertaqwa maka tidaklah selamat
hatinya dari sifat-sifat yang buruk seperti tidak sabar dengan
kemiskinan hingga sanggup mencuri, menyamun, menipu
dan membunuh. Mereka sangat hasad dengki dan sakit hati
dengan orang yang berada. Keinginan untuk kaya sangatlah
tebal hingga bila tidak kaya-kaya juga, mereka jadi putus asa
dengan Allah. Hal-ha1 yang demikian itu menyebabkan ber-
bagai jenayah berlaku dalam masyarakat. Rompak, samun,
ragut, seluk saku dan lain-lain bentuk kecurian telah menjadi
pekerjaan tetap sehinggalah bagi sesetengah mereka telah
mendatangkan pendapatan yang lumayan. Hingga kerana itu,
ramai manusia yang ketakutan kalau-kalau rumahnya di-
masuki pencuri.
Padahal tidak sepatutnya perkara-perkara ini berlaku da-
lam masyarakat umat Islam. Kerana orang mukmin yang
bertaqwa, kalau dia miskin, dia redha dengan takdir. Dia tidak
AKIBAT TIDAK BERTAQWA

terseksa dengan kemiskinan di dunia demi mengharapkan


kekayaan yang Allah janjikan di Akhirat.

5. Kaum ibu atau wanita kalau tanpa t a q w a


Kaum ibu atau wanita kalau tidak bertaqwa maka kerja me-
reka ialah mengumpat, bersolek untuk menunjuk-nunjukpada
orang lelaki, gila dunia yakni gilakan perabot, hiasan gelang,
pakaian, hingga lupa pada Allah dan lupa Akhirat. Seorang
isteri yang tidak bertaqwa tidak akan dapat melayan dan men-
taati suami dengan baik disebabkan tidak ada pada mereka
sifat merendah diri pada suami dan sifat memandang mulia
pada suami. Mereka bebas untuk keluar masuk dan menyusun
program sendiri, tanpa memikirkan sangat apa kata suami.
Bila kaum ibu berada dalam keadaan ini maka rumah-
tangga bukan lagi gelanggang cinta dan kasih sayang, di mana
suami terasa berada dalam sebuah mahligai yang penuh ke-
bahagiaan di samping anak-anak yang terdidik dengan kasih
sayang dan akhlak mulia dan ilmu yang berguna.
Oleh kerana semua manusia ini inginkan kasih sayang dan
kebahagiaan, maka jika rumah tidak dapat menyediakan itu,
tentu mereka cari di luar. Lalu jadilah apa yang telah dan se-
dang terjadi. Iaitu disko atau kelab malam, dan tempat manu-
sia mencari kasih dan kebahagiaan secara keji itu sering penuh,
bahkan merupakan satu perniagaan yang sangat mengun-
tungkan. Ada yang menagih kasih dan bahagia dari dadah,
dari arak dan dari segala hiburan-hiburan yang kotor-kotor.
Mereka menyangka itu semualah kebahagiaan hidup, tidak
ada yang lain lagi. Walaupun mereka sedar bahawa melakukan
semua itu bererti kehinaan dan kebinasaan hidup.
Sabda Rasulullah SAW:
SAYANGI KELUARGA ANDA

Maksudnya: "Dunia ini ialah perhiasan. Dan perhia-


san yang paling cantik ialah wanita solehah." (Riwayat
Muslim)
Semua orang tertarik pada perhiasan. Apalagi kalau alat
perhiasan itu adalah sesuatu yang sangat cantik. Jadi, kalau
dalam sebuah rumah itu ada wanita solehah, maka ahli-ahli
rumah itu akan tertarik untuk sentiasa berada di rumah.
Rumah adalah hiburan dan ketenangan hati mereka.

