Anda di halaman 1dari 8

OLAHRAGA (LARI PECUT)

1.0 SEJARAH
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang
pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di
kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi
semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan
melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan.
Berikutan ini acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 )
diadakan. Pada zaman olimpil kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina
melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu
marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet
menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang
dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.
Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan
peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara
permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut
digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara permulaan berdiri
sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun
1880an rama jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara
permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan
memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian
wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo
start.
Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja,
pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo.
Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson
dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula
adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun
1928. dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian
yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang
mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948,
Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan
masa 22.9. Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya
mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa
43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan

masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan
catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya
mencatat

masa

48.94

saat

pada

tahun

1978.

2.0 PERKEMBANGAN OLAHRAGA DAN LARI PECUT


Sejarah perkembangan lari pecut mempunyai kaitan dengan keperluan aktiviti fizikal
yang bermula pada penghujung tahun 1800. Ketika lari pecut merupakan aktiviti fizikal yang
dijadikan salah satu acara yang dipertandingkan. Pada tahun 1912, Persekutuan Olahraga
Amatur Antarabangsa (IAAF) ditubuhkan untuk menyelaraskan program, aspek teknikal,
peralatan, dan rekod dunia dalam acara olahraga.
Di Malaysia, organisasi olahraga yang paling awal ditubuhkan ialah di Ipoh iaitu
pada tahun 1906. Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) ditubuhkan selaras dengan
perkembangan olahraga iaitu pada tahun 1952 untuk mengendalikan sukan olahraga.
Aktiviti olahraga bagi peringkat sekolah pula dikendalikan oleh Majlis Sukan SekolahSekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri (MSSN) dan Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD). Lari pecut merupakan salah satu acara balapan dalam
olahraga. Umumnya, acara 100 meter, 200 meter dan 400 meter dianggap sebagai acara
lari pecut. Sebelum menggunakan sistem metrik, jarak larian dikira dalam ela.

3.0 PENEMPATAN BLOK PERMULAAN YANG LEBIH TEPAT


Chris Brooks (1981) dalam bukunya bertajuk Womens hurdling: Novice, to championship
mengemukakan satu cara penempatan blok yang Iebih tepat. Cara ini melibatkan ukuran
panjang kaki.
Panjang kaki Dari Trochanter ke tanah
Penempatan blok hadapan Panjang kaki ____ 0.55
Jarak antara blok Panjang kaki ____ 0.42
Contoh = 86 cm
Penempatan blok pertama = 86 0.55 = 47.30 cm
Jarak antara blok = 86 0.42 = 36.12 cm

Ukuran balapan/trek 200m

4.0 PENEMPATAN BIOK DI SELEKOH


Acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu penempatan
blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100m. Blok diletakkan
berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke garis dalam
Iorong

supaya

bahagian

dalam

blok

adalah

Aktiviti drilling sebelum memulakan lari pecut :

tangen

kepada

garis

dalam

Sebagai seorang pelari pecut, kita hendaklah


menguasai teknik larian dahulu selain memerlukan tahap kelajuan yang baik
5.0 KEMAHIRAN DALAM LARI PECUT
Terdapat empat fasa dalam lari pecut, iaitu:
i)

Fasa permulaan

ii)

Fasa berlepas

iii)

Fasa pecutan

iv)

Fasa penamat

Seseorang yang dapat menguasai keempat-empat fasa di atas dengan baik akan menjadi
seorang pelari yang baik. Setiap fasa yang dinyatakan di atas mempunyai teknik-teknik
tertentu untuk melakukannya.
i) FASA PERMULAAN
Permulaan yang baik dapat membantu seseorang pelari pecut dalam lariannya. - Teknik
gaya dekam biasanya digunakan dalam permulaan larian. - Gaya dekam terbahagi kepada
tiga cara, iaitu:
a. Cara peluru/pendek- Berdiri rapat dengan garisan dan mengira 2 atau 1 tapak. Hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan. - Ruang diantara dua
tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk
. b. Cara sederhana - Berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1 tapak. - Lutut tapak
kaki belakang segaris dengan dengan hujung tapak kaki hadapan. - Ruang diantara dua
tapak kaki adalah seluas satu buku penumbuk.

