Anda di halaman 1dari 3

PENERANGAN TENTANG KONSTRUK

Kebolehan kognitif di peringkat Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi, Analisis,


Sintesis dan Penilaian ( Bloom 1956 ) adalah meliputi objektif untuk
mengingat semula atau mengenal pasti elemen spesifik yang terdapat dalam
kandungan sukatan mata pelajaran. Kepelbagaian pengetahuan itu
dikelompokkan mengikut kumpulan tertentu dan dilabelkan sebagai konstruk.
Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Pilihan 1 ada enam belas konstruk
yang telah dikenal pasti dan digunakan untuk menguji dan mentaksir
pencapaian pelajar dalam kertas ini.
Berikut ialah penerangan ringkas tentang bagaimana sesuatu soalan itu
dibina dan dilabelkan mengikut konstruk.
P01 : Pengetahuan tentang Terminologi.
Pengetahuan tentang nama, istilah atau memberi difinisi sesuatu perkara.
P02 : Pengetahuan tentang Fakta.
Pengetahuan tentang maklumat am atau khusus sesuatu perkara seperti
fungsi, keadaan atau tujuan sesuatu komponen.
P03 : Pengetahuan tentang Konvensyen
Pengetahuan tentang sesuatu yang diterima atau diiktiraf sebagai satu
kelaziman seperti simbol atau tanda lazim.
P04 : Pengetahuan tentang Urutan.
Pengetahuan tentang sesuatu proses, aktiviti atau tindakan yang berlaku
secara tersusun mengikut aturan atau prosedur yang telah dikenal pasti.
P05 : Pengetahuan tentang Penkelasan
Pengetahuan tentang pembahagian, pengkategorian atau mengelompokkan
sesuatu perkara untuk dilabelkan dibawah satu kumpulan.
P06 : Pengetahuan tentang Kriteria
Pengetahuan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri, sifat
atau komponen yang perlu ada pada sesuatu perkara.
P07 : Pengetahuan tentang Metodologi
Pengetahuan tentang cara, kaedah atau teknik yang standard dalam
melaksanakan sesuatu tugasan, arahan atau kerja.
P08 : Pengetahuan tentang Prinsip dan Generalisasi
Pengetahuan tentang idea atau pegangan tertentu yang menyimpulkan
pemerhatian terhadap sesuatu kajian, kejadian atau ketetapan.
P09 : Pengetahuan tentang Teori dan Struktur
Pengetahuan tentang prinsip yang menjadikan dasar pembentukkan sesuatu
fenomena yang dapat dibuktikan dengan kukuh hasil daripada kajian,
penyelidikkan atau pemerhatian.

C01 : Kefahaman
Kebolehan kognetif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi
baru. Kefahaman boleh dibahagikan kepada tiga kemahiran kognetif iaitu
Penterjemahan, Interpretasi dan Ektrapolasi
Penterjemahan
Kebolehan untuk menyatakan sesuatu konsep yang doketahui dengan
menggunakan perkataan / simbol
Interpretasi
Kebolehan menghubungkaitkan bahagian dalam sesuatu set komunikasi dan
menyatakan dalam bentuk lain dengan mengekalkan makna set komunikasi
itu
Ektrapolasi
Kemhiran interpretasi melampau melibatkan maklumat yang terdapat dalam
set komunikasi seperti membuat ramalan, inferens, corak atau trend dan
pengalaman..
A01: Aplikasi
Kebolehan kognitif dalam menggunakan prinsip dan generalisasi tentang
sesuatu masalah dalam situasi baharu.
Pengetahuan sedia ada berasaskan pengalaman lepas digunakan untuk
menyelesaikan permasalahan yang baharu. Keadaan ini berlaku kerana
sesuatu permasalah yang baharu mengandungi sedikit elemen yang berbeza
daripada masalah sebelumnya
A02 : Analisis
Kebolehan kognitif untuk memisahkan sesuatu set komunikasi kepada
elemen atau bahagian-bahagiannya sehingga satu bentuk pertalian antara
elemen atau bahagian yang membina set komunikasi itu dapat dilihat dengan
jelas.
Analisis dapat dibahagikan kepada tiga iatu Analisis Elemen, Analisis
Perkaitan dan Analisis Organisasi.
Analisis Elemen
Kemahiran mengenal pasti perkara pokok yang terdapat dalam satu set
kpmunikasi seperti anggapan, pandangan, sifat, fungsi, nilai dan sebagainya.
Analisis Perkaitan
Kemahiran memprelihatkan saling kaitan antara elemen atau bahagian dalam
satu set kominikasi seperti perkaitan hipotesis dengan pemerhatian,
anggapan dengan hujah, sebab dan akibat dan sebagainya.
Analisis Organisasi
Kemahiran mengenal pasti susunan yang sistematik, perkaitan mengikut
urutan, struktur dan sebagainya yang mengorganisasikan satu set
komunikasi.

A03 : Penilaian
Kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan
kriteria yang piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan,
keberkesanan tentang nilai, makna, pendapat, penyelesaian, prosedur,
produk dan sebagainya.
Berdasarkan Eviden Dalaman Dan Penilaian Berdasarkan Eviden Luaran.
Penilaian Berdasarkan Eviden Dalaman.
Kemahiran membuat pertinbangan menggunakan maklumat dalam satu set
komunikasi.
Penilaian Berdasarkan Eviden Luaran
Kemahiran membuat pertimbangan terhadap sesuatu hasil kerja berdasarkan
kriteria dan Piawaian yang dirumus oleh individu yang mahir dalam bidang
kerkenaan

Anda mungkin juga menyukai