6. Pemuda dan pemudi tanpa t a q w a


Kalau pemuda atau pemudi tidak bertaqwa, maka jadilah
mereka manusia yang suka berfoya-foya, bercinta-cintaan dan
berlagak ke hulu ke hilir dan menunjuk-nunjukkan diri.
Bahkan menjadi kutu jalan. Kalau ada kesempatan mereka
akan mengorat tanpa malu bahkan sudah menjadi permainan
yang lumrah. Rasa iri hati, cemburu dan hasad dengki sesama
sendiri bersarang penuh dalam hati mereka. Dan ini semua
dapat kita saksikan dalam lakonan hidup mereka. Mereka
sering berangan-angan, khayal dan lalai dari tugas-tugas yang
sepatutnya. Kes-kes zina di kalangan muda-mudi yang turut
melibatkan pelajar-pelajar sekolah sudah jadi perkara biasa
dan seakan-akan mahu dibiarkan berterusan oleh kita.
Mana ada sekolah yang muda-mudinya sedang memper-
juangkan agama, bangsa, negara dan tamadun umat supaya
kita jadi gagah dan mulia di mata dunia. Tidak ada. Sebagai
gantinya mereka itu sedang membina budaya lucah, gila harta,
gila wanita, gila pangkat dan saling berebutan hingga mem-
buatkan tamadun dan nilai kita jadi lemah dan lembab sekali.
Mereka tidak kerja kalau tidak makan gaji. Masa kosong
dibuang ke padang bola, bukan memikirkan projek pertanian,
perindustrian dan lain-lain yang sungguh penting untuk ke-
kuatan umat. Berapa kerat dari muda-mudi Islam yang dapat
tunaikan sepenuhnya tuntutan sembahyang lima kali sehari
itu? Maka sebanyak itu sajalah dari mereka yang boleh di-
AKIBAT TIDAK BERTAQWA

letakkan harapan, selebihnya adalah pengganggu, pengacau


dan penghalang perjuangai~kebenaran.
Muda-mudi yang bertaqwa ialah orang-orang yang serius
terhadap tanggungjawab pada agama, bangsa dan negara.
Mereka menyediakan tenaga, masa, fikiran dan semangat
untuk tugas khalifah Allah di dunia. Mereka sanggup mening-
galkan budaya liar berfoya-foya dan berlagak-lagak serta
bergaya tidak menentu.

Begitulah jauh bezanya antara umat yang bertaqwa dan


tidak bertaqwa. Kalaulah kita dapat capai maqam ini, insya-
Allah akan jadilah kita bangsa dan negara yang aman makrnur,
seperti yang kita laung-laungkan dan idam-idamkan, sebagai-
mana yang difirmankan oleh Allah SWT:

Maksudnya: "Negara yang aman m a k m u r dan men-


dapat keampunan Allah. " (Saba: 15)
alam Al-Quran Tuhan berfirman:

Maksudnya: "Tuhan yang menja-


dikan mati dan hidup supaya me-
n g u j i manusia siapa di kalangan
mereka i t u yang baik amalannya."

Di sini ada dua perkara yang akan

1. Tuhan jadikan mati dan hidup


2. Tuhan jadikan manusia di dunia
untuk diuji, siapakah yang baik

T U H A N JADIKAN MATI D A N H I D U P
~alaulah
kita yang sebut ayat ini, bukan
CUKUPLAH MAT1 SEBAGAI PENASIHAT

