Anda di halaman 1dari 13

Sumber Air dan Ketamadunan Sungai Batu di Lembah Merbok, Kedah.

Main Rindam.

Pengenalan.

Tamadun berasal daripada perkataan arab iaitu mudun dan madain.


Perkataan madana dalam bahasa arab bermaksud tinggi budi bahasa dan
pembukaan bandar. Justeru itu, tamadun manusia sentiasa dikaitkan dengan
ketinggian ilmu sastera dan seni binaan mereka. Tamadun juga merujuk kepada
peradapan dan akhlak manusia, iaitu yang mengaitkannya dengan
pembangunan lahiriah yang hebat dan memiliki kedudayaan yang tinggi baik
dalam bidang penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran. Unsur
kekitaan, kerjasama dan rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun
(Faridah & Tengku.2006). Oleh itu tamadun awal manusia mesti mempunyai
petempatan kekal, kehidupan berorganisasi, memiliki sistem pemerintahan,
mengamalkan pengkhususan pekerjaan, agama dan kepercayaan serta memiliki
bahasa dan sistem tulisan.

Tamadun awal manusia sangat terkekang kepada sumber air yang berkualiti dan
mencukupi kepada penduduknya dan ia juga terikat kepada faktor geografi untuk
dibangunkan dan berkembang. Sungai adalah elemen geografi yang menjadi
faktor asas untuk membina tamadun sebab itu kebanyakan tamadun mula
bertapak di kawasan lembah sungai. Sungai membekalkan air tawar untuk
keperluan domestik dan juga keperluan lain untuk kelestarian hidup seperti
sebagai sumber protin, sumber air pertanian dan juga sebagai sumber
pengangkutan. Atas kepentingan secara langsung kepada manusia, tamadun
Mesir purba, Greek, Hararpa-Mohaido-Jaro telah mengangkat sungai sebagai
sesuatu yang suci (Fekri, 2015).

Tamadun Mesir berjaya membangunkan sistem tangguk atau baldi di awal


tamadunnya sebelum bertukar kepada pembinaan empangan dan terusan atau
shaduf serta roda air untuk memajukan sistem pengairan agrarianya. Tamadun
Java di utara Jordan sudah mempunya sistem hidrolik bagi membekalkan air
kepada penduduknya sementara Neabateans di tengah dan selatan Jordan pula
mempunyai kepandaian untuk membina empangan graviti, terusan dan
takungan menggunakan blok batu yang dipotong 2500 tahun dulu. Teknologi
yang sama kemudiannya dikembangkan ke Rom, Turki, Syria, Utara Afrika dan
Sepanyol (Fekri, 2015). Sistem saluran air bawah tanah atau qanat ditemui di
gurun Umayyad mengalirkan sumber air di kawasan yang jauh dari sumber air
semasa tamadun Parsi dan awal Islam (Abdel Khaleq & Alhaj Ahmed, 2007).

Tamadun berkembang dan pendudukpun bertambah. Ini bermakna permintaan


untuk sumber air turut meningkat. Sehubungan itu teknologi pengurusan sumber
air turut meningkat kerana jika tidak sesebuah tamadun terpaksa berhadapan
dengan krisis air sehingga boleh mengancam kelangsungan tamadun tersebut.
Kehancuran tamadun awal juga dikaitkan dengan kemusnahan bekalan sumber

1
air penduduknya. Tamadun Indus misalnya dipercayai musnah dikaitkan dengan
perubahan iklim pada 4200 tahun SM dulu (Staubwasser et al., 2003). Kemarau
panjang telah menyebabkan aliran luahan sungai Indus menyusut dan
memusnahkan tamadun Hararpa-Mohaido-Jaro. Kemarau panjang juga sekitar
tahun abad ke empat SM turut memusnah tamadun Mesir dan juga
Mesopotamia (Hassan, 1997).

Sementara itu tamadun Maya yang dibina dan berkembang terletak di kawasan
tanah rendah. Tamadun ini dikaitkan dengan aktiviti tebang dan bakar, sistem
pengairan dan peneresan pertanian barli serta beberapa tanaman staple
(Harrison & Turner edt., 1978). Penurunan aras tasik Titicaca turut menyebabkan
jatuhnya tamadun Tiwanaku antara tahun 2900-500 SM dan ia turut dikaitkan
dengan perubahan iklim (Mark et al., 1997).

Tamadun awal di Semenanjung Tanah Melayu telah dikesan di salah satu anak
Sungai Merbok se awal abad ke lima sebelum masihi (Mohd, 2014; Nurashiken,
2015). Sungai Merbok mempunyai luas kawasan tadahan berjumlah 490 km 2
dengan panjang alirannya sejauh 54 km panjang. Sungai ini kedudukannya
berada di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu yang menghadap Selat
Melaka. Sungai ini mengairi lima mukim dalam daerah Kuala Muda, Kedah iaitu
mukim Merbok, Mukim Bukit Meriam, mukim Bujang, mukim Semeling dan
mukim Sungai Petani Sungai Batu sekarang ini adalah warisan kerajaan Melayu
purba yang belum dikenalpasti siapa milik kerajaannya. Berdasarkan kepada
kedudukan geografinya, Kedah tua adalah penerajunya tamadun Sungai Batu
purba yang menjadi anak Sungai Merbok. Ia berada 16 km dari kedudukan
muara Sungai Merbok. Berada di kawasan lembah sungai Merbok yang mengalir
dari kawasan utara ke selatan sebelum melencong kearah barat dan berkuala di
Selat Melaka. Sebelumnya, penggunaan jenama lembah Bujang diberikan
keutamaan kerana tamadunnya dipercayai wujud sejak 110 M lagi. Walaupun ia
dikaitkan dengan penemuan beberapa candi yang cukup rapat dengan Hindu-
Budha tetapi aspek yang lebih penting ialah bagaimana masyarakat ketika itu
mengupayakan kehidupan mereka. Persoalan ketamadunan paling utama ialah
bagaimana masyarakat tersebut menyara kehidupan mereka. Tamadun sungai
dikaitkan dengan pembangunan sumber agraria. Jika tamadun di Asia tengah
dikaitkan dengan tanamana gandum, barli dan sekoi, di Asia Tenggara tanaman
padi menjadi asas makanan ruji mereka maka sumber air sangat penting untuk
mengairi sawah yang diusahakan. Namun penemuan relau melebur bijih besi
dan jeti purba seawal abad ke lima hingga pertama sebelum masihi di Sungai
Batu, Merbok telah membuka perspektif baru berkaitan tamadun sungai dengan
aktiviti perindustrian dan perkapalan.

Tamadun Sungai Batu dan sumber air.

Tamadun Sungai Batu atau lebih dikenali sebagai Sungai Batu purba
dipercayai sudah berada pada usia matang pada abad ke enam sebelum masihi
berdasarkan penemuan pentarikhan artifak di kompleks arkeologi Sungai Batu.
Jika tarikh ini diterima pakai, bermakna tamadun Sungai Batu adalah tamadun
purba bangsa Melayu terawal bukan sahaja di Asia Tenggara tetapi di dunia.

2
Pembuktian tarikh artifak pada tahun 2015 itu akan kekal terawal sehingga ada
pembuktian tarikh baru pada masa akan datang. Penerimaan pentarikhan ini
juga bermakna tamadun Sungai Batu purba adalah seusia dengan tamadun
Mesopotamia era kerajaan Chaldea (626-539 SM) dan juga tamadun Huang Ho
pada era Dinasti Zhao (550 SM).

Tamadun Sungai Batu adalah tamadun yang terletak di kawasan tropika lembab
hampir sama seperti tamadun Maya dan juga kemboja (Arthur Demarest, 2004).
Tamadun Sungai Batu tidak boleh bertahan lama jika sumber air tawar sukar
diperolehi untuk pelbagai keperluan penduduknya. Memandangkan tamadun
Sungai Batu purba mempunyai pentarikhan lebih awal atau lebih tua berbanding
kerajaan yang bertapak di Lembah Bujang maka ketuanannya atau kerajaannya
tentu mempunyai sumber asas yang kukuh di situ. Hasil akskavasi arkeologi
membuktikan tamadun awal bangsa Melayu telahpun mempunyai hubungkait
secara langsung dengan industri peleburan besi dan juga perdagangan merintim.
Ketamadunan dan sumber air tidak boleh dipisahkan. Jika Sungai Batu purba
adalah sebuah bandar, bermana sungai memainkan peranan penting sebagai
fungsi yang dapat memenuhi bukan sahaja keperluan domestik penduduk tetapi
juga untuk industri peleburan besi, pertanian, pengangkutan dan juga agama.
Seawal abad ke lima, sumber air di Sungai Batu dikaitkan dengan perindustrian
bijih besi dan juga perkapalan. Ia belum dapat dikaitkan dengan fungsi
keagamaan, khususnya agama Hindu-Budha. Tapak industri dan jeti merupakan
sebahagian daripada kota, maka sungai sudah tentu menjadi sumber air paling
penting untuk keperluan penduduknya. Jauh lebih kelaut atau ke barat tamadun
Sungai Batu, Air sungai juga diperlukan untuk keperluan aktiviti luar kota
khususnya kepada aktiviti pertanian dan pengusahaan padi sawah di kawasan
lembah bujang kerana kekuatan tamadun sering ditunjangi oleh kemakmuran
sektor pertanian mereka. Pengaruh agama Hindu-Budha pada abad ketiga Masihi
turut mengaitkan kepentingan sungai kerana sungai menjadi tempat suci kepada
penganut agama tersebut. Justeru Sungai Bujang adalah sungai yang
mempunyai kebarangkalian paling tinggi untuk dijadikan sebagai sungai suci
agama Hindu-Budha ketika itu.

