Anda di halaman 1dari 26

Jati Diri Dalam Busana Melayu Tradisional

Oleh
Theresia Avila Francis
Pendahuluan
Jati menurut penjelasan Tengku Lukman Sinar ( 1998:3 ) dalam
karyanya Jati Diri Melayu bermaksud asli, murni, dan tidak bercampur. Jati
diri membawa maksud identiti yang memisahkan suatu peribadi dengan
peribadi yang lain. Jati merujuk kepada ciri-ciri sejati yang dimiliki oleh
seseorang yang bukan sahaja terlihat secara lahiriah, tetapi termasuk juga
nilai-nilai yang menjadi pegangan seseorang individu. Negara Malaysia boleh
dikatakan amat unik dan menarik kerana rakyatnya yang berbilang kaum dan
agama. Negara Malaysia yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum sudah
tentu juga mempunyai pelbagai jati diri. Misalnya, orang Melayu mempunyai
tiga jati diri iaitu jati diri sebagai orang Melayu, jati diri sebagai rakyat
Malaysia, dan jati diri sebagai penganut agama Islam.
Dalam buku terbitan Busana Melayu Johor hasil karya Siti Zainon
Ismail ( 1997 : iv ), busana yang berasal daripada bahasa Jawa-Sanskrit yang
bererti

berpakaian

dipandang.

lengkap

dengan

perhiasan

sempurna

dan

indah

Dalam konteks tradisi orang Melayu, estetika pakaian cara

Melayu telah dikenali dan diamalkan sejak dahulu lagi. Perkataan ini juga
membawa makna memakai dengan teratur, beretika, bersopan santun dan
gemilang seni dengan adat dan suasana budaya. Busana Melayu tradisional
ini merupakan tradisi agung orang Melayu sejak dahulu lagi. Busana Melayu
Johor, Melaka, Kelantan, dan sebagainya memaparkan keaslian dan

ketimuran orang Melayu dalam mengenakan pakaian tradisi tersebut dengan


cara tersendiri.
Menurut Ensiklopedia Sejarah Melayu dan Kebudayaan Melayu
(1991), Melayu yang bermaksud perjalanan sejarah yang menjadikan nama
Melayu sebagai identiti kelompok yang beragama Islam, berbeza dengan
kelompok yang masih lagi beragama tradisi ( animisme ). Maka identiti Islam
itu juga bersamaan dengan nama Melayu sebagai ciri-ciri kemelayuan.
Kewujudan jati diri dalam busana Melayu amat penting kerana tanpa jati diri
busana yang direka cipta tidak akan bermakna langsung dari segi kewujudan
sejarahnya. Seperti yang kita sedia maklum, busana Melayu tradisional ini
merupakan suatu seni dan karya dalam sejarah warisan negara kita Malaysia.
Pentingnya jati diri dalam busana Melayu juga adalah kerana apabila keduadua elemen ini bersatu semangat ketimuran, kemelayuan dan keaslian orang
Melayu dapat dilihat.
Keindahan dan keunikan rupa bentuk dalam busana menggambarkan
kemahiran tukang tenun menenun kedua-dua benang loseng dan pakaian
yang dicelup membentuk reka corak yang menarik serta sempurna.
Kepadatan

sungkitan

emas

dengan

keamatan

mencolek

motif

memperlihatkan tukang itu begitu teliti, kreatif, selektif dan berpengetahuan


tinggi dalam menghasilkan karya mereka. Hasil kerja tangan tukang-tukang
tradisi menjadi satu karya seni yang bermutu tinggi dan tiada tandingannya
hingga hari ini. Persepsi ini menimbulkan persoalan mengenai karya seni ini
masih mampu bertahan, unik dengan nilai falsafah yang tinggi sebaliknya
meskipun pelbagai kaedah diperkenalkan. Hal ini kerana jati diri kelihatan
pada hasil kerja si pengkarya dan si pemakai yang mencintai karya seni itu.

Jati diri dalam fungsi busana Melayu tradisional


Secara umumnya pakaian atau busana dikaitkan dengan fungsi
penggunaan.

Orang Melayu berpendapat bahawa pakaian mempunyai

peranan yang penting dalam kehidupan.

Terdapat empat fungsi utama

pakaian dan fungsi pertama sebagai pakaian harian yang berperanan sebagai
bahan perlindungan yang berfungsi memelihara anggota badan daripada
sebarang keadaan cuaca, keselamatan, menutup aurat dan menjaga
kehormatan diri. Jika dilihat cara pemakaian pada zaman dahulu, pakaian
orang Melayu sebelum kedatangan Islam ciri-ciri busananya lebih terbuka dan
kurang enak dipandang.

Namun, selepas budaya Islam menerajui Alam

Melayu ciri-ciri busana atau pakaian orang Melayu juga turut berubah.
Kedatangan Islam bukan sahaja membawa perubahan dari segi pemakaian
tetapi dari segi sikap orang Melayu juga turut berubah. Orang Melayu lebih
menampakkan nilai jati diri mereka, iaitu harga diri, kehormatan diri,
kesopanan dan kekemasan. Contohnya busana sebelum Islam ialah kain
sarung yang tidak dicantum dan dijahit, kain tersebut hanya dibelit di keliling
dada dengan cara kemban. Busana itu kemudian berubah dengan ciri-ciri
yang lebih sopan dan sedap mata memandang selepas kedatangan Islam,
misalnya baju kurung Teluk Belanga yang dihasilkan.
Fungsi yang kedua adalah sebagai simbol status yang membezakan
taraf kedudukan seseorang. Perbezaan ini dapat dilihat daripada aspek reka
bentuk pakaian, fabrik yang digunakan, ragam hias, cara pemakaiannya, dan
warna aksesori. Busana pada zaman dahulu mempunyai nilai simbolisme
dan jati diri orang Melayu yang berbeza berbanding kini. Busana kerabat
diraja

dapat

dilihat

nilai

jati

dirinya

melalui

cara

si

pemakai

mempersembahkan lagak gaya dan tingkah laku semasa memakai pakaian


yang menunjukkan si pemakai amat berbangga dengan busana yang
dikenakan pada tubuhnya. Melalui pemerhatian penulis mengenai fungsi ini,
penulis dapat melihat jati diri pada si pemakai yang merupakan seorang yang
berstatus tinggi.

Maknanya jati diri yang ada dalam diri si pemakai ialah

seorang yang berkepimpinan, bijaksana, bermaruah dan berhemah tinggi.


Fungsi seterusnya ialah sebagai barang pemberian atau hadiah yang
dianugerahkan kepada sultan atas jasa baktinya

terhadap istana atau

kerajaan. Setiap busana yang direka bentuk mempunyai makna yang tersirat
dan isi tersirat itu mempunyai kepentingan yang amat dititikberatkan oleh
pencipta busana tersebut. Kepentingan dan isi tersirat yang dimaksudkan
adalah berkenaan dengan peribadi individu seseorang.

Contohnya, si

penerima yang menerima busana sebagai hadiah daripada sultan atas jasa
baktinya menunjukkan orang itu merupakan seorang yang mempunyai hati
yang berjiwa taat dan patuh pada arahan ketuanya.

Busana yang

disimbolkan sebagai anugerah menjelaskan jati diri si penerima adalah


seorang yang gagah, bijaksana, berani dan taat pada perintah sultan.
Menurut Hashim Haji Musa ( 1997:9 ), peribadi yang mempunyai nilai diri
yang sebenar, hakiki

dan falsafah pemikirannya dalam busana yang

dipakaikan pada tubuhnya. Apabila falsafahnya mengatakan bahawa busana


yang dihasilkan melalui dalam diri dengan kaitan alam dan Tuhan bermakna
itu mencerminkan sifat individu tersebut 1.

Fungsi yang keempat adalah sebagai peralatan adat khususnya kain


1

Dipetik daripada http://www.ujanailmu.com.my/pd_busana_Melayu_cfm/25/8/2007

sarung yang sering digunakan dalam upacara-upacara tertentu seperti


dijadikan sebagai pengalas jampi mantera, melenggang perut, upacara
bersunat dan sebagainya. Secara umumnya kain sarung yang merupakan
busana pertama di Alam Melayu juga mempunyai banyak kepentingan dari
seri kegunaanya. Orang Melayu yang mementingkan adat dan kepercayaan
yang dianuti amat sinonim dengan penggunaan kain tradisional yang
dibentuknya. Setiap motif, simbolisme, warna dan bentuk rekaanya
merupakan nilai esestika dan moral orang Melayu. Sebagai contoh, dalam
upacara bersunat bukan yang disunat sahaja yang memakai kain sarung
tersebut malah turut dipakai oleh si penyunat. Ini menunjukkan sifat orang
Melayu yang tetap berpegang pada adat dan ajaran Nabi Muhammad yang
dalam al-Quran. Kesimpulan yang penulis dapat melalui fungsi busana ini
ialah orang Melayu mengamalkan sikap berpegang pada adat dan
kepercayaan. Moralnya adalah lebih berbentuk kewajipan sebagai seorang
penganut agam Islam.

Ciri-ciri busana Melayu dan jati diri

Pengertian pakaian atau busana pada asasnya terlalu luas iaitu melibatkan
elemen-elemen yang berkaitan dengan perletakannya atau pemakainya pada manamana bahagian anggota badan manusia sama ada secara zahir atau lahiriah. Secara
amnya, definisi pakaian atau busana dapat ditakrifkan dalam dua maksud yang
berlainan iaitu secara fizikal ( luaran ) yang melibatkan material dan keduanya pula
lebih bersifat kerohanian ( non-material ) yang bersangkutan dengan amalan,
kepercayaan, budaya tradisi dan pegangan. Terdapat empat ciri-ciri busana Melayu

yang dikaitkan dengan penciptaan busana oleh orang Melayu sendiri, iaitu dipengaruhi
iklim, pengaruh masyarakat, budaya dan agama, mempunyai reka corak, ragam hias,
sulaman yang menarik serta penggunaan bahan semula jadi.
Keadaan tempat yang berbeza menyebabkan pakaian yang dihasilkan juga
berbeza-beza.