Tuhan yang menyebutnya tentu kita berfikir secara lojik akal,


kita akan sebut hidup dahulu baru mati. Memang kenyataan-
nya kita hidup dahulu baru mati. Tapi Tuhan sebut mati dahu-
lu baru sebut hidup. Tuhan tidak sebarangan menyebutnya,
walau pun satu huruf ada maksud dan hikmah, ada nilai yang
besar di sisi Tuhan. Secara lojik akal tentu kita berfikir, tidak
kisahlah yang mana dahulu, hidup atau mati. Menurut lojik
akal, kita tidak kira yang mana dahulu tapi Tuhan tidak begitu.
Satu huruf pun yang Tuhan sebut ada maksud, tidak secara
suka-suka.
Mengapakah Tuhan menyebut mati dahulu dan tidak me-
milih hidup dahulu baru mati. Ini menunjukkan Tuhan hendak
tarik perhatian manusia supaya kita memandang besar per-
kara mati, lebih daripada soal hidup. Mengapa? Sebab hidup
di dunia hanya sementara. Hidup di Akl-tiratselama-lamanya
kekal abadi. Hidup di dunia, sudahlah tidak lama, masa yang
ada pun hanya sekejap sangat.
~ u b kita
a analisa tempoh hidup kita di dunia. Kita tidak
usah fikirlah masa dalam kandungan, bayi, kanak-kanak dan
sebelum baligh, itu tidak ada erti apa-apa. Kehidupan seorang
manusia itu sejak lahir sahaja hingga menjelang baligh, tidak
ada erti apa-apa. Sebab masa itu manusia tidak ada kebebasan,
hidupnya betul-betul bergantung pada ibu dan ayahnya.
Sebahagian masa kita sedar, sebahagiannya tidak. Sejak waktu
bayi sampai usia lima tahun kita tidak sedar. Dari lima tahun
hingga baligh baru sedar, itupun tidak indah, keadaannya ter-
kongkong oleh ibu dan ayah. Masa yang kita hendak ambil
kira ialah sejak mula baligh, secara puratanya umkr 12 tahun.
Kita akan kira dari umur kita 12 tahun. Paling lama berapa
tahun manusia hidup? Katalah hidupnya 100tahun. Jadi hidup
prime time kita kira 100 kurang 12 tahun, iaitu 88 tahun. Tapi
katalah dari umur 80 hingga 100 tahun sudah nyanyuk, jadi
20 tahun itu sudah tidak di kira. Kita tolak lagi 88 dengan 20,
jadi tinggal68 tahun sahaja. Hidup selama 68 tahun itu pun
jarang dapat, mungkin dalam 1000 orang, seorang sahaja. Tapi
SAYANGI KELUARGA ANDA

pada umumnya, panjang masa manusia dapat hidup adalah


sekitar 40 hingga 50 tahun sahaja masa primanya, setelah itu
mati. Jadi kita hendak bahaskan masa yang 50 tahun ini.
Di sini Tuhan hendak mengambil perhatian kita supaya
besarkan Akhirat. Walaupun kita hidup istimewa, sejak lahir
sahaja sudah berada dalam kekayaan, 50 tahun hidup dalam
kekayaan. Nampak hebatlah, rumah besar, makan besar,
pangkat besar dan di besar-besarkan orang sampai ke mati.
Kalau dalam masa 50 tahun ini, kita tidak ikut disiplin Tuhan,
dalam masa itu diuji oleh Tuhan 50 tahun hidup istimewa,
lepas itu kena hidup dalam Neraka selama-lamanya. Bila kita
gagal berhadapan dengan ujian Tuhan walaupun hidup isti-
mewa, tapi kita akan berhadapan dengan 4 penderitaan.

1. Penderitaan s e w a k t u m a t i
Mati ini kita tidak boleh ukur pada pandangan lahir semata-
mata. Kalau di ukur secara lahir, kadang-kala orang berkata,
"Si 'polan itu nampaknya senang matinya, bagus matinya,
nampakelok sahaja, mudah sahaja," itu kata kita yang menilai
lahirnya sahaja sedangkan di waktu itu dia sudah berada di
alam lain, bukan di alam kita. Kita tidak boleh mengukur alam
syahadah dengan alam lain. Penderitaan yang dihadapi oleh
orang yang hendak mati bukan kita tahu.
Rasulullah SAW pernah berkata bahawa orang yang mati
dalam penderitaan itu ada tanda-tandanya, di antaranya ialah:
- mata terbeliak
- telinga kembang
- berbunyi macam kerbau berdengkur
Itulah di antara ciri-ciri orang yang mati di dalam azab.
Jadi orang yang gagal ujian Tuhan walau dia kaya sekalipun,
hidup senang, dilayan istimewa, tidak pernah susah hanya
sekitar 50 tahun, tapi selepas itu tetap tidak akan terlepas
daripada penderitaan mati. Itu nisbah seorang yang kaya raya,
kita tidak cakap tentang orang biasa, yang kadangkala susah,
CUKUPLAH MAT1 SEBAGAI PENASIHAT

