Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA DASAR

PERTANDINGAN PENYEDIAAN DAN PEMBENTANGAN


DASAR ANTARA
PEMIMPIN MAHASISWA IPT 2016

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
DASAR KESELAMATAN DALAM NEGERI
DALAM USAHA MEMBANTERAS JENAYAH
PEMERDAGANGAN MANUSIA
DAN
PENYELUDUPAN SENJATA API
OLEH :
WAKIL MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA
1.0

PENDAHULUAN

Dalam perjalanan mencapai status negara maju menjelang 2020, wujud


beberapa kekangan dan isu-isu yang menjadi penghalang. Dari masalah sosial,
hinggalah kemelut yang berkaitan keselamatan negara, pelbagai langkah dan inisiatif
yang sudahpun diambil dan membuahkan hasil. Namun begitu, sama ada kita sedar
atau tidak, terdapat dua isu dominan yang berkait rapat antara satu sama lain iaitu
pemerdagangan manusia dan penyeludupan senjata api yang kian menjadi-jadi, malah
menjadi satu ancaman besar kepada keselamatan negara.
Secara harfiahnya, menurut Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 1,
pemerdagangan merupakan perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan,
penyediaan dan penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi. Aktiviti ini
merupakan satu jenayah terancang yang ketiga terbesar selepas penyeludupan dadah
dan senjata api. Saban tahun, jumlah individu yang menjadi mangsa pemerdagangan
manusia meningkat tanpa henti. Menurut Amnesty International, pada tahun 2004,
dianggarkan 700,000 orang diperdagangkan setiap hari di serata dunia bagi tujuan
seks semata-mata dan jumlah ini tidak termasuk pemerdagangan manusia bagi tujuan
lain2. Di Malaysia sahaja, terdapat sebanyak 1892 jumlah keseluruhan mangsa
pemerdagangan manusia pada tahun 2010 hingga 28 Februari 2015.
Manakala, penyeludupan boleh didefinisikan sebagai pengalihan dan
pengangkutan secara haram objek, kandungan, informasi mahupun manusia dari satu
tempat ke tempat lain, termasuklah merentasi sempadan antarabangsa yang mencabul
undang-undang atau peraturan3. Tambahan pula, dalam isu penyeludupan senjata api,
lebih banyak kes yang dilaporkan setiap hari. Pada tahun 2014, terdapat 287
tangkapan kes penyeludupan senjata api dari negara jiran yang dilaporkan berbanding
hanya 163 kes pada tahun 2012.
Dalam usaha menangani kedua-dua kekangan ini, beberapa langkah sudahpun
dilancarkan oleh kerajaan tempatan mahupun negara-negara serantau. Antara usaha
1

Jabatan Kehakiman Negara,. (2007). Akta Antipemerdagangan Orang dan


Antipenyeludupan Migran 2007 (pp. 8-17). Pesuruhjaya Penyemak Undangundang Malaysia.
2
Amnesty International. (2016). Amnesty.org. Retrieved 8 October 2016, from
https://www.amnesty.org/en
3
Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP. (2016). Prpm.dbp.gov.my. Retrieved
11 October 2016, from http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penyeludupan

dalaman yang telah dilaksanakan termasuklah pengenalan Akta Anti Pemerdagangan


Orang (2007) yang boleh mendakwa pesalah dengan hukuman penjara hingga 20
tahun dan denda sehingga RM500,000. Dalam pada itu, kerajaan telah melancarkan
Dasar Keselamatan Dalam Negeri pada Februari 2016, yang menumpukan aspek
keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam. Selain itu,

negara-negara

serantau melalui 27TH Asean Summit telah mengadakan Actip, atau The Asean
Convention against Trafficking in Persons pada tahun 2016 4, selepas menandatangani
Asean Convention on Counter Terrorism pada tahun 2007.
Meskipun langkah demi langkah yang proaktif mahupun reaktif sudah
dilaksanakan, namun penyelesaian kepada masalah-masalah ini masih gagal ditemui
kerana kekangan ini merupakan satu jenayah yang terancang dan melibatkan beberapa
buah negara serantau. Melihatkan kepada situasi ini, maka wujud cadangan untuk
menubuhkan SUKSES, atau Suruhanjaya Keselamatan Sempadan.
2.0

OBJEKTIF
2.1
OBJEKTIF UMUM
Memperkasa urusan keselamatan sempadan melibatkan pemerdagangan
manusian dan penyeludupan senjata api melalui pemusatan data, integrasi
perisikan serta pembangunan kesedaran demi keselamatan masyarakat dan
pertahanan negara yang lebih baik.
2.2
OBJEKTIF KHUSUS
a) Mengkoordinasikan sistem rangkaian maklumat pemerdagangan manusia dan
penyeludupan senjata api.
b) Memberi latihan personnel secara komprehensif telus dan adil dalam
melahirkan modal insan yang amanah dan berintegriti.
c) Mewujudkan kerjasama antara badan kerajaan yang berkaitan bagi membantu
gerakan pencegahan.

3.0

PERNYATAAN PINDAAN
3.1
Penstrukturan semula dan Penaiktarafan Agensi Keselamatan
Sempadan kepada Suruhanjaya Keselamatan Sempadan
(SUKSES)
Buat masa ini, Agensi Keselamatan Sempadan merupakan badan yang
ditugaskan untuk membanteras isu penyeludupan dan pemerdagangan haram

ASEAN Plan of Action Against Trafficking in Persons, Especially Women and


Children. (2016). Retrieved 12 October 2016, from http://www.asean.org/wpcontent/uploads/2015/12/APA-FINAL.pdf

yang berlaku di sekitar sempadan negara5. Agensi ini merupakan sebuah badan
yang berada dibawah Kementerian Dalam Negeri. Sebelum ini, agensi ini
dikenali sebagai Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) sebelum dinaiktaraf
menjadi Agensi Keselamatan Sempadan. Penambahbaikan badan ini bertujuan
meluaskan lagi kerjasama antara unit-unit penguatkuasa yang berbeza selain
menambahkan insentif kepada badan ini dalam usaha meningkatkan
pencapaian agensi berkenaan6.
Rasional Penaiktarafan dan Penstrukturan Semula.
Berikut merupakan ciri-ciri suruhanjaya:
i. Bersifat adil dan berkecuali.
ii. Bebas daripada pengaruh politik kerana semua anggotanya dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong atas budi bicara baginda selepas menimbangkan
nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis RajaRaja.
iii. Hanya penjawat awam, hakim, dan golongan profesional boleh
menganggotainya.
iv. Anggota suruhanjaya hanya boleh dipecat melalui tribunal; Yang diPertuan Agong bertindak mengikut syor tribunal dan syor tribunal adalah
v.

muktamad.
Saraan semua anggota suruhanjaya ditetapkan oleh Parlimen dan
ditanggung oleh Kumpulan Wang Persekutuan yang disatukan7.

Oleh itu, melalui penaiktarafan ini, badan ini akan bersifat adil dan berkecuali.
Hal ini akan memastikan isu-isu seperti konflik berkepentingan antara agensi
keselamatan yang diletakkan dibawah Kementerian Dalam Negeri dapat
ditangani. Perkara ini demikian kerana pelantikan suruhanjaya ini adalah atas
perkenan Yang Dipertuan Agong sementara pemecatannya juga adalah melalui
sebuah tribunal khas yang membincangkan tentang pemecatan mereka.
Keadaan ini dapat menghalang tekanan atau pengaruh tidak berpatutan oleh
5

Bernama,. (2016). Agensi Keselamatan Sempadan Berkuat Kuasa Secara


Pentadbiran Mulai Hari Ini. Retrieved from
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1185820
6
UPP Akan Dinaik Taraf Jadi Agensi Keselamatan Sempadan. (2016).
Astroawani.com. Retrieved 11 October 2016, from
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/upp-akan-dinaik-taraf-jadi-agensikeselamatan-sempadan-zahid-73642
7
Mardiana Nordin, et. al, (2004) Pengajian Malaysia, Selangor: Fajar Bakti Sdn.
Bhd., hlm. 89

pihak Suruhanjaya yang bakal ditubuhkan kelak. Perkara ini juga dapat
mengelakkan penyelewengan di sempadan-sempadan negara.

