Anda di halaman 1dari 27

1.

Pengenalan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala

puji dan selawat kepada Nabi pilihanNya Muhammad SAW. Saya bersyukur ke
hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, kajian yang releven
untuk memperkasakan para pelajar dalam dunia yang bergerak kearah aliran
globalisasi disamping mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam
pengkhususan masing-masing telah dapat disempurnakan.
Kajian saya yang bertajuk PBB:Hak Asasi Manusia Sejagat ini diharap
dapat memberikan sedikit sumbangan dalam mengembangkan pengetahuan
bukan sahaja bagi saya yang mengkaji malah diharap dapat dimanfaatkan
oleh mereka yang lain untuk kajian yang lebih lanjut.
PBB adalah sebuah organisasi yang menjadi titik besar dalam
penyatuan negara-negara sedunia. Jadi tidak hairanlah sekiranya, badan
dunia

ini

bertanggungjawab

dalam

pemeliharaan

hubungan

dan

penyelarasan antarabangsa. Bidang hak asasi manusia juga turut diambil


berat oleh badan dunia ini dengan perlantikan Pesuruhjaya Tinggi khusus
berkenaan hak asasi manusia. Inilah bukti kesungguhan PBB dalam
pemantapan perlaksanaan hak asasi manusia sejagat.
Hak asasi manusia juga bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telah
dipraktikkan sejak dari dahulu lagi dan sejarah membuktikan ia telah
diamalkan sejak zaman feudal lagi sehinggalah sekarang. Maka tidak
hairanlah, ia semakin berkembang dan banyak kupasan lanjut berkenaannya
diperlukan.
Namun yang menjadi persoalan adalah adakah PBB terus relevan
sebagai pendorong penaung hak asasi manusia sejagat dalam era globalisasi
ini. Isu-isu semasa akhir-akhir ini sedikit sebanyak sebenarnya telah
mencalar imej PBB. Lihat sahaja pencabulan hak asasi manusia yang

dilakukan oleh Amerika Syarikat yang menyerang Iraq yang langsung tidak
dapat dihalang oleh PBB.
Tetapi kita tidak boleh melihat kedaifan PBB sahaja, tetapi juga
mengkaji

sumbangan yang telah deberikan oleh badan dunia itu. Isu

Apertheid misalnya boleh menjadi suatu contoh yang terbaik.


Tajuk-tajuk yang dibincangkan merangkumi sejarah PBB, maksud,
struktur dan perkembangan hak asasi manusia, Deklarasi Sejagat Hak Asasi
Manusia

dan

cabaran

hak

asasi

manusia.

Berdasarkan

kajian

dan

pembacaan kami. Semua perbincangan dalam setiap tajuk dikupas untuk


memberikan gambaran yang jelas mengenai peranan PBB dalam hak asasi
manusia.
Rujukan tambahan melalui daftar bibliografi yang disertakan pada
setiap perbincangan dan kajian lanjutan bagi menambahkan kefahaman
berkenaan tajuk ini boleh diteruskan lagi kerana perbincangan berkenaan
tajuk ini semakin meluas dari masa ke semasa kerana ia bertindakbalas
dengan isu-isu yang berlaku di seluruh dunia.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terma kasih kepada
pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, En Kassim Bin Thukiman yang
menjadi tempat rujukan saya untuk membuat kajian ini. Juga ibu bapa saya
yang tidak jemu-jemu memberikan dorongan untuk terus menimba ilmu
pengetahuan

di

Universiti

Teknologi

Malaysia

ini.

Akhirnya

saya

memanjatkan doa kehadrat Allah SWT supaya dilimpahkan rahmat kepada


semua pencinta ilmu pengetahuan yang terdiri dari golongan pendidik dan
pelajar yang tidak jemu-jemu berusaha untuk memartabatkan Agama Allah
SWT di muka bumi ini, serta berlindung kepadanya dari ilmu yang tidak
bermanfaat. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

2.0

SEJARAH PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah organisasi

antarabangsa yang dianggotai oleh negara negara di seluruh dunia.


Pertubuhan ini dibentuk pada 24 Oktober 1945 di San Francisco, California
sebagai lanjutan kepada Dumbarton Oaks Conference di Washington DC.
Perhimpunan Agong yang pertama yang disertai oleh 51 negara yang
diadakan pada 10 Januari 1946 di Church House, London. Dari 1919 hingga
1946, satu persatuan yang sama diwujudkan yang dikenali sebagai Liga
Bangsa-Bangsa. Persatuan ini boleh dianggap sebagai permulaan kepada
PBB. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dibuka kepada semua negara yang
menginginkan keamanan dan menerima piagam PBB. Perhimpunan Agong
diadakan untuk menerima penyertaan anggota baru yang telah dicadangkan
oleh Majlis Keselamatan PBB. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah
menyertai pertubuhan ini.
Nama "Bangsa-bangsa Bersatu", telah dicetuskan oleh Presiden
Amerika Syarikat Franklin D. Roosevelt, telah digunakan untuk pertama
kalinya dalam "Deklarasi oleh Bangsa-bangsa Bersatu" pada 1 Januari 1942,
semasa Perang Dunia Kedua, apabila wakil-wakil dari 26 negara berikrar
untuk negara masing-masing untuk terus bersama-sama menentang Kuasa
Paksi.
Negara-negara

mula-mula

menubuhkan

pertubuhan-pertubuhan

antarabangsa untuk bekerjasama dalam perkara-perkara tertentu. Kesatuan


Telekomunikasi Antarabangsa yang ditubuhkan dalam tahun 1865 sebagai
Kesatuan Telegraf Antarabangsa, dan Kesatuan Pos Sejagat telah ditubuhkan
dalam tahun 1874. Kedua-dua organisasi itu sekarang adalah agensi-agensi
istimewa

dibawah
Dalam

tahun

Pertubuhan
1899,

Bangsa-Bangsa

Persidangan

Keamanan

Bersatu.
Antarabangsa

(International Peace Conference) telah diadakan di Den Hague, Belanda

untuk memperkemas institusi-institusi untuk menyelesaikan krisis secara


aman,

menyekat

peperangan

dan

menggubal

peraturan-peraturan

peperangan.
Perhimpunan itu menyetujui Peraturan Penyelesaian Aman Untuk
Persengketaan Antarabangsa (Convention for the Pacific Settlement of
International Disputes) dan menubuhkan Mahkamah Arbitrasi Tetap yang
mula

dibuka

pada

tahun

1902.

Pendahulu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ialah Liga Negaranegara, sebuah organisasi yang dicetuskan dibawah keadaan yang sama
semasa Perang Dunia Pertama, dan ditubuhkan dalam tahun 1919 dibawah
Perjanjian Versailles "untuk mempromosikan kerjasama antarabangsa dan
untuk

mencapai

keamanan

dan

keselamatan."

Organisasi

Buruh

Antarabangsa juga ditubuhkan dibawah Perjanjian Versailles sebagai sebuah


ajensi gabungan Liga itu. Liga Negara-negara menghentikan aktiviti-aktiviti
nya

selepas

gagal

untuk

menyekat

Perang

Dunia

Kedua.

Dalam tahun 1945, wakil-wakil dari 50 negara-negara berhimpun di


San Francisco di Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan Organisasi
Antarabangsa untuk membuat Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Delegasi-delegasi pula berbincang mengenai cadangan-cadangan yang
diajukan oleh wakil-wakil

Cina, Kesatuan Soviet, United Kingdom dan

Amerika Syarikatdi Dumbarton Oaks, Amerika Syarikat dalam bulan AugustOctober 1944. Piagam itu ditandatangani pada 26 hb Jun 1945 oleh wakilwakil dari 50 negara-negara itu. Poland, yang tidak menghantar wakil pada
Perhimpunan, menandatanganinya kemudian dan menjadi salah satu dari 51
Negara Ahli asal. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu secara rasmi tertubuh
pada 24 Oktober 1945, apabila Piagamnya diluluskan oleh Cina, Perancis,
Kesatuan Soviet, United Kingdom, Amerika Syarikat dan majoriti negara-

negara yang telah menandatangani Piagam itu.

Ini adalah ringkasan

sejarah rasmi bagaimana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu terwujud.


3.0

Maksud Hak Asasi Manusia.


Kamus Dewan menakrifkan hak asasi sebagai hak yang dasar atau

pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama,


bergerak dan lain-lain. Contoh yang diberi itu sebenarnya hanya merujuk
kepada makna tradisi hak asasi manusia. Dengan perkembangan zaman,
makna hak asasi harus diberi tafsiran yang lebih luas.

3.1

Tafsiran Moden
Di arena antarabangsa, terdapat 3 dokumen penting berkenaan Hak

Asasi Manusia iaitu Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Kovenan
Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 dan Kovenan Antarabangsa Hakhak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966. Dalam kedua-dua kovenan
antarabangsa tersebut, hak asasi manusia merangkumi tetapi tidak terbatas
kepada hak-hak berikut:

(1)

Hak sivil dan politik: Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama,

kebebasan berkumpul dan menubuhkan persatuan, kebebasan daripada


penderaan dan kesaksamaan di bawah undang-undang.
(2)

Hak sosial, kebudayaan dan ekonomi: Hak kepada pendidikan,

pekerjaan dan rekreasi, hak menikmati perkhidmatan yang minimum


berkenaan kesihatan, tempat tinggal serta persekitaran yang selamat.

Ahli falsafah Barat, Rousseau, telah mengemukakan konsep Kontrak


Sosial pada tahun 1762. Konsep kontrak sosial menggariskan hubungan
antara ahli-ahli masyarakat di mana setiap ahli melepaskan hak individu

tertentu untuk mendapatkan keselamatan sosial yang bersifat kepentingan


ramai. Pemikiran Rousseau ini telah menampakkan pengaruhnya dalam
pemikiran hak asasi moden. Maka sepanjang pembentukan tamadun moden,
imbangan antara hak individu dan hak ramai merupakan topik utama dalam
perdebatan berkenaan hak asasi manusia.
3.2

Perbezaan Paradigma Dalam Konsep Hak Asasi Manusia

Hak asasi manusia mulai mendapat tempat di arena antarabangsa


melalui Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Perisytiharan tersebut
dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri
daripada kebanyakan negara-negara merdeka di dunia.

Kumpulan lain juga menerima pakai piawaian hak asasi manusia.


Komuniti Europah (European Community) misalnya telah mendeklarasikan
Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang
mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara
anggota Komuniti Eropah.

Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan


Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah.
Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa
konsep komuniti. Setiap hak asasi manusia yang ditera dalam perisytiharan
itu membawa bersama tanggungjawab tertentu. Dalam setiap hak asasi
manusia yang tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk
memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan ummah.

Bagi tamudun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan


persetujuan dalam keluarga, kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke

peringkat kampung dan negara. Susunan masyarakat Cina yang berasaskan


fahaman Confucius sememangnya berbeza dengan di negara-negara Barat
yang lebih individualistik.

Perbezaan dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan


perbezaan persepsi antara hak asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur
individualistik yang mementingkan hak individu dan bersifat bertentangan
dengan hak ramai. Di satu pihak yang lain pula terdapat semangat komuniti
yang tinggi yang mementingkan hak ramai daripada hak individu.

3.3

Perkembangan Tafsiran Hak Asasi Manusia.

