Himpunan Doa Majlis2 Sek PDF
Himpunan Doa Majlis2 Sek PDF
ISI KANDUNGAN
BIL
TAJUK
MUKA
SURAT
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
36
37
SEKAPUR SIREH
Saya mengucapkan tahniah atas kejayaan Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan
Moral
( SPPIM ) JPN Kedah. kerana menyusun Buku Panduan Doa Majlis-Majlis Rasmi
Sekolah. Ternyata usaha ini amat bertepatan dan sesuai dengan masanya di saat
Kementerian Pelajaran Malaysia sedang merangka satu strategi perlaksanaan
pengurusan berteraskan prinsip-prinsip Islam Hadhari.
Usaha menyusun buku ini juga akan dapat menjadi panduan kepada pihak sekolah dalam
pembacaan doa ketika majlis-majlis rasmi. Secara tidak langsung ianya juga dapat
menyeragamkan doa-doa berkenaan agar lebih sesuai berasaskan panduan cara berdoa
yang mengambilkira sensitiviti pelbagai kaum, keturunan dan agama semasa majlis-majlis
rasmi berkenaan berlangsung.
Penulisan doa dalam bahasa yang mudah difahami oleh semua pihak juga dilihat
menepati matlamat sebenar doa, iaitu seseorang itu faham dengan apa yang dipohonkan
dan secara tidak langsung ia akan membantu ke arah penghayatan dalam mengaminkan
doa berkenaan.
Diharap dengan adanya buku panduan ini, majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak
sekolah akan berjalan lebih lancar, sistematik dan diberkati serta mencapai matlamat
yang dicita-citakan.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada panel penulis dan
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, JPN Kedah atas usaha murni ini.
Semoga usaha kita ini dinilai sebagai satu kebajikan oleh Allah Yang Maha Esa.
Sekian, terima kasih.
SEULAS KATA
Segala puji-pujian bagi Allah yang telah memberi kemudahan dan keizinan kepada kita
untuk menyusun buku kecil ini.Dengan kelahiran buku Panduan Doa Dalam Majlis Di
Sekolah ini akan memudahkan warga sekolah di negeri Kedah menggunakannya dalam
majlis-majlis yang dijalankan di sekolah dan seumpamanya.
Sesungguhnya doa merupakan senjata mukmin dan unsur penting dalam ibadah. Dengan
berdoa, seseorang mukmin itu telah meletakkan pengharapannya kepada Allah yang
merupakan Tuhan Yang Maha Memperkenankan Doa. Keberkatan dari Allah itulah akan
menjadikan segala urusan kita akan lebih berkualiti dan mampu mencapai matlamat yang
diharapkan.
Saya berasa gembira kerana pihak Jurulatih Utama Dakwah, Jurulatih Dakwah JPN
Kedah telah mengambil inisiatif ini sehingga berjaya menerbitkan buku ini. Seringkali
apabila sesuatu majlis diadakan , akan dimulakan dengan bacaan doa. Dengan adanya
buku doa ini, kita dapat menyelaras dan menyeragamkan pembacaan doa dalam majlismajlis rasmi di sekolah.
Pihak SPPIM juga mengharapkan dengan penerbitan buku ini, akan menjadi panduan
kepada pihak sekolah dalam pembacaan doa semasa majlis-majlis rasmi yang dijalankan
di sekolah. Walau bagaimanapun, kandungan doa ini bolehlah diubahsuai atau ditokok
tambah mengikut kesesuaian dan keadaan majlis yang dilangsungkan.
Mudah-mudahan, dengan sedikit sumbangan dari pihak Sektor Pengurusan Pendidikan
Islam Dan Moral (SPPIM) Jabatan Pelajaran Negeri Kedah ini akan membantu pihak
sekolah menjalankan aktiviti yang dirancang dengan lebih berkesan dan diberkati.
Wassalam, sekian terima kasih,
MUQADDIMAH
Doa merupakan senjata bagi orang-orang yang beriman. Ia juga merupakan satu
wasilah yang menghubungkan seseorang hamba secara terus dengan Allah Taala.
Dengan berdoa seseorang itu bukan sahaja mengharapkan permohonannya
diterima Allah bahkan lebih dari itu ia juga menggambarkan tanda perhambaan
dan pengakuannya kepada keWujudan, keEsaan dan kekuasaan Penciptanya.
Apabila seseorang itu berdoa maka dia sentiasa mengharapkan permohonannya
diterima Allah. Oleh yang demikian seseorang yang ingin memohon doa tertakluk
kepada adab dan tatacara supaya doanya diterima Allah. Dalam hal ini seseorang
yang ingin berdoa, sewajarnya merujuk kepada panduan yang digariskan oleh
syarak sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
Oleh yang demikian, maka melalui risalah doa kecil ini, telah diperturunkan
beberapa panduan dan kaedah dalam memohon doa dan beberapa penjelasan
tentang perkara yang sering ditimbulkan berhubung dengan adab dan tatacara
berdoa.
PENGERTIAN DOA
Kalimah doa di dalam al-Quran membawa maksud yang berbagai. Antaranya doa
dari segi bahasa bermaksud ibadat, memohon bantuan atau pertolongan,
permintaan atau permohonan, percakapan, memanggil dan memuji. Maka
dapatlah disimpulkan bahawa kalimah doa dari segi istilah membawa maksud
melahirkan kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan permohonan hajat
dan ketundukan kepada Allah.
DOA-DOA MUSTAJAB
Doa yang lebih mudah diterima oleh Allah ialah doa yang terdapat dalam Al-Quran
dan Hadis atau lebih dikenali sebagai doa-doa yang mathur.
Contoh-contoh doa dalam al-Quran
Para ulama juga berpendapat dibolehkan berdoa dari doa yang bukan dari alQuran dan Hadis. Sebagai contoh doa Saidina Umar bin Abdul Aziz ( Kitab alIbadah oleh Syeikh Al-Azhar Prof. Dr. Abdul Halim Mahmud ) :
(1)
5.
6.
7.
(1)
Kitab
Muka surat 13
ADAB-ADAB BERDOA
Sila rujuk:
(2)
Kitab
Muka surat 14
1)Rujukan :
Kitab
Muka surat 20
1)Rujukan :
Kitab
Muka surat 21
1)Rujukan
Muka surat 24
2)Rujukan
: Kitab
Ertinya : Saidina Anas R.A. duduk bersama baginda S.A.W. dan mendengar
seorang lelaki menunaikan solat kemudian berdoa (seperti di atas). Baginda S.A.W
bersabda :Sesungguhnya dia telah berdoa kepada Allah dengan menyebut nama
Allah yang mulia ,dimana
Allah akan memberikan dan memperkenankan
permintaan dan doa orang yang berdoa dengannya.
(Abu Daud, An NasaI ,Ahmad dan Ibnu Hibban)
Berdasarkan hadis di atas ,harus bagi orang yang tidak mampu berdoa
dengan doa yang mathur beribadah dengan doa doa yang tidak mathur.
bahkan tidak mengapa bagi orang yang mengetahui doa yang mathur
menyertakan doa yang tidak mathur di dalam permohonan mereka. (1)
Muka surat 32
Ketika Imam Ibrahim bin Adham (seorang wali Allah) ditanya, kenapakah doa
seseorang ditolak oleh Allah Taala.Lalu beliau menjawab:1- Kamu kata kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan tanggungjawab
kepada Nya
2- Kamu kata kamu cintakan Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya
3- Kamu baca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya
4- Kamu makan rezeki Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya
5- Kamu tahu syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu berkawan dengannya
6- Kamu kata syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya
7- Kamu kata neraka itu benar, tetapi kamu melakukan perbuatan yang
mendekatkan kamu kepadanya
8- Kamu kata mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia menghadapinya
9- Kamu nampak keaiban orang lain, tetapi kamu tidak nampak keaiban diri
kamu sendiri
Maksudnya : Ya Allah aku memohon keampunanMu ! Segala puji bagi Allah yang
telah menghilangkan kotoran daripadaku serta menyelamatkan ( menyihatkan )
aku.
7. Doa ketika hendak makan
Maksudnya : Segala pujian bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum
dan menjadikan kami dari kalangan orang Islam
9. Doa ketika terlupa membaca Bismillah
Maksudnya : Aku berlindung diri kepada Allah yang Maha Besar dan dengan
wajahNya yang mulia, serta kekuasaanNya yang sedia ada daripada bahaya
syaitan yang terkutuk. Segala puji bagi Allah.Ya Allah Ya Tuhanku turunkanlah
salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah Ya
Tuhanku, ampunilah semua dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku semua pintu
rahmatMu.
12. Doa ketika berada dalam saf solat
DOA PERHIMPUNAN
Ya Allah kami berlindung padamu dari rundungan sedih dan duka. Kami berlindung
padamu dari sifat lemah dan malas Kami berlindung padamu dari sifat bacul dan
kikir ,Kami berlindung padamu dari beban hutang dan penindasan orang
Ya Allah Ya Tuhan kami bukakanlah hati dan minda kami supaya kami dapat belajar
dengan mudah dan kami mohon agar engkau berikanlah kepada kami ilmu yang
bermanfaat serta sinarilah hati-hati kami dengan nur hidayahMu
Ya Allah Perbanyakkan kami dengan ilmu pengetahuan, Hiasilah kami dengan sopan
santun, Muliakanlah kami dengan ketakwaan dan perelokkan kami dengan sihat walfiat.
Ya Allah Engkau simpankanlah segala ilmu yang telah kami pelajari pada hari ini dalam
minda kami dan kembalikan kepada kami apabila kami memerlukannya.
Ya Allah, selamatkanlah perjalanan pulang kami ini dari segala mara bahaya supaya kami
dapat sampai ke rumah dengan selamat dan bertemu dengan ayahbonda yang kami
sayangi.
Ya Allah panjangkanlah usia kami supaya kami dapat kembali semula ke sekolah ini pada
esok hari dengan semangat untuk terus belajar dan mencipta kesejahteraan hidup di
dunia dan akhirat.
Ya Allah jadikanlah hari ini kebaikan bagi kami dan hari esok lebih baik dari hari ini.. Amin
Ya Rabbal Alamin
Ya Allah ya Tuhan kami ,Kami panjatkan rasa syukur kami yang tidak terhingga kepadaMu
ya Allah ,kerana dengan limpah kurnia dan inayahMu jua ,maka kami ibubapa dan guru
pada hari ini dapat berhimpun bersama untuk bermesyuarat
dalam suasana
persaudaraan dan mahabbah.
Ya Allah , Ya Rahman ,Ya Rahim, Kami semua insaf bahawa tanggungjawab mendidik
anak-anak dengan didikan yang bersifat duniawi dan ukhrawi adalah tanggungjawab yang
perlu dipikul bersama dan tidak akan berjaya, tanpa adanya kesepaduan antara rumah
dan sekolah.
Ya Allah , kukuhkan tekad kami , serta bantu kami ya Allah supaya kami dapat menjadi
contoh buat anak-anak yang kami sayangi , yang bakal menjadi peneraju kesinambungan
buat generasi yang cemerlang , gemilang dan terbilang .
Oleh itu jadikanlah ya Allah , ibubapa dan guru serta waris yang hadir pada hari ini ,
sentiasa sedar dan meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak sebagai satu amanah
dariMu , yang nanti akan dipertanggungjawabkan. sebagaimana sabda rasulMu Kamu
semua adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang orang yang di bawah
pimpinannya.
Akhirnya ya Allah , jadikanlah anak-anak kami sebagai anak-anak yang taat kepadaMu ,
baik akhlaknya dan menjadi penyejuk mata ayah dan bonda , anak yang cintakan ilmu
pengetahuan , berwawasan jauh serta menjadi contoh buat generasi akan datang. Amin
Ya Rabbal Alamin.
Ya Allah kami mulakan majlis kami pada hari ini dengan berdoa dan bermunajat memohon
kepadaMu agar Program Bersama Waris ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai
matlamatnya.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Ampunilah dosa kami, pimpinlah kami menjadi hamba-hambaMu yang sentiasa
mentaatiMu dan juga sebagai ibubapa yang prihatin terhadap masa depan anak-anak.
Hidupkanlah dalam hati-hati kami rasa tanggungjawab terhadap amanahMu dalam
mendidik anak-anak, kerana mereka adalah aset yang sangat berharga buat kami semua
untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti.
Ya Allah, NabiMu telah bersabda yang mafhumnya apabila mati seseorang anak Adam
terputuslah amalannya kecuali dia meninggalkan anak yang soleh atau solehah yang
sentiasa mendoakan kesejahteraannya. Oleh itu Ya Allah, kurniakanlah kepada kami
anak-anak yang soleh yang bakal mencerna dan mewarnai negara tercinta ini dengan
generasi yang beriman dan bertaqwa, cintakan ilmu pengetahuan berhati mulia dan
berbudi luhur.
Ya Allah, Ya Hafiz,
Peliharalah anak-anak kami daripada terjebak dalam kancah kemaksiatan di dunia yang
serba mencabar yang nanti bakal mengundang seribu kesesalan. Ya Allah kami juga
memohon kepadaMu agar pertemuan kami pada hari ini menjadi pertemuan ukhuwwah
serta mengeratkan persahabatan sesama kami. Tautkanlah antara hati-hati kami supaya
kami dapat bersatu mengembeling tenaga membantu pihak sekolah membina
kecemerlangan anak-anak kami dan sekolah ini.
Ya Allah, kami berlindung denganMu dari rundungan sedih dan duka.Kami berlindung
denganMu dari sifat lemah dan malas. Kami berlindung denganMu dari sifat bacul dan
kikir. Kami berlindung denganMu dari beban hutang dan penindasan orang.
Ya Allah Ya Malikal Mulk, engkaulah pemerintah segala pemerintah, Engkau yang berhak
memberi pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau juga
berkuasa mengambilnya daripada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah jua
yang menghina dan memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, Di dalam
genggamanMulah segala kebaikan, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas setiap
sesuatu.
Betapa kami merafakkan syukur kepadaMu atas nikmat kemerdekaan yang Engkau
limpahkan kepada tanah air kami. Kami sedar betapa pahit jerih generasi terdahulu meraih
kemerdekaan yang harganya adalah darah, nanah dan airmata perjuangan. Oleh itu Ya
Allah Engkau cucurilah rahmatMu kepada para pejuang kemerdekaan yang telah pergi
meninggalkan kami.
Ya Allah, sebagaimana Engkau merdekakan Negara kami maka kami memohon
kepadaMu agar Engkau merdekakan kami dari belenggu syirik, khurafat, tahayyul dan
kekufuran, merdekakan juga jiwa kami dari berhasad dengki, tamak haloba, bakhil kedekut
dan perasaan mazmumah, agar dapat kami bergerak seiring, berdaya saing memajukan
negara tercinta, Engkau merdekakan minda kami dari sentiasa berburuk sangka, berminda
negatif sehingga menghalang kemajuan dan ijtihad ke arah menjadikan kami umat yang
maju dan seimbang.
Ya Allah Ya Aziz, Kami sedar Ya Allah betapa sukarnya untuk kami mengisi dan mengekal
nikmat kemerdekaan, Oleh itu, satukanlah antara hati-hati kami tanpa mengira warna kulit
dan suku bangsa, saling membantu berkasih sayang atas rasa tanggungjawab terhadap
negara tercinta.
Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut serta basah untuk mengingati dan menyebut
namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta badan yang ringan untuk
menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.
Ya Allah kurniakan kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna,
keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah kurniakanlah kami agama yang jitu dan
unggul. Selamatkanlah kami dari mara bahaya.
Kami memohon Ya Allah, kecukupan yang tidak sampai sehingga kami terpaksa meminta
jasa baik orang lain, berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak
lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri atau menyembah selain
dari Engkau, kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak
kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Janganlah Ya Engkau biarkan nasib
kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun sekadar sekelip mata. Wahai tuhan yang
mudah dan cepat memperkenankan permintaan hambaNya perkenankanlah Ya
Allah.
Ya Allah jadikanlah perhimpunan kami sempena menyambut ..
pada hari ini sebagai penggerak dan titik tolak untuk kami membina kehidupan yang lebih
baik dan menjadi hambaMu yang taat serta patuh kepada perintahMu, sentiasa
mensyukuri nikmatMu. Hiasilah Ya Allah hidup kami dan anak-anak didik kami dengan
akhlak yang mulia, berjiwa merdeka dan menggerakkan satu momentum memacu agama,
bangsa dan negara ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat.
