Anda di halaman 1dari 2

~Nor Zaihan Bt Muhd Yusof~5A2013

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH


PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN SMK KUBOR
PANJANG BAGI TAHUN 2013
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nastain ala
umurid dunia waddin, wa ala alihi wasahbihi ajmain.
Dari Johor hendak ke Pekan,
Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.
Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera dan Salam
1Malaysia.
Yang Berusaha, Encik Zainol Bin Mat, Tuan Pengetua
Encik Mohamad Zabidi Bin Yahya, Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Dahlan Bin Ishak , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Sharipah bt Mad Isa, Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru Kanan,
Guru-guru,
Lembaga Pengawas Perpustakaan SMK Kubor Panjang
serta para pelajar SMK Kubor Panjang.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran
ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita
dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Pentauliahan
Warkah Pelantikan Pengawas Perpustakaan SMK Kubor Panjang bagi
sesi 2013.
Maka, bagi meneruskan acara, majlis dengan sembah takzimnya menjemput
oleh Encik Mohamad Zabidi Bin Yahya untuk mengiringi Yang Berusaha,
Encik Zainol Bin Mat, Tuan Pengetua SMK Kubor Panjang bagi
menyampaikan watikah perlantikan kepada pengawas pengawas perpustakaan
yang telah dipilih. Dipersilakan.
Penyampaian watikah dimulakan dengan,

~Nor Zaihan Bt Muhd Yusof~5A2013

Terima kasih diucapkan kepada Encik Zainol bin Mat di atas kesudian
menyempurnakan Majlis Pentauliahan Warkah Pelantikan Pengawas
Perpustakaan SMK Kubor Panjang bagi sesi 2013.

Dengan berakhirnya penyampaian watikah itu tadi maka berakhirlah Majlis


Pentauliahan Warkah Pelantikan Pengawas Perpustakaan SMK Kubor
Panjang bagi sesi 2013. Semoga dengan pelantikan ini akan dapat
memotivasikan para pengawas pusat sumber dalam melaksana dan menjalankan
tugas yang diamanahkan.

Majlis merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak Pengetua, guru-guru


Penolong Kanan , guru-guru serta murid-murid sekalian atas kerjasamadan
sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Di lain acara bersua lagi
Gunung Pantai tinggi mengawan,
Nampak dari Padang Temu,
Sampai di sini tinggallah tuan,
Ada hayat kita bertemu.
Sekian, dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum
warahmatullah hitaalawabarakatuh, saya serahkan kembali majlis kepada
pengawas bertugas.

Anda mungkin juga menyukai