Sejak

pengisytiharannya, Perisytiharan

Hak

Asasi

Manusia

Sejagat (UDHR) telah dijadikan panduan untuk lebih banyak lagi piagam hak
asasi manusia. Walau bagaimanapun, konsep hak asasi manusia telah lama
wujud dalam tradisi dan dokumen yang lebih awal. UDHR sendiri telah
digubal berdasarkan dokumen seperti English Magna Carta of 1215, US Bill of
Rights of 1776, dan French Declaration of the Rights of Man and Citizens of
1789.

Lama

sebelum

undang-undang

dan

garis

panduan

tersebut

didokumenkan, masyarakat dan agama telahpun mengiktiraf hak asasi


manusia. Konsep hak asasi manusia boleh ditemui dalam pemikiran
masyarakat feudal, perundangan Rome, falsafah Greek, Old Testament, dan
juga

dalam

masyarakat

primitif,

walaupun

mungkin

mereka

tidak

mempunyai perbendaharaan kata atau perkataan yang secara langsung


menggambarkan hak asasi manusia (Alan Gewirth, 1989). Kebanyakkan
masyarakat juga mempunyai tradisi yang mengatakan "Berbuatlah kepada

orang lain sebagaimana anda mahu mereka berbuat kepada anda" dan juga
mempunyai sistem hak dan tanggungjawab.

Hak asasi manusia sebenarnya menggambarkan toleransi dalam


agama yang menjadi asas keamanan dan kemajuan. Agama secara amnya
membincangkan persoalan mengenai kewajipan, hak dan tanggungjawab
setiap manusia. Agama mengajar kita untuk menyayangi dan menghormati
sesama

sendiri

dan

mempertahankan

kehormatan

orang

lain,

yang

merupakan asas hak asasi manusia. Contohnya, antara hak-hak yang


diperuntukkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Oleh Majlis Islam
Sedunia (Universal Islamic Declaration of Human Rights) yang berteraskan
Al-Quran dan Sunnah, dikumpul oleh cendiakawan Islam yang terkemuka,
ialah Hak Untuk Hidup; Kebebasan; Kesamarataan dan Larangan Terhadap
Diskriminasi
Perlindungan

Yang

Tidak

Daripada

Diizinkan;

Keadilan;

Penyalahgunaan

Kuasa;

Perbicaraan

Yang

Perlindungan

Adil;

Daripada

Penyeksaan; Perlindungan Kemuliaan dan Reputasi; Pelarian; Kumpulan


Terpinggir; dan lain-lain.
3.4

Tafsiran Setiausaha Agung


Hak asasi manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan

kewujudan bersama manusia. Hak asasi manusia bersifat sejagat, tidak


boleh dibahagikan dan saling bergantung. Hak asasilah yang menjadikan kita
manusia. Berteraskan prinsip hak asasi manusialah kita membina kesucian
maruah manusia.

4.0

STRUKTUR HUBUNGAN DALAM KONSEP HAK ASASI MANUSIA

Sejak awal abad ke-20, gelombang aspirasi ke arah kebebasan dan


kemerdekaan manusia dari penindasan penjajahan meningkat dan terbuka
dengan menggunakan demokrasi dan hak asasi manusia sebagai alat
perjuangan yang efektif . Kemuncak perjuangan kemanusiaan itu telah
menghasilkan

perubahan

yang

sangat

luas

dan

menyeluruh

pada

pertengahan abad ke-20 dengan munculnya gelombang ketuanan sendiri di


seluruh dunia dan menyaksikan terbentuknya negara-negara baru yang
merdeka dan berdaulat di seluruh dunia.

Sekarang, perjalanan sejarah manusia telah memasuki abad


baru,iaitu abad ke-21. Menjelang berakhirnya abad ke-20, kita telah
menyaksikan berbagai pergolakan yang terjadi di mana-mana yang secara
dasarnya boleh membawa kepada ketidakadilan serta ketidakbebasan
seperti yang pernah dialami oleh manusia pada era kolonial.

Kini, hubungan kekuasaan antara negara dan aliran perjuangan di


zaman dulu dan sekarang mengalami perubahan dari segi struktur. Dulu,
hubungan antarabangsa dimainkan oleh kerajaan dan rakyat yang terbahagi
kepada hubungan Kerajaan dengan Kerajaan,dan Rakyat dengan Rakyat.
Sekarang, pola hubungan itu berubah menjadi bervariasi, seperti Kerajaan
dengan Rakyat dan sebagainya. Ini adalah bergantung kepada samada
kekuatan terletak

pada institusi kerajaan atau kekuatan perseorangan

rakyat biasa. Bahkan suatu pemerintahan negara lain dapat bertindak untuk
melindungi warganegara dari negara lain atas nama perlindungan hak asasi
manusia (suaka politik).

Masalah yang kita hadapi ini adalah kerana pemahaman terhadap


konsep hak asasi manusia itu haruslah dilihat dalam konteks relationalistic
perspectives of power yang tepat. Bahkan, konsep hubungan kekuasaan itu
sendiripun juga mengalami perubahan berkenaan dengan kenyataan bahwa
elemen-elemen kekuasaan itu dewasa

ini tidak

saja terikat dengan

kedudukan politik malah juga berhubung rapat dengan kekuasaan pada


sumber ekonomi, dan teknologi industri yang memainkan peranan yang
makin penting dewasa ini. Oleh karena itu, konsep dan prosedur-prosedur
hak asasi manusia dewasa ini selain harus dilihat dalam konteks hubungan
kekuasaan politik, juga harus dikaitkan dengan konteks hubungan kekuasaan
ekonomi dan industri.

Konsep dan prosedur hak asasi manusia boleh dikaitkan dengan


persoalan-persoalan:

1.

Struktur kekuasaan dalam hubungan antara negara yang dewasa ini dapat
dikatakan sangat tidak adil, dan cenderung hanya menguntungkan negaranegara maju ataupun negara-negara yang menguasai dan mendominasi
proses-proses pengambilan keputusan dalam berbagai forum dan badanbadan internasional, baik yang menyangkut kepentingan-kepentingan politik
maupun kepentingan-kepentingan ekonomi dan kebudayaan.

2.

Struktur kekuasaan yang tidak demokratis di kalangan negara-negara yang


menerapkan sistem otoritarianisme yang hanya menguntungkan segelintir
kelas penduduk yang berkuasa ataupun kelas penduduk yang menguasai
sumber-sumber ekonomi.

3.

Struktur hubungan kekuasaan yang tidak seimbang antara pemodal


dengan pekerja dan antara pemodal dengan pengguna dalam bidang
perindustrian.

Beberapa faktor yang dapat menyebabkan terjadinya pola hubungan


atas-bawah, baik pada peringkat tempatan, nasional, maupun global antara
lain adalah faktor kekayaan dan sumber-sumber ekonomi, politik, tingkat
pendidikan, penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi, nama baik, dan
kekuatan fizikal, termasuk kekuatan ketenteraan. Makin banyak faktor-faktor
tersebut di atas dikuasai oleh seseorang, atau sekelompok orang ataupun
oleh suatu bangsa, makin tinggi pula kedudukannya dalam stratifikasi atau
peringkat pergaulan bersama. Di pihak lain, makin tinggi peringkat
seseorang, kelompok orang ataupun suatu bangsa di atas orang lain atau
kelompok lain atau bangsa lain, makin besar pula kekuasaan yang
dimilikinya serta makin besar pula potensinya untuk memperlakukan orang
lain itu secara sewenang-wenang demi keuntungannya sendiri. Dalam
hubungan-hubungan yang tidak seimbang antara negara maju dengan
negara membangun, antara suatu pemerintahan dengan rakyatnya, dapat
dapat mencetuskan ketidakadilan yang mendorong munculnya gerakan
perjuangan hak asasi manusia dimana-mana. Karena itu, salah satu aspek
penting yang tak dapat dibuang erkenaan dengan persoalan hak asasi
manusia

adalah

bahwa

persoalan

ini

berkaitan

erat

dengan

dinamika perjuangan kelas (istilah Karl Marx) yang menuntut keadilan.

5.0

PERKEMBANGAN HAK ASASI MANUSIA

Sering dikemukakan bahawa pengertian konsep hak asasi manusia


dalam sejarah instrument hukum internasional sekurang-kurangnya telah
menjangkau

perkembangan

tiga

generasi.

Perkembangan

ketiga-tiga

generasi konsep hak asasi manusia itu ialah :

5.1

Generasi Pertama
Pemikiran mengenai konsep hak asasi manusia yang telah lama

berkembang dalam pemikiran para ilmuan sejak era enlightenment di


Eropah,

berubah

menjadi

dokumen-dokumen

yang

rasmi.

Kemuncak

perkembangan generasi pertama hak asasi manusia ini adalah dengan


temetrainya Universal Declaration of Human Rights (UDHR) oleh Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 1948, dimana sebelumnya idea-idea
perlindungan hak asasi manusia diwartakan dalam deklarasi di beberapa
buah

Negara,

seperti

di

Amerika

Syarikat

dengan Declaration

of

Independencedan di Perancis dengan Declaration of Rights of Man and of the


Citizens. Dalam perkembangan generasi pertama ini, elemen dasar konsep
hak asasi manusia merangkumi soal prinsip integrasi manusia, keutuhan
dasar manusia dan prinsip kebebasan sivil dan politik.

5.2

Generasi Kedua
Perkembangan selanjutnya yang disebut sebagai hak asasi manusia

generasi kedua, konsep hak asasi manusia merangkumi pula keupayaan


untuk mengejar kemajuan ekonomi, sosial dan kebudayaan, termasuk hak ke
atas pendidikan, hak untuk menentukan status politik dan sebagainya.
Kemuncak

perkembangan

generasi

termetrainya International Couvenant


Rights pada tahun 1966

kedua

ini

tercapai

dengan

on Economic, Social and Cultural

5.3

Generasi Ketiga

Pada perkembangan generasi ketiga, muncul konsep baru hak asasi


manusia iaitu merangkumi pengertian mengenai hak untuk pembangunan
atau rights to development. Hak untuk pembangunan ini merangkumi
persamaan hak untuk maju yang berlaku bagi semua bangsa dan termasuk
hak setiap orang yang hidup sebagai sabahagian dari kehidupan bangsa
tersebut. Hak untuk pembangunan ini antara lain meliputi hak untuk
berinteraksi dalam proses pembangunan dan hak untuk menikmati hasilhasil pembangunan tersebut, menikmati hasil-hasil dari perkembangan
ekonomi, sosial dan kebudayaan, pendidikan, kesihatan, pendapatan,
peluang pekerjaan dan lain-lain.
5.4

Generasi Keempat
Konsep hak asasi manusia yang terakhir inilah yang paling tepat

disebut sebagai Konsep Hak Asasi Manusia Generasi Kedua, kerana sifat
hubungan kekuasaan yang

berbeza dari konsep Hak Asasi Manusia

sebelumnya. Sifat hubungan kekuasaan dalam konsep Generasi Pertama


bersifat vertikal, sedangkan sifat hubungan kekuasaan dalam konsep
Generasi

Kedua

bersifat

lebih

bersifat

horizontal.

Dengan

demikian,

pengertian konsep HAM generasi kedua dan generasi ketiga sebelumnya


adalah perkembangan variasi yang sama dalam perkembangan konsep
Generasi Pertama.
Menjelang berakhirnya abad ke-20, kita menyakiskan munculnya
beberapa fenomena baru yang tidak pernah ada ataupun kurang mendapat
perhatian pada masa-masa sebelumnya.
1.

