Anda di halaman 1dari 14

:: Buletin Kenyalang MKM Sarawak :: Edisi 1/2016 ::

M/S 2

Assalamualaikum wbt, Salam 1Malaysia, Salam 1Koperasi & Salam Sehati Sejiwa,
Syukur Alhamdulillah, MKM Sarawak telah pun melangkau ke tahun 2016
dengan memainkan peranan penting dalam bidang latihan dan pendidikan koperasi,
khususnya di negeri Sarawak yang tercinta ini. Bidang koperasi sememangnya memainkan peranan penting dalam membantu membangunkan ekonomi negara, malah
juga kepada masyarakat sekitarnya. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) adalah kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memantau
tujuh agensi di bawahnya, dan MKM adalah salah satu di antara agensi berkenaan di samping Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Rakyat. Banyak usaha-usaha bermanfaat yang dijalankan oleh pihak
kementerian serta agensi yang terlibat secara langsung dengan gerakan koperasi dengan harapan gerakan
koperasi mampu berdaya maju dan berdaya saing seiring dengan sektor-sektor yang lain. Malah, banyak juga
aktiviti yang dijalankan menggunakan pendekatan mendekatkan diri dengan para koperator di seluruh negara
termasuklah di negeri Sarawak,
Keluaran Buletin Kenyalang terbitan pertama tahun ini kami sajikan kepada pembaca koperator
mengenai agenda-agenda membangunkan modal insan yang dilaksanakan oleh MKM Sarawak untuk sepanjang Januari sehingga Jun 2016. Buletin Kenyalang Edisi 1/2016 yang diterbitkan ini diharapkan dapat dijadikan sebagai wahana ilmu yang bermanfaat serta memaparkan aktiviti yang dijalankan oleh MKM untuk tatapan pembaca sekalian.
Akhir kata, selamat berkoperasi dan harapan kami warga MKM Sarawak semoga keluaran Buletin
pada kali ini dapat menjadi bahan maklumat dan bacaan yang bermanfaat kepada pembaca sekalian.
Sekian. Salam 1Koperasi.

SITI MAIMUNAH HJ JERNI

Siti Maimunah Hj Jerni


Syarifah Rohaya Wan Idris
Frank Me-ol Abdullah
Dyg Adelina Hj Abg Muan
Yuslinah Pungut
Hashimah Yahya
Syarifah Rohaya Wan Idris
Mohd Haswardi Hj Morshidi
Frank Me-ol Abdullah
Mohd Suandi Hj Mortadza
Dyg Adelina Hj Abg Muan
Yuslinah Pungut
Ebiet Bustamin Ismail
Maklumat Lanjut :
Maktab Koperasi Malaysia
Bangunan Rugayah, P.O. Box B241
Jalan Song Thian Cheok
93100 Kuching
Tel : 082230409/428157
Faks : 082230405
Emel :
mkmsarawak@mkm.edu.my
Cetakan Oleh :

KALENDAR KURSUS
Julai - November 2016
REVIEW
Pencapaian MKM Sarawak 2015
INFO SEMASA
Promosi Program Latihan MKM
2016 & Hari Bersama Pelanggan
FOKUS
Kursus Bidang Keberhasilan
(Pemborongan & Peruncitan)
Siri Kursus Wajib 2016
INFO SEMASA
Karnival Usahawan & Kepenggunaan
Negeri SarawakLawas
Bicara Profesional : Lubok Borong di
China & Vietnam

INFO SEMASA
Karnival Usahawan & Kepenggunaan
Negeri Sarawak Gedong, Serian
Bengkel Indahnya Wanita Bersama
MKM

INFO SEMASA
Seminar Keusahawanan & Kepenggunaan : Lundu & Matu
Program ONE SSM di CityOne
Megamall, Kuching

INFO SEMASA
Penglibatan MKM dalam Aktiviti
PejabatEKSA
Penglibatan MKM dalam Aktiviti
PejabatKIK
Kem Pemantapan Kepimpinan
Koperasi 2016
INFO SEMASA
Majlis Perpisahan serba ringkas namun sangat bermakna
Kujungan Hormat Pengerusi & Ketua
Pengarah
Ahli Lembaga MKM mengiringi Lawatan Kerja YBM KPDNKK
BICARA ILMUMenjelang Usia
Bersara

10

11

WACANA AKADEMIK
Business Model Canvas (BMC)

12

CETUSAN IDEA
Ke Mana Perginya Wangku?

13

KENALI KOPERASI
Koperasi Usrati Kuching Berhad
(KUKB)

14

OGOS

JULAI

:: Buletin Kenyalang MKM Sarawak :: Edisi 1/2016 ::

BIL
KOD
1
QB(D)W31
2 Q(L) BR2206
3
QA(D)W21
4
QB(L)W31
5
QA(L)W21

KURSUS
Pengurusan Strategik Koperasi
Perakaunan Perniagaan Pasarmini Koperasi
Pengurusan Kewangan Koperasi
Pengurusan Strategik Koperasi
Pengurusan Kewangan Koperasi

BIL
KOD
KURSUS
1
QA(L)W21 Pengurusan Kewangan Koperasi
2 Q(D) BR2105 Rantaian Bekalan Peruncitan