Tamadun Sungai Batu adalah tamadun yang berasaskan industri bijih besi. Selain
bijih besi, sumber air juga sangat diperlukan untuk industri terutamanya industri
pembuatan peleburan besi di Sungai Batu, Merbok, Kedah. Besi (Fe) memiliki
nombor atom 26 merupakan logam yang berada dalam kumpulan 8 dan berkala
4. Besi mempunyai takat lebur 1811 Kalvin (K) (1538C atau 2800F) dan takat
didih 3134 K (2861C atau 5182F). Pandai besi menggunakan proses
pengkarbonan iaitu proses menambahkan karbon kepada besi untuk
menghasilkan besi span iaitu campuran besi dan sanga dengan karbon dan
karbida. Ia kemudiannya diketuk untuk membebaskan jisim slag dan
mengoksidakan kandungan karbon untuk menghasilkan besi tempa. Besi tempa
kemudiannya perlu dipanaskan untuk tempoh yang lama dalam campuran arang
sebelum dicelupkan ke dalam air untuk menghasilkan besi yang keras. Proses ini
akan menghasilkan besi waja yang lebih keras dan tahan.

3
Walaupun relau yang ditemui di Kompleks Sungai Batu belum dapat ditentukan
sama ada ia jenis rerelau bagas (blas furnace) atau jenis lain yang berupaya
menghasilkan suhu melebihi 1,300 K, namun sisa arang besi menunjukkan
tamadun Sungai Batu sudah berupaya menghasilkan besi untuk tujuan eksport.
Ini kerana pentarikhan yang direkodkan di tapak relau di sini berusia 500 SM
atau abad ke enam sebelum Masihi. Tarikh ini adalah sezaman dengan
penghasilan besi tuang atau besi mentah dari Dinasti Zhao (550 SM). Penemuan
ini juga bermakna kepandaian melebur besi tamadun Melayu di Sungai Besi jauh
lebih awal berbanding di Eropah yang hanya mampu menghasilkan besi tuang
sekitar abad ke 11 hingga 13 masihi. Akskavasi arkeologi menunjukkan relau
melebur besi banyak ditemui di Sungai Batu. Jika rerelau ini terdiri dari jenis
relau bagas, binaannya akan berbentuk kon dengan menara setinggi 30 meter
dan berdiameter 7 meter. Ia perlu memiliki kebuk pembakaran yang dibina
menggunakan batu bata yang bertindak menerima dan membebaskan haba.
Penghasilan sebuah relau yang melibatkan bahagian atas, bahagian sokongan,
paip saluran memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang sangat tinggi dan
bangsa Melayu purba telahpun terbukti memilikinya. Proses peleburan
memerlukan bahagian tuyer yang diperbuat dari tembaga dan perlu disejukkan
oleh air bertujuan menyejukkan udara. Relau bagas bertujuan melebur besi
untuk menghasilkan besi jongkong. Besi jongkong adalah bahan utama untk
membuat besi tuang, besi tempa dan keluli. Pada masa yang sama tamadun ini
juga telah mempunyai kemahiran untuk menggunakan fungsi air dalam
penghasilan besi jongkong.