Iklim memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi reka

bentuk pakaian Melayu yang kebanyakannya pakaian orang Melayu tidaklah terlalu
tebal atau nipis, bentuknya lebih besar dan longgar. Jika dibandingkan dengan pakaian
yang berada di kawasan yang sejuk, pakaian mereka lebih tebal dan besar dan
kadang-kala reka bentuk pakaian mereka juga akan diubah mengikut musim. Fabrik
yang digunakan adalah daripada bahan yang menyerap peluh dan dihasilkan daripada
tenunan Melayu sendiri yang diberi warna dan corak berdasarkan nilai-nilai esetika.
Orang Melayu yang mempunyai jati diri yang rajin berkerja memerlukan pakaian yang
sesuai untuk dipakai semasa berkerja dan dalam keadaan cuaca yang agak panas
sudah tentu memerlukan busana yang boleh menjadi pelindung kepada tubuhnya.
Melalui pemerhatian penulis, kesimpulan yang dapat dibuat ialah jati diri orang Melayu
dapat dilihat dari segi cara mereka menggunakan pakaian mereka sehingga lesuh.
Cuaca yang panas terik membuatkan pakaian yang disarungkan dalam badan mereka
menjadi lesuh menunjukkan sifat kerajinan, kegigihan, kesabaran dan ketabahan orang
Melayu yang sentiasa berusaha untuk menampung hidup mereka.
Pengaruh masyarakat, budaya dan agama merupakan pengaruh terbesar dalam
menentukan reka bentuk busana Melayu tersebut.

Pada hakikatnya, rekabentuk

pakaian tradisional lebih banyak dipengaruhi oleh adat yang menjadi pegangan orang
Melayu sendiri. Reka bentuk busana lebih sopan, manakala warna dan motif yang
digunakan mempunyai makna yang sebaliknya dan dari segi aspek agama menjadi
tuntutan Islam yang mewajibkan umatnya menutup aurat. Di sini dapat dilihat sifat

orang Melayu yang berbudaya sopan-santun, lemah-lembut dan peramah melalui cara
mereka berpakaian. Penulis dapat melihat bahawa orang Melayu amat menitikberatkan
amalan budaya bersopan-santun dan mulia dalam diri mereka walaupun dari segi
berpakaian. Orang Melayu lebih menekankan cara pemakaian adalah berdasarkan
Islam.
Ciri seterusnya ialah mempunyai reka corak, ragam hiasan, sulaman yang
menarik dan terdapat hasil kerja tangan yang halus serta teliti yang mempunyai unsurunsur simbolisme. Setiap corak dan ragam hiasan yang direka mempunyai maksud
tertentu.

Maksud corak dan ragam hias yang direka adalah berkenaan dengan

orang Melayu yang mengambil motif corak dan ragam hias berdasarkan naluri mereka
terhadap alam ciptaan Tuhan. Menariknya ialah keindahan serta keunikannya bukan
sahaja terletak pada mata memandang malah mempunyai unsur-unsur simbolisme
yang tersirat sama ada dari segi reka bentuk, warna, cara pemakaiannya, corak dan
motif yang digunakan. Jika dilihat setiap reka corak dan ragam hiasan memaparkan
kehalusan kerja tangan tukang tenun yang berhempas pulas untuk membentuk setiap
hiasan yang ditenunnya. Maknanya kelembutan jiwa, kesabaran dan keteguhan kerja
tangannya meliputi setiap corak dan ragam hiasan yang terdapat dalam busana.
Melalui hasil kerja tangan itu sudah dapat dilihat jati diri seseorang itu dalam
penghasilan busana dan jati diri tidak hanya dilihat pada badan si pemakai sahaja
tetapi juga dalam setiap orang.

Pernyataan ini ditegaskan oleh pengkaji busana

Melayu, iaitu Siti Zainon Ismail ( 2006 :19 ) dalam karangannya Pakaian Cara Melayu.

Pemilihan warna dan jati diri dalam busana Melayu

Warna merupakan unsur yang turut diberi perhatian dalam menghasilkan busana
yang lengkap, menawan dan indah.

Pemilihan warna yang sesuai bukan sahaja

berdasarkan pada keindahan yang ditampilkan malah dapat menggambarkan maksud


tertentu. Nakula ( 1993 : 5 ), mengertikan warna dengan lambang-lambang ketuhanan
dan proses yang wujud dalam alam kecil dan alam besar. Hal ini dapat dibuktikan
melalui kajian Maziah Ab. Rashid.

Orang Melayu yang mencintai warna alam

mempunyai nilai jati diri yang kuat terhadap ciptaan Tuhan. Seni itu abstrak dan orang
Melayu menilainya bukan secara fizikal tetapi secara dalaman.

Setiap warna

mempunyai maksud dan maksud itu amat berkait rapat dengan jati diri orang Melayu.
Warna bukan setakat berperanan sebagai pelengkap kecantikan busana tetapi turut
memainkan peranan dalam kehidupan seorang manusia. Terdapat beberapa warna
yang dipilih oleh orang Melayu dan setiap maksud warna itu telah menjadi simbol orang
Melayu dalam jati diri mereka. Antaranya hitam, biru, merah, hijau, putih, dan kuning.
Warna hitam merupakan warna pakaian bagi para pahlawan, hulubalang, dan
dubalang pada masa dahulu. Hitam yang membawa maksud melambangkan semangat
kepahlawanan dan semangat juang yang kental seperti hitam pekat yang tidak boleh
dilenturkan.

