Anda di halaman 1dari 25

Topik X Komunikasi

10

Lisan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini anda seharusnya dapat:
1. Membezakan bentuk-bentuk pengucapan;
2. Menyediakan bahan-bahan daripada beberapa sumber seperti
pengetahuan dan pengalaman sendiri;
3. Mengolah semula bahan yang dikumpul dalam bentuk ucapan
lisan yang dapat menarik perhatian khalayak; dan
4. Menyampaikan ucapan-ucapan yang berbeza mengikut jenis
khalayak dan tajuk dengan berkesan.

G
X

PENGENALAN

Komunikasi lisan memainkan peranan penting untuk berinteraksi antara ahli


dalam masyarakat. Karya-karya sastera, adat istiadat, dan segala hukum-hakam
dihafal dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
Setelah terciptanya tulisan, karya bertulis menggantikan karya lisan. Namun
begitu, bahasa lisan masih memainkan peranan yang penting kerana bahasa lisan
dapat menyampaikan sesuatu maksud dengan lebih berkesan.
Idea-idea dan hujah-hujah bernas yang dikarang dalam bentuk tulisan dalam
sesuatu perbicaraan di mahkamah perlu disampaikan dalam bentuk lisan
dengan tujuan untuk meyakinkan para juri dan hakim. Untuk memberi kesan
yang mendalam, peguam perlu menggunakan kaedah pidato atau perbahasan
dengan petikan-petikan daripada perbendaharaan kata, peribahasa dan

TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

W 219

penggunaan analogi yang dapat menarik perhatian dan memberi kesan kepada
para pendengar. Keberkesanan pendekatan yang digunakan, akan memberi
kesan yang lebih baik.

10.1

BENTUK-BENTUK PENGUCAPAN

Kita selalu mendengar dari khalayak ramai tentang ceramah yang diberikan oleh
tokoh-tokoh. Antaranya, Ceramah yang disampaikan itu menusuk kalbu saya.
Kata-katanya tidak mudah saya lupakan. Komen seperti itu adalah hasil
daripada penyampaian ucapan yang berkesan. Ada pendapat yang mengatakan
bahawa kebolehan berpidato itu adalah kebolehan semula jadi dan tidak semua
orang boleh menyampaikan sesebuah ucapan. Apa pendapat anda?
Sebenarnya, walaupun secara semula jadi ada orang lebih berbakat daripada
orang lain dalam penyampaian komunikasi lisan tetapi hakikatnya ialah semua
orang boleh belajar untuk memperolehi bakat tersebut. Anda boleh
menyampaikan sesuatu ucapan dengan baik sekiranya anda mempelajari dan
melatih diri anda untuk menjadi seorang penceramah yang hebat. Dalam topik
ini, anda akan mengetahui beberapa teknik berkomunikasi secara lisan dengan
berkesan.
Pengucapan-pengucapan lisan dapat kita jeniskan kepada beberapa kategori.
Antara kategori tersebut ialah:
(a)

Ucapan

(b)

Syarahan

(c)

Temu ramah

(d)

Pengacaraan majlis

(e)

Taklimat

(f)

Pidato

(g)

Forum

(h)

Bahas

(i)

Pengendalian mesyuarat

(j)

Ulasan dan komentar

Ucapan komunikasi lisan yang dinyatakan di atas mempunyai ciri-ciri


persamaan yang dikongsi bersama. Dengan mengetahui ciri-ciri tersebut anda
telah bersedia untuk mengambil bahagian dalam semua jenis komunikasi
tersebut. Perbezaan yang terdapat antara jenis-jenis ucapan lisan itu akan

220 X TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

dibincangkan setelah mengetahui ciri-ciri yang terdapat di dalam pengucapan


lisan tersebut.

10.2

CIRI-CIRI PERSAMAAN

Jenis-jenis pengucapan yang dinyatakan di atas walaupun berbeza-berbeza tetapi


mempunyai banyak persamaan. Ciri-ciri yang dikongsi ini boleh menjadi
pedoman kepada anda yang mahu berkomunikasi secara lisan. Persamaannya
akan dibincangkan dalam bahagian-bahagian seterusnya.

10.2.1

Persiapan Rapi

Walaupun komunikasi lisan adalah melalui pengucapan kata-kata tanpa tulisan,


ia masih memerlukan persiapan yang rapi. Persiapan rapi ini memerlukan anda
menulis kata- kata yang hendak anda ucapkan sebagai persediaan supaya tidak
terlupa apa yang ingin diperkatakan. Adakah mungkin anda dapat memberi
ucapan dengan berkesan sekiranya anda tidak membuat persiapan terlebih
dahulu? Persiapan ini bermula dengan mempunyai pengetahuan yang cukup
dalam skop ucapan yang anda akan sampaikan. Pada masa yang sama, anda
juga mesti mempunyai kecekapan berbahasa dalam bahasa yang akan digunakan
dalam komunikasi itu.
Pengetahuan yang mendalam dan luas serta cekap menggunakan bahasa dengan
berkesan adalah hasil daripada pendidikan dan latihan yang panjang. Keduadua faktor tersebut adalah syarat utama sebelum seseorang itu boleh menjadi
jurucakap kepada sesebuah organisasi. Sebelum anda dipilih untuk menjadi
jurucakap anda tentu telah dikenal pasti oleh majikan anda sebagai orang yang
mengetahui semua perkara tentang organisasi anda.
Selain daripada penguasaan dalam kedua-dua perkara yang dinyatakan di atas,
seseorang pemidato dan penceramah yang berjaya harus mempunyai sikap suka
bertanya, suka mendengar, mempunyai kemahiran menganalisis dan berfikiran
kritis. Anda juga perlu mahir dalam menggunakan komputer. Ia adalah alat
yang tidak dapat dipisahkan daripada seseorang yang perlukan maklumat dan
pengetahuan terkini.

TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

10.2.2

W 221

Mencungkil Maklumat

Peter Drucker pernah berkata Maklumat adalah kuasa. Setiap daripada kita

perlu bertanggungjawab memperoleh maklumat kerana maklumat adalah alat


utama bagi melakukan segala-galanya. Oleh itu seseorang pembahas harus
memiliki perbendaharaan maklumat yang boleh pada bila-bila masa dijadikan
hujah-hujah untuk mematahkan pendapat lawannya selain daripada fakta-fakta
kukuh untuk menegakkan pendapatnya sendiri.
Sumber maklumat yang paling penting ialah minda anda sendiri. Minda
berperanan mengumpulkan pelbagai maklumat hasil daripada proses
pembelajaran dan pembacaan sepanjang hayat anda. Bukalah perpustakaan
minda anda dan dapatkan kembali fakta yang anda ingini.
Pengalaman dan pengetahuan peribadi kadangkala tidak cukup. Oleh itu
pelajarilah pengalaman orang lain dengan bertanya dan mewawancara mereka
untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain daripada itu, maklumat
boleh juga diperolehi daripada akhbar, majalah, buku dan ensiklopedia yang
boleh diperolehi di perpustakaan.
Internet juga berperanan sebagai sumber maklumat daripada berjuta-juta laman
web. Awas! Jika anda tidak memfokus kepada pencarian anda, anda mungkin
akan tersasar kepada laman-laman web yang tidak diingini.

10.2.3

Mengetahui Jenis Ucapan

Walaupun dari segi persediaan, keperluannya adalah sama bagi semua jenis
komunikasi lisan tetapi pendekatan penyampaian ucapan adalah berbeza.
Umpamanya perbahasan adalah berbeza daripada penyampaian pidato.
Penyampaian dalam perbahasan memerlukan seseorang pembahas mencari
hujah-hujah yang meyakinkan para pendengar serta menimbulkan kesukaran di
pihak lawan. Pada masa yang sama, pembahas mesti mendengar dengan teliti
hujah-hujah lawannya agar dia dapat mematahkan hujah-hujahnya.
Pidato pula memerlukan kepakaran penyampaian yang berbeza seperti fakta,
rasional dan hujah-hujahnya yang diguna pakai dalam perbahasan. Anda perlu
memberi tumpuan kepada fakta yang ingin dibentangkan dengan menggunakan
kepakaran bahasa bagi memenangi hati pendengar. Antaranya penggunaan
retorik, peribahasa, analogi dan lain-lain. Dalam perbahasan, penyampaian
berpidato boleh digunakan untuk mendapatkan kesan tetapi anda tidak bolehlah
menggunakan kaedah taklimat dalam perbahasan dan pidato.

222 X TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

10.2.4

Memancing Pendengar

Mulakanlah sesuatu ucapan dengan ungkapan-ungkapan yang dapat menarik


perhatian pendengar untuk terus mendengar. Selidikilah terlebih dahulu siapa
yang akan hadir dalam majlis ucapan tersebut. Sekiranya yang mendengar
adalah kaum wanita, pastikan anda menggunakan kisah-kisah positif yang
memberangsang mereka untuk menyukai anda. Anda jangan lupa mencari
anekdot-anekdot yang membuktikan anda menyayangi wanita.
Untuk mendapatkan perhatian mereka anda harus memfokuskan kepada
pendahuluan ucapan anda kerana sesuatu permulaan yang baik akan berakhir
dengan baik. Jeniri Amir (2006) mencadangkan tujuan utama pendahuluan
ucapan sebagai berikut:
(a)

Menarik perhatian khalayak;

(b)

Menjalin hubungan yang baik dan menghubungkan pengucap dengan


khalayak;

(c)

Memberi sebab mengapa khalayak perlu mengikut ucapan itu;

(d)

Menjelaskan idea, fokus ataupun batasan ucapan itu;

(e)

Mewujudkan tanggapan awal pada pengucap;

(f)

Mewujudkan kredibiliti pengucap; dan

(g)

Mempersembahkan tajuk.

Sekiranya anda dapat memenangi hati khalayak, maka anda telah memenangi
satu daripada perjuangan anda. Lepas itu adalah lebih mudah mendapat
sokongan mereka untuk memihak kepada anda.

10.2.5

Mengadun Maklumat

Setelah anda mengumpulkan maklumat, data dan statistik daripada pelbagai


sumber, anda perlu mengadun bahan-bahan tersebut mengadun bahan-bahan
untuk membuat kek. Keenakan sebiji kek tersebut kerana sukatan-sukatan untuk
membuat kek itu telah diadun dengan baik sehingga menghasilkan kek yang
enak dimakan. Begitulah juga halnya sekiranya anda mahu menghasilkan
ucapan yang dapat menjadikan khalayak terpukau dengan ucapan anda; maka
anda mesti pandai mengadunkan semua maklumat yang dikumpulkan dengan
mengambil perhatian kepada beberapa perkara seperti berikut:
(a)

Siapakah khalayaknya?

(b)

Apakah yang mereka minati?

(c)

Apakah peribahasa yang akan digunakan?

TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

(d)

Apakah kaedah retorik yang akan dipakai?

(e)

Apakah humor yang akan menarik minat mereka?

W 223

Kepakaran dalam penyampaian adalah terletak kepada persediaan dan latihan.


Maklumat sama yang disampaikan oleh pemidato yang berbeza akan
menghasilkan sambutan yang berbeza.

AKTIVITI 10.1
Ramai orang berasa gementar apabila diminta memberikan ucapan di
khalayak ramai. Cuba fikirkan sebab-sebab perasaan itu timbul dan
cadangkan langkah- langkah untuk menghapuskan perasaan tersebut.

10.2.6

Tumpuan kepada Tema

Tema sesuatu ucapan adalah penting untuk mempastikan bahawa ucapan itu
memberi kesan yang dikehendaki. Apabila anda diminta memberi ucapan, anda
akan diberitahu bukan sahaja temanya tetapi juga jumlah masa dan juga
khalayak yang akan mendengar ucapan anda itu.
Untuk menajamkan fokus, anda perlu mencari seberapa banyak maklumat
berkaitan dengan tajuk ucapan anda. Selain daripada majalah-majalah, bukubuku dan akhbar, anda perlu mencari maklumat melalui internet. Baca dengan
teliti maklumat-maklumat yang berkaitan itu dan asingkan maklumat yang akan
diguna pakai dan dengan yang tidak diperlukan. Lepas itu anda perlu
mengarang semula maklumat tersebut dan memberi tumpuan kepada tema
ucapan anda. Pastikan bahawa tidak ada maklumat yang terkeluar daripada
tumpuan anda dalam persiapan anda.