Gambar foto 1 menunjukkan tapak relau melebur besi yang digunakan sekitar
abad pertama hingga abad ke lima masihi yang terletak di tapak SB2A dan dari
abad kelima hingga ke 10 masihi di tapak SB2B kompleks arkeologi Sungai Batu.
Tapak SB2B yang lebih kecil terletak hanya beberapa meter sahaja jaraknya dari
tapak SB2A yang lebih besar saiznya. Kajian lanjut berkaitan model bangunan
relau melebur besi purba ini perlu dilakukan bagi mengenalpasti reka bentuk
sebenar relau yang terdapat di Kampung Chemara, Jeniang, Kedah ini.
Alasannya belum ada penemuan yang menunjukkan tapak menara setinggi 30
meter dan berdimeter 7 meter ditemui di tapak yang ada sekarang ini. Apa yang
pasti sama ada sungai Batu atau air yang diambil daripada periggi yang digali,
kedua-duanya memainkan peranan dalam perkembangan tamadun peleburan
bijih besi di Sungai Batu purba, Merbok, Kedah.

4
Gambar foto 1. Salah satu tapak relau SB2A dan
SB2B untuk melebur besi di Kompleks arkeologi
Sungai Batu, Merbok, Kedah.
Sumber: Koleksi penulis.

Setiap relau memerlukan menara air untuk


menyejukkan bahagian tuyer dalam proses
peleburan bijih besi. Untuk mengisi air di
menara ini satu kaedah diperlukan untuk
melakukannya sama ada secara manual kerana
ketika itu belum ada sistem automatik. Jika
secara manual, tenaga kerja diperlukan bagi membolehkan air di isikan ke dalam
tangki yang dibina di atas menara untuk membolehkan kerja penyejukkan tuyer
dilakukan. Bagaimaapun, binaan menggunakan bahan kayu di kawasan beriklim
tropika lembab tidak mampu bertahan untuk jangka masa yang panjang.

Besi adalah logam berat. Akskavasi tapak arkeologi di Kompleks Sungai Batu
menemukan banyak kesan karbon yang membuka andaian bahawa disinilah
terdapatnya relau-relau yang menghasilkan besi tuang. Besi tuang mempunyai
komposisi campuran karbon dan besi dengan kadar karbon adalalah sebanyak
40 %. Untuk melebur bijih besi, arang batu atau kayu diperlukan dan untuk
mendapat bekalan bahan mentah ini, ia di bawa masuk dari luar menggunakan
jalan air.

Kewujudan tamadun manusia berkait rapat dengan sumber air. Air berkait rapat
dengan kepercayaan seperti semangat air dan juga kebersihan. Kepercayaan
menganggap air sebagai satu sumber yang suci, oleh itu semangat air perlu
dihormati dan dijagai.

Sumber air boleh diperolehi dari tiga sumber secara langsung iaitu air sungai,
perigi yang digali dan air hujan. Kedudukan Lembah merbok yang berada di
kawasan tropika lembab memberikan sumber air hujan sepanjang tahun. Ini
bermakna input sumber air hujan boleh diperolehi sepanjang masa. Hujan
merupakan sumber penting untuk pengisian air tanih dan juga sumber aliran
anak-anak sungai yang terdapat di lembangan Sungai Merbok, Kedah.

5
Gambar foto 1: Sumber air sungai Bukit Batu Pahat pada ketinggian 145.31 m
dari aras laut (54418.04U, 1002449.57T) dan dari Sungai Tupah pada
ketinggian 38.82 m (54402.01U, 1002631.41T) di Lembangan Merbok
berpunca dari Gunung Jerai, Kedah.

Lembah Merbok mempunyai sistem saliran yang padat. Lembangan ini juga
menyaksikan pertembungan antara air masin dari laut dan air tawar dari
kawasan pendalaman pada waktu pasang dan surut (Peta 1). Pertembungan ini
juga menghasilkan zon hutan paya air payau yang ditumbuhi oleh pokok bakau
yang sangat luas. Hutan paya bakau sangat penting kepada tamadun Lembah
Merbok kerana ia boleh menjamin bahan bakar untuk relau melebur besi di
Sungai Batu purba tidak terhenti atau pupus. Pada masa yang sama sistem
saliran yang padat menjadi sumber bekalan air tawar yang utama kepada
penduduk baik untuk kegunaan domestik, pertanian mahupun perindustrian.
Relau-relau untuk embuat kayu arang, peleburan bijih besi, membuat atap
genting dan pembuatan batu bata memerlukan sumber air dalam proses
pengeluarannya. Kedudukan relau yang berhampiran sumber air tawar sangat
penting.

