Anda di halaman 1dari 14

Aspek 4: PENGHARGAAN ESTETIK

4.1 PENGHAYATAN
4.1.1 Menilai Karya Muzik

TAJUK KARYA : “ Romeo and Juliet “ Overture- Fantasy (Tchaikovsky)


Sejarah : Zaman Romantik (1828/30-1900)

Label Romantik biasanya dikaitkan dengan zaman setelah kematian komposer


Beethoven pada 1827 sehinggalah sebelum permulaan abad ke20. Muzik zaman Romantik
dipengaruhi oleh revolusi perindustrian yang telah mengakibatkan perubahan sosial dan
ekonomi di Eropah pada ketika itu. Justeru, muncul satu pergerakan budaya di mana komposer
lebih berani dan bebas meluahkan perasaan mereka dalam menghasilkan stail tersendiri.
Muzik Zaman Klasik dikenal pasti kerana ciri-ciri muziknya yang mengandungi ekspresi
formal dan bentuk yang seimbang, sementara muzik abad ke 19 dikenali dengan isi muzik yang
romantik. Ia lebih mementingkan isi kandungannya dari bentuk.
Muzik Romantik lahir dari muzik yang bebas yang menggambarkan kehidupan,
perasaan, masalah dan budaya seseorang atau sesebuah masyarakat pada zaman itu.
Komposer di zaman Romantik dipengaruhi oleh hasil kesusasteraan di zaman ini.
Mereka menggunakan bahan ini sebagai teks di dalam karya dan penciptaan mereka. Cabang
kerjaya dan peluang pekerjaan bagi seseorang pemuzik di zaman ini bertambah. Kejayaan
seseorang pemuzik bergantung kepada bilangan karya yang telah dicetak, personaliti dan
“showmanship” sebagai performer.
1. Peranan Muzik dan Pemuzik.
Fungsi mereka berubah dan muzik boleh memberi pendapatan yang lumayan kepada
mereka. Kini mereka tidak lagi menjadi hamba istana. Ini disebabkan kumpulan sederhana
menjadi sumber kuasa dan kaya. Justeru pemuzik boleh bergantung kepada orang awam
untuk mendapat sumber pendapatan. Di samping itu, sesetengah komposer mendapat
pendapatan tambahan daripada menulis kritik dan artikel di dalam Journal Muzik. Contoh
komposer yang berbuat demikian adalah Schumann dan Berlioz.

2. Muzik sebagai perniagaan


Pada zaman ini pemuzik bebas untuk mencipta apa saja yang dikehendaki. Namun,
realitinya kebebasan mereka terbatas kepada sokongan dan citarasa orang awam. Untuk
pertama kalinya muzik menjadi satu perniagaan. Untuk mengharungi hidup yang agak selesa,
seorang pemuzik terpaksa mengubah arah dari artisan kepada ahli perniagaan dari ahli seni
kepada penghibur. Sukses komposer tersebut bergantung kepada berapa banyak karyanya
dicetak dan dijual. Ia juga bergantung kepada personaliti dan showmanship nya sebagai
seorang penghibur.

