Anda di halaman 1dari 4

PROSES KAJIAN TINDAKAN

Ada lima proses penting dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu:


1.

Idea permulaan

2.

Membina rancangan tindakan

3.

Melaksana tindakan

4.

Memerhati kesan pelaksanaan tindakan

5.

Mereflek

1. Idea Permulaan
Suatu kajian tindakan bermula dengan satu idea bahawa suatu perubahan atau
penambahbaikan diperlukan dalam amalan guru. Idea tersebut akan terbit
daripada rasa prihatin guru terhadap sesuatu perkara praktikal berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran yang dilakui, di mana suatu masalah sedang
dihadapi.

Contohnya, apabila hampir separuh pelajar sebuah kelas gagal dalam ujian
topikal yang baru dijalankan yang membuatkan guru berasa sesuatu perlu
dilakukan bagi memulihkan kembali situasi; guru mendapati segelintir pelajarnya
tidak memberi sokongan dalam tugasan kumpulan yang diberikan, membuat
guru ingin mengetahui sebabnya; guru mendapati seorang guru mata pelajaran
lain menggunakan teknik pengajaran berasaskan ICT dengan jayanya di dalam
kelas, dan beliau ingin mengetahui sama ada teknik tersebut boleh berjaya
diaplikasikan dalam mata pelajaran yang diajarnya atau sebaliknya. Oleh itu
guru tersebut mencari jalan untuk mengaplikasikan ICT dalam mata pelajaran
yang diajarnya dan mencubanya dalam tindakan kelas. Pendek kata, seseorang
pengamal (guru) akan sentiasa berdepan dengan masalah, yang terjadi apabila
nilai-nilai yang dipegang bertentangan dengan apa yang berlaku dalam amalan,
yang menyebabkan suatu penambahbaikan perlu dicari (Kemmis &
Mctaggart,1982; Whitehead,1985). Situasi tersebut akan memberi idea untuk
memulakan suatu kajian tindakan.

Kemmis & McTaggart (1988) menggariskan empat langkah penting bagi


menjalankan kajian tindakan; (a) membina suatu rancangan tindakan bagi
membaiki sesuatu yyang sedang berlangsung, (b) melaksana rancangan yang
dibina, (c) memerhati kesan pelaksanaan dalam konteks bilik darjah, dan (d)
mereflek atau mengimbas kembali kesan yang terjadi sebagai asas untuk
merancang tindakan seterusnya.

Madzniyah et.al (1995) pula telah mengemukakan prosedur atau proses


pelaksanaan kajian tindakan mengikut langkah-langkah berikut:
1.

Mengenal pasti isu atau masalah atau situasi

2.

merancang tindakan

3.

melaksanakan langkah-langkah tindakan

4.

meninjau dan mengutip data

5.

tindakan untuk gelungan atau kitaran kedua

McNiff et al (1996) pula berpandangan bahawa asas proses kajian tindakan boleh
digambarkan sebagai:
1.

meninjau amalan semasa

2.

mengenal pasti sesuatu aspek yang hendak diperbaiki

3.

membayangkan langkah ke hadapan

4.

cuba membuat atau mengambil catatan apa yang berlaku

5.
mengubah suai perancangan berdasarkan apa yang ditemui dan
meneruskan tindakan
6.
menilai model yang telah diubah suai dan seterusnya sehingga berpuas
hati dengan semua aspek dalam kajian
Walau apapun pandangan ahli akademik di atas, apa yang dapat disimpulkan
ialah proses suatu kajian tindakan itu ternyata telah memperlihatkan satu kitaran
yang jelas yang patut dipatuhi oleh pengamalnya.

2. Membina Rancangan Tindakan

Setelah mendapat idea awal untuk memulakan langkah kajian tindakan,


penyelidik (guru) perlu membina rancangan untuk bertindak ke arah
penambahbaikan. Sebagai permulaan, penyelidik perlu menilai situasi sedia ada
bagi mendapatkan maklumat yang akan membantunya merancang tindakan
yang bakal diambil. Contohnya, apabila hampir separuh daripada sekumpulan
gagal dalam ujian topikal yang ditadbir, maklumat terperinci diperlukan tentang
soalan-soalan yang gagal dijawab oleh kumpulan pelajar berkenaan. Maklumat
ini dapat diketahui dengan merujuk kepada isi kandungan yang gagal difahami
oleh pelajar sehinggakan tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan
topik berkenaan dalam ujiian topikal. Kemudian berdasarkan maklumat yang
terkumpul, penyelidik boleh membentuk soalan penyelidikan:

1.
Apakah aspek-aspek yang belum difahami oleh pelajar tentang topik yang
diajar?
2.
Apakah kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami aspekaspek tersebut?
3.
Bolehkah masalah ini diatasi dengan mengajar semula topik tersebut
dengan kaedah pembelajaran masteri?
Setelah soalan-soalan penyelidikan Setelah soalan-soalan penyelidikan dibentuk,
penyelidik perlu membina suatu kerangka penyelidikan. Bagi kelas yang terlibat,
beberapa ujian diagnostik perlu dibina bagi mengesan kelemahan pelajar,serta
beberapa contoh yang lebih mudah digunakan dalam pengajaran semula.
kemudian, satu ujian setara dengan ujian topikal hendaklah dirangka bagi
memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada pelajar dapat menjawab
kesemua soalan yang dikemukakan.

3. Melaksana Tindakan

Setelah membina rancangan tindakan, tiba masanya bagi pelaksanaan.


Penyelidik (guru) perlu menyemak kembali kertas jawapan pelajar bagi
mengenal pasti soalan-soalan yang gagal dijawab oleh kebanyakan mereka,
diikuti oleh ujian diagnostik bagi mengesan kesukaran serta kekeliruan yang
dihadapi oleh pelajar tentang topik yang diajar. Setelah itu, penyelidik akan
mengajar semula topik berkenaan dengan memberi contoh-contoh yang lebih
mudah difahami oleh pelajar serta disertai dengan latihan dan bimbingan bagi
setiap pelajar secara individu.

4. Memerhati Kesan Pelaksanaan

Semasa tindakan sedang diambil, penyelidik akan mula mengesan perubahan


dalam kalangan pelajar terbabit, jika ada. Tindak balas yang diberikan oleh
pelajar semasa pengajaran semula yang memberi fokus terhadap aspek-aspek
yang sukar difahami akan memberi maklum balas kepada penyelidik. Akhir
sekali, keputusan ujian setara tentang topik yang diajar akan memberi maklum
balas sama ada tindakan yang dilaksanakan berjaya mengurangkan bilangan
pelajar yang gagal kepada hanya 20% daripada keseluruhan pelajar.

5. Mereflek

Kesan yang berlaku dalam sesuatu penyelidikan walaupun positif masih boleh
dipertingkatkan lagi. Hal ini dapat dilakukan melalui refleksi yang dapat
membantu penyelidik mengenal pasti kelemahan dalam ujian diagnostik yang
tidak dapat mengesan kelemahan tertentu dalam kalangan pelajar. Di samping
itu, pelajar mungkin gagal menjawab aspek-aspek lain dalam ujian setara,
berikutan kefahaman pelajar yang tidak kekal untuk tempoh masa panjang.
Secara amnya, penyelidik perlu mencari idea untuk mengatasi masalah retention
kefahaman pula, dan ini akan menjurus kepada satu lagi pusingan penyelidikan
baru yang perlu dirancang untuk tindakan seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai