Anda di halaman 1dari 8

MENGENAL DIRI BBM

DIRI BATHIN
Bila kita membicarakan "ILMU MENGENAL DIRI" tentu
ramai dari kita yang akan menyangka bahawa yang akan
di bicarakan ialah Diri yang kelihatan iaitu jasad kasar
kita ini atau yang di kenali dengan panggilan Badan, tapi
sebenarnya tidak. Diri yang di maksudkan itu ialah Diri
Sebenar Diri, yang duduknya di dalam Jasad atau badan
kasar kita ini. Untuk itu kita haruslah memahami yang
mana jasmani dan yang mana rohani, yang mana diri
terdiri dan diri terperi, yang mana jiwa dan yang mana raga dan yang selalu jadi sebutan
orang ya itu yang mana zahir dan yang mana batin. Kita harus nya faham perbezaan dua
kata kata ini, sebelum kita lafaskannya.
Jasmani tentunya berbeza dari Rohani, Jiwa berbeza dari Raga dan pastinya zahir berbeza
dari batin, Jika tidak mengapa ada dua perkataan tersebut yang sentiasa menjadi sebutan
kita? Kita semua tahu dan selalu menyebut akan kalimah ini, tapi tahukah kita perbezaan
antara keduanya?? Perbezaan ini lah yang ramai antara kita tidak dapat menerangkan
dengan jelas apa lagi untuk dapat merasakan perbezaannya.
Kebanyakan dari kita berangapan bahawa jasad kasar kita ini atau badan kita ini lah di
panggil "Diri" dan dapat hidup sendiri sendiri, tetapi sebenarnya Jasad atau Badan kasar
kita ini yang kita jaga dan perindahkan ini, sebenarnya ialah benda mati, yang tidak dapat
berbuat apa apa jika tidak ada "Penghidupnya" yang duduk nya didalam jasad itu sendiri.
Penghidup ini lah yang dipanggil Diri Sebenar Diri. Diri yang berdiri dengan sendiri dan
yang ujud apabila Roh memasuki Jasad , oleh itu faham lah kita bahawa Diri sebenar Diri
ujud sesudah Roh berada di dalam Jasad.
Perlulah di ketahui bahawa kita ini secara amnya terbahagi kepada 2, iaitu yang dipanggil
Jasmani (Jasad) dan Rohani.Atau ada juga orang memanggil Jiwa dan Raga dan banyak
lagi nama nama yang di beri kepada Diri dan jasad untuk mudah di fahami dan mengikut
perguruan tertentu.
Renung kembali kesah ujudnya Adam
Setelah Malaikat menyiapkan Jasad Adam dan Jasad Adam terbaring kaku, maka Allah
pun memerintahkan Roh untuk masuk ke dalam Jasad Adam, dan bertanyalah akan Roh
kepada Allah " Ya Allah melalui jalan mana harus aku masuk?" maka Allah pun menjawab,
" Masuklah melalui mana mana yang kau senangi" dan seterusnya Roh memasuki Jasad
Adam melalui Hidung. Dan seterusnya kita bernafas melalui hidung.
Jadi di sini dapatlah kita fahami bahawa bila Roh masuk ke dalam jasad Adam, barulah
Adam hidup dan seterusnya bangun dan berdiri, ini jelas menunjukkan bila Roh masuk
kedalam Jasad barulah Jasad hidup atau juga di panggil Bernyawa.
Diri sebenar Diri
Setelah Roh memasukki Jasad, baharulah ujudnya "Diri" atau jelasnya "Diri" ini mendatang
kemudian setelah Roh memasuki jasad.
Keterangan ringkasnya ialah, Roh itu adalah Cahaya dan bila ia memasukki jasad maka
cahaya tadi memenuhi ruang jasad di dalam dan akan menjadi saperti jasad nya sendiri.
Maka dengan sebab ini lah "Diri" itu rupanya sama dengan jasadnya sendiri, tapi ianya
ghaib. Dan harus diingat hanya yang ghaib sahaja dapat menghubungi yang ghaib.