kadangkala senang hidupnya. Ini kita cakap tentang orang


yang 50 tahun hidup dengan penuh istimewa sungguh, dunia-
nya syurga, tidak pernah sakit, tidak pernah susah tidak
pernah orang kata, tidak pernah orang hasad dengki. Tapi bila
gaga1 menjalani ujian Tuhan, selepas itu yang pertama di-
hadapi adalah penderitaan mati.
Hadis juga ada menceritakan sakit mati itu bagaikan 300
tetakan pedang. Bayangkan kalau sekali orang sembelih kita,
walaupun kita tidak pernah alami, tentu terasa sakitnya,
sedangkan sakit mati itu ialah 300 kali ganda. Walaupun
nampak macam sekejap sahaja hilang nyawa tapi sebenarnya
macam dapat 300 tetakan.

2. Penderitaan di alam kubur


Sewaktu di tanam, Hadis mengatakan, apabila orang yang
mengiringi jenazah sudah balik, setelah tujuh langkah ber-
mulalah penderitaan kubur. Pertama kejahatan kita itu dilem-
bagakan. Kerana busuknya kalaulah terciurn, orang di dunia
boleh mati, bahkan akan mati makhluk seluruh dunia. Kemu-
dian orang yang mati itu akan bertanya, "Kau siapa?" Lem-
baga itu akan menjawab, "Aku ini kejahatan engkau." Lepas
itu barulah malaikat datang, bertanya pula, bila tidak dapat
jawab, disebat hingga terperosok ke dalam tanah 70 hasta,
setiap kali ditanya dan tidak boleh jawab malaikat akan sebat
dan terperosok lagi sampailah kiamat, apakah mampu me-
nanggung azab itu?

3. Penderitaan Padang Mahsyar


Antara penderitaan Padang Mahsyar, bagi orang jahat, mata-
hari berada di atas ubun-t~bun.Kerana banyaknya manusia
di Padang Mahsyar, dalam Quran diceritakan betis-beris ber-
tindih macam rokok dalam kotaknya, rapat, padat, ketat.
Tuhan biarkan beratus tahun dalam keadaan begitu hingga
peluh keluar dan manusia tenggelam dalam peluhnya. Sang-
gupkah?
SAYANGI KELUARGA ANDA

4. Penderitaan Nera kn
Penderitaan paling dahsyat adalah Neraka. Manusia nanti
kena meniti Siratal Mustaqim. Orang yang jahat akan jatuh
ke Neraka. Penderitaan Neraka di antaranya; kaki dengan
tangan diikat, dicantum pada tengkok dan dibelenggu. Api
membakar, menyala, panasnya 90 kali ganda api yang ada di
dunia. Api yang paling kuat di dunia dianggap satu, di Neraka
ditambah power 90 kali ganda lagi panas, apakah larat? Disebat
setiap hari oleh malaikat, bila lapar diberi makan zakum, iaitu
bara api Neraka. Apakah larat? Bagi orang kafir, kekal selama-
nya dalam Neraka, bagi orang Islam yang buat dosa, tidak
kekal, tapi mungkin sejuta tahun, 3000 tahun, seribu tahun.
Apakah larat?
Jadi orang yang waktu hidup di dunia tidak ikut disiplin
Tuhan kemudian dia tidak tahan diuji Tuhan, maka ada empat
penderitaan tadi yang akan ditempuh. Oleh itu kalaulah orang
tahu hakikat ini, maka kerana Tuhan, susah di dunia pun tidak
mengapa. Kesusahan 50 tahun di dunia tidak sama dengan
susah yang empat jenis tadi itu. Di dunia ujian paling susah
mungkin kena langgar kereta dan mati, jatuh ke laut, mati
lemas, sakit kuat lalu mati. Tapi tidaklah tersiksa sangat ber-
banding dengan kesusahan di Akhirat nanti. Sebab itulah tidak
pelik mengapa Tuhan sebut tentang Akhirat dahulu baru
dunia.
Cuba kita lihat realiti yang berlaku hari ini, bila disebut
antara dunia dan Akhirat, manusia lebih cenderung untuk
memikirkan tentang yang dekat iaitu dunia berbanding Akhi-
rat yang jauh. Lebih mengambil berat tentang dunia berban-
ding Akhirat. Ertinya kalau nisbah dunia dan Akhirat kita fikir
yang dekat iaitu dunia. Tapi kalau di antara dunia dengan
dunia kita tidak fikir yang dekat, kita fikir jauh. Di dunia
seseorang itu akan fikir untuk masa depannya, sanggup belajar
jauh di luar negara, jual tanah, jual aset, dan berfikir biar susah
dahulu asalkan senang kemudian.
Nisbah kehidupan di dunia, manusia cenderung untuk fikir
CUKUPLAH MAT1 SEBAGAI PENASIHAT