M/S 3

TEMPAT
Kuching
Serian
Kuching
Sibu
Lawas

TARIKH
18 - 19
19 - 21
25 - 26
26 - 27
28 - 29

TEMPAT
02 - 03
08 - 10

TARIKH
Sri Aman
Kuching

Q(D) BR2213 Penggunaan ICT Dalam Pasarmini Koperasi

15 - 17

Kuching

Q(L) BR2105 Rantaian Bekalan Peruncitan

16 - 18

Bintulu

22 - 23

Miri

02 - 03
09 - 10
16 - 17
23 - 25

Mukah
Sibu
Sarikei
Serian

TEMPAT

TARIKH

QC(L)W11 Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi

KOD

Pengurusan Strategik Koperasi


Tatacara Pengauditan dan Perakaunan Koperasi
Pengurusan Kewangan Koperasi
KI: Khidmat Pelanggan Pasar Mini Koperasi

SEPTEMBER

QB(L)W31
QA(L)WJ1
QA(L)W21
Q(L) BR2405

BIL

OKTOBER

6
7
8
9

BIL
1

TEMPAT

TARIKH

QA(L)W24 KI : Wajib 2

Miri

04 - 06

QB(L)W34 KI : Wajib 3

Serian

04 - 06

Kuching

11 - 13

1 QB(L)W31

Pengurusan Strategik Koperasi

Sarikei

06 - 07

2 QB(D)W31
3 Q(L) BR2406

Pengurusan Strategik Koperasi

Kuching

19 - 20

KI : Imej Pasarmini Koperasi

Serian

20 - 22

4 QA(L)W21
5 QC(L)W11

Pengurusan Kewangan Koperasi

Kuching

26 - 27

Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi

Serian

27 - 28

KOD

KURSUS

Q(L) BR2407 KI : Pemasaran Strategik Pasarmini Koperasi

QA(L)WJ4

KI : Wajib JAD

Sibu

18 - 20

QB(L)W35 Bengkel Susulan (Wajib 3)

Miri

18 - 19

QB(L)W31 Pengurusan Strategik Koperasi

Lawas

25 - 26

Sibu

25 - 27

TEMPAT

TARIKH

7
NOVEMBER

KURSUS

Q(L) BR2213 Penggunaan ICT Dalam Pasarmini Koperasi

BIL

KOD

KURSUS

1 QB(L)W31
Pengurusan Strategik Koperasi
2 Q(D) BR2210 Pemasaran Strategik Pasarmini Koperasi

Serian

01 - 02

Kuching

07 - 09

3 Q(L) BR2403 KI: Perakaunan Perniagaan Pasarmini Koperasi

Sri Aman

08 - 10

4 SEM

Kuching

16 - 17

Sibu

22 - 24

Kuching

28 - 30

Miri

29 - 31

Seminar

5 Q(L) BR2409 KI : Penggunaan ICT Dalam Pasarmini Koperasi


6 Q(L) BR2408 KI : Rantaian Bekalan Peruncitan
7 QC(L)W14

KI : Pengurusan & Pentadbiran Koperasi (Wajib


1)

Melalui GARIS PANDUAN 5 yang


dikeluarkan oleh SKM telah mewajibkan
ALK & JAD menghadiri kursus, iaitu:
Untuk ALK :
(i) Pengurusan & Pentadbiran Koperasi
(QC(D)/(L)W11)
(ii) Pengurusan Kewangan Koperasi
(QC(D)/(L)W21)
(iii) Pengurusan Strategik Koperasi
(QC(D)/(L)W31)
Untuk JAD :
(i) Tatacara Pengauditan dan Perakaunan
Koperasi (QA(D)/(L)WJ1)
Implikasi gagal menghadiri kursus :
ALK hendaklah meletak jawatan atau gugur
dalam mesyuarat agung tahunan akan
datang dan tidak layak dilantik semula
sehingga telah menghadiri kursus wajib
yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat dengan
mengisi borang permohonan yang boleh
diperolehi di pejabat MKM Cawangan
atau dimuat turun di dalam laman web
MKM.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Setiausaha Kursus
Maktab Koperasi Malaysia
Cawangan Sarawak
Bangunan Rugayah
Peti Surat B241
Jalan Song Thian Cheok
93100 Kuching, Sarawak
Tel : 082230409 / 082428157
Faks : 082230405
Emel : mkmsarawak@mkm.edu.my
Web : http://www.mkm.edu.my

M/S 4

:: Buletin Kenyalang MKM Sarawak :: Edisi 1/2016 ::