Munculnya fenomena monopoli berbagai syarikat berskala besar

dalam suatu negara yang kemudian berkembang menjadi Multi National

Corporations (MNCs) di seluruh dunia. Fenomena jaringan kekuasaan MNC


ini merangkumi kawasan yang sangat luas, malahlebih luas dari kekuasaan
negara. Apa yang menjadi persoalan adalah implikasi-implikasi yang
ditimbulkan oleh kekuasaan modal yang ada di balik perusahaan besar itu
terhadap kepentingan pengguna produk yang dihasilkannya .Masalahnya
adalah bagaimana hak-hak atau kepentingan-kepentingan pengguna dapat
terus dijamin tanpa mengorbankan kepentingan pengeluar iaitu satu
bahagian penting dalam pengertian hak asasi manusia.
2.

Pada abad ke-20 juga telah muncul fenomena Nations without State,

seperti bangsa Kurdi yang tersebar di negara Turki dan Iraq, bangsa Cina
Nasionalis yang tersebar dalam jumlah yang sangat besar di hampir semua
negara di dunia; bangsa Persia (Iran), Iraq, dan Bosnia yang terpaksa
berhijrah kerana masalah politik yang mereka hadapi di negera asal mereka.
Persoalan status kewarganegaraan mereka yang berhijrah dapat diatasi
dengan melalui proses undang-undang tertentu yang diwartakan untuk
tujuan ini.
3.

Dari fenomena pertama dan kedua di atas, mulai penghujung abad

ke-20 telah pula berkembang suatu lapisan sosial tertentu dalam setiap
masyarakat

di

negara-negara

yang

terlibat

aktif

dalam

pergaulan

internasional, iaitu kelompok orang yang dikenali sebagai global citizens.


Mereka ini mula-mula berjumlah sedikit dan hanya terdiri dari kalangan
diplomatik yang membentuk kelompok tersendiri. Mereka ini turut membawa
bersama keluarga yang akhirnya membentuk lingkungan masyarakat yang
lebih luas. Bagi para pengusaha asing yang menanamkan modal di berbagai
negara,

mereka juga membentuk kelas sosial tersendiri. Dari kedua

golongan penghijrah ini maka muncullah fenomena baru di kalangan banyak


warga dunia, meskipun secara rasmi memiliki status kewarganegaraan
tertentu, tetapi aktif ke negara-negara lain seperti global citizens yang
bebas bergerak kemana-mana di seluruh dunia.

6.0

Pesuruhjaya Tinggi
Peseruhjaya Tinggi adalah pegawai tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa

Bersatu yang bertanggungjawab terhadap hak asasi manusia dan berhubung


terus dengan Setiausaha Agung. Jawatan Pesuruhjaya Tinggi ini diwujudkan
pada tahun 1993. Pejabat Pesuruhjaya Tinggi bagi Hak Asasi Manusia
(OHCHR) adalah di Palais Wilson, Jeneva, Switzerland dan juga di ibu pejabat
PBB di New York.

Terdapat pelbagai institusi dan agensi berkenaan sumber manusia.


Setiap satunya mempunyai matlamat untuk mepromosi dan melindungi
persetujuan antarbangsa berkenaan hak asasi manusia perdagangan,
budaya,

ekonomi,

politik

dan

social.

Hak-hak

ini

digazet

di

dalam

Peristiharaan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Setiap orang di dunia


adalah sama dan bebas dilindungi oleh deklarasi ini atas inisiatif PBB.

6.1

Kepimpinan

Pesuruhjaya

Tinggi

memimpin

pergerakan

hak

asasi

manusia

antarabangsa dengan bertindak sebagai pembela dan jurucakap kepada


mangsa. Pesuruhjaya Tinggi akan kerap membuat kenyataan awam apabila
berlaku krisis hak asasi manusia. Beliau juga akan turun padang untuk
melihat mesej hak asasi manusia telah diterima semua pihak.

6.2

Penekanan Hak Asasi Manusia Dalam PBB


Pesuruhjaya Tinggi diberi tugas mengembangkan hak asasi manusia. Ia

akan bekerjasama

dengan bahagian-bahagian lain dalam PBB untuk

memenuhi matlamat ini dan akan mengambil bahagian sepenuhnya dalam


program PBB seperti keamanan dan keselamatan, pembangunan koperat,
ekonomi dan hal ehwal sosial.
6.3

Perhubungan Antarabangsa.
Pesuruhjaya Tinggi juga bertanggungjawab membawa bersama-sama

pelbagai institusi dan organisasi bekerja untuk hak asasi manusia seluruh
dunia dan akan menggalakkan mereka berganding dalam memperjuangkan
hak asasi manusia.

OHCHR menggalakkan ikatan antara negara, agama

dan kumpulan antarabangsa untuk memastikan perlaksanaan kepada


perjuangan hak manusia akan lebih kukuh. Untuk memantapkan kerjasama
ini, OHCHR sentiasa mengadakan perjanjian dengan mana-mana organisasi,
menjemput wakil-wakil agama dan penasihat.
6.4

Maklumat Hak Asasi Manusia.


OHCHR menyebarkan maklumat dan mempromosikan pendidikan hak

asasi manusia di seluruh dunia. Bekerja dengan Jabatan Perhubungan Awam


PBB, OHCHR akan memastikan hebahan tentang perjumpaan hak asasi
manusia disebarkan pada media. Ia juga secara objektif boleh didapati dalam
laman web termasuk penerangan terperinci berkenaan hak asasi manusia

7.0

Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB (UDHR).