Virtuoso- Penekanan kepada personaliti dan showmanship boleh dilihat dari tahap kemahiran
pemuzik tersebut. Penonton lebih memberi perhatian kepada pemuzik itu sendiri dan
bukan kepada apa yang dipersembahkan. Komposer seperti Paganini dan Liszt adalah
antara komposer yang bijak dalam persembahan mereka.
Konduktor -Zaman Romantik menyaksikan kewujudan satu lagi profesion dalam bidang muzik
- konduktor. Selalunya orkestra dipimpin oleh komposer itu sendiri yang memimpin dari
kibodnya atau ketua konsert (violin 1) dari kerusinya. Apabila saiz orkestra semakin besar
dan muzik semakin kompleks seorang pemimpin diperlukan.Alat konduktor adalah
orkestra itu sendiri. Ketika dalam sesi latihan konduktor akan memimpin dengan memberi
tempo yang stabil dengan tangannya. Melalui perlakuan yang ekspresif ia dapat
mengawal bunyi dan dinamik orkestra. Dan akhirnya ia menjadi orang yang terpenting di
dalam orkestra.
Sejarah dan latar berlakang komposer Piotr (Peter) Iiyich Tchaikovsky
1. Juga dikenali sebagai Tchaikovsky, dilahirkan pada 7 mei 1840 di Votkinsk, daerah
Viatka, meninggal dunia pada 6 November 1893 di St. Petersburg.
2. Beliau merupakan seorang komposer berbangsa Rusia yang sangat popular, yang
menjadi wakil terserlah negaranya dalam tradisi romantik eropah.
3. Tchaikovsky telah mendapat pendidikan muzik sejak dari kecil. Semasa berada di
bangku sekolah beliau telah belajar muzik daripada Gavriil Yakimovick Lomakin tetapi
beliau tidak menunjukkan bakat istimewa sebagai pianist atau komposer.
4. Memulakan kerjayanya sebagai seorang kerani kerajaan.
5. Tchaikovsky berubah ke bidang muzik ketika berusia 21 tahun di mana beliau belajar di
sebuah institusi muzik yang baharu ditubuhkan oleh Anton Rubinstein yang
kemudiannya menjadi St. Petersburg Conservatory.
6. Beliau mempelajari dari Nikoli Zaremba (harmoni dan counterpoint) dan Rubinstein
(composition).
7. Beliau tamat pengajiannya pada tahin 1865, memenangi pingat perak untuk CANTATA
set (Schiller’s) Hymn to Joy.
8. Pada tahun 1886 beliau menjadi profesor harmoni di Moscow Conservatory.

Ciri-ciri muzikal Karya Beliau :


1. Tchaikovsky merupakan satu-satunya komposer berbangsa Rusia pada zamannya yang
tidak mementingkan semangat kenegaraan.
2. Walau bagaimanpun, muziknya dianggap sangat ‘” Russia ‘ dalam melanchony moods (
hampir semua karyanya ditulis dalam key minor), memberi penekanan kepada perasaan
perseorangan, walaupun sesekalinya dalam penggunaan melodi dan ritma Russia (
contohya, Upacara sembahyanag geraja untuk kematian dalam symphony no .6 , the
Pathetique symphony ,ritma rakyat dalam orkestra termasyur Marche slave )
3. Kebanyakan muzik Tcaikovsky mendapat kejayaan semasa hayatnya sehingga kini
mahupun di dalam Russia dan luar negeri, walaupun beliau dikritik dari segi keaslian
dan kurang bentuk (terutamanya dalam karya panjangnya )
4. Beliau diingati terutamanya dengan muzik orkestranya yang terdiri daripada enam
simfoni, (antara terserlah ialah simfoni no.4 ,5 dan 6), tiga concerto piano (contohnya
Concerto Piano no 1 dalam Bb minor), sebuah concerto Violin, opera iaitu (Eugen
Onegin dan The Queen of Spades, di mana kedua-duanya masih dipersembahkan
dengan luas), dan karya ballet (Swan Lakes ( 1876), Sleeping Beauty ( 1889), dan The
Nutcracker)
5. Karyanya yang paling popular ialah Overture Fantasy Romeo and Juliet (1869) yang
dimulakan pada awal kerjayanya.
6. Beliau tidak mencapai kepuasan dalam karyanya sehingga 1879 program simfoni
Manfred : Capriccio italien untuk orkestra ; 3 string quartet ; Piano Trio dalam A minor, ;
1812 overture; dan beberapa buah lagu termasuk lagu-lagu kanak-kanak, dan karya
untuk piano.
Fungsi dan Peranan Muzik
1. “Romeo and Juliet” di cipta oleh Tchaikovsky semasa beliau berusia 29 tahun semasa
permulaan karier beliau sebagai komposer.
2. Mendapat inspirasi dari karya Shakespeare.
3. Seperti Shakespeare beliau mengagungkan cinta yang romantik yang mengakhiri dengan
kematian.
4. Definisi Overture ialah karya untuk orkestra mengandungi hanya satu babak yang
bermiripkan Puisi Ton. Walaupun ia bercirikan sama ada asal atau programatik ia
mempunyai bentuk yang bebas.
5. Ia biasanya dipersembahkan sebagai program konsert.