Oleh : Sy Rohaya Wan Idris

Pada tahun 2015,secara keseluruhannya prestasi MKM Cawangan Sarawak telah mencapai melebihi sasaran
iaitu sebanyak 105 peratus dengan penambahan sebanyak 4 buah kursus menjadikannya 82 buah kursus berbanding 78 buah yang disasarkan.
Pada tahun ini, MKM Sarawak lebih fokus kepada penganjuran kursus wajib
ALK dan JAD, iaitu kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi (Wajib 1)
sebanyak 32 buah sementara kursus Pengurusan Kewangan dan Pengurusan Strategik, masing-masing sebanyak 5 dan 7 buah kursus. Manakala,
sebanyak 5 buah kursus untuk Wajib JAD iaitu Tatacara Pengauditan dan
Perakaunan Koperasi. Bagi kursus pengurusan dan teknikal pula, sebanyak
13 buah telah dijalankan dan2 buah kursus sahaja untuk bidang keberhasilan. Selain itu, sebanyak 8 buah kajian lapangan bagi kursus wajib juga telah
dijalankan. Program Bicara Profesional dan Seminar juga telah mencapai
sasaran, iaitu masing-masing sebanyak 7 dan 1 buah telah dijalankan. MKM
Cawangan Sarawak juga pernah menerima jemputan daripada 2 buah
koperasi untuk program bersama koperasi, iaitu Koperasi Penanam Sawit
Mampan Long Baram Marudi Berhad dan Koperasi FELCRA Julau Berhad.
Demikian juga dari segi kehadiran peserta kursus, di mana MKM Sarawak
telah menerima seramai 4,160 orang peserta keseluruhannya daripada
1,273 koperasi sepanjang 2015 berbanding 3,600 peserta daripada 1,208
koperasi yang disasarkan, iaitu pencapaian sebanyak masing-masing 116
dan 105 peratus. Berikut adalah pecahan peserta mengikut jawatan.
Peserta pada tahun 2015 kebanyakannya di kalangan ALK, iaitu
seramai 1,360 orang. Ini mungkin disebabkan bilangan kursus
Wajib yang banyak ditawarkan pada tahun berkenaan. Seterusnya diikuti anggota koperasi seramai 1,095 orang. Manakala,
bilanganpeserta dari jawatan-jawatan utama seperti Pengerusi,
Setiausaha dan Bendahari adalah kurang iaitu masing-masing
seramai 354, 352 dan 303 orang. Peserta di bahagian pengurusan pula, kebanyakannya di kalangan staf sokongan iaitu seramai 173 orang dan 115 orang pengurus. Sementara Eksekutif
koperasi pula adalah sedikit, iaitu seramai 35 orang sahaja.
Selebihnya adalah JAD (103 orang) dan AJK (101 orang. Terdapat juga peserta yang di kalangan pegawai-pegawai agensi di
bawah KPDNKK dan jabatan-jabatan lain. Biasanya, kehadiran
mereka adalah untuk menyertai program-program Bicara Profesional dan Seminar yang dianjurkan.

:: Buletin Kenyalang MKM Sarawak :: Edisi 1/2016 ::

Oleh : Sy Rohaya Wan Idris

Sebagai pembuka tirai pelaksanaan program MKM pada tahun ini, MKM Cawangan Sarawak telah mengadakan
Jelajah Promosi Program Latihan dan Pendidikan Koperasi 2016 di beberapa lokasi di negeri Sarawak bermula
pada pertengahan Disember 2015 sehingga penghujung Januari 2016. Program ini merupakan program tahunan yang bertujuan untuk menyebarkan maklumat serta memberi penerangan berkenaan
program-program latihan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2016. Bersempena dengan taklimat promosi program latihan ini juga, satu sesi
ceramah turut diselitkan bersama dengan tajuk yang berbeza di setiap lokasi promosi. Selain program taklimat, program Hari Bersama Pelanggan
turut diadakan di beberapa lagi kawasan lain. Program ini merupakan salah satu program promosi MKM kepada orang awam serta mendekatkan
Sebanyak 11 lokasi telah dikenalpasti di seluruh negeri Sarawak dengan sasaran peserta di kalangan Anggota Lembaga,Jawatankuasa Kecil dan Jawatankuasa Audit Dalaman. Malahan juga di kalangan anggota turut dialu-alukan. Sementara program Hari Bersama Pelanggan pula telah diadakan di
empat buah lokasi lain. Siri Jelajah Promosi MKM pada kali ini turut dimeriahkan dengan lawatan ke sepuluh buah koperasi sekolah di sekitar daerah
Saribas, Betong dan Sri Aman bertujuan untuk menyampaikan maklumat di samping mengedarkan kalendar program latihan tahunan.

Secara keseluruhannya, kehadiran peserta dalam program promosi pada tahun ini adalah
menggalakkan, iaitu keseluruhannya seramai 696 orang yang hadir untuk sesi taklimat di
11 lokasi dan 212 orang awam turut hadir di booth Hari Bersama Pelanggan di empat (4)
lokasi yang telah dipilih. Majoriti peserta adalah di kalangan anggota lembaga koperasi
(ALK) termasuk Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari iaitu seramai 354 orang (51%) sementara kehadiran anggota adalah seramai 228 orang (33%). Sebanyak 221 buah koperasi
yang telah menghantar wakil menghadiri program ini. Sementara wakil daripada 8 buah
agensi iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri
Sarawak, SKM Serian, SKM Sri Aman, SKM Sarikei, SKM
Sibu, SKM Miri, SKM Limbang dan Perbadanan Nasional
Berhad (PNS) Negeri Sarawak juga turut hadir. Kehadiran
daripada sidang akhbar tempatan (Utusan Sarawak dan
Borneo Post) juga turut membuat liputan di beberapa
lokasi promosi seperti di Lawas dan Limbang.

M/S 5

:: Buletin Kenyalang MKM Sarawak :: Edisi 1/2016 ::

