Anda di halaman 1dari 3

Syura dalam organisasi Islam

Berbeza pandangan di antara satu sama lain adalah lumrah manusia. Firman Allah SWT
dalam Surah Hud, ayat 118: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki,
tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu.
(Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.
Namun, jika perbezaan pandangan ini tidak diuruskan dan diselesaikan dengan baik, maka
ia akan mewujudkan konflik yang akhirnya sukar untuk diselesaikan. Di sinilah bermulanya
kepentingan untuk melaksanakan syura.
Syura adalah proses perbincangan dan perundingan untuk mengeluarkan keputusan atau
untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia adalah merupakan sebuah medan untuk
mewujudkan kesatuan pemikiran (wehdatul fikr) yang akan menjurus kepada kesatuan
amal (wehdatul amal).
Pandangan-pandangan yang pelbagai ini perlu digarap dan diharmonikan untuk
mengeluarkan satu keputusan yang benar-benar matang demi kepentingan bersama.
Perspektif
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai
bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan
kamu). (al-Hujurat: 13)
Ayat al-Quran tersebut menggambarkan kepada kita betapa manusia ini secara fitrahnya
berbeza dari segi agama, bangsa, latarbelakang keluarga, pendidikan, skop kerja,
tanggungjawab, kepentingan dan sebagainya.
Kepelbagaian inilah yang akhirnya mewujudkan perbezaan cara pemikiran, tingkah-laku dan
pembawaan. Wujudnya perbezaan pandangan kerana mereka melihat dari sudut ruang
lingkup dan perspektif masing-masing.
Oleh itu, mereka yang terlibat dengan syura perlu mempunyai sahsiah yang terbaik demi
menerapkan roh syura dalam menyelesaikan kepelbagaian dan ketidaksatuan pandangan
tersebut. Antara akhlak dan disiplin dalam mesyuarat adalah:
lPositif kepada orang lain. Individu yang menyertai atau terlibat dalam mesyuarat perlu
menganggap ahli-ahli mesyuarat yang lain sebagai sahabat, bukan musuh. Jika dia
menganggap orang lain sebagai musuh, maka timbullah sikap negatif terhadap mereka.
Setiap pandangan orang lain akan cuba disangkal walaupun ia sebenarnya tepat. Dalam sesi
mesyuarat, dia akan sibuk mencari kelemahan dan kesalahan orang lain. Setiap kali dia
bercakap, diungkit-ungkit kesalahan orang lain, bukannya mencari penyelesaian terhadap
masalah yang berlaku. Lalu masa terbuang begitu sahaja.Mesyuarat berakhir tanpa

