Anda di halaman 1dari 8

Deria Rasa

Deria rasa (sense of taste) adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh
bahan kimia berperisa (flavoured chemicals).
Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia / bahan berperisa.
Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut.

Kawasan rasa lidah manusia.


Lidah membolehkan kita untuk mengesan rasa manis (sweet), masin (salty), masam (sour)
dan pahit (bitter).
Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa (taste buds). Tunas rasa ini
menyebabkan permukaan lidah kasar dan menggerutu (spotty).
Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh mengesan rasa sesuatu bahan.
Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap SATU jenis rasa tertentu sahaja.
Lidah manusia mempunyai empat kawasan / bahagian, yang mana masing-masing sensitif
terhadap rangsangan rasa tertentu sahaja.
Sebagai contoh, bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap rasa manis dan
masin, bahagian belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa pahit, manakala bahagian sisi
lidah lebih sensitif terhadap rasa masam.

Proses mengesan rasa oleh lidah manusia:


Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam bentuk cecair
(liquid form).
Apabila makanan dimakan, air liur (saliva) dirembeskan di dalam mulut untuk
melarutkan makanan.
Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang tunas rasa (taste buds) untuk
mencetuskan impuls.
Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk ditafsirkan sebagai rasa.
Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat jenis rasa (tastes).

Hubungan antara deria bau (sense of smell) dan deria rasa (sense of taste):
Rongga hidung dan rongga mulut adalah bersambung. Jadi, deria rasa dan deria bau
adalah saling berkaitan.
Apabila seseorang menghidap selsema, selera makannya akan berkurang kerana
hidungnya tersumbat dengan lendir / mukus (mucus).
Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau kurang dirangsang oleh bau makanan. Oleh
itu, selera makan seseorang penghidap selesema itu akan berkurangan.

Deria Pendengaran
Deria pendengaran (sense of hearing) adalah deria yang boleh mengesan sumber bunyi yang dihasilkan
oleh objek bergetar.
Deria keseimbangan adalah deria
(equilibrium) apabila badan bergerak.

yang

bertanggungjawab

untuk

mengawal

keseimbangan

Telinga (ear) adalah organ pendengaran manusia.


Manusia mempunyai dua telinga yang terletak di sisi kepala.
Struktur telinga manusia:

Struktur dan fungsi telinga manusia.

Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam.
Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala telinga dalam dipenuhi
dengan cecair.
Fungsi bahagian-bahagian telinga adalah seperti berikut:

Bahagian
Telinga luar:
Cuping telinga
(Pinna)
Salur telinga
(Ear canal)
Gegendang telinga
(Eardrum)

Telinga tengah:
Osikel
(Ossicles)

Struktur / Ciri-ciri
Berbentuk corong dan
terdiri daripada tulang
rawan.
Tiub sempit yang menghala
ke arah gegendang telinga.
Membran nipis yang
memisahkan bahagian
telinga luar daripada telinga
tengah.
Terdiri daripada tiga tulang
kecil:
Tukul (Hammer):

Fungsi
Mengumpul dan
mengarahkan gelombang
bunyi ke dalam telinga.
Menghantar gelombang
bunyi ke gegendang telinga.
Bergetar dan menghantar
gelombang bunyi ke osikel.

Mempertingkatkan getaran
gelombang bunyi sebanyak
22 kali sebelum menghantar
ke tingkap bujur.

Menyentuh gegendang
telinga.
Andas (Anvil):
Menyambungkan tulang
tukul kepada tulang rakap.
Rakap (Stirrup): Melekat
pada tingkap bujur.
Tiub Eustachia
(Eustachian tube)
Tingkap bujur
(Oval window)

Telinga dalam:
Koklea
(Cochlea)

Salur separuh bulat


(Semicircular canals)

Saraf auditori
(Auditory nerves)

Tiub sempit yang


menyambungkan bahagian
telinga tengah ke tekak.
Membran nipis yang
berbentuk bujur antara
telinga tengah dan telinga
dalam.
Tiub bergelung yang penuh
dengan cecair. Dinding
dalamnya mempunyai
hujung saraf yang sensitif
terhadap getaran
gelombang bunyi.
Tiga saluran yang terletak
pada sudut kanan di antara
satu sama lain. Mempunyai
kantung kecil yang dipenuhi
dengan cecair dan hujung
saraf yang sensitif terhadap
keseimbangan fizikal badan.
Sekumpulan saraf yang
menyambungkan sel-sel
deria ke otak.