M/S 6

Oleh : Frank Me-ol

Penekanan kerajaan dalam memperkasakan sektor perniagaan pemborongan dan peruncitan (selepas ini diringkaskan sebagai peruncitan) sejak beberapa tahun lalu telah mula membuahkan hasil dengan sektor tersebut pada tahun 2014 menyumbang hampir RM141 billion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) peningkatan daripada RM123 billion pada tahun 2013 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2014). Ianya merupakan sektor
kedua terbesar selepas sektor pembuatan dengan lebih 500,000 peluang pekerjaan di tawarkan di dalam sektor tersebut.
Dalam konteks koperasi, penekanan di dalam sektor peruncitan juga turut diberi perhatian dengan sektor tersebut termasuk di
antara enam (6) bidang keberhasilan utama yang di fokuskan kepada koperasi selain daripada sektor perladangan, perkhidmatan kewangan,
pertanian dan industri asas tani, pelancongan, penjagaan diri serta kesihatan dan juga sektor hartanah. Statistik terkini daripada Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) sehingga penghujung tahun 2014 menunjukkan terdapat 69 buah koperasi di Sarawak terlibat di dalam bidang peruncitan manakala 11 buah koperasi terlibat di dalam bidang pemborongan. Jumlah penglibatan koperasi yang kian meningkat menunjukkan
wujudnya kesedaran di dalam potensi bidang tersebut yang perlu di rebut oleh koperator sebagai salah satu peluang dalam meningkatkan
sosio ekonomi anggotanya.
Menyedari hakikat tersebut, Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Cawangan Sarawak sebagai
institusi tunggal pendidikan koperasi di Negeri Sarawak telah mengambil peranan yang
lebih serius dalam membantu warga koperator membangunkan industri peruncitan di
negeri tersebut dengan menawarkan beberapa buah kursus keberhasilan bidang pemborongan dan peruncitan.
Kursus-kursus yang ditawarkan tersebut terbuka kepada semua anggota, ALK dan
kakitangan koperasi yang telah dan bakal menjalankan perniagaan peruncitan koperasi. Adalah
di harap melalui kursus tersebut pihak koperasi mampu meningkatkan lagi kecekapan dari segi
pengurusan dan pentadbiran kedai koperasi masing-masing agar sumbangan sektor koperasi
kepada KDNK negara dapat dipertingkatkan dengan lebih signifikan.

SIRI KURSUS
BIDANG PEMBORONGAN & PERUNCITAN

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Imej Pasarmini Koperasi


Khidmat Pelanggan Pasarmini Koperasi
Perakaunan Perniagaan Pasarmini Koperasi
Pemasaran Strategik Pasarmini Koperasi
Penggunaan ICT Dalam Pasarmini Koperasi
Rantaian Bekalan Peruncitan

Oleh : Syarifah Rohaya Wan Idris

Semenjak dikuatkuasakan pada tahun 2002 melalui Pekeliling Ketua Pendaftar Bilangan 1/2002, MKM sebagai badan yang bertanggungjawab telah
melaksanakan KURSUS WAJIB ini saban tahun.

M/S 7

:: Buletin Kenyalang MKM Sarawak :: Edisi 1/2016 ::

Oleh : Mohd Suandi Hj Mortadza

Booth Pameran MKM Sarawak - Saluran informasi yang


berkesan dalam mempromosikan MKM dengan masyarakat

Karnival Keusahawanan dan Kepenggunaan Peringkat Negeri Sarawak, yang julung


kalinya diadakan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sarawak telah berlangsung selama 3 hari bermula
pada 11 sehingga 13 Mac 2016 bertempat di Lawas, Sarawak. MKM Cawangan
Sarawak turut berpeluang mengambil bahagian dalam karnival tersebut dengan
mengadakan program Bicara Profesional dan juga booth pameran bersama-sama
agensi-agensi lain di bawah KPDNKK. Selain itu, gerai-gerai jualan oleh usahawan
dan koperasi juga turut memeriahkan suasana dengan barang jualan yang pelbagai.
Majlis Perasmian Karnival diadakan pada 12 Mac 2016 yang telah disempurnakan
oleh Yang Berhormat YB. Datuk Amar Haji Awang Tengah b. Ali Hassan , Menteri
Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Menteri Kemudahan Awam. Ianya
dihadiri oleh seramai lebih kurang 5,000 orang pengunjung membanjiri Taman
Awam Lawas, yang terletak di tengah-tengah bandar Lawas di mana majlis
perasmian tersebut diadakan.

Booth Pameran MKM Sarawak - Saluran informasi yang


berkesan dalam mempromosikan MKM dengan masyarakat
Program Bicara Profesional Lubuk Pemborongan Di China dan
Vietnam telah dilaksanakan pada 12 Mac 2016 di Taman
Awam Lawas sempena Karnival Keusahawan dan
Kepenggunaan Peringkat Negeri Sarawak. Program ini telah
dihadiri seramai 206 orang peserta yang terdiri dari koperator
dari Daerah Lawas dan Daerah Limbang. Selain itu, ada juga
kalangan peserta yang datang dari Negeri Sabah dan Negara
Brunei Darusalam. Tujuan utama program ini adalah untuk
memberi pendedahan kaedah dan teknik pemborongan di
China dan Vietnam. Selain itu, program ini juga mengongsikan
pengalaman perniagaan pemborongan. Pengisian program ini
telah disampaikan oleh En Sharifuddin bin Muda atau lebih
dikenali dengan panggilan Sifu Dino dari Akademi Usahawan
Borong. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Mohd
Naroden Majais, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri
(Pembangunan Usahawan) dan Menteri Muda Perancangan
Sumber Sarawak.

YB Datuk Hj Mohd Naroden menerima Cenderamata daripada


Pn Siti Maimunah Jerni sambil disaksikan tetamu kehormat

Sebahagian daripada peserta turut serta dalam aktiviti


program bersama Sifu Dino.

M/S 8

:: Buletin Kenyalang MKM Sarawak :: Edisi 1/2016 ::

Oleh : Frank Me-ol

Karnival Keusahawanan dan Kepenggunaan Peringkat Negeri Sarawak, buat kali ke-dua kalinya diadakan anjuran
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sarawak. Pada kali ini ia telah diadakan di Daerah Gedong , Serian
bermula pada 8 sehingga 10 April 2016. MKM Cawangan Sarawak turut berpeluang mengambil bahagian dalam karnival tersebut dengan mengadakan
Bengkel Indahnya Wanita dan juga booth pameran bersama-sama agensi-agensi lain di bawah KPDNKK. Gerai-gerai jualan dan makanan juga turut
disediakan. Majlis Perasmian Karnival pada kali ini juga telah disempurnakan oleh Yang Berhormat YB. Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri
Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Menteri Kemudahan Awam dengan diiringi Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Naroden Hj Majais, Menteri
Muda Di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) Dan Menteri Muda Perancangan Sumber Sarawak dan jemputan-jemputan kehormat yang
lain. Ianya dihadiri oleh seramai lebih kurang 3,000 orang pengunjung membanjiri Panggung Terbuka Gedong, di mana majlis perasmian tersebut