6
Rajah 1. Pola saliran di lembangan Sungai Merbok, Kedah.
Sumber: JPS @ Komuniti, diakses pada 2 Disember 2015.

Panjang keseluruhan anak-anak sungai yang terdapat di lembangan Sungai


Merbok ialah sepanjang 104.36 km. Bermakna, kepadatan anak sungai di
lembangan Sungai Merbok ialah 0.21 km:1 km 2 . Kepadatan menggambarkan
baik atau buruknya lembangan ini disaliri oleh anak-anak sungai. Kepadatan
aliran sungai yang rendah menunjukkan lembangan ini kurang berisiko di landa
banjir sebab lebih rendah densiti sungai maka lebih lambat air mengalir ke
dalam sungai. Situasi ini ada kaitan dengan jenis batuan dan tanih di sini yang
bersifat telap air, litupan tumbuhan yang tinggi serta kadar serapan yang tinggi.
Ini menjadikan kawasan lembangan Sungai Merbok sebagai takungan air bawah
tanah yang banyak.

Peta 1. Lembanga Sungai Merbok dan kedudukan beberapa tapak jeti purba di
Sungai Batu (SB1J, SB1A dan SB2B) di Lembah Merbok, Kedah.

7
Sumber: Koleksi Penulis.

Sungai Batu, Merbok, Kedah berada dalam kawasan beriklim tropika lembab
yang menerima hujan dan panas sepanjang tahun. Sungai ini juga popular
dengan panggilan Sungai Batu purba kerana di sinilah tamadun awal Kedah tua
dikesan seawal abad ke 5 sebelum masihi. Rekod kajian literatur banyak
menyebut ada isu perubahan iklim di kawasan Asia tetapi ia berlaku kepada
tamadun yang lebih awal iaitu di Mesir, Indus dan juga Maya namun tidak ada
rekod yang menyatakan berlaku perubahan iklim untuk tempoh tersebut di
kawasan Sungai Batu mahupun di wilayah Asia Tenggara. Persoalannya
bagaimana aliran Sungai Batu sekarang menjadi lebih kecil dan lebih cetek
berbanding lebih 2000 tahun dahulu sehingga ketamadunan di sini ditinggalkan
begitu sahaja.

Selain Sungai Batu, terdapat 11 anak sungai utama dengan keluasan 490 km 2
yang membekalkan sumber air kepada aliran Sungai Merbok iaitu Sungai
Baharu, Sungai Bujang, Sungai Semeling, Sungai Bongkok, Sungai Lalang, Sungai
Tukang, Sungai Sungai Petani, Sunai Pasir, Sungai Teluk Wang Besar dan Sungai
Kerisik (Jadual 1). Hampir keseluruhan anak sungai di sebelah utara mengalir dari
Gunung Jerai, Kedah sementara anak sungai yang mengalir dari bahagian
selatan berkongsi sempadan kawasan tadahan dengan Sungai Muda, Kedah.
Kecuali di bahagian kaki gunung Jerai, hampir keseluruhan anak-anak sungai di
lembangan Merbok pendek dan landai. Kepadatan sungai mempunyai hubungan
langsung dengan larian permukaan dan juga kadar hakisan.

Jadual 1. Data asas sub-lembangan sungai yang terdapat dalam lembanagn


Sungai Merbok, Kedah.

Bil Sub-Lembangan Sungai Panjang Lebar Keluasan Potensi


. Sungai (julat) (km2) takungan
(km) (m) hujan
(000,000
m3)
1 Sungai Baharu 8.86 10 52.262 104.52
2 Sungai Bujang 16.5 20 43.648 87.65
3 Sungai Batu 3.5 10 23.154 46.31
4 Sungai Semeling 5 6 31.167 62.33
5 Sungai Bongkok 20 10 139.84 279.68
6 Sungai Lalang 8 20 24.763 49.53
7 Sungai Tukang 4 6 22.578 45.16
8 Sungai Sungai Petani 15 50 37.49 74.98
9 Sungai Pasir 9 10 23.539 47.08
10 Sungai Teluk Wang Besar 3 5 12.024 24.05
11 Sungai Kerisik 11.50 5 68.588 137.18
Sumber: JPS@Komuniti. Diakses pada 2 Disember 2015.