Ya Allah, Tuhan yang bersifat pemurah, kami dambakan rahmatMu pada pagi ini, untuk
kami laksanakan perencanaan kami dalam Karnival Puisi Sains pada kali ini, moga
lembayung rahmatMu memayungi perjalanan karnival ini hingga ke akhirnya.
Ya Allah dengan hati yang penuh kerendahan kami memohon agar Engkau jernihkan hatihati kami, agar ianya jauh dari kekeruhan sifat mazmumah sebagaimana Engkau
jernihkan air hujan yang Engkau titiskan ke bumi lalu darinya engkau hidupsuburkan
tumbuh-tumbuhan. Ya Allah, sesungguhnya kekuasaanMu terserlah, ketika Engkau
pancarkan sinar mentari yang penuh berfaedah, ketika Engkau simbahkan cahaya
rembulan yang menentukan pasang surut lautan, lalu kami insan yang kerdil ini
menumpang berteduh di bawah payungan rahmatMu.
Ya Allah jadikanlah kami insan yang setia, tunduk kepada perintahMu sepertimana
tunduksetianya matahari dan bulan pada orbitnya atas iradahMu. Peliharalah kami
daripada melanggar perintahMu sepertimana siang yang tidak pernah melanggar perintah
mendahului malam.
Ya Allah, bukakanlah minda kami yang telah Engkau bekalkan dengan 25 trillion neuron
untuk kami sentiasa tadabburkan kejadian langit dan bumi, agar bertambahlah iman,
bercahayalah makrifah, lantas terbukalah pintu keampunan. Kami jua memohon
kepadaMu Ya agar engkau sentiasa mencurahkan kepada kami ilmuMu agar kami
sentiasa mampu berusaha mengkaji dan mencari rahsia alamMu untuk manfaat kami Ya
Allah.
Ya Allah pada hari ini kami berhimpun dengan matlamat untuk menjayakan kejohanan
Sukan / Olahraga pada tahun ini. Oleh itu Ya Allah, dengan hati penuh kerendahan kami
memohon keampunan, kami mengharap perlindungan, kami mendamba rahmat dan kasih
sayang agar kejohanan yang kami anjurkan pada hari ini berjaya dilaksanakan tanpa
sebarang masalah dan kecelakaan.
Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Agung, melalui kejohanan yang kami anjurkan hari ini,
Engkau titipkan di hati kami keimanan, Engkau satukan hati antara kami tanpa mengira
warna kulit dan suku bangsa, Engkau jadikannya keberkatan kepada kami supaya
terbenih keikhlasan di hati, terbina kesihatan jasmani, terjana akal yang suci, terbuka
minda abadi. lalu darinya Ya Allah, dapat kami satukan ramuan ini dalam diri untuk kami
menjadi umat yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Lalu kami
menjadi umat yang berdaya saing, berdaya juang, memacu Negara kami menuju negara
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Ya Allah jadikan permulaan kami kebaikan dan kesudahan kami kebaikan. Amin Ya
Rabbal Alamin.
Ya Allah Engkau lapangkan hati kami untuk kami tadabburkan segala apa yang kami lihat,
dan kami dengar, agar bertambah keyakinan kami terhadap kekuasaanMu. Peliharalah
penglihatan kami, pendengaran kami serta kawallah tingkahlaku kami dari sebarang
perkara yang membawa kepada dosa dan kemurkaanMu. Sesungguhnya kami amat takut
kepada kemurkaanMu sebagaimana takutnya kami kepada azab api neraka.
Ya Allah kami sedar bahawa Engkaulah yang mengatur dan menguasai sekelian alam,
maka kami memohon agar Engkau selamatkan perjalanan kami dari sebarang petaka,
mara bahaya, Engkau jauhkan kami dari perbuatan khianat sama ada dari kalangan
manusia, jin atau makhluk lain yang berniat jahat kepada kami ya Allah
Ya Allah, Jadikanlah pengalaman yang kami perolehi dari perjalanan kami ini sebagai ilmu
yang bermanfaat untuk kami gunakan bagi memajukan agama dan Negara kami. Ya Allah
sebagaimana Engkau selamatkan perjalanan kami maka Engkau selamatkanlah jua
kepulangan kami nanti.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon dariMu kesejahteraan untuk kami semua.