Cahaya (Diri) tadi mengalir ke seluruh jasad di dalam, dan dia lah yang menjadi
"Penghidup" kepada Jasad. Dia lah hidup sebenar benar hidup, lagi menghidupkan.
BARANG SIAPA MENGENAL DIRINYA NESCAYA KENALLAH IA AKAN TUHANNYA
Saperti yang telah di terangkan diatas Diri ini rupa nya saperti kita cuma ia nya ghaib dan
duduknya di dalam jasad kasar kita ini, dan tugas nya menghidupkan jasad kita dan dia
juga di panggil nyawa dan macam macam nama lagi mengikut Aliran Perguruan yang
mengajar Ilmu Mengenal Diri ini. Walau bagaimana pun perlu di tegaskan disini semua
Aliran Perguruan adalah benar dan mempunyai kelebihan kelebihan tersendiri.
Ini lah Diri Sebenar Diri yang harus di kenal dengan rasa dan perasaan, dan dengan
geraknya yang tersendiri. Bagaimana kah cara untuk mengenalnya?
Diri sebenar Diri yang duduk nya dalam jasad itu, dimana tugas nya menghidupkan jasad,
dengan cara mengalirkan pancaran cahaya kehidupan di dalam jasad, dan kalau ingin
mengenalnya dengan erti kata kenal sebenar benar kenal tentulah kita perlu melahirkan
Diri itu.
Kelahiran pertama kita ialah bila Ibu kita melahirkan kita, dan kelahiran kali
kedua ialah bila kita berjaya melahirkan Diri Sebenar Diri yang
diamnya di dalam jasad kita sendiri dan dengan tugas dan rahsia
nya yang tersendiri..........menghidupkan kita, tapi sayang jasad
tidak pernah terfikir untuk memikirkan siapakah yang
menghidupkan nya.
Dengan itu kenali lah Diri sebenar Diri kita itu, Diri yang
banyak daya guna dan banyak menyimpan rahsia, Bukankah
dia berasal dari sana................dari Yang Maha Pencipta
dan Yang Maha Besar.
Untuk itu lahirkan lah itu Diri Sebenar Diri, yang maksud
nya dengan membuka pintu bagi nya untuk keluar,
(jalannya) dan cara melahirkan nya ada 3 cara:
1. Terbuka Sendiri.
2. Membuka dengan Sendiri.
3. Dibuka kan oleh Guru yang Berpengalaman.

Apa Maksud Dibuka ( dilahirkan ).


1. Terbuka Sendiri.
Mengikut pengalaman saya sendiri. saya telah berjumpa dengan 5 insan yang terbuka
(terlahir) Diri Sebenar Diri nya, dan keterbukaan Diri ini diperdapatkan nya pada satu hari
mereka berdoa dan tiba tiba jari jemari mereka mula menimbulkan satu rasa, di dalam
badan mereka terdapat satu rasa dan perasaan, dan tangan mereka seolah menolak atau
bergerak perlahan lahan.
Mereka mereka yang mendapatkan nya dengan cara ini selalunya tidak mengetahui dan
faham apakah yang terjadi sebenarnya. Mereka perlukan penerangan dan penjelasan dari
orang orang yang lebih mengetahui akan ilmu ini. Mereka mereka yang mendapat cara ini
selalunya yang beramal dengan kaedah Tarikat.
2. Membuka dengan sendiri.
Ini boleh dilakukan dengan berdoa untuk di lahirkan Diri Sebenar Diri itu, dan ada juga yang
berjaya di izinkan Allah

3. Dibukakan oleh Guru yang berpengalaman


Untuk ini pelajar atau mereka yang ingin di buka perlu
duduk dihadapan guru dan akan berzikir bersama sama
sehingga Diri itu lahir, dengan izin Allah.
Kebanyakan orang akan mempelajarinya mengikut cara
ke 3 ia itu dengan di bukakan atau dilahirkan Diri
sebenar Diri itu melalui Guru yang membukakannya.
Selalu kita mendengar orang berkata zahir dan batin,
luar dan dalam jiwa dan raga, tapi cuba kita renungkan,
adakah kita faham apa yang kita katakan?
Kita sebenarnya mempunyai 2 aliran:
1. Aliran Zahir atau Jasmani
Aliran ini bertitik tolak dari bekerjanya Jantung kita. Dan
ianya mengaliri keseluruh batang tubuh kita, dan isi
kepada aliran zahir ini ialah Darah.

