Anda di halaman 1dari 3

KISAH KEINSAFAN PENAGIH DADAH DALAM 'BAWALAH AKU PULANG'

Oleh: EDITORIAL MH
Tarikh: 6 Julai 2015
Dalam mencetuskan kesedaran kepada masyarakat terhadap peranan yang
harus dimainkan untuk memberi sokongan kepada bekas penagih dadah, Radio
Televisyen Malaysia (RTM) membawakan sebuah drama menyuntik keinsafan
bertajuk 'Bawalah Aku Pulang' pada 7 Julai ini, pukul 10.00 malam mengisi slot
popular Citra di TV2.
Menampilkan pelakon Linda Hashim, Syed Aiman, Wan Sharmila, Adam Shah dan
Mak Wan, kisah keinsafan seorang gadis yang terjebak dalam kancah
penyalahgunaan dadah ini bermula dengan Adam dan Wawa berkawan baik
sejak dibangku sekolah lagi. Oleh kerana sikap Adam yang degil dan suka
menunjuk-nunjuk membuatkan Wawa susah hati kerana Adam memang suka
mencari masalah dan suka bergaduh dengan kawan-kawannya bila dia dicabar.
Adam akhirnya terpengaruh dengan kawan-kawan yang tercicir sekolah dan
terlibat dengan dadah.
Pada mulanya Wawa tidak suka dengan perangai Adam yang terlibat dengan
dadah. Tetapi Wawa diperdaya oleh kawan-kawan Adam yang telah dimasukkan
dadah ke dalam minuman Wawa. Bila Wawa berada dalam keadaan hayal Wawa
telah diperkosa oleh kawan-kawan Adam. Sejak itu Wawa mula terlibat dengan
dadah bersama Adam. Pelajaran Wawa merosot dan keluarga Wawa mengetahui
punca sebenar kenapa Wawa tercicir dan mula berubah tingkah laku. Mereka
tahu Wawa terlibat dengan dadah kerana pengaruh Adam.
Keluarga Wawa cuba pisahkan hubungan Wawa dan Adam untuk menyelamat
Wawa dari terus menagih dadah. Oleh kerana sering dimarahi oleh keluarga
akhirnya Wawa mengambil keputusan lari dari rumah bersama Adam ke Kuala
Lumpur. Sejak itu bermulalah kisah hitam Wawa bersama Adam bila kesesakan
hidup di kota dan ketagihan dadah terus membelenggu dirinya bersama Adam.
Sehinggalah Wawa dan Adam sama-sama mengidap HIV.
Suatu hari Adam telah mengambil dadah yang berlebihan dan kesan dari HIV
dan kerosakkan pada organ dalaman telah meragut nyawa Adam. Sejak
kematian Adam, Wawa terpaksa hidup bersendirian menempuh pancoraba hidup
di kota sebagai penagih dadah tegar dan juga pengidap HIV. Wawa cuba hendak
lari dari dunia hayalan itu dan kembali kepada keluarganya.
Tetapi sikap keluarga dan masyarakat sekeliling yang memandang serong
kepadanya yang menjadi penagih dan pengidap HIV membuatkan Wawa kembali
semula hidup di jalanan sebagai penagih. Sehingga lah Wawa menemui Ustaz
Haikal seorang hafiz lulusan Tahfiz di Darul Quran yang sedang menuntut di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ) dalam jurusan sosiologi Islam.
Di samping menuntut di universiti Haikal begitu aktif membuat kerja-kerja amal
membantu masyarakat. Sasaran Haikal untuk membantu remaja yang
bermasalah dan sesat dalam persimpangan kehidupan. Ustaz muda itu
menjalankan kempen menyedar remaja memahami erti kehidupan dari sudut
Islam. Ketika itulah Ustaz Haikal menemui Wawa yang ketika itu berada dalam
pasrah.

Dorongan dan dakwah yang diberikan Ustaz Haikal telah berjaya menyedarkan
Wawa untuk kembali dalam masyarakat. Wawa berusaha menjalani rawatan
penagihan dan rawatan kesihatan untuk mengurangkan penyakit HIV yang
dihidapinya.
Dalam hubungan itu kedua mereka semakin memahami antara sama lain
sehingga Wawa jatuh hati pada Ustaz Haikal. Tetapi perasaan cinta itu
disembunyikan dari pengetahuan Ustaz Haikal kerana dia sedar dirinya yang
sudah tidak suci tentunya tidak dapat diterima oleh Ustaz Haikal. Cinta Wawa
terhadap Ustaz Haikal semakin subur sehingga Wawa sudah tidak tertahan lagi
untuk meluahkan perasaan hatinya kepada Ustaz Haikal.
Perubahan sikap Wawa yang semakin mengambil berat tentang hubungannya
dengan Ustaz Haikal membuatkan Ustaz Haikal merasakan Wawa sudah
menyembunyikan rahsia hatinya. Ustaz Haikal tahu perasaan Wawa dan dia
sama sekali tidak mahu menguris perasaan Wawa. Ustaz Haikal sedar sekiranya
dia menolak cinta Wawa dia takut Wawa akan kembali kepada kegiatan asalnya
menagih dadah bila jiwanya tidak terkawal lagi. Apakah sebenarnya alasan Ustaz
Haikal menolak cinta Wawa? Adakah Wawa kembali ke jalan hidupnya yang
hitam setelah mendengar penjelasan lelaki dicintainya itu?
Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada
individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh
manusia berfungsi.
Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis
dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis
dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia
untuk pelbagai tujuan.
Dadah dan Anda!
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud
ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada
"drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama
dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang
membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal,
mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat
daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi
ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda
sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan
anda sekiranya anda tidak sihat.
Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali
sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak
mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan
negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di

sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang
pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalahmasalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia
telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk
mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport,
pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.
Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil
untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna".
Dadah dan Ciri-cirinya
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri
seperti berikut :
Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf
tunjang)
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
Diperoleh secara haram
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya
tahan terhadap dadah
Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi
sosial seseorang
Jenis-jenis Dadah
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis seperti berikut :
Opiat dan Opiat sintetik
Stimulan
Ganja
Halusinogen
Depresen
Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna
Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawatpenyakit, mengurangkan
simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan
tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap
dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap
sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu
(contohnya kafeina sebagai perangsang)

Anda mungkin juga menyukai