Konsep Muzik
Melodi -
∑ Menggunakan tema atau motif Friar Laurence – “solemn”, “hymlike” melodi
∑ Frasa panjang
Irama-
∑ meter empatan
Warna Ton-
∑ mengandungi orkestra yang besar – 2 flut, 2 oboe, English horn, 2 clarinet, 2 basun, 4
french horn, 2 trumpet, 3 trombones, tuba,timpani cymbals, bass drum, harp violin
utasma, violin kedua,viola, cello dan double bass.
∑ Bunyi yang kuat dari orkestra apabila tema pergaduhan.(feud motive)
Harmoni-
∑ Permulaan dengan kord F#minor, B minor, F# minor, B minor, , F# minor, C#minor, B
minor dan B#minor.
Bentuk-
∑ sonata
Tekstur-
∑ homofoni pada awalnya.
Ekspresi-
∑ Andante non tanto quasi moderato. (andante a moderate tempo, slow intro) dan Allegro
giusto (moderato allegro)
Pelbagai Genre Muzik
TAJUK KARYA : “Pierrot Lunaire”( Moonstruck Pierrot) Oleh Arnold Schoenberg

Sejarah : Zaman Abad Ke 20


Perkembangan teknologi yang pesat di abad ke 20 telah memberi kesan yang
mendalam di dalam perkembangan muzik sejagat. Persepsi kita tentang muzik telah berubah
dengan wujudnya piring hitam yang dicipta oleh Edison pada 1877 hinggalah ke cakera padat
dan teknologi rakaman audio-digital yang canggih.
Dengan adanya teknologi moden, pelbagai persembahan muzik seperti opera, konsert
rock, persembahan simfoni, gamelan dari Bali mahu pun “Chant Gregorian” dari Pertengahan
abad dapat dipelihara melalui rakaman dan pada bila-bila masa sahaja kita boleh mendengar
rakaman tersebut.Kemudahan yang kita dapati dari teknologi muzik moden boleh menimbulkan
“inflasi bunyi”. Ini secara lansung dan tak lansung menyukarkan kita memberi tumpuan dalam
pendengaran kita kepada muzik.Kemajuan di dalam teknologi rakaman dan penghasilan bunyi
telah mengubah ekspektasi kita dalam pendengaran kita terhadap muzik ini.
Melalui penggunaan rakaman digital dan sekuenser, bunyi alat akoustik dapat dihasil
dan digabungkan dengan lambat, selapis demi selapis. Dengan bantuan sebuah sintetiser tidak
mustahil bagi seseorang yang mempunyai kemahiran yang minima dalam kibod menghasilkan
muzik Simfoni No.5 oleh Beethoven. Teknologi tersebut telah mempengaruhi penciptaan dan
persembahan muzik pop komersial. Namun begitu ia mendapat sambutan yang menggalakkan
dan penggunaannya semakin meluas.
Stail penciptaan muzik di abad ke 20 boleh dikenali dari pendekatannya yang pelbagai
dan berbentuk eklektik. Pencipta begitu ghairah mengeksperimen dan meneroka bunyi yang
baru dan berlainan jauh dari bunyi yang terdapat di zaman-zaman lalu. Ia menonjolkan
individualiti seseorang pencipta.

Sejarah dan Latar Belakang Komposer


Arnold Schoenberg dari keluarga Yahudi dilahirkan pada 13 September 1874 di Vienn,
perpindah ke Amerika dan meninggal dunia pada 13 Julai 1951.
Bermain violin semasa beliau berumur 8 tahun.
Beliau adalah pengasas sistem atau teknik 12 ton ( twelve-tone technique ) untuk
menggantikan tonaliti tradisional ( rujuk serial Music) dan dengan itu menjadi salah seorang
yang paling berpengaruh dalam music abad ke 20.

