Anda di halaman 1dari 10

(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER JANUARI 2017

ABPC 3303

PRINCIPLES OF BEHAVIOUR OF MODIFICATION

NO. MATRIKULASI : 801104015988002


NO. KAD PENGENALAN : 801104015988
NO. TELEFON : 013-7929948
E-MEL : lenynorzanajasman@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR BAHRU, JOHOR


ABPC 3303

Isi Kandungan

1. Pengenalan......................................................................................................2
2. Penerangan tentang modifikasi tingkah laku..................................................3-4
3. Penerangan tentang peringkat-peringkat utama yang terlibat dalam
proses perubahan tingkah laku........................................................................5-8
4. Perbincangan tentang isu-isu yang dihadapi dalam Penggunaan Peneguhan
dan Hukuman dalam konteks modifikasi tingkah laku..................................8
4.1 kesegeraan .......................................................................................9-10
4.2 konsisten .......................................................................................10-11
4.3 berfungsi berkenaan dengan tugas..................................................11-12
5. Kesimpulan..................................................................................................13
6. Rujukan........................................................................................................14

1
ABPC 3303
1. Pengenalan
Peranan Ujian dan Pengukuran Psikologi dalam Pemilihan Kerjaya

1.1 Peranan Ujian Psikologi

Kaplan dan Sacuzzo (2001) mentakrifkan ujian adalah salah satu alat
pengukuran atau teknik yang digunakan untuk menilai tingkah laku atau alat
bantuan untuk memahami dan meramal satu tingkah laku. Sehubungan dengan
itu, pakar-pakar psikologi telah mereka bentuk dan menerbitkan pelbagai
aspek ujian psikologi. Ujian-ujian ini terdiri daripada inventori personaliti,
ujian kepintaran skor kendiri, ujian pengamatan yang juga menilai aspek
kemahiran kognitif. Kognitif mempunyai kaitan dengan pemprosesan
maklumat yang dilihat dari segi fungsi psikologi manusia. Antara peranan
ujian psikologi mengikut Cronbach (1990), ujian psikologi adalah aplikasi
prosedur yang sistematikdalam usaha meninjau dan menerangkan tingkah laku
dengan menggunakan skala numerik atau kategori-kategori tertentu. Di
samping itu, ujian psikologi juga bertindak sebagai pemboleh ubah peramal
lantaran sifatnya yang mempunyai hubungan dengan prestasi kerja (Hamidah
Abd Ghani, 1982). Hull (1928) turut menerangka bahawa ujian psikologi
adalah pengukuran beberapa peringkat tingkah laku individu yang dipilih
secara teliti. Peranan lain adalah untuk menilai kecekapan, iaitu ujian yang
berhubung dengan pengetahuan serta kemahiran individu bagi menilai prestasi
pekerjaan yang cekap mengandungi soalan yang berkait rapat dengan
keupayaan pekerjaan yang dikehendaki (Lawshe & Balma, 1996). Ujian
psikologi merupakan teknologi yang paling tepat, adil dan baik terhadap
seseorang individu (National Academy of Science, 2000).

Peranan lain ujian psikologi adalah untuk membandingkan tingkah


laku dua atau lebih pemohon. Hal ini amat berguna untuk majikan bagi
mengenal pasti calon yang sesuai dengan skop pekerjaan. Majikan semestinya
menginginkan pekerja yang mampu melakukan tugasan yang diberikan dengan
baik dan memastikan emosi pekerja juga berda dalam keadaan yang stabil.
Peranan lain ujian psikologi adalah menyediakan maklumat tentang
kemahiran, kebolehan, pengalaman dan ciri-ciri yang digunakan bagi
2
ABPC 3303
menerangkan prestasi kerja pada masa akan datang. Hal ini bersesuaian
dengan kajian Lender (1965) yang mengatakan ianya merupakan anatara
teknik pemilihan kakitangan. Tiga peranan lain ujian psikologi diadakan
adalah untuk memilih pekerja baru, menilai pekerja yang mempunyai
pengetahuan, kenaikan pangkat dan khidmat nasihat untuk pekerja.

1.2 Pengukuran Psikologi

Pengukuran psikologi bermaksud prosedur untuk menggambarkan ciri-


ciri atau tingkah laku yang dinilai menggunakan nombor. Proses pengukuran
yang terlibat adalah konstruksi, administrasi dan penskoran ujian. Pengukuran
psikologi merupakan pengukuran dengan objek psikologi tertentu yang disebut
sebagai psychological attributes. Terdapat tiga ciri utama ujian pengukuran
psikologi. Ciri-ciri tersebut adalah deskriptif, relatif dan secara tidaklangsung.