Oleh itu,

inisiatif ini merupakan langkah proaktif yang dapat mencegah ketidaktelusan


pada masa akan datang.
Suruhanjaya ini berfungsi sebagai sebuah badan bebas yang akan
menjadi pusat pengumpulan maklumat-maklumat penting ke arah mencari
punca

dan

penyelesaian

kepada

isu

pemerdagangan

manusia

dan

penyeludupan senjata api. Maklumat terperinci terhadap taktik-taktik dan


strategi terbaru sindiket-sindiket yang melakukan jenayah rentas sempadan ini
merupakan faktor besar bagi mencari solusi masalah ini.
Cadangan kami, tiga unit asas perlu diwujudkan dalam Suruhanjaya ini
yang terdiri daripada Unit Pangkalan Data, Unit Integrasi dan Unit Latihan
dan Pembangunan. Ketiga-tiga unit ini berperanan dalam menjayakan objektif
yang telah ditetapkan seawal pembukaan.
Dua elemen penting yang terkandung dalam tiga unit suruhanjaya ini ialah:
a) Pemfokusan kepada maklumat berkaitan pemerdagangan manusia dan
penyeludupan senjata api.
b) Pewujudan satu entiti bebas tanpa sebarang pengaruh dan kawalan
daripada

mana-mana

entiti

dalam

melakukan

perisikan

dan

penyiasatan.
Tiga unit ini merupakan elemen asas sebagai permulaan kepada penubuhan
suruhanjaya ini. Suruhanjaya ini hendaklah bersifat dinamik mengikut
keperluan dan kemajuan semasa ke arah menjawab permasalahan terkini dari
semasa ke semasa.

3.2

Entiti Suruhanjaya Keselamatan Sempadan (SUKSES)

Di bawah strategi pelaksanaan ini, terdapat tiga unit yang bakal ditubuhkan
iaitu Unit Pangkalan Data Berpusat, Unit Integrasi dan Perisikan serta Unit
Latihan dan Pembangunan.
a)

Unit Pangkalan Data Berpusat

Unit pertama ialah Unit Pangkalan Data Berpusat yang ditubuhkan untuk
tujuan penyelarasan dan perolehan data maklumat bagi memudahkan urusan
pemantauan, pengemaskinian semasa yang akan membantu pelan pencegahan
dan pengawalan jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan senjata api.
Usaha untuk mengkoordinasikan capaian maklumat dalam satu sistem yang sama
memudahkan pengesahan data dan maklumat yang lebih telus dan tepat.
Pengurusan pangkalan data ini akan melibatkan kerjasama serantau antara negara
ASEAN termasuk Aseanpol.
Strategi Pelaksanaan
I.

Menyatukan perolehan data maklumat dalam sistem rangkaian pangkalan data


(database) yang sama. Perolehan data maklumat merangkumi :
a) Latar belakang imigran yang melepasi sempadan.
b) Rekod salah guna dan jenayah
c) Data cap jari dan DNA imigran yang melepasi sempadan
d) Penjejakan pergerakan rangkaian sindiket pemerdagangan orang dan
penyeludupan senjata api.

II.

Mewujudkan pangkalan data yang selamat dan efisien untuk menyatukan


perolehan data maklumat dari kesemua negara serantau (ASEAN) dan risikan
berkaitan jenayah terancang pemerdagangan manusia dan penyeludupan
senjata api.

III.

Memastikan data maklumat siasatan dan keselamatan dianalisis dengan tepat


untuk

tujuan

perangkaan

dalam

perancangan

pencegahan

melalui

perkongsian informasi pencerobohan sempadan bagi tujuan pemerdagangan


dan penyeludupan senjata api.

IV.

Mengumpul maklumat berkaitan jalinan kesepakatan antara agensi atau


sindiket

yang

terlibat

penyeludupan senjata api.

dalam

jenayah

pemerdagangan

manusia

dan

V.

Memantau ruang storan, menyelenggara sistem dan mengemaskini maklumat


yang diperolehi daripada masa ke semasa untuk memudahkan rujukan
siasatan.

VI.

Mengawal selia perkhidmatan integriti dalam perubahan data supaya mengikut


syarat atau kekangan yang telah ditentukan bagi memastikan ketetapan data
yang sahih.

a) Unit Integrasi dan Perisikan


Pembentukan Unit Integrasi dan Perisikan bertujuan untuk membentuk sebuah
gabungan yang akan mengekang jalinan jenayah terancang pemerdagangan orang
dan penyeludupan senjata api melalui kerjasama antara penguatkuasa keselamatan
dan risikan antara badan pertahanan negara. Gabungan ini juga mampu menjadi asas
pembentukan gerakan yang sistematik dalam membanteras jenayah di peringkat akar
umbi kerana perancangan yang lebih teliti dan tersusun diperlukan untuk
memecahkan eksploitasi besar jenayah.
Strategi Pelaksanaan
I.