Karya-Karya:
Karya pertama - String sextet ( biasanya bermaksud dua violin,dua viola dan dua cello )
Verklarte Nacht ( Trans figured Night ) op. 4 ( 1899). Ia merupakan hasil karya yang baik penuh
dengan perasaan puisi Romantik.
Karya kedua yang terpenting dalah sebuah cantata, Gurre –Lieder iaitu skor orkestra untuk
lebih kurang 140 pemuzik, 5 pemain solo, suara tiga lelaki dan koir gabungan suara-suara
kesemuanya melibatkan lebih kurang empat ratus orang.
Dalam dekad yang pertama 1900an, reputasi Schoenberg berkembang dan menarik ramai
pelajar, antara mereka Alban Berg, Anton Webern dan Egon Wellesz telah menjadi pengikut
beliau yang penting.
Pada 1908 beliau telah menghabiskan String Quartet no. 2 (op. 10 ) .
Dalam 15 tahun berikutnya beliau merumuskan The twelve-tone system.
Hasil yang penting dari rumusan beliau telah dicatatkan antara tahun 1909 dan 1913 adalah
Drei Klavierstucke (Three Piano Pieces ), op. 11 dan Funf Orchesterstucke ( Five Orchestral
Pieces ), op. 16.

Fungsi dan Peranan Muzik


Ia merupakan sebuah karya yang agung yang telah mempengaruhi muzik-muzik pada
abad ke 20.
Pierrot Lunaire adalah berlatar belakangkan puisi-puisi aneh yang ditulis oleh penulis
Belgium dan yang bernama Albert Giraud dalam tahun 1884 dan kemudiannya diterjemahkan
ke bahasa German oleh rakan Scheonberg iaitu Otto Erich Hartleben.
Banyak daripada puisi-puisi ini berkaitan dengan patung Pierrot, iaitu satu watak
pelawak tragik yang diadaptasikan daripada “commedia Dell Arte” (teater Itali yang digubah)
yang mempunyai sejarah beberapa abad.
Pierrot yang mewakili sebilangan kecil artis moden, merupakan satu ‘subjek’ yang
digemari oleh artis, penulis, dan ahli muzik pada penghujung abad ke 19 dan awal abad ke 20.
Karya ini menonjolkan individualiti Schoenberg sebagai komposer yang menyusun pic
dan dinamakan sistem 12 ton yang diolah dari 12 ton kromatik.

Konsep Muzik
Melodi -
Melodi “jagged”, tiada ulangan melodi yang sama
frasa tidak menentu panjangnya
Menggunakan 12 ton sistem
Atonal – tiada nada
Irama – Pelbagai meter
Tekstur – polifonik dan kompleks
Bentuk - bebas
Harmoni – kromatik, disonan
Warna Ton –
Instrumentasi seperti muzik kamar
8 alat muzik iaitu piano, cello, violin-viola, flute-piccolo, clarinet-bass clarinet
Ensembel alat muzik (5 ahli muzik) ini adalah berbeza dalam setiap karya, contohnya “The sick
moon” (no 7) hanya menggunakan flute. “ prayer to Pierrot “ ( no.9) menggunakan piano dan
clarinet dan “ O Ancient Scent ”( no.21) menggunakan kesemua 8 alat muzik.
Suara wanita – menggunakan teknik nyanyian “sprechstimme”- maksud dalam bahasa German
ialah “speech-voice” antara menyanyi dan bercakap.

Ekspresi –
Menggunakan kontras dinamik yang ketara.
Penggunaan glissando dan pizzicato
Muzik Jazz.
Asal Usul
Muzik jazz muncul di Amerika Syarikat pada awal abad ke 20. Asal usulnya ialah
pengaruh muzik Afrika dan muzik barat. Muzik jenis ini menarik perhatian orang-orang Eropah
buat kali pertama semasa askar-askar kulit hitam yang dihantar dalam peperangan antara
Perancis dan Belgium. Mereka telah menggunakan peralatan muzik tentera yang dibawa
bersama.
Selepas peperangan, ramai orang Eropah berminat dengan muzik bentuk ini selain
daripada muzik ‘ragtime’ dan tarian ‘cake walk. Kumpulan band kulit hitam tempatan yang
mula terkenal, menggunakan unsur ‘jazz’ dalam aksi mereka. Bandar New Orleans di bahagian
selatan Amerika Syarikat terkenal sebagai tempat muzik ‘jazz ‘ dilahirkan.