8
Berdasarkan panjang dan lebar sungai serta keluasan kawasan sub-lembangan
setiap sungai, jumlah air luahan bagi setiap sungai dapat dianggarkan. Sekiranya
hujan yang diterima di sesuatu kawasan berjumlah 1 mm, bererti kawasan
tersebut menerima hujan sebanyak 0.001 meter padu (m 3) untuk setiap 1 m2
luas permukaan buminya. Bagi sub-lembangan Sungai Baharu yang mempunyai
keluasan 52.26 km2 misalnya akan menerima sejumlah 52,262 m 3 air hujan jika
menerima jumlah hujan yang sama. Berdasarkan hujan masa kini yang
direkodkan di lembah merbok yang berjumlah 2000 mm setahun, kawasan
lembangan sungai Merbok mampu mengumpul hujan sebanyak 958.47 juta m 3.
Jumlah input air yang di kawasan lembangan Sungai Merbok menjadikan sungai
tersebut tidak pernah kering walaupun dalam musim kemarau panjang. Ini
menjadikan sungai-sungai di kawasan lembangan ini sebagai pembekal sumber
air tawar yang dominan untuk pelbagai keperluan penduduknya untuk lebih
2000 tahun dahulu hingga sekarang.

Sumber air periggi

Kepentingan perigi sebagai sumber air penduduk sudahpun dikesan dalam


tamadun purba Mesir. Perigi juga dikesan dalam tamadun purba zaman gansa di
Mohenjo-Daro, Pakistan (IWA Water Wiki, 2015). Selain sumber air sungai, air
perigi juga adalah antara sumber air utama bagi penduduk tempatan. Perigi,
sumur atau telaga ialah sebuah lubang yang digali ke dalam tanah untuk
mendapatkan air tanah (Gambar foto 3). Sebuah perigi rinkas hanya berbentuk
sebuah lubang yang membolehkan timba pada tali diturunkan kedalam untuk
mengankut air. Selain sumber air domestik, ia juga boleh digunakan untuk
aktiviti perkebunan dan juga industri. Bagi penduduk yang tinggal jauh daripada
sumber sungai, air perigi adalah pilihan paling baik bagi mendapatkan bekalan
air.

Gambar foto 3. Aras air bumi di Sungai Batu, Merbok, Kedah.

9
Sumber: Koleksi penulis.

Berdasarkan pemerhatian di kawasan tapak arkeologi Sungai Batu, aras muka air
boleh ditemui pada kedalaman yang cetek iaitu sekitar 1 meter dari aras dentum
(Gambar foto 3). Meskipun kedudukan muka air ini berubah-ubah mengikut
musim dan tempat namun ia menunjukkan bahawa kedudukan muka air atau
anak mata air boleh dianggap mudah untuk ditemui di kawasan ini. Sebelum
teknologi air paip, sumber air perigi atau kolam adalah sumber air tawar yang
menjadi pilihan kepada penduduk tempatan yang tinggal jauh daripada sumber
air sungai. Kolam adalah takungan air yang lebih besar dari perigi. Berbanding
perigi, saiznya yang lebih besar membolehkan seseorang turun sehingga ke gigi
air untuk mendapatkan air. Kedua-duanya menjadi alternatif terbaik untuk
mendapatkan bekalan air bagi memenuhi pelbagai keperluan penduduknya
namun kedua-dua sumber air tawar ini sudah semakin sukar untuk dijumpai di
lembah Merbok kerana komuniti moden menggunakan bekalan air paip untuk
mendapatkan sumber air di rumah.

Sumber air hujan

Kearifan tempatan tamadun awal juga sudah mempunyai kemahiran untuk


mengumpul air hujan. Hujan dan panas sepanjang tahun di kawasan beriklim
tropika lembab membolehkan penduduk kerajaan Sungai Batu purba memdapat
sumber air tawar paling asas iaitu air hujan. Air hujan bukan sahaja menjadi
sumber domestik tetapi turut menjadi sumber utama aktiviti agraria. Sumber
makanan utama tamadun Asia timur ialah beras yang diperolehi dari pokok padi.
Panas dan lembab sepanjang tahun telah memberikan sumber air yang
mencukupi bagi membolehkan sawah padi dibangunkan sekurang-kurangnya
dengan padi semusim. Malahan jika pola iklim di kawasan lembah Merbok
diandaikan kekal sejak lebih 2000 tahun dahulu, penduduknya mampu menanam
padi untuk dua musim dalam setahun. Bagaimanapun jika konsep rehat pada
tanah sawah dalam kearifan tempatan digunakan maka tanaman padi setahun
sudah memadai untuk memenuhi keperluan penduduknya.

