Anda di halaman 1dari 11

Kesan Kemasukan Buruh Asing di Negara kita. Bincangkan.

Buruh asing merupakan orang-orang yang berasal dari negara luar dan
kemudiannya bekerja di luar negara untuk mencari dan menambahkan lagi
pendapatan mereka. Apa yang kita ketahui, kebanyakkan buruh-buruh asing
ini berasal dari negara yang serba miskin dan mundur disebabkan terlalu
ramai penduduk sehingga ruang pekerjaan tidak mencukupi bagi mereka.
Pihak kerajaan mereka juga tidak mampu membantu dan menhulurkan
bantuan, malah ada yang langsung tidak memperdulikan rakyatnya yang
susah, kerana mereka hanya mementingkan pembangunan negara sahaja,
tidak pada rakyatnya. Jadi, ramai yang telah berhijrah ke luar negara untuk
mencari wang bagi menampung kehidupan keluarga mereka seharian.
Dengan kemasukkan buruh-buruh asing ini ke negara kita, negara kita dapat
membangun dengan pesatnya seperti sekarang, serentak mengikut aliran
kemajuan negara-negara luar. Mereka memang mahir dalam melakukan
pekerjaan yang berat seperti membuat bangunan, jalan raya dan
sebagainya. Selain itu juga, mereka memang diperlukan untuk mengurus
dan membantu dalam pekerjaan rumah, seperti mengemas, mencuci,
memasak dan menjaga anak-anak majikannya. Begitu juga di tempat pusat
membeli-belah, di mana banyak warga asing mengambil tempat pekerjaan,
mengalahkan warga tempatan kita. Kecekapan mereka dalam bekerja
memang mengagumkan dan pandai mengambil hati pelanggan.
Namun, semakin ramai kemasukkan buruh asing ke negara ini, semakin
banyak orang-orang asing tersebut mengaut keuntungan negara kita.
Antaranya ialah buruh asing tersebut telah mengambil peluang pekerjaan
yang sepatutnya warga tempatan laksanakan. Ini telah mendatangkan kesan
pada warga tempatan kita, terutamanya pada golongan belia. Disebabkan
warga asing inilah, golongan belia tempatan tidak mendapat pekerjaan.
Tambahan lagi, belia di negara kita tidak mahir dalam pekerjaan berat dan
juga terlalu memilih pekerjaan. Dengan demikian, banyak pengangguran
berlaku dikalangan orang tempatan.
Selain itu juga, ekonomi kita hanya bergantung pada penghasilan minyak
dan gas, tetapi sumber sebegitu memang tidak akan berkekalan.
Sehubungan dengan itu, negara kita harus memikirkan bagaimana cara
untuk mencari sumber ekonomi negara selain dari penghasilan dan
penjualan minyak dan gas. Jadi, apa salahnya kita menggunakan orang
tempatan untuk melakukan kesemuanya demi pembangunan negara kita?
Wang yang kita laburkan tidak sia-sia jika untuk warga tempatan daripada
dilaburkan kepada orang asing. Dengan ini, ekonomi negara tidak akan susut
dan negara akan kembali stabil seperti sedia kala.

Dengan demikian, kita harus mengetahui kesan buruh asing ini terhadap
negara kita. Walaupun mereka telah membuat negara kita semakin maju,
namun mereka juga telah mendatangkan kesan negatif pada kita dan juga
negara. Untuk mengelakkan kesan ini berterusan, warga tempatan terutama
golongan belia hendaklah mempelajari pelbagai bidang pekerjaan sehingga
mereka mahir dan berkebolehan. Ini juga bukan sahaja untuk kebaikkan
pada diri mereka, tetapi juga pada negara kerana merekalah golongan yang
bertanggungjawab dalam pembangunan negara.

Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa
berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul
masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang
ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah
menimbulkan pelbagai masalah.
Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras
kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa
bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan
sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan
dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan
asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga,
wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.
Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini
merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka
melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka.
Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan
rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah
taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini
menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia
ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa
dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata
canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.
Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah
akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat
demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan
mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan
sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat
yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga
disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan
pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.
Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah
perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan
pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka.
Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan
sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu,
pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini.
Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta
pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang
mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.

Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah
pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana
gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita
sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak
antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual
barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kayaraya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan
teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat
kita.
Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka,
terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani
masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.

Malaysia adalah antara 10 buah negara teratas yang tersenarai sebagai penggaji
warga asing tertinggi di dunia. Di mana-mana sahaja pada hari ini khususnya di
bandar besar, kita boleh berjumpa dengan pekerja asing dari Indonesia, Filipina,
Bangladesh, Nepal, India dan China yang bekerja dalam pelbagai sektor yang
bergaji rendah seperti buruh, pekerja kilang dan pembantu rumah. Jumlah pekerja
asing di negara ini berjumlah 1.85 juta orang dengan pendatang Indonesia sahaja
berjumlah 1.2 juta orang diikuti Nepal seramai 200,000 orang. Semua mereka ini
termasuk yang datang dari Mynmar, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Vietnam, Sri
Lanka dan negara di benua Afrika.
Kedatangan pekerja asing ini tentulah untuk bekerja di negara yang mempunyai
banyak peluang pekerjaan ekonomi khususnya pembinaan, perladangan,
perkhidmatan dan perniagaan. Pekerja asing ini boleh dikelaskan kepada dua iaitu
pekerja yang datang secara sah dan pekerja yang datang melalui jalan belakang
atau pendatang asing tanpa izin (PATI).
Pekerja yang datang ke Malaysia secara sah umumnya telah ditentukan jenis
pekerjaan, majikan, tempat tinggal dan telah melalui pelbagai proses untuk
memenuhi kelayakan sebagai pekerja. Mereka kemudiannya diberikan permit kerja
yang dinyatakan tempoh kerja mereka di negara ini. Kategori pekerja jenis ini
mempunyai dokumen perjalanan yang sah, bebas daripada penyakit berjangkit,
mempunyai kontrak pekerjaan yang sah dan tidak membawa banyak masalah
kepada masyarakat. Majikan mereka juga lebih bertanggungjawab dengan
menyediakan tempat kediaman, makanan dan perkhidmatan perubatan.
Kategori kedua ialah PATI yang tidak pernah melalui proses seperti kategori
pertama. Mereka juga tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, risiko
penyakit berjangkit yang tinggi seperti tuberculosis (tibi) dan mudah dieksploitasi.
PATI yang ditangkap kerana pelbagai kesalahan imigresen dan jenayah hanya
membebankan pihak kerajaan kerana terpaksa menanggung kos penahanan dan
penghantaran ke negara asal mereka. Kes-kes yang lebih rumit seperti imej
implikasi buruk terhadap negara asal pendatang berkenaan.
Tarikan untuk mendapat pendapatan lumayan di Malaysia akan memberi
rangsangan dan dorongan kepada pekerja asing ini untuk menggunakan semua
cara sama ada secara sah ataupun tidak. Ada yang menggunakan lorong semut di
sempadan untuk membolosi kawalan keselamatan negara, menipu pas pengajian
pendidikan, menggunakan pas lawatan sementara dan berkahwin dengan
warganegara tempatan.
Contoh kes berkaitan ialah penipuan pas pengajian di sebuah institusi pengajian
tinggi di Kedah beberapa hari yang lalu. Mereka datang ke Malaysia semata-mata
untuk berniaga kain dan permaidani sedangkan dalam permohonan adalah untuk
belajar. Tidak dapat disangkal lagi bahawa kolej ini telah lari daripada matlamat