Selaras usaha kerajaan dalam memangkinkan penglibatan wanita di


dalam bidang keusahawanan dan perniagaan selain sebagai kaedah
pembangunan ekonomi wanita, MKM Sarawak telah mengambil peluang
untuk menganjurkan Bengkel Indahnya Wanita Bersama MKM
sempena Karnival Usahawan dan Kepenggunaan KPDNKK di Gedong pada 8 April 2016 yang lepas. Bengkel selama setengah hari tersebut telah dipecahkan
kepada tiga bengkel berasingan yang terdiri daripada Bengkel Solekan dan Ketrampilan Diri, Bengkel Pembuatan Mee Kuning dan Bengkel Pembuatan Roti dan
Bun dengan sasaran peserta adalah di kalangan kaum wanita yang berada di Kawasan Gedong. Objektif utama penganjuran bengkel tersebut adalah untuk
memberi pendedahan kepada kaum wanita terutamanya mereka yang berada di kawasan Gedong berkenaan kaedah solekan dan ketrampilan diri yang
berkesan, kaedah pembuatan mee kuning serta roti dan bun. Selain itu penganjuran bengkel berkenaan juga diharap mampu mencetus motivasi kepada kaum
wanita di kawasan tersebut untuk terlibat secara lebih serius di dalam bidang keusahawanan dan perniagaan yang berkaitan dengan bengkel yang dianjurkan.
Ketiga-tiga bengkel tersebut telah di jalankan dengan kerjasama pihak luar dan MKM sendiri di
mana Bengkel Solekan dan Ketrampilan Diri telah di kelola dengan kerjasama Zurainas Beauty manakala
Bengkel Roti dan Bun telah di jalankan dengan kerjasama Pn Jane Willie daripada Kolej SATT. Bengkel
pembuatan Mee Kuning pula telah dikendalikan sendiri oleh Pegawai Latihan MKM Sarawak, En Frank
Me-ol. Penganjuran bengkel telah berjaya menarik penglibatan seramai 166 orang peserta
keseluruhannya dengan bengkel solekan dan ketrampilan diri, bengkel pembuatan roti dan bun dan
bengkel pembuatan mee kuning masing-masing merekod penyertaan sebanyak 87, 42 dan 37 orang
peserta.
Besarlah harapan pihak MKM agar penganjuran bengkel tersebut benar-benar memberi
manfaat kepada kaum wanita di Sekitar Gedong. Peserta yang terlibat diharap dapat memanfaatkan
sepenuhnya apa yang telah dipelajari di dalam tempoh setengah hari tersebut. Permulaan sebagai
usahawan yang berjaya bermula daripada usaha kecil daripada proses pembelajaran yang berterusan.

M/S 9

:: Buletin Kenyalang MKM Sarawak :: Edisi 1/2016 ::

Oleh : Mohd Haswardi Morshidi

elaras dengan usaha Kementeriaan Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan


Koperasi (KPDNKK) untuk memperkasakan keusahawanan di kalangan masyarakat
pengguna luar Bandar, satu siri program Keusahawanan dan Kepenggunaan telah
diadakan di dua buah tempat, iaitu di Daerah Lundu, Sematan dan Daerah Matu, Mukah.
Masing-masing diadakan pada 4 Mei 2016 di Dewan Masyarakat Lundu dan 5 Mei 2016 di
Dewan Masyarakat Matu. Kedua-dua program telah disempurnakan perasmiannya oleh YB
Dato Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Peserta terdiri dari kalangan usahawan baru dan lama, koperator serta masyarakat
sekitar di setiap kawasan berkenaan.
Antara pengisian program termasuklah ceramah keusahawanan dan kepenggunaan. Dan, MKM telah diberikan tanggungjawab untuk memberikan ceramah keusahawanan kepada yang peserta yang hadir pada program tersebut. Ceramah Keusahawanan di
Dewan Masyarakat Lundu telah disampaikan oleh En. Mohd Haswardi Hj Morshidi, Pegawai
Latihan Kanan MKM sementara ceramah keusahwanan di Dewan Masyarakat Matu pula telah
disampaikan oleh En. Mohd Suandi Hj Mortadza, juga pegawai latihan MKM Sarawak.

Oleh : Dyg Adelina Abg Muan

MKM

Sarawak telah menyertai pameran bersama agensi-agensi di bawah KPDNKK sempena


Karnival Rangkaian Online Usahawan Sarawak (ONE) anjuran SSM Negeri Sarawak yang
berlangsung di CityOne Megamall pada 25 hingga 27 Mac 2016. Program ini bertujuan
untuk membantu menyediakan lebih banyak pendedahan bagi perniagaan tempatan secara online dan memberi
inspirasi kepada usahawan untuk bekerja keras mencapai kejayaan. Untuk mencapai matlamat ini, pihak penganjur membawa masuk ikon usahawan berjaya yang membuat kekayaan mereka melalui perniagaan online dengan
harapan dapat memberi inspirasi kepada mereka yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Pelancaran rasmi telah diadakan pada 27 Mac oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan Malaysia, Dato Seri Hamzah Zainudin dan turut dihadiri oleh Datuk Hajjah Rohani Abdul Karim,
Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat bersama Menteri Muda di Jabatan Ketua
Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Datuk Haji Mohd Naroden Majais, dan Pengarah KPDNKK Sarawak, Dato Stanley Tan.

