Anda di halaman 1dari 7

Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

3.3 Aruhan elektromagnet

Apakah itu aruhan elektromagnet?


Aruhan elektromagnet adalah penghasilan daya gerak elektrik (d.g.e) aruhan
dalam satu konduktor apabila terdapat perubahan fluks magnet kesan daripada
gerakan relatif antara konduktor dan medan magnet.
Daya gerak elektrik (d.g.e) aruhan yang terhasil akan mewujudkan arus aruhan
yang mengalir dalam konduktor tersebut.

Aktiviti : Mengkaji bagaimana aruhan elektromagnet dihasilkan.


Aruhan elektromagnet dihasilkan dengan melakukan gerakan relatif antara
konduktor dan medan magnet.
Gerakan relatif suatu konduktor merentasi satu medan magnet dilakukan dengan:

(1) Mengerakkan dengan cepat satu konduktor lurus ke dalam satu medan
magnet atau sebaliknya.

Galvanometer

Wayar penyambung

Rod kuprum

Magnadur magnet

Pemerhatian:

........................................... antara rod kuprum dan magnet kekal secara

berserenjang menyebabkan jarum galvanometer itu ..............................

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 14


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

(2) Mengerakkan magnet kekal ke dalam suatu solenoid atau sebaliknya.

S S

Galvanometer Galvanometer
Pemerhatian:
Apabila magnet bar digerakkan ke .................................. suatu solenoid, jarum
galvanometer terpesong ke satu sisi.

Apabila magnet bar ........................... di dalam solenoid, jarum galvanometer


kembali ke kedudukan asal.

Apabila magnet bar digerakkan ke .......................... dari solenoid itu, jarum


galvanometer terpesong ke sisi yang satu lagi.

Kesimpulan:
Aruhan elektromagnet akan terhasil apabila terdapat ................................................
antara konduktor elektrik dan magnet kekal.

Bagaimanakah menentukan arah pengaliran arus aruhan?


(1) Arah arus aruhan dalam suatu konduktor lurus yang digerakkan secara tegak
kepada suatu medan magnet dapat ditentukan dengan menggunakan Petua
Tangan Kanan Fleming.

Arah medan
magnet
U
S
Arah gerakan Arah
Gerakan
Arah arus
Arah arus aruhan
aruhan

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 15


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

(2) Arah arus aruhan dalam suatu solenoid yang disebabkan oleh gerakan relatif
dengan suatu magnet bar dapat ditentukan dengan menggunakan Hukum Lenz.

Hukum Lenz:

Menyatakan bahawa arus aruhan yang terhasil sentiasa mengalir pada


arah yang menentang perubahan fluks magnet yang menghasilkannya.

Apabila kutub utara magnet digerakkan ke dalam solenoid, arus aruhan yang
terhasil dalam solenoid mengubahkan gegelung itu menjadi sebuah
elektromagnet dengan kutub utara solenoid menghadapi kutub utara magnet, dan
dengan itu menentang perubahan fluks magnet yang menghasilkannya.

N S

Galvanometer

Apabila kutub utara magnet ditarik keluar daripada solenoid, arus aruhan yang
terhasil dalam solenoid mengubahkan solenoid itu menjadi sebuah elektromagnet
dengan kutub selatan solenoid menghadapi kutub utara magnet, dan dengan itu
menentang perubahan fluks magnet yang menghasilkannya.

N S

Galvanometer

Arah arus teraruh yang mengalir melalui solenoid dapat ditentukan dengan
menggunakan petua genggaman tangan kanan setelah kekutuban hujung
solenoid ditentukan dengan menggunakan hukum Lenz.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 16


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

Langkah penentuan arah arus aruhan dalam satu solenoid (gegelung):


Langkah 1 : Tentukan kutub solenoid yang terhasil daripada arah gerakan relatif yang
dilakukan.

Langkah 2 : Tentukan arah arus aruhan yang mengalir dalam gegelung dengan
menggunakan tangan kanan seperti ini:

(Kutub solenoid)

Arus Arus

Tentukan arah arus aruhan yang mengalir dalam gegelung dan arah pesongan jarum
galvanometer.
(1) (2)

S N S N

0 0

(3) (4)

N S N S

0 0

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 17


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

Faktor-faktor yang mempengaruhi magnitud arus aruhan

Hukum Faraday:

Menyatakan bahawa magnitud d.g.e aruhan yang mengalir dalam suatu


konduktor adalah berkadar secara langsung dengan kadar perubahan
fluks magnet.

Apabila d.g.e aruhan dalam suatu konduktor bertambah, arus aruhan yang
mengalir melalui konduktor juga akan bertambah.

Menurut hukum Faraday:

(a) Semakin bertambah bilangan lilitan pada gegelung, semakin bertambah arus
aruhan yang mengalir dalam konduktor itu.

S S

N N

Galvanometer
S
S

0 0

1200 lilitan 2400 lilitan

Magnet bar dilepaskan pada ketinggian yang sama.

Bilangan lilitan gegelung yang lebih banyak menyebabkan kadar perubahan fluks
magnet bertambah, maka magnitud arus aruhan yang terhasil turut bertambah.

Pesongan jarum galvanometer bertambah menunjukkan arus aruhan yang


terhasil bertambah.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 18


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

(b) Semakin bertambah laju gerakan relatif antara konduktor dan medan magnet,
semakin bertambah arus aruhan yang mengalir dalam konduktor itu.

S
N

Galvanometer
S
S

0 0

1200 lilitan 1200 lilitan

Bilangan lilitan dalam kedua-dua gegelung adalah sama.

Ketinggian magnet bar yang berbeza sebelum dilepaskan ke dalam gegelung


menyebabkan kelajuan magnet bar semasa memasuki gegelung turut berbeza.

Ketinggian magnet bar yang dilepaskan pada ketinggian yang lebih tinggi
menghasilkan magnitud laju gerakan relatif antara magnet bar dan gegelung
bertambah.

Pesongan jarum galvanometer bertambah menunjukkan arus aruhan yang


terhasil bertambah.

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 19


Modul Pengajaran Fizik Tingkatan 5 Tahun 2013

(c) Semakin bertambah kekuatan medan magnet, semakin bertambah arus aruhan
yang mengalir dalam konduktor itu.

S
S

N N
Galvanometer
S
S
0 0

1200 lilitan 1200 lilitan

Ketinggian magnet bar dan bilangan lilitan adalah sama.

Mangnet bar yang lebih kuat menyebabkan perubahan fluks magnet bertambah,
maka magnitud arus aruhan yang terhasil turut bertambah.

Pesongan jarum galvanometer bertambah menunjukkan arus aruhan yang


terhasil bertambah.

Aplikasi aruhan elektromagnet


Penjana arus terus (a.t) Penjana arus ulang alik (a.u)
Direct current generator (DC) Alternating current generator (AC)

Gegelung Gegelung

Gelang
Berus karbon gelincir Berus karbon

Komutator

Cikgu Khairul Anuar, SMK Seri Mahkota, Kuantan. 20

Anda mungkin juga menyukai