10.2.7

Penghargaan Melalui Tepukan Gemuruh

Semua orang yang memberi ucapan mahukan ucapannya disambut dengan baik,
begitu juga anda. Tentu sekali anda tidak ingin khalayak tertidur dan
mendengkur ketika mendengar ucapan anda. Anda mahu semua orang
menumpukan perhatian mereka kepada anda di hadapan. Anda mahu mereka
bukan sahaja tersenyum tetapi sekali-sekala gelak gembira dan bertepuk. Ini
adalah tanda-tanda bahawa mereka menikmati dan menghargai ucapan anda.
Untuk mendapatkan penghargaan daripada orang ramai yang mendengar
ucapan anda, anda perlu bersedia dengan statistik, anekdot, contoh,

224 X TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

perbandingan dan retorik. Jangan ambil sebarang statistik atau contoh kerana
statistik atau contoh yang tidak kena pada tempatnya akan membosankan dan
menghilangkan kepercayaan mereka. Sekiranya anda mahu menyatakan tentang
betapa ramainya penagih dadah di Malaysia anda perlu mendapatkan statistik
terperinci daripada Kementerian Kesihatan atau daripada Organisasi Kerajaan
dan Bukan Kerajaan yang mengumpul data tersebut. Anda gunakan humor
apabila menyampaikannya. Contohnya sekiranya anda seorang wanita, maka
anekdot ini mungkin sesuai: Dengan bilangan yang melebihi suku juta penagih

yang mana daripada jumlah itu 90% daripadanya adalah lelaki, tidak hairanlah
mengapa sangat sukar sekali bagi saya mendapatkan calon suami! (Jika anda
masih belum berumah tangga). Namun anda tidak seharusnya berterusan
menggunakan humor kerana ucapan anda itu tidak lagi menjadi ucapan yang
serius. Anekdot yang relevan dan menarik berkaitan fokus ucapan akan juga
mendapat perhatian. Anekdot adalah peristiwa-peristiwa lalu yang
mengukuhkan lagi ucapan anda. Ucapan anda harus mengintegrasikan contohcontoh, perbandingan dan penggunaan retorik agar dapat menarik minat para
pendengar yang mempunyai pelbagai kerenah.

10.2.8

Statistik dan Anekdot

Untuk menjadikan ucapan anda boleh dipercayai, anda perlu menggunakan data
yang sebenar, iaitu statistik terutama sesuatu yang membuktikan bilangan atau
peratus yang tinggi atau rendah. Sebagai contoh; sekiranya anda mahu
menunjukkan bahawa pencapaian Bumiputera dalam bidang penguasaan ekuiti
dalam bidang perdagangan anda perlu menyatakan peratus penguasaan
Bumiputera dalam bidang itu. Jangan lupa sumber statistik itu. Sumber ini
penting kerana ia membuktikan kebolehpercayaan maklumat dan data yang
diperolehi.
Anekdot adalah cerita atau peristiwa sebenar yang digunakan untuk
mengukuhkan lagi ucapan anda. Sebagai contoh anda mahu membuktikan
bahawa pembangunan fizikal Malaysia adalah setanding dengan negara-negara
maju, tetapi masyarakat Malaysia adalah masyarakat dunia ketiga. Anekdot
yang berikut boleh digunakan.

TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

W 225

Pada suatu hari saya sedang memandu di lebuh raya, tiba-tiba saya
terdengar bunyi sesuatu benda yang memukul cermin kereta saya. Alamak!
Habislah cermin kereta saya yang baru saya beli! Saya meneliti jika sekiranya
ada cermin yang pecah. Nasib saya baik tiada yang pecah. Saya memandang
ke hadapan.Saya terlihat ada benda-benda yang keluar dari tingkap kereta
BMW di hadapan saya itu. Rupa-rupanya ada orang yang mencampakkan
kulit dan biji rambutan daripada tingkap kereta mewah itu!

Banyak anekdot lain yang boleh kita gunakan bagi ucapan-ucapan yang
berlainan.

10.2.9

Contoh dan Perbandingan

Apabila kita memberikan sesuatu pendapat kita harus mengemukakan contoh


dan perbandingan untuk mengukuhkan ucapan kita. Sekiranya kita berucap
tentang perangai buruk kita yang perlu dikikis sebelum kita menjadi rakyat
negara maju, kita boleh gunakan contoh yang berikut:

Cuba kita renungkan tabiat dan perangai kita dan rakan-rakan kita. Kita
memiliki kereta canggih dan mahal tetapi apabila ada kesesakan jalan raya,
kita memotong dari sebelah kiri, dan membuang sampah dari dalam kereta ke
jalan raya! Apabila menggunakan tandas duduk kita berdiri di atasnya dan
lepas itu tidak mengepam tandas pula! Cuba lihat di tepi-tepi jalan di bandarbandar di tanah air kita. Ia penuh dengan sampah-sarap! Apakah yang telah
kita lakukan!

Contoh yang dapat menusuk hati sanubari kita adalah contoh-contoh yang boleh
menyentuh perasaan pendengar-pendengar ucapan kita.

10.2.10 Bermain dengan Retorik


Retorik adalah ungkapan-ungkapan yang diulang-ulang dalam sesuatu ucapan
untuk menekankan maksud yang disampaikan selain daripada dapat menaikkan
semangat khalayak yang mendengar ucapan anda. Retorik ini biasa digunakan
oleh ahli politik terutama pada masa kempen pilihan raya untuk mendapatkan
sokongan daripada para pengundi. Ia juga digunakan dalam ceramah-ceramah
motivasi bagi menaikkan semangat para peserta.

226 X TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

Retorik ini menggunakan ungkapan-ungkapan yang indah dan menarik seperti


penggunaan peribahasa, bahasa yang bersajak dan kata-kata simbolik dengan
nada suara yang berapi-api. Sebagai contoh apabila seorang pemimpin politik
memberi ucapan untuk upacara merasmikan bengkel.

Satu keluarga satu usahawan beliau akan menggunakan ungkapanungkapan retorik yang berikut, Semua orang tahu bahawa sembilan
daripada sepuluh kekayaan di dunia adalah datangnya daripada perniagaan.
Maka kalau Bumiputra mahu mencapai kemajuan dan kekayaan, tuan-tuan
dan puan-puan mesti menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bukan
seorang dalam seribu, bukan seorang dalam seratus tetapi seorang usahawan
dalam setiap keluarga. Kalau ada satu juta keluarga Bumiputera, maka kita
memiliki satu juta usahawan. Satu juta usahawan boleh menjana seratus
bilion ringgit nilai harta. Kalau seratus ribu usahawan gagal, sembilan ratus
ribu yang lain boleh membantu.