Selamatkanlah agama kami sihatkanlah Ya Allah tubuh badan kami, tambahkan kepada
kami ilmu pengetahuan dan berikan keberkatan kepada rezeki yang kami perolehi, dan
jadikanlah kami orang yang bertaubat sebelum kami mati. Ya Allah Ya Tuhan kami
ringankanlah kesakitan ketika kami menghadapi sakratulmaut dan hindarkanlah kami
semua dari api nerakaMu dan ampunilah kami di ketika kami di hisab pada hari akhirat
nanti,
Ya Allah ya Tuhan kami, Jadikanlah
perhimpunan kami pada hari ini sebagai
perhimpunan yang mendapat RahmatMu dan perpisahan kami selepas ini adalah
perpisahan kami selepas ini adalah perpisahan yang mendapat keampunan dariMu .
Amiin Ya Rabbal Alamiin.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.
Salawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad (s.a.w) dan keluarga baginda
dan para sahabatnya. Ya Allah sesungguhnya pada tahun ini hambamu telah melakukan
larangan-larangan Mu tapi belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak
melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan
kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahankesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku mohon keampunan dari Engkau,
ampunilah aku dan apa yang aku lakukan pada tahun ini, yang Engkau redhai dan yang
Engkau janjikan pahala. Maka aku memohonnya kepada Engkau Ya Allah, Ya Karim, Ya
Zal- Jalali-wal-Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan
harapanku terhadapMu. Salawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
S.A.W dan keluarga baginda dan para sahabatnya, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan
yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.
Salawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (S.A.W) dan keluarga baginda dan
para sahabatnya. Ya Allah Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi
kelebihanMu Yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah. Sesungguhnya pada
tahun ini aku pohon Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, kuncu-kuncunya
, tentera-tenteranya dan penolong-penolongnya dan aku mohon perlindungan daripada
nafsu ammarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan
perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Salawat dan
salam ke atas junjungan Nabi Muhammad (s.a.w) dan ke atas keluarga baginda dan para
sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekelian alam.
SUMBER RUJUKAN
2. Kumpulan Doa dan Zikir ( Terjemahan al-Azkar ), Syed Ahmad Semait, Pustaka
Nasional Singapura.
3. Terjemahan Riyadhus Shalihin, M. Abdai Rathomy, Pustaka Nasional Singapura
4. Wirid dan Doa, Hj. Jamaluddin Hashim, Jabatan Agama Johor.
SEKALUNG PENGHARGAAN
PANEL PENULIS
Penasihat :
Dato Abdul Rahman bin Yob, DSDK.,KMN.,BCK.,
Pengarah Pelajaran Negeri Kedah
Tn. Hj. Abdul Aziz bin A. Lateh
Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
Tn. Hj. Mahir bin Muhamad
Penolong Pengarah Dakwah,
SPPIM, JPN, Kedah
Tn. Hj. Abd. Hamid bin Zakaria,
Penyelia Pendidikan Islam Sekolah Menengah,
SPPIM, JPN, Kedah.
Panel Penulis:
Ustaz Haji Muhamad Puad bin Ilias @ Yahya
( SMK. Baling )
Jurulatih Utama Dakwah, SPPIM
Tuan Syeikh Aminuddin bin Abd. Rahim
( SK. Haji Hassan b. Itam, Simpang Empat )
Ustaz Haji Mohd Najib bin Haji Ahmad
( SMK. Mahang,Kulim )
Jurulatih Utama Dakwah, SPPIM
Ustaz Mohd Rifae bin Haji Ismail
( SMK.Tunku Putera,Baling )
Jurulatih Dakwah, SPPIM
Ustaz Ahmad Zakir bin Abdul Hamid
( SK. Lunas Jaya,Kulim )
Jurulatih Dakwah, SPPIM
Usth. Maudah bt. Ali
( SMK. Baling )
Jurulatih Dakwah, SPPIM