Deskriptif adalah keputusan ujian yang menjelaskan aras pencapaian


individu secara umum berkaitan sesuatu set tugas di bawah keadaan tertentu.
Hal ini bermaksud, markah daripada ujian tersebut hanya memerihalkan
pencapaian tanpa penafsiran. Maklumat tambahan diperlukan bagi
menginterprestasi markah bagi ujian tersebut. Sebagai contoh, ujian
kecerdasan, DK110 yang hanya mejelaskan pencapaian individu dalam ujian
yang ditadbir.

Relatif pula adalah ujian yang bersifat mutlak yang bergantung kepada
pencapaian individu lain yang mentadbir ujian yang sama. Jelasnya, markah
ujian ditafsir dengan membuat perbandingan markah dengan individu lain
supaya tafsiran itu akan mejadi lebih bermakna kepada individu yang
mentadbir ujian-ujian psikologi. Misalnya, perbandingan dalam ujian
pencapaian seperti Peperiksaan Semester. Melalui ujian ini, prestasi akademik
setiap individu dapat dikenal pasti.

3
ABPC 3303
Ciri pengukuran secara tidak langsung menggambarkan personaliti
individu berasaskan apa diminati. Sebagai contoh, meminati kerjaya sebagai
pelakon ianya melambangkan personaliti Artistic individu tersebut.

Antara alat ukur yang popular adalah Inventori Personaliti Sidek, Profil
Minat Kerjaya Tajma, dan Self Directed Search. Setiap alat ukur ini telah diuji
kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi melalui beberapa kajian yang
dijalankan.

4
ABPC 3303
2.0 Pengenalan Ujian Pilihan dan Penjelasannya

Dua ujian psikologi untuk pilihan kerjaya yang dipilih adalah SelfDirected Search
(SDS) dan Inventori Personaliti Warna.

2.1 Self Directed Search (SDS)


Self Directed Search adalah satu ujian yang telah dibangunkan oleh John L.
Holland pada tahun 1971. Teori SDS ini merupakan satu bentuk alatan yang
digunakan untuk mentafsir diri individu dan dapat mancadangkan jenis pekerjaan
yang sesuai dengan diri mereka. Teori ini telah diguna pakai oleh lebih 22 million
orang di seluruh dunia dan telah dialih bahasa kepada lebih 25 bahasa. Teori ini
dicipta berdasarkan kajian beliau terhadap pembentukan personaliti manusia
terhadap persekitaran tempat kerja. Teori RIASEC adalah berdasarkan enam jenis
personaliti iaitu, Realistic (R), Investigate (I), Artistic (A), Social (S), Enterprising
(E) dan Convensional (C).

Responden dikehendaki untuk menjawab 192 soalan menggunakan jawapan


berbentuk nominal atau dikotomi iaitu Ya atau Tidak yang terdiri daripada tiga
bahagian iaitu Kesukaan, Kecekapan dan nama pekerjaan. Soalan-soalan ini
dikelaskan dalam kumpulan personaliti. Skor akan dinilai berdasarkan tiga
personaliti yang mempunyai Ya tertinggi dalam kolum. Setiap kolum diwakili
oleh satu personaliti RIASEC. Untuk setiap respon “YA”, satu markah akan
diberikan manakala “TIDAK” diberikan skor 0. SResponden hendaklah menjawab
berdasarkan minat tanpa dipengaruhi pandangan orang lain.

SRS dipilih untuk ujian pilihan kerjaya lantaran mempunyai semua jenis pola
dan personaliti yang terdapat pada manusia iaitu Realistik, Investigate, Artistic,
Social, Enterprising dan Conventional (Crowley,1979; Erlianto,1982; Amir, 1975;
Amla,1984). Teori SRS ini bukan sahaja menunjukkkan minat kerjaya tetapi juga
menunjukkan fokus dan cara bagaimana mahu menggapai kerjaya yang diminati.
Kod pertama tertinggi menunjukkan kerjaya yang diminati, kod kedua di mana
fokus bagi kerjaya dan kod ketiga bagaimana mahu mencapainya.

5
ABPC 3303
Sebagai contoh, kod EAS iaitu E (Enterprise) yang bermaksud mengetuai
bidang kreatif (A-Artistic) yang memberi fokus kepada manusia (S-Social). SDS
juga adalah model mudah difahami yang telah diiktiraf kesahan dan
kebolehpercayaan serta telah dibuktikan berkesan (Cummings,1985; Holland,1977
; Amla, Mizan Adliah 1998). Hal ini dibuktikan dengan penggunaan yang meluas
di seluruh dunia dan telah dialih kepada 25 bahasa. Adalah amat penting untuk
mencari satu model ujian yang mudah difahami oleh pentadbir ujian dan juga
responden. Ciri ini dapat dilihat dalam SDS memandangkan hanya mempunyai
dua pilihan jawapan yang difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Bagi pentadbir
ujian pula interprestasi yang tepat dapat diberikan. Tidak terhad dengan itu,
kandungan dan struktur SDS tidak terikat sepenuhnya dengan budaya Amerika
Syarikat (Holland,1975) di samping memperoleh nilai pekali kolerasi 0.90 (Amla,
1984).