Peristiwa-peristiwa politik yang berlaku, contohnya penjajahan orang

China di Tibet, perbalahan etnik di Sri Lanka, dan pengalaman pemerintahan

ketenteraan di beberapa negara, telah menggerakkan perhatian dunia


terhadap hak asasi manusia. Perang Dunia ke II terutamanya, telah
membawa hak asasi manusia ke pentas antarabangsa. Cubaan Nazi dari
German untuk menghapuskan semua Yahudi dari Eropah dan membunuh
jutaan yang lain - rakyat Poland, orang gipsi, tahanan perang Soviet, isu
homoseksual, orang-orang cacat fikiran dan cacat fizikal dan musuh politik telah mencetuskan kesedaran kepada dunia berkenaan perlindungan hak
asasi manusia.

7.1

Inisiatif Antarabangsa.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dianggotai oleh kebanyakan

negara di dunia telah mengambil inisiatif untuk berakujanji mempromosi


dan menggalakkan rasa hormat terhadap hak-hak asasi manusia yang
dimiliki oleh setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak. Untuk mencapai
matlamat tersebut, pertubuhan tersebut telah menubuhkan Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia dan menugaskannya untuk menyediakan deraf dokumen yang
menerangkan maksud hak-hak asas dan kebebasan yang termaktub dalam
Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pada 10 Disember 1948, perhimpunan Agung Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu telah menerimapakai dan mengisytiharkan Perisytiharan Hak
Asasi Manusia Sejagat untuk mempromosikan rasa hormat kepada pelbagai
hak-hak asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak
ekonomi, sosial dan kebudayaan.
7.2

Tunggak Utama
Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UDHR) diterima pakai oleh

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) ini adalah


berasaskan empat tunggak - kebebasan daripada ketakutan dan kemahuan

dan kebebasan bersuara dan kepercayaan. Ia menyenaraikan pelbagai hak


asasi manusia, daripada hak sivil dan politik sehinggalah hak ekonomi, sosial
dan kebudayaan.
7.3

Ringkasan Perisytiharan
Ringkasan 30 Artikel daripada Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat

seperti berikut ini memberikan gambaran keseluruhan tentang prinsip hakhak dan kebebasan yang dimiliki oleh setiap orang sejak lahir.
Dua atikel yang pertama adalah prinsip yang menjadi asas untuk
semua hak-hak asasi manusia. Artikel 3 hingga 21 merangkumi hak-hak sivil
dan politik. Artikel 22 hingga 27 merujuk kepada hak-hak ekonomi, sosial
dan kebudayaan. Tiga atikel yang terakhir pula menyediakan rangka bagi
perpaduan yang melindungi hak asasi manusia sejagat.
7.4

Hak dan Tanggungjawab


Mengikut Artikel 29(2) dan 30 dalam UDHR, hak asasi manusia

mestilah dilaksanakan dengan bertanggungjawab. Ini bermaksud hak-hak


dan kebebasan tertakluk kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan
oleh undang-undang bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan
yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain; keperluankeperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum
dalam suatu masyarakat yang demokratik; tidak ada mana-mana negara,
kumpulan atau perseorangan yang berhak untuk melibatkan diri dalam apaapa jua kegiatan atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan
memusnahkan apa-apa hak dan kebebasan seperti yang termaktub dalam
UDHR.

Artikel 1

Hak untuk kebebasan dan sama rata dari segi maruah dan
hak

Artikel 2

Bebas daripada diskriminasi

Artikel 3

Hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri terjamin

Artikel 4

Bebas daripada diperhambakan

Artikel 5

Bebas daripada seksaan atau layanan atau hukuman yang


zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan.

Artikel 6

Hak kepada pengiktirafan di mana jua sebagai seorang


insan di sisi undang-undang.

Artikel 7

Hak untuk pertimbangan sama rata di sisi undang-undang

Artikel 8

Hak untuk menuntut keadilan di mahkamah

Artikel 9

Bebas daripada ditangkap atau dipenjarakan tanpa sebab

Artikel 10

Hak perbicaraan mahkamah yang adil dan terbuka

Artikel 11

Hak dianggap tidak bersalah sehingga dibukti salah

Artikel 12

Bebas daripada diganggu kediaman, keluarga dan suratmenyurat

Artikel 13

Hak bebas bergerak dan bermastautin di dalam negara


sendiri

Artikel 14

Hak mendapat perlindungan untuk pelarian

Artikel 15

Hak menjadi rakyat dalam sesebuah negara

Artikel 16

Hak untuk berkahwin dan perlindungan untuk keluarga

Artikel 17

Hak memiliki harta

Artikel 18

Kebebasan kepercayaan dan agama

Artikel 19

Kebebasan pendapat dan informasi

Artikel 20

Hak berhimpun secara aman dan persatuan

Artikel 21

Hak mengambil bahagian dalam kerajaan, mengundi dan


menggunakan kemudahan awam

Penahanan tanpa bicara dianggap pencabulan hak asasi manusia


dalam UDHR yang masih lagi dipraktikkan oleh beberapa negara
atas alasan keselamatan.
8.0

Cabaran Semasa Hak Asasi Manusia.


Pengakhiran perang dingin telah melahirkan berbagai pendapat untuk

mendefinasikan

orde

dunia

baru.

Setakat

ini,

masyarakat

dunia

kelihatannya masih tercari-cari apakah maksud sebenarnya dan hasilnya


lebih banyak masalah yang timbul daripada penyelesaian.
Masih banyak krisis hak asasi manusia perlu diselesaikan antaranya
penganiyaan,

kemiskinan,

pengangguran,

tiada

tempat

perlindungan,

pelarian, dan anvaman terhadap kestabilan alam sekitar. Disinilah letaknya


peranan PBB sebagai badan induk dunia menyelaraskan perlaksanaan Hak
Asasi Manusia sejagat.
Sebenarnya

tidak

ada

cacat

celanya

tentang

PBB

dari

segi

perancangan PBB berkenaan perlindungan Hak Asasi Manusia, kerana


setelah lebih 50 tahun ditubuhkan begitu banyak badan-badan yang
dikhususkan untuk melaksanakan tugas masing-masing di bawah PBB. Apa
yang perlu sekarang ialah mencari fomula bagaimana ia boleh menjadikan
rancangan itu sesuatu yang boleh direalisasikan dan bukannya tampak hebat
dari segi dasarnya sahaja.
8.1

Hak Asasi Sejagat dan Perbezaan Budaya.