sebarang keputusan. Hasil yang ada hanya iri hati, cemburu, api kebencian dan
permusuhan.
lFokus kepada matlamat mesyuarat dengan mengkaji dan membuat analisis tentang isu
yang akan dibincangkan. Semasa bermesyuarat, dia perlu memberi penerangan atau
taklimat kepada anggota-anggota mesyuarat yang lain untuk memastikan mereka faham
terlebih dahulu matlamat dan objektif mesyuarat tersebut. Dia juga perlu mengawal skop
perbincangan agar tidak lari dari matlamat asal. Individu yang mengendalikan mesyuarat
sangat berperanan memastikan mesyuarat menjadi medan yang berkesan. Dia perlu
membuat persediaan sebelum memulakan sesuatu mesyuarat. Antaranya, beri ruang
kepada semua pihak mengutarakan pandangannya. Seterusnya, mengharmonikan jurangjurang perbezaan yang ada agar dapat menjaga kepentingan semua pihak. Anggota
jawatankuasa atau ahli mesyuarat juga perlu mempunyai akhlak dan disiplin agar
perjalanan proses mengeluarkan keputusan itu lancar. Sekiranya ruang tidak dibuka seluasluasnya untuk bersuara, pastinya ada orang yang keluar dari bilik mesyuarat dengan
perasaan tidak puas hati.Mereka juga mesti berlapang dada menerima pandangan dan
teguran pihak lain. Jangan merasa tercabar seolah-olah maruahnya dipijak-pijak apabila
pandangan ditolak oleh ahli mesyuarat. Tidak perlu untuk merasa hina dan melenting ketika
pihak lain mempunyai pandangan kedua. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan taatlah
kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak
nescaya kamu akan menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan bersabarlah
(menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati). Sesungguhnya Allah beserta orangorang yang sabar. (al-Anfaal: 46)Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang terbaik
dalam soal ini. Baginda mempamerkan sikap kepimpinan yang ideal dalam menegakkan
prinsip syura ini. Walaupun Baginda adalah seorang rasul yang pastinya dibimbing oleh
Allah SWT, tetapi masih memberi ruang kepada sahabat-sahabat untuk mengemukakan
pandangan.Tidak ada halangan bagi mereka untuk terlibat sama dalam proses
mengeluarkan keputusan kerana keputusan tersebut akan dilaksanakan untuk kepentingan
bersama. Dalam peperangan Badar, Rasulullah SAW menerima pandangan Hubab r.a
mengenai tempat pertempuran. Hubab r.a mencadangkan untuk tentera Islam menduduki
tempat yang paling dekat dengan air kerana ia sangat penting bagi tentera dan haiwan
tunggangan mereka. Dalam perang Khandak pula, Rasulullah SAW bersetuju dengan
pandangan Salman al-Farisi yang berketurunan Parsi untuk menggali parit bagi berhadapan
dengan tentera Ahzab. Strategi ini membantu pasukan tentera Islam berjaya dalam semua
peperangan dengan pihak musuh. Demikianlah antara episod-episod betapa Rasulullah SAW
menunjukkan contoh yang terbaik dalam memimpin sesebuah organisasi. Iaitu mengambil
dan menerima pandangan sahabat-sahabat.
lMerendah diri, jangan ego dan sombong. Sekiranya Rasulullah SAW boleh menerima
pandangan sedangkan baginda adalah merupakan penghulu kepada rasul, nabi dan umat
manusia, maka mengapa kita terlalu ego dan sombong untuk sekurang-kurangnya
mendengar pandangan orang lain? Di sini menunjukkan kepada kita bahawa jawatan dan
kedudukan yang dipegang, setinggi mana pun ia, tidak boleh menjadikan individu tersebut
kebal dengan sebarang teguran dan pandangan. Lebih-lebih lagi kita adalah manusia yang
tidak maksum. Memerlukan bantuan daripada sahabat-sahabat yang lain untuk menampung
segala kekurangan.Jikalau tidak bersetuju dengan pandangan tersebut, maka adalah lebih
baik menggunakan bangkangan yang paling lembut dan berhikmah. Kenapa perlu
bertelingkah, sedangkan kita mempunyai pilihan untuk bermesyuarat dalam suasana yang
cukup harmoni, aman dan penuh ukhuwah. Jangan memperkecil dan meremehkan
pandangan orang lain disebabkan kedudukannya lebih rendah daripada kita. Ingat, Allah
SWT yang menggerakkan fikiran seseorang itu untuk mengeluarkan buah fikiran, tidak kira
tinggi atau rendah pangkatnya. Hayati firman Allah dalam surat al-Hujuraat ayat 11. Ahli
mesyuarat juga perlu mengelak daripada membangkitkan isu-isu yang menyentuh perkara

sensitif dan terlalu peribadi yang akhirnya menimbulkan permusuhan di kalangan anggota.
Bahkan, mencetuskan dendam kesumat yang tidak akan padam.
lJauhi prasangka buruk kerana prasangka buruk ini tidak akan berlaku kecuali apabila kita
mempunyai pemikiran yang negatif. Cuba mulakan segalanya dengan positif terlebih dahulu.
Mendengar idea yang dikemukakan oleh orang lain memerlukan penilaian secara positif
terlebih dahulu. Sekiranya kita mempunyai tanggapan yang negatif, maka kita akan
cenderung untuk menolaknya walaupun sebenarnya ia mempunyai kebaikan untuk
organisasi. Ingatlah firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat, ayat 12.Sebenarnya,
konsep syura bukan hanya berlaku semasa waktu mesyuarat sahaja, tetapi ia juga perlu
diaplikasikan dalam rutin kehidupan harian di tempat kerja atau di rumah.Bayangkan
seorang suami mengaplikasikan konsep syura dalam rumahtangganya. Tentulah akan
mewujudkan suasana yang cukup bahagia dan tenteram. Begitu juga sebuah institusi yang
mempunyai masalah dan konflik dalaman yang begitu parah. Ia tidak akan dapat
diselesaikan melainkan dengan aplikasi semangat syura. Kita melaksanakan syura bukan
kerana memenuhi prosedur syarikat atau organisasi semata-mata, tetapi lebih besar
daripada itu adalah disebabkan perintah dan arahan Allah SWT. Firman Allah SWT yang
bermaksud:...Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka. (asySyura: 38)

Anda mungkin juga menyukai