Anda di halaman 1dari 6

Muzik Abad ke-20

Pengenalan
Pada tahun 1900 sehingga 1913 telah membawa perkembangan baru dalam
bidang sains dan kesenian. Sewaktu era Perang Dunia Pertama, penemuan-penemuan
baru telah menukar kepercayaan yang sekian lama dipegang. Sigmund Freud
meneroka alam separa sedar manusia dan mengembangkan ilmu yang dinamakan
psikoanalisis. Albert Einstein pula mengubah pandangan manusia terhadap alam
semesta dengan teori relatifnya. Dalam bidang seni lukis, Pablo Picasso menghasilkan
lukisan

dan ukiran manusia, objek-objek yang hidup yang menunjukkan beberapa

sudut pandangan dalam suatu masa. Wassily Kadinsky pula melukis lukisan abstrak
yang tidak lagi menampakkan imej sebaliknya cakaran-cakaran yang sukar untuk
difahami.

Muzik juga mengalami revolusi. Era selepas tahun 1900 menyaksikan perubahan
ketara bahasa muzik yang tidak pernah berlaku semenjak awal Zaman Baroque. Satu
pendekatan baru berlaku terhadap penggunaan nada iaitu pitch, ritma dan penggunaan
bunyi-bunyi yang tidak pernah diguna pakai sebelum ini. Sesetengahnya pula
melencong terlalu jauh daripada tradisi sehingga tidak dapat diterima oleh pendengar
pada waktu itu. Peristiwa besar yang berlaku disebabkan penolakan masyaraakt
terhadap pembaharuan tersebut adalah rusuhan sewaktu pementasan balet La Sacre
Du Printemps oleh Igor Stravinsky di Paris pada 29 Mei 1913. Penonton-penonton
yang tidak menyayangi persembahan tersebut telah mengejek dan membuat bising.
Anggota polis telah dipanggil untuk menguraikan pergaduhan yang berlaku antara
kumpulan tersebut dengan kumpulan yang ingin persembahan tersebut teruskan.
Seorang pengkritik muzik menggangap muzik Stravinsky terlalu sumbang dari
permulaan hingga akhir. Seorang pengkritik lain pula menyatakan bahawa gubahan

oleh komposer tersebut tidak bersangkutan langsung dengan muzik seperti yang
mereka fahami selama ini.

Pada hari ini, kita berasa hairan dengan kegagalan para pengkritik pada masa itu
untuk memahami ciptaan muzik tersebut yang kini dianggap sebagai masterpiece (hasil
karya terbaik). Kod-kod, ritma dan bunyi-bunyian perkusi yang kedengaran asing pada
masa itu, kini menjadi kelaziman untuk didengar dalam muzik jaz, rock, muzik latar filem
dan televisyen. Bagaimanapun, kelantangan pengkritik-pengkritik pada awal tahun 1900
itu menunjukkan perubahan bahasa muzik sedang berlaku. Dari akhir tahun 1600
sehingga 1900, struktur muzik mempunyai cirri-ciri yang dianggap prinsip ataupun
hukum am yang tidak boleh dilanggar. Walaupun hasil-hasil kerja Bach, Beethoven dan
Brahms mungkin berlainan tetapi mereka masih menghasilkan gubahan-gubahan
mereka dalam lingkungan prinsip asas tersebut. Selepas tahun 1900, komposerkomposer tidak lagi mengikut prinsip-prinsip itu dan lebih berminat untuk keluar
daripada kebiasaan mereka.

