Anda di halaman 1dari 2

Cara untuk mengekalkan kesihatan

Kesihatan adalah nikmat yang tidak ternilai. Malangnya anugerah ini sering tidak dihargai
sehinggalah nikmat tersebut sudah tiada lagi.
Amalan hidup sihat berkisar tentang dua kunci utama iaitu gaya hidup dan pemakanan.
Maknanya, sekiranya kita ingin sihat dan kekal sihat, kita perlu memberi perhatian kepada
kedua-dua aspek ini.
Di sini terdapat beberapa cadangan panduan mengekalkan kesihatan untuk diamalkan:
1.Bersenam

setiap

hari

Fizikal yang sentiasa cergas dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik, membantu
keseimbangan dan koordinasi tubuh serta mengurangkan berat badan. Berat badan unggul
bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga penting untuk keyakinan diri.
2.Tingkatkan

sistem

penghadaman

System penghadaman yang kurang baik menyebabkan khasiat makanan tidak dapat diserap
untuk dimanfaatkan oleh sistem badan. Tanda-tanda sistem penghadaman yang kurang baik
adalah seperti tekstur kulit kasar, alahan kulit, sembelit, air bertakung dalam badan, sakit kepala,
kurang daya tumpuan, kemurungan dan perut kembung.
3.Selaraskan

pH

tubuh

Tubuh yang sihat adalah bersifat alkali lemah iaitu sekitar pH 7.35-7.45. apabila badan kita
menjadi semakin bertoksid, nilai pH tersebut menurun dan menunjukkan keadaan berasid.
Kesan sampingan badan berasid adalah keletihan, ingatan lemah, sakit-sakit badan, sukar tidur,
sembelit, organ tidak berfungsi dengan baik dan kadar metabolism yang rendah. Lebih buruk
lagi, sel-sel kanser lebih mudah membiak dan hidup dalam keadaan badan yang berasid.
4.Banyakkan

minum

air

Fungsi air adalah nenyelaraskan suhu badan, menghantar khasiat kepada organ dan tisu badan,
membawa oksigen, menyingkirkan bahan buangan serta melindungi sendi dan organ. Tandatanda kekurangan air adalah seperti berasa dahaga, sakit sendi dan otot, sakit bahagian
belakang, sakit kepala dan sembelit. Kita perlu minum sekurang-kurang 2 liter air sehari
bergantung kepada aktiviti, keadaan cuaca, berat badan dan tahap kesihatan kita.
5.Pengurusan

stress

Gaya hidup yang serba sibuk dengan pelbagai tuntutan dan keperluan menjadikan stress begitu
sinonim dengan kehidupan sekarang. Stress bukanlah sesuatu yang tidak bermanfaat langsung
dalam kehidupan kerana sedikit stress adalah penting untuk mendorong kita melakukan yang

terbaik dan juga mengembangkan potensi diri. Namun, pastikan stress berada pada tahap yang
terkawal kerana stres yang melampau boleh menjejaskan kesihatan dan emosi seseorang.
6.Tabiat

makan

yang

baik

Tabiat makan mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang seperti pepatah Inggeris yang
berbunyi We are what we eat. Amalkan cara makan yang sihat seperti makan apabila lapar,
berhenti sebelum kenyang dan mulakan dengan buah-buahan sebelum makan makanan berat.
7.Jaga

jadual

tidur

Tidur yang cukup adalah penting untuk pemulihan kesihatan dan mood seseorang. Sentiasa
bergerak cergas serta selalu menarik nafas dalam-dalam untuk mengurangkan kesan letih akibat
tidak cukup tidur walaupun ketika duduk, berjalan atau memandu.
8.Hubungan

intim

suami

isteri

Hubungan suami isteri yang intim dan mesra bukan sahaja penting untuk kerukunan
rumahtangga, bahkan juga baik untuk kesihatan seseorang. Rumahtangga yang bahagia bukan
sahaja melahirkan anak-anak yang cemerlang, malahan memenuhi keperlua emosi, fizikal dan
spiritual seseorang.
Kesimpulannya, kesihatan dan kebahagiaan adalah saling berkait. Mereka yang bahagia
biasanya sihat dan kelihatan gembira. Mereka yang benar-benar sihat pula kelihatan berseri dan
bahagia. Kesihatan dan kebahagiaan adalah nikmat yang tidak ternilai serta menuntut
pengorbanan dan disiplin diri yang tinggi. Nikmat kedua-dua anugerah tersebut boleh dikecapi
dengan berbekalkan minda dan sikap yang positif.

Anda mungkin juga menyukai