Warna ini menjadi pilihan orang Melayu untuk pahlawan dan para

pendekar kerana kepekatan warnanya yang kental dan tidak mudah lentur. Misalnya,
sebagai seorang pahlawan yang sejati haruslah mempunyai jati diri yang kental, kuat
dan tidak mudah dilenturkan dari dalam dirinya. Warna biru pula melambangkan
perpaduan dan kekuatan. Warna busana ini biasanya dipakai oleh para panglima pada
zaman dahulu dalam cerita kehidupan orang Melayu. Namun begitu warna ini tidak
begitu jelas kegunaanya dalam kajian. Walau bagaimanapun, warna biru tetap menjadi
lambang dalam kehidupan orang Melayu.

Warna biru juga membawa maksud

kelembutan kerana warnanya seperti langit biru dan laut biru yang terdapat di sekeliling
mereka.

Warna ini juga sinonim dengan keperibadian orang Melayu yang bersifat

lemah-lembut dan kaya dengan budi bahasa yang tinggi.

Adab sopan-santun

merupakan adat orang Melayu yang paling utama bagi orang Melayu.
Warna lain iaitu warna hijau yang merupakan warna yang paling digemari oleh
orang Melayu. Warna ini menjadi kegemaran orang Melayu kerana melambangkan
kedamaian dan ketenangan. Selain itu, warna ini menjadi membawa maksud jiwa yang
tenang dan lembut. Warna busana ini dipakai oleh golongan Datuk Bendahara dan
golongan ini berpendapat bahawa warna ini membawa tanda tuah bagi mereka. Putih
pula melambangkan kesucian dan kebersihan. Abdullah Yusuf Ali ( 1983 :15 ), Dalam
Islam putih itu adalah suci, suci seperti air yang bersih yang tidak ada kotoran atau
cemar. Seseorang yang mempunyai sifat peribadi yang mulia dan tulus imannya ialah
orang yang hatinya bersih dari segala noda, dosa dan suci akhlaknya .

Sifat ini

terdapat dalam diri orang Melayu yang amat taat kepada ajaran-Nya. Biasanya busana
yang berwarna putih ini dipakai oleh para alim ulama atau dipakai oleh patih.
Pernah dikatakan, orang Melayu sangat suka pada warna merah. Kesimpulan
ini tidak menghairankan kerana kain dan busana yang berwarna merah sering disebut
dalam hikayat lama dan istilah yang digunakan ialah kesumba atau merah kesumba.
Merah

yang

melambangkan

bermaksud
jati

diri

keberanian,
orang

kegagahan,

Melayu

yang

ketangkasan

amat

dan

mementingkan

kekuatan
semangat

kepahlawanan. Kuning ialah warna diraja maka ia juga dikenali sebagai kuning raja.
Kuning dan putih lazimnya dipakai untuk persalinan diraja sehingga hari ini. Warna ini
melambangkan kedaulatan, kemakmuran dan kesetiaan kepada raja dan negara.
Busana yang berwarna kuning ini biasanya menjadi anugerah pemberian daripada raja
atas jasa baktinya kepada negara serta raja.

Terdapat beberapa contoh yang dapat membezakan status si pemakai terutama


pada kaum perempuan itu sendiri, iaitu dari segi warna baju kurung yang dipakai di
Pulau Bangka.

Misalnya, warna merah tua, menggambarkan bahawa status

perempuan itu masih gadis atau perawan atau masih anak dara. Warna ungu terung
pula, menggambarkan bahawa status perempuan itu sudah berkeluarga dan memiliki
anak satu atau dua orang. Bagi warna biru muda, menggambarkan bahawa status
perempuan itu sudah berumur sekitar enam puluh tahun. Warna biru tua,
menggambarkan bahawa status perempuan itu sudah berumur sekitar enam puluh
tahun ke atas dan tergolong sudah manula ( manusia yang telah lanjut usia ). Kini baju
teluk belanga dan baju kurung panjang digunakan untuk menari dan dominan warna
yang dipakai ialah warna ungu terung yang juga merupakan warna tradisional yang
amat disukai oleh masyarakat Bangka.

Pemakaian busana ini terlalu luas di Alam

Melayu dan kepelbagaian ini memperluaskan lagi keindahan seni busana.