:: Buletin Kenyalang MKM Sarawak :: Edisi 1/2016 ::

M/S 10

EKSA

Oleh : Dyg Adelina Abg Muan

(Ekosistem Kondusif Sektor


Awam) adalah merupakan program di peringkat jabatan kerajaan dalam usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi
sesebuah jabatan. MKM Sarawak juga tidak ketinggalan dalam mengambil inisiatif untuk
melaksanakan program ini.
Secara khususnya, EKSA dilaksanakan bertujuan untuk :
memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran
yang kondusif;;
meningkatkan imej korporat;
menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak
berkepentingan;
menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui
pembudayaan Amalan Hijau; dan;
memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi
Kerajaan.
Satu Program Gotong Royong Mega Bil 1/2016 telah diadakah setiap hari khamis dan Jumaat
sepanjang bulan Februari sebagai suatu usaha permulaan dalam melaksanakan Ekosistem
Kondusif Sektor Awam (EKSA). Seramai 17 orang kakitangan MKM Sarawak terlibat dalam
Program Gotong Royong tersebut.

KIK

Oleh : Yuslinah Pungut

(Kumpulan Inovatif & Kreatif) telah ditubuhkan dii peringkat


MKM Sarawak pada 20 November 2015 bertujuan menyahut saranan kerajaan dalam
usaha membudayakan kreativiti dan inovasi sebagai pemacu transformasi sektor awam.
Kumpulan Inovatif dan Kreatif ini dianggotai oleh 6 ahli dan seorang fasilitator, dimana
dua orang ahli daripada Bahagian Akademik dan empat ahli daripada Bahagian Pentadbiran. Kumpulan KIK MKM Sarawak diberi nama Berdaya Maju dengan bermottokan Anjakan Paradigma.
Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif yang pertama kalinya telah diadakan pada 16
Februari 2016 bagi memastikan ahlinya mempunyai ilmu yang secukupnya dalam
mebudayakan kreativiti dan inovasi dalam sektor awam. Penceramah daripada Sarawak Timber Industry Development Corporation, Puan Dayang Masmolydiza Binti
Abang Haji Dawi telah memberi pendedahan berkenaan KIK kepada ahli KIK Berdaya
Maju dan diharap pendedahan seperti ini akan memberi impak yang positif kepada
ahli KIK bagi membantu MKM Sarawak khususnya dalam menerajui kecemerlangan
dalam latihan dan pendidikan koperasi.

MKM Sarawak telah menganjurkan Kem Pemantapan Kepimpinan Koperasi di


Sumiran Eco Farm Kuching pada 1-3 Mac 2016 yang lalu. Tujuan utama program ini
diadakan adalah untuk mendedahkan kepentingan kepimpinan cemerlang dan
Oleh : Mohd Suandi Mortadza
pembentukan pasukan kerja cemerlang dalam koperasi. Seramai 19 orang peserta
telah menghadiri kem pada kali ini. Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah Telematch, Flying Fox, Light Boot Camp,
Adventure Trial dan Outdoor Zumba. MKM Sarawak juga mendapat kerjasama Koperasi Keluarga Sumiran Kuching yang juga
pemilik
kem
ini
bagi
menganjurkan kem pada kali
ini. Semua peserta berharap
agar program ini dapat
diteruskan untuk masa yang

:: Buletin Kenyalang MKM Sarawak :: Edisi 1/2016 ::

M/S 11

Sempena menyambut ulangtahun ke-60 dan menyemarakkan bulan Ramadan, Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan
program Bicara Ilmu yang bertajuk Menjelang Usia Bersara . Seramai 200 koperator daripada sekitar Kuching, Kota Samarahan dan Serian telah
menghadirkan diri dalam Bicara Ilmu Ramadan pada kali ini. Majlis ilmu pada kali ini dilangsungkan di Hotel Grand Margherita Kuching pada 16 Jun 2016
bersamaan dengan 11 Ramadan 1437. Matlamat Bicara Ilmu pada kali ini adalah memberi pemahaman berkaitan usia dan persaraan daripada perspektif AlQuran dan As-sunnah. Selain itu, ceramah memberi pendidikan tentang persediaan persaraan daripada pelbagai aspek. Ustaz Syed Mohd Bakri bin Syed
Ishak, Juara Pencetus Ummah Musim ke-3 Astro telah menyampaikan ceramah dan maklumat dengan cukup
baik untuk hadirin menempuhi kehidupan dan persediaan bersara dari dunia untuk bekalan ke akhirat kelak.

Oleh : Mohd Haswardi Morshidi

Program tahunan MKM Sarawak pada Ramadan kali ini telah disempurnakan majlis penutupannya
oleh YB Datuk Haji Mohd Naroden bin Haji Majais, Menteri Muda Perancangan Sumber Sarawak dan
Menteri Muda Pembangunan Usahawan Sarawak. Sepanjang 60 tahun keberadaan di Malaysia, MKM telah
banyak menyumbang kepada gerakan koperasi di Malaysia termasuk negeri Sarawak dan ini diteruskan
supaya pendidikan terbaik akan dapat terus dinikmati oleh koperator dalam meningkatkan lagi sumbangan
kepada KDNK Negara.
Dalam majlis penutupan program tersebut, hadirin telah diperdengarkan dengan bacaan ayat suci
Al-Quran, disusuli dengan Doa kesyukuran Ulangtahun ke-60 MKM dan majlis penyampaian sumbangan
daripada beberapa buah koperasi kepada Rumah Amal Nur Murni Batu Kawa. Keperihatinan gerakan
koperasi terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini amat memberi kesan kepada penghuni Rumah
Amal Nur Murni. Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama koperator yang hadir ke program
bicara ilmu tersebut.
Mesyuarat Lembaga Pengarah MKM Bil. 2/2016
telah diadakan pada 25 April 2016 di Hotel Hilton, Kuching dengan dihadiri oleh seramai 13
orang ahli. Di samping menghadiri mesyuarat ,
ahli-ahli Lembaga Pengarah juga telah berkesempatan untuk turut sama menyertai Lawatan
Kerja Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), YB Dato
Seri Hamzah Zainudin ke Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) sekitar kawasan Kuching dan Serian
yang telah dilakukan pada 24 April 2016.