Membentuk pakatan yang lebih padu dan tersusun antara institusi atau jabatan
dalam negara yang berkaitan seperti pihak kastam, Angkatan Tentera
Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dalam mengawal penularan jenayah
pemerdagangan orang dan penyeludupan senjata api melalui integrase
maklumat dan perancangan.

II.

Merangka

pelan

perisikan

gerakan

jenayah

terancang

berkaitan

pemerdagangan orang dan penyeludupan senjata api.


III.

Mewujudkan kerjasama antara pihak suruhanjaya, barisan pertahanan negara,


wakil majikan, agensi pekerja asing dalam perolehan data maklumat,
ketelusan

informasi

dan

sinergi

tenaga

dalam

mencegah

jenayah

pemerdagangan orang dan penyeludupan senjata api.


IV.

Menggalak perkongsian idea, kepakaran, polisi dan sistem nilai untuk


menambah baik usaha mencegah dan mengekang jenayah.

V.

Mencapai persetujuan dengan semua organisasi dan entiti yang terlibat untuk
menyalurkan perkongsian data maklumat dan risikan kepada satu pangkalan
data yang sama.

VI.

Memastikan usahasama semua pihak terlibat berjalan secara adil dan saksama
tanpa ada entiti yang diutamakan atau dikesampingkan secara dominan.

b)

Unit Latihan dan Pembangunan

Pembentukan Unit Latihan dan Pembangunan penting dalam menjamin nilai


integriti dijunjung tinggi dalam kerjasama membasmi jenayah. Selain itu, unit ini
juga memastikan semua pihak mengikut garis panduan yang ditetapkan untuk
memaksimakan gerak kerja pencegahan dan pengawalan jenayah.
Strategi Pelaksanaan
I.

Memberi kefahaman tentang tatacara pengurusan, pelaksanaan undangundang dan birokrasi kepada individu, wakil perniagaan, agen, pihak majikan,
agensi pekerja asing atau sesiapa sahaja yang berkaitan supaya tidak terlibat
dengan jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan senjata api.

II.

Memberi maklumat kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan


tanggungjawab bersama dalam menangani isu pemerdagangan manusia dan
penyeludupan senjata api dan ancaman jenayah terancang ini terhadap
keselamatan dan kedaulatan negara.

III.

Menguatkuasa pelaksanaan hukuman kepada majikan dan agensi yang


melanggar tatacara dan garis panduan yang ditetapkan dengan lebih tegas.

IV.

Merancang pemberian insentif penghargaan kepada majikan dan agensi yang


konsisten mematuhi tatacara dan garis panduan yang ditetapkan seperti
kelulusan pensijilan perkhidmatan atau pemotongan cukai sebagai galakan
kerjasama.

V.

Meningkatkan produktiviti dan integriti suruhanjaya melalui pembudayaan


nilai-nilai murni dan positif bagi mencapai hasil kerja yang berkualiti tinggi.

VI.

Mengurus latihan jangka masa pendek dalam kalangan organisasi di bawah


suruhanjaya dan kolaborasi bersama oleh organisasi luar berdasarkan tahap
kompetensi semasa untuk menjamin fungsi profesionalisme suruhanjaya.

4.0
HUJAH SOKONGAN
a) Suruhanjaya ini dipilih secara spesifik kerana suruhanjaya merupakan sebuah
badan bebas yang dapat mengatasi masalah defisit kepercayaan terhadap
maklumat yang diperoleh berkaitan dengan jenayah ini. Malahan, tidak akan
wujud

sebarang

mengganggu

koflik

integrity

kepentingan

peribadi

yang

dan ketelusan

dalam

segala

akhirnya

dapat

isu melibatkan

pemerdagangan manusia dan penyeludupan senjata api.


b) Jika dianalisis faktor utama berlakunya jenayah pemerdangan manusia dan
penyeludupan senjata api yang semaking meningkat saban tahun, maslaah
kelonggaran pemeriksaan yang dilakukan di sempadan negara dan ketiadaan
perisikan dan data yang berpusat menjadi punca dominan. 8 Lantaran itu,
melalui penubuhan SUKSES, pembaharuan yang jelas dan terancang dapat
dilaksanakan.