Jati diri dalam bentuk busana Melayu tradisional

Para pengkaji sejarah, para budayawan dan pekerja seni Melayu telah
mengenali baju Melayu sejak abad ke-17 yang telah menjadi pakaian orang-orang
Melayu. Menurut Ibnu Hadjar Emha ( 2004 : 47 ),2 Bentuknya sangat sederhana,
yang pada mulanya berbentuk agak ketat, lengan hanya separuh tangan, manakala
seluarnya agak ketat. Pelengkapan lainnya di pinggang, dililitkan dengan selembar
kain serta di kepala kain destar yang dibentuk seperti kerucut dan pada bahagian
belakangnya diikatkan; adakalanya agak pendek dan panjang hingga ke batas bahu .
Walau bagaimanapun, menurut catatan Sejarah Melayu, baju yang bentuknya ketat
baik untuk kaum lelaki mahupun untuk perempuan dilakukan perubahan dengan bentuk
2

Beliau adalah budayawan Melayu dan pereka tari terkenal di Kepulauan Bangka

10

yang dilonggarkan.
Reka bentuk pakaian lelaki dan wanita diubahsuai menjadi lebih longgar dan
besar bersesuaian dengan tuntutan agama serta sifat-sifat kesopanan orang Melayu.
Reka bentuk busana diubahsuai menjadi lebih praktikal iaitu lebih memudahkan
pergerakan serta tidak merimaskan apabila melakukan kerja-kerja harian seperti
berkerja di sawah atau ladang, memasak, merentas belantara hutan dan sebagainya.
Sebagai contoh, bagi mereka yang berkerja sebagai petani biasanya memakai busana
kain sarung dan baju Melayu tidak kira lelaki atau perempuan, pakaian Melayu seperti
itu sangatlah mudah dan tidak menghalang pergerakan untuk mereka membajak sawah
dan merumput. Jati diri yang ditunjukkan oleh orang Melayu ialah kerajinan, keteguhan,
kesabaran, berdedikasi dan kegigihan yang dapat dilihat melalui cara mereka
menggunakan pakaian mereka seharian.
Busana yang telah diubahsuai reka bentuknya seperti baju Teluk Belanga yang
mana lengan bajunya dipanjangkan sehingga sebatas mata tangan atau pergelangan
tangan, seluarnya dipanjangkan hingga sebatas mata kaki dan bentuk lehernya tidak
mengalami sebarang perubahan. Kancing butang pada baju Melayu tersebut yang
hanya menggunakan sebuah kancing sahaja iaitu pada bahagian atas sehingga bentuk
bajunya terbuka semua di bahagian depannya dan yang hanya terbuka pada bahagian
atas sahaja 3. Pengubahsuaian ini nampaknya lebih sesuai dengan penampilan orang
Melayu yang terurus sifat budi pekertinya yang sopan dan beradab. Contoh busana
yang telah diubahsuai rekanya, iaitu baju kebaya, walaupun labuh hingga ke buku kaki
lima namun ia dapat dipakai dengan selesa kerana bahagian hadapannya terbuka dan
dikenakan kerongsang hingga ke paras pinggang sahaja. Bentuknya labuh memberi
ruang kepada udara untuk keluar masuk untuk menjadikanya tidak berpeluh dan selesa
dipakai. Reka bentuknya yang panjang dan labuh juga dapat membantu si pemakai
3

Dipetik daripada http://www.ujanailmu.com.my/pd_busana_Melayu_cfm/25/8/2007

11

menutup aurat dan melindungi tubuhnya dari terdedah dari dosa. Ternyata bentuknya
lebih menarik dan agak tertutup sesuai untuk dipakai oleh orang Melayu yang
beragama Islam. Reka bentuk ini menjadikan orang Melayu sebagai seorang yang
yang mementingkan kesempurnaan dalam keperluan dirinya.

Terutamanya untuk

membentuk peribadi dirinya sebagai seorang yang mempunyai harga diri dan
bermaruah. Menurut falsafah Ibrahim Abu Bakar ( 1994:7 ), Manusia harus mencintai
dan menyayangi diri mereka kerana tubuh mereka adalah milik Tuhan yang harus
diperlihara dan dijaga dengan sebaik-baiknya . Pernyataan ini menjelaskan tentang
pegangan orang Melayu dalam Islam yang diamanatkan untuk menjaga tubuh mereka
dengan baik kerana mereka adalah milik Tuhan yang Maha Esa.
Kesimpulannya, reka bentuk busana Melayu dipengaruhi oleh beberapa faktor
dalam setiap perubahan pada busana tersebut. Antara faktornya adalah ditentukan oleh
jenis-jenis tenunan dan sifat-sifat kain tersebut, saiz dan reka corak kain menentukan
pola reka bentuk pakaian Melayu. Faktor lain pula ialah faktor agama, adat budaya,
status kedudukan dan pengaruh luaran.

Faktor agama merupakan penyumbang

terbesar dalam mencorakkan seni busana dan persalinan orang Melayu.

Sebelum

kedatangan Islam, corak pemakaian orang Melayu adalah ringkas dan mendedahkan
aurat yang banyak dipengaruhi oleh Srivijaya dan Siam.

Sebaliknya, selepas

kemasukan agam Islam, orang Melayu mulai memakai pakaian yang lebih sopan
dengan reka bentuk yang lebih longgar, labuh dan tidak mendedahkan aurat.
Kedatangan Islam ini banyak mempengaruhi corak pemakaian orang Melayu dalam
semua aspek seperti penggunaan motif dan reka bentuk. Penulis berpendapat bahawa
faktor-faktor ini telah membawa orang Melayu untuk membentuk diri mereka supaya
memilih corak pemakaian yang sesuai dengan sifat diri mereka. Jati diri yang terbentuk
dalam diri orang Melayu melalui perubahan tersebut ialah kepekaan situasi.