yang jauh, tidak fikir yang dekat, tapi nisbah Akhirat dia tidak
fikir yang jauh, padahal itu lagi berat. Akhirat lagi utama
kerana ia kekal selama-lamanya. Untuk masa depan di dunia
orang sanggup susah payah belajar, ambil PhD di Amerika,
pinjam duit merata-rata, tapi tidak mengapa susah dahulu,
nanti senang kemudian. Pandai pula berfikir susah dahulu
senang kemudian. Mengapa tidak buat untuk Akhirat begitu?
Penderitaan dunia dan Akhirat itu jauh bezanya. Nisbah
penderitaan dunia dengan Akhirat, susah di dunia ini macam
digigit nyamuk, manakala di Akhirat macam dibaham singa.
Walaupun sebenarnya kadarnya bukan sebegitu tapi itu sahaja
yang boleh kita cuba bandingkan. Yang kita takut sangat nya-
muk gigit sampai sanggup ambil risiko dibaham singa menga-
pa? Sebenarnya bandingannya entah berapa ribu kali ganda.
Nikmat dunia ini apalah sangat? Nisbah makan, apa yang
paling sedap? Katalah durian. Lepas makan durian ke mana?
Tak ke istana tapi ke tandas. Tapi nisbah makanan di Akhirat,
katalah kita makan epal, kita gigit kali pertama, lain rasanya,
gigit lagi kali ke dua sudah lain pula rasa, bertambah sedap,
bertambah sedap lagi, sudahlah bertambah sedap, tidak sakit
perut, tidak ke tandas selepas itu. Tapi orang tidak nampak
itu semua, orang nampak durian di dunia, tidak nampak
durian di Akhirat. Katalah ada 100 jenis buah, dalam sekelip
mata boleh makan 100 jenis itu. Tidak sakit perut, tidak ke
tandas! Betapa indahnya Akhirat!
Di Syurga, orang yang paling lemah iman dapat 50 bandar,
bukan bandar macam Kuala Lumpur atau New York, tapi tidak
dapat digambarkan keindahannya. Kalau di dunia, katalah
orang hadiah kita 50 bandar macam Kuala Lumpur, itu malah
menyusahkan. Yang kedua, bolehkah lawat semua? Hari ini
secara detail kita tidak boleh melawat semua. Tidak mampu.
Kalau mampu pun tentu letih, jemu, fed-up, apa indahnya lagi?
Sedangkan di Akhirat, teringat sahaja sesuatu, tidak sampai
seminit semua dapat lihat. Yang imannya lebih tinggi lagi
banyak dapat bandar. Bila mahu melawat dalam sekelip mata
SAYANGI KELUARGA ANDA