Alat Muzik
Di peringkat awal instrumentasi muzik jazz terdiri daripada ‘Bahagian Hadapan’ dan
‘Bahagian Irama’. ‘Bahagian Hadapan’ mengandungi alat utama kornet (melodi) dan klarinet
serta trombon (penyokong). Bahagian Irama’ terdiri daripada dram, gitar atau banjo, tuba atau
‘bass string’ dan ‘piano’.

Persembahan
Cara permainan ialah mengikut gaya nyanyian ‘blues’. Muzik jazz ini diberi nama
Dixieland. Muzik jazz mempunyai banyak improvisasi secara spontan. Pemain bermain tanpa
skor muzik. Mereka hanya mengingati melodi asal dan memainkan urutan kod secara hafalan.
Pemain muzik juga tidak mempunyai pendidikan muzik formal. Kornet kebiasaannya dimainkan
oleh ketua kumpulannya. Pemain kornet yang terkenal ialah Buddy Bolden. Muzik jazz
dimainkan secara berulang-ulang dengan pelbagai improvisasi dan variasi sehingga melodi asal
tenggelam dn sukar dikesan.
Duke Ellington
Pengenalan
Edward Kennedy ‘Duke’ Ellington (1899-1974) adalah seorang komposer, penggubah
dan konduktor kepada ‘swing band’. Kedudukkannya adalah yang teratas dalam sejarah jazz.
Ellington telah menghasilkan banyak skor band 3 minit, dan juga muzik untuk perfileman,
televisyen, ballet, teater dan gereja.
Beliau adalah antara komposer jazz yang ulung menghasilkan penciptaan jazz seperti Black,
Brown and Beige, Satin Doll, Sofisticated lady, dan In a Sentimental mood.
Muzik
Muzik Ellington kadangkala mewujudkan kerjasama dengan penggubahnya Billy
Strayhorn untuk menghasilkan eksperimentasi dan improvisasi yang mantap. Gubahan
Ellington kaya dengan warna ton dan harmoni.
Konsep Muzik
Melodi –
Irama –
Tekstur –
Bentuk –
Harmoni – kord progression I, IV, V
Warna Ton –
Ekspresi –
Muzik Dondang Sayang.
Pengenalan
Dondang sayang lahir daripada kombinasi seni sastera dan seni lagu. Perkataan
dondang sayang bermaksud ‘nyanyian kasih’ yang berasal daripada perkataan ‘dendang’ yang
bererti nyanyian dan ‘sayang’ yang bermaksud ‘kasih’.
Terdapat dua pendapat mengenai sejarah asal usul dondang sayang.
Pendapat pertama mengatakan bahawa dondang sayang berasal dari Penyengat, Riau.
Pendapat kedua pula mengatakan bahawa ia bermula pada abad ke 15. Teks Melayu lama
seperti Hikayat Hang Tuah jelas membuktikan bahawa Dondang Sayang telah wujud pada
abad ke 17 dan ke 18 lagi. Semenjak itu, dondang sayang telah berkembang di Melaka.
Dondang Sayang bukan sahaja menarik minat orang Melayu, Baba dan Nyonya, malah juga
orang-orang India dan Portugis di Melaka.