12

Prinsip-prinsip dalam pembentukan motif busana Melayu

Pada zaman dahulu, penenun-penenun menggunakan daya imaginasi dalam


membentuk reka corak yang dikehendaki berilhamkan motif-motif flora dan fauna,
misalnya bunga teratai, bunga pitis, bunga cengkih dan sebagainya.

Zakaria Ali

(1989:4), mengemukakan enam prinsip estetika Melayu iaitu halus, berguna, bersatu,
berlawanan, berlambang dan bermakna. Elemen-elemen ini tidak dapat dipisahkan
dalam seni busana Melayu yang bertindak sebagai bahasa penyampai yang dapat
menghuraikan adat budaya masyarakat Melayu. Gabungan prinsip-prinsip estetika ini
telah menghasilkan keseimbangan dan keharmonian dalam mereka cipta pakaian
Melayu.
Prinsip yang pertama ialah halus yang mana dikaitkan dengan kehalusan objekobjek seni Melayu tradisi hasil pengamatan dan imbangan seniman Melayu melahirkan
karya dengan begitu harmoni, terkawal, cantik yang menimbulkan emosi pada orang
yang melihatnya. Keseimbangan dan keharmonian yang bergabung antara motif, warna
dan perletakannya. Motif-motif disusun dan ditenun dengan teliti serta terperinci tanpa
cacat cela yang mampu melahirkan hasil tenunan pakaian yang lengkap yang bukan
sekadar cantik dipandang tetapi halus dipakai dengan reka bentuknya yang
bersesuaian dengan pergerakan.

Reka corak motif ini dicipta sebagai sebahagian

daripada keseluruhan seperti boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang menunjukkan
sifat perkongsian. Prinsip ini lebih menekankan tentang kehalusan dan kelembutan
orang Melayu dalam mencipta busana yang menarik untuk dipakai dan dipandang.
Moral yang boleh dilihat ialah kecermatan dan kesabaran yang ada dalam diri si
pencipta yang amat fokus dalam hasil kerjanya untuk mencipta busana.

13

Unity atau kesatuan yang merupakan prinsip pembentukan motif busana juga
adalah penting.

Tiap-tiap bahagian berharmoni dan kena pada tempatnya secara

keseluruhan ada mula dan akhirnya. Contoh, corak-corak motif yang dihasilkan adalah
lebih lengkap dan bersatu yang mana wujudnya integrasi di antara unit-unit yang
diciptakan iaitu dari sekuntum bungaan ke serumpun, sehelai daun ke sepohon.
Susunan motifnya ialah harmoni dan berkeliaran tanpa arah tetapi dapat berpaut pada
satu kesatuan. Hasil-hasil tenunan yang dicipta memberi gambaran bahawa penenunpenenun atau pembatik pada masa dahulu amat selektif dan teliti dalam meletak,
menyusun dan mengatur motif serta komposisi pada hasil ciptaan mereka. Selain itu,
elemen perlambangan juga terpapar dalam pakaian lama orang Melayu yang
membawa maksud adanya kesatuan dan perpaduan dalam diri orang Melayu. Penulis
membuat kesimpulan bahawa mereka mempunyai semangat jati diri yang dalamnya
teguh dan luaran pula lembut.
Lambang memainkan peranan penting dalam seni busana Melayu kerana
berupa penyatuan antara isi dan bentuk yang mempunyai nilainya yang tersendiri dari
segi reka bentuk dan falsafahnya. Dari segi reka bentuk pakaian ini ialah hasil stailisasi
bida-bida yang terdapat dari sekelilinginya. Contoh yang nyata ialah penggunaan motif
pucuk rebung yang dipamerkan dalam bentuk dua dimensi yang terdapat pada
bahagian kepala kain sarung. Dari sudut falsafahnya pucuk rebung mempunyai hubung
kait dengan pepatah Melayu yang berbunyi kalau hendak melentur buluh biarlah dari
rebungnya , yang membawa maksud jika hendak membentuk anak-anak biarlah ketika
mereka masih kecil. Di sinilah terletaknya keunikan tekstil Melayu yang mempunyai
falsafah dan rahsia yang tersirat.

Tukang-tukang tenun atau tukang jahit juga

merupakan seniman agung Melayu yang berkarya dengan menggunakan benang yang
diolah dalam seni busana Melayu. Oleh hal yang demikian, hasil kerja tangan ini turut

14

mempunyai mesej yang hendak disampaikan melalui penggunaan motif, warna dan
cara pakai. Mesej yang hendak disampaikan melalui prinsip pembentukan motif ini
adalah mengenai cara orang Melayu yang membentuk jati diri anak-anak mereka untuk
menjadi seorang yang berguna.

Bertanggungjawab, kasih sayang dan berdedikasi

ialah sifat jati diri mereka yang dapat dilihat melalui cara mereka membentuk anak-anak
mereka.