boleh lawat semua. Ingat sahaja, katalah kita ingat sesuatu di


New York, niat sahaja sudah sampai. Teringat sesuatu di Kuala
Lumpur, niat sahaja sudah sampai. Katalah hendak lawat
dengan kapal terbang, kapal terbang tidak jatuh. Kalau kita
minta dijatuhkan sedap pula dijatuhkannya. Tak takut.
Kalau isteri, ada seribu, 2000, 3000, di antaranya bidadari.
Walaupun bidadari istimewa, isteri kita besok ketua isteri-
isteri, kalau isteri kita masuk Syurga sama. Kalau tidak masuk
Syurga sama, habislah. Jadi ketua isteri itu isteri kita yang
solehah. Di Syurga kehidupannya tidak pernah bergaduh,
berkasih sayang sepanjang masa. Teringat gaduh pun tak.
Tenggelam dalam nikmat dan tidak jemu.
Di Akhirat penderitaannya dahsyat, nikmatnya pun dah-
syat, sebab itu Tuhan sebut mati dahulu. Sebab ia besar, se-
dangkan dunia kecil tidak ada harga. Sebab itu di sisi Tuhan
dunia ini kalau ada nilai setakat sebelah sayap nyamuk, dan
orang jahat tidak akan dapat apa-apa.
Kerana dunia ini tiada nilai di sisi Tuhan, maka orang ja-
hat diberi banyak, siapa paling jahat dapat lebih banyak, yang
baik-baik, makin tidak dapat. Macam Rasul-rasul, Tuhan tidak
bagi kekasih-Nya perkara yang tidak ada nilai. Dunia ini untuk
orang jahat, sila ambil. Untuk para kekasih Tuhan, Tuhan
berkata: "Engkau kekasih-Ku, Aku hendak simpan di Syurga."
Setelah kita buat perbandingan dunia Akhirat, munasa-
bahlah Tuhan sebut mati dahulu sebelum Akhirat supaya kita
bagi tumpuan pada Akhirat daripada dunia.

DIJADIKANHlDUP UNTUK DIUJI


Manusia hidup di dunia tetapi tidak mahu diuji, tidak kenalah.
Sebab itu sudah dasar Tuhan. Manusia kena akur dengan
Tuhan. Setelah manusia diuji Tuhan hendak tengok siapa di
antara manusia yang baik. Ujian itu tapisan, proses untuk
menentukan siapa yang baik, siapa yang jahat. Yang baik ke
Syurga yang jahat ke Neraka.
CUKUPLAH MAT1 SEBAGAI PENASIHAT

Kalau mengikut pandangan kita, ujian itu benda yang ne-


gatif sahaja, tetapi sebenarnya ujian itu ada dua bentuk:
1. Ujian yang menyukakan, menggembirakan atau menye-
nangkan (positif).
Contoh: Menjadi raja, Perdana Menteri, pegawai tinggi,
dapat kekayaan, harta banyak, ilmu banyak dan sebagai-
nya. Itu di antara contoh yang besar.
2. Ujian yang tidak menyukakan, mendukacitakan atau
menyusahkan (negatif).
Contoh: Lumpuh, sakit kronik, sakit yang teruk, tidak
boleh jalan, itu paling azab, kalau miskin sangat, itu tidak
azab. Ujian lain sudah ringan, contohnya orang mengata
kita, isteri tidak sayang, suami benci. Luka atau kudis lagi
ringanlah.
Di antara dua ujian ini yang lebih mudah merosakkan
manusia adalah ujian senang. Sebab itu Tuhan sebut yang
banyak masuk Neraka adalah orang kaya, high class tetapi
yang banyak masuk Syurga adalah orang miskin.
Padahal lojiknya kalau orang kaya atau high class tentu
boleh buat baik, ada kuasa tolong orang, bantu orang, hiburkan
orang. Tapi yang berlaku tidak begitu. Bila jadi kaya raya, jadi
megah, sombong, ada kuasa, zalim. Bila ada yang mencabar,
dia akan mencari jalan supaya orang tersebut dipersalahkan
untuk ditangkap. Jadi lojik tidak boleh pakai.
Sebelum dapat, lojik berfikir: "Kalau aku kaya, aku akan
tolong orang, bantu orang, untuk dapat pahala besar." Tapi
bila sudah jadi kaya, jadi jutawan, dia sudah 'jadi' Tuhan pula.
Seperti Firaun, dia raja tapi dia kata: "Ana uabb, ana Rabb."
Dia mengaku Tuhan.
Jadi dari segi lojiknya, sebelum kaya kita berfikir: "Kalau
aku kaya aku akan buat baik, tolong orang, bantu orang,
banyakkan sedekah. Orang miskin aku tolong, kan baik." Bila
sudah kaya apa yang terjadi? Sombong, bakhil, makin megah.
Lojik sudah tidak boleh pakai. Sebelum dapat pakai lojik,
SAYANGI KELUARGA ANDA