Persembahan.
Persembahan lagu Dondang Sayang dimulakan dengan pembuka melodi yang
dimainkan oleh pemain biola. Seorang penyanyi akan mendendangkan pantun empat kerat
yang merupakan soalan dan penyanyi lain akan menjawabnya dalam bentuk nyanyian pantun
juga. Penyanyi-penyanyi dondang sayang ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman
dan mempunyai daya fikiran yang tajam kerana pantun perlu dibalas secara spontan. Suasana
menarik timbul apabila dua atau lebih daripada dua orang penyanyi saling jawab menjawab
atau menjual beli pantun sambil sindir –menyindir. Pantun-pantun yang direka cipta secara
spontan lazimnya bertema kasih sayang, budi bahasa, jenaka dan sebagainya. Dalam sesuatu
persembahan Dondang sayang, biasanya lagu Inang, Joget dan Asli disampaikan secara
selingan.
Persembahan Dondang Sayang boleh diadakan di mana-mana sahaja seperti di bilik
tetamu, taman bunga atau di tempat-tempat lain. Di Melaka, Dondang Sayang dinyanyikan di
majlis perkahwinan dan hari keramaian. Di Pulau Pinang pula, Dondang Sayang dinyanyikan
pada Hari Chap Goh Meh.

Alat Muzik dan fungsi


Biola
Ia memainkan melodi dan mengiringi nyanyian

Rebana
Ia memainkan rentak

Gong
Penanda masa
Kini harmonium atau akordian, gitar dan tamborin turut digunakan sebagai alat tambahan.
Ciri-ciri muzik

Melodi
Skel yang biasa digunakan dalam Dondang Sayang ialah D major dan C major. Dalam skel
Dondang Sayang, pic D dan A ( not pertama dan ke-5) ditekankan.Semua lagu Dondang
Sayang adalah berasaskan satu melodi sahaja yang dimainkan oleh alat biola. Melodi juga
dihiasi dengan bunga-bunga seperti portamento, tremolo dan appoggiatura.

Irama
Lagu-lagu Dondang Sayang adalah dalam meter kuadrupel . Rentak yang biasa digunakan
ialah rentak asli.

Tekstur
Ianya adalah bertekstur berlapis ( polifoni ) yang terdiri daripada melodi yang di hasilkan oleh
alat biola, rentak yang dihasilkan oleh rebana dan penanda masa yang dihailkan oleh gong.

Bentuk
Lagu Dondang sayang adalah dalam bentuk strofik. Bentuk muziknya adalah berasaskan
kepada struktur pantun. Setiap rangkap dinyanyikan dengan melodi asas yang sama walaupun
penyanyi diberi kebebasan untuk membuat improvisasi.
Muzik Nobat

Pendahuluan
Nobat adalah sebuah ensembel permainan muzik atau orkestra Di Raja Melayu. Nobat
hanya dapat dipersembahan di upacara seperti Pertabalan Raja, Perkahwinan Diraja dan
Upacara Pengkebumian dan akan dimainkan apabila diperintah oleh Sultan dan untuk istiadat
tertentu sahaja. Di antara semua Nobat, dipercayai Nobat Diraja Kedah adalah Nobat yang
tertua sekali di negara ini dan dianggarkan telah berusia lebih 400 tahun.

Sejarah
Perkataan Nobat berasal dari Negara Parsi yang bermakna sembilan (9) jenis tetapi
kebanyakan negara hanya menggunakan enam jenis peralatan sahaja. Peralatan Nobat di
tempatkan di sebuah tempat khas yang dinamakan Balai Nobat. Pada zaman dahulu, kawasan
Balai Nobat dipagar dengan bulu ayam dan sesiapa yang mencerobohi kawasan ini akan
dihukum dan didenda.
Mengikut Adat Lembaga Negeri Perak, rangka yang digunakan didalam membuat
gendang-gendang Nobat adalah berasal daripada ‘Teras Kayu Jerun’ dan kulitnya adalah
daripada ‘Kulit Timur’. Sebelum kedatangan Islam, kulit gendang Nobat diperbuat daripada
Kulit Perut Orang Perempuan Mengandung Sulung. Kini, ia diperbuat daripada kayu keras dan
kulitnya daripada kulit kambing.

Alat Muzik

Ensembel Nobat yang asas yang digunakan di setiap istana raja Melayu adalah serupa
walaupun terdapat perbezaan dari segi saiz antara negeri ke negeri dari masa ke semasa .