2. Aliran Batin atau Rohani


Aliran ini berisikan daya hidup yang pangkalnya dari "Hidup" yang mengaliri aliran tertentu
saperti aliran Jasmani, cuma beza nya aliran ini ialah cahaya kehidupan dan ianya berupa
arus letrik. Ini telah di buktikan oleh ahli sain dari Cina dimana mereka berjaya mengambil
gambar arus letrik yang mengalir dalam badan manusia ini.
DIRI
1. Ianya duduk didalam jasad
2. Rupa nya sama saperti jasad tapi ghaib
3. Dia lah yang Menghidupkan kita
4. Punca tenaga
5. Ia serba tahu kerana datang dari yang Maha Tahu
6. Dialah yang mengenal Allah kerana dia berasal dari sana
KEHIDUPAN KITA DI DALAM
"Diri" ini lah sebenarnya kehidupan kita yang hidup di dalam jasad dan sememangnya
kehidupan kita bermula dari dalam badan kasar kita ini, dia mengisi kehidupan kita dan
meliputi keseluruhannya, dan di tutup serta di batasi dengan bulu dan kulit kita, dimana bagi
orang luar atau orang nyata, kehidupan di dalam ini nagetif kerana tidak nyata. Tetapi kalau
kita mau tau dan mau cuba memahami bahawa sebenarnya, perbetulkan lah kehidupan
dalaman kita ini dahulu dan dengan sendirinya kehidupan luaran kita akan
sempurna....Insyaallah
Oleh itu kenalilah Diri Sebenar Diri anda dan insyaallah kenal lah ia akan Tuhannya saperti
Sabda Nabi junjungan kita" Barang siapa mengenal Diri nescaya kenal lah ia akan
Tuhannya"

SAJAK - SAJAK BAPAK DR. BAGINDOMUCHTAR


AKU
Kalau engkau mengatakan aku
Artinya engkau dengan Badan diri
Kalau aku menyebut aku
Maka adalah itu aku sendiri
Aku adalah engkau
Akan tetapi engkau bukan aku
Kita adalah dua
Walaupun satu tiada kenyataannya
Dirimu adalah diriku
Badanmu adalah Badan ku
Aku ada padamu

MANA JALANKU?
Aku melihat orang berjalan
Dalam pada itu aku pun berjalan
Jalan orang jalan nyata
Jalan ku tidak nyata
Ku lihat orang berjalan di jalannya
Aku pun ikut berjalan besertanya
Dia sampai ditujuannya
Tetapi aku di situ ke situ juga
Manakah yang benar
Jalan orangkah atau jalanku
Kedua duanya benar
Kerana kedua duanya perlu
Bagi orang, jalan ku gelap
Bahkan aku di anggap barang mati
Bagi ku jalan ku tidak gelap
Hanya orang yang tak mau mengerti
Bagiku jalan orang jalan nyata
Jalanku jalan tidak nyata
Satu sama lain berbeda
Jalan aku dan jalannya
Orang berjalan di jalanraya
Jalan bikinan tangan manusia
Naik mobil, kereta api, kapal laut dan udara
Bagiku itu namanya menumpang dijalannya
Namun aku, walau dimana saja
Di lautan, di daratan
Dan di udara
Namun jalanku tidak ku lupakan

DIA DAN AKU


Dia berjalan aku pun berjalan
Kami bertemu di perjalanan
Sama sama berjalan
tetapi berlainan arah tujuan
Dia di kiri aku di kanan
Dia di luar aku di dalam
Dia berhenti aku pun berhenti berjalan
Seiring bertukar jalan
Dia ingin hendak menemui aku
Di perjalanan kami bertemu
Dalam berjalan dia melihat aku
Di waktu dia berhenti maka hilang lah aku
Wahai insan yang hendak mencari aku
Aku selalu berada besertamu
Aku jauh dalam tangkapan mu
Pada hal aku sangat dekan padamu

ENGKAU DAN AKU


Kalau engkau hendak menemui aku
Turutilah jalan ku jangan jalanmu
Jalanmu jalan nyata
Jalan ku jalan rasa
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Dan aku akan berjalan pula pada jalanku
Ushakan kita sejalan, engkau dan aku
Supaya tercapai yang di tuju
Kalau engkau mengatakan kita sejalan
Engkau harus dapat membuktikan
Bukti yang dimaksudkan
Ialah kesanggupan untuk menurutkan.
Engkau mempunyai keinginan
Aku mempunyai kesanggupan
Engkau di luar aku di dalam
Tempat mu di kiri aku di kanan
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Untuk menjumpai aku lebih dahulu
Dalam perjalanan kita bertemu
Engkau dan aku
Aku yang engkau jumpai diperjalanan
Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak bukar haluan
Kerana disaat itu aku keluar engkau ke dalam
Dan untuk mendapat aku, jalanku yang akan di turutkan
Berjalan pada jalanku
Berarti engkau besertaku
Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal aku
Aku yang selama ini terahsia bagi mu.