Oleh : Dyg Adelina Abg Muan

Pada 3hb Mei 2016 yang


lalu, MKM Sarawak telah menerima Kunjungan Hormat
daripada Pengerusi Lembaga MKM, Prof. Datuk Mohd
Yusof Kasim bersama-sama Ketua Pengarah MKM, Profesor Madya Dr Abdul Rahman Shaik. Turut hadir adalah
ahli lembaga MKM, iaitu Datuk Fatah. Satu taklimat
berkenaan program MKM Sarawak 2016 serta
perancangan masa hadapan telah di sampaikan oleh
Pengarah Cawangan, Puan Siti Maimunah bt Hj Jerni.

Oleh : Dyg Adelina Abg Muan

Pada 23 Mac yang lalu, satu majlis perpisahan yang serba ringkas telah diadakan buat
Puan Dayang Marsita Awang Aboone, Setiausaha Pejabat yang akan menamatkan
perkhidmatan beliau pada 1 April 2016. MKM Sarawak pasti akan merasa kehilangan
seorang kakitangan yang sangat berdedikasi dengan tugas beliau serta seorang sahabat yang sangat baik hati dan lemah lembut dari tutur kata dan perlakuan. Kami warga
MKM Sarawak mendoakan semoga maju jaya dan menjalani kehidupan yang bahagia
dan ceria bersama keluarga tercinta dan harapan semoga juga silaturrahim yang terjalin akan tetap berkekalan hingga ke jannah.

:: Buletin Kenyalang MKM Sarawak :: Edisi 1/2016 ::

M/S 12

Oleh : Mohd Suandi Mortadza

Alexander Osterwalder dalam bukunya Business Model Generation menciptakan sebuah framework yang sangat
mudah diaplikasikan untuk menggambarkan operasi sesebuah perniagaan iaitu Business Model Canvas (BMC). BMC adalah satu
model, alat atau tools yang digunakan dalam perancangan sesuatu projek, perniagaan atau syarikat yang diusahakan.

Kesimpulannya, BMC adalah salah satu framework yang menggambarkan keseluruhan perjalanan sesebuah perniagaan. Namun, keberkesanan
BMC akan lebih baik sekiranya diuji dahulu bagi menilai hasil dan selanjutnya boleh ditambah baik untuk menggandakan keuntungan
perniagaan. Walaubagaimanapun, penggunaan BMC memudahkan pemahaman usahawan untuk menguruskan perniagaan mereka.

M/S 13

:: Buletin Kenyalang MKM Sarawak :: Edisi 1/2016 ::

Oleh : Yuslinah Pungut

GEMBIRA sekali bila tibanya 25hb, poket


yang hanya berbaki RM1.00 akhirnya bertambah lagi. Akan tetapi belum sampai sejam, bakinya cuma tinggal 30%
daripada gajiku. Ke mana perginya Wangku?
Aduh, bagaimana harus ku tempuhi hari yang berbaki 30 hari untuk terima gaji seterusnya. Aku harus berjimat
menggunakan 3% sahaja setiap hari. Untung nasib, cukuplah sehingga 25hb bulan seterusnya. Ya Allah,
janganlah ada kecemasan untuk hari yang berbaki untuk ku tempuhi Ya Allah. Tolonglah hamba-Mu ini.
Aku terpaksa memikirkan cara bagaimana untuk ku menyusun dan menempuhi hari yang berbaki ini. Habis
Langkah pertama yang harus ku lakukan adalah berjimat cermat iaitu jangan menggunakan duit sewenangwenangnya. Sarapan dirumah ataupun berpuasa, itulah langkah yang harus kulakukan untuk bertahan menghadapi
dugaan Dunia. Jika dulu sehari, aku akan makan 6 kali sehari, tetapi sekarang aku Cuma makan 3 kali sehari jika
tidak berpuasa. Jika berpuasa, cuma 2 kali sehari. Itulah teknik pertama yang ku pelajari yang ku anggap amat berkesan untuk
menghadapi hari mendatang. Alhamdulillah, aku berjaya menjimatkan separuh daripada 3% yang akan ku belanjakan sehari.
Seterusnya, hanya dengan berpuasa tetapi tidak berjimat untuk perkara lain juga tidak berguna. Strategi seterusnya
adalah mengelakkan untuk berjalan-jalan sama ada membeli belah ataupun sekadar cuci-cuci mata. Hanya keluar
sekadar membeli barang dapur sahaja. Untuk membeli diluar perancangan adalah diharamkan sama sekali. Ohhh!!!
diharap dugaan dunia yang kedua ini boleh hambamu hindari. Selain daripada keluar membeli-belah diharamkan,
membeli barang secara online juga hendaklah dielakkan. Dunia, dunia, bagaimana aku hendak lari daripada
dugaanmu. Apabila membuka Facebook, terpampang segala iklan yang menarik dan murah. Disiplin dan ketekadan
hendaklah dibulatkan bagi mengatasi masalah yang satu ini. Alhamdulillah, berjaya juga aku mengawal nafsu yang
satu ini. Selain daripada aku dapat menjimatkan duit poket membeli-belah dapat juga aku menjimatkan duit minyak
keretaku.