Anda lihat angka-angka satu juta diulang-ulang, begitu juga angka ribu
diulang- ulang untuk memberikan kesan kepada para peserta bengkel.

10.2.11 Stail Penyampaian


Ada orang mampu menjadikan ucapan yang hambar kepada ucapan yang
menggegar. Kejayaan sesuatu penyampaian adalah berkait rapat dengan stail
penyampaian anda. Ucapan takziah tidak boleh disampaikan dengan nada ceria!
Untuk memilih stail yang paling sesuai dengan sesuatu ucapan anda perlu
menimbangkan beberapa perkara seperti berikut:
(a)

Sesuai dengan khalayak


Anda mestilah mengenali khalayak yang akan mendengar ucapan anda.
Jangan pula gunakan humor yang boleh difahami oleh orang dewasa
sekiranya khalayak ucapan anda adalah kanak-kanak.

(b)

Masa
Sekiranya anda dijadualkan berucap pada sebelah petang, pastikan ucapan
anda diselang seli dengan humor. Jika tidak, anda akan dapati ramai yang
tertidur ketika mendengar ucapan anda.

TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

W 227

(c)

Majlis
Majlis yang berbeza memerlukan gaya penyampaian yang berbeza.
Sekiranya anda diminta berucap dalam majlis kenduri arwah, tentu sekali
humor tidak sesuai untuk menggembirakan ahli keluarga yang bersedih.

(d)

Tempat
Tempat ucapan diadakan juga menentukan gaya atau pendekatan yang
anda gunakan. Sekiranya anda menjadi juruacara dalam sebuah majlis
makan malam, tentu sekali anda dikehendaki menghiburkan para hadirin.
Di sinilah humor diperlukan, para hadirin dijemput ke hadapan untuk
menyanyi dan sebagainya.

(e)

Sesuaikan dengan tajuk, isi dan persoalan


Sekiranya tajuk ucapan anda adalah mengenai Motivasi pelajar maka
jangan pula anda memfokus kepada Penagihan dadah walaupun anda
mahu menyampaikan nasihat supaya pelajar-pelajar tidak mendekatkan
diri kepada dadah.

(f)

Gunakan bahasa lisan


Ucapan hanya dapat disampaikan dengan berkesan sekiranya anda
gunakan bahasa lisan. Bahasa lisan perlu menggunakan ayat-ayat yang
pendek kerana khalayak akan hilang pedoman dan fokus sekiranya
ayatnya panjang.

(g)

Diksi yang sesuai


Diksi adalah nada suara yang anda gunakan. Sekiranya mendatar maka ia
akan melenakan pendengar. Oleh itu anda perlu mengubah-ubah nada
suara dengan meninggi dan merendahkan suara pada tempat-tempat yang
tertentu.

(h)

Citraan
Citraan adalah unsur penting untuk memberikan gambaran yang jelas dan
hidup dalam minda khalayak ramai yang mendengarnya. Ia dapat
merangsang imaginasi yang akan memberi kesan yang mendalam.

10.2.12 Pola Urutan


Apabila sesuatu ucapan ditulis, perenggan adalah aspek penting. Perengganperenggan itu membantu dalam penyusunan idea yang hendak disampaikan
supaya mudah khalayak mengikutinya. Ia dapat membina pertautan antara
suatu pemikiran ke suatu pemikiran.

228 X TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

Jeniri Amir (2006) mencadangkan bahawa perenggan berperanan memudahkan


khalayak ucapan itu memahami idea utama dalam ucapan. Bagi mempastikan
kelancaran ucapan, beliau telah mencadangkan strategi yang berikut:
(a)

Mengulang kata kunci;

(b)

Menggunakan subjek yang sama daripada ayat ke ayat;

(c)

Menggunakan susunan ayat yang dapat mengindahkan paralelisma;

(d)

Menggunakan kata ganti secara berkesan; dan

(e)

Menggunakan kata penghubung yang jelas.

Selain daripada penguasaan kata-kata yang memudahkan khalayak mengikuti


ucapan anda, ada beberapa perkara penting yang perlu anda ambil perhatian.
(a)

Kronologi atau waktu dengan mendahulukan peristiwa/perkara masa


dahulu yang diikuti oleh peristiwa masa sekarang;

(b)

Mendahulukan perkara yang pertama dan diikuti oleh perkara-perkara


seterusnya;

(c)

Memulai ucapan daripada hal-hal yang tidak begitu penting kepada yang
terpenting;

(d)

Daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagian yang kurang dikenali


atau sebaliknya;

(e)

Logik serta menggunakan kaedah deduktif ataupun induktif. Deduktif


bermula daripada umum kepada khusus, manakala induktif bermula
daripada yang khusus kepada yang umum; dan

(f)

Menyanggah pendapat orang lain dahulu sebelum mengemukakan


pandangan sendiri.

Walaupun pada mulanya anda mungkin tersasul tetapi


mempraktikkannya secara kerap ia akan sebati dengan peribadi anda.

setelah

10.2.13 Menyemak dan Menyunting


Kedua-dua aktiviti ini adalah penting untuk memastikan bahawa ucapan yang
akan disampaikan adalah seperti yang dirancangkan. Penyemakan menjadi lebih
penting sekiranya orang yang menyampaikan ucapan adalah berbeza daripada
orang yang menulis ucapan tersebut.
Suntingan ucapan perlu dilakukan kerana pada masa penulisannya, penulis
mungkin terlalu khusyuk untuk menyampaikan ideanya hingga dia terpesong
daripada sasarannya dan tidak fokus kepada objektifnya.

TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

W 229

10.2.14 Reka Letak Slaid


Kebanyakan komunikasi lisan pada masa ini disampaikan dengan bantuan
projektor slaid digital. Apa yang diperlukan oleh seseorang penceramah ialah
sebuah komputer bimbit, sebuah projektor slaid dan skrin layar. Ketiga-tiga alat
ini adalah mudah alih dan boleh dibawa ke mana sahaja.
Dengan adanya kemudahan ini ucapan boleh menjadi lebih berkesan dengan
syarat slaid-slaid yang digunakan adalah direka dengan mengikut prinsipprinsip yang betul.