10
Gambar foto 5. Air hujan menjadi sumber air domestik di zaman sebelum
bermulanya air paip.
Sumber: http://anaksungkai.blogspot.my/2011 diakses pada 15 Disember 2015.

Hujan dan panas sepanjang tahun turut memberikan sumber air yang
berterusan kepada sistem sungai Merbok dan Sungai Muda di bahagian selatan
Lembah Bujang. Berdasarkan rekod taburan hujan sekarang, hujan tahunan
kawasan Sungai Batu dianggarkan berada dalam lingkungan 2000 hingga 3000
mm setahun. Rumah tradisional Melayu yang berkeluasan 30 meter panjang dan
20 meter lebar, sama ada berbentuk gajah menyusu, rumah limas atau
bumbung lima mampu mengumpul jumlah air yang banyak untuk kegunaan
domestik. Air hujan yang mengalir dari bumbung rumah akan disalurkan
menerusi palong dan masuk ke dalam tempayan. Air daripada tempayan ini
boleh digunakan untuk membasuh kaki sebelum naik ke rumah atau boleh
digunakan untuk pelbagai kegunaan lain. Umumnya, 1 mm hujan yang turun di
atas permukaan seluas 1 m2 bersamaan 1 L. Berdasarkan keluasan rumah
tradisional Melayu bersaiz 600 m2dan hujan sebanyak 2000 mm hingga 3000
mm setahun maka jumlah air yang mampu dikumpul adalah sebanyak 1,200,000
L (1,200 m3) hingga 1,800,000 L (1,800 m 3). Sekiranya penggunaan air
perkapita semasa digunakan iaitu pada kadar 298 L/hari, jumlah ini secara
umumnya dapat memenuhi keperluan domestik dengan purata 5 ahli keluarga
untuk tempoh selama 805 hari atau 2.19 tahun.

Air hujan adalah sumber air tawar yang penting dalam tamadun Kedah tua di
Sungai Batu purba lebih 2000 tahun dahulu. Ia merupakan sumber paling dekat
dengan rumah dan mampu dikumpul dalam bekas bahkan kolah yang lebih
besar. Keupayaan penduduk Kedah tua ketika itu menghasilkan bahan tembikar
membolehkan air hujan disimpan dalam bekas yang besar seperti tempayan
atau kolah secara domestik. Kemudahan mendapatkan sumber air tawar
daripada sumber air hujan membantu memakmurkan lagi pembangunan
tamadun di sini.

Tuntasnya, penggunaan air berskala besar adalah keperluan sesebuah tamadun


termasuk tamadun awal Sungai Batu purba lebih 2000 tahun dahulu. Sumber air
digunakan untuk pelbagai kegunaan dan tiada caj dikenakan. Air juga boleh
diperolehi daripada pelbagai sumber, sama ada dari aliran sungai, perigi
mahupun hujan. Penggunaannya bagaimanapun bergantung kepada keadaan
tempatan, tradisi atau budaya dan manusia itu sendiri (H.S. Vounineen, et.al.,
2007). Sejarah membuktikan tanpa mengira sistem politik, kelestarian sumber
air mempunyai hubungan rapat kepada ketiga-tiga aspek tersebut.

Rumusan

Tamadun awal mempunyai kekuatan dalam pengurusan sumber airnya.


Kebanyakan setiap tamadun ini mempunyai kekuatan dalam pembinaan sistem
pengangkutan airnya. Sumber air sangat penting untuk menghidup dan
membangunkan sesebuah tamadun kota seperti di Sungai Batu. Sumber air
tawar dari sungai, bumi mahupun langit adalah faktor untuk penduduk keluar