2.2 Inventori Personaliti Warna Sidek (IPWS)

Inventori Personaliti Warna (IPWS) dibina oleh Prof Madya Dr Sidek Mohd
Noah et. al (1997)merupakan satu alat ukuran untuk mengenal pasti atau
mengukur ciri-ciri personaliti berdasarkan warna iaitu Emas, Jingga, Hijau dan
Biru. Ianya merupakan pengubahsuaian berasaskan teori personaliti warna yang
diperkenalkan oleh Don Lowry melalui kad-kad aktiviti true colours (Falt,1999).
Melalui aktiviti-aktiviti menyusun kad tersebut, personaliti seseorang individu
dapat diketahui melalui warna kad yang sesuai dengannya. Kata kunci bagi
personaliti emas adalah bertanggungjawab, Hijau adalah fikiran, Biru membawa
kata kunci perasaan dan jingga kebebasan. Terdapat 100 soalan yang mempunyai
format jawapan nominal ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Masa menjawab tidak ditetapkan
namun saranan tempoh antara 20 hingga 30 minit. Seperti kebiasaannya,
responden haruslah menjawab soalan secara telus yang benar-benar menerangkan
tentang diri mereka berdasarkan item yang diberikan. Kaedah pengiraan skor
adalah dengan menghitung bilangan Ya pada setiap lajur Emas, Biru, Hijau dan
Jingga dan Ya tertinggi pada salah satu warna lajur mewakili trait personaliti
responden.

6
ABPC 3303
Inventori Personaliti Warna Sidek dipilih sebagai ujian pilihan kerjaya
lantaran personaliti warna mempunyai signifikan terhadap minat kerjaya. Hal ini
dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Zunaini Yah (2000) dan
Ahmad Jazimin (2000). Selain itu, ujian ini telah menghasilkan item alpha
standard yang bernilai lebih daripada 0.82 dan nilai pekali Cronbach 0.84. Oleh
hal yang demikian , item-item IPW menunjukkan tahap kesahan dan
kebolehpercayaan serta signifikan untuk membolehkan ianya digunakan sebagai
salah satu ujian kerjaya pilihan.

7
ABPC 3303

3.0 Analisis Kajian

3.1 Latar Belakang

Seramai tiga (3) orang responden telah terpilih untuk menjalani dua
jenis ujian psikologi kerjaya ini. Rajah 3.0 menunjukkan maklumat atau
latar belakang responden.

Rajah 3.0: Maklumat Diri Responden


Nama Latar Belakang
Responden
Nur Atiqah Umur: 26 tahun
Hamzah Status Pekerjaan: Bekerja sebagai Jurutera Proses dalam
Indusri Pembuatan
Nur Izzati Abd Umur: 23 tahun
Rashid Status Pekerjaan: Graduan daripada Universiti Pendidikan
Sultan Idris dalam bidang Pendidikan (Matematik)
En Radin Mohd Umur: 35 tahun
Izat Status Pekerjaan: Jurutera Program dalam Industri Hard
Disk Drive

3.2 Skor dan Interprestasi UjianSelf Directed Search (SDS)


Skor ujianSelf Directed Search boleh dilihat pada Jadual 4.0.

Jadual 4.0: Skor Ujian Psikologi SDS


Skala Kod
Responden Sub - Skala
R I A S E C Holland
Nur Atiqah Kesukaan 8 8 7 9 9 5
Hamzah Kecekapan 7 8 3 8 7 2
Pekerjaan 3 5 1 8 8 2 SEI
Jumlah 18 21 11 27 24 9
Skor

8
ABPC 3303
Nur Izzati Abd Kesukaan 2 9 2 9 3 7
Rashid Kecekapan 1 8 1 8 1 7
Pekerjaan 3 5 0 9 0 3 SIC
Jumlah 6 22 3 26 4 17
Skor
En Radin Mohd Kesukaan 9 8 1 5 1 8
Izat Kecekapan 7 9 0 5 1 7
Pekerjaan 9 8 0 2 1 7 RIC
Jumlah 26 25 1 12 3 22
Skor

Anda mungkin juga menyukai