Motif flora dan fauna dan jati diri

Pada keseluruhannya, keunikan dan kehalusan seni busana tradisional terletak


pada ragam hiasnya yang tertumpu kepada penggabungan antara warna dengan motif
yang sesuai. Seniman pada masa dahulu lebih efektif dalam memilih motif kerana ia
sering dikaitkan dengan adat budaya dan kepercayaan masyarakat pada masa itu.
Pada hakikatnya di sebalik keindahan motif yang diolah pada busana ini ada makna
yang tersirat yang ingin disampaikan.

Antara ragam hias yang dipaparkan adalah

bersifat falsafah yang berkaitan dengan keindahan sifat-sifat Allah, yang penuh rahsia
yakini. Munculnya dari alam yang indah sesuai dengan sifat Allah yang indah dan amat
mencintai keindahan.

Hal ini turut menjadi satu panduan bagi orang Melayu yang

menimbulkan teknik-teknik seni busana ini pada setiap penciptaan pakaian tradisional.
Sebagai contoh, perolahan motif flora dan fauna yang terdapat pada kain batik
atau songket pada busana Melayu. Walaupun ia berupa bunga-bungaan, daun-daunan
dan dahan-dahan bersama batang-batang atau sekuntum bunga sahaja, tetapi ia juga
mempunyai maksud di sebaliknya. Setiap makna motif tersebut sangat berkait rapat
dengan rahsia zat Allah dan sifatnya yang disebut Buih Alam yang menjadi titik
pada keindahan Allah. Ternyata orang Melayu amat mementingkan kesempurnaan dan

15

nilai yang harus ada pada pakaian mereka untuk membentuk dan memelihara tubuh
mereka daripada cemar dosa dengan memberi maksud setiap motif yang diilustrasikan
dalam busana.
Motif pucuk rebung adalah di antara motif yang paling terkenal dalam ragam hias
di Alam Melayu. Motif ini biasanya ditempatkan di bahagian kepala kain dan kaki kain.
Motif ini merupakan citra gunung yang turut mempunyai makna simbolik, dan estetika
yang khusus di wilayah budaya Melayu. Orang Melayu yang mengambil simbol ini
menjadikan ia sebagai satu pepatah dalam kehidupan mereka.

Mereka merujuk

kepada setiap objek yang diambil di sekeliling mereka sebagai simbol yang
mencerminkan diri mereka sebagai hamba Tuhan yang amat mengagumi dunia ciptaanNya. Mereka yang cerdik dan tahu menghargai ciptaan Tuhan mengilustrasikan alam
ciptaan dalam bentuk seni dan salah satunya dibuat dalam busana yang direka sendiri
oleh orang Melayu. Sifat mencintai dan menghargai alam merupakan salah satu sifat
yang ada pada orang Melayu. Terbukti apabila corak bunga cengkih dan teratai yang
ditenun dalam songket, kain batik, kain sarung, baju kurung cekak musang dan
sebagainya.
Perkataan awan dalam bahasa Melayu bermaksud gumpalan wap air yang
terapung di angkasa biru. Kehadiran awan dengan segala sifat, warna, serta gerakgerinya yang sentiasa bergolak dan berubah corak begitu mempesona orang Melayu
yang mengungkapkannya dengan bahasa puitis yang indah sebagai awan berarak,
awan berlabuh, mega mendung dan sebagainya. Mega mendung ialah nama suatu
reka corak klasik yang mashyur dalam ragam hias batik Cirebon di Jawa. Motif awan
menjadi pilihan dalam corak busana Melayu kerana sifatnya yang menarik dan pelbagai
sesuai dengan citarasa orang Melayu yang mengagumi keindahan awan semarak.
Corak tersebut biasanya menjadi hiasan pada busana yang mana amat dominan

16

dengan perwatakan orang Melayu yang sentiasa berubah corak peribadi jati dirinya.
Dalam buku-buku yang memperkatakan corak dan motif, reka corak swastika dalam
busana Melayu juga dikenali dengan nama Putus Masa. Sesungguhnya, reka corak
Melayu yang diberi nama awam dan awan larat telah wujud sejak zaman silam dalam
kesenian tamadun tua di Alam Melayu.

Baju kebaya labuh dan baju kurung Riau

Pahang ialah contoh busana yang mempunyai motif corak ini. Jelasnya , awan Melayu
menampung sifat-sifat, rupa bentuk, dan inti pati yang boleh dikesan dan dikenali hari
ini mengandungi ciri-ciri jati diri Melayu yang telah lahir dari zaman ke zaman.

Penutup

Secara keseluruhannya, penulis dapat membuat kesimpulan bahawa konsep

17

falsafah tradisi atas seni budaya Melayu yang berasaskan jati diri adat resam
masyarakat Melayu sebagai panduan dalam usaha mengembangkan konsep
sosiobudaya, khasnya seni busana Melayu baru dalam era globalsasi ini. Ketertiban
dalam peringkat pemerhatian ini adalah rangka memasyarakatkan kefahaman para
pemakai busana terhadap konsep busana Melayu tradisional secara lebih mendalam.
Tanpa usaha yang serius untuk mengaplikasikan kekayaan seni budaya subetnik
Melayu tersebut maka sudah tentu kesatuan jiwa dan rasa tidak boleh wujud dalam
kalangan orang Melayu.