"Kalau tak kaya macam mana nak buat baik? Macam mana
nak naik haji?" Tapi bila sudah kaya lain jadinya.
Begitu juga bila ilmu belum dapat, kita berfikir: "Kalau da-
pat ilmu banyak boleh khidmat pada orang, boleh ajar orang,
aku boleh tunjuk jalan." Itu secara lojik. Tapi bila sudah dapat
kita jadi megah, sombong, dan menghina orang yang bodoh.
Jadi sebenarnya ujian yang positiflah yang banyak merosak-
kan daripada ujian yang negatif. Tapi Tuhan Maha Bijaksana,
segala apa yang dilihat di dunia ini Tuhan sudah siapkan hujah
di sini. Katalah ada orang kaya, berkuasa, diazab oleh Tuhan,
kerana derhakanya, dia hendak bahas: "Wahai Tuhan, aku
kena azab ini sebab Engkau juga. Engkau bagi aku kaya, bagi
aku kuasa, sebab itu aku jadi jahat. Kalau Engkau tidak jadikan
aku raja dan kaya, aku taklah kena azab." Lalu Tuhan memberi
hujah dengan berkata: "Bukankah ada di kalangan orang baik
yang jadi raja? Nabi Sulaiman jadi raja, Nabi Daud jadi raja,
Nabi Muhammad jadi raja tapi mereka lebih baik dari engkau."
Sebab itu di kalangan Rasul ada tiga orang yang Tuhan jadikan
raja supaya jadi hujah di Akhirat.
Kalau orang kaya pula kata pada Tuhan: "Saya ini jahat
pasal Engkau jadikan aku kaya. Cuba Engkau tidak jadikan
, aku kaya, tentu aku tidak jahat." Lalu Tuhan berkata: "Engkau
mana lebih kaya dari Nabi Sulaiman?" Orang tersebut tidak
boleh menjawab. Kemudian Tuhan berkata: "Dia lebih kaya
dari engkau tapi dia jauh lebih baik dari engkau."
Ada juga orang miskin masuk Neraka. Walaupun banyak
juga orang miskin masuk Neraka tapi orang high class lebih
banyak. Orang miskin pun berhujah pada Tuhan: "Macam
mana aku tidak jahat, Engkau miskinkan aku. Aku nak makan
terpaksa mencuri, terpaksa menipu. Kalau aku kaya tidaklah
jadi begitu."
Lalu Tuhan pun bertanya: "Engkau lebih miskin atau Nabi
Muhammad lebih miskin?" Maka orang tersebut tidak boleh
menjawab.
CUKUPLAH MAT1 SEBAGAI PENASIHAT

