Anda di halaman 1dari 4

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

PENERANGAN BUKU HURAIAN


KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN

™ Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ini bertujuan untuk membantu guru


dan pelaksana prasekolah merancang untuk melaksanakan program dan
kegiatan harian selaras dengan kesediaan, kebolehan, kemampuan, bakat dan
minat serta budaya murid.

™ Huraian Kurikulum Prasekolah dimulakan dengan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, Matlamat dan Objektif Pendidikan Prasekolah serta pendidikan
awal kanak-kanak supaya guru peka terhadap apakah yang harus dicapai oleh
mereka hasil dari didikan prasekolah. Kurikulum ini menggunakan pendekatan
yang berfokuskan hasil pembelajaran (outcome-based approach) yang lebih
menekankan apa yang harus dipelajari dan dicapai oleh murid kesan daripada
pengajaran guru.

™ Setiap Komponen Kurikulum Kebangsaan dihuraikan dalam empat ruang iaitu :

Ruang 1 – Kandungan
Ruang ini menyatakan pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan nilai yang
murid prasekolah perlu belajar.

Ruang 2 – Hasil Pembelajaran


Ruang ini menjelaskan apa yang murid boleh capai daripada proses
pengajaran dan pembelajaran. Hasil pembelajaran disusun berpandukan
konsep pemeringkatan dari mudah ke sukar, dari yang konkrit kepada yang
abstrak dan dari yang sedia ada kepada yang baru.

1
Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Ruang 3 – Cadangan Aktiviti

Aktiviti yang dicadangkan bertujuan membantu guru dan pelaksana prasekolah


melaksanakan pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran yang
ditetapkan. Guru perlu mensepadukan aktiviti pengajaran supaya pengajaran
komponen kurikulum prasekolah tidak dibuat secara berasingan dan terpisah-
pisah. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran memberi penekanan kepada
konsep “Belajar Melalui Bermain” Aktiviti pembelajaran ini tidak terhad
kepada apa yang ternyata dalam buku Huraian. Guru boleh menambah dan
mengubahsuai aktiviti tersebut mengikut tahap pencapaian, minat dan tema
yang telah dirancangkan.

Ruang 4 – Bahan/Alatan/Catatan
Guru dan pelaksana prasekolah perlu memberi perhatian kepada catatan yang
diberi. Catatan ini bertujuan untuk memberi panduan atau maklumat lanjut
mengenai sesuatu aktiviti yang dijalankan. Alatan dan bahan yang dinyatakan
hanya sebagai cadangan. Guru dan pelaksana prasekolah harus menggunakan
pelbagai bahan dan alatan yang terdapat dipersekitaran tempat masing-
masing. Selain itu guru boleh memperbanyakkan penggunaan bahan dan
alatan yang dikitar semula.

Contoh Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

1a. KURIKULUM BAHASA MELAYU


BAHAN
HASIL
KANDUNGAN CADANGAN AKTIVITI /ALATAN
PEMBELAJARAN
/CATATAN

1. Kemahiran
Mendengar
1.1.1 Mengenal pasti x Meneka dan membezakan bunyi Bunyi
1.1 Mendengar apa yang yang diperdengarkan persekitaran
dengan didengar yang dirakam
penuh
perhatian

1.1.2 Mengecam x Memejamkan mata dan menyatakan Bunyi-bunyi di


dan bunyi yang didengar persekitaran
membezakan x Membawa murid ke luar kelas dan
pelbagai jenis menyatakan bunyi yang didengar
bunyi dari persekitaran

2
Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

1b. KURIKULUM BAHASA CINA

⯟⇬及㔖⯟៽
᠋∿ 弊ⶥ⇬ᓦ⢖⸢ ⯟ⷖᒔ㏁᤮▀刴
ᾍ㍮

1. 㘚਀ᬭᄺ 1.1.1 䅸䆚᮹䭓⫳⌏Ё x ⣰⌟ঞ䕼߿᠔਀ࠄⱘໄ䷇བ右িໄǃ≑ ᔩ䷇ᴎǃᔩ䷇


1.1 ϧ⊼Ϩ㗤ᖗ ᠔਀ࠄⱘໄ䷇ 䔺ໄǃ䪗ໄǃુໄǃュໄǃᭆ ᏺǃ䪗
ഄ㘚਀ 䮼ໄǃ⬉䆱ડໄǃ㛮ℹໄㄝDŽ

1.1.2 䕼߿৘⾡ໄ䷇ x 䯁䍋ঠⴐϧ⊼㘚਀ᑊ䇈ߎ᠔਀ࠄⱘໄ ᭆߏФ఼


䷇DŽ
x 㘚਀੠䕼߿৘⾡Ф఼᠔থߎⱘໄ䷇DŽ
x ᏺ乚ᄽスࠄ᠋໪㘚਀਼ೈ⦃๗ⱘໄ䷇བ
⌕∈ໄǃ䳋䲼ໄǃࡼ⠽ໄㄝDŽ

1c. KURIKULUM BAHASA TAMIL

Anda mungkin juga menyukai