sebenar penubuhannya dan mementingkan keuntungan jangka pendek. Di sini


peranan orang tempatan membawa masuk pekerja asing sangat jelas dan tindakan
sewajarnya perlu diambil bagi membendung kegiatan yang tidak bertanggungjawab
itu.
Kes ini adalah iktibar kepada pihak berkuasa Malaysia yang menunjukkan bahawa
pekerja asing dan PATI akan menggunakan apa sahaja ruang, peluang dan
kelemahan yang ada untuk bekerja di negara ini. Segelintir ahli masyarakat
tempatan yang ingin cepat kaya akan gelap mata melihat perniagaan ini dan
membelakangkan tanggungjawab mereka sebagai warganegara dan rakyat
Malaysia. Walaupun mengetahui wujudnya undang-undang berkaitan perkara ini,
demi wang ringgit mereka lebih mengutamakan kehendak diri sendiri daripada
masyarakat dan negara.
Kehadiran PATI dan pekerja asing bagi memenuhi permintaan di sektor kritikal
seperti pembinaan dan perladangan adalah gambaran sifat bergantung yang
keterlaluan dalam pembangunan tenaga kerja. Jumlah PATI seramai 600,000 orang
boleh sahaja memberi maklum balas dan persepsi negatif masyarakat terhadap
kerajaan Malaysia. Usaha kerajaan seperti pengampunan, sebatan dan pembekuan
pengambilan pekerja asing yang baru tidak pernah menghalang lebih ramai PATI
untuk mencari rezeki di negara ini.
Hakikatnya, semakin ramai pekerja asing khususnya PATI yang datang ke Malaysia
memperlihatkan wujudnya kegagalan pelaksanaan program pencegahan dan
pengawalan yang berkesan bagi membendung masalah ini. Kepintaran dan
kebijaksanaan agensi penguatkuasa yang terlibat belum mampu memberikan
tindakan penyelesaian yang mantap bagi mengurangkan kehadiran PATI ini. Apakah
kita perlu menunggu kebanjiran pekerja asing dan PATI yang menimbulkan huruhara dan menyebarkan penyakit barulah kita akan terburu-buru mencari
penyelesaiannya? Ataupun fenomena ini kesan sampingan untuk menjadi sebuah
negara maju pada tahun 2020?
Setiap hari media akhbar dan elektronik melaporkan mengenai tingkah laku dan
kegiatan negatif pendatang ini yang melibatkan pergaduhan dan kematian.
Pendedahan demi pendedahan menjadikan kita tertanya-tanya apakah yang
berlaku. Sehari ke sehari terdapat sahaja pendatang yang ditemui mati di tepi jalan,
mati kerana bergaduh di rumah kongsi dan mati kerana membalas dendam.
Begitu juga dengan kes-kes jenayah yang kecil seperti ragut, rompakan, rogol,
mencuri, berkhalwat, berzina dan mengganggu anak gadis sudah biasa kita dengar.
Aktiviti sampingan ini telah mengganggu keharmonian masyarakat Malaysia dan
memberi motivasi kepada sebilangan kecil daripadanya untuk turut bersama-sama
terlibat dengan jenayah. Di Kedah umpamanya, sepasang suami isteri ditangkap
kerana bersubahat membantu sekumpulan pendatang asing dari Kuala Lumpur