c. Cara panjang - Berdiri rapat ke garisan dan mengira 2 atau 1 tapak. - Lutut tapak kaki
belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan. - Ruang diantara dua tapak kaki
adalah seluas satu buku penumbuk.
Untuk memulakan larian pecut, murid perlulah didedahkan dengan kemahirankemahiran awal lari pecut atau lebih dikenali sebagai ansur maju dalam lari pecut. - Latihan
ansur maju terdiri daripada latihan mendorong, latihan teknik pecut, latihan kekuatan kaki,
dan latihan pecutan.
Latihan teknik pecut ialah seperti berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90
darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung. Kemudian, berlari dengan
melangkah panjang. Latihan seterusnya ialah berjalan dengan lutut tinggi, berlari dalam
kumpulan, dan mengangkat lutut. Latihan berikutnya perlulah lebih kompleks seperti
berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari skip
dengan bahagian bawah kaki diluruskan, berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan
bahagian bawah kaki diluruskan, berlari menyepak ke belakang, berlari dengan lutut tinggi
dan memecut. - Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan bermula dengan melonjak untuk
jarak. Seterusnya ialah melangkah panjang (bounding). Latihan ini semakin kompleks
apabila murid didedahkan dengan latihan untuk melonjak dan melangkah melepasi
halangan, melompat, memusing, mendekam, dan memecut.kemudian secara berpasangan,
murid dikehendaki berlari dengan halangan oleh tarikan rakan dengan menggunakan
sebarang alatan seperti kain dan sebagainya.
Fasa permulaan juga terdiri daripada 2 peringkat,iaitu:
i.

peringkat ke garisan - jarak yang sesuai dari garisan mula dengan bahagian

hadapan dan belakang blok permulaan. - kaki dominan diletakkan di bahagian hadapan blok
permulaan. - jari diletakkan di belakang garisan mula mengikut keselesaan. kedudukan
tangan melebihi luas bahu dan dalam keadaan selesa. - bahu ke hadapan sedikit. - tangan
lurus tetapi dalam keadaan selesa. - kepala dan leher dalam satu garisan dengan tulang
belakang. - fokuskan mata ke hadapan (satu hingga dua meter ke hadapan). - kawal
pernafasan.
ii.

peringkat sedia - kawal pernafasan - pinggul diangkat perlahan-lahan sehingga

melebihi aras bahu. - kepala dan leher dalam satu garisan dengan tulang belakang. fokuskan mata ke hadapan. . - bahu ke hadapan sedikit daripada tangan. - lutut kaki
hadapan membuat sudut 90 darjah. - lutut kaki belakang membuat sudut 120 darjah. - kaki
ditolak kuat pada blok permulaan
. ii) FASA BERLEPAS

Fasa ini merupakan suatu tindakan eksplosif di mana sebaik sahaja pelari mendengar
isyarat mula atau bunyi letupan pistol. - Seperti fasa permulaan, fasa berlepas juga
mempunyai teknik-teknik tertentu untuk menjadi seorang pelari pecut yang baik. - Teknik
fasa berlepas ialah:
I.

Kaki hadapan diluruskan serta-merta dan lutut kaki belakang dibawa ke hadapan.

Ii.

Tangan diayun untuk mengimbangi aksi kaki.

Iii.

Badan masih lagi membongkok ke hadapan lima hingga enam meter yang

pertama.
iv.

Elakkan daripada melompat ke hadapan untuk langkah pertama.

iii). FASA PECUTAN


Biasanya, fasa ini berlaku apabila pelari telah berlari sejauh 40 meter dari blok permulaan.
Fasa ini dikekalkan kadar pecutannya sehingga ke garisan penamat. - Teknik bagi fasa
pecutan ialah:
i.

langkahan semakin panjang dan lutut tinggi.

ii.

berlari di atas bebola kaki.

iii.

bengkokkan siku kira-kira 90 darjah.

iv) FASA PENAMAT


Fasa penamat merupakan fasa terakhir dalam lari pecut. Perhatian perlu dititikberatkan
semasa menghampiri garisan penamat. - Teknik fasa penamat ialah:
i.

terus berlari tanpa mengurangkan kepantasan sehingga melepasi garisan

penamat.
ii.

bahagian dada atau torso dibawa ke hadapan.

iii.

badan dicondongkan sedikit.

Umumnya larian 200 meter mempunyai empat fasa larian seperti berikut:
1. Permulaan yang dilakukan di garisan permulaan yang disediakan khas untuk acara ini ,
dengan pelari yang berlari di lorong luar paling luar kelihatan berada pada kedudukan yang
paling hadapan, walaupun pada hakikatnya jarak untuk semua pelari adalah sama.