Situasi ini membawa kepada dilema yang panjang. Bagaimana Hak

Asasi Manusia sejagat boleh diaplikasikan dalam dunia yang dipisahkan


dengan kebudayaan yang berbeza? Ini kerana setiap negara mempunyai
sekurang-kurangnya beberapa perbezaan

untuk mendefinasi hak asasi

manusia. Contohnya Negara Islam yang melaksanakan hukum rejam sampai


mati dikahalayak ramai bagi penzina yang telah berkahwin akan dilabel

sebagai pancabul hak asasi manusia oleh pihak lain sedangkan apa yang
dilakasanakan mereka selaras dengan tuntutan agama dan mempunyai
hikmah yang tersendiri. PBB yang berharapan besar supaya isu hak asasi
manusia ini diseragamkana mempunyai masalah untuk menyelesaikan
masalah ini. Oleh kerana itu walaupun telah diwujudkan deklarasi khas
berkenaan hak asasi manusia sejagat,

tetapi banyak daripadanya tidak

terialisasi seperti yang diharapkan..


8.2

Hak Asasi Manusia dan Undang-undang Antarabangsa.


Hak asasi manusia secara jelasnya diwartakan dalam undang-undang

antarabangsa. Ia diwujudkan untuk memenuhi piagam PBB itu sendiri iatu


hak asasi manusia adalah milik semua dan tiada pengecualian. Semua
manusia secara azalinya dilahirkan dengan hak asasi

dan ia bukan

keistimewaan untuk golongan tertentu sahaja. Sebagai lanjutan kepada


International Bill Of Right yang diwujudkan lebih awal,diwujudkan pula
Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia yang memberikan garis panduan
berkenaan dengan Hak Asasi Manusia. Berkenaan isu semasa iaitu Agenda
Global, Charles Norchiu menekankan bahawa pengisytiharan sejagat
mewakili sempadan persetujuan berkenaan hak asasi tanpa terikat dengan
budaya dan tradisi.
Hak asasi sejagat seterusnya dikukuhkan lagi denagan dua konvenan
antarabangsa iaitu International Covenant on Economic, Social and Cultural
Rights, and International Covenant on Civil and Political Rights yang
mengambil berat berkenaan dengan pencabulan hak asasi manusia seperti
pembunuhan etnik, diskriminasi perkauman, diskriminasi wanita, hak kanakkanak dan golongan minoriti, toleransi beragama. Malah banyak lagi yang
diwartakan tetapi yang paling popular dan menjadi garis panduan umum
ialah Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi manusia.

Pelanggaran kepada mana-mana perkara ini sebenarnya boleh diujuk


kepada Mahkamah Keadilan antarabangsa(ICJ). Tetapi secara teknikalnya
banyak kes pelanggaran hak asasi manusia tidak dapat diheret ke
mahkamah ini atas banyak sebab. Contohnya penjajahan Amerika terhadap
Iraq yang jelas mencabul hak asasi rakyat iraq dalam penentuan sendiri
kepimpinan

negara

tidak

dapat

dicegah

oleh

undang-undang

antatarabangsa. Inikah yang diharapkan dari perwartaan keadilan?


8.3

Dominasi Kuasa besar


Walau PBB yang ditubuhkan pada asalnya adalah untuk semua.

Tetapi timbul masalah apabila wujudnya dominasi kuasa besar dalam badan
dunia itu. Semuanya bermula dengan kemenangan dalam peperangan dunia
kedua dan sumbangan besar dalam penubuhan PBB. Paling dasyat apabila
negara-negara kuasa bessar ini iaitu Amerika Syarikat, Britain, Peranchis,
China, dan Rusia, dikurniakan kuasa veto yang boleh membatalkan apa-apa
resolusi PBB yang tidak selaras dengan kehendak mereka. Tambahan pula
mereka adalan anggota tetap majlis keselamatan PBB yang diberi kuasa untk
menjaga keselamatan dunia. Mereka diberi tanggungjawab besar ini
sedangakan ditangan merekalah adanya senjata yang berbahaya yang
mampu memusnahkan dunia.
PBB diletakkan harapan yang tinggi untuk memberi pelindungan yang
sepatutnya

disediakan

oleh

lima

anggota

tetap,

runtuh

di

atas

kelemahannya, tidak berdaya untuk melindungi negara miskin dan lemah.


PBB boleh diperlekehkan, diketepikan, terawang-awang, tidak berdaya dalam
usaha untuk menjadi lebih relevan. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk
Seri Dr. Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikatpada 25 September
2003 pernah berkata, Agensi-agensi PBB telah dikerat, dilapah dan
dibentuk semula supaya mereka boleh berfungsi sebagaimana yang
dikehendaki

oleh

tuan-tuan

boneka.

