Anda di halaman 1dari 1

Menurut Tichy dan Devanna (1986), kepimpinan transformasi melibatkan perubahan yang dramatik dalam

sesebuah organisasi seperti pembentukan dan pelaksanaan visi, bertanggungjawab untuk menyedarkan para
subordinat atau pengikutnya tentang nilai-nilai, norma-norma organisasi, dan memberi ruang serta
menggalakkan perubahan sama ada dalaman atau luaran. Dalam konteks kajian ini, kepimpinan transformasi
merujuk kepada empat ciri kepimpinan transformasi guru iaitu ciri karismatik, ciri bertimbang rasa secara
individu, ciri stimulasi intelektual dan ciri inspirasi motivasi.

Pemimpin transformasi adalah seorang yang suka melakukan perubahan dan pembaharuan. Ini jelas melalui visi
dan misi yang dibentuknya. Oleh itu, sebagai seorang pemimpin, mereka harus mempunyai tanggungjawab
untuk menjelaskan visi dan misi sehingga difahami, diterima dan dihayati oleh semua pengikutnya. Seorang
pemimpin transformasi juga adalah seorang yang mempunyai kasih sayang dan dapat memahami
subordinatnya. Beliau mesti sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan mereka yang sentiasa berubah. Oleh
itu, pemimpin ini bijak mengendalikan keperluan persekitarannya agar semua mereka yang terlibat di bawah
pemimpinnya berasa puas dan selamat serta mendorong melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan
berkesan. Pemimpin transformasi juga adalah orang yang sanggup menerima pandangan orang lain jika
pandanagan tersebuat boleh mendatangkan manfaat kepada semua ahli dalam organisasi.

Komponen gaya kepimpinan transformasi terdiri daripada gaya kepimpinan karismatik (bangga merasa
bangga dengan pekerja, percaya mempunyai kepercayaan penuh kepada pekerja, misi mempunyai
pandangan/misi yang disebarkan), gaya kepimpinan inspirasi (piawai menetapkan piawai kerja yang
dilakukan, visi mempunyai visi/wawasan yang jelas dan disebarkan, dorongan memberi dorongan kepada
pekerja), rangsangan intelektual (selesai menyelesaikan masalah dengan cara baru, bijaksana menggunakan
kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah, pandangan memberi pandangan dan alasan yang munasabah),
dan pertimbangan individu (perhatian memberi perhatian personal kepada pekerja bermasalah, cara
mengenal pasti cara terbaik membantu pekerja secara peribadi, penghargaan memberi penghargaan kepada
kecemerlangan individu).

Anda mungkin juga menyukai