2. Kemahiran berlari di selekoh harus ada pada setiap pelari 200 meter. Ketika melakukan
pecutan di selekoh pelari cenderung mencondongkan badannya ke dalam sehingga
menyebabkan sudut kedudukan tubuhnya dengan aras padang menjadi lebih kecil. Caranya
ialah kaki kanan disokong dan dibantu oleh kaki kiri semasa mengambil selekoh.

3. Selepas melepasi selekoh pelari akan berlari di lorong lurus pula yang jaraknya lebih
kurang 120 meter. Ini bermakna pelari perlu mengimbangi semula badannya supaya
keseimbangan tengah badan dapat diperolehi. lni merupakan satu situasi yang sukar kerana
gaya larian terpaksa diubah. Di situ kaedah larian untuk 100 meter boleh digunakan,
walaupun kebanyakan pelari mula memperlahankan lariannya disebabkan tidak dapat
mengekalkan kelajuan yang tinggi sepanjang Iariannya.
4.

Lorong lurus untuk 200 meter adalah bahagian yang memerlukan kemantapan atau

kekuatan mental yang tinggi. Sebaiknya pelari hendaklah mengekalkan kelajuan lariannya
supaya kepantasan tertinggi dicapai sehingga ke garisan penamat. Cara menamatkan larian
adalah sama seperti acara 100 meter, iaitu dengan menghulurkan bahagian dada pelari ke
hadapan seboleh mungkin.
ASPEK KESELAMATAN DALAM LARIAN PECUT.
i.

lakukan aktiviti memanaskan badan yang dimulakan dengan berjoging dan

regangan.
ii.

tingkatkan intensiti senaman dengan langkah yang panjang dan pantas, lari pecut

jarak dekat dan latihan fasa permulaan.


iii.

amalkan latihan untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal terutamanya

komponen kekuatan otot, kuasa dan kelajuan..


iv.

pakai pakaian yang sesuai dan bebas.

v.

gunakan kasut khas (spike) yang sesuai dengan permukaan balapan.

vi.

pastikan kawasan tempat berlari luas dan bebas daripada benda-benda yang

berbahaya.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LARI PECUT


i.

jika permulaan batal, pelepas-ulang menembak pistol sekali lagi serta-merta dan

memanggil semula semua pelari.


ii.

peserta yang melakukan kesilapan diberi amaran.

iii.

permulaan yang baru akan dilakukan.

iv.

jika peserta yang sama melakukan kesilapan, dia akan disingkirkan daripada

bertanding.
v.

peserta hendaklah berlari di lorong masing-masing.

Ciri-ciri sistem tenaga untuk pelari pecut.

Tenaga yang diperlukan bagi aktiviti fizikal adalah lebih tinggi berbanding dengan tenaga
yang diperlukan semasa rehat. Peningkatan aktiviti fizikal memerlukan lebih banyak tenaga.
Sebagai contoh semasa berlari pecut, tenaga yang digunakan oleh otot yang aktif adalah
100 kali lebih tinggi daripada tenaga semasa rehat. Aktiviti yang berintensiti rendah seperti
maraton, memerlukan tenaga sehingga 20 hingga 30 kali ganda daripada semasa rehat.
Oleh itu penggunaan tenaga bergantung kepada intensiti, masa latihan dan tahap
kecergasan individu.
Anaerobik alaktik
Aktiviti yang melibatkan masa yang singkat dan berintensiti tinggi seperti lari pecut 100
meter memerlukan tenaga serta merta yang dibekalkan daripada penguraian Adinosina
Trifosfat (ATP) dan Fosfokreatin (PC). Jumlah ATP yang dapat disimpan adalah sedikit
mengakibatkan pengurangan tenaga berlaku dengan cepat apabila aktiviti yang berintensiti
tinggi dilakukan. Simpanan ATP pada otot rangka adalah sedikit. Simpanan ini akan
berkurangan dengan cepat apabila aktiviti berintensiti tinggi dilakukan. Tenaga hanya boleh
dibekalkan bagi tempoh 10 saat.
Anaerobik laktik
Apabila aktiviti berintensiti tinggi terpaksa berterusan melebihi 10 saat, sumber tenaga
adalah daripada glikogen yang disimpan pada otot-otot rangka dan hepar (hati). Proses
penghasilan tenaga ini dikenali sebagai glikolisis anaerobik.
Glukos atau asid lemak + triglycerides + 02 C0 2 + H 2 O + haba

RUJUKAN:
satu.html

http://5starpjkdpli.blogspot.com/2012/02/sejarah-laripecut-merupakan-salah-

Anda mungkin juga menyukai