11
dari aktiviti sara diri kepada pasaran dan juga perindustrian. Pembangunan
sektor pertanian mesti bermula terlebih dahulu sebelum ia menjadi sebuah
pekan dan kota. Pekan dan kota memerlukan sistem pengangkutan dan jalan air
merupakan sistem terawal pembangunan sesebuah tamadun tanah rendah dan
sungai merupakan keperluan yang paling asas untuk aktiviti tersebut. Ciri-ciri ini
ada dalam pembinaan dan pengembangan tamadun Sungai Batu di Merbok,
Kedah. Sumber air dari anak sungai atau sub-lembangan Sungai Merbok yang
mengalir berterusan sepanjang tahun menjadi bekalan air tawar kepada
penduduk dan juga pedagang yang datang ke sini sejak lebih 2000 tahun dahulu.
Berada di kawasan iklim tropika lembab, lembah Sungai Merbok menerima hujan
yang lebat iaitu melebihi 2000 mm setahun dan jumlah ini menjadi sumber
utama pengisian air bumi dan juga sumber air domesik yang ditadah dari
curahan hujannya. Ini menjadikan sumber air tawar cukup mudah untuk
diperolehi di lembah Merbok. Kekayaan sumber air tawar di Lembah Merbok
menjadikan semua aktiviti membangunkan tamadun di lembah ini menjadi
mudah. Lembah yang kaya dengan sumber air tawar ini membolehkan
perindustrian besi, agraria dan domestik berjalan lancar. Sungai-sungai yang
panjang, lebar dan dalam bukan sahaja dapat membekalkan air tawar tetapi juga
menjadi laluan kapal untuk melakukan aktiviti perdagangan dalam dan luar
kerajaan Kedah tua.

Bagaimanapun tamadun awal juga berhadapan dengan masalah dalam


pengurusan sumber airnya seperti isu pengurusan air kumbahan dan juga air
sisa industri besi dan juga sisa air bandar. Sungai adalah lebuh raya sistem
pengangkutan tamadun awal Sunga Merbok. Pencemaran, pemendakan dan
penyempitan lebuh raya air menjadi antara punca mengapa lembah ini
ditinggalkan dan dilupakan.

Rujukan

Athur Demarest. 2004. Ancient Maya: The Rise and Fall of a Rainforest
Ciivilization. Cambridge University Press.s

Flannery K.V., Kirkby AVT., Kirkby MJ. & Williams AW.,1967. Farming Systems and
Political Growth in Ancient Oaxaca: Physiographic features nad water-control
techniques contributed to the rise of Zapotec Indian civilization. Science, Vol. 158
(3800) Hal. 445-454. 27 October 1967.

IWA Water Wiki, 2015. A Brief History of Water and Health from Ancient
Civilizations to Modern Times. http://www.iwawaterwiki.org/ Diakses pada 12
Disember 2015.

Solomon A., 2011. Water: The epic struggle for wealth, power and civilization.
Carnegiecouncil.org.

Abdel Khaleq R & Ahmed A., 2007. Rainwater harvesting in ancient civilizations in
Jordan. Water Science & Technology: Water Supply, Vol.7(1)pp 85-93.
Iwaponline.com

12
Faridah Che Hussin & Tengku Sarina Aini Tengku Husin. 2006. Pendekatan
Psikologi dalam pendidikan akhlak muslim sebagai pemankin pembangunan
insan dan tamadun. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17. Hal. 290-306.

Mohd Hasfarisham Abd Halim. 2014. Ekskavasi tapak senibina jeti SB2E, SB1H,
SB1J, SB1K dan SB1L di Kompleks Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah. Thesis
Sarjana (tidak diterbitkan), Universiti Sains Malaysia.

Fekri A. Hassan. 2015. Water Management and Early Civilizations: From


cooperation to conflic, in UNESCO. http://webworld.unesco.org/water. Diakses
pada 2 Disember 2015.

H.S.Vourinen, P.S. Juuti & T.S. Katko. 2007. History of Water and Helth from
Ancient Civilizations to Modern Times. Water Science & Technology: Water
supply, Vol.7(1), Hal. 49-57.

Nurashiken Ahmad, 2015. Kajian arkeologi di tapak SB1R, SB1S, SB1T, SB1U,
SB1V dan SB1Z di Kompleks Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah. Tesis Sarjana
(tidak diterbitkan) Universiti Sains Malaysia.

Staubwasser M, Sirocko F, Grootes P.M. & Segi M., 2003. Climate change at the
4.2 ka BP termination of the Indus valley civilization and Holocene south Asian
monsoon variablity. Geophysical Research Letters, Vol. 30(8), April.

Harrison PD & Turner II, BL., (edt) 1978. Pre-Hispanic Maya agriculture.
Albuquerque, New Mexico. University of New Mexico Press. Pp.424. ISBN 0-8263-
0483-4

Mark B. Abbott, Michael W. Binford, M Brenner & KR Kelts. A 3500 14 C yr high-


resolution Record of water-level changes in Lake Titicaca Bolivia/Peru. Quaternary
Research, Elsevier. Vol. 47.pp.169-180.

13

Anda mungkin juga menyukai