Mengimbangi tekanan udara


di kedua-dua belah
gegendang telinga.
Menghantar getaran bunyi
dari bahagian telinga
tengah ke telinga dalam.
Mengubah getaran bunyi
kepada impuls.

Mengimbangi kedudukan
badan.

Menghantar impuls dari


koklea ke otak untuk
ditafsirkan sebagai bunyi.

Tiub Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian telinga yang tidak terlibat dalam pendengaran.
Tiub Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua belah gegendang telinga.
Salur separuh bulat mengawal keseimbangan badan (body equilibrium).
Salur separuh bulat terdiri daripada tiga tiub yang diisi dengan sejenis cecair yang dipanggil
'endolymph'.
Pergerakan kepala akan mempengaruhi keadaan endolymph.
Pergerakan endolymph akan merangsang sel-sel deria untuk mengeluarkan impuls.
Impuls tersebut akan dihantar ke otak untuk mengesan kedudukan dan arah pergerakan kepala.
Mekanisme pendengaran telinga
1. Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk gelombang (waves).
2. Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus kepada salur telinga.
3. Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang telinga.
4. Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi.
5. Getaran gelombang bunyi digandakan/dipergiatkan/dipertingkatkan (intensified) sebanyak 22
kali oleh osikel.
6. Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea melalui tingkap bujur.

7. Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea untuk bergetar dan merangsang
sel-sel saraf di dalam koklea.
8. Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair kepada impuls.
9. Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk ditafsirkan sebagai bunyi.

Deria Penglihatan
Struktur dan fungsi mata manusia.
Deria penglihatan adalah deria yang boleh mengesan rangsangan cahaya (light stimulus).
Mata (eye) adalah organ penglihatan yang penting bagi manusia.
Manusia mempunyai dua mata yang terletak dalam soket tengkorak (skull).
Mata manusia berbentuk sfera dan sedikit menonjol.

Kedudukan mata dalam soket tengkorak.

Struktur mata manusia.


Mata manusia terdiri daripada tiga lapisan tisu iaitu sklera (lapisan paling luar), koroid (lapisan tengah)
dan retina (lapisan paling dalam).
Di bahagian hadapan, mata dilindungi oleh kelopak mata yang boleh tertutup dengan sendirinya.
Mata juga dilincirkan oleh air mata yang dihasilkan oleh kelenjar air mata (tear gland).

Keratan rentas mata manusia.

Pandangan hadapan mata.

Fungsi setiap bahagian mata.


Bahagian
Sklera (sclera)

Struktur/Ciri-ciri
Lapisan putih yang kuat.

Kornea (cornea)

Membran lut cahaya


(translucent) sklera, pada
bahagian depan mata.

Fungsi
Memegang bentuk
mata.

Memfokus cahaya
pada retina.
Membekal oksigen
dan makanan
kepada mata.

Koroid (choroid)

Lapisan gelap yang


mempunyai banyak kapilari
darah

Melindungi mata.
Membenarkan
cahaya masuk ke
dalam mata.

Menyerap dan
mengelakkan
pantulan cahaya di

Konjunktiva (conjunctiva)
Iris

Lapisan epitelium pada


depan mata.
Lapisan berbentuk cakera
(disc-shaped) pada depan
mata.

dalam mata.
Melindungi kornea.
Menentukan warna
mata.

Mengawal saiz pupil


dan jumlah cahaya
yang memasuki
mata.
Membenarkan cahaya
memasuki mata.
Membias dan menfokus
cahaya pada retina.
Mengubah ketebalan kanta
apabila jarak fokus kanta
berubah.
Menyokong dan memegang
kanta pada tempatnya.

