Anda di halaman 1dari 1

Halangan dan Rintangan Komunikasi

Empat halangan yang wujud dalam proses komunikasi beserta


contoh yang bersesuaian :
i. Fizikal
- Keadaan fizikal seperti kebisingan yang menyebabkan
komunikasi itu terganggu dan menyebabkan timbulnya
perselisihan faham antara penghantar dan penerima.
- Contohnya bunyi bising kenderaan menyebabkan penerima tidak
dapat mendengar apa yang disampaikan oleh penghantar melalui
telefon.
ii. Semantik / Bahasa
- Halangan komunikasi berlaku kerana terdapat perkataan
yang mempunyai banyak makna.
- Kesukaran dalam memilih perkataan yang betul semasa
mengucapkan ataupun menulis sesuatu menyebabkan proses
komunikasi kurang berkesan.
iii. Psikologikal
- Halangan psikologi ialah halangan yang disebabkan oleh cara
berfikir yang berlainan, mempunyai tanggapan yang berbeza, emosi
dan sebagainya.
- Contohnya seorang seorang yang sedih menyebabkan tidak
dapat menumpukan perhatian untuk menerima maklumat yang
disampaikan oleh penghantar.
iii. Sosiologikal
- Halangan yang disebabkan oleh faktor sosial seperti perbezaan
umur, jantina, budaya, negara, bahasa, taraf pendidikan yang
menyebabkan mungkin salah faham berlaku.
- Contohnya seorang pemuda India bercakap dengan seorang tua
berbangsa Cina, mereka mempunyai halangan bahasa, umur,
dan mungkin juga taraf hidup dan latar belakang kehidupan.
Posted by anNa_ItanNaat 7:44 AM
http://itanna-run.blogspot.my/2011/07/halangan-dan-rintangankomunikasi.html

Anda mungkin juga menyukai