AKTIVITI 10.2
1. Anda diminta memberikan ucapan yang bertajuk Kemalangan Maut
di Jalan Raya adalah Berpunca daripada Sikap Pengguna-pengguna
Jalan Raya itu Sendiri. Jelaskan persiapan yang perlu anda lakukan
bagi memastikan bahawa ucapan saudara itu dapat memberi
kesedaran kepada khalayak yang mendengar ceramah anda.
2. Karangkan sebuah ucapan yang mengandungi tidak lebih daripada
100 patah perkataan menggunakan unsur-unsur retorik. Anda
boleh menumpu kepada satu tajuk yang anda minati.
3. Bezakan kandungan ucapan yang sesuai apabila anda diminta
memberi ceramah kepada sekumpulan belia dan kepada
sekumpulan warga emas berkenaan dengan Menuntut Ilmu
adalah Proses yang Dilakukan Sepanjang Hayat.
4. Penggunaan projektor slaid digital adalah sangat penting dalam
penyampaian sesuatu komunikasi lisan. Berikan pendapat anda
tentang berapakah jumlah slaid yang akan anda gunakan dalam
sesuatu penyampaian ceramah selama satu jam. Berikan rasional
pemilihan anda.

230 X TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

10.3

PERBEZAAN-PERBEZAAN KOMUNIKASI
LISAN

Setelah memahami persediaan-persediaan yang perlu dilakukan sebelum anda


menyediakan ucapan anda dan mengetahui ciri-ciri persamaan antara
komunikasi lisan yang berlainan itu, mari kita lihat pula apakah perbezaanperbezaan yang wujud.

10.3.1

Ucapan

Ucapan biasanya dikategorikan sebagai ucapan formal dan tidak formal. Pada
lazimnya sesuatu ucapan adalah ringkas tetapi padat. Walaupun ia ringkas
tetapi untuk menjadikannya bernas adalah lebih sukar daripada memberi
ucapan yang panjang lebar. Oleh itu anda perlu memilih perkara-perkara
penting sahaja agar memberi kesan kepada khalayak.
Sebagai contoh, anda mungkin diminta memberikan sepatah dua kata dalam
satu majlis perpisahan. Salah seorang daripada rakan anda telah tamat kontrak
pekerjaannya dan terpaksa berhenti. Anda perlu berhati-hati memilih kata-kata
supaya sahabat anda itu dapat menghargai ucapan anda. Anda mungkin tidak
sempat bersedia. Oleh itu secara spontan anda perlu berfikir apa yang mahu
diucapkan.
Anda mungkin seorang guru besar yang telah diminta memberi ucapan
merasmikan bengkel motivasi akademik di sekolah anda. Oleh sebab anda ada
masa untuk memikirkan kandungan ucapan anda, maka carilah bahan-bahan
ucapan yang akan dapat menarik khalayak yang terdiri daripada para pelajar.
Ucapan anda akan memberi kesan yang mendalam sekiranya anda berpandukan
kepada panduan umum yang telah dinyatakan di atas.

TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

W 231

AKTIVITI 10.3
CONTOH UCAPAN TAHNIAH

Assalamualaikum w.r.w.b. dan salam sejahtera. Hari ini adalah suatu


hari yang amat bersejarah yang tidak dapat kita lupakan. Hari ini
adalah hari yang kita nanti-nantikan. Syabas dan tahniah kita ucapkan
kepada saudari Farah Fadzli. Saudari telah berjaya menjadi johan
dalam pertandingan pidato peringkat kebangsaan yang diadakan
beberapa hari yang lalu. Saudari adalah yang terbaik. Bukan calangcalang orang boleh memenangi pertandingan itu. Wakil-wakil
daripada setiap negeri telah bertanding tetapi anda telah
menjuarainya. Kemenangan saudari akan menjadi rangsangan kepada
kami untuk berusaha lebih keras bagi mencapai kejayaan demi
kejayaan. Mari kita berikan tepukan gemuruh tanda penghargaan kita
yang tidak terhingga.
1. Apakah pendapat anda tentang ucapan yang dicatatkan di atas?
2. Jika anda diminta memberi ucapan tahniah atas kejayaan rakan
anda, berikan versi ucapan anda itu.

10.3.2

Syarahan

Syarahan adalah ucapan yang mempunyai tema khusus yang ditentukan lebih
awal dan diberikan masa yang mencukupi untuk menyediakan syarahannya.
Pada lazimnya khalayak yang akan hadir menanti-nantikan syarahan itu.
Terdapat sekurang- kurangnya dua situasi sesuatu syarahan diadakan:
(a)

Syarahan ilmu pengetahuan seperti yang lazim terdapat di institusi


pengajian tinggi.

(b)

Syarahan yang berfokus kepada sesuatu tajuk yang biasanya menjadi tajuk
perbahasan di kalangan masyarakat atau yang menjadi bahan ceramah
politik.

Lazimnya syarahan memerlukan persediaan yang berfokus kepada tajuk


syarahan dengan objektif-objektif yang khusus.

232 X TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

10.3.3

Temu Ramah

Temu ramah memerlukan kedua-dua pihak yang menyoal dan menjawab soalan
bertutur secara lisan. Jika anda adalah orang yang menemuramah; anda perlu
menyediakan tajuk atau tema yang akan dijadikan bahan temu ramah.
Andaikata anda ingin mengetahui tentang kedudukan industri permotoran
terkini daripada seorang yang arif tentangnya, maka anda perlu menyediakan
soalan-soalan yang akan mencungkil maklumat daripada pakar tersebut.
Orang yang akan ditemu ramah perlu diberitahu tema temu ramah yang akan
diadakan supaya dia dapat menyediakan segala maklumat yang diperlukan. Jika
perlu soalan- soalan yang akan dikemukakan diberikan lebih awal kepada
personaliti yang hendak ditemu ramah.

AKTIVITI 10.4
1. Anda dikehendaki menyediakan satu syarahan yang akan
disampaikan kepada ibu-ibu tunggal. Tajuk syarahan tersebut
adalah, Anak yang berdisiplin adalah anak yang akan mencapai
kejayaan. Anda adalah dianggap sebagai seorang ibu/bapa
tunggal yang telah berjaya mendidik anak-anak anda sehingga
mereka mencapai kelulusan akademik yang cemerlang.
(a)

Berikan isi-isi penting yang akan anda sampaikan dalam


syarahan anda.

(b)

Apakah yang akan anda gunakan untuk mendapatkan


perhatian dan sokongan khalayak?