c) Penubuhan Unit Pangkalan Data Berpusat di bawah SUKSES adalah hasil


inspirasi daripada Aseanapol yang mengadakan jalinan kerjasama antara polis
negara Asean bagi mengatasi masalah jenayah terancang merentas sempadan.

d) Melalui Unit Integrasi dan Perisikan pula, wujud jaminan platform kerjasama
antara agensi penguatkuasaan. Pada masa ini, maklumat-maklumat sulit
berkaitan dengan aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan senjata api
diuruskan oleh agensi-agensi penguatkuasa tertentu secara berasingan.
Contohnya, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan
Kastam. Tambahan pula, perisikan di bahagian sempadan dilihat sebagai jalan
terbaik bagi mengenalpasti jenayah terancang yang kebiasaannya dikaitkan
dengan kelonggaran keselamatan di sempadan.

Penyeludupan senjata api bermaharajalela di sempadan. (2013).


M.malaysiakini.com. Retrieved 10 October 2016, from
https://m.malaysiakini.com/news/245804

e) Walaupun terdapat beberapa kerjasama dalam menjalankan operasi, namun ia


bukanlah satu kewajipan dan hanya dilakukan secara berkala. Tidak ada satu
Suruhanjaya yang bebas yang ditubuhkan bagi menjalinkan kerjasama secara
spesifik berkaitan isu ini secara konsisten bagi memperoleh maklumat
berkaitan jenayah terancang ini.
f)

Selain itu, penubuhan SUKSES akan memastikan maklumat dan risikan yang
bebas dari sebarang pengaruh. Suruhanjaya merupakan satu badan yang tidak
terletak dibawah mana-mana badan mahupun organisasi tertentu baik kerajaan
mahupun swasta. Perkara ini penting bagi memastikan ketelusan dan
akauntabiliti maklumat yang diperoleh.

g) Dalam pada itu, suruhanjaya ini akan menjamin kerahsiaan maklumat


memandangkan kedua-dua jenayah ini merupakan jenayah berimpak tinggi
dan maklumat-maklumat berkaitan jenayah ini amat bahaya jika terdedah
kepada pihak yang tidak sepatutnya.
h) Badan ini juga fokus kepada pemerolehan dan agihan maklumat berkaitan
jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan senjata api. Maka, urusan
i)

berkaitan dengan maklumat akan menjadi lebih efisien kerana lebih berfokus.
Malahan, jika dilihat model relatif seperti di Amerika Syarikat yang telah
mewujudkan National Human Trafficking Resource Center9 yang berfungsi
secara spesifik bagi mengumpul maklumat berkaitan isu pemerdagangan
orang. Di bawah badan ini, Polaris Project telah dilaksanakan bagi membantu
memperoleh maklumat berkaitan dengan jenayah rentas sempadan di
perbatasan Amerika Syarikat-Mexico. Badan ini telah menerima anugerah
2006 Justice for Victims of Crime Award daripada Department of Justice

j)

( Jabatan Keadilan) Amerika Syarikat.


Akhir sekali, penubuhan suruhanjaya ini juga dapat memperkasa peranan
Aseanapol. Penubuhan Suruhanjaya ini dapat memperkasa peranan Aseanapol
kerana Suruhanjaya ini bukan sahaja boleh memperoleh maklumat dalam
negara, malahan ianya dapat menjadi platform pertukaran maklumat yang
lebih efisien antara negara-negara Asean.

5.0 PENUTUP
9

What We Do. (2014). National Human Trafficking Resource Center. Retrieved 11


October 2016, from https://traffickingresourcecenter.org/about-nhtrc/what-we-do

Sebagai kesimpulan, tidak dinafikan bahawa negara kita memerlukan anjakan


paradigma yang signifikan dalam usaha mencegah masalah pemerdagangan manusia
dan penyeludupan senjata api. Oleh hal yang demikian, SUKSES dilihat sebagai satu
inisiatif ekslusif yang tepat dalam menjawab permasalahan ini. Justeru, pindaan ini
diharap pihak berwajib dapat merealisasikan idea ini menjadi sebuah realiti dan
mengimplementasikan pelaksanaan yang berkesan.

Anda mungkin juga menyukai