Bank

Dunia,

Dana

Kewangan

Antarabangsa (IMF), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) kini telah


bertukar

kepada

alat

hegemoni,

untuk

memiskinkan

yang

miskin,

mengayakan yang kaya. Bukanlah sesuatu yang memeranjatkan hari ini


bahawa perbezaaan antara yang kaya dan miskin menjadi terlalu luas.
8.4

Isu Berpanjangan
Palestin menjadi bukti kegagalan PBB dalam menangani isu hak asasi

manusia yang berterusan dalam jangka masa yang lama. Pembunuhan


rakyat

Palestin

yang

tidak

berdosa,

meroboh

rumah

kediaman,

memenjarakan mereka yang disyaki pengganas,dan pengambilan tanah


secara haram adalah isu yang telah berlangsung setelah sekian lama.
Semuanya jelas mencabul hak asasi penduduk Palestin seperti

yang

termaktub dalam Hak Kebebasan konvensyen Geneva kali ke-4 yang


menyebut dalam syeksen 14.1 Pembinaan dinding dan regim yang terlibat
adalah sama sekali bertentangan dengan undang2 antarabangsa. Keputusan
yang diputuskan oleh "Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)

yang

dinaungi PBB berkenaan pembinaan tembok itu yang disifatkan sebagai


haram hanya menyaksikan keputusan itu hanya sekadar menyedapkan
halwa

telinga

masyarakat

antarabangsa

sedangkan

perlaksanaannya

tidaklah seperti yang diharapkan.

Berbagai ketetapan yang dikeluarkan oleh PBB berkenaan isu ini. Majlis
Pertahanan Bangsa-bangsa Bersatu telah melaporkan tidak kurang daripada
87 perjanjian berkenaan Palestin sejak tahun 1948. Ini terrmasuklah yang
berada dalam proses penstrukturan kini yang tidak pasti keberkesanannya
tatkala zionis yang berlindung disebalik kuasa besar sering sahaja mencari
alasan melengah-lengahkanya.

Apapun alasannya PBB sebuah badan dunia yang besar tidak


seharusnya tunduk kepada desakan mana-mana pihak dan bersifat lebih
berkecuali. Jika tidak sampai bila-bilapun resolusi hanya akan tinggal
resolusi.
Pemimpin Hamas As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin pernah berkata,
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku
terhadap

kami

sehingga

tiada

satu

kaum

pun

bangkit

menyatakan

kemarahan kerana Allah. Beliau turut terkorban dan menjadi mangsa


kepada krisis kemanusiaan yang tidak berkesudahan.
9.0

Penutup
Alhamdulillah, akhirnya kajian berkenaan PBB:Perlindungan Hak Asasi

Manusia dapat disiapkan. Setelah melihat peranan PBB dari berbagai sudut
berkenaan hak asasi manusia, kami dapat menyimpulkan bahawa PBB perlu
mengorak langkah drastik untuk membetulkan kepincangan yang berlaku
dalam

perlaksanaan

harapan

seluruh

warga

dunia

selaras

dengan

penubuhannya. Paling penting agensi-agensi penting PBB mesti dibebaskan


daripada dominasi mana-mana negara. Secara beransur-ansur, ia juga harus
berusaha berubah menjadi lebih demokratik supaya matlamat ini akan
tercapai.

Kini sudah sampai masanya kita merenung sejenak dan membuat


pertimbangan daripada apa yang berlaku. Jika kita berani mengakui,
sesungguhnya banyak daripada masalah yang kita hadapi hari ini dapat
diselesaikan. Sebab itulah budaya kritikan perlu disemarakkan didalam PBB
ini kerana apabila kritikan dihalang, maka penyelewengan akan meningkat
sehingga berlaku pemberontakan yang diiringi dengan pelbagai bentuk
kemusnahan. Inilah yang berlaku kepada Saddam Hussein di peringkat

nasional malah ia boleh terjadi di mana-mana termasuk antarabangsa.

Sekiranya kita mahukan demokrasi didalam PBB pula , kedaulatan


undang-undang dan penghormatan hak asasi manusia, golongan yang
berkuasa mesti menunjukkan komitmen kepada semua idea-idea murni ini.
Dan mereka boleh bermula dengan menstrukturkan semula PBB, khususnya
dalam pemansuhan sistem undi veto sebuah negara yang merupakan
amalan tidak demokratik. Itulah landasan yang paling penting dimana PBB
perlu memastikan ia menjadi badan yang benar-benar telus dahulu sebelum
mengorak langkah seterusnya.

Akhirnya kami memanjat sekali lagi ribuan syukur ke hadrat Allah SWT
kerana memberi kami petunjuk serta hidayah untuk menyiapkan tugasan
ini.Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada Encik Kassim Bin
Thukiman atas dorongan dan tunjuk ajar berterusan kepada kami dalam
menyiapkan kajian ini. Diharapkan kajian ini bukan sahaja memberi
pengetahuan kepada kami sahaja tetapi juga para pencinta ilmu yang
lainnya. Sekian.
Bibliograf
1989. Kamus Dewan Edisi Baru , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kevin Tan Yew Lee , Yeo Tiong Ming dan Lee Kiat Seng . 1991 . Constitutional
Law in Malayisa and Singapore, Malayan law Journal.
2000. Perkembangan Pemikiran mengenai Hak Asasi Manusia. Institute for
Democracy and Human Rights, The Habibie Center.

Wong Hon Wai. 2001. Peraduan Menulis Makalah Undang-undang, Majlis


Peguam Malaysia, Kuala Lumpur.
Perisytiharan

Islam

mengenai

Hak

Asasi

Manusia (Universal

Islamic

Declaration of Human Rights) http://www.alhewar.com/ISLAMDECL.html


Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (Universal Islamic Declaration of
Human Rights)

http://www.suhakam.org.my/bm/ pengisytiharan sejagat hak

asasi manusia.asp
Agus

Suboyo. Isu

Kotemporari

Hak

Asasi

Manusia http://pelitarakyat.com/artikel.html
United Nation in Brief http://www.un.org/aboutun/charter/
United

Nations

High

Commissioner

for

Human

Rights , http://www.unhchr.ch/data.html
Sejarah

ringkas

hak

asasi

manusia http://www.suhakam.org.my/bm/penerangan hak asasi manusia.asp

Anda mungkin juga menyukai