2. Anda adalah seorang pemberita sebuah akhbar harian. Anda


dikehendaki menemuramah seorang usahawan yang berjaya.
Anda mempunyai masa 30 minit untuk mewawancara usahawan
tersebut.
(a)

Apakah soalan-soalan yang akan anda tanya yang sesuai


dengan masa sebanyak 30 minit?

TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

10.3.4

W 233

Pengacaraan Majlis

Pengacara majlis korporat adalah suatu profesion yang biasanya dimonopoli


oleh juruacara-juruacara profesional yang bertugas di syarikat-syarikat
penyiaran seperti pengacara radio dan televisyen. Mereka berkecimpung dengan
tugas mengacara setiap hari. Oleh itu prestasi mereka sebagai pengacara adalah
bersahaja dan menarik khalayak. Mereka mempunyai pengikut-pengikut setia
yang menyayangi mereka. Perhatikan ciri- ciri pengacaraan mereka. Anda boleh
belajar daripada mereka tetapi mereka bukan sempurna; mereka juga boleh
membuat kesilapan.
Anda mungkin diminta menjadi pengacara majlis di dalam organisasi anda
kerana kebolehan anda mengambil hati rakan-rakan anda. Anda berbudi bahasa,
pandai berjenaka, pandai memilih ungkapan dan kata-kata yang sesuai pada
tempatnya hingga menyebabkan orang yang belum mengenali anda berasa
seperti mereka telah lama mengenali anda.
Ciri-ciri itulah perlu dipupuk pada diri anda untuk berjaya sebagai pengacara.
Anda boleh melatih diri untuk memperkemaskan penampilan anda sebagai
pengacara majlis.

AKTIVITI 10.5
1. Anda telah diundang untuk menjadi Pengacara Majlis dalam
sebuah majlis jamuan makan malam menyambut menantu di
sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Anda perlu membuat
nota pengacaraan tersebut. Sila catat kandungan ringkas
pengacaraan yang akan anda gunakan dalam majlis tersebut.
2. Karangkan serangkap pantun untuk pengantin dan mempelai
yang akan anda gunakan dalam ucapan pengacaraan majlis itu.

234 X TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

10.3.5

Taklimat

Ketua sesebuah organisasi atau jabatan kerap diminta memberi taklimat kepada
anak buahnya. Taklimat adalah penjelasan tentang sesuatu arahan atau perintah
yang diterima daripada pihak atasan.
Kemahiran memberi penjelasan memerlukan anda memahami makna yang
tersirat. Dengan kebolehan tersebut anda dapat menjelaskan sesuatu arahan atau
perintah yang biasanya berbentuk ringkas tetapi membawa maksud yang
tersirat.

10.3.6

Pidato

Pidato adalah ceramah yang disampaikan kepada khalayak ramai seperti dalam
rapat umum politik. Pidato boleh diertikan juga sebagai ceramah atau syarahan
tetapi lazimnya khalayak yang mengikuti pidato itu adalah lebih besar
jumlahnya. Oleh sebab itu ia lebih merupakan ucapan yang penuh semangat
dengan tujuan untuk memukau khalayak agar memberikan sokongan
sepenuhnya kepada pemidato. Untuk mendapatkan sokongan padu itu,
pemidato perlu memiliki ciri kepetahan berbahasa dengan menggunakan
gabungan pelbagai peribahasa, pantun, bahasa yang berirama, nada suara yang
menarik dan retorik.
Pemidato-pemidato agung di dunia mempunyai karisma yang boleh mempesona
khalayak ramai sepanjang hari atau sepanjang malam untuk mendengar pidato
itu tanpa bergerak dari tempat mereka. Bung Karno, Bapak Presiden Indonesia
adalah dikategorikan sebagai pemidato yang berkarisma.

TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

W 235

AKTIVITI 10.6
CONTOH PIDATO

Assalamualaikum w.r.w.b dan salam sejahtera. Malam ini kita


sungguh bertuah. Malam ini sungguh baik dan nyaman dengan
bintang berkerlipan di langit. Ini tanda Tuhan merestui perhimpunan
kita ini, kerana kita mahu berjuang untuk menegakkan keadilan.
Keadilan untuk rakyat Palestin yang dijajah oleh regim Israel.
Keadilan untuk Palestin adalah keadilan untuk semua rakyat yang
tertindas di dunia. Kita semua bertanggungjawab memberitahu dunia
tentang kezaliman terhadap rakyat Palestin. Rakyat dunia tidak tahu
tentang kezaliman ini. Penderitaan mereka sengaja tidak dipedulikan
oleh media. Tiada berita bererti tiada penderitaan. Tiada berita
bermakna semuanya aman. Dengan berdiam diri kita bersekongkol
dengan penjenayah perang itu. Oleh itu kita di sini bertanggungjawab
untuk memberitahu seluruh dunia tentang kezaliman itu. Kita
bertanggungjawab untuk menamatkan kezaliman itu walaupun kita
hanya mampu bersuara sahaja. Itu adalah kemampuan yang paling
lemah. Kita mesti sedarkan dunia. Kita mesti menimbulkan rasa
simpati dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin. ...........
1. Apakah ciri-ciri yang ada dalam ucapan itu yang menjadikannya
sebagai pidato?
2. Cuba tukarkan pidato itu kepada bentuk ucapan. Apakah
perbezaan antara ucapan dan pidato?

10.3.7

Forum

Forum adalah sebuah majlis perbincangan yang terbuka mengenai sesuatu


perkara atau persoalan. Khalayak yang hadir dalam majlis ini boleh bertukartukar pendapat dengan penceramah. Forum adalah dikawal oleh seorang
fasilitator atau pemudah cara. Fasilitator akan melicinkan perjalanan majlis itu
agar semua pendapat yang berbeza tidak membawa kepada keadaan yang tidak
terkawal. Dalam sesebuah majlis forum lazimnya terdapat tiga atau empat orang
penceramah yang telah diminta menyediakan maklumat berdasarkan tajuk-tajuk
yang diberikan kepada mereka.

236 X TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

Prosiding sesebuah forum itu adalah dicatat atau dirakamkan oleh pencatatpencatat supaya hasil forum itu dapat didokumenkan dan diedarkan kepada
para peserta forum tersebut. Forum yang diikuti dengan tindakan yang diambil
boleh memberi manfaat kepada organisasi atau individu yang mahu
melaksanakan kebaikan yang berterusan.