Anak mata (pupil)


Kanta mata (lens)
Otot silia (ciliary muscle)

Ligamen gantung
(supportive ligament)
Gelemaca (vitreous
humour)

Bukaan kecil pada depan


mata.
Kanta cembung yang lut
sinar dan elastik.
Otot yang membentang dari
koroid.
Satu struktur yang
terbentuk daripada gentian
kolagen.
Bahan seperti jeli yang
mengisi ruang di dalam biji
mata.

Mengekalkan bentuk
mata.

Menyerakkan dan
memfokus imej pada
retina.

Bertindak sebagai
penyerap getaran
pada mata.
Membias dan menfokus
cahaya yang memasuki
mata.
Mengesan
rangsangan cahaya
dan menukarkannya
kepada impuls.

Gelemair (aqueous humour)

Retina

(a) Bintik kuning


(yellow spot)

(b) Bintik buta


(blind spot)

Cecair tidak berwarna yang


mengisi ruang di bahagian
hadapan kanta mata.
Lapisan sel yang peka
kepada cahaya.

Kawasan mata yang


paling peka terhadap
cahaya.
Imej objek yang
dilihat difokus disini.

Kawasan mata yang


tidak peka terhadap
cahaya.
Imej objek yang
terbentuk di sini

Titik bertentangan dengan


pupil dan kaya dengan
reseptor peka cahaya.

Titik melalui saraf optik,


yang keluar dari retina, dan
tidak mempunyai sel yang

Saraf optik (optic nerve)

peka kepada cahaya.


Sekumpulan saraf yang
menghubungkan retina ke
otak.

tidak dapat dikesan.


Menghantar impuls dari
retina ke otak untuk
ditafsirkan.

Mekanisme Penglihatan
Pembentukan imej pada retina.
Kanta mata (lens) dalam mata manusia adalah kanta cembung yang lutsinar (transparent convex lens).
Cahaya yang datang daripada objek
dan difokuskan kepada retina.

akan

melalui

kanta

seterusnya

dibengkokkan

(bent)

Imej yang difokuskan pada retina dikawal oleh otot silia (ciliary muscles).

Otot silia (relaxation and contraction of ciliary


ketebalan kanta mata (thickness of the eye lens).

muscles)

bertindak

untuk

mengawal

Ketebalan kanta akan berubah untuk membolehkan mata untuk melihat objek dekat dan jauh.
Keupayaan mata untuk memfokus kepada objek pada jarak yang berbeza dikenali
sebagai akomodasi (accommodation). Tindakan ini dilakukan oleh otot silia yang mengubah
ketebalan kanta mata dan dengan itu mengubah jarak fokusnya.
Seseorang yang berpenglihatan normal dapat memfokuskan objek dari jarak 25cm hingga infiniti. Jarak
25cm dikenali sebagai jarak minimum bagi penglihatan jelas.

Akomodasi ->
Otot silia (ciliary
muscle)

Keadaan ligamen
gantung(supportive
ligament)
Ketebalan kanta
mata

Melihat objek yang


dekat

Melihat objek yang


jauh

Mengecut (contract)

Dalam keadaan
rehat/mengendur
(relax)

Dalam keadaan
rehat/mengendur
(relax)

Mengecut (contract)

Menebal (become thick)

Menipis (become thin)

Illustrasi

Mekanisme
Sesuatu
Hanya

objek
cahaya

Penglihatan
membalikkan
dalam

kawasan

(reflects)
pandangan

cahaya
tertentu

dalam

sahaja

akan

semua
memasuki

arah.
mata.

Cahaya dibengkokkan pada kornea (cornea), gelemair (aqueous humour), kanta mata (lens)
dan gelemaca
(vitreous
humour).
Suatu imej terbalik (inverted image) akan terfokus kepada retina dan seterusnya mencetuskan impuls
saraf.

Pembentukan imej pada retina.

Impuls saraf dihantar ke otak melalui saraf optik untuk

ditafsirkan.

Imej ditafsirkan sebagai

tegak.

Pembentukan imej pada retina adalah sama seperti pembentukan imej oleh kanta cembung
(convex lens), yang menghasilkan imej terbalik dan nyata.

Anda mungkin juga menyukai