Anda di halaman 1dari 2

Hanya Yesus sahaja yang layak menjadi Raja Agung!

Pada Jubah-Nya dan paha-Nya tertulis Nama ini: " Raja Yang Terutama dan Tuhan Yang
Agung"
Wahyu 19:16 {Alkitab B.Melayu}

Krislam (Suatu Perpaduan Atau Kesesatan)

Kesesatan Dalam Kebenaran, Agama Krislam (Kristian + Islam)


Oleh: Ev.Dkn.Charlly
Sebuah agama baru telah muncul dengan suatu agenda yang sangat murni tetapi
adakah keselamatan dalam agama ini?? Kenapa saya persoalkan?? Agama baru ini
merupakan gabungan dua buah agama dunia yang terkenal iaitu Kristian dan Islam
yang akhirnya melahirkan agama Krislam!
Agama ini telah mencari suatu kesejajaran atau suatu persetujuan antara Kristian dan
Islam dan menjadikan-nya suatu ajaran dalam agama ini! Banyak pihak mula
menyukai idea baru ini dan mengatakan kaedah ini lebih baik kerana kebenaran
kedua-duanya hampir sama kenapa tidak bersatu saja dan menjadi satu gabungan
yang sejati!?? Tuhan itu satu,cara saja berbeza???? Siapa yang sering bercakap
munafik begini???
Roh Allah dengan jelas mengatakan bahawa pada akhir zaman beberapa orang akan
menyangkal Krisus.Mereka akan taat kepada roh yang menyesatkan dan kepada ajaran
roh jahat.Ajaran itu disampaikan oleh orang munafik dan pendusta yang tidak
mempedulikan suara hati mereka.(1 Timotius 4:1-2)
[Krislam, atau Keizinan Tuhan, Mesej Benar Misi Tuhan,Oke-Tude yang bermaksud
Gunung Kehilangan Perhambaan dalam bahasa Yoruba atau Misi Ifeoluwa (Ifeoluwa
adalah Yoruba makna perkataan "Cinta Tuhan"), adalah sebuah agama sinkretik
Nigeria yang bercampur unsur-unsur agama Kristian dan Islam.
Diasaskan oleh Tela Tella dalam tahun 1970-an,mazhab ini kebanyakannya wujud
dalam Lagos, Nigeria. Umatnya mengiktiraf kedua-dua Bible dan Al-Quran sebagai
teks suci, dan amalan "berjalan pembebasan," yang tersendiri amalan kerohanian
berjalan yang ahli menyamakan tentera Joshua yang mengambil Jericho, atau amalan
Islam berjalan di sekitar Kaabah.Agama ini mempunyai kira-kira 1,500 pengikut.]
Agama ini merebak dengan pantas kerana kehausan manusia yang melihat bahawa
kebenaran itu boleh dicampur aduk dan agama ini mendapat sambutan ramai
walaupun dalam kalangan umat Kristian sendiri!! Kenapa?? Hal ini kerana
pemahaman firman yang dangkal!! Alkitab tak dibaca!! Kalau baca pun hati kita
jahat! Firman Tuhan harus diberitakan dan disebarkan berdasarkan Roh Kudus
dengan penuh keseriusan tanpa ada KOMPROMI dengan mana-mana idea lainnya!
Jangan beritakan firman kerana wang!! Jangan beritakan firman kerana nama!!
Jangan beritakan firman kerana tugas!! BERITAKANALAH FIRMAN KERANA
KESELAMATAN DAN PERINTAH YESUS!! (Matius 28:18-19/Markus 16:15-16)
Agama Krislam bukti bahawa Firman Tuhan telah dicabul dan daulat Kristus telah
dicaci tanpa kita sedar!! Kita terlampau pintar tetapi lupa bahawa dosa manusia akan
bertambah kerana sombong dalam hati! Agama ini merupakan tanda Antikristus
benar-benar akan mendominasi dunia dan semua bangsa akan tunduk. Semua orang

akan menyembah anti-Kristus dan agama itu akan menjadi satu! (Wahyu 13:11-12
Pluralisme)
Gereja tidak boleh berdiam diri dan terus-menerus duduk dalam posisi yang sangat
enak sedagkan gereja dihancurkan secara diam-diam! Gereja harus memberitakan
firman yang sejati! Hanya Yesuslah Juruselamat,hanya Yesuslah Tuhan!! Jangan harap
dapat masuk syurga jika tak kenal Yesus!!
Yesus menjawab,Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup.Tidak
seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku. (Yohanes 14:6)
Kita harus bertaubat dan berbalik mencari wajah Kristus dan melakukan Firman yang
seadanya! Kiamat sangat dekat,Kristus akan mengangkat mempelai-Nya yang setia dan
terus melakukan firman! Pernah hamba Tuhan berkata kepada saya : Buah yang jatuh
tidak akan jauh dari pohonya!! Kita melakukan firman Tuhan bukan sebanyak yang
ada tetapi semampunya kita!! Lakukan selagi mampu,Yesus pasti memberkati!
Kristian bukan agama seperti Islam dan agama lainnya!! Kristian bererti keselamatan
bangsa Kristus!! Kristian yang agama bukanlah milik Kristus tetapi yang melaukan
firman!!
Yesus Kristus tetap sama,baik dahulu,sekarang,dan selama-lamanya.Janganlah biarkan
segala macam ajaran ganjil menyesatkan kam u. Hati kita harus dikuatkan oleh rahmat
Allah,bukan oleh ketaatan kepada peraturan tentang makanan.Orang yang mentaati
peraturan itu tidak mendapat faedah daripadanya! (Ibrani 13:8-9)
Wahai saudara-saudari yang ku kasihi dalam Nama Tuhan Yesus Kristus,hal ini ku
tegaskan kerana kita terlampau lena dalam hidup,Yesus akan segera datang,bagaimana
jika Dia mendapati kita sedang tidur??(Markus 13:35-37) Berdoalah kita agar anakanak kita,saudara-saudari seiman kita tidak tersesat! Kelihatannya mustahil tetapi
inilah buktinya,manusia akan murtad dari iman kepada Yesus! Berdoalah kita,demi
Kristus,Tuhan memberkati semua!! Amen,Maranatha!!
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Anda mungkin juga menyukai