10.3.8

Bahas

Perkataan lain bagi bahas adalah debat. Bahas bermaksud penyelidikan,


pengupasan dan perbincangan dengan tujuan untuk mencari kebenaran. Dalam
sesebuah perbahasan terdapat dua pasukan. Satu pasukan menjadi pencadang,
manakala satu pasukan lagi menjadi pembangkang.
Pasukan pencadang yang terdiri daripada empat orang pembahas perlu mencari
seberapa banyak bahan yang boleh untuk menyokong pendapat dengan hujahhujah yang mantap supaya cadangan yang dikemukakan dapat
dipertahankan. Sebagai contoh, sila teliti tajuk perbahasan yang berikut,

Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains telah


membantutkan usaha memartabatkan bahasa Melayu . Ahli-ahli pasukan
pencadang perlu mencari maklumat dan memikirkan hujah-hujah untuk
meyakinkan khalayak ramai yang mendengar perbahasan tersebut.
Pasukan pembangkang pula yang terdiri daripada empat orang pembahas perlu
mencari maklumat untuk membuktikan bahawa, Penggunaan bahasa Inggeris

dalam pengajaran Matematik dan Sains telah tidak memberi kesan yang negatif
dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Kedua-dua pasukan akan
membentangkan hujah-hujah masing-masing untuk menegakkan pendapat
masing-masing.
Untuk mengadili perbahasan tersebut, beberapa orang hakim dilantik untuk
memberikan markah bagi setiap fakta dan hujah yang meyakinkan mereka.
Akhirnya kumpulan pemenang diisytiharkan. Pasukan yang menang adalah
pasukan yang mempunyai hujah-hujah yang kukuh dengan bukti yang jelas
sehingga tidak boleh dipatahkan oleh pihak lawan.

TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

W 237

AKTIVITI 10.7
TAJUK PERBAHASAN
Anda adalah pembahas utama mewakili pihak pencadang dalam satu
pertandingan perbahasan yang diadakan di universiti anda. Tajuk
perbahasan tersebut adalah, Penggunaan Bahasa Pengantar yang
Berbeza di Sekolah-sekolah Rendah Menghalang Pencapaian
Perpaduan Rakyat Negara ini.
1. Sebagai pencadang utama, berikan satu hujah penting untuk
membuktikan bahawa ia adalah penghalang utama kepada
perpaduan.
2. Sekiranya anda berperanan sebagai pembangkang utama,
bagaimanakah anda berhujah untuk membangkang pendapat
pencadang tadi?

10.3.9

Pengendalian Mesyuarat

Mesyuarat boleh memainkan peranannya yang positif sekiranya mesyuarat itu


mencapai matlamatnya seperti yang telah dirancang. Jika tidak ia akan
membuang masa sahaja. Oleh itu sekiranya anda mahu menjadikan mesyuarat
sebagai alat untuk membuat keputusan dan mendapatkan persetujuan daripada
ahli-ahli, anda perlu merancangnya dengan teliti. Sebagai panduan, perkaraperkara berikut harus dipertimbangkan apabila anda mahu mengadakan sesuatu
mesyuarat:
(a)

Memilih ahli-ahli yang dijemput untuk hadir


Pastikan bahawa ahli-ahli yang anda undang adalah individu-individu
yang akan memberi sumbangan dan ahli-ahli yang mempunyai kaitan
dengan mesyuarat yang akan diadakan.

(b)

Membentuk agenda
Terlebih dahulu anda perlu menuliskan hasil yang dikehendaki daripada
mesyuarat itu. Lepas itu barulah agenda itu ditulis. Jika perlu, anda boleh
meminta ahli-ahli mesyuarat itu menyatakan agenda masing-masing.

(c)

Memulakan mesyuarat
Pastikan anda sentiasa menepati waktu yang telah dijanjikan. Alu-alukan
kedatangan ahli-ahli dan ucapkan terima kasih kerana kehadiran mereka.

238 X TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

Semak semula agenda bersama-sama ahli dan buat pindaan jika perlu.
Semak semula minit mesyuarat yang lalu dan pastikan bahawa tindakantindakan sewajarnya daripada keputusan mesyuarat yang lalu telah dan
akan diambil.
(d)

Membentuk Peraturan Asas


Anda perlu mempunyai beberapa peraturan asas yang boleh digunakan
untuk mengendalikan mesyuarat. Peraturan-peraturan asas ini adalah
suatu keperluan untuk dapat menjayakan sesuatu mesyuarat. Terdapat
empat peraturan asas yang perlu anda ingati:
(i)

Mengambil bahagian

(ii)

Berfokus

(iii) Kekalkan kerancakan


(iv) Capai matlamat/keputusan
Masukkan Peraturan Asas ini dalam agenda anda dan pastikan bahawa
semua ahli memahaminya.
(e)

(f)

Menguruskan Masa
Satu daripada tugas yang sukar diuruskan ialah masa. Lazimnya anda
sentiasa merasakan bahawa anda tidak cukup masa untuk menyiapkan
sesuatu tugas. Oleh itu anda boleh:
(i)

Meminta ahli-ahli mesyuarat membantu anda menjaga masa; dan

(ii)

Sekiranya anda tidak dapat mengawal masa yang telah anda


peruntukkan, anda boleh meminta ahli-ahli majlis mesyuarat itu
memberikan input mereka supaya resolusi dapat dicapai.

Menilai Proses Mesyuarat


Kita sering mendengar ramai orang bersungut sambil mengatakan bahawa
mesyuarat adalah sesuatu yang membuang masa. Biasanya mereka berkata
begitu setelah selesainya sesebuah mesyuarat. Justeru itu;
(i)

Dapatkan maklum balas daripada ahli-ahli pada masa mesyuarat


sedang berlangsung. Anda boleh memperbaiki proses mesyuarat itu
pada masa itu juga.

(ii)

Anda perlu meminta setiap ahli memberikan pandangan tentang


perjalanan mesyuarat itu. Mereka boleh memindanya dengan
persetujuan ramai supaya matlamat mesyuarat itu dicapai.

TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

(g)

W 239

Menilai Keseluruhan Mesyuarat


(i)

Berikan masa dari 5 hingga 10 minit di akhir mesyuarat untuk menilai


mesyuarat yang baru berlangsung.

(ii)

Setiap ahli memberi nilai antara 1 hingga 5, dan minta mereka


menjelaskan mengapa mereka memberi nilai itu.