ENGKAU DIA dan AKU


Dia dan engkau bukan lah aku
Engkau dan dia sama bagiku
Sama sama hidup beserta aku
Yang selalu mendampingi ku
Satu di kiri satu di kanan
Masing masing melakukan tugas kewajipan
Biar siang atau pun malam
Selagi Hayat dikandung badan
Engkau yang selalu kekurangan
Berdampingan dengan dia yang berkelebihan
Dengan aku sebagai perantaraan
Untuk cukup mencukupkan
Engkau adalah tangan kiriku
Dia adalah tangan kananku
Aku adalah otakmu
Yang merencanakan segala sesuatu
Engkau pelaksana
Dia tenaga
Aku perencana
Satu sama lain kerjasama

ENGKAU DIA AKU dan SAYA


Padaku ada engkau dan dia
Padamua ada aku dan saya
Aku engkau dan dia
Tinggal bersama saya
Saya adalah seorang manusia
Aku terkandung dalamnya
Dia adalah seorang hamba
Hamba si pengembara
Maka adalah saya
Terdiri dari engkau aku dan dia
Satu, tetapi sebenarnya tiga
Kalau dipelajari sampai ke dalamnya
Begitulah pemecahanku
Mempelajari akan keadaanku
Pemecahan yang menghadilkan pemisahan
Antara diri dan badan

PEMECAHANKU
Dalam perjalanan ku untuk mengenal diri
Aku melakukan pemecahan sendiri
Dengan tidak menghiraukan petang dan pagi
Asal tercapai maksud di hati
Maksud hati hendak mencari diri
Diri yang berdiri sendiri
Yang amat erat hubungan dengan peribadi
Yang orang mengatakan nya suci
Telah lama aku berjalan
Pagi petang siang dan malam
Suatu perjalanan yang ku lakukan
Dengan gerak dan menggerakkan
Gerak datang dari aku, yang menggerakkan dia
Yang bergerak ialah saya
Suatu pemecahan satu jadi tiga
Yang menghasilkan pemisahan antara aku dan dia
Yang bergerak saya
Termasuk aku dan dia
Aku yang memisahkannya
Yang telah dapat memisahkan antara badan dan dia
Aku dengan badanku nyata aku dengan diriku tidak nyata
Badan dapat diraba
Diri hanya dapat dirasa
Rahsia diri ialah rahsiaku
Peristiwa diri ialah peristiwa aku
Badan diri dan aku
Bunyinya tiga, nyatanya Satu
Nyatanya aku satu
Aku badan dan diriku
Keluar bersatu padu
Ke dalam banyak orang belum tahu
Aku dengan badan ku positif nyata
Aku dengan diriku negatif tidak nyata
Samakah aku yang nyata
Dengan aku yang tidak nyata
Aku dengan kenyataan ku jadi manusia
Aku dengan ketidak nyataku berada di dalamnya
Di alam fikiran tempat aku yang pertama
Di alam perasaan tempat aku yang kedua
Ketahuilah oleh mu wahai insan
Aku yang pertama ialah aku yang di hidupkan
Aku yang kedua ialah aku yang menghidupkan
Yang mana yang benar, cuba fikirkan

SIAPA AKU
Aku yang dihidupkan jadi seorang manusia
Aku yang menghidupkan adalah seorang hamba
Bertugas sebagai si pengembara
Mengaliri seluruh batang tubuhnya
Mula pertama manusia diciptakan
Dari tanah dijadikan badan
Aku tiup "Roh" ku katanya Tuhan
Oleh kerananya timbullah hamba kemudian
Hamba yang timbul kemudian
Berjalan mengaliri seluruh badan
Tiada henti hentinya pagi petang, siang dan malam
Melakukan tugas kewajipan
Kewajipan ialah menghidupkan
Oleh kerana itu makanya hamba ku berjalan
Berjalan menurut aliran
Selagi hayat dikandung badan
Dengan demikian teranglah sudah
Perjalanan seorang hamba Allah
Dan aku adalah:
Kata Tuhan "Roh" ku, kata ku: rohullah

Anda mungkin juga menyukai