melakukan jenayah pecah rumah dan rompakan. Hasil rompakan tersebut


dibahagikan sama rata dan perbuatan tersebut terus diulangi dari semasa ke
semasa sehinggalah ditangkap.
Terdapat banyak sebab kenapa kes jenayah banyak melibatkan pekerja asing dan
PATI. Antaranya ialah kesempitan kewangan. Hidup di bandar besar dengan
pendapatan yang kecil adalah sesuatu yang membebankan. Tidak salah kalau kita
beranggapan bahawa PATI yang terlibat ialah mereka yang bernafsu besar dan
mahu cepat menjadi kaya tanpa memikirkan dosa dan kesulitan yang akan dialami
oleh mangsa. Pergaduhan sesama etnik dari negara yang sama turut berlaku
disebabkan rasa tidak puas hati dan membalas dendam. Kadangkala perkara yang
kecil turut melibatkan kematian seperti yang berlaku tidak lama dahulu iaitu mati
kerana berebut tandas. Kejadian ini melibatkan pekerja dari Mynmar.
Sesetengah daripada mereka yang telah lama bekerja di negara ini diketahui
mengambil peluang perniagaan rakyat tempatan dengan memajak lesen ataupun
secara terang-terangan berniaga bakso di tepi jalan. Keadaan ini menimbulkan rasa
tidak puas hati masyarakat tempatan yang tidak sabar dengan siasatan pihak
berkuasa mengambil tindakan sendiri sama ada memberi amaran ataupun
membelasah pendatang ini. Tentulah mereka mempunyai sebabnya seperti tidak
ada permit, mengganggu peniaga-peniaga tempatan yang mempunyai lesen
perniagaan dan tahap kebersihan makanan yang disediakan tidak memuaskan.
Mengatasi masalah sosial yang ditimbulkan oleh PATI dan pekerja asing melibatkan
kerjasama tiga pihak iaitu kerajaan, swasta dan masyarakat umum. Kerajaan
sebagai agensi pembentuk, pengawal dan pelaksana dasar mempunyai peranan
yang sangat besar bagi mempastikan kemasukan PATI dihalang sepenuhnya.
Keupayaan kerajaan membentuk dan mengawal dasar memang sangat
membanggakan tetapi lemah dalam aspek pelaksanaan. Walaupun banyak program
pencegahan dilaksanakan seperti program pemutihan dan pengampunan, masih
ramai PATI yang menyeludup masuk ke negara ini.
Kesudahannya lebih ramai pekerja asing dan PATI membuka kampung sendiri,
menyekolahkan anak-anak di sekolah kerajaan, menggunakan perkhidmatan
kesihatan kerajaan dan mewujudkan kawasan setinggan baru.
Pihak swasta bertanggungjawab mempastikan pekerja mereka yang terlibat dalam
sektor pembinaan dan perladangan mempunyai permit kerja yang sah dan
mengutamakan pekerja tempatan. Sekiranya mereka mengabaikan kepentingan
pekerja yang sah ini, kejadian seorang majikan yang mendapat penyakit tibi akan
dapat dielakkan. Kejadian yang berlaku ini memberi iktibar kepada mereka yang
ingin mendapat tenaga buruh yang murah kerana tanpa pemeriksaan kesihatan,
seseorang PATI boleh menyebarkan penyakit secara diam-diam.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dan memberi kerjasama kepada agensi
penguatkuasa untuk melicinkan operasi pembasmian dari semasa ke semasa.
Mereka tidak seharusnya memikirkan ganjaran yang akan diberi sekiranya memberi
maklumat kerana tanggungjawab membanteras pendatang asing tanpa izin ini turut
menjadi sebahagian tanggungjawab rakyat yang bermaruah.
Kemasukan pekerja asing ke sesebuah negara adalah fenomena sejagat dalam era
dunia tanpa sempadan hari ini. Kita tidak boleh menghalang kemasukan ini kerana
tawaran yang diberikan mereka adalah sangat menarik seperti kos buruh yang
murah dan kemahiran yang dimiliki. Namun membendung kemasukan pekerja asing
yang tidak mahu berdaftar adalah cabaran besar kepada kita kerana mereka ini
boleh mencetuskan masalah sosial yang lebih parah pada masa hadapan. Ketigatiga pihak iaitu kerajaan, swasta dan masyarakat wajar melihat kerjasama pintar
sebagai satu jalan penyelesaian seperti memperkasa progam kesedaran di akar
umbi dan pada masa yang sama menambah baik peranan agensi penguatkuasa
supaya Malaysia bebas daripada pendatang asing tanpa izin.

Di negara ini, angka mereka yang dijangkiti penyakit ini semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Sejak 1989 secara purata sebanyak 11,500 hingga 12,000 kes dikesan setiap tahun. Separuh
daripada kes ini didapati positif dijangkiti tibi.
Pada 2006, seramai 14,000 pesakit tibi telah dapat dikesan dimana nisbah jangkitan adalah 61
untuk setiap 100,000 penduduk.
Tahun berikutnya, sebanyak 16,000 kes baru dicatatkan dan pada 2008 pula sebanyak 17,506 kes
baru didaftarkan. Daripada angka ini, 10,441 disahkan dijangkiti kuman tibi dengan 2207 kes
melibatkan pendatang asing.
Angka jangkitan terus meningkat tahun lalu dengan 17,496 kes baru direkodkan.
Bagaimanapun, kes tibi di Malaysia masih rendah berbanding Filipina, Thailand dan Indonesia,
namun lebih tinggi dari negara Singapura.
Tibi dan pendatang asing
Kemasukan pekerja dari negara-negara dunia ketiga sememangnya menjadi punca utama
jangkitan tibi masih berleluasa biar pun tahap kebersihan dan kesihatan di negara ini boleh
dikatakan berada pada paras sederhana.
Menurut Dr. Hairulfaizi, tibi sememangnya sangat sinonim dengan negara mundur dan
kemasukan pekerja dari negara-negara ini turut membawa sekali penyakit tersebut.
Pemeriksaan kesihatan menyeluruh perlu dilakukan kepada pekerja asing ini agar mereka tidak
membawa sekali kuman yang mudah berjangkit ini. Bagaimanapun, langkah ini masih belum
boleh diimplementasi sepenuhnya atas beberapa sebab, antaranya kemasukan pendatang tanpa
izin, kata beliau.
Penyebaran kuman di kalangan pendatang berlaku dengan mudah disebabkan keadaan
persekitaran yang memudahkan penyakit merebak dan menular.
Boleh dikatakan dengan keadaan tempat tinggal yang sempit dan kurang ventilasi menjadi salah
satu sebab penting kepada jangkitan ini menular dengan mudah.
Selain itu kata beliau, negara maju seperti Amerika Syarikat juga turut berdepan dengan masalah
ini disebabkan kemasukan pendatang asing dari negara membangun seperti