Peranan Muzik dan Pemuzik dalam Masyarakat


Pada abad ke-20 menyaksikan satu perubahan mendadak terhadap muzik dan
minat terhadapnya. Ruang tamu sesebuah rumah kini menjadi dewan konsert baru
melalui rakaman radio dan televisyen. Kemajuan teknologi ini menjadikan muzik dapat
dinikmati oleh ramai orang berbandng zaman sebelumnya. Selain itu, pilihan bahan
muzik juga lebih luas. Teknologi rakaman bukan sahaja memberikan peluang kepada
penggemar mendengar muzik-muzik klasikal yang diketahui umum, bahkan juga muzikmuzik Renaissance, baroque, muzik-muzik tradisional di luar Negara-negara Barat dan
muzik pada abad ke-20 yang jarang-jarang dimainkan di konsert-konsert.

Siaran radio yang menyiarkan rakaman dan siaran langsung permainan muzik
tersebar luas kepada pendengar sekita tahun 1920-an. Sekitar tahun 1930-an, banyak
rangkaianpenyiaran menubuhkan orchestra masing-masing. Antara yang terkenal
adalah NBC Symphony orchestra di Amerika Syarikat. Selain orchestra, opera juga
disiarkan melalui corong-corong radio dan berjuta-juta manusia dapat menikmatinya.
Apabila televisyen dicipta, persembahan muzik bukan sahaja dapat didengar tetapi juga
ditonton. Pada tahun 1951, sebuah opera pertama untuk siaran televisyen telah
ditayangkan yang bertajuk Amahl And The Night Visitors oleh komposer Amerka
berbangsa Itali, Giancarlo Menotti. Selain itu, banyak lagi persembahan orkestra simfoni
yang disiarkan. Siaran televisyen telah membawa pelbagai persembahan muzik ke
rumah-rumah. Video muzik opera, simfoni dan persembahan solo menjadi semakin
popular.

Pada

separuh

pertama

abad

ke-20,

kebanyakan

konsert

dan

opera

mempersembahkan muzik dari zaman-zaman sebelumnya dan bukan muzik semasa.


Ini merupakan sesuatu yang baru dalam sejarah muzik. Semasa zaman Mozart
misalnya,

penonton-penonton dipersembahkan dengan muzik-muzik baru dan

bukannya opera oleh Handel ataupun cantata oleh Bach yang dianggap ketinggalan
zaman. Begitu juga pada zaman romantik, konsert-konsert dipenuhi dengan muzikmuzik terkini.

Selepas tahun 1900, pendengar dan pemuzik tidak menggemari gubahan muzik
baru yang sumbang serta pembaharuan yang dilakukan oleh composer-komposer
seperti Ives, Webern dan Varese. Untuk mengelakkan ketidakselesaan penonton, ramai
konduktor memilih untuk tidak memainkan muzik-muzik tersebut, sebaliknya memilih
muzik lama. Hasilnya, sesetengah komposer pada abad ke-20 yang inovatif telah
diabaikan. Selepas Perang Dunia ke-2, banyak organisasi ditubuhkan untuk
mempopularkan gubahan muzik terkini. The International Society Of Contemporary
Music adalah yang paling berpengaruh dan mempunyai cawangan di merata Negara.
Bermula dari tahun 1950-an, orchestra-orkestra dan opera-opera utama mula
mempersembah lebih banyak muzik pada abad ke-20. Kemunculan piring hitam LP
(long play) membolehkan penggemar mendengar muzik tersebut berulang-ulang kali
sehingga difahami dan terus menikmatinya. Pemuzik-pemuzik pula semakin biasa
dengan ritma-ritma moden yang susah dimainkan sebelumnya dan mampu memainkan
muzik-muzik tersebut dengan baik.

