Anda di halaman 1dari 2

Cerita Binatang : Cerita binatang dipanggil juga dengan pangggilan cerita-cerita

mergastua. Ia merupakan sebahagian daripada cerita rakyat(sastera rakyat) yang sifatnya


universal dan terdapat di seluruh dunia. Cerita binatang menggunakan binatang sebagai
watak utama dalam cerita tersebut dan hutan rimba sebagai latar tempat. Jalan ceritanya
adalah seperti kehidupan manusia belaka. Mereka berperanan sepertimana manusia ;
bercakap, berfikir, dan bertindak. Ada kalanya manusia kalah oleh kepintarannya.
Sebahagian dari cerita-cerita binatang itu bercorak metos yang membicarakan tentang asal
usul binatang. Terdapat juga cerita binatang mengisahkan tentang konflik antara binatang
dengan binatang dan antara binatang dengan manusia.
Corak atau Jenis Cerita Binatang : cerita binatang Melayu tergolong dalam tiga corak,
iaitu;
1. Cerita Asal Usul : ialah cerita mengisahkan mengenai asal usul kejadian binatang
atau kejadian sesuatu sifat yang dimiliki oleh binatang tertentu seperti mengapa
anjing bermusuhan dengan kucing, kenapa kepala katak mendongkak ke atas,
kenapa belakang kura-kura menjadi retak dan kenapa burung puyu tidak berekor.
Selain daripada menerangkan sifat yang wujud pada binatang itu, cerita jenis ini juga
mengisahkan tentang asal usul kejadian jenis binatang yang tertentu seperti asal
usul kejadian gajah, helang dan sebagainya.
2. Cerita jenis Fabel : dari kumpulan cerita binatang ini ada yang dikategorikan sebagai
cerita fable, iaitu bercorak memberi teladan atau dinamakan cerita perumpanaan.
Cerita jenis ini mengandungi amanat kritikan terhadap masyarakat dan sindiran
terhadap tingkahlaku manusia. Oleh sebab cerita-cerita jenis ini mencerminkan
falsafah atau pemikiran yang tingggi, gaya penyampaian cerita jenis ini dibuat
melalui unsur lucu, gurau senda dan mengembirakan. Contoh-contoh cerita fable
ialah cerita Anjing dengan baying-bayang, Tikus menolong Harimau, Arnab berlumba
dengan kura-kura dan sebagainya.
3. Cerita jenis Beast Epic atau Epos binatang : cerita jenis ini merupakan cerita
binatang yang amat popular dalam masyarakat Melayu. Ia juga sejenis cerita yang
bermotifkan kebijaksanaan untuk memperdayakan binatang yang lain. Cerita
binatang jenis ini terdapat di kalangan berbagai-bagai bangsa di dunia. Di kalangan
bangsa Red Indian Amaerika binatang yang dianggap bijak dan pintar ialah anjing
serigala, bagi orang Eropah ialah musang dan arnab. Bagi masyarakat Melayu ialah
Sang Kancil, bangsa Sunda pula ialah kera, di kalangan orang-orang Toroja, Sulawesi
watak binatangnya dinamakan Ngasi atau kera hutan dan sebagainya.
Karya-karya cerita binatang Dalam masyarakat Melayu cerita binatang yang digemari ialah
cerita Sang Kancil dan cerita mengenai Pelanduk. Cerita berkenaan dikumpul di bawah judul
: Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka.
Hikayat Sang Kancil mengandungi cerita-cerita seperti Sang Kancil Menipu Buaya, Sang
Kancil Menipu Hariuman, Sang Kancil berlawan Minum air dengan Gajah,Sang Kancil
menyelasaikan pergaduhan kerbau dengan buaya, Sang Kancil menyelasaikan perbalahan
seorang Saudagar dengan Bapa eorang Kanak-Kanak, Sang Kancil Menyelasaikan
Perbalahan Peminjam Beliung, Cerita Kancil Tertipu oleh Bangau dan Sang Kancil Berlumba
dengan Siput.
Hikayat pelanduk Jenaka mengandungi kisah Pelanduk Melantik Dirinya sebagai Syah Alam
di Rimba, Pelanduk Mengaman Perbalahan Antara Kambing dengan Hariuman, Pelanduk
Membunuh Gergasi , Pelanduk Menunba Buaya dan Pelanduk berlawan minum Air dengan
binatang-binatang di Rimba.

Dilihat dari perkembangan cerita-cerita Sang Kancil di atas dapat kita perhatikan ada tiga
peranan yang dimainkan oleh Sang Kancil dalam cerita binatang Melayu;
1. Sang Kancil sebagai hero iaitu dapat mengalahkan binatang-bintang yang lebih besar
darinya. Misalnya Sang Kancil melepaskan kaki kerbau digigit buaya,menipu harimau
menyuruhnya memukul sarang tebuan iaitu katanya sarang tersebut ialah gong Nabi
Sulaiman, menyuruh harimau memlilitkan ular dengan menyatakan itu tali pinggang
Nabi Sulaiman, Sang Kancil menipu buaya dengan mengatakan yang digigitnya
buaya itu ialah ranting kayu dan bukan kakinya. Sang Kancil menipu harimau
dengan mengatakan tahi kerbau adalah santapan Nabi Sulaiman dan sebagainya.
2. Sang Kancil berperanan sebagai hakim. Seperti menyelasaikan perbalahan saudagar
dengan bapak kanak-kanak.masalahnya kanak-kanak itu menjadi sihat kerana
tercium bau masakan sikaya. Begitu juga Kancil menyelasaikan perbalahan seorang
peminjam yang tidak mahu mengembalikan beliung yang dipinjamnya. Dikatakan
sudah habis dimakan bubuk. Kancil melumurkan badannya dengan habu. Bila Nabi
Sulaiman bertanya kenapa ia berbuat demikian ia mengatakan sewaktu ia hendak
mandi sungai terbakar. Jadi badannya penuh dengan habu. Nabi Sulaiman tidak
percaya. Sang Kancil bertanya pula bagaimana Nabi Sulaiman dapat mempercayai
kata-kata si peminjam tersebut yang mengatakan beliungnya dimakan bubuk? Dan
sebagainya.
3. Sang Kancil dikalahkan oleh binatang kecil, conotohnya ia tertipu oleh bangau
apabila menyebarang sungai di atas kerak nasi, Sang Kancil berlumba dengan siput
dan sebagainya.
Mengapa cerita Sang Kancil memainkan peranan penting dalam cerita-cerita binatang
Melayu kerana :
1. Sebagai sebuah cerita binatang, Sang Kancil merupakan punca hiburan, pembaca
dan pendengar berasa gembira kerana Sang Kancil binatang kecil dan lemah dapat
mengalahkan binatang-binatang yang lebih besar.
2. Terdapat kecerdasan berfikir dan bertinmdak pada Kancil untuk mengatasi sebarang
masalah.
3. Masyarakat Melayu lama tinggal berhampiran dengan hutan dan latarbelakang cerita
Sang Kancil idak asing lagi bagi mereka.
Kesimpulan : pada umumnya cerita binatang seperti cerita Sang Kancil merupakan cerita
yang lebih mirip kepada cerita fantasi. Peranan Sang Kancil dari kumpulan cerita-ceritanya
membolehkan menyatakan bahawa karektor sang Kancil digambarkan sebagai watak
binatang nakal tetapi bijak, tidak mempunyai sifat putus asa, sentiasa tabah dalam
menghadapi cabaran,usaha tanpa jamu, adil dalam semua perkara dan jujur.- JHL2010 PTEK

Anda mungkin juga menyukai