Alat muzik Nobat yang selalu dimainkan adalah terdiri daripada :

i) 2 gendang Nobat yang biasa dikenali sebagai Gendang Nyennyalu.


ii) Nafiri(mirip sebuah clarinet panjang) yang digunakan dalam memulakan sesuatu lagu
Nobat.
iii) Gendang Nengkara(Drum besar) iaitu gendang pemimpin.
iv) Serunai(seruling) iaitu alat yang mengiringi lagu-lagu yang dimainkan.
v) Gendang Peningkah iaitu gendang yang memasuki irama didalam sesuatu lagu.

Dalam kebanyakkan alat-alat nobat yang digunakan, Gendang Nobat adalah yang
paling dihormati. Ia menduduki tempat yang tertinggi dan digunakan untuk upacara Di Raja
sahaja. Peralatan ini juga terdiri daripada sebatang baton yang dipanggil Maha Guru, dimana ia
menjadi Konduksi utama atau Kalur Besar.

Peralatan Nobat Negeri Selangor pula terdiri daripada Serunai, Nafiri, Lengkara atau
Mengkara dengan dua ranting rotan atau menggara serta dua dram dengan dua ranting rotan.
Ciri-ciri Muzik
Melodi
Berasaskan pelbagai skel iaitu pentatonik dan heptatonik. Baris melodi biasanya
bergerak secara bertingkat dan dihentikan sehingga lagu tamat. Bari melodi juga panjang dan
tidak putus dihasilkan dengan cara pernafasan yang berterusan .

Tekstur
Ia mempunyai tekstur polifonik ( tekstur berlapis ) dengan lapisan melodi yang dihasilkan
oleh pemain serunai ,lapisan rentak yang dihasilkan oleh gendang nobat/genang anak dan
negkara.

Irama
Terdapat penggunaan heterometer dalam lagu Nobat. Pada umumnya Muzik nobat
mengutamakan tempo perlahan dan rentak yang tetap dan jelas.

Persembahan
Nobat dimainkan oleh lima orang pemain yang dipilih dengan teliti berdasarkan
keturunan yang mempunyai hak keistimewaan iaitu mereka yang berketurunan Orang-orang
Kalur. Ketua Nobat diberi gelaran Toh Setia Guna dan pembantunya bergelar Toh Setia Indera.
Untuk Nobat Di Raja Perak , hanya lima daripada sembilan alat digunakan. Mengikut adat
istiadat Negeri Perak, tiada Sultan yang boleh dianggap berdaulat sehingga ia ditabal dengan
diiringi bunyian Nobat. Nobat berhenti dimainkan apabila masuk waktu solat fardu dan sebelum
masuk waktu solat jumaat.

Lagu-lagu nobat
Terdapat enam belas buah lagu Nobat. Antaranya seperti Lagu Iskandar, Gendang
Berangkat, Ibrahim Khalilullah, Dang Gendang, Jong Beralih, Gendang Perang, Tab Nobat,
Nobat Raja , Nobat Suboh, Nobat Khamis, Nobat Tabal, lagu Puteri Mandi Mayang dan
sebagainya. Nobat Suboh , Nobat Khamis dan Nobat Raja hanya boleh dimainkan disebelah
pagi dan petang manakala Nobat Tabal dimainkan semasa pertabalan dan permakaman
jenazah. Lagu Puteri Mandi Mayang pula dimainkan semasa menyambut ketibaan bulan
Ramadhan tiga petang berturut-turut iaitu pada petang 28,29 dan 30 haribulan dalam bulan
Sya’ban pada setiap tahun.

Semasa upacara pertabalan, 3 buah lagu dimainkan iaitu ketika:


Raja Berangkat (ketika Yang Dipertuan Agong masuk ke balairong Seri sebelum pertabalan.
Raja Bertabal (Raja Takhta) iaitu Dokumen Sumpahan Diraja dibacakan .
Raja Berangkat(dimainkan sekali lagi selepas pertabalan) ketika Raja meninggalkan Balairong
Seri.
Sehingga hari ini, Nobat adalah salah sebuah ensemble muzik tradisional yang masih lagi
dimainkan di beberapa buah negeri dan merupakan alat kebesaran Di Raja yang paling penting
dalam istiadat-istiadat tertentu.
Ensembel Muzik Klasik India (Karnatak)
Asal-usul
Muzik Klasik India (Karnatak), terkenal di bahagian selatan India. Muzik Karnatak ialah
muzik tradisional yang cuba mengekalkan tradisi sendiri. Terdapat sedikit sahaja pengaruh dari
barat daripada segi penggunaan alat iaitu violin. Ia tidak banyak diubahsuai, dengan itu ia tetap
mempunyai keasliannya yang tersendiri. Muzik klasik India kuno berasal daripada kebudayaan
Hindu.
Pada awalnya, ia terdiri daripada Chanta dan lagu suci berasaskan kepada kitab ‘Natya
Sastera’ oleh pengarang Bharata pada abad ke 2 (200 SM). Kitab ini menjadi panduan utama
muzik klasik India kerana di dalamnya mengandungi semua konsep dan istilah penting dalam
seni persembahan muzik klasik India. Naskah ini ditulis dalam bahasa Sanskrit. Ia telah
berkembang di selatan India selepas abad ke 12 dan kedatangan orang-orang Islam dari utara
India. Muzik klasik Karnatak telah berkembang di Malaysia dibawa oleh guru-guru muzik dari
India dan diajar kepada penduduk-penduduk tempatan yang berketurunan India.

Ciri-ciri Muzik
Muzik India menggunakan skel melodik untuk menghasilkan ‘Raga’. Irama muziknya
dipanggil ‘Tala ’ atau ‘Tal’. Raga ialah asas penciptaan sesebuah melodi. Ia juga merujuk
kepada skel, rangkai irama dan notasi. Ia mempunyai pertalian dengan mud dan perasan
pendengar dan juga masa-masa tertentu dalam sesuatu hari iaitu mud waktu pagi, petang,
musim-musim dalam setahun, musim panas dan hujan. Dalam Raga terdapat banyak skel
yang dicipta daripada satu skel asas. Skel ini dipanggil ‘Mela’. Setiap skel yang dibina
mempunyai nama tersendiri seperti ‘Bilaval’, ‘Kalyan’, ‘Khamaj’, ‘Bhairav’, ‘Purvi’, Marva’, ‘Kafi’,
Asavariu’, Bhairavi’ dan ‘ Tori’.

Alat Muzik
violin tambura
venu, bansuri
gottuvadyam nagasvaram
kanjira mrdanga
vina ghatam
Dalam muzik Karnatak, peranan alat-alat muziknya adalah mengikut bahagian –bahagian
tertentu iaitu bahagian melodi utama, bahagian melodi yang kedua penting, bahagian rentak
dan bahagian dron.

Fungsi
Pada peringkat awal, muzik Karnatak digunakan dalam upacara keagamaan. Kini ia
merupakan muzik komersial untuk hiburan yang dipersembahkan dalam bentuk orkestra seperti
persembahan kebudayaan muzik klasik India, perfileman dan juga untuk hiburan umum melalui
media televisyen, radio dan persembahan tarian kebudayaan.
RUJUKAN:
Broughton,Simon. World Music, London. The Rough Guide Ltd, 1995.
“Elvis”, “Elvis Presley” and “Graceland” are Registered Trademarks of
Elvis Presley Enterprises, HYPERLINK "mailto:Inc.@1996" Inc.@1996 E.P.E.,Inc.
Tan Sooi Beng,Muzik Malaysia: Tradisi Klasik Rakyat dan Sinkretik.
Laura Kuhn, Baker’s Student Encyclopedia of Music, 1999 by Schirmer
Books, New York.
Roger Kamian, Music and Appreciation, McGraw-Hill Companies.
Elizabeth May, Musics of Many Cultures, University of California Press, Berkeley,
London.
Oxford Music Dictionary, Camian, Roger, Music Appreciation.
The Harper Collins Dictionary Of Music(Second Edition).Copyright@1972
http://www.history-of-rock.com/vti-bin/shtml:dll/elvis_presley.htm/map
Bahan Rujukan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran
Malaysia.

PAGE

PAGE 16

PAGE

Anda mungkin juga menyukai