PARLIMEN KUALA LUMPUR, 24 Okt (Hrkh) - Usul Salahuddin Ayub (Ketua Whip PAS di
Parlimen - Kubang Kerian) berhubung kebanjiran pekerja asing sebagaimana yang dilaporkan
oleh Juru Audit negara pada akhir bulan disember 2006, melebihi had yang ditetapkan, ditolak
Dewan Rakyat hari ini.
Iklan

Usul yang dikemukakan kelmarin, ditolak oleh dewan


atas alasan ianya bukan perkara yang perlu disegerakan.

Menurut Yang DiPertua Dewan, Tan Sri Ramli Ngah Talib, usul ditolak kerana tidak perlu
disegerakan dan difahamkan pihak kerajaan sedang merangka strategi untuk mengurangkan
kebergantungan ekonomi Malaysia terhadap pekerja asing.
Katanya, usaha-usaha yang dilakukan oleh jawatankuasa kabinet mengenai pekerja asing dalam
pemantauan terhadap daftar kualiti kemasukan pekerja asing di Malaysia.
Bilangan pekerja asing di seluruh negara ialah 1.87 juta orang berbanding dengan siling 1.80 juta
yang telah ditetapkan.
Terdahulu, Salahuddin dalam teks usulnya memberitahu, Laporan Kertas Putih Persoalan Dasar
dan Sistem Penyampaian dan Pengawasan Pekerja Asing yang melebihi daripada dua juta orang
di negara ini yang telah merampas peluang pekerjaan 240,000 pelajar lepasan PMR,SPM, STPM.
Katanya, bilangan pekerja asing resmi di Malaysia telah mencapai 2,021,099 orang pada 30
September tahun ini manakala setiap1,600 orang pekerja asing mendarat di lapangan terbang
KLIA dan LCCT dan terdapat hampir 800,000 PATI di gaji majikan.
Tegasnya, pengambilan pekerja asing melalui outsourcing agen telah menjadikan negara
terkenal sebagai sebuah negara perdagangan manusia yang terbesar di Asia.
"Tindakan sekumpulan 779 pekerja Bangladesh dari Johor Baharu mendakwa mereka tertipu. 52
orang mahasiswa bidang perhotelan Indonesia dijadikan buruh murah kerana di tipu agensi
Malaysia yang di miliki warga Indonesia," katanya.
Tambahannya, Pekerja Asing Tanpa Izin juga membawa banyak masalah sosial, bersama sindiket
jenayah mereka menyumbangkan 20% kes jenayah.
Justeru, Salahuddin berkata, pekerja asing memang dapat membantu meningkatkan nilai
ekonomi Malaysia tetapi mereka adalah perampas peluang pekerjaan 240,000 pelajar lepasan
PMR,SPM, STPM.
"Negara belanjakan RM1.169 juta sehari untuk menahan hampir 24,000 Pendatang Asing Tanpa
Izin di 54 penjara dan 15 pusat tahanan,".

"Misalnya perkhidmatan kesihatan dan pendidikan di Sabah turut terjejas di mana hak-hak rakyat
Sabah di rebut oleh orang asing. Laporan Fomema menunjukkan 3.2 peratus pekerja asing gagal
dalam ujian kesihatan dan pembawa penyakit," katanya. - mr _

Anda mungkin juga menyukai