Jadi Tuhan berkata, "Aku jadikan mati dan hidup untuk


manusia diuji dengan ujian positif atau negatif, dengan mak-
sud siapa di kalangan kamu yang baik." Rupanya bila diuji,
ramai orang jadi jahat. Jadi nampaknya dengan ujian yang
menggembirakan, orang makin ramai jadi jahat berbanding
orang yang diuji dengan kesusahan. Kalaupun jahat tidak
sebesar yang dibuat orang yang senang.
Jadi hidup di dunia ini ujian. Kalau tidak kuat dengan
Tuhan tidak takut dan cinta Tuhan, tidak pandang besar Akhi-
rat, ujian apa pun sama ada positif atau negatif, kita akan
tewas. Senang pun gagal, miskin pun gagal. Berkuasa pun
gagal, tidak berkuasa pun gagal.
Sebab itu Tuhan adalah penting dalam hidup kita. Besarkan
Akhirat itu penting, supaya apa pun ujian, kita tidak terjejas.
Apapun ujian sama ada positif atau negatif, tidak mengubah
kita, tetap Tuhan tujuan kita, kita tidak akan berubah.
Bahkan orang yang takut dan cinta Tuhan, kalau dia senang,
misalnya dia jadi raja, banyak harta maka banyak kebaikan
yang dia boleh buat seperti sedekah, tolong orang, bantu
orang, selamatkan orang.
Tapi kalau orang miskin, susah, sakit, menderita, kalau dia
takut dan cinta Tuhan, pahalanya lain. Kalau nikmat dia tidak
dapat, kalau dia redha maka dia dapat pahala sabar. Kalau
sabar apa kata Tuhan:

M a k s u d n y a : "Kalau sabar, a k u bagi hadiah tidak


berkira, bighairi hisab. (Zumar: 10)
"

Maka sudah kalah orang kaya. Orang miskin bila nampak


ada orang jual durian, tetapi dia tidak boleh beli hingga tercicir
air liur, maka Tuhan ampunkan dosanya. Itulah rahmat Tuhan.
Kalau orang miskin teringin beli durian tetapi tidak boleh beli,
maka itu adalah penghapusan dosa. Maha Adilnya Tuhan.
SAYANGI KELUARGAANDA

Selama ini kita selalu persoalkan Tuhan. Sebenarnya apa


yang Tuhan buatkan sudah adil. Para Rasul adalah orang yang
paling kenal Tuhan dan kenal kerja Tuhan, apa pun Tuhan
buatkan pada dia, dia faham bahawa itu adalah keadilan
Tuhan. Rasul-rasul sejak lahir sudah diuji tetapi tidak pernah
susah hati. Contohnya, Nabi Ibrahim lahir di gua, Nabi Musa
waktu bayi lagi dihanyutkan di sungai Nil.
Bahkan ada di antara kita beribadah kerana hendak pahala
banyak tetapi mendapat lebih banyak pahala dengan tidak
ibadah. Ada orang hendak pahala banyak lalu beribadah ba-
nyak, yang lain pula hendak pahala banyak tetapi ibadahnya
tidak banyak. Biasanya orang yang hendak banyak pahala,
dia akan banyak bersolat dan berpuasa, tetapi pahalanya tidak
banyak. Sebenarnya pahala yang banyak adalah apabila sakit.
Bila sakit selalu, itu dianggap banyak bersembahyang dan ber-
puasa. Sebab itu para Rasul sakit pun tidak merasa susah. Bagi
mereka perkara itu adalah kerja Tuhan.
Untuk dapat pahala banyak, apakah kita larat sembahyang
1000 rakaat? Jadi kalau sakit panjang hendaklah redha. Itu
kalau orang faham kerja Tuhan. Jadi bagi orang yang faham
kerja Tuhan, bila ditimpa sakit, dia sabar, redha, kerana di situ
lebih banyak pahalanya.
Bila orang miskin nampak makanan yang banyak tetapi
tidak boleh beli kerana tidak mampu, di situlah keampunan
Tuhan. Selalunya kita kata, "Kenapa Tuhan buat begini?" Isteri
menyakitkan kita itu pahala. Tuhan buat itu untuk bagi pahala.
Lebih baik isteri meragam dan redha dengannya. Lain kali
kalau isteri celupar mulut, kita kata elok-elok, nanti pahala di
catit. Bila dia berhenti rugilah, "Cakap lagilah jangan berhenti
lagi, ini income aku." Lama-lama isteri malu sendiri. Kalau
kita faham kerja Tuhan, kita akan seronok dengan Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai