Anda di halaman 1dari 14

Cik Siti Wan Kembang atau Cik Wan Kembang, di antara sejarah, lagenda dan

mitos
Lukisan Cik Siti Wan Kembang seperti yang terdapat di Muzium Kelantan
Sebut sahaja nama Cik Siti Wan Kembang, sudah pasti ramai di kalangan kita
akan terus mengaitkannya dengan Kelantan, sehinggakan nama negeripun
seringkali disebut sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang. Begitulah betapa
tersohornya nama tokoh sejarah Kelantan ini yang dianggap sebagai lagenda
wanita Kelantan yang juga seringkali dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa pelik
sejak dari dahulu sehingga kini, sehinggakan nama dan watak tokoh wanita
Melayu agung ini akhirnya menjadi suatu mitos. Namun demikian nama Cik Siti
Wan Kembang terus menjadi sebutan ramai dan terus menarik minat para
pengkaji untuk mengkaji sejarah kewujudannya.

Berikut adalah beberapa fakta yang seringkali dikaitkan dengan Cik Siti Wan
Kembang :

Nama asal Cik Wan Kembang


Kematian ayah sejak usia empat tahun
Raja Kelantan ke enam dari keturunan Sultan Iskandar Shah
Menjadi raja dalam usia 30 tahun pada 1610
Pusat pemerintahan, Gunung Chinta Wangsa dan Kota Tegayong
Tidak berkahwin dan menjadikan Puteri Saadong sebagai anak angkatnya
Binatang kesayangan adalah kijang dan menjadikan binatang itu sebagai
lambang negeri
Memerintah Kelantan selama 67 tahun
Wanita pertama perintah sebuah negeri selama 67 tahun bermula 1610 tidak
pernah berkahwin
Dikatakan ghaib selepas kembali semula ke Gunong Chintawangsa, kota
pemerintahan awalnya dan selepas itu kisahnya tidak diketahui lagi.

Lukisan Cik Siti Wan Kembang seperti yang terdapat di Muzium Kelantan

Sebelum saya teruskan pandangan saya berkenaan dengan Cik Siti Wan
Kembang, eloklah saya petik apa yang dikatakan sebagai sejarah Cik Siti Wan
Kembang sebagaimana yang dicatatkan di dalam buku-buku sejarah.

Menurut catatan sejarah, nama sebenar raja keenam memerintah Kelantan dari
keturunan Iskandar Shah itu ialah Cik Wan Kembang. Nama itu diberikan oleh
ayahandanya iatu Sultan Ahmad.

Berdasarkan buku Ringkasan Ceritara Kelantan, karangan Datuk Perdana Menteri


Paduka Raja, gelaran Siti dikatakan diberikan oleh seorang pedagang Arab
yang membahasakan Cik Wan Kembang dengan Siti. Dikatakan, ketika
mengadap dan berbual dengan Cik Wan Kembang, orang Arab itu
membahasakan beliau dengan Siti dan panggilan Siti itu didengar beberapa
orang yang berada di balai mengadap. Lalu seorang daripada kumpulan itu
bertanya apakah erti Siti sebelum dijawab pedagang Arab, yang Siti adalah
gelaran bagi seorang perempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai.
Selain itu terdapat juga sumber sejarah menyatakan beliau turut digelar
panggilan Paduka Cik Siti.

Cik Siti Wan Kembang

Buku sejarah Kelantan karangan Arifin Abdul Rashid, terbitan Pustaka Al-Ahliah
(1962), pula menyatakan bahawa Siti bererti tuan (perempuan) yang layak
digelarkan kepada perempuan yang mula-mula menjadi pemerintah sesebuah
negeri. Jadi, ekoran daripada peristiwa inilah nama Cik Wan Kembang mula
terkenal dengan gelaran Cik Siti Wan Kembang.

Peta Hulu Kelantan

Kisah Cik Siti Wan Kembang bermula dengan peristiwa kemangkatan Sultan
Mansur Shah pada tahun 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak
ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Gombak. Setelah baginda
Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera
angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H),
dengan gelaran Sultan Ahmad. Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun
puteri Seri Nara DRaja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela

Wangsa Pahang. Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri yang


dinamakan Cik Wan Kembang.

Air Terjun Jelawang setinggi 305 meter yang tertinggi di Asia, terletak di Gunung
Stong (1433 meter)

Gunung Ayam (1504 meter) yang terletak bersebelahan Gunung Stong di Hutan
Simpan Dabong

Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Wan
Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah
dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada
1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang telah ditabal menjadi Raja Kelantan
sewaktu baginda berusia 30 tahun. Baginda bersemayam di Gunung Chinta
Wangsa , di Nenggiri, Hulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah tenggara
Kuala Krai.

Pemerintahan Cik Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal


menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar
negeri termasuk juga orang-orang Arab yang kemudiannya mengelarkan Cik Wan
Kembang dengan panggilan Paduka Cik Siti.

Walaupun seorang wanita, sebagai pemerintah, Cik Siti Wan Kembang bijak
mengatur langkah memastikan negeri di bawah penguasaannya sentiasa berada
dalam keadaan selamat. Kerana bimbangkan pemerintahan di Gunung
Chintawangsa akan diserang, beliau merancang pembinaan sebuah kota
pentadbiran baru supaya tidak hanya bergantung kepada satu pusat
pemerintahan saja. Baginda membuat keputusan meninggalkan Gunung
Chintawangsa. Dalam pencarian kawasan baru itu, beliau sampai ke hutan yang
dipenuhi pokok tegayong. Di situ, beliau membuka Kota Tegayong.

Di kota pentadbiran baru itu, baginda membina sebuah taman bunga sebagai
tempat bermain dan bersuka ria yang dinamakan dengan Taman Serendah
Sekebun Bunga Cerang Tegayong, yang kini terletak di Kampung Kedai Piah,
Pangkal Kalong, Ketereh. Apabila nama Cik Siti Wan Kembang mula terkenal,
rakyatnya yang mendiami Gunung Chintawangsa membawa pelbagai

persembahan untuk baginda. Antara persembahan itu ialah seekor anak kijang
cantik yang amat dikasihinya. Kerana terlalu sayangkan kijang itu, Cik Siti Wan
Kembang menerapkan lambang kijang pada wang emas negeri selain diabadikan
pada sebahagian lambang kebesaran Kelantan yang kekal hingga kini.

Rombongan Cik Siti Wan Kembang diiringi oleh Kijang

Dalam masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di Gunung
Chinta Wangsa itu, maka disebelah timur laut negeri Kelantan telah timbul
sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, dibawah pemerintahan Raja Sakti pada
tahun 1638M (1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera baginda, Raja
Loyor, telah ditabal menjadi Raja pada tahun 1649M (1059H). Baginda
dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera yang diberi
nama Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama
Puteri Saadong.

Di sebalik kejelitaannya, Cik Siti Wan Kembang tidak bersuami walaupun ramai
raja dan anak raja datang meminangnya. Pinangan tersebut ditolak Cik Siti Wan
Kembang dengan alasan tidak terlintas dihatinya untuk bersuami. Lama
kelamaan, keadaan itu membuatkan Cik Siti Wan Kembang berasa kesunyian
hidup sendirian. Apabila melihat Puteri Saadong, (Puteri Raja Loyor) ketika
mengadap Raja Loyor di Jembal, timbul hasrat mengambil puteri itu sebagai
anak angkatnya. Melalui hubungan baik yang telah terjalin di antara Kerajaan Cik
Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa, dengan Kerajaan Loyor di Jembal,
rundingan diadakan di antara Cik Siti Wan Kembang dengan Raja Loyor dan
permaisurinya. Akhirnya dengan rela hati mereka menyerahkan Puteri Saadong
untuk dijaga Cik Siti Wan Kembang.

Gunung Reng yang terletak di Batu Melintang, Jeli, Kelantan dikatakan berkait
rapat dengan sejarah Puteri Saadong

Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat bagi
mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti, memandangkan baginda
tidak mempunyai puteri ataupun putera kerana baginda tidak pernah berkahwin.

Mungkinkah ini adalah Cik Siti Wan Kembang ? Model dengan pakaian Cik Siti
Wan Kembang

Puteri Saadong merupakan seorang gadis yang sangat cantik dan jelita, dan
digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala.
Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang
menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Menyedari
Raja Siam akan menimbulkan masalah berikutan penolakan lamaran itu, Cik Siti
Wan Kembang mengahwinkan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah iaitu
sepupunya dari Jembal sebelum dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah
Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke
Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Pintu masuk ke Tanah Serendah, yang pernah menjadi kota pentadbiran Cik Siti
Wan Kembang

Sebahagian daripada Tanah Serendah Sekebun Bunga

Sejarah Cik Siti Wan Kembang berakhir apabila beliau melantik Raja Abdullah
dan Puteri Saadong sebagai pemerintah Kelantan. Selepas pelantikan itu, Cik Siti
Wan Kembang kembali semula ke Gunong Chintawangsa, kota pemerintahan
awalnya dan selepas itu kisahnya tidak lagi diketahui. Cik Siti Wan Kembang
memerintah Kelantan selama 67 tahun, antara 1610 dan 1677 dengan dua pusat
pemerintahan iaitu Kota Tegayong dan Gunung Chintawangsa.

Wakaf yang dibina untuk kemudahan pengunjung di Tanah Serendah Sekebun


Bunga

Bahtera Cik Siti Wan Kembang. Bahtera ini pernah diarak ke Kota Bharu dalam
satu perayaan sehingga menimbulkan KERIBUTAN yang bukan sedikit tidak lama
dahulu.

Cik Siti Wan Kembang Bukan Wan Kembang

Timbul persoalan sekarang, benarkah Cik Wan Kembang itu adalah Cik Siti Wan
Kembang ? Adakah mereka berdua adalah orang yang sama ? Baiklah, kita
perhatikan semula catatan sejarah terutamanya salasilah Raja-Raja Kelantan
tulisan Christopher Buyers seperti di bawah. Salasilah pertama di bawah ialah
salasilah Cik Siti Wan Kembang.

GENEALOGY RAJA-RAJA KELANTAN

Ca. 1233 Maharaja Srimat Trailokyaraja Mauli Bhushana Varma Deva (Brahma),
Maharaja of Imbang Jaya or Sambugita. He d. ca. 1233, having had issue, three
sons:

1) Raja Surendra, who succeeded as Maharaja Suran, Maharaja of Jawaka see


below.
2) Sri Trimurti Sang Sapurba, Raja of Palembang. He had issue:
a) Sri Tribhuvana Sang Nila Uttama, Raja of Jambi. Ancestor of the Royal houses
of Jambi, Singapore-Tamassak and Malacca-Johor.
3) Ken Arok, Raja of Singasari. Ancestor of the Royal Houses of Singasari and
Pulau Jawa.
Copyright Christopher Buyers

1233 1253 Maharaja Suran, Maharaja of Jawaka. Succeeded on the death of his
father, ca. 1233. He d. ca. 1253, having had issue, a son:

1) Raja Tilam, Maharaja of Malayur from 1253. He d. ca. 1335, having had issue,
a son:
a) Raja Sakranta, Maharaja of Jawaka see below.
Copyright Christopher Buyers

1253 1267 Raja Sakranta, Maharaja of Jawaka. Succeeded on the death of his
grandfather as Maharaja of Jawaka, 1253. He d. ca. 1267, having had issue, two
sons and four daughters:

1) Raja Bharubhasa, who became Sultan Mahmud Jiddah Riayath Saadat usSalam, Raja of Lankasuka and Kelantan see below.
2) Raja Singadhiraja, who became Sultan Sulaiman Shah, Raja of Lankasuka in
succession to his elder brother, ca. 1345.
1) Putri Chandana. m. Malik uz-Zahir, Raja of Samudra.
2) Putri Tapasi, Raden Galuh Ajang. m. Raja Jayasingha Varman, Raja of Champa.
3) Che Siti Wan Kembang, Raden Galuh Gemerenchang, Raja of Kelantan Selatan
1318 1348.
4) Putri Linang Cahaya. m. Sayyid Hussain Jamad ul-Kubra.
1335 1362 Paduka Sri Sultan Mahmud Jiddah Riayath Saadat us-Salam, Raja of
Langkasuka and Kelantan. Appointed as Raja of Chermin. Became Raja of
Langkasuka on the death of his grandfather, 1335. Converted to Islam and
assumed the title of Sultan Mahmud Jiddah Riayath Saadat us-Salam. Succeeded
as Raja of Kelantan, 1345. He d. ca. 1362, having had issue, three sons and a
daughter:

1) Maharaja Kumara Radin Mas Ariya di-Gunung [Radin Mas Pamari], who
became Paduka Sri Sultan Baki Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud, Raja of
Chermin see below.
2) Paduka Sri Sultan Muhammad Tahir ibni al-Marhum Sultan Mahmud, Raja of
Ligor. Alleged ancestor of the elder line rulers of Patani, who died out in 1651.
3) Paduka Sri Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Mahmud. Allegedly, Sultan of
Kedah.
1) Putri Saadung II Siti Zubaida, previously Devi Nareswari. m. Paduka Sri Sultan
Zainal Abidin Shah, Raja of Champa.
Berikut pula adalah salasilah Cik Wan Kembang yang dirujuk di dalam buku-buku
sejarah sebagai Paduka Cik Siti atau Cik Siti Wan Kembang:

SALASILAH CIK WAN KEMBANG

Maharaja Kumara Raden Mas Aria Di Gunung (Sultan Baki Shah, Raja
Tanjungpura dan Chermin)

Sultan Sadik Muhammad Maulana Nenggiri (1418-1429)


Raja Kemas Jiwa Sang Ajit Jayaningrat , Sultan Iskandar Shah Nenggiri (14291467)
Sultan Mansur Shah, Raja Kelantan (1467-1526)
1. Raja Gombak, Sultan Gombak, Raja Kelantan (1526-1584)

2. Onang Kening kahwin Paduka Sri Sultan Mahmud Shah I ibni al-Marhum
Sultan Alauddin Shah, Sultan Melaka dan Johor

i.

Raja Mah

ii. Muzaffar Shah, Sultan Perak 1 (1531)

iii. Raja Dewi

> Raja Ahmad, Sultan Ahmad (1584-1589)

Sultan Mansur (1547-1561)

Cik Wan Kembang (Paduka Cik Siti, 1610-1677)) kahwin Sultan Hussain ibni
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah, Pemangku Raja Kelantan

> Sultan Mansor Shah, Marhum Janggut (1740-1800)

Di bawah pula ialah salasilah Cik Wan Kembang yang dipetik daripada Geneology
Raja-Raja Kelantan yang ditulis oleh Christopher Buyers:

GENEALOGY RAJA-RAJA KELANTAN

1429 1467 Paduka Sri Sultan Iskander Shah Nenggiri ibni al-Marhum Sultan
Baki Shah, Raja of Kelantan, younger son of Paduka Sri Sultan Baki Shah ibni alMarhum Sultan Mahmud, Raja of Kelantan, educ. privately. Styled Sang Ajit

Jayaningrat, and Raja Kemas Jiwa, before his accession. Succeeded on the death
of his elder brother, 1429. He d. 1467, having had issue, one son and at least
three daughters (carried away to Malacca by Sultan Mahmud Shah I of Malacca),
including:

1) Paduka Sri Sultan Mansur Shah ibni al-Marhum Sultan Iskander Shah, Raja of
Kelantan see below.
1) Megindra Putri, one of the three princesses carried away to Malacca. m.
Paduka Sri Sultan Muhammad Shah I ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah, Sultan
of Pahang (b. ca 1450; d. 17th September 1475), eldest son of Paduka Sri Sultan
Mansur Shah I ibni al-Marhum Sultan Muzaffar Shah, Sultan of Malacca, by his
wife, Putri Wanang Sri Lela Wangsa, daughter of Maharaja Dewa Surya,
sometime ruler of Pahang and a relative of the King of Siam. She had issue, three
sons see Malaysia (Pahang).
Copyright Christopher Buyers

1467 1521 Paduka Sri Sultan Mansur Shah ibni al-Marhum Sultan Iskander
Shah, Raja of Kelantan, son of Paduka Sri Sultan Iskander Shah Nenggiri ibni alMarhum Sultan Baki Shah, Raja of Kelantan, educ. privately. Succeeded on the
death of his father, 1467. Kelantan was conquered by Malacca in 1499 and
several members of the Royal family were carried off. m. (first) a daughter of the
Raja of Champa. m. (second) a daughter of the Raja of Trengganu. He d. 1521,
having had issue, two sons and four daughters:

1) Raja Gombak ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah, Raja of Kelantan (s/o the
Champa princess) see below.
2) Raja Muhammad ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah, Raja of Trengganu (s/o
the Trengganu princess). m. a relative of Sultan Mansur Shah of Pahang. He had
issue, a son:
a) Raja Ahmad ibni al-Marhum Raja Muhammad, Raja of Trengganu. m. (first)
Raja Kamala Dewi binti al-Marhum Sultan Mahmud Shah, daughter of Paduka Sri
Sultan Mahmud Shah I ibni al-Marhum Sultan Alauddin Riayat Shah Shah,
Sultan of Malacca and of Johor. m. (second) Raja Puspa Dewi binti al-Marhum
Sultan Mansur Shah, elder daughter of Paduka Sri Sultan Mansur Shah ibni alMarhum Sultan Abdul Jalil Shah, Sultan of Pahang. He had issue, a son and a
daughter:
i) Raja Umar bin Raja Ahmad, Raja of Kelantan in 1565, who later succeeded as
Paduka Sri Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II ibni al-Marhum Raja Ahmad, Sultan
of Johor see below and Malaysia (Malacca-Johor).

i) Putri Bakal binti al-Marhum Raja Ahmad. m. as his second wife, Paduka Sri
Sultan Mansur Shah II ibni al-Marhum Sultan Zainal-Abidin Shah, Sultan of
Pahang (k. 1560), elder son of Paduka Sri Sultan Zainal-Abidin Shah ibni alMarhum Sultan Mahmud Shah, Sultan of Pahang, by his wife, Raja Dewi binti alMarhum Sultan Mahmud Shah, daughter of Paduka Sri Sultan Mahmud Shah I ibni
al-Marhum Sultan Alauddin Shah, Sultan of Malacca and Johor. She had issue,
two sons and two daughters see Malaysia (Pahang).
1) Putri Unang Kemuning (d/o the Champa princess). m. Paduka Sri Sultan
Mahmud Shah I ibni al-Marhum Sultan Alauddin Shah, Sultan of Malacca and of
Johor (d. at Kampar, 1530), son of Paduka Sri Sultan Mahmud Shah I ibni alMarhum Sultan Alauddin Shah, Sultan of Malacca and of Johor, by his wife, Tun
Fatima, daughter of the Bendahara Sri Maharaja. She had issue two sons and one
daughter see Malaysia (Malacca-Johor).
2) Putri Unang Jupa. m. a Malacca Prince.
3) Putri Unang Jobak. m. as his second wife, Hang Nadim, Sang Naja.
4) Putri Unang Keni (d/o the Trengganu princess). m. Indra Varman Shah, Raja
Muda of Champa.
Copyright Christopher Buyers

1521 1526 Raja Gombak ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah, Raja of Kelantan,
son of Paduka Sri Sultan Mansur Shah ibni al-Marhum Sultan Iskander Shah, Raja
of Kelantan, educ. privately. Succeeded on the death of his father 1521. He d.
1526, having had issue, a son:

1) Raja Ahmad ibni al-Marhum Sultan Gombak, Raja of Kelantan see below.
Copyright Christopher Buyers

1526 1547 Raja Ahmad ibni al-Marhum Raja Gombak, Raja of Kelantan, son of
Raja Gombak ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah, Raja of Kelantan, educ.
privately. Succeeded on the death of his father, 1526. m. (first) Raja Sri Dewi
binti al-Marhum Sultan Mahmud Shah, daughter of Paduka Sri Sultan Mahmud
Shah I ibni al-Marhum Sultan Alauddin Riayat Shah Shah, Sultan of Malacca and
of Johor, by his wife, Putri Unang Kening binti al-Marhum Sultan Mansur Shah,
elder daughter of Paduka Sri Mansur Shah ibni al-Marhum Sultan Iskander Shah,
Raja of Kelantan. m. (second) Che Banum, daughter of Sri Nara di-Raja, a cousin
of Raja Husain of Pahang. He d. 1547, having had issue, a son and a daughter:

1) Paduka Sri Sultan Mansur ibni al-Marhum Raja Ahmad, Raja of Kelantan see
below.
1) Paduka Che Siti binti al-Marhum Raja Ahmad [Chik Wan Kembang] (d/o Che
Banum). m. Paduka Sri Husain ibni Al-Marhum Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah,
Pemangku Raja of Kelantan see below.
Berdasarkan kepada salasilah-salasilah di atas dapatlah dibuktikan bahawa Cik
Siti Wan Kembang dan Cik Wan Kembang adalah dua tokoh yang sangat berbeza
dan hidup dalam dua zaman yang bebeza sama sekali yang mana selang masa
di antara keduanya adalah kira-kira 300 tahun.

Cik Siti Wan Kembang

1253 1267 Raja Sakranta, Maharaja of Jawaka. Succeeded on the death of his
grandfather as Maharaja of Jawaka, 1253. He d. ca. 1267, having had issue, two
sons and four daughters:

1) Raja Bharubhasa, who became Sultan Mahmud Jiddah Riayath Saadat usSalam, Raja of Lankasuka and Kelantan see below.
2) Raja Singadhiraja, who became Sultan Sulaiman Shah, Raja of Lankasuka in
succession to his elder brother, ca. 1345.
1) Putri Chandana. m. Malik uz-Zahir, Raja of Samudra.
2) Putri Tapasi, Raden Galuh Ajang. m. Raja Jayasingha Varman, Raja of Champa.
3) Che Siti Wan Kembang, Raden Galuh Gemerenchang, Raja of Kelantan Selatan
1318 1348.
4) Putri Linang Kahaya. m. Sayyid Hussain Jamad ul-Kubra.
Cik Wan Kembang

1526 1547 Raja Ahmad ibni al-Marhum Raja Gombak, Raja of Kelantan, son of
Raja Gombak ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah, Raja of Kelantan, educ.
privately. Succeeded on the death of his father, 1526. m. (first) Raja Sri Dewi
binti al-Marhum Sultan Mahmud Shah, daughter of Paduka Sri Sultan Mahmud
Shah I ibni al-Marhum Sultan Alauddin Riayat Shah Shah, Sultan of Malacca and
of Johor, by his wife, Putri Unang Kening binti al-Marhum Sultan Mansur Shah,
elder daughter of Paduka Sri Mansur Shah ibni al-Marhum Sultan Iskander Shah,
Raja of Kelantan. m. (second) Che Banum, daughter of Sri Nara di-Raja, a cousin
of Raja Husain of Pahang. He d. 1547, having had issue, a son and a daughter:

1)

Paduka Sri Sultan Mansur ibni al-Marhum Raja Ahmad, Raja of Kelantan .

2) Paduka Che Siti [Chik Wan Kembang] binti al-Marhum Raja Ahmad (d/o Che
Banum). m. Paduka Sri Husain ibni Al-Marhum Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah,
Pemangku Raja of Kelantan

Jika dibandingkan kedua-dua salasilah di atas dengan kisah sejarah Cik Siti Wan
Kembang maka, yang dimaksudkan dengan Cik Siti Wan Kembang adalah Cik
Wan Kembang yang juga digelar Paduka Cik Siti.

Walau bagaimanapun, jika yang dimaksudkan adalah Cik Wan Kembang, sudah
pasti kisah Cik Siti Wan Kembang seperti yang tercatat di dalam sejarah Kelantan
menjadi SALAH dan mengelirukan kerana Cik Wan Kembang berkahwin dan
mempunyai anak, manakala Cik Siti Wan Kembang pula tidak berkahwin iaitu
membujang sehingga ke akhir hayatnya (virgin queen) dan baginda hanya
memiliki anak angkat iaitu Puteri Saadong.

Bagi saya, yang dimaksudkan dengan Cik Siti Wan Kembang yang menjadi
lagenda rakyat Kelantan ialah Che Siti Wan Kembang, Raden Galuh
Gemerenchang, Raja Kelantan Selatan (1318 1348), iaitu anakanda Raja
Sakranta, Maharaja Jawaka (1253 1267).

1253 1267 Raja Sakranta, Maharaja of Jawaka. Succeeded on the death of his
grandfather as Maharaja of Jawaka, 1253. He d. ca. 1267, having had issue, two
sons and four daughters:

1) Raja Bharubhasa, who became Sultan Mahmud Jiddah Riayath Saadat usSalam, Raja of Lankasuka and Kelantan see below.
2) Raja Singadhiraja, who became Sultan Sulaiman Shah, Raja of Lankasuka in
succession to his elder brother, ca. 1345.
1) Putri Chandana. m. Malik uz-Zahir, Raja of Samudra.
2) Putri Tapasi, Raden Galuh Ajang. m. Raja Jayasingha Varman, Raja of Champa.
3) Che Siti Wan Kembang, Raden Galuh Gemerenchang, Raja of Kelantan Selatan
1318 1348.

4) Putri Linang Cahaya. m. Sayyid Hussain Jamad ul-Kubra.


Seterusnya Puteri Saadong yang dijadikan anak angkat Cik Siti Wan Kembang
pula ialah Putri Saadung II (Siti Zubaidah), atau nama asalnya Devi Nareswari
yang berkahwin dengan Paduka Sri Sultan Zainal Abidin Shah, Raja Champa
yang sangat terkenal dengan kisah SYAIR SITI ZUBAIDAH. Puteri Saadung II
(Siti Zubaidah) ini merupakan anak saudaranya iaitu anakanda Raja Bharubhasa,
iaitu Sultan Mahmud Jiddah Riayath Saadat us-Salam, yang menjadi Raja
Chermin. Baginda menjadi Raja Langkasuka selepas kemangkatan nenda
baginda pada tahun 1335. Pada tahun 1345 baginda dilantik menjadi Raja
Kelantan.

CIK SITI WAN KEMBANG

Berdasarkan kepada apa yang saya papar dan bincangkan di atas maka
kesimpulan yang boleh dibuat adalah:
Cik Siti Wan Kembang memang benar-benar wujud dalam sejarah khususnya
sejarah Kelantan.
Walau bagaimanapun, baginda bukanlah Cik Wan Kembang sebagaimana yang
tercatat dalam sejarah Kelantan, baginda adalah Cik Siti Wan Kembang yang
juga dikenali sebagai Raden Galuh Gemerenchang.
Cik Siti Wan Kembang dan Cik Wan Kembang (Paduka Cik Siti) adalah dua orang
tokoh yang sangat-sangat berbeza dan masing-masing mempunyai sumbangan
yang tersendiri kepada sejarah Kelantan.
Kedua-duanya hidup dalam jangka masa yang berbeza, yang mana bezanya
adalah sangat jauh iaitu kira-kira 300 tahun. Cik Siti Wan Kembang yang sebenar
ialah Che Siti Wan Kembang, Raden Galuh Gemerenchang, Raja Kelantan
Selatan (1318 1348).
Puteri Saadong yang dijadikan anak angkat Cik Siti Wan Kembang adalah Puteri
Saadong II yang juga dikenali sebagai Siti Zubaidah, iaitu anakanda saudara
baginda sendiri dan bukannya Puteri Saadong Puteri Raja Loyor.
Sejarah Cik Siti Wan Kembang adalah berkait rapat dengan sejarah Islam dan
perkembangannya di NUSANTARA kerana pada zaman bagindalah, Nusantara
menerima kedatangan tokoh agung Islam Nusantara iaitu Sayyid Hussein Jamadil
Qubro yang kemudiannya berkahwin dengan adinda dan cucunda saudara
baginda. Daripada zuriat merekalah lahir tokoh-tokoh agung Islam di Nusantara
seperti Wali Songo dan Raja-Raja Melayu.

Jadi terpulanglah kepada akal budi masing-masing untuk menerima atau


menolak pandangan saya di atas. Apa yang pasti nama Cik Siti Wan Kembang
akan terus harum dan HIDUP (sebagaimana yang dipercayai oleh sesetengah
masyarakat di Kelantan bahawa baginda masih lagi hidup sehingga kini dan
boleh ditemui pada bila-bila masa). Baginda akan terus menjadi kebanggaan
(khususnya kepada kaum wanita) dan lagenda bukan sahaja kepada masyarakat
Kelantan, bahkan kepada keseluruhan umat Melayu di Nusantara. Namanya akan
terus sebati dengan nama negeri Kelantan yang akan terus mendapat jolokan
TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA, NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG atau
lebih tepat lagi Tanah Seri Indah Sekebun Bunga, Kisaran Payung, Wilayah Cik
Siti Wan Kembang

Anda mungkin juga menyukai