(iii) Hasil penilaian ini harus dijadikan panduan supaya mesyuarat yang
akan datang lebih produktif lagi.
(h)

Menutup Mesyuarat
(i)

Pastikan bahawa anda menutup mesyuarat pada masa yang


ditetapkan dan ia harus membawa suasana yang positif.

(ii)

Pada penghujung mesyuarat, lihat semula tindakan dan tugasan yang


patut dilaksanakan oleh ahli-ahli dan tetapkan masa dan tarikh
mesyuarat yang akan datang serta tanya ahli-ahli sama ada mereka
dapat hadir atau tidak dengan tujuan untuk mendapatkan komitmen
mereka.

(iii) Pastikan anda dapat menyiapkan dan mengedarkan minit mesyuarat


tersebut dalam masa seminggu selepas mesyuarat itu berlangsung.

AKTIVITI 10.8
MASALAH DALAM MENGENDALIKAN MESYUARAT
1. Bayangkan anda sedang mempengerusikan satu mesyuarat. Salah
seorang daripada ahli mesyuarat suka memonopoli mesyuarat.
Beliau lebih banyak bercakap berbanding ahli-ahli yang lain.
Bagaimanakah anda mengatasi masalah ini?
2. Apakah tindakan anda untuk memastikan bahawa semua tindakan
yang perlu diambil oleh ahli-ahli dilaksanakan seperti yang
dipersetujui?

240 X TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

10.3.10 Ulasan dan Komentar


Memberi ulasan atau komentar memerlukan kepakaran dalam bidang yang
mahu diulas atau dikomen. Khalayak biasanya menanti-nantikan pandangan
pengulas. Mereka mahu mengetahui sama ada pandangan mereka sehaluan
dengan pandangan pengulas atau berbeza sekali dengan pendapat mereka. Anda
dapat saksikan bagaimana reaksi peminat-peminat terhadap pengulas-pengulas
peserta pertandingan Akademi Fantasia pada setiap minggu ketika demam
Akademi Fantasia melanda masyarakat Malaysia.
Oleh itu jika anda dilantik menjadi pengulas anda perlulah mengetahui serba
sedikit tentang perkara-perkara yang hendak diulas. Sekiranya anda diminta
mengulas tentang Biodiversity Malaysia anda mesti mengetahui tentang
semua spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan Malaysia sebelum anda boleh
memberikan pendapat tentangnya.
Sungguhpun anda seorang pakar, anda perlu patuh kepada etika dalam
memberikan ulasan atau komentar. Umpamanya sebelum anda memberi komen
tentang sesuatu anda perlu menyatakan bahawa pendapat anda merupakan satu
daripada sudut pandangan yang berdasarkan kepada pengetahuan anda tentang
perkara tersebut. Dengan cara ini anda membuka pintu untuk menerima
komentar pakar-pakar lain. Anda sedia maklum bahawa pandangan dan
komentar seseorang adalah berbeza-beza. Oleh itu anda tidak perlu bermatimatian mempertahankan pendapat anda. Terima pandangan orang lain sebagai
satu lagi sudut pandangan yang dapat memberikan gambaran keseluruhan yang
lebih jelas.

AKTIVITI 10.9
MEMBERI ULASAN DAN KOMENTAR
1. Anda adalah peminat bola sepak kebangsaan dan antarabangsa.
Anda mengetahui perkembangan dan mutu bola sepak negara
dibandingkan dengan mutu bola sepak antarabangsa. Berikan
ulasan anda tentang sebab-sebab mutu bola sepak Malaysia tidak
dapat meningkat semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.
2. Berikan komen anda tentang
dilaksanakan di Malaysia.

bahasa

Melayu

baku

yang

TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

W 241

LATIHAN 10.1
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul
1. Syarahan adalah ucapan yang mempunyai _______________ yang
ditentukan lebih awal dan diberikan masa yang mencukupi untuk
menyediakan syarahannya.
2. Pidato ialah ucapan yang penuh bersemangat dengan tujuan untuk
memukau khalayak agar memberikan ____________ sepenuhnya
kepada pemidato.
3. Bahas bermaksud penyelidikan, pengupasan, dan perbincangan
dengan tujuan untuk mencari ______________.
4. Komunikasi lisan boleh membantu sesebuah organisasi untuk
membentuk__________ yang lebih bermakna melalui individuindividu yang berkebolehan.

AKTIVITI 10.10
Bentangkan bentuk ucapan-ucapan di bawah ini di hadapan rakanrakan anda di dalam kelas. Minta rakan-rakan anda memberi
komentar tentang ucapan-ucapan anda.
1. Tuliskan satu ucapan yang bertajuk, Berani Mengalami Kegagalan
adalah Kunci kepada Kejayaan. Anda diberi masa selama 10 minit
untuk menyampaikan ucapan tersebut.
2. Anda telah dilantik oleh rakan-rakan anda untuk menjadi pengacara
majlis dalam satu majlis hari jadi salah seorang daripada rakan-rakan
anda. Lakonkan majlis itu bersama rakan-rakan dan anda
dikehendaki mengacarakan majlis itu sebaik mungkin.
3. Buat satu simulasi di mana anda telah mengundang tiga orang
pakar dalam bidang memancing sebagai satu hobi. Anda perlu
melantik tiga orang rakan anda untuk menjadi wakil pakar
memancing manakala anda sendiri adalah pemudah cara forum
tersebut. Rakan-rakan lain dikehendaki membuat catatan dan
memberikan ulasan mereka selepas simulasi itu selesai.

242 X TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

Komunikasi lisan adalah amat penting dalam perhubungan antara individu


sama ada dalam perhubungan sosial harian atau perhubungan formal antara
organisasi dengan organisasi.

Walaupun komunikasi bertulis merupakan komunikasi yang rasmi tetapi


komunikasi lisan yang boleh menentukan sama ada ahli-ahli dalam
organisasi itu mempunyai perhubungan yang mesra atau sebaliknya.

Komunikasi bertulis boleh ditulis dengan menggunakan bentuk dan format


tulisan yang telah dicipta khas untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau
permohonan secara rasmi.

Komunikasi lisan boleh membantu sesebuah organisasi untuk membentuk


perhubungan yang lebih bermakna melalui individu-individu yang
mempunyai kebolehan dalam komunikasi lisan yang berkesan.

Anekdot

Statistik

Pidato

Syarahan

Pola urutan

Ucapan

Anda mungkin juga menyukai