Hutang isi rumah negara pada tahun


2013 mencatatkan nisbah hutang
isirumah berbanding Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) pada
paras tertinggi berbanding negaranegara membangun di Asia iaitu
sebanyak 83%.

Bagi komposisi hutang isi rumah


Apa lagi yang harus ku lakukan bagi membuat penjimatan duit poketku?. Hmmm, ya, duit yang tidak ku belanjakan
untuk empat tahun berturut-turut
harus ku simpan sebagai tabungan. Teknik kewangan yang telah aku baca selalu menyatakan sebelum berbelanja
hendaklah membuat simpanan. Tapi rata-rata, kebanyakan orang lebih suka berbelanja dahulu dan tidak menyimpan, (2010-2013) mengikut pengelasan
aku pun tak terkecuali. Jadi caranya cuma satu, mesti menyimpan duit yang berbaki, jika syiling masukkan ke tabung, peratusannya menunjukkan bahawa
pinjaman perumahan merupakan
jika kertas, simpan ditempat yang ditekad dilupakan. Wang didalam akaun bank juga hendaklah dipisah-pisahkan,
akaun yang satu ini untuk bayar segala hutang-piutang, yang kedua untuk simpanan dan yang ketiga untuk kecemakategori pinjaman yang paling
san, jika ada yang ke empat, yang ini untuk tujuan jangka panjang samaada untuk membayar insurans kenderaan,
tinggi diikuti dengan pinjaman
membeli rumah, haji ataupun membeli kereta secara tunai. Hahaha. TEKADKAH AKU ?
kenderaan, peribadi dan kad kredit.
Akhir sekali, kenaikan gaji tahunan mahupun bonus, ya, yang ini pun mesti dilupakan jika aku ingin berjimat cermat
dan memastikan wang yang aku ada selamat untuk aku belanjakan. Kenaikan gaji mahupun bonus hendaklah dipindahkan terus ke akaun lain sebagai simpanan. Hahaha, aku ketawa sendirian, yang penting akaun yang satu ini jangan boleh diakses melalui online
mahupun kad. Biarlah menderita sedikit untuk mendapatkan wang yang satu ini pun jika berhajat untuk menggunakannya. Alhamdulillah jika aku Berjaya. Hahaha, KE MANA PERGINYA WANGKU ?

M/S 14

:: Buletin Kenyalang MKM Sarawak :: Edisi 1/2016 ::

Koperasi Usrati Kuching Berhad (KUKB) merupakan sebuah koperasi asas berliabiliti terhad yang
didaftarkan pada 15 Ogos 2008 di bawah penguatkuasaan undang-undang kecil yang diluluskan dalam Mesyuarat
Agung Permulaan di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993. KUKB dianggotai oleh kakitangan, suami, isteri dan
anak kakitangan Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak (MKMCS) serta pelajar sijil pengurusan koperasi
MKMCS yang lulus dengan jayanya di dalam pengajian mereka. Sehingga penghujung tahun 2015, KUKB mempunyai
79 orang ahli berdaftar.
Fungsi utama KUKB adalah pengguna dan bergiat aktif di dalam pelbagai bidang perniagaan antaranya katering, pasarmini, kredit,
perkhidmatan e-pay, mengambil gambar peserta kursus, pakej pelancongan dan pembekalan cenderamata. Untuk perniagaan katering,
KUKB menyediakan perkhidmatan katering kepada beberapa agensi dan organisasi seperti MKMCS, Makhamah Syariah Negeri Sarawak,
Kementerian Pertahanan Negeri Sarawak, UNIMAS dan beberapa lagi. Pihak koperasi turut mengambil catering daripada orang perseorangan untuk majlis-masjlis tertentu seperti perkahwinan, harijadi, doa selamat dan perayaan seperti Hari Raya dan Hari Gawai.
Untuk pakej pelancongan, pihak koperasi telah menganjurkan beberapa siri lawatan antaranya ke Pontianak Indonesia, Ho Chi Minh
Vietnam, lawatan sambil belajar ke koperasi berjaya di Pulau Pinang dan Kedah dan juga Sabah. Pihak koperasi juga turut menguruskan pakej
lawatan dari luar Sarawak ke Bandaraya Kuching. Pada tahun ini, pihak koperasi bercadang untuk menganjurkan dua lagi siri lawatan sambil
belajar iaitu ke koperasi berjaya di Kelantan dan Terengganu dan juga ke koperasi berjaya di Johor. Untuk aktiviti kredit pula ianya hanya
ditawarkan kepada kakitangan MKMCS manakala pasarmini koperasi menjual barangan keperluan harian anggota dan terletak di tingkat 4 Bangunan Rugayah, Kuching.

Untuk perancangan masa depan, koperasi bercadang untuk mengembangkan lagi perniagaan
katering koperasi dengan membuka kedai makan di luar premis sekarang dan terlibat dengan
lebih aktif lagi dalam perniagaan peruncitan dan pemborongan koperasi. Dengan perniagaan
yang semakin berkembang, diharap koperasi mampu untuk memberi pulangan yang terbaik
kepada anggotanya. Walaubagaimanapun semua ini hanya akan tercapai sekiranya anggota
koperasi terus utuh menyokong perniagaan koperasi.
Oleh : En. Frank Me-ol, Pengerusi KUKB

Anda mungkin juga menyukai