Kebanyakan daripada gubahan muzik moden ditempah untuk persembahan


tarian balet dan opera, badan-badan amal, orchestra, studio filem dan peminat-peminat
muzik yang kaya. Perkembangan seni tari moden juga membawa kesan positif
terhadap muzik abad ke-20. Begitu juga dengan perkembangan dalam bidang
perfileman. Walaupun berfungsi sebagai latar belakang tetapi muzik tetap penting
dalam menghiburkan penonton. Walaupun tempahan-tempahan muzik semakin banyak
tetapi tidak ramai composer yang mampu hidup mewah dengan menggubah muzik
sahaja. Kebanyakan composer moden juga ialah guru muzik, konduktor ataupun
pemain muzik. Sekarang terdapat juga dikalangan mereka yang menjadi komposer

residen bagi suatu orkestra. Tugas mereka adalah sebagai penasihat kepada pengarah
muzik dan juga mencipta atau mengubah muzik untuk orkestra tersebut.
Pada abad ke-20, ramai wanita turut menjadi komposer, pemain muzik virtuoso
dan pengajar muzik. Seperti kebanyakan orang, pemuzik juga menerima kesan
daripada angin perubahan dalam politik, ekonomi dak pergolakan sosial pada abad ke20. Kemunculan Hitler di Jerman pada tahun 1933 telah membawa impak besar
terhadap kehidupan dan kerjaya ramai pemuzik. Seniman-seniman yang progresif,
sosialis dan pemuzik-pemuzik Yahudi dibuang kerja malah karya-karya mereka tidak
dibenarkan untuk persembahan. Kuasa diktator, pembunuhan beramai-ramai dan
berlakunya Perang Dunia ke-2 menyebabkan berlakunya penghijrahan golongangolongan karyawan dan intelektual. Ramai komposer termasuk Stravinsky, Bartok,
Schoenberg dan Hildemith telah meninggalkan Eropah untuk berhijrah ke Amerika.
Pelarian-pelarian

tersebut

telah

memberikan

sumbangan

besar

terhadap

perkembangan muzik di Amerika. Schoenberg dan Hildemith menjadi pensyarah di


university-universiti dan membantu kemunculan komposer-komposer terbaik di
Amerika.

Muzik Selepas Era 1950-an


Selepas Perang Dunia ke-2, teknologi berkembang dengan pesat. Dunia mejadi
semakin

sempit

dengan

terciptanya

televisyen,

komputer

dan

satelit

yang

membolehkan maklumat tersebar dengan cepat dan tidak terhad. Aliran baru dalam
dunia fesyen dan seni tampak muncul dan menjadi ikutan di merata-rata tempat tetapi
kemudiannya terus lenyap. Dalam bidang muzik pula, penekanan lebih diberikan dalam
memperkenalkan gaya baru. Inovasi muzik semenjak tahun 1950 tersebar lebih jauh
dari sebelumnya. Terdapat pelbagai aliran baru dan gaya muzik yang tidak terhad.
Piring hitam, pita rakaman dan cakera padat menjadikan penyebaran idea-idea dan
gaya muzik baru ini lebih luas, jauh dan cepat.

Semenjak perkembangan studio rakaman yang menggunakan pita, synthesizer


dan komputer pada tahun 1950-an dan 1960-an, para composer mempunyai sumber
yang tidak terhad apabila menerbit dan mengawal bunyi muzik yang dikehendaki. Alatalat muzik elektronik membolehkan composer-komposer meluahkan apa-apa sahaja
yang diingin tanpa perlu memikirkan kemampuan pemuzik yang terhad. Sesetengah
alat muzik berubah reka bentuk dan fungsi. Organ elektronik dan piano elektrik mula
mengambil tempat sebagai alat muzik utama, begitu juga dengan synthesizer. Alat-alat
tersebut menggunakan kuasa elektrik untuk mengeluarkan bunyi melalui kotak
pembesar suara (sound reinforcemet). Sebagai tambahan, alat-alat muzik tradisionaal
juga menggunakan mikrofon dan sistem pembesar suara supaya lebih jelas didengar.

Gitar elektrik yang diperkenalkan oleh Les Paul dan Leo Fender pula pada tahun
1940-an dan 1950-an telah mengubah scenario muzik secara mendadak. Kemunculan
muzik rock n roll, pop yeh yeh, dan kemudiannya heavy metal menjadi kegilaan
generasi muda.

Anda mungkin juga menyukai