Kreativiti

dalam bentuk inovasi baru yang bersumberkan

konsep busana secara tradisional memang menjadi tuntutan pelbagai aritistik yang
cukup memainkan peranan penting dalam perkembangan fesyen dewasa ini. Namun
keaslian karakter rekaan atau patron dan ornamentasinya tentu mesti tetap
dipertahankan kerana dalam konsep yang berteras keaslian inilah yang terkandung nilai
keperibadian etnik Melayu tidak kira di Malaysia atau di seluruh Nusantara.
Baju kurung teluk belanga, baju kurung cekak musang, baju kebaya labuh,
songket dan sebagainya merupakan beberapa contoh busana yang melambangkan
seni budaya orang Melayu. Kebanyakan busana ini telah dipermodenkan setiap rekaan
serta ragam hiasnya dengan lebih menarik. Busana ini menjadi cermin dalam sejarah
jati diri orang Melayu kerana melalui busana tradisional inilah satu-satunya peninggalan
sejarah untuk mencerminkan siapakah orang Melayu. Orang Melayu boleh dikenali
melalui cara pemakaian busana tradisional yang menjadi kebanggaan orang Melayu.
Sebagai contoh, busana Melayu yang telah menjadi salah satu sumber bersejarah
untuk memperkenalkan seni budaya orang Melayu kepada pelancong-pelancong asing
serta menjadi bahan rujukan kepada pengkaji seni busana yang terdapat di Alam
Melayu. Busana yang disimpan dalam muzium-muzium yang dibina juga mempunyai
tujuan yang sama dalam mengekalkan seni budaya yang amat berharga ini.

18

Sebagaimana yang kita ketahui, busana Melayu mempunyai mutu-mutu dan


nilai-nilai estetika yang amat tinggi. Busana memainkan peranan yang sangat penting
dalam menghidupkan sesuatu cerita di samping membantu merealisasikan penampilan
watak seseorang individu. Sebagai contoh, negeri Terengganu dan Kelantan yang
merupakan negeri terawal menerima Islam melakukan perubahan dari segi corak
pemakaian busananya. Negeri yang terletak di pantai timur ini mempunyai kebudayaan
dan sosiobudaya yang amat tinggi nilai seninya.

Di sini penulis boleh membuat

kesimpulan bahawa walaupun zaman semakin berubah eranya namun seni budaya
tetap menjadi keutamaan dalam membentuk nilai jati diri orang Melayu kerana seni
budaya dan adat resam adalah tunjang akar yang mencerminkan orang Melayu. Seni
busana harus dipelihara agar tidak tenggelam oleh arus globalisasi. Harapan penulis
agar seni busana ini terus berkembang di mata dunia dan kerjasama daripada semua
pihak untuk memelihara seni budaya ini adalah amat penting sekali.

Bibliografi
Abbas Alias. 2003. Pakaian Melayu Sepanjang Zaman.
Bahasa dan Pustaka.

19

Kuala Lumpur.

Dewan

Abdul Latiff Abu Bakar.


Malaysia Melaka.

2004.

Busana Melayu Serumpun.

Melaka.

Institut Seri

Abdullah Yusuf Ali. 1983. The Holy Quran, Text, Translation and Commentaries.
Lahoree: Sy. Muhammad Ashraf.
Azah Aziz. Pakaian Melayu. Sumber : Purba, ( 1993 ) 95-99.
Azah Aziz. 2006. Rupa dan Gaya : Busana Melayu. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ibrahim Abu Bakar ( peny. ), 1994. Spekturm Falsafah Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Maziah Ad. Rashid ( Tesis ). 2005. Kaedah Pembuatan Tekstil dan Pakaian Melayu
Kajian kes : Pantai Timur. Univerisiti Malaya.
Mohd. Yusof Haji Othman. 2000. Jati diri Melayu Abad 21. Source : Simposium Jati
diri Melayu 21. Kuala Lumpur : paper ( 5 )
Ramlah Abas. 2003. Busana Melayu Melaka Warisan Bangsa. Melaka: IKEPS.
Siti Zainon Ismail. 2006. Pakaian cara Melayu. Bangi, Selangor. Penerbit Univerisiti
Kebangsaan Malaysia.
Siti Zainon Ismail. 1997. Busana Melayu Johor. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti
Tengku Lukman Sinar. 1998. Jati Diri Melayu. Source : Pengajian Sastera dan
Sosiobudaya, Melayu memasuki alaf baru, editor Hashim Awang Ar, Zahir Ahmad dan
Zainal Abidin Borhan. Kuala Lumpur. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
( 493-518 ) (iMalaysiana ).
Zakaria Ali. 1989. Seni dan Seniman : Esei-esei Seni Halus. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

20

Zubaidah Shawal.
Antikuiti Malaysia.

1994.

Busana Melayu.

Kuala Lumpur. Jabatan Muzium dan

http://www.ujanailmu.com.my/pd_busana_Melayu_cfm
http://collection.Melayu.online.com/
http://www.utusan.com.my

21

